Feb 9, 2009

Siapa yang lebih menderita?

(Jika korang sedang bersedih, mungkin ‘nota kepada diri’ ini akan dapat memanipulasikan kesedihan korang, kerana hakikatnya, jauh di sudut dunia ini, masih ada manusia yang jauh lebih menderita dari korang..)

Aku mintak maaf sebab tak dapat nak tolong kepada mereka mereka yang berkenaan, merka yang nak bunuh diri dan nak murtad lalu email aku mintak bantuan, mintak nasihat aku, tapi apakan daya? nasihat aku selalunya HANYA sesuai untuk diri aku sendiri, mungkin lepas korang baca jawapan aku korang akan:-

  1. Terus Murtad.
  2. Bunuh diri
  3. Ketawa kepada diri sendiri lalu kembali berdamai dengan Allah bagi memulakan hidup baru..

Aku harap korang yang ada masalah tu pilih (3), dan tolong jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi dengan seorang aku yang bukan ustaz ini, bila harapan terlalu tinggi, sekali jatuh akan pecah berderai bertabur taburan seperti pasir ditepian pantai, jawapan aku HANYA sesuai untuk aku, dan insyAllah boleh menjadi asbab hidayat kepada mereka mereka yang berkenaan andai sudah tertulis dalam takdir Ilahi..,

Makan pesan aku adalah:

Semua orang ada masalah hidup masing masing.., setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!
tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada korang dan aku ..

Sesungguhnya, Ada orang yang jauh lebih menderita dari korang, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang jauh lebih bahagia dari kita, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..

Dan aku tahu, korang suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, rama-rama terbang ke sana ke mari, burung berkicauan sana sini, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..

Tapi, korang tentu anggap cerita tu karut, mana ada orang macam tu Hamka? Mana ada orang yang lebih menderita dari aku? Akulah yang paling menderita dalam dunia ni, mengapa aku dilahirkan menderita, mengapa tuhan jadikan aku menderita?, aku tak tak mintak di lahirkan pun!! , tapi kenapa tuhan buat aku susah???

Dah! Stop!

Baik, sekarang aku akan cerita satu kisah hidup seorang yang jauh lebih menderita dari korang, dan ini adalah cerita benar, bukan cerita rekaan, cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan yang akan mati..

Dan untuk membenarkan lagi cerita ini, maka watak utama cerita ini bukannya aku ambik sembarangan dari internet, atau email forward, atau dari mana-mana buku, atau dari murai.com, atau cerita dari mulut ke mulut,..

Cerita ini bukan tentang seorang kawan daripada kawan aku, atau berlaku pada kawan akupun bukan!! Sebaliknya, watak utama cerita ini adalah DIRI AKU SINDIRI..

YA! INI CERITA TENTANG AKU DAN PENDERITAAN…

Aku harap lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, (tapi tidak murtad dan masih kekal islam sampai jadi mayat) maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:

“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..

Chewah!!..

Straight to the point, Bermulalah cerita..

Pada hari itu, laut cina selatan meriah seperti biasa, kapal kapal berlabuh setelah para penghuni ikan penuh di buritan kapal masing masing dan kapal itu mulai membanjiri pelabuhan di teluk semenanjung. Jauh di dada langit pula, layang layang kertas gah berdiri menentang angin, dan di kaki bukit, kanak kanak sibuk mengejar satu sama lain dalam menghabiskan sisa-sisa baki umur mereka..

Aku pada hari itu, seperti jugak para remaja yang lain. Iaitu baru habis exam SPM, dan mula belajar mengenali kehidupan dengan mencari kerja kerja sambilan.., Alhamdulillah, aku dapat bekerja sebagai STOR KEEPER di sebuah pasaraya kat Terengganu..

Kerja aku adalah angkat barang dari lori ke stor pasararaya dan dari stor pula, nak kena angkat barang ke setiap tingkat bangunan pasaraya memenuhi rak rak department masing-masing..

Di pendekkan cerita, satu hari tu, seorang amoi cina yang bermuka iras iras Zhang Ziyi yang berlakon dalam Filem “Crouching Tiger, Hidden Dragon” datang jumpa aku dan mulakan perbualan..

“Nama awak Hamka?”

Aku benarkan solannya dan si amoi ni ketawa berdekah dekah!, dia berlalu dan sejak dari itu selalu tegur aku dan akan jerit nama aku dengan kuat, dan semua kawan kawanya juga akan gelak..

Akupun jadi suspend, tapi sebab dia cantik, putih macam telur, dan manis macam limau mandarin.., akupun tak kisah apa reason dia gelakkan aku, dan pendek cerita lagi, selepas beberapa minggu kerja kat situ, akupun jadi mesra dengan dia.., kalau mak aku tanya siapa dia tu, aku akan bagi jawapan macam dalam drama melayu,

“saya dan dia kawan biasa jer mak..”

Pendek cerita lagi, bila hari raya china, dia ajak aku beraya di rumahnya.., aku pergi makan limau dan minum air oren.., dan aku mulai berangan berkahwin dengan orang cina, aku mulai ‘kenal’ dengan Wong Fei Hong, Pho Chi Lang, dan Fong Sai Yuk

Dan bila dah ‘mesra’ diapun cerita macam mana dulu dia gelak bila tahu nama aku Hamka.

