Oct 14, 2008

Taubat yang Simple?

(Aku mungkin salah, tapi jika aku tak tulis nanti tiada orang yang tahu apa salah aku maka aku tidak akan di perbetulkan sampai bila-bila, atau mungkin aku betul lalu aku tulis yang mana aku rasa betul dan mungkin korang yang salah akhirnya di perbetulkan oleh aku yang betul? - tertakluk pada mana mana yang betul)

Aku dapati, ramai yang email aku bab jodoh terhalang, adalah terdiri daripada mereka yang dah ada awek, dah terlanjur tetapi keluarga pulak yang menhalang, apa nak buat? bunyi macam cerita Hindustan pulak…

Dan korang cerita korang punya terlanjur macam cerita celah gigi sahaja, macam dosa tu tak besar, hampeh betul!

Takutlah Allah dalam perkara zina...!

Dan aku tak mampu langsung nak tolong korang, semoga Allah ampunkan dosa korang dan aku semua.. dan semoga semua Taubat kita di terima..

Cuma, bila bercerita bab dosa berzina, aku juga ada cerita tersendiri tentang dosa ‘menghampiri zina’…

Maka bermulalah cerita…

Ada sorang mamat ni, kira taraf ustazler jugak sebab ada mengajar subjek ugama kat sekolah rendah, pendek cerita.. dia ni ada minat kat sorang ustazah dari sekolah lain, tapi ustazah dari sekolah lain tu jual mahal ler pulak, dah banyak kali gak ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu cuba ajak ustazah dari sekolah lain tu kahwin tapi ustazah dari sekolah lain tu tak serius dengan angap ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bergurau,

Kemudian, sudah banyak kali ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu mencuba nasib untuk melamar sebab mungkin air dah naik kepala, malangnya ustazah dari sekolah lain tu masih tak serius dan kata nak kahwin lambat lagi sebab nak stabil bekerja dulu, akhirnya ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu merajuk lalu terus melamar ustazah kat sekolah sendiri, lantas, ustazah kat sekolah sendiri tu terus terima sebab baru putus tunang dengan ustaz dari sekolah lain…

Pening tak?

Aku lagi pening, sebab bila ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah tu bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba ustazah dari sekolah lain tu baru meluahkan perasaannya bahawa dia: ustazah dari sekolah lain, adalah sangat mencintai ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri.. maka, alangkah frustnya si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah sebab dia memang dah lama jatuh cinta dengan ustazah dari sekolah lain tapi apakan daya sebab dia dah bertunang dengan ustazah kat sekolah sendiri dan mana mungkin setelah sudah bertunang dan berjanji dengan keluarga ustazah kat sekolah sendiri, tiba tiba nak putus pulak dengan alasan nak kahwin ustazah dari sekolah lain..

Tapi yang aku peningnya, si ustazah dari sekolah lain ni telefon aku suruh aku pujuk si ustaz yang mengajar subjek ugama kat sekolah rendah yang merangkap kawan baik aku agar terima dia iaitu ustazah dari sekolah lain, aku pulak yang masing bujang waktu tu kira layan berborak jugak ler dengan si ustazah dari sekolah lain ni lama-lama siap keluar dalil dan hadith, juga keluar madah dan pujangga... sebab aku ada hati nak tackle si ustazah dari sekolah lain sebab beliau memang lawa.. maka bermulalah aku dalam dosa menghampiri zina…

Tapi setelah aku menyedari yang diri aku ni dah buat silap sebab bercakap lama dengan perempuan apatah lagi beliau bergelar ustazah, maka sebelum kami menghabiskan perbualan dalam telefon, aku tiba tiba berkata dengan machonya:

“kita akhiri ‘majlis’ ini dengan tasbih kaffarah”

Secara tiba tiba pulak, Ustazah tu terus sound aku,:

“What?, tasbih kaffarah?, mana boleh maksiat bercampur dengan ibadat?, apa yang kita buat ni berdosa, tak perlu baca tasbih kaffarah.., haram mengcampurkan ibadat dengan maksiat! Macam artis yang bismilah sebelum menyanyi, mana boleh? Haram tu..”

Argh, sudah, aku dah kena ceramah, tapi aku pertahankan kehendak aku, aku nak baca jugak, kau tak nak baca, sudah! Lantak kau lah...

