(Bagaimana menakutkan penakut yang penakut)
Satu hari dalam sejarah, ada antara korang yang bertanya:
Pakcik Hamka, tak nak ulas ke tentang isu video azab kubur yang di tayangkan oleh seorang ustaz di sebuah sekolah rendah kawasan elit sehingga mengganggu mental kanak-kanak seperti yang dilaporkan TV3 malam tadi?.
Aku jawab.
TAK NAK!
Tapi tak lama kemudian, aku macam dah dapat ilham nak menulis tentang isu ini.., lantas dalam kesibukkan perasan sibuk, ku lembutkan jua akan jari jemariku untuk menari sehati berdansa di papan keyboard menyusun ayat serta prosa dan sesekali, aku menekan butang 'enter’, 'space bar’ dan 'Ctrl S’.. chewah!
Ceritapun bermula,
Satu hari dalam sejarah, masa aku tingkatan satu, ada kawan aku yang bernama kamarul yang agak alim-alim tahik kucing, iaitu selain beliau yang minat lagu rock kapak jiwang karat, seperti XPDC, Juntion, Wings. Scorpions dan Metalica, terselit jugak di antara keset-keset pujaan beliau akan satu kaset nasyid dari Al-Arqam.
Tajuk kaset tu, kalau tak silap aku adalah "kelahiran”.
Akupun pinjam walkman kamarul dan mulai dengar isi kandungan kaset tu.., kalau korang nak tahu, zaman tu bila korang ada walkman, kira dah habis 'hadhari' dah, jalan jalan sambil angguk angguk kira canggih ler konon, kaset masa tu harga paling mahalpun RM 8, satu side 5 lagu, ada dua sideler jadi 10 lagu, pasar malam boleh beli yang cetak rompak dalam RM3, siap ada cover dan senikata macam original.. eh melalut pulak!
Pendek cerita, aku dengar satu sajak dalam kaset tu yang buat aku teruja, tajuk sajak tu adalah "sakaratul Maut”
(Dingin hari itu seorang OB jatuh di kamar mandi, .. bla bla bla.. sakit azab nak mati, bla bla bla, , mintak panjang umur, bla bla bla, malaikat tarik nyawa dengan azab, bla bla bla, masuk kubur, bla bla bla, kena azab, bla bla bla, mana doa anakku seorang doktor, arkitek, lawyer.. bla bla bla..)
Jadi sebab aku rasa sajak tu best, akupun pinjam kaset tu bawak pulang nak bagi abang dan kakak aku dengar, tentu diorang bangga sebab adik dia ada hati jugak nak dengar kaset berbentuk dakwah..
Jadi bila aku bagi kat abang aku dengar, diapun rasa best, dan ulang putar bab sakaratul maut sambil hafal sajak tu, dan hampir separuh sajak tu aku rasa masih ingat sampai sekarang... aku rasa..
Pendek cerita lagi, ada satu hari tu, aku ada begaduh ngan anak jiran aku, kes budak-budak jer, tak puas hati aku belasah mamat tu, ayah diapun datang marah mak aku sebab tak pandai didik anak katanya,
Maka mak aku dengan linangan air mata pukul aku dengan tali timba, pukulan yang sungguh kuat, sampai badan aku berbirat-birat..
Tak cukup dengan itu, ada satu hukuman yang buat aku nak gelak, mak aku ambik radio kaset kat dapur, dan playkan kaset kelahiran tu, dan pakse aku dengar sampai habis akan sajak sakaratul maut tu!
(Dingin hari itu seorang OB jatuh di kamar mandi, .. bla bla bla.. sakit azab nak mati , bla bla bla, , mintak panjang umur, bla bla bla, malaikat tarik nyawa dengan azab, bla bla bla, masuk kubur, bla bla bla, kena azab, bla bla bla, mana doa anakku seorang doktor, arkitek, lawyer,blogger, mana? Mana?.. bla bla bla..)
Dan kepada Mak, betapa bestnya mak sebab berbeza sekali fahaman mak dengan fahaman mak mak zaman sekarang, mak tak kisah anak mak dengar sajak yang boleh mengganggu mental ibu bapa zaman sekarang, dan alangkah baiknya jika waktu tu mak dapat tayangkan video azab kubur tu pada kita, tapi kita tahu mak miskin, kita mana mampu nak beli player video tape, sampai sekarangpun mak tak beli, tapi kan mak, maaflah sebab kita tergelak dengar kaset tu, maka mak marah lagi sambil tambah pukulan sebab kita gelak dengar sajak tu, mak fikir kita dah tak boleh di selamatkan lagi sebab boleh pulak gelak dengar sajak kematian, mak, maaflah, kita dah selalu dengar sajak tu siap buat lawak, tu yang gelak tu, kalau mak nak tahu, kaset tu kawan kita yang punya, kamarul namanya, dan kepada kamarul, mintak maaf sebab terlupa nak pulang..oh!
