Jan 23, 2009

Bagaimana mengenali diri?

(Cerita untuk mereka mereka yang baru masuk islam pagi semalam, maafkan aku jika entry ini boring buat mereka yang pernah mengundi dua kali di usia islamnya atau pernah bersunat dua kali..)

Aku biasa hidup dengan meletihkan diri dalam kerja-kerja dunia, (semoga Allah ampunkan dosaku) bangun pagi mandi wajib dan pergi kerja dengan semangat waja, buat kerja itu ini dan makan itu ini, pulang petang bini menunggu dengan hidangan separuh barat atau separuh berat, dan banyak kali berat..,

Akhirnya, menjelang maghrib, keletihan terhadap dunia mulai terasa, dan dalam sisa sisa terdaya, baru aku melangkah menuju Rumah Tuhan mengunakan kaki yang sengal-sengal.., dan lebih parah, aku solat dalam keletihan.., lepas magrib ada pulak kuliah ugama, akupun terus terduduk bersila melabuh perut ke riba, kepala tunduk tawadduk, dan dari sayup speaker surau terdengarlah ceramah dalam keadaan lena dan terjaga..,

“Dari sifulan bin sifulan, meriwayatkan bahawa Allah telah mencipta semua roh dan mengumpulnya di Luh Mahfuz.”

Terbayang aku rupa Mahfuz Omar..

“Dari sekalian roh, Allah telah memilih124 ribu roh untuk di jadikan sebagai Nabi penyelamat ummat dari azab api neraka,”

Aku patut takut dengar cerita tentang api neraka, tapi aku yang hina ini, menguap pula..

“Kemudian, dari 124 ribu tadi, Allah Pilih pula 313 roh sebagai Rasul penyelamat ummat dari azab api neraka, dan dari 313 roh itu lagi, Allah Pilih 25 roh untuk di jadikan Rasul yang mana dipahatkan namanya dalam Al Quran,”

Best pulak ceramah ni.., bisik hati aku..

“Dan dari 25 roh itu pula, Allah pilih 5 daripadanya sebagai Rasul Ulul Azmi, dan dari 5 Rasul Ulul Azmi, Allah pilih satu daripadanya di angkat menjadi ketua semua Rasul dan Nabi, dan juga bertindak sebagai Nabi terakhir bagi semua zaman,”

Aku ambik Handphone, pergi menĂº ‘note’ dan tulis angka angka roh itu dan save, nanti aku tulis kat blog err, maksud aku kat nota ugama di sini.

“Dan dari jutaan baki roh setelah 124 ribu roh di letakkan darjatnya, maka roh bakian tadi dipilih menjadi ummat bagi setiap 124 ribu Nabi dan Rasul masing-masing, dan dengan kehendak Allah Yang Maha Mengetahui telah pilih kita semua sebagai Ummat terbaik di bawah naungan kerasullan Nabi Muhammad SAW.”

‘Best’ jadi the best ummat kan? sebab lepas tu aku tertidur dan terjaga menjelang iqamat dari bilal yang dah tak azan isyak walaupun sunnah Nabi kena azan tiap kali masuk solat, (tapi mungkin bilal tu nak capat sebab nak layan astro), maka aku yang dah batal wudhu, terus ambik wudhu dan imam tu walaupun dah dengar air paip yang mengalir deras membasahi longkang, boleh pulak baca surah pendek dan masbuklah aku.. hampeh betul!

(tapi mungkin iman tu pun nak capat sebab nak layan astro)

Lepas solat, rupa-rupanya, imam dan bilal serta ustaz, tak delah terus balik layan astro, aku sangka buruk rupanya, mereka aku lihat bermuzakarah sambil menum teh di sebuah warung yang berdekatan dengan surau.., dan kebetulan pula kat warung tu ada Astro..

Woha!!

******

Apa-apapun, merujuk entry yang lepas, bab ‘Awaluddin Makrifatullah’ aku ada bercerita tentang “Barang siapa yang kenal dirinya maka kenallah dia akan Tuhannya”.., lalu ‘mereka mereka yang baru islam pagi semalam’ tanya balik,:

“Bagaimana nak kenal diri sendiri?”

Baiklah para mua’laf sekalian, selamat masuk ugama Islam, dan selamat mengenal agama Allah, dan selamat belajar mengenali Tuhan pencipta sekalian alam dan selamat belajar menjadi manusia atau dalam erti kata yang lain, selamat belajar mengenali diri sendiri.