Aku yang hina pada waktu tu faham bahawa jika ada orang buat ibadat dan maksiat silih berganti, tak boleh suruh dia berhenti buat ibadat hanya kerana dia ahli maksiat…, kita tak boleh putus asa dengan Rahmat Allah, kau sape? Sebab kita buat maksiat, maka kita tak boleh sebut astargfirullah? Itu maksud aku.., seorang pelacur tak boleh ke nak sedekah air kat anjing? Seorang pembunuh yang dah bunuh seratus orang pun boleh masuk shurga lagi dengan kehendak Allah yang Maha pengampun, maka salahkah aku yang dah terlanjur bercakap dengan perempauan baca tasbih kaffarah!

Tapi ustazah tu tetap dengan pendirian dia...

Dan cerita tu dah lama..

Cerita aku yang masih bujang, cerita masa aku yang jahat dan hina serta banyak dosa ini yang hidup dengan buat maksiat dan ibadat silih berganti.. oh!

Dan aku di waktu tu, di saat air baru nak naik kepala, juga tergopoh gopoh mencari isteri.., dan masa tu dah ada dua tiga calon gadis untuk di jadikan bakal bini..Dan bila kawan ngan perempuan dengan niat nak kahwin cepat, aku selalu gak ler tepon dan cakap dengan bakal bini aku tu, kononya nak kenal lebih dekat, dan setelah syaitan merasuki tubuhku, mulah aku berfalsafah, bersajak, bersyair, berceramah dan berlawak bodoh dalam tepon dengan wanita bukan muhrim... astarfirullah..Oleh kerana semua itu berdosa, aku yang ada secebis ugama dalam diri, ajak semua ‘awek awek’ aku tu, supaya di hujung perbualan di akhiri dengan tasbih kaffarah..

Tapi semua ‘awek’ aku tu tak setuju, dan mereka adalah terdiri daripada ustazah, muslimat parti xyz, super born muslimin, dan gadis bertudung labuh.., alasan mereka apa yang kita buat ni dosa (suara wanita aurat-borak pulak isu merepek) jadi tak boleh bercampur gaul antara dosa dan ibadat..Aku tahu korang lebih pandai dan lebih mulia dari aku yang hina, dan apa yang aku faham, dalam tasbih kaffarah ada istigfar dan kalimah syahadah, ada taubat dan ucapan yang memperbahrui kalimah iman, mana lah tahu tersyirik dengan Allah dalam perbualan dan terbuat dosa, apa salahnya bertaubat dan kembali mengucap?Itu aku paham, Nabi bagitahu tak menyesal orang yang ucap kalimah ini dalam mana mana majlis.. (nanti aku rajin, aku tulis hadith detail, INSYAALAH!!)

Tapi bukanlah dengan sengaja nak buat dosa dan rancang lepas buat dosa nak taubat dengan niat mempermain-mainkan taubat... itu lagi berdosa..

Tapi bila korang dah buat dosa, sengaja ke tak sengaje ke kenalah taubat!!

Maka dalam ‘awek awek’ aku tu, sorang jer yang setuju dan ikut baca tasbih kaffarah sama-sama aku, dan beliaulah isteri aku sekarang..

woha!!

:)

Aku dan dia hari ini mengakhiri segala-galanya dengan tasbih kaffarah, (termasuk hubungan kelamin)

Dan aku nampak kerberkatan yang aku tak boleh nak cerita..hiihi

: )

Manakala bekas ‘awek-awek’ aku tu kebanyakkannya andartu, oh ye, baru ni ada yang dah kahwin, lambat sikit dan arghh, tak baik mengumpat…

Balik kepada main topik, apa yang aku nak cerita adalah: kadang kadang manusia ni dalam keadaan gagal mengawal diri atau dalam kedaaan suka mengikut nafsu muda jiwa gelora, maka tidak sunyilah diri ini daripada sebarang kesilapan dan dosa, terutama mereka yang ada awek..

Bila ada awek, korang nak bercakap, lepas bercakap korang nak pegang, lepas pegang korang mulalah air naik kepala...

Maka sebelum korang pergi kepada lepas bercakap rasa nak pegang maka adalah lebih baik lepas korang bercakap korang baca tasbih kaffarah, bila baca hati korang akan jadi takut pada Allah dan korang akan buat tindakan segera untuk kahwin cepat dan insyAllah, Allah akan bantu korang...