Katanya, “Ham-ka” dalam bahasa cina bermaksud, “Pergi mati” dan aku pun terperasan dalam filem cina jika mereka bergaduh akan maki dengan ucapan perkataan “ Ham-Ka –Chang”.. Itu yang buat aku jadi terkenal di Pasaraya tu dulu.. arghh, lantaklah, Entah betuk ke tak?, tapi oklah.., dia berterus terang dan kami kawan seperti biasa..

Sehinggalah pada satu hari tu, hari yang mengubah segala-galanya, iaitu ketika bulan sedang gerhana, aku naik motor pergi rumah dia dan ajak dia tengok bulan gerhana dari halaman rumah dia, jam 10 malam lebih kurang.., diapun turun dengan hanya berbaju singlet…, atau baju panas kata orang terengganu, atau baju lengan sangkut, alahai, baju T-Shirt yang tiada lengan tu…

Kamipun duduk dekat satu bangku depan rumah dia, sedang mak dia duduk dekat tingkap takut aku apa-apakan anak dia, dan ketika kami sedang asyik melihat gerhana bulan dan bercerita tentang budaya cina-melayu-dan lawak merepek.., maka berlakulah satu peritiwa yang dahsyat dalam hidup aku yang baru berumur 18 tahun.., sungguh dahsyat sekali..!, malam yang mana lagu patahnya sayap malam berkumandang..

Si amoi ni tiba tiba menguap, dan sambil menguap, diapun menggeliat macam kucing betina menggeliat, tangannya di angkat tinggi, dan dia pula pada waktu itu hanya berbaju singlet, dan terlihatlah aku buat pertama kali dalam hidup ini, aku terlihat bulu bulu yang menghiasi ketiak si amoi itu..

Aku sangat terkejut berok kerana aku yang belum tumbuh bulu ketiak pada waktu itu, tidak tahupun bahawa mana mungkin seorang wanita juga mempunyai bulu ketiak, wajah aku bertukar menjadi pucat, kepala aku rasa berat dan aku rasa sangat malu.., dan aku turus mintak diri lalu terus naik motor pulang dengan membawa hati yang gerhana, cis sungguh ku tak sangka, amoi yang semanis limau mandarin yang selalu menemani aku dalam khayalan ketika nak tidur itu rupanya seorang lelaki.., sungguh terhina diri ini kerana telah terperangkap dalam cinta monyet pondan cina..

Hampeh!!

Aku telefon seorang kawan baik aku, seorang lelaki, dan kami buat pertemuan di Pantai Terengganu pada malam itu juga, aku ingin luahkan kesedihan aku pada dia, pada pantai, bulan dan gerhana..

Kawan akupun datang ketika sang ombak yang menderu deras serta angin yang bertiup kencang mendramatikan lagi cinematography laut cina selatan…
Dan aku terus meluahkan penderitaan aku kepada kawan aku, sambil aku membaling batu ke dalam laut..

“Perempuan memang berbulu ketiaknya, Hamka”

Kata kawan aku sambil menyala rokoknya..

“Tidak! Mak aku, nenek aku, kakak aku, tak berbulupun ketiak mereka!!”


Marah aku pada lautan..

“Kau mungkin datang dari keluarga yang tak berbulu, tapi hakikatnya, perempuan memang berbulu ketiaknya, amoi itu bukan pondan”

Arghh! Alangkah pahitnya penderitaan ini? Kenapa tuhan jadikan wanita berbulu ketiaknya?, aku sudah merasakan telah hilang manis mandarin pada amoi itu.., aku sudah hilang nafsu pada wanita bila dapat tahu bahawa mereka berbulu ketiaknya, aku tak dapat terima hakikat ini! Oh tuhan, kenapa wanita jugak mesti berbulu ketiaknya.., cukuplah lelaki sahaja yang berbulu pada ketiaknya..?

Kawan aku gelakkan aku, sedang rokok membara di bibirnya diterjah angin laut cina selatan..

Dalam kesedihan malam, dan setelah berlalu gerhana bulan, tiba tiba kawan aku mengeluarkan lagi satu fakta yang lebih menakutkan dari fakta yang pertama tadi, satu fakta yang buat aku terasa nak pengsan..

“Hamka, perempuan jugak berbulu di kamaluannya”

APA!!!

PEREMPUAN JUGA BERBULU DI KEMALUANNYA!!

TIDAK! TIDAK! TIDAK!!!

Oh! Tuhan, belum reda kedihan aku terhadap bulu ketiak wanita, kini timbul pula kesedihan baru dalam hidup aku tentang hakikat bahawa wanita juga berbulu di kamaluannya…

Aku tak dapat bayangkan bagaimana aku akan dapat berkahwin kelak dengan wanita yang berbulu ketiak dan kamaluan, nafsu aku terus hilang pada wanita.., aku mungkin akan membujang sampai ke tua.. Dan tolong! Jangan bagitahu aku bahawa perempuan juga bermisai dan berjanggut bila tua kelak.. tolong!!