“Bagaimana nak kenali diri sendiri?”

Seperti yang aku tulis dulu, kita akan kenal diri sendiri adalah apabila kita kenal dengan sifat-sifat yang Allah sedia letak dalam hati setiap manusia dan ‘kemampuan’ kita mempergunakannya.

“Bila kita nak tahu sifat yang ada pada hati?”

Dah tentu bila kita di uji.

“Bila kita di uji?”

Bila kita mengaku beriman, sebab tu Nabi terus perintah semua sahabat yang beriman pergi buat dakwah yang mana dengan perantaraan kerja dakwah, iman akan teruji dan sifat sifat hati kita akan dapat dikenali, insyallah..

“Macam mana tu?”

Hiss, macam cakap dalam telefon pulak aku rasa.., harap prepaid korang bayak lagi.., takpe kita teruskan,

Err, macam mana nak mula, aku sedang fikir satu ayat Al quran untuk bagi dalil, tapi macam biasa, aku lupa, sebab tu bini aku kena faham bagaimana aku boleh lupa hari jadi dia, sebab dalil yang lebih pentingpun aku boleh lupa, apatah lagi tarikh kahwin dan sebagainya, kan? Kan ? argghhh, itu cerita lain, nampaknya, aku nak kena SMS Ustaz kejap..

Tap tap tap tap.. tip!

(bayangkan bunyi hujan menimpa atap zink kerana pantasnya aku manaip SMS)

Sementara Ustaz yang perasan sibuk jawab SMS aku, kita teruskan siri ‘nota ugama’ ni..

Untuk belajar kenal diri sendiri, kita kena buat dakwah, dan untuk buat dakwah kita kena belajar dari 5 manusia agung..

5 manusia agung yang aku maksudkan adalah, Rasul Ulul Azmi, Adapun yang termasuk rasul ulul azmi adalah Nabi Nuh AS, Ibrahim AS, Musa AS, Isa AS, dan Muhammad SAW.

Maksud Ulul azmi pula adalah, ‘Nabi yang mempunyai Azam yang tinggi’, dan tingginya Azam Nabi Ulu Azmi adalah sampai satu tahap mereka minta pada Allah untuk menjadi Nabi akhir zaman, tapi Allah dah tetapkan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang jadi Nabi akhir zaman, lalu mereka minta pulak turun pangkat nak jadi ummat akhir zaman dan hanya seorang sahaja yang Allah makbulkan menjadi ummat akhir zaman.. iaitu Nabi Isa a.s.

Straight to the point,

Bagaimana meneladani dan belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri., kita pergi satu persatu

1) Nabi Nuh AS.

Sebagaimana diketahui umum, Nabu Nuh AS mewarisi umat Nabi Idris yang telah menuhankan lima berhala utama sebagai sembahan mereka. Berhala-berhala tersebut adalah Wad, Suwa, Ya'uq, Yaguts, dan Nasr. Nama kelima berhala tersebut dahulunya adalah ulama-ulama umat Nabi Idris yang awalnya dikeramatkan lalu dimitoskan dan dituhankan.

Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Nuh AS selaku Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah: ISTIQAMAH.

Bagi yang tak faham erti istiqamah, bolehlah di fahamkan sebagai ‘KETABAHAN’ kerana maksud Istiqamah adalah ‘BERTERUSAN’.., yang mana jika korang buat dakwah atau apa sahaja amalam yang baik, dan korang berjaya melakukannya secara berterusan, maka korang akan mengenal sifat ISTIQAMAH yang akan mencetus ISTIKHLAS, dan akhirnya mencapai IKHLAS…
Dalam Al- Quran cerita kisah Nabi Nuh AS buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun, sebagai bukti ISTIQAMAH.., maknanya, jika orang PAS dan UMNO boleh buat ‘dakwah’ 5 tahun sekali, pergi rumah ke rumah bagi hadiah atau duit sagu hati waktu dekat mengundi, atau orang tabligh pergi rumah ke rumah 2 minggu sekali selama 45 minit, nak lawan dengan ISTIQAMAHnya Nabi Nuh AS, adalah jauh seperti langit dan bumi, sebab Nabi Nuh buat dakwah SIANG dan MALAM selama 950 tahun…

Apa lagi nak di kata?