Lagipun tak de bestnya ada awek jika korang lambat lagi nak kahwin, buat sakit telor jer bila stim, lainlah kalau korang orang kapir yang boleh berzina (lalu mati masuk neraka dan tidak boleh bersetubuh lagi buat selama-lamanya), maka masa belajar tak payahler ada awek, kungfu panda elok jer takder awek tapi boleh menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.., apa-apalah!

Aku dah tengok kawan kawan aku yang bercinta masa belajar, 5 peratus jer yang berjaya kahwin dengan awek masing-masing (peratus di ambil dari kepala lutut) tu pun memang yang jenis taat setia gila babi, yang lain takdelah, habis botol bedak letak dalam surat, dalam almari penuh surat cinta, (masa tu belum ada SMS) setiap minggu ada album gambar 3R bersama si dia, tapi akhinya, kahwin dengan orang lain jugak, tak ke penat? Dah ler banyak buat dosa, lepas tu penat pulak buat dosa, tak ke hampeh?, sebab manusia memang Allah buat cepat bosan, yang dah berkahwin boleh bercerai apatah lagi yang belum kahwin tapi terlanjur dan keluarga pulak menghalang, lagilah cepat masuk neraka sebab bunuh diri!

Maka, sebelum jadi parah, marilah kita belajar baca tasbih kaffarah dalam apa urusan kita, dan hindarlah diri dari urusan maksiat, kemudian dengan membaca tasbih ini, mingkin korang rasa ianya adalah satu ibadat yang simple, tapi ketahuilah, daripada ibadat simplelah datang ibadat yang besar, contoh bila korang ambil wudhu, satu ibadat yang simple, tapi melaluinya Allah akan membuka jalan korang yang mana daripada wudhu yang simple tadi, korang akan dapat baca Al Quran berjuzuk-juzuk, korang akan dapat solat beribu rakaat dan korang dapat mencegah diri dari menyentuh wanita dan lain lain perkara, nampak tak?

Begitu jugak dengan membaca Tasbih kaffarah ini, nampak simlple, tapi melalui pintu Taubat, maka nama mereka yang terukir di pintu neraka akan terpadam, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

So, mari kita belajar beramal dengan ‘taubat yang simple’ ini tapi akan mengubah hidup korang, insyAllah!

*****

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.

****

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

****
Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

****

PENUTUP

Tapi aku pelik, kenapa Ustaz Ulamak, atau Ketua Usrah, atau para penceramah penceramah dan lain lain tokoh so call Islamic, bila habis majlis-majlis mereka, mereka tutup majlis dengan bacaan surah Al-Asr? Aku tak nafikan bagus baca Al Quran di hujing majlis, Cuma aku yang jahil nak bertanya,, ada Hadith lain ke yang perintahkan kita tutup majlis dengan surah Wal Asri? almaklumlah aku jahil lagi hina, tapi Tasbih Kaffarah ni sudah jelas Sunnah Nabi, kenapa tidak di amalkan? kenapa tak baca di akhir majlis? Atau baca kedua-duanya sekali.. kan bagus!

Apa-apapun, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…

Ps: Namun, jika ada Ustaz Ulamak yang baca blog ini, bolehlah jelaskan kepada aku yang jahil ini akan kenapa korang baca surah Al-Asr di akhir majlis, kenapa tak baca Tasbih Kaffarah seperti yang Nabi Muhammad SAW sabdakan…

Sekian.

Ps2: Sekali lagi, kita tutup entry ini dengan Tasbih Kaffarah…

66 comments:

  1. wah ku suke entry ni...
    xsangka begiru besar fadhilat membaca doa tasbih kaffarah..

    erm soal jodoh kawen, hidup mati itu adalah soal rezeki..
    kalau sudah termaktub ada..
    ada la,tp sudah kah anda btol2 bersedia???or anda jus ckp anda bersedia n sebenarny tidak...

    sbb Allah lebih tahu perkara y GHAIB..
    bahawa anda xbersedia lg sbnry..
    maka Allah hold kn dulu rezeki itu..
    sehingga Allah yakin anda mampu..
    wallahu 'lam..

    p/s byk2 la husnuzon kat ALLAH..