Habis..
Amacam? Best tak cerita betul tu? Hampeh bukan? dan korang rasa, ada kena mengana tak cerita aku dengan kes video azab kubur yang di tayangkan oleh seorang ustaz di sebuah sekolah rendah kawasan elit sehingga mengganggu mental kanak-kanak seperti yang dilaporkan TV3?.
Aku rasa Puaka Niyang Rapik lebih menganggu mental, tapi nasib baiklah anak aku di ajar konsep 'orang sakit' maka tak lah terganggu mentalnya dengan puaka puaka yang berkeliaran di TV3..
Apa-apapun, aku sebanarnya tak nak ulas isu tu, di tambah dengan sifat buruk aku yang malas, dan korangpun malas jugak nak panjangkan bab ni aku rasa, lagipun kita semua ni dah cerdik pandai dan terlalu hina jika nak serius dengan hal yang remah temeh, maka kita cerita isu lain lah..
Kita cerita tentang Bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.
Sebenarnya adalah sangat bagus bila anak kita atau kita sendiri yang takut kepada Allah, kerana tunjang kebijaksanaan adalah sifat takutkan Allah, demikan sabda Nabi...
Pada zaman nabi dan sahabat, jika korang baca kitab sejarah mereka, kalah cerita hindustan, sebab dalam banyak babak, mereka banyak menangis kerana takutkan Allah, usahkan budak kecik yang menangis kerana takutkan Allah, bapak budakpun menangis, dan Nabi selalu menagis secara live, Abu bakar pun banyak menangis, Umar yang ganas pun banyak menangis waktu jadi raja, malam malam lintas rumah mereka akan terdengar tangisan, cakap sikit dengan mereka bab ugama, mereka akan menangis, dalam solat terdengar tangisan di sana sini, dalam doa mereka menangis.. janggut basah boleh di lihat di sini sana, dan kadang kadang malaikatpun menangis bersama mereka..
Tapi zaman sekarang, dalam majlis ugama, nak cari yang menangis cukup payah, yang banyak ketawa adalah!, naduzubillah...
Pendek cerita kisah bab takutkan Allah, Ada sekali tu, seorang sahabat yang bernama Abdullah bin Umar RA kalau tak silap aku, telah menangis sehingga rosak matanya, apabila orang hairan melihanya maka dia berkata:
Apa nak hairan dengan tangisanku, matahari juga menangis kerana takutkan Allah...
Dalam riwayat menceritakan bahawa Allah berfirman dalam Hadith Qudsi:-
"Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan kepada seorang hambaKu, dan Aku tidak memberi dua kelapangan fikiran kepada seorang hamba. Sekiranya seorang itu tidak takut kepadaku didunia ini, maka Aku akan membuat dia takut di akhirat nanti, Sekiranya didunia ini dia sentiasa takut kepadaKu, maka Aku akan menyelamatkannya dari segala ketakutan”
Kita dengar pulak Nabi bersabda:
"Siapa yang takutkan Allah, semua makhluk akan takut padanya, dan siapa yang takut sesuatu selain daripada Allah, maka semua makhluk akan menakutkannya”
Nabi bersabda lagi:
"Sekiranya air mata mengalir di mana-mana wajah kerana takutkan Allah walaupun sebesar kepala lalat maka Allah akan mengharamkan wajah itu dari terkena api neraka”
Dan Nabi terus bersabda:
"Sesiapa yang menangis kerana takutkan Allah maka susah baginya memasuki neraka sebagaimana susahnya susu kembali ke puting”
Dan Abu bakar RA pula berkata:
"sesiapa yang boleh menangis, maka menangislah dan siapa yang tidak boleh menangis maka buat-buatlah menangis."
Dan Nabi bersabda lagi:
"Tujuh golongan yang dilindungi di bawah arasy, salah seorang dari mereka adalah seorang yang bersunyi diri mengingati Allah sambil menangis...."
Demikianlah Hadith hadith yang aku petik dalam melengkapkan nota ugama untuk diri sendiri di sini tentang batapa pentingnya sifat takut kepada Allah yang perlu ada dalam diri setiap insan bernama kita, semoga kita semua dapat amal dan sampaikan dan dapat pula menangis, dan aku nak tanya, bilakah kali terakhir korang menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!