Orang tabligh yang belajar istiqamah 45 minit berdakwah aku tengok orang kampong dah bising, apa lagi ummat Nabi Nuh yang kena dakwah siang dan malam selama 950 tahun, tu yang mereka benci sangat kat Nabi Nuh sampai sanggup pergi berak atas bahtera Nabi Nuh..huh!

Jadi kepada mereka yang berdakwah, ISTIQAMAHlah dalam kerja korang sampai jadi mayat, atau sampai orang kampong jadi mayat.., takpe takde orang ikut atau sikit orang ikut, Nabi Nuh yang buat dakwah dekat 1000 tahun pun pengikut tak sampai seratus orang, apa nak peduli?, kejayaan dakwah bukan berjaya buat orang ikut kita, tapi berjaya ISTAQAMAH sampai mati..

Aku ulangi:

Kejayaan dakwah bukan di ukur apabila berjaya buat orang ikut kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita sendiri berjaya ISTAQAMAH buat dakwah sampai jadi mayat..

InsyaAllah!!

Alahai, lagipun tak lama buat dakwah, sampai mati sahaja, dan bila kita mati? Kalau mati petang esok, sampai esok sahajalah... he he he.

2) Nabi Ibrahim AS.

Nabi Ibrahim AS juga di kenali sebagai BAPA PERGORBANAN, dan aku rasa tak payah nak terang lagi sebab tiap tiap tahun kita buat ibadat korban sembelih lembu dan kambing serta unta sambil mengenang PERGORBANAN Nabi Ibrahim AS.

Apa yang Nabi Ibrahim Korban?

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, Tapi Allah suruh Nabi Ibrahin meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Maka Nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, boleh main batu seremban, congkak dan lain lain..

Tapi.., datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Tapi.., Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya mengorbankan anaknya pula, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yang diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?

Dan itulah PENGORABANAN..

Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah PENGORBANAN...

Sesungguhnya, Kalau kita nak dapat kebahagian dengan harta benda. Kita kena korbankan waktu bersama keluarga,

Dan kalau kita nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…

Oh..

Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!

3) Nabi Musa AS

Habis sudah kisah Nabi Ibrahim secara ringkas, dan untuk cerita detail, aku ada tulis dalam entry yang lepas-lepas, sekarang kita rujuk kisah Nabi Musa AS pula,

Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa AS?

Aku ringkaskan cerita, semua orang tahu bahawa Firaun tu sejahat-jahat manusia, sebab mengaku sebagai TUHAN..

Tapi apabila Allah hantar Nabi Musa AS berdakwah pada Firaun, Allah perintahkan Nabi Musa supaya ‘BERLEMAH-LEMBUT’..

LEMAH LEMBUT di sini bermaksud HIKMAH..

Ni banyak nak kena belajar, terutama orang politik, korang suka sangat LAKNAT musuh korang sana sini, , sedangkan korang tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan musuh korang tidaklah sejahat firaun laknatullah(mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa a.s berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah) pada firaun…Apa? Adakah Allah tidak tahu hakikat firaun yang tak nak langsung akan hidayat? Allah sudah tahu kerana Dia Maha Mengetahui.. tapi kenapa Allah masih perintahkan nabi Musa berdaqwah pada firaun berkali-kali?..ya..benar, kerana keuntungan berdakwah adalah untuk Nabi Musa as. Walaupun firaun tak nak ikut baginda setelah banyak kali ‘lemah lembut’… tapi hikmahnya, kesemua ahli sihir firaun pula berbondong bondong masuk ugama Nabi Musa..

Apa lagi nak di kata?

Maka, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Musa merangkap Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah HIKMAH…

4) Nabi Isa AS

Kita teruskan, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa AS?

Sebab aku nak cepat, aku ringkaskan terus, apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Isa yang tersenarai Nabi Ulul Azmi dalam proses mengenali diri sendiri adalah ZUHUD…

Nabi Isa adalah Nabi yang paling zihud, tiada rumah, tiada harta, tiada isteri, tiada anak, tiada waris dan TIADA BAPA!

Siapa sini yang tiada BAPA? Angkat tangan?!

Jadi, belajarlah sifat ZUHUD, kerana ianya akan membuang KESOMBONGAN..