    ReplyDelete
  2. bro,

    gua antara 5% yang lu cakap tu, kawin dengan awek masa sekolah. Tapi jenuh le menunggu nak kawin tu... nak tunggu habis degree dulu... bila gua start buat MSc gua dah tak tahan dah... time tengah buat MSC tu gua kawin jugak hehehe...

    Anak2 gua, insyaALlah gua kawinkan cepat2. Gua tau azab bercinta lama2 ni (tak kawin2).

    ReplyDelete
  3. Kalau tiada dosa, macamana nak munajat taubat...

    Kuh kuh kuh...

    ReplyDelete
  4. aku tak tahu pulak fadhilat membaca doa tasbih kaffarah ini ada hadith :D

    terima kasih atas maklumat tersebut. rasanya nak tanya Ust Zaharuddin pasal surah Al-Asr dan tasbih kiffarah

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Sebelum asyik-asyik nak kena bertobat je, cuba kita mulakan berbuat sesuatu perkara, yang baik atau yang tak baik, kita mulakan dengan Bismillah.
    Pasti ada kesannya.

    ReplyDelete
  6. Memang baik dan dituntut baca tasbih kaffarah lepas satu-satu majlis. Tapi jangan la sesaje buat dosa dengan anggapan, alah takpe nanti boleh baca tasbih kaffarah.

    *Sebelum kawin dengan bini aku dulu, aku tak kenal lagi tasbih kaffarah ni. Kalau tahu, asyik tasbih kaffarah aje la. Alhamdulillah dapat kawin cepat.

    Ada member aku umur 30 lebih baru kawin. Lepas tu aku jumpa dia dan tanya, amacam? Dia kata menyesal...

    Rupanya menyesal kawin lambat.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    aku rasa lar surah wal asr tu dibaca di akhir majlis sebab nak bagitau yang rugi lah orang yang mensia siakan waktu melainkan orang yang beramal soleh..korang yang ada dalam majlis tu takder lar rugi..
    aku lak baru kenal husband aku 10 bulan terus jer kawen pasal aku percaya dia leh jaga aku dengan baik lepas aku tengok camana dia layan mak dia yang lumpuh (strok)..dia mandikan dan basuhkan berak mak dia..oh.. aku terharu..lepas kawen aku tolong dia jaga mak jugak hinggalah ke ahhir hayatnya..semoga ibu mertuaku di tempat di sisi hamba Mu yang soleh..Alfatihah

    (MARIA-BPP)

    ReplyDelete
  8. stj dgn anonymous.tapi kebyakan majlis yg aq prg dy akn ttp mjlis dgn both.surah al-asr n tasbih kafarah.x da la smpai tinggalkn tasbih kafarah 2.rasanye kalo dbc 2-2 2 lagi afdal.

    ReplyDelete
  9. dulu masa kecik-kecik(waktu sekolah) selalu baca tasbih kaffarah ni, tapi bila besar ni dan nak tutupkan apa-apa majlis, kawan-kawan selalu tanya, tasbih kaffarah tu apa? aku pun tak tau nak jawab apa, tapi sekarang dah tau dah...

    ReplyDelete
  10. owh...
    byk input berguna..
    alhamdulillah...

    insya Allah..
    mari beramal...

    ReplyDelete
  11. سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

    ReplyDelete
  12. bro hmka, bg la mkne tasbih ni..

    ReplyDelete
  13. yerp..

    bukak majlis/buat ape2 dgn bismillah..

    tutup dgn tasbih kafarrah dan surah al-asr. erk! ntah knp, tp slalu la amal gtu.

    thanks. input sgt berguna.
    takut la.. takut terbuat zina kecil/besar.. even menghampirinya..

    isk. taubat dan tasbih kafarah.

    ReplyDelete
  14. Salam

    dalam amalan agama, tiada yg so-called "simple".