Sebagai mengakhiri cerita, Untuk subjek tajuk entry ini, iaitu: Bagaimana nak menakutkan penakut yang penakut.., dan sebagai alternative kepada ustaz yang tayang video azab kubur supaya tidak lagi di report polis, maka, apa kata kita gunakan kanak kanak sebagai bahan untuk menakutkan penakut yang penakut, tanpa perlu kita gunakan video tapi cukup kita guna lagu tema kanak-kanak.., biar kanak kanak menyanyi tanpa gangguan mental dan dengan riang ria, dan ini tentu akan menggembirakan para ibu bapa diluar sana..
Maka, aku ada edit dua buah lagu kanak-kanak, dan kita pakat pakat ajar anak anak kita nyanyi lagu ni, biat diorang hafal dan biarlah anak-anak kita terjun ke dalam masyarakat sambil menyanyikan lagu ni, mudah-mudahan dengan lirik lagu yang telah di ubah suai ini, dapatlah kita menakutkan penakut yang penakut supaya mereka yang tak takut kepada Tuhan menjadi takut, atau yang sudah takut menjadi bertambah takut lagi lalu terbukalan pintu Takwa, insyAllah...
Kerana Takut itu adalah sebahagian daripada Takwa...
Lagu satu:
Tajuk: TANYA SAMA MAYAT.
(Tajuk asal: Tanya sama pokok)
Tanya Sama Mayat
Apa Sebab Mati
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu
Tanya Sama Anak
Mana Harta Ayah
Nanti Jawab Anak
Semua Dah Jual
Tanya Sama Isteri
Mana Pergi Suami
Nanti Jawab Isteri
Aku Dah Kahwin
Tanya Sama Mayat
Siapa Tuhan Kamu
Nanti Jawab Mayat
Aku Tak Tahu.
(ulang korus sehingga 'jejak hantu' di tukar kepada 'jejak rasul')
Lagu dua:
Tajuk: KERETA MAYAT WARNA PUTIH.
(Tajuk asal: Kereta kecil warna merah)
Tak Kira Kampung Atau Kota
Semua Akan Naik Kereta
Kereta Mayat Warna Putih
Boleh Membawa Kita Ke Kubur
Pong Pong Pong Pong Pong Pong Pong
Kereta Mayatku Berbunyi
Marilah Imam Mari Jiran
Mari Menghantar Kita Ke Kubur
(ulang korus sehingga Puaka Niyang Rapik di tukar dengan Puaka lain.)
Sekian Kelas hari ini.
Woha!
Ps: Aku ulangi soalan untuk diri sendiri, bilakah kali terakhir anda menangis kerana takutkan Allah. Semalam? Minggu lepas? Tahun lepas? 10 tahun yang lepas? Tepuk dada tanyalah iman... oh!
salam~~
ReplyDeletedh lm xmnangis..
tp smlm mnagis sbb sakit perut..hal pompuan..
errr..xaci kot..emm
video tu bkn menakutkan anak2 tp sebenonya menakutkan mak bapak..sbb klu anak2 tnya soklan, mak bapak tak leh jawab.
ReplyDeletesekian.
penah tgk video seolah2 siksaan kubo masa pergi kursus solat...mmmg takut giler...ada part yg x leh nk tengok..tak saggup..tutup mata terus sambil teresak2 menangis...tu baru lakonan dan apa yg manusia cuba tunjukkan melalui video..belum lagi siksaan ALLAH yg betul...masa aku tgk tu lam dewan besar....so sound system die mmg bingit..pastu pasan g pulak vidoe siksaan kubur yg amat dahsyat tu...mmg tertusuk kalbu tak tau nk cakap macam mana....terkesan di hati...ish..masih terbayang lagi vidoe tu sedang aku duk type nie...isk..isk...
ReplyDeletepernah jugak aku bg adikku tgk satu video klip lagu dan dalam tu ada selingan part2 dari video yg aku cerita kat atas tu...adik aku tgk video klip lagu tu terus menangis jugak lepas aku cerita kat dia tu contoh atau gambaran siksa kubur nanti..die pon nangis teresak2 sambil memeluk kepala aku...takut sangat tuh..itu baru sebahagian dari apa yg ada d vidoe tu...fuh....
nak nangis untuk dosa sendiri pun susah aduh, hidayat! hidayat!
ReplyDeletebab video tu, betullah memang kelakar! hairan ada jugak yg masih amal cara tu
ReplyDeletesob..sob..(bunyik Air mata yg lama x bapa nk kluar ni)...
ReplyDeletesmlm hanya hampir nk kluar sbb msm muka ngn abah...member soh minta maaf cepat2...takut@ Kullunafsinzaaiqatulmaut... aduh...
Tp time nyanyi lagu kete mayat a.k.a. kete kecil warna merah...aku tergelak besar... WOHa!!!
p/s : aku pun still ingt lg sajak tu... di mana? di mana?
huhu,baru sebentar tadi aku menangis sedang berbual pasal aku tak nak lagi jadi jahat dan nak jadi budak baik! nasib baik cepat kover dgn "habuk masuk mata" bila member aku tanya..