Pendek cerita, aku terus berhenti kerja, aku tak sanggup berhadapan dengan perempuan yang berbulu ketiak dan kamaluan.., dan aku sudah tak berkawan dengan mana mana perempuan, mereka bagi aku jijik dan kotor.. (pada waktu itu ler) dan aku masih terlalu muda untuk terima hakikat ini… oh!

Aku tak dapat tarima hakikat wanita yang sepatutnya cantik rupa paras itu, yang menjadi simbol segala perhiasan dunia, tapi ‘spoil’ kerana berbulu pada ketiak dan kemaluan..oh!

Namun, pada masa yang sama, walaupun aku sedih dengan hakikat sebenar dunia ini, aku cuba belajar sabar dengan kehendak Allah, dan aku juga belajar sangka baik dengan kehendak Allah.. Dan aku berdoa semoga Allah jadikan hati aku dapat terima hakikat ini.. kerna aku tak nak jadi bodoh bangang macam orang lain yang sedih dengan hakikat dunia lalu salahkan Tuhan, murtad dan bunuh diri.. Naduzubillah..

Walaupun pada mulanya aku rasa sangat sedih, sepi, terasing, dan tertipu, tapi aku tidak putus asa pada Allah, aku terus berdoa, sabar dan sangka baik…

Alhamdulillah, akhirnya doa aku di makmulkan Allah, beberapa tahun kemudian aku dapati aku sudah boleh jatuh cinta dengan wanita yang berbulu pada ketiak dan kamaluannya, malahan aku sudah ghairah melihat mereka.. lagipun, hidup ini singkat sahaja, takperlu sedih-sedih.., dan Allah juga telah cipta otak kepada manusia dengan terciptanya pisau cukur.. he he

Sekarang, hidup aku kembali normal, normal kerana dah boleh ghairah kepada wanita yang berbulu pada ketiak dan kamaluannya, dan terkini, aku selalu di nasihati oleh doctor supaya jarakkan anak sebab aku dah ada empat orang anak yang berderet deret macam keretapi, dan anak yang sulung masih belum layak masuk sekolah lagi..

Woha!

Akhir kata: buat si penanya soalan yang rasa tertipu dengan Tuhan, akupun sama macam kau, rasa tertipu dengan ciptaan Allah tentang hakikat wanita yang sepatutnya cantik rupa paras itu, yang menjadi simbol segala perhiasan dunia, tapi ‘spoil’ kerana berbulu pada ketiak dan kemaluan..oh! sampai Sekarang aku tak faham kenapa Tuhan buat wanita jugak berbulu, mungkin ada penjelasan sains, seperti nak menjaga suhu telur ovum supaya sentiasa cergas, mana tahu?

Tapi aku dah tak peduli apa alasan Allah buat sebegitu, Sekarang.., Allah dah ubah hati aku daripada tak boleh tarima hakikat perempuan juga berbulu kepada ghairah gila bila bercerita bab bulu pada permpuan.., (stop sampai situ)

Sesungguhnya, Allah itu mampu membolak balikkan hati manusia, maka janganlah kerana sikap kita yang mudah buruk sangka dan bodoh bangang, buat Allah terbalikkan hati kita daripada beriman kepada murtad, daripada hidup sedih kepada mati sedih(bunuh diri)

Naduzubillah…

Akhir kata: Memang manusia yang bodoh bangang dan suka sangka buruk pada tuhan, apabila memakai kereta berjemana tempatan, akan merasa sakit hati kerana di jalanan terlihat kereta Mercedes E200 di pandu oleh orang yang dia dengki… tapi, kenapa tak jadi bijak dan sangka baik pada tuhan dengan bersyukur naik kereta berjemana tempatan, setelah di jalanan melihat kereta mayat dahaitsu putih membawa mayat orang lain kerana hakikatnya, kereta berjemana tempatan masih boleh dipandu ke masjid.. sebelum kereta mayat dahaitsu putih membawa mayat dari masjid ke kubur..

Sekian…

Ps: Maafkan aku jika ada remaja leleki yang berhati kudus macam aku, yang mana setelah terbaca blog ini, lalu menjadi sedih kerana baru tahu wanita itu berbulu pada ketiak dan kemaluan…, ini cerita betul dan inilah hakikat dunia, harap maklum.

79 comments:

Dr. Bentara said...

1st... yeah!

Anonymous said...

hmmmmm...hmmmmmm..aku xphm entri nie huhuhu kenape bulu??????

azharjaafar said...

3rd pun 3rd la.. ha ha..
Nak gi solat Asar ni.

Kiubrubik said...

kenapa bulu? kenapa dan kenapa?

kerja kat astaka ke? kat hock kim seng ke? keje kat the store ke? hekhek.

Anonymous said...

ohhhh!!!!...
berbulu ke???heehe..
oppps!!! hamka terlebih sudah...

Unknown said...