    Remember ganjaran utk seseorg yg punya iman sebesar biji sawi yg Allah swt akan beri syurga yg sepuluh kali besar dunia (mafhum hadis)? dpd pandangan manusia bukankah itu suatu yg "simple"?

    begitu juga masa pemerintahan nabi Allah Sulaiman a.s. bila mana seorg menyebut "subhanallah" tatkala melihat kebesaran/rombongan Nabi Sulaiman a.s. lalu Nabi Sulaiman a.s. turun dari penerbangannya serta bertanya akan si polan itu apa yg dia telah katakan. bila si polan menyatakan apa yg disebutnya tadi, maka Nabi Sulaiman a.s. pun berkata bahawa "subhanallah" si polan itu lebih berharga dpd kerajaannya yg tidak akan kekal?(sila rujuk kitab fadhilat zikir)

    byk lagi contoh yg mana amalan2 yg kita rasa mcm "simple" tapi sebenarnya amat bernilai di sisi ALlah swt.

    marilah kita sama2 baca tasbih kiffarah andai kita ada beranggapan yg amalan2 agama itu adalah "simple", wallahu'alam.

    iZar @ miri

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum

    waduh2 kisah cinta mu hamka boleh buat filem, Ayat-ayat Cinta versi malaysia..ko jadi hero dia ler..hihi

    Makna tasbih kafarah kalau x silap,

    Maha Suci diKAU Ya ALLAH, Dengan Kepujian-pujian DiKAU aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan ENGKAU, aku memohon keampunan daripada DiKAU dan kepada ENGKAU aku bertaubat...wallahulam, ini hanya terjemahan dan pemahaman saya yg lemah, nak tanya tafsir dia kene tanya ustaz...

    Hamka, bukan setakat bercakap je, ber'sms' pun boleh sebabkan air naik ke kepala..oleh sebab tu aku terpaksa putuskan hubungan dgn...maafkan aku..ohh..YA ALLAH

    سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

    ReplyDelete
  16. stuju sangat...
    bercinta tp lmbat lagi kawin wat seksa batin jek..bazirkan duit..bazirkan masa...blom tentu lagi kite kawin dgn awek tu... so,bercinta la sbulan nk kawin atau selepas kawin..hehehe..

    ReplyDelete
  17. salam to all..
    entry yg mmberi pengajaran..
    kira tasbih kifarah ni adalah salah satu sunnah nabi
    lah kan...berdasarkan dalil yg en hamka bagi ..ye tak?

    to en azharjaafar:

    takde orang yg aku jumpe lepas diorang kawen tak kata
    diorang nyesal kawen awal...mmg sume yg aku jumpe cakap
    nyesal diorang tak kawen awal...


    kali ni x de nk komen panjang cuma terpegun dgn en hamka
    yg bila selesai bersetubuh baca tasbih kifarah...erk...


    p/s: kalau kawen cepat2 mungkin lebih semangat sikit
    nk baca tasbih kifarah...ada geng...tak mudah lupa nak baca..


    piece...
    wassalam

    ReplyDelete
  18. SpEkmATaKu

    Aku post entry ni sebelum subuh, dan sebelum subuh jugak kau datang komen, puasa enam ke?

    ------------
    Abang Ben

    Aku masa sekolah takde awek, tapi awek ‘ada’ aku..

    Heh!

    ----------
    Hansac

    Nabi yang tiada dosa pun beristigfar 70 kali sehari…

    -----------
    Amin007

    Tanya, jangan tak Tanya!

    -----------
    MMohdSha

    Dan sudahinya dengan tasbih kafarah..

    ---------
    azharjaafar

    benar! Aku selalu berharap agar orang macam kau yang akan betulkan aku, terima kasih!

    ----------
    (MARIA-BPP)

    Aku memang tabik spring kat laki kau, perhatian kepada semua wanita di luar sana, lelaki yang boleh basuh berak mak yang sakit, adalah sesuai untuk berkongsi madu.

    Err, tutup cadangan dengan TK

    ----------
    hidayat-idaman

    keretamayat yang baru basuh?

    ----------
    Faz

    Sama-sama

    ------------
    Xtaupenakdikater

    Benar..

    -------------
    kerambit besi

    dan harap tahu juga akan apa itu tasbih fatimah dan apa itu kacip fatimah..

    -----------
    En Kid

    Semuanya dari Allah (ikut lagu Raihan)

    ---------
    Pejalan awan Ani

    : )

    -----------
    Rov

    Jap lagi adaler pembaca yang lain bagi..

    ------------
    valsa nine

    yup!