ReplyDeleteaku sedih sebab aku tau level aku masih jauh di bawah berbanding nabi,sahabat nabi,engkau,malah rakan2 aku yang hebat2 di sekeliling aku. aku masih cemburu pada mereka...=(
aku selalu bandingkan diri aku dengan org2 soleh dan baik.aku jeles hamka! jeles siot. aku rasa mcm tak aci.. aku mcm kena terkapai2 sikit,aku nak belajar baca alquran pun,dari umur 6tahun sampai form4 (sekarang pun sebenarnya) pun masih lagi merangkak2 lagi.malu aku,tapi aku muka tebal,pujuk hati cakap aku dapat 2kali ganda pahala. sampai org lain igt aku xpernah belajar langsung..kalau aku tdengar kawan aku suka solat tahajud,aku jadi dengki sangat sebab aku try bnr2 utk solat tahajud,tapi kekadang tu aku ni jenis kalau ada bom meletup sebelah aku pun aku tak sedar!!
org dulu xsuka ajak p prgm2 agama,sebab rasa mcm aku tak layak aje..aku tau aku macam byk benda giller yang taktau.aku kena berusaha lebih ,macam bak kata pepatah "berakit2 ke hulu..".
aku paling bengang dengan org yg belajar agama tapi tak praktik, sebab org yg macam aku, yg jahil ini terpaksa berhempas pulas mendaki gunung meredah lautan mcari ilmu... jakun dengan ilmu.kalau dapat tu,pegang erat2. kalau ada usrah tu,member2 tak nak consider aku datang ke tak..aku boleh sampai mnangis2 merajuk sampai aku boleh datang,(smp dorg heran tgk reaction aku,mgalah p sure heboh). aku sibuk macamana pun,jauh macam mana pun,aku naaakkkk sgt datang....sebab aku tau ilmu tu adalah sesuatu yang aku kena kejar,tangkap dan peluk erat2..karang lari..
tapi satu benda yang aku belajar dari kepayahan ini: aku rasa Allah sayang aku sebab Allah hadiahkan aku sesuatu yang cukup bermakna,hati yg merinduiNya selalu...
huuuu~ air mata jatuh bderai lagi...
entri ala-ala menakutkan...
ReplyDeleteSegala cite seram mahupun separa seram atau yang berkaitan aku tak tengok langsung. Lantak la orang kata best ke, heroin lawa ke atau hero hensem ke...
Sebab dulu2 bila aku duk kat hostel, lepas tengok cite seram sure aku kena berteman bila nak pi toilet...
arghhhhh...
jawapan untuk soalan terakhir Hamka: kali terakhir menangis?
Minggu lepas! Menangis di sepertiga malam...mengenang dosa yang sengaja dan tak sengaja...
to salmah ...
ReplyDeletebagusla dapat menangis mengenangkan dosa2 kita...orang yg bijak sebenarnya ada lah orang yg selalu mengingati mati (maksud hadis nabi)...
ni aku quote dari kata2 seorang kawan...
"Hidup ini adalah satu perjuangan antara iman dan nafsu kebinatangan,
Ada antara manusia telah pasrah kpd nafsu tanpa membuat sebrang usaha mereka ini org paling rugi,mereka lupa kpd Allah dan Allah lupakan mereka pd diri mereka sendiri,,
ada manusia yg berjuang pd awalnya kemudia pasrah pd akhirnya ini juga manusia yg malang kerana tiada jati diri,
ada juga manusia yg melawan dan selang seli menang kalah dgn nafsunya tetapi dia terus berjuang utk sukakn Allah tuhan semesta alam ,mereka ini adalah syuhada' yg berjalan di muka bumi,
ada juga manusia yg hebat yg melawan dan terus melawan dan terus menang sehinggalah nafsunya tertunduk dan tidak memberontak lagi inilah yg kita kenali sebagai nafsu Mutmainnah mereka bahagia tika manusia sengsara, mereka gembira tika manusia sedih, hati mereka tenang dan nafsu mereka mendapat Rahmat drpd zat Ar-Rahman..."
piece..wassalam...
kali terakhir menangis? minggu lepas kot.. pasal penyakit yang entah bila nak habis. :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteBila ujian datang, bila diuji kesabaran, bila terasa diri dianiaya, lebat betul hujan air mata. Tapi, batapa sedar pun sebesar gunung dosa-dosa, setitis pun perlu dipaksa-paksa. Patutlah.. patutlah air mata sebab takut pada Allah boleh memadamkan api neraka. Sebab memang mahal sangat-sangat harganya..