Salam....

hurm kesiannya pada pengantar email tu... saya kesian bukan kerana masalah dia tapi kerana dia putus asa dengan Allah...

kalu sy silap tlg betulkan yer, mcm pernah saya terbaca tentang kedudukan yang tinggi bagi orang2 islam yang bersabar atas dugaan yang Allah berikan sehingga tidak perlu dihisab.

sahabat pernah ckp "kami lebih mudah dan suka diuji dengan kesusahan daripada kesenangan"

sebabnya biler kita susah, kita mudah ingat Allah. kalu senang + chat + ad harta = mudah jadi sombong dengan Allah.

lagipun kalu kaya2 nie susah masuk syurga. tak caya? nabi yg terakhir masuk syurga = nabi sulaiman
sahabat yg terakhir masuk syrga = saidina uthman (xsilap saya)

tmbah sket lagi - penghuni syurga itu ramai dikalangan fakir miskin

Ya Allah, demi jiwa dan nyawa kami (yang menyertai bloh ni) dalam genggamanmu, ampunilah dosa kami & tetapkanlah iman kami. amin....

Anonymous said...

hamka macam x mnjawab soklan org antr emel tu jek

karim lengsawat

anilrah said...

hahaa. entri lwk yg bermakna :)

Anonymous said...

salam...

haahaha......cik hamka,
anda menjawab soalan mereka denga penuh makna tersirat...

hamka said...

Abang Ben

Aku nombor 10!

------------
Azharjaafar

Aku post sebelum asar, lepas asar aku bukak dah ada 5 komen, tapi aku edit balik entry ini dengan delete soalan asal supaya entry ini lebih ‘original scrip’

--------------
Marzuki

Kalau tak nak ‘bulu’, boleh ganti katanama ‘rambut’

Ps: aku kerja kat Hock Kee Seng.

-------------
juhanna88

maaf!! 18 SX.. lupa nak taruk.

----------------
anak kucing

Aku sama sama aminkan doa kau.. amin..

---------------
karim lengsawat

aku tak menjawab soalan email tu sebab aku menjawab persoalan diri.., (sekarang aku dah delete solan tu)

------------------
anilrah

mana ada lawak? ini serius.. (suara macam itik dalam wonderpet)

----------------
perokoksoleh

bukan setakat tersirat lagi, dah tersurat tu.., he he

azharjaafar said...

Dah pukul 11 mlm baru boleh baca entry ni. Maklumlah aku pun belajar2 nak jadi lelaki beriman akhir zaman macam kau.

Ada cerita bulu rupanya. Dah habis SPM pun kau tak tahu tempat2 yang sepatutnya ada bulu? Agak ketinggalan... kau tak ambik biologi ke?

antikapel said...

salam...
haha...
kalakar gler ang bro...
nape misti bulu???
malu aku bace...hukhuk...
entry yg menyentuh perasaan n jiwa raga aku...
aku sedar ngn penderitaan aku slame ni...
semua utk mematangkan iman n fikiran...
serta menambahkan amalan...
dasat ang bro....
4 org berderet...subur2...
xpe...tambahkan n ramaikan umat rasulullah dibumi ni...
ahakz!

Anonymous said...

salam tuan,
tuan xde penderitaan or ujian laen ke?
yg lebih dasyat drpd ujian "bulu" 2?

dr. iman

Unknown said...

heh..penderitaan ni mungkn bkan diukur pada cerita penderitaan tu ...tp sebenarnya pd effect org yg memikul kn..hehe..so mungkn soal bulu ni..berat pd hamka..heh.

moga penghantar e-mail trus berusaha n tk putus2 berdoa utk dizahirkan hidayah, taufiq di samping usaha sunggu2, tk behenti mencari....Maha Suci Allah SWT dpd sifat zalim..i'll pray 4 u insyaAllah ( n of course myself)

anamunawwarah said...

salaam~
adoiyaii pakcik...nyaris2 sy ingat citer kita hampir sama tp bl bce smpi bwh ehh2...hahaha...selepas 17 thn pakcik???dlm sylabus sekolah bkn ada ke.err tah..men taram je.hehe

Kecik atau besar sesuatu masalah itu aplikasinya tetap sama-->jgn putus asa dr rahmat Allah (12:87)

adoi..xtahan gelak.hahaha

Anonymous said...

hek...hek...
kenapalah 18 tahun baru ko tahu...
sucinyer hati ko ek...

Anonymous said...

Sebenarnya Allah sayang kepada Hamka dan kerana itu Allah membuat Hamka beri perhatian lebih kepada perkara yang lebih penting didalam hidup seperti membanyakkan amal ibadat, mengator perjalanan hidup supaya lebih dalam keredhaan Allah S.W.T. Ya Allah sayang Hamka. Jika dilihat muda mudi skrg bercouple sana sini atas bangunan, dekat taman, diatas tangga didalam terowong motosikal atau jalan kaki pun jadi. Mereka skrg ini tiada wawasan. Wawasan mereka berkecai dan mereka terus layu....

Anonymous said...

monyet byk bulu...babi?

hamka said...

azharjaafar

Aku dulu tak belajar boilogi, aku aliran vokasional.., masa form 3 belajar bab persenyawaan sperma dan ovum tapi tak pulak cikgu cerita bab bulu dan factor sainsnya.. oh!

-------------
antikapel

bagi yang tak tahu.., aku ulang balik nostalgia lagu ni..