5) Nabi Muhammad SAW

Last,. Aku dah mengantuk, tapi ustaz masih belum balas SMS aku, aku nak tulis dalil supaya lain kali aku boleh rujuk NOTA tanpa perlu habiskan prepaid mengSMS ustaz,

Maka, Apa yang boleh kita belajar sifat terpuji dari Nabi Muhammad SAW?

Jawapanya: SABAR YANG TIADA BANDINGAN!

Para Rasul dan Nabi bila buat dakwah, sampai satu tahap akan mintak Allah hancurkan kaum mereka, tapi nabi Muhammad SAW, SABAR sampai BAGINDA WAFAT…

Antara nikmat yang terbesar dalam hidup adalah :“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”

Kerana itu kalau korang rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni:

Bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu

Apakah korang ingat Allah tak boleh halang orang kapir?
Buat batu tu stop macam Neo stop peluru dalam the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje Nabi-Nya di baling batu dan Sahabat-sahabat RA diseksa..?

Tak lain tak bukan…Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!

ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!

Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?

Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….

Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…Nabi Zakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…

Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mataNabi bergenang…

Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:

Satu:
Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan

Dua:
Sabar menahan segala penderitaan..

Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!

dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKAT KESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!

Atau aku tambah lagi..SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!

Nasihat aku:-

Sahabat..
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."

Sahabat..
kalau kau nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini(perintah Allah) dan tanggung beban ini (ujian Allah) sampai kita jadi mayat!!!!

Sahabat..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."

Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yang mana bila ada orang lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yang ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..

Tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..

Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!

*****

Sudah sampai ke penghujung, Ustaz sudah balas SMS, tapi jawpan ustaz.

“ Nanti saya semak”

Hmm, nampaknya, korang kenalah cari sendiri, Aku nak tidur.., dan semoga aku sendiri dapat belajar sifat terpuji dari Nabi Ulul Azmi, iaiti Istiqamah, Mujahadah, Hikmah, Zuhud dan Sabar.. dan akhirnya dapatlah kita MENGENALI DIRI SENDIRI..

Akhir kata, Mungkin Ustaz tu layan Astro kot, sebab tu tak sempat nak jawab soalan aku.., hisss tak baik buruk sangka Hamka, kau kena SANGKA BAIK, itu satu lagi sifat yang aku nak kena tambah, tapi dah panjang sangat entry ini, lain kalilah aku cerita.., insyALlah,

SEKIAN.

Ps: Baiklah aku sangka baik, Ustaz tu bukan layan Astro, tapi layan Oasis kat channel 106…

: )

33 comments:

  1. panjang giler...
    oleh sebab aku nak balik kg cuti panjang ni, aku print dulu bwk balik baca...

    ReplyDelete
  2. Hish pantasnya, aku ingat nak jadi first komen, akupun nak balik kampung cuti seminggu,

    selamat hari raya cina kepada awek awek cina yang pernah mencintai diri ini..

    wasalam!

    ReplyDelete
  3. dah aku jadi no 3.

    ingat bole jadi no 1.

    blog ni memang "phew"

    ReplyDelete
  4. Aku membaca nota ni sambil mendengar lagu My Chemical Romance..huhu..

    ReplyDelete
  5. salam...
    en hamka....
    konpius sket kt crite nabi ibrahim 2....
    bkn ker Nabi ibrahim wat undian anak mane yg patut kna smbelih?
    dh bnykkali wat undia name nbi ismail gk yg naik...
    sowi kalo tersilap...
    epy holiday k...


    ...perempuan ini...

    ReplyDelete
  6. Aku asalnya setitis air yang jijik dan busuk. Kalau terkena kain, cepat2 nak dibasuh.

    Yang akhirnya akan menjadi mayat. Macama mana pun ada orang sayang kat aku, mereka akan cepat2 gali lubang, cari KERETAMAYAT dan taruk aku kat situ.

    ReplyDelete
  7. Manusia yang Mulia Disisi Allah ialah wali wali Allah, diantara wali wali Allah itu Nabi Nabi Allah, diantara Nabi Nabi Allah itu Rasul Rasul Allah, diantara Rasul Rasul itu Ulul Azmi Allah dan diantara Ulul Azmi itu Nabi Muhammad s.a.w

    besar rahmat kita dapat jadi umat Nabi Muhammad s.a.w

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Credit to Hamka...Ilham dari ALLAH jua...entry yg paling sesuai untuk orang yang baru nak belajar buat usaha agama...bukan untuk muallaf saja...