-saudara seislam-
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam semua (dan tuan rumah)
ReplyDeleteminggu lepas aku tengok budak2 'yg dah tak tau takut' peluk2 depan mata aku kat supermarket. sapa nak tahu kat Metro Kajang. siap raba tetek lagi! menyirap darah aku. (ko penah minum sirap?).
aku tengah pegang anak pulak tu. anak aku yg 7 bulan pun pandang bebulu kat budak2 tu. Mintak2 dijauhkan la generasi Islam dari perangai mcm tu...giler btul!
Cuma hati kecik aku je la menangis sbb tak mampu tegur. belum mampu, nanti la insya'allah mudah2an Allah bagi aku kekuatan nak tangan budak2 yg buat gitu lagi. mata dah ok dah, mcm nak makan orang!
aku bengang bukan apa, anak2 Islam tu! kuang hajo tul! mak bapak dan saudara2 yg taknak tegur pun kuang hajo gak (termasuk aku)!
tambah sikit (dgn izin)
ReplyDeleteaku mintak (diri aku,) mak bapak dan saudara2 (peminat Hamka kat sini dan hamka skali), sama2lah kita tegur dan 'tangan' skali budak2 yg buat tak senonoh dpan mata. kalau semua orang benci dan tegur benda2 tak senonoh, insya'allah budak2 ni tak berani buat.
so jangan takut-takut nak takutkan budak2 ni! video saja tak jadi!
(ngam tak ngan tajuk post ko hamka?)
hari-hari macam nak nangis.. huhuhu
ReplyDeletesalam...
ReplyDeletenie baru 1st time join blogger site nie...dpt blog nie dr kwn kat opis..very nice blog...nie tgh dok sebar2kan kat kwn2 yg lain...so tahniah sdr hamka…
actually nak share ngan korng semua pnglaman sya dulu masa muda dulu...pasal azab kubur...
well...dulu sya nie bukanyer baik sngt..(skrg pun blom pun baik 100% lg..tapi tgh berusaha...dulu setakat isap megnisap bnda2 yg menghayalkan...merempit mlm minggu..tu mmg favourite sya laa..mak ayah bg nasihat pun bukan nyer nak dengar...dlm adik beradik kira sya laa yg plng bnyk timbulkan masalah...masalah displin..gaduh..kene buang asrama...dan bnyk lg laa...
tapi Allah masih sayangkan sya & still nak bg peluang kat sya bertaubat sblom trlambat...
Thn 1990 sehri sblom raya puasa..2 org kwn sya accident & meninggal dunia...salah sorg tu mmg terkenal ngan prangai brutal dia (x brmaksud nak mengaibkan allyrham..skdr nak bgtau kdaan dia ketika masih hidup)... sya dpt berita pd keesokkan harinyer dr ayah sya sbb ayah kenal kluarga allyrham..masa ayah sys kejutkan sys utk bngun solat sunat raya..so pg raya tu lps solat kita org satu family g ziarah..masa ziarah tu rasa tergamam tngok mayat terbujur kat dpn mata...bukan sbb ngeri..tapi trgamam sbb x sangka kwn yg brutal dah terkujur kaku... sya satu family ziarah smpi mayat ditanam dlm kubur...
Mlm tu...sya lepak ngan kwn2 yg lain mcm biasa smbil borak2 pasal allyrham ketika masih hidup...so smbil2 borak2 tu...aktiviti routine tetap dijlnkan sperti biasa..cuma mlm tu sya over sikit...sbb kononnyer nak melupakan pristiwa yg sya tngok pg tadi...lps enjoy..lbih kurang dlm kol 1 pg baru blk umah...mak ayah dah tido...
Kat dlm bilik..ingatkan boleh trus tido lps tutup lampu...tah cmner terbyng lak cmner laa agaknyer allyrham kat dlm kubur skrng nie…ye lah masa hidup allyrham tu brutal…tentunyer teruk kene siksa…tiba2 dlm tgh “high” tu..sya mcm trdngr ada suara bgtau …’(suara tu sebut nama sya) lps nie kau pulak akan masuk kubur’ dan sya terbayang2 masa tu sya kene siksa dlm kubur…x tentu arah sya dibuatnyer….takut masa tu x payah nak cerita laa…smpi dlm keadaan sya tgh ‘high’ tu sya trus msuk bilik air amik wuduk…tapi x solat pun…Cuma takut smpi x tau nak buat apa lg...siksa kubur terbayang2 dpn mata sya…mcm real…badan berpeluh…jantung berdegup lagu…mcm nak tercabut nyawa... nak kejut mak ayah…takut mak ayah tau sya tgh ‘high’.. mlm tu sya lngsung x tido.. suara tu trus menerus berbisik smpi ke subuh
Dan alhamdulillah…dgn taufik & hidayah allah…lps pngalaman tu sya trus tinggalkan semua prangai buruk sya tu…dan selepas tu sya mula berjinak2 dgn sejadah dan bersolat…walaupun x dpt buat solid 5 waktu…
aku slalu nangis mengenang dosa2 yg aku dah buat..tp lepas tu aku buat balik, pastu aku nangis balik, pastu buat balik...argh! smpi bile nk jd cmni??