Patahnya Sayap Malam

Ku cari cahaya dalam kekalutan warna
Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya
Ku temui dia bayang malam yang terluka
Pesona cintaku pun terbakar

Dan puisi cinta tertumpah tintanya berdarah
Tersingkir dari titian makna yang setia
Tercalar purnama turut sama menjadi kan saksi
Luka cinta ku yang tak berhenti

Malam yang ku dakap megerikan mimpi
Malam yang ku dakap telah dinodai
Harumnya bunga cinta dibasahi hujan
Sebaknya di hati ku tangisan

Kusimpan kenangan bersama malam kecundang
Patah sayapnya kehampaan

---------------
dr. iman

tak besar ke ujian ini?, terasa tak best sangat jadi manusia.. oh!

-------------
mrdin

betul.., kadang-kadang kita rasa penderitaan orang lain tu kecik sahaja.. tapi besar sebenarnya bagi yang memikul..

terima kasih kerana memahami.., chewah.

---------------
anamunawwarah

satu moral besar bagi aku: jangan ponteng kelas sains.

--------------
terkesima

sebab zaman pakcik dulu takde handphone yang boleh download filem lucah.., takde blutooh dan lain-lain..

--------------
kedaijamu

babi hutan banyak gak bulu..

Anonymous said...

adoi...cerita bulu rupanya...aku ingat kisah penderitaan apa ker....hebatnye penderitaan mu hamka...ehehhee

hamka said...

Aku sambung cerita sikit lagi..

7 tahun kemudian, ketika aku teman mak aku beli barang kat kedai pasar payang terengganu, aku terserempak dengan dia, dia tak kenal aku sebab aku dah berubah jadi lebih hensem dari dulu, sedang dia, aku lihat, rambut kaler oren limau mandarin, dan tubuhnya gemuk.., kakinya besar macam gajah dan ada urat urat hijau menjalar pada betis kakinya, (dia pakai seluar pendek)

Aku takut salah orang.., apapun, aku doa semoga dia dapat hidayat masuk islam.., amin..

Dan itulah kali terakhir aku berjumpa dengan amoi itu.., kalau itu adalah dia..

sekian

syahira said...

err..blum cukup 18 bleh baca tak?
baru jer 17 tahun lebey..hehe

LokmanHakim said...

Berbulu juga baca topik ni... huhu

redthumble said...

walaupon bunyinye "Bulu".setiap ape yang allah jadikan mesti ade keistimewaanya

redthumble said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hmmmmm...blur terus...

RON @ najmussobah

Yusry Rosly said...

Lebih 50 tahun dulu msrkt tanah melayu inginkan kemerdekaan utk membebaskan diri dr belenggu penjajah british. Atas tekanan yg memuncak,british rela mmberi kemerdekaan pd tanh melayu. Tp dgn syarat, amalkan sistem demokrasi spt mana yg mrk amalkan. Kini dgn sistem inilah british telah brjaya memecahbelahkan msyrkt. Terutamanya msyrkt melayu yg beragama Islam. Terbukti, demokrasi tlh memecah belahkan umat..muhasabahlah diri sndiri.


*maaf jika komen di atas xsabit lalu dgn entri bro hamka. sbnarnya aku dh mual2 + pening2 rasa mcm nk muntah (tp aku bkn mngandung) pd situasi yg melanda umat skrg...

Ab Razak Hj Ahmad said...

Bulu hidung amoi tu panjang tak.. Kalu panjang mesti kau dah sasau ... he he he he...

Tujuh Kaki Dalam said...

ha!

saya pun pernah terserempak dgn amoi yg comel bukan main lagi.

amoi itu pun pakai baju sleeveless.

tetapi!!!!

sekali dia angkat ketiak dia!!!

arghhkkk!!

bulu ketiak panjang2 dan jarang2.

serius terus hiang segala kecomelan beliau.

sangat2lah hampeh!

dan kawan aku bagitau org cina yg masih mengamalkan kepercayaan org dulu2 mereka memang tak potong bulu ketiak.

katanya ong. fengshui.

erk!

tak paham aku.

Anonymous said...

Apa yg menderita?
Apa yg menggembirakan?
Semuanya dtg dr apa yg kita percaya dlm ingatan kita.
I2 la sbb 4JJ1 lebih kasih pd org yg berilmu kn?
& org yg berilmu fhm bhw apa shj boleh menyedihkan, & menggebirakan sesuai dgn ilmu seseorang i2.
Mcm manusia yg pecaya dia anak serigala. Mcm helang yg percaya dia anak ayam. Mcm seorang murtad yg percaya dialah yg plg sedih & tlah ditipu.
http://www.thearrivals.blogspot.com

Anonymous said...

apekah ertinya ini semua???

huhu..jd segan sorg2 bile bc entri neh..(-,-)~~

pape hal pun,bulu tu sbb nk perangkap bakteria2..almaklumla..tmpt2 tu kn byk bakteria..

nape aku pn cie psl bulu gak neh???

malu200x...

ti me neh minda nga bwh sedar kowt??