    --------
    iZar @ miri

    Ugama itu ‘mudah’…

    --------------
    van qif

    “ketika ku bersujud”

    -------------
    Julu

    Aku hanya ada awek masa dah dekat nak kahwin, sebelum tu aku tade awek, tapi awek yang ‘ada’ aku… heh

    -----------
    Limaumaniss

    : )

    ReplyDelete
  19. iye haha..
    dlm proses menhabiskn pose 6 ku..
    2 more days to go..
    n_n..

    ReplyDelete
  20. nape ar aku suke bace blog ni..aku ade ati ke kat blog ni?haish

    ReplyDelete
  21. Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan.(an-nahl:1)

    kdg2 jodoh itu tidak elok tuk d segarakan or d pinta2..kerana janji ALLAH itu pasti..insyAllah

    ReplyDelete
  22. salam bro,
    thanks sbb ingatkan diri ku yg hina ini dgn tasbih kafarah..
    baru jer sembang dgn hubby psl tasbih kafarah, dia tanya mcm mana tasbih tu..hehe lupa la sbb baca dulu time sekolah jer..
    tp sekarang dah ingat, insyaAllah..sbb bc entry bro ni.
    thanks a lot!
    semoga diri bro sekeluarga di rahmati Allah..Ameen!

    ReplyDelete
  23. salam...
    aku suka entry ni. sume enrty pn aku suka gk. tq Cik HAMKA

    ReplyDelete
  24. Askum..

    surah Al-Ashr tu menceritakn tentang manusia ni mmg rugi kerana masa kecuali org2 yg ..... (bace sendiri ayat ke3 surah tu).. hehe.. so, setiap habis majlis ilmu, kita kene ingat yg kita mmg takde masa dah.. kene slalu beramal.. cuba bc blog ni utk keterangan lanjut yg bleh menjawab beberapa persoalan kita.. hehe.. tq..
    http://kakisyurga.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. cik hamka..sronok dgr citer ko..
    ape kata ko citer skit psal teknologi plak..
    btol ke wujudnye hadis yg menyatakan..'diantara tanda hari kiamat, adalah byknye bangunan skycrappers'..
    aku da cari lama, tp masih blom kejumpaan..=)
    sory xde kaitan dgn entry..
    apepon kita akhiri dgn TK..
    TQ..

    ReplyDelete
  26. al-ash sekadar utk mengingatkan tentang kepentingan masa. tu yg sy penrnah dgr la

    ReplyDelete
  27. Salam

    "kenapa Ustaz Ulamak, atau Ketua Usrah, atau para penceramah penceramah dan lain lain tokoh so call Islamic, bila habis majlis-majlis mereka, mereka tutup majlis dengan bacaan surah Al-Asr? "

    Saya tak tahu majlis mana atau usrah mana yang bro hamka pergi, yang mana Ustaz dan ketua usrah yakni naqib tak suruh baca tasbih kafarah bila habis majlis.

    Dalam usrah, bacaan tasbih kafarah sudah menjadi adab untuk sentiasa dibaca. Tetapi ia ditambahkan lagi dengan bacaan surah Al-Asr. Begitu juga dalam majlis.

    Ulamak ? --> ulamak mana ni bro hamka. jangan main hentam je. Hadith tu, takkanlah ulamak taktahu sampai nak kata diorang tak amalkan. na'udzubillah.

    Hal ini saya rasa bro hamka mungkin tidak dengar betul-betul atau tidak perasan yang mereka pun sentiasa baca tasbih kafarah bila tutup majlis.

    -tutup kes-

    Komen artikel : Seperti biasa banyak yang dapat dipelajari dari pengalaman bro hamka. Terima atas perkongsian.

    Semoga tasbih kafarah yang dibaca betul-betul menjadi asbab untuk kita dijauhkan dari melakukan dosa lagi. jazakumullah.

    ReplyDelete
  28. ingtke dah habis koment dan dah ditutup dengan tasbih kifarah dah...rupanya beluum lg...

    ReplyDelete
  29. SpEkmATaKu

    Selamat raya enam ler nanti..
    n_n..