    ReplyDelete
  9. Kejayaan dakwah bukan di ukur apabila berjaya buat orang ikut kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita sendiri berjaya ISTAQAMAH buat dakwah sampai jadi mayat..

    Paling penting biat saya kata-kata ini.Istiqamah!Insyaallah.

    ReplyDelete
  10. bro Hamka.. aku yg masih disini, bolehkah dikategorikan sedang beristiqamah??

    ReplyDelete
  11. bonus aku tahun ni 6bulan gaji...
    bos aku cakap dia sudah kenal lama dgn aku....
    huhuhu dunia melekat kat ati aku

    ReplyDelete
  12. salam

    ...kelima-limanya ditinggikan darjat mendapat pangkat 'ulul azmi kerana keSABARan yang tinggi dalam berdakwah.

    Allahutaala bersama orang yang sabar.

    Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.
    (sabar dulu baru solat)

    Dalam nota 'hardware' saya:

    Ada 3 tingkat kesabaran

    1 sabar dalam mentaati perintah
    Allah-dpt 300 darjat
    2 sabar dalam meninggalkan
    larangan Allah- dpt 600 darjat
    3 sabar dalam menerima musibah
    - dpt 900 darjat

    especially dalam berdakwah sangat2 perlu bersabar (surah Al-'Asr)
    sebabtulah malaikat tak dapat nak kira ganjaran orang yang keluar jalan Allah, kerana semakin banyak kesabaran, maka semakin banyaklah ganjarannya.

    ...sabar itu sangat senang diucapkan, tapi untuk amalkan...

    maka gagallah saya apabila masih berkeluh kesah dan merungut-rungut...(ada tugasan taklim mingguan-tapi kena taat mesyuarat)

    nurul huda

    ReplyDelete
  13. salam valsa nine,

    akak baru tanya (bukan pakai sms tapi pakai skype) orang yang belajar kitab:

    Nabi saw tidak pernah menyatakan haram menyentuh anjing, tetapi bila sentuh kena samak kerana ia adalah najis berat. Setiap mazhab menghukum anjing dan babi sebagai najis berat termasuk kacukan dari salah satu binatang(dah ada bari-bari pulakdah, babi+biri-biri).

    mazhab syafie mengharamkan membela anjing jika tidak bertujuan menjaga tanaman atau ternakan.(pengawal rumah...hmm tak tanya pulak)

    Bagaimanapun menggunakan najis dalam kehidupan harian adalah sangat dilarang dalam semua mazhab kerana kepentingan THOHAROH dalam Islam telah diTEKANkan oleh Nabi saw supaya dijaga 24 jam.

    Mazhab = pegangan/ cara melaksanakan agama yang telah diambil dari Al-Quran dan hadith yang telah disempurnakan setiap perinciannya.(semua hukum dah sempurna...tak boleh kita (orang awam)pandai2 menghukum dgn logik akal sendiri hanya berdasarkan Al-Quran dan hadith terjemahan shj).

    Menyampaikan mafhum hadith(pemahaman hadith) yang kita pernah belajar/dengar dari org yg pernah dengar dari org yg pernah dengar dari org yg pernah dengar dari...hamka..yg pernah dengar dari.org yg pernah dengar dari..ustaz...ini kes lain!

    Kedudukan Al-Quran dan hadith tidak boleh dijadikan dalil sehingga mengetahui sebab-sebab hadith disabdakan atau sebab-sebab ayat Al-Quran diturunkan.

    Wallahualam. Tasbihkifarah...saya jugak orangtua baru nak belajar jolok buah cempedak diluar pagar..

    nurul huda

    ReplyDelete
  14. terharu baca entry ni...aku harap aku boleh ada semua ciri2 yg ada pada nabi2 tu....tapi kekadang aku x mampu...

    ReplyDelete
  15. Salam hormat tuan Hamka dan semua,

    Boleh tuan Hamka membuat entry berkenaan karkunjuk@kartun..

    .