Anonymous said...

dengan terus membaca setiap huruf yang ditaip hamka tanpa menjangkau perenggan aku dah dapat agak penderitaan beliau...

lelaki yang berhati kudus dan tidak bersangka buruk agan menjangkakan sesuatu itu indah belaka.... dan yang berbulu tu pasti tidak kelihatan.

waha... apakah yang aku maksudkan.

sebagai pompuan yang ... aku terima suratan tu bila dah baligh. dan asalnya aku pun tertanya2 tentang pompuan yang tak nampak bulu bawah lengan bahkan boleh pakai cawat kecil seperti tiada ...

dan sampai sekarang aku masih segan untuk mendapatkan pisau cukur yang aku kira hanya untuk lelaki.

hahaha. hamka buat cerita diri sendiri.. betul ke ni?

semoga dapat menjaga keluarga dengan baik. salam.

Anonymous said...

aah la..aku yg pompuan ni pon sampai sekarang segan nak beli pisau cukur kat kedai yang aku kira pisau cukur tu hanya untuk lelaki..klu desperate sgt nak beli aku pandang kiri kanan just to make sure x de laki yg tengok n cashier kedai tu haruslah pompuan..hoho

Anonymous said...

apelah susah sgt nk cari pisau cukur..guna jelah hair removal cream...
haha...

tapi klu korang suke pilih kwn atau org kata 'pilih bulu'...korang kwn jelah ngan org utan...dia byk bulu..

sekian..
manusia berbulu..

Anonymous said...

suspen btol stating bc entry ni...last2... aku gelak sorang2? opismate heran tgk aku... oh!

Anonymous said...

salam,,,

wau!!

ada satu lagi rahsia buat laki yang berhati kudus,,,

= perempuan ada misai,,,,

hahaha....

hamka said...

syahira

tolong habiskan spm dulu baru serius baca blog ni ok!

(aku nak mennagis bila budak bawah umur email aku cakap suka baca blog aku..oh)

----------------
Luqiem

Berdiri mak bulu roma ku!

----------------
Redthumble

Itulah tandanya engkau dan aku adalah mama mia, eh silap, mamalia..

--------------
RON @ najmussobah

Sory..

---------------
Kafur

Berbulu aku dengan politik tanah melayu..,

----------
Abikhsan

Tolonglah mana mana perempuan yang bulu hidung panjang mencecah bibir, potonglah malam ini, sebab malam malam khamis..

--------------
Tujuh Kaki Dalam

simpan bulu ketiak ada ong? Baik simpan jangggut, baru ada ong..

-------------
Fathi Hamdan

‘4JJ1’ tu, lepas ni tulis ‘Allah’ jer.., pening aku..

-------------
boo..

tak malu betul..

--------------
NOMI

Kau beli jer, lepas tu kau cakap, ayah kirim.., aku beli pad bini aku tak malupun..

He he

-------------
manusia berbulu..

Aku pulak kalau memilih isteri, aku tak pilih bulu, sebab aku pilih yang tak berbulu.., harap maklum..

----------
jiddan84me

apsal kau gelak sorang-sorang, ajak lah dia gelak sekali..

-----------
ibnuismail

pernah nampak, bukan pondan ke?

Anonymous said...

sy pn bdk bwh umo gak en hamka..

17 thn 11 bln..hehe ^^~~

nk msuk 18 n da abes spm leh bace kn??

Anonymous said...

:-)

ok lah tu..
tu kat forum sanun dok berbolak balik sebab teruna kawin dgn janda..

lepas tu blah blah blah itu ini begitu begini..

nak kawin lagi.. nak anak dara yg dara pulak..

udah porak peranda apa yg ada..

nak kawin.. kawin je le.. tak yah lah bolak balik dh terkawin cik adik janda..

manusia.. selalu lupa nak bersyukur..

err.. peringatan utk diri sendiri tu..

Anonymous said...

aduhai hamka, aku sampai sekarang tak boleh terima hakikat perempuan berbulu di ketiak, kaki dan sebagainya. umur dah 27 tapi masih belum boleh terima lagi. menderitanya. tak kawin2 la aku nampaknye. doakan aku

INTAN RH said...

Hamka, kecewa ker bila tau ppuan jg berbulu? Bulu betis x masuk ker?

hamka said...

macam-macam korang, nie, malu aku baca komen korang..

(sambil korek hidung)

LeezhaRahim said...

Salam...aku tk faham kenapa nak sedih dan menderita bila tau perempuan berbulu?...aku rasa pompuan lagi sedih dan menderita bila kawin hasben rupanya tak berbulu langsung...aku pening ni...

Anonymous said...

salam..

akak pulak hampir-hampir kecewa bila ada mitos yang mengatakan apabila lelaki tiada bulu di betis mereka, dikategorikan kurang subur dan susuh mempunyai zuriat...

bagaimana akak nak cari bakal suami? adakah perlu mengintip mereka di surau dan masjid, tatkala mereka sedang membasuh kaki semata-mata nak tengok bulu kaki dorang.. Woha!..
kalau ada janggut walau sejemput akak lagi suka! ahak!

yasmin.ah

hamka said...

HaGiMaRu

biarlah tak faham, dalam dunia ni banyak benda yang betul tapi kita tak faham..

buarlah.., pisau cukur ada, ubat pelebat bulupun ada.. heh!

yasmin.ah

jangan percaya pada mitos, nanti boleh jadi syirik, apa-apapun, akulah lelaki berjanggut sejemput, dan berbulu kaki jarang.., tapi anak berderet sampai tak cukup tali pinggang belakang kereta..

adik beradik aku yang lain, lagi jarang bulu kaki, ada yang tak ada bulu ketiak, tapi anak tak cukup tali pinggang belakang walaupun naik MPV..

bulu tak de kuasa nak suburkan manusia.., harap maklum.