ReplyDeletesokong bebeno ler.
ReplyDeletekemain la video ganggu mental.
tapi kat TV perdana tayang cerita2 karut.
cuba la wat cerita2 karut tu tapi manusia dlm tu tak takut hantu2 puaka semua.
buat yg manusia bil atgok hantu2 puaka tu mc tgok kucing atau pun anjing.
siap kejar2 lagi.
pastu hantu2 tu berlari manje dan tersipu2 malu.
aku hempuk jugak kau setan!!
pi kacau setan lain.
lagu itu, kalau dikasetkan, tentu hit :)
ReplyDeleteQica@Noli
ReplyDeleteSengguggut ke?
---------------
INTAN RH
Err, akupun belum tengok video tu, boleh email siapa yang ada..
------------
Limaumaniss
Ada orang kata azab kubur takde,
Aku kata memang takde jika kau mati dalam keadaan sempuna solehnya..
Kan?
------------
Mohd
Tapi tengok Hindustan, kuch kuch hitai hei, ramai lelaki yang menangis, buruk betul
------------
mia
ho ho..
-------------
jiddan84me
kirim salam kat abah..
-------------
salmah (bukan nama sebenar)
Aku pulak rasa nak menangis baca email dari seorang sajabat pagi ni..
Aku copy/paste email tu:
*****
Sedikit makluman terkini ttg perkembangan sdra Nik Mohd Zaitul Akmal.
Lewat petang semalam saya menerima call dari beliau (melalui isterinya kerana beliau sedang diletakkan dalam ICU)memaklumkan ttg tahap perkembangan terkini beliau.
Dimaklumkan beliau telah tidak sedarkan diri selama 3 hari setelah selesai menjalani prosedur beberapa hari yang lepas. Sehingga hari ini, beliau dikatakan masih lagi tidak betul-betul jaga sepenuhnya. Agak mendukacitakan sedikit bilamana pendarahan agak teruk buat masa ini dimana beliau memerlukan tambahan darah dari semasa ke semasa. Disamping itu menurut isteri beliau juga , pihak HUSM juga telah mengesan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sebelah kiri beliau hasil daripada kesan sampingan prosedur yang dijalani. Buat masa ini beliau memerlukan bantuan pernafasan daripada tabung oksigen kira-kira 40% bagi menyokong ketidakupayaan yang dialami oleh paru-paru.
Untuk makluman juga, bermula hari ini, anak perempuan tunggal beliau pula akan mula dimasukkan ke wad untuk memulakan prosedur seterusnya kimoterapi bagi merawat penyak luekimia yang dialami. Dijangkakan anak beliau memerlukan masa lebih seminggu untuk sesi tersebut.
Menurut isteri beliau, petang semalam beliau 'berbisik' (kerana beliau tidak boleh berkomunikasi dengan sempurna) memberitahunya agak memaklumkan kepada kawan-kawan tentang perkembagan beliau tersebut, disamping mempelawa rakan-rakan yang berkesempatan untuk datang menjenguknya. Beliau turut menyampaian kiriman salam kepada semua. Semoga kita dapat sama-sama berdoa untuk kesihatan beliau dan juga anak perempuannya.
*****
Ps: kawan aku ni satu opis, eksiden masa nak bukak puasa tempoh hari, tumit kaki hancur, baru ni hantar kat johor sebab rumah dia kat johor, tapi doctor johor nak potong kaki maka dia tak nak dan pergi Hospital KK kelantan, malangyan kena jangkitan paru-paru dan sekarang masuk ICU…, aku sedih bab anak dia, sebab akupun ada anak. Ujian Allah amat berbeza-beza, sungguh-sungguh SPECIAL REQUEST.. oh!
Rasa nak menangis, tapi tak jadi..
----------
faz
Akupun tak tangok cerita tu, Cuma tengok movie zombie jer, tapi dah 2 tahun dah tak tengok..
----------
Maryam Abu Ahmad
Dan tumpahkanlah air matamu di atas sejadah..
-------------
saudara seislam-
Kita sihat ingat Allah sayang pada kita, rupanya orang sakit, lemah dan tua adalah lebih di sayangi Allah..