    ReplyDelete
  16. aku susah nak suka sesuatu blog ,tapi aku suka blog kamu,teruskan menulis,tambah apa yang aku tak tahu

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum,
    abang hamka,
    buat promote diri kat sni boleh?
    hrp abang hamka x marah.
    saya mengharap kan pandangan2
    dari abang hamka dan sekelian
    muslimin dan muslimat kat sni
    jika ade yg sudi, jemput datang ke blog saye.moga Allah merahmati kita semua..

    ReplyDelete
  18. slm. oasis dan astro tu sama je.
    mawi punya juga, eh silap. macammana nak buat rancangan dan kuliah agama tidak membosankan. Kembali kepada roh addin atau masukkan unsur hiburan..

    ya Allah mulianya insan pilihanmu dari sifat2 terpuji mereka. Pimpinlah kami untuk menjejak sifat mulia hambaMu yang bertakwa untuk mengenali diri dan Rabbi... amin.

    ~noya~

    ReplyDelete
  19. Salam...

    bagaimana nak mengenali diri?
    kat ic (identity card) kan bleh.

    hehehe kem kat ustaz yang lambat nak reply sms tapi pendek jek sms tu eh. saspen jek orang baca sampai abes.

    ReplyDelete
  20. salam, ingtkn entri smpena thn baru cina ni ttg zheng he aka cheng ho.

    ReplyDelete
  21. tabligh buat ziarah 2 kali seminggu...bukan 2 minggu sekali

    ReplyDelete
  22. kite kdg2 terkutuk bangsa cina.."ish..cina nie penipu..".." ish..ko tau lah cina kan...cekik darah punye"..."..knapa? ooo..byk org cina kat sana.."

    tahu tak kite yang CIna Islam di China jauh berkali2 ganda dgn Islam(melayu + cina + india _+ bangsa2 lain) di Malaysia..bahkan jauh berkalai2 ganda dr penduduk 27 juta rakyat Malaysia...

    jadi,.. katakan Cina bukan islam atau org bukan islam...

    p/s: aku baru perasan setelah aku dilingkungi oleh ramai Cina Muslim sebelah keluarga isteriku..

    ron @ nAJMUSSSOBAH

    ReplyDelete
  23. Tujuh Kaki Dalam

    Cerita tentang ‘tujuh kaki dalam’ lagi "phew"

    ---------------
    ...perempuan ini...

    Cuba rujuk ustaz, dan akupun rujuk sama, kita tengok siapa yang rujuk dulu, dah tentu kau, maka aku tunggu dalil dari kau..

    : )

    --------------
    jude
    :)

    -------------
    azharjaafar

    Lagi cepat lagi bagus, sebab tu aku kena selalu panaskan injin kereta ini..

    ------------
    Perantau

    “..setelah memenuhi syarat ummat terbaik..”

    -------------
    van qif

    Credit to Buzmana juga.., aku Cuma ‘panjangkan’..

    -------------
    Syahidah

    Amin…

    --------------
    vlinders

    Allah suka amalan yang istiqamah, walaupun kecil dan sedikit..

    --------------
    kedaijamu

    kalau bonus dah 6 bulan gaji, aku ada nasihat berguna kat entry “apa aku dapat bila tulis blog”

    hek hek (gelak orang berangan kaya)

    ------------
    nurul huda

    bagus, masing masing dah ada nota ‘hardware’.., kena galakkan orang ramai buat nota ugama untuk diri sendiri.., sebab tuan punya badan lebih faham baca nota sendiri dan akan selalu baca dan baca maka bermanfaatlah peringatan bagi orang yang beriman, mudah-mudahan..

    ------------
    nurul huda

    best jugak, tumpang makan buah cempedak yang telah siap di jolok di luar pagar..

    -----------
    limaumaniss

    buatlah setakat yang anda MAMPU..
    tapi benarkah kita telah buat setakat yang MAMPU?

    ----------
    Saudagar C o

    Ugama akan maju jika orang islam sangka baik terhadap mereka yang nak jadi baik..

    -----------
    The Spiral Eyes

    Ramai orang susah untuk suka lubang kubur, tapi takpe, keretamayat akan bawa kamu ke sana..

    -----------
    gurindam rasa

    Walikumusalam

    -----------
    ~noya~

    Buat sahaja yang Hak, kerana bosan itu datang dari hasutan syaitan, Hakikat kemanisan datang dari Allah..