    ----------
    mis xoxo

    mula mula kau ada hati kat blog, lepas tu macam biasa, kau akan ada hati kat aku, untuk menghindarinya, kau kena banyak baca tasbih kaffarah.. ; )

    ----------
    stu_comot

    insyAllah

    ---------
    marie

    dan lepas ni, bolehlah baca tasbih kaffarah selepas hubungan kelamin, sebab kadang kadang waktu bersetubuh banyak tak ikut sunnah dan adab…

    ---------
    aku

    aku ada tulis dah dulu dalam tajuk “siapa yang rugi”

    ----------
    woha

    cerita pasal teknologi..

    baru-baru ni, aku bawak bini aku yang belum habis pantang berya kat kampong aku..

    orang ramai mulai tegur, belum habis patang dah bawak bini balik kampong jauh jauh 200km?

    Aku jawab..

    “dunia dah berubah, zaman dah maju”

    Ps: ikut iklan berita harian..

    -------------
    Ainohikari

    Baiklah, mungkin aku yang tak dengar..

    tutup kes dengan Tasbih kaffarah..

    --------------
    limau maniss

    takpe lepas tutup, kita bukak balik, lepas tu tutup balik

    akhir sekali tutup keranda..

    ps: sedang baca tasbih kaffarah

    ReplyDelete
  30. Al Baqarah:42.

    "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui".

    ;-)

    ReplyDelete
  31. bertaubat setelah terbuat dosa, bukanlah termasuk mencampurkan hak dengan yang batil..

    tapi meninggalkan sunnah Nabi dan selesa dengan bidaah, yang ada hak di dalam batil lalu di buat dengan rasa menunaikan 'ibadat' maka sudah tentu tidak bertubat lagu untuk bidaah itu, maka itulah yang di katakan mengcampurkan hak dengan batil...

    wallahu'lam..

    ps: boleh baca entry: "apa itu bidaah" dan entry "siapa mufti"

    ReplyDelete
  32. Aku setuju ngan stu_comot...

    mungkin hal jodoh ni x elok kita minta di segrakan...tapi bagi lelaki bujang yg air naik kepala tahap kronik mungkin wajib kahwin kot

    Ader satu ayat al-quran yg jadi motivasi supaya aku bersabar dalam hal jodoh dan kemampuan untuk berkahwin ni...

    "Dan orang-orang yang tidak mampu kawin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya." surah An-Nuur petikan ayat 33

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah..akhirnye jumpa jugak entry mengenai Tasbih Kaffarah..hehe..byk kali aku tekankan kat student aku supaya setiap kali habis kelas or belajar..akhiri dgn Tasbih Kaffarah..

    Atif aka Elcoyote

    ReplyDelete
  35. *bdak baru blajar*

    salam..
    dah lama xdtg comment blog bro..smpat bca je..
    maklumlah perasan sibuk..
    doakan aku smga diampunkan dosa2 ku..korang dan suma org..AMIN..
    dulu masa kat sekolah tiap pa2 mjlis slalu dtutup ngn surah alasr dan tasbih kaffarah..
    semga terus istiqamah mngaamlkannya .amin..

    ReplyDelete
  36. van qif

    errr, aku nak tumpang setuju jugak ler..

    ---------------------
    Atif aka Elcoyote

    Oh, dah tukar nama..

    ----------
    *bdak baru blajar*

    Amin…

    :)

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Aku dan dia hari ini mengakhiri segala-galanya dengan tasbih kaffarah, (termasuk hubungan kelamin)

    Dan aku nampak kerberkatan yang aku tak boleh nak cerita..hiihi

    : )


    Boleh try nih.. ;)

    ReplyDelete
  39. hih encik Atap_aje, ayat2 ko tu telah berjaya membuat aku yg bujang ni ter tensen berkarat...arghhh

    ReplyDelete
  40. Akan diusulkan cadangan bro tu..
    Kita akhiri dgn TK!

    ReplyDelete
  41. "Tapi bukanlah dengan sengaja nak buat dosa dan rancang lepas buat dosa nak taubat dengan niat mempermain-mainkan taubat... itu lagi berdosa."

    Salam En Hamka.

    Terima kasih atas entri yang sempot tapi bermanfaat dan menggerakkan akal. Shot to the mind directly.

    Tentang Tasbih Kaffarah tu, mekasih juga memang hadith2 sohih memceritakan fadilat penghapusan dosa di dalam majlis atau perbualan sebelumnya. Sayang kan Allah pada kita.