Anonymous said...

bagi akak pula, perbandingan orang lelaki yang mencukur janggutnya adalah seperti orang perempuan yang mencukur rambutnya..

umpama rambut ialah mahkota wanita, janggut mahkota lelaki,

cantikkah wanita bila kepala botak?
boleh terimakah wanita tersenyum tapi kepala botak?

akak pernah botak, tapi pakai tudung mana ado orang nampak..nan ado.. ahak!

yasmin.ah

hamka said...

kak, janggut adik Hamka sejemput bukan sebab cukur.., dah keturunan kurang berbulu...

Semua dalam pengetahuan Allah.

: )

(rasa muda semacam aku ni)

Anonymous said...

bukan,,,perempuan memang ada misai,,,tapi nipis2 gitu(ada yang xde la),,,cuba encik hamka teliti bini encik hamka...

ada yang berjambang pun ada.,.,,kerja dia pun mcam laki,,

series..i x tipu,,,

LeezhaRahim said...

Wonderpets2 kami datang...

hamka said...

ibnuismail

betullah, lepas dah tengok dekat, baru perasan perempuan ada misai, tapi jarang dan nipis, kira bulu romaler..

eshh, rupanya banyak benda lagi aku nak kena belajar ngan orang perempuan..

----------
hagimaru

ini serius..! (macam itik kuning)

hidayat-idaman said...

apa pun lobang idungmu tetap menjadi pujaan....bukan bulu ketik ye

LeezhaRahim said...

Ala..aper yg seriusnyer...penderitaan ker bila bercerita pasal bulu ketiak dan bulu kemaluan perempuan...seperti biasa aku mmg tk paham...I'm sorry..

hamka said...

im sory too...

Anonymous said...

haha...x abis2 topik bulu nih...
bulu2...menjadi bualan yg hangat..
apepun..setiap ape yg Allah cipta ada peranannya..
x kisahla bulu jarang..bulu lebat..dan bulu2 sekalian yg lain...

hidup bulu..

manusia berbulu

Siti Mariam ibni Mat Isa said...

hm..mcm2..(geleng2 kepala

sambil makan kopok leko)

hamka said...

cicah dengan teh tarik sedap tu..

Siti Mariam ibni Mat Isa said...

hehe..yelah,pasni cicah ngan tea tarik halia lak..bro hamka sihat x?

Fatimah Az-Zahrah said...

salam.. sy pun dulu tkejut gak prempuan ada blu ketiak sebab mak sy xde,nenek pn xde. mase tu sy baru form 1,bile tgk akak2 kat asrama ade yg ade blu.sy tye diorg prempuan ade blu ke,,memg hairan..selang beberapa tahun mase form 3 kot sy pn tumbuh blu ketiak! mak sy pn geleng kpala sah la ko ikut ayah. sebab mak xde blu ketiak..terima la hakikat..asalnye x lebat pn tp bila dah cukur jd lebat..lambat tahu info yg seeloknya cabut bukn cukur nnt jd lebat..dan ade gak prempuan yg blu kaki mcm laki bkerinting tp x byk la.majoriti biase.. penah gak rase nak beli cream yg blh cabut bulu kaki tu nak letak kt ketiak seng skit xpyh cabut dan kalau dpt bantut kan terus ketumbuhan blu tu lg bagus sape yg x rimas kalau blu tumbuh meliar trutama kami yg prempuan ni,tp takut r sebab tu utk kaki,pd sp yg dah penah try cream tu kt ketiak harap blh bg pndgn,ok ke pakai? dan ayah sy penah ckp jgn biar blu pnjg,nnt lg berbau badan,memg pun!

hamka said...

menderita aku baca komen korang he he he

Anonymous said...

:-)

Anonymous said...

Salam...
Ha..ha...x3 nak tergelak baca citer ko hamka tapi kira oklah kan.. Aku lu masa anak dara suke sangat kalu dapat suami berbulu konon macholah cam model lelaki zaman aku remaja lu..
So mase berkawan ngan hubby aku dlu aku tengok bulu kat atas jari kaki lebat sangat n seksilah.. Tapi bila dah kawin auw... paha suamiku lebih gebu dari pehaku... Woha....
Aku tertipu...

hamka said...

macm-macam..

Anonymous said...

lambat lak notice kewujudan blog yg agak mantap ni. honestly cakap, penulis blog ni, zaman muda2 nya sebelum masuk 18tahun mesti sgt suci kan?.skema..? tabik2.

Anonymous said...

salam bro hamka..

bagusla bro hamka ni x 'tercemar' lg mase lps spm, sy ni..ish..teruk2..

nk tnye la bro, tuk laki2 kn, kite digalakkan bg clean n clear bulu2 kemaluan kite tak? curious nk tau la,stkt ni gunting 40 hari jer..huhu..

Anonymous said...

naduzubillah tuh ape??

na'uzubillah??

curiouslah bro...

hamka said...

Aku manusia biasa..