    ----------
    arnamee

    ;)

    ----------
    anak kucing

    ustaz dah balas, aku terdelete sebab perasan dah hafal Dalil tu, selaki lupa daa, nak sms ustaz tu segan pulak, apa-apalah!

    ---------
    Kafur

    Aku jarang tulis perkara ‘sempena’, sebab ugama itu tiada ‘sempena’..,

    Chewah!

    ---------
    hidayat-idaman

    ok..

    ---------
    ron @ nAJMUSSSOBAH

    pernah kawan dengan budak perempuan cina, konon nak islam kan dia, masa tu aku baru lepas spm, lalu.., arghh, lain kali aku cerita..

    ReplyDelete
  24. betul ke PAS buat 'dakwah' 5 tahun sekali je?

    minta jangan hukum apa yang kita tak tahu.. apa yang kita tak nampak, tak semestinya tak berlaku..

    orang yang tak pernah keluar bersama jemaah tabligh pun akan pandang buruk pada tabligh sebab tak pernah ikut.. macam jugak orang yang tak pernah bersamaa PAS, akan pandang buruk pada PAS kerana tak pernah ikut.. maksudnya faham dengan mendalam..

    kelemahan tu pasti saja berlaku kerana manusia yang bawak jemaah tu.. PAS ada kelemahan dia.. jemaah tabligh pun ada kelemahan dia.. yang penting masing2 usaha untuk perbaiki..

    raikan jemaah2 yang ada.. masing2 ada peranan masing2, ada sumbangan masing2.. semua sama2 usaha untuk Islam.. yang penting matlamatnya 1, bawa manusia pada agama.. semoga semua usaha2 ni akan diterima Allah.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  25. Nape mataku brkaca-kaca bl Abs bc ttg entry SABAR ni aa?

    ReplyDelete
  26. PAS buat dakwah tak ikut cara nabi...
    itu saja...
    kerja dakwah perlu ikut cara nabi...
    baru diberi bantuan Allah...
    dari aku yg tak membenci mana2 usaha jemaah

    ReplyDelete
  27. Cerita orang yang tidak khusyuk...


    Iktidal.

    takbiratul ihram membuka cerita
    tentang peri pengembaraan hamba-Nya
    menerawang dunia dalam kepala
    tatkala imam mengalunkan iftitah
    hati tidak mampu menghadam rencah
    maksud mendalam pengabdian hidup
    tenggelam dalam bicara halus
    di satu sudut hati
    yang terjerit-jerit bertanya
    bila hendak makan?

    sedang alfatihah menyusul
    menagih sekelumit rasa hamba
    walhal lapar masih mencubit telinga
    minta didengar keluhannya
    sedang mata melilau ke kiri kanan
    menjelma pula ingatan-ingatan
    ya, baru teringat!
    tertinggal pula kunci motosikal di laman
    menyerbu pula senarai-senarai barangan
    yang harus dibeli di pasaraya berdekatan
    ah, mana satu harus dilayan?

    tatkala imam begitu syahdu
    mengalunkan kalam-kalam-Nya
    mata dirasakan semakin layu
    syaitan galak bergayutan
    menarik-narik kelopak mata
    sambil melaungkan slogan
    'tutup mata, hilanglah lara'
    'alah, lelap sekejap, tidak mengapa'
    sedang masih dibuai selesa lena
    tak semena-mena
    gema Sami'Allah memecah suasana
    rupa-rupanya sudah iktidal
    terkilan rukuk sudah tertinggal
    pantas dikejar, masih sempat
    bersama imam di akhir rakaat
    dalam diam halus sujud menyergah
    tetapkan hatimu pada Yang Esa!

    sekilas masa berlalu
    salam diberi menamatkan perjalanan
    sebuah kembara bertemu Tuhan
    terpaku di sejadah seketika
    sambil akal bertanya
    'ke mana hatimu
    selama jasad menghadap Dia?'

    ReplyDelete
  28. sesungguhnya apa jua yang ALLAH jadikan ada hikmahnya walau ulat dalam batu

    ReplyDelete
  29. Kejayaan dakwah bukan di ukur apabila berjaya buat orang ikut kita, tapi kejayaan dakwah adalah apabila kita sendiri berjaya ISTAQAMAH buat dakwah sampai jadi mayat.. Paling penting biat saya kata-kata ini.Istiqamah!Insyaallah.

    ReplyDelete