-------------
lelucon
ni semua salah pembakang lah ni, tak bangkang kerajaan betul-betul..
ps: tip untuk mereka yang tak mampu salahkan diri sendiri terhadap kerosakan ummat.
----------
TT
Kau kerja potong bawang ke?
------------
shadow
lepas ni hantar berita kat aku kau dapat solid 5 waktu solat, dan lepas tu solid 5 waktu berjemaah,
amin..
-----------
syazmeen
sampai naik kereta mayat warna putih…
-----------
Tujuh Kaki Dalam
Bagus skrip tu, buat cerita hantu takut manusia pulak, tentu best kan?, lepas tu hantu taubat, menangis sampai keluar air mata, keluar matapun takpe, janji insaf..
----------
syarafuddin.sulaiman
baru ada 2 lagu, nak kena cari 8 lagi, : )
2 la.... sy ni x pro mane2 pehak... kerajaan pun kenape nak tutup video tu?? adakah sebab mereka pun takut?? hurm... didik sume tu harusla dari kecil... bkn da tua bangka br nak ajar.... dan kalu leh, pertahankan video tu untuk tatapan umum supaya semua buka mata dan sedar.
ReplyDeleteTakut-takut atau takut...
ReplyDelete"kalo aku TAKUT kat makhluk selain ALLAH, TAKUT-TAKUT ALLAH tak terima iman aku..."
..ntah ape aku komen ye...aku sobonarnyo tak tahu ttg klip tu...
apa2 pun tak rugi baca entry hamka...mesti ade selit hadith2 dan firman ALLAH
p/s: moga ALLAH bagi taufiq pada kite umat Islam seluruh a'lam utk hidupkan bacaan HADITH dan FIRMAN ALLAH di rumah dan masjid...amiiin...3 akali
RON a.k.a. NAJMUSSOBAH
kite ske kelas ni.
ReplyDeletekite menangis takutkan Allah.kite tak mungkin sedar.kite hanye mampu berfikir tentang kite.ape dah dose2 kite.bile kite bace post ni,kekadang agak lucu.bile diri kite dah berkahwin dan mempunyai anak.cukupkah ilmu yg kite ade untuk memimpin anak sendiri sedangkan kite tidak terpimpin?kite sgt2 berfikir tentang hal ni.
thanx untuk post nih.
kite sebak sket.
kite = saye,aku,me
yang aku penah tengok owg kena siksa sampai masuk kubur...yang mahu aku tengok owg masuk kubur sbb boleh bg insaf...yang x sanggup aku tengok...aku kena siksa kubur sbb x ikut perintah tuhan..isk..
ReplyDeleteAllahummaghfirli..
last menangis?entahlah...
takut air mata aku ni palsu je.. x yah r cter kat owg yg kita nangis tiap malam atas sejadah....(ikhlas ke aku?)
hamka... aku nak sama2 nangis dgn ko...atas kezaliman diri sendiri..
wahaha...en hamka nie mmg berbakat tul menulis lirik~
ReplyDeletedalam gelak2 ada juga terselit keinsafan~
gud writing~
(^_^) sgt suka lagu tanya sama pokok versi hamka.
salam sayang dari singapura! soory sebab aku mengambil masa 3 tahun untuk tahu yg ko ada kat blogspot. Nih pun members yg kasi link.. do you mind kalau kita ambil keratan from ur blog and put it on ours (kita akan bubuh nama hamka ler)? publisiti beb.. blog kita takla ramai sgt pengunjung.. cam 200-300 per day saja.. acam? okeh tak? btw, do visit us.. www.durbardua.blogspot.com
ReplyDeletebtw, ko kelakar rabak.. tahap chimpongpong.. di samping tuh, ada unsur-unsur dakwah.. post-post yang lepak dan tersemat ciri-ciri educational
ReplyDeleteInsyaAllah tuan & puan,
ReplyDeleteSama2 kita usaha utk bagi masa di jalan Allah utk hilangkan ketakutan pada makhluk....tetapi takut kt Allah
salam...
ReplyDeletehahaha...lagu tanya sama mayat...sepatutnya nangis tapi aku aku gelak..huhuhu...
hamka apa ko punya stand pasal isu video tu...ko ni..asyik duduk atas pagar jer..mana aci...
aku plak x setuju..video tu x setuju dan paling x setuju cerita hantu tv3 tu...tapi cerita Taa ain tv3 tu aku ada la sekali aku jeling2 gak..huhuhu
hari2 cuba.. 5 kali sehari.. tapi kadang2 nangis ikhlas, kadang2 paksa nangis, kadang2 tak boleh nangis langsung..!
ReplyDeletetak stabil sungguh.. sedey gak :(
hamallee
ReplyDeletehmmm..
------------
anonymous
takutlah Allah dalam urusan manusia, dan janganlah takut manusia dalam urusan Allah..