Anonymous said...

perbetulkan percakapanmu....
nescaya hatimu akan betul...

iman sahih....
amal saleh...
insya allah,sama2 azam deh.

hamka said...

bab potong bulu, memang kena potonglerr.., 40 hari jugak yang aku tahu.., itu kira maksima, tengolah pulak tahap subur dan gen..

: )

Anonymous said...

sedih aku baca kisah ko ni. sedihnya sebab citernya x sedih langsung.....

hamka said...

tapi jika kau sesat dalam hutan selama tiga tahun, dan jumpa orang asli yang tak pernah cukur bulu jadi bini kau, haru jugak..

he he

inayah solehah said...

aku ske la cre hamka cite, aku rse kalu de org nk bnuh dri bole jd xkn bunuh dri atau gelak dlu b4 bunuh dri...
aku dlu pn fobia gak tgok blu ketiak maksu aku, aku igtkn maksu aku laki, tp mmg pompuan....
so, skang aku pn dh de blu ketiak.. just apply cream kuar la..
pisau ckur ni mcm bhaya je..
kwsan tukn x sme rate.. nt luka cmne..? hehe..

hamka said...

ha ha!

harum said...

pakcik hamka....kalau ye pun memalukan kami kaum perempuanje la...

sy masa umur 16 tahun terkejut juga bila pertama kali ter..terpandang video lucah masa guna internt. nampak penis/ telur dan batang panjang lelaki yang panjang tu...tak lalu makan terus ... rasa tak nak kahwin... hilang selera terus tengok lelaki...no more nafsu... rasa pelik dan jijik... bersyukur jadi perempuan... walaupun kami ada bulu..... tapi sy cukur sejak pertama kali tumbuh.... jadi lincin je hehe

satu lagi orng lelaki pun ada bulu banyak juga kaT banyak tempat kan...?

penis lelaki ada bulu jugakan?? ketiak lelaki ada bulu juga?
awak ingat sy lalu juga bila fikir lelaki ada bulu ketiak banyak dan tak cukur...

perempuan pun fikiR begitu juga macam lelaki fiKir perempuan tau INGAT TU....

PERTAMA KALI BACA BLOG AWAK DAH NAK DARAH SY....

hamka said...

aku sedang berpuasa

aku malu wohh~ said...

aku paling last kot..

siyot jek bile bace entri yg nih... igt kan sedih sgt,, tp mungkin sedih bg Hamka.. Aku macam malu n gelak sorang2 dalam bilik gelap malam malam bute mcm nih..

hadoi.. jgn pelik la kot. Stiap yg Allah jadikan itu tidaklah sia sia..!~

pe isteri Hamka rase ehk.. Hamka tulis entri nih..wwwwwwuaa..

aku malu wohh~ said...

erm, sokong gak la ngn HARUM.

lepas sgt entri kali nih, lenkali letak 18SX.

tgk sume org dah ckp pasal bulu je...


HamKa.. nape orang slalu ckp " AKU TGH BERPUASA " kalo nk lepas dr seswatu yg ..cm ne n ckp eh..? adohh..tolong terangkan nape HAMKA ckp " AKU TGH BERPUASA " hehe..


p/s: maaf andai diri nih menerbitkan rasa x best dalam hati org lain.. Maaf.. Sekadar meluahkan rasa jek..Peace

hamka said...

semenjak aku tulis entry ini, isteri aku makin prihatin dalam bab menghilangkan bulu..

bab "aku sedang berpuasa" adalah sunnah Nabi yang mana jika ada orang bercakap benda yang sia sia, katakan pada mereka, "aku sedang berpuasa"

(bukan waktu tu bulan ramadhan ke?)

Anonymous said...

ceta ni mcm agak merendh2kn wanita sbb ada bulu..bnyk benda laki kdg2 geli dgn wanita,bila wanita ada bulu di ketiak n x cukur dtuduh pengotor,x bersih,x senonoh la menda la..ak malas nk ngarut pnjg2..pdahal ak gtau ak pn jijik ngan laki x nk cukur bulu..macho menda..dhtu diorg pya msa mula2 ak tau(agak dewasa gak la ak msa tu)sma mcm cik diatas..ak x lalu lngsung..ak rsa laki ni mcm pelik..terjuntai ja benda tu..msa ak blaja sains form 3 ak x minat lngsung laki..ak rsa ceta ni x sedih n lebih kpd lawak cuma pengisiannya ak agak suka la..tpi ak percaya memang ada org lgi malang pda ak n mesti ada gak org lgi bertuah dri ak.ak x minat lelaki..npa..sbb datas.

gegirl said...

tak payahla nak bg alasan ko sdg berpuasa utk elakkan komen dia,mcm la kata2 ko ni tak sia2..ko tau,blog ko ni dah menjatuhkan maruah kaum perempuan..dan satu lagi,perempuan makhluk yg menjadi perhiasan dunia,dan lebih cantik daro lelaki dr segi apa pun..dan perempuan makhluk yg plg sikit bulu kalo dibandingkan dgn lelaki dan org utan..dan semua ni ciptaan Allah,kenapa ko nak mempersoalkan semua ni..aku tak puas atila..baik ko delete je blog ko ni..