--------------
deeno
kite pulak tak sebak, apa hal dengan kite ni? Isk, baru sebak
---------------
kedaijamu
betul, aku tak takut azab kubur jika aku tiada di situ.., aku harap aku ada di taman shurga, tapi sebab aku masih di sini, maka peluang azab kubur dan taman shurga belum tahu,
doakan aku sama
--------------
yin dynasty
bukan bakat tulis lirik, tapi edit, atau ‘menjahanam’kan lirik asal..
maaf kepada pencipta asal..
-------------
le dzar de francesco
aku tak kisah..
------------
hidayat-idaman
amin..
---------------
van qif
aku duduk atas pagar sebab nak makan buah cempedak diluar pagak dan nak jolok sendiri..
------------------
along
cuba guna bawang atau minyak angin cap kapak..
:)
Nama saya maon.
ReplyDeleteSeorang sahabat pernah di tanya "Kenapa tuan selalu menangis?"
Maka dijawabnya "Apalah nak dihairankan aku menangis. Matahari pun menangis takutkan Allah."
Marilah kita bersama-sama menangis di dunia ini..menangis kerana takutkan Allah..
Biarlah menangis puas-puas kat dunia ini, janganlah menangis dalam kubur, apatah lagi kat akhirat...
p/s:nama betul saya kamarul
-maon-
ni x de kena mengena kot dgn topik.just nk tanya Bro Hamka.apa komen Bro on Mujahid Bali Imam Samudera,Amrozi & Mukhlas). Apakah benar spt yg diceriterakan spt yg sdg hangat di fwd2 email la ni...
ReplyDeletejika benar la mereka para syuhada maknanya tindakan mereka mengebom tu x salah. cuma nk tanya pendapat peribadi Bro jer....
en hamka,ni soalan kuar tajuk.. sy perasan ade segelintar yg copy paste nota2 en hamka n ltak kt blog or fwd email gune nota2 dlm blog n cam mengaku sndiri punye nota lak..en hamka x kish ek?tp Kenape saye yg kisah??huhu en hamka x berniat ke nk buku kn nota2 nie..
ReplyDeletemaon
ReplyDeleteOh, kau bernama kamarul, baru ku tahu..
-----------
Anonymous
Kalau sebelum kena tembak, beliau bertaubat dengan sungguh-sungguh, maka ketahuilah, bahawa Allah itu Maha Pengampun..
Bab buku, sedang di usahakan…
InsyAllah..
hamka ko dulu pong layan XPDC yer...hihi...aku x layan sangat sebab time tu budak2 lagi, lagi pun ayah aku tu ajk dakwah masjid, terkesan di jiwa ku...huhuhu..Antara Mail dan Ali mana yg lagi grunge...hihi
ReplyDeletelagu favourite ko mesti C.I.N.T.A...ko kan tengah jiwang time tu..
sampai la ni, aku masih layan 'xpdc'..
ReplyDeleteaku just suka pada lirik js kevin, dah jadi mayatpun mammat tu..
byk tgk org bg komen? papehal.. aku tersentuh tgk blog nie.. bile tgk blog niee.. aku terfikirkan penulisnya-aditor blog- adekah dye mmg seorang yg benar-benar-benar ingatkan mati..siapa tahu? anyway..troskan perjuangan anda utk meneruskan mengingatkan insan terhadap kematian. mungkin anda adelah org yg paling bijak.
ReplyDeleteer...hamka..ak da wat asgment ko tuh yg psal ktas a4 n jiran..
ReplyDeletetp ak tnye dri sdri jela dlu.
klu owg tido lak yg lwat atau x solat mcm mne lak hamka..
aku ade dgar ustaz ak kt m3x dlu kte klu da gantok sgt xpe tdo...
tp 2 ant di dgn tuhan la...
komen ko?
Taraaaa... Hafiz (ba alif ro) di sini.
ReplyDeleteLamo tak menjongah kek sini. Terima kasih kepada semua orang yang mendoakan saya. Semoga Allah menjadikan tuan-tuan serta puan-puan semakin hensem dan jelita dari hari ke hari.
PS: Komen saya adalah merujuk kepada komen-komen di link ini
limau manis
ReplyDeletesaya juga mau tgk video tu...huhu.cm menarik je.
yerp setuju...mhal nyer harga air mata tuh
~sempurna~
zirafah
ReplyDeleteAku akan bijak jika dapat amal apa uyang aku sampaikan..
----
Anonymous
Tertidur takpe, tapi dah tau susah nak bangkit awal dan sengaja tidur lewat, itu yang susah..
---------
Hafiz
: )
best la cta kt dalam blok kereta mayat nie
ReplyDelete