    Tetapi, dalam majlis yang biasa saya pergi, hadiri sejak zaman sekolah sampailah sekarang 95% majlis akan tutup dengan tasbih kaffarh dan surah al-asr. Malah dalam usrah dengan family dan adik2 pun. Selalu saya tekankan dan cerita pada adik2 kenapa kena baca kaffaratul majils @ tasbih kaffarah ni. Majlis2 kat universiti, mesir etc pun sama. Tak tinggal dah jadi ucapan wajib sebelum tutup majils.

    Back to the qoutation above dari entri en. Hamka: " Sengaja " DAN
    " MEMPERMAINKAN TAUBAT". Saya faham maksud ayat ini. Umumnya, kalau sengaja buat dosa dan memang plan nak bertaubat yang main-main, dalam my humble view lebih bersalah dari taknak baca tasbih kaffarah. But, it just a general not based on this entry.

    Tetapi, saya yakin dan setuju seperti yang en Hamka tulis lepas tu, sengaja atau tak sengaja bertaubat sahaja lah lepas tu dan yakin mereka yang beriman ( tidak berniat untuk mempermainkan taubat) macam yang encik Hamka tulis, namun sebagai manusia kita tidak lepas dari dosa.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete
  42. Ops. Lupa tutup dengan istighfar dan tasbih kaffarah.

    ReplyDelete
  43. Salam,
    Woha! Andartu itu satu hukuman ya? Betapa diriku dihukum,.. huhuhu..
    “Oleh kerana semua itu berdosa, aku yang ada secebis ugama dalam diri, ajak semua ‘awek awek’ aku tu, supaya di hujung perbualan di akhiri dengan tasbih kaffarah..”
    Maaf, apa yang saya nampak kat sini, kiranya macam test calon isteri la ek..? Lepas cakap-cakap, ajak tasbih kaffrah, kalau dia tak nak, reject, cari lagi yang lain, cakap-cakap lagi, tasbih kaffarah lagi, awek tu taknak lagi, cari lagi yang lain..
    Buat diri saya yang memang nak mengelak bercakap dengan lelaki untuk tujuan mencari keserasian... Ada juga lelaki ajak bersembang di handphone, pas baca baca entri ni, terfikir jugak, mungkin lepas bersembang lelaki itu akan ajak baca tasbih kaffarah dan melamar ku.. Wow.. Telah terlepas calon lelaki soleh nampaknya.. ;)
    Ada yang mengkenenkan dan soalan pertama saya ialah boleh tak jadi imam, lepas tu terus senyap kabar berita. Ada yang dalam first stage berkenalan terus saya tanya soalan, serius ke berkenalan untuk dijodohkan, terus dicap gelojoh dan tak sabar. Aduhaii..
    Tapi yang paling perit bila golongan macam saya ni sering diistilahkan sebagai golongan tak terpilih, golongan yang dihukum, golongan desperate, dan jadi lebih sedih bila yang melabel tu adalah dari orang-orang yang bincang-bincang ilmu agama.
    Masya-Allah, patutlah Innalha Ma’as Sobiriinn.. sebab kesabaran itu memang sangat perit untuk orang yang menanggungnya.. Maaf ya, macam off topic pulak. Untuk isu tasbih kaffarah tu, selalunya pada majlis-majlis yangs saya hadiri, dia akan duetkan sekali, “kita tutup majlis ini dengan surah wal’asr dan tasbih kaffarah” Wallhu a’lam.

    p/s-manusia memandang dari sudut berbeza-beza, harap you bukan dari golongan yang melenting bila ada comment yang contradict to your side.. Just reminder sebab saya dah muak dengan orang-orang cakap-cakap agama yang mungkin kekenyangan pujian. Bila diberi kritikan (or mungkin orang jahil tersalah faham)terus melenting tak hengat..

    ReplyDelete
  44. Marie

    Selamat beramal!

    ----------
    alqasam

    terima kasih sebab faham, kadang-kadang susah nak tulis apa yang kita faham, apatah lagi terpaksa tulis dosa sendiri, takut riak terhadap dosa, lagi ganda dosa aku,

    terim kasih, yang tak faham lepas ni, boleh email alqasam

    : )

    Kata kunci: " Sengaja " DAN " MEMPERMAINKAN TAUBAT". But, it just a general not based on this entry.

    ---------
    Andartu

    Aku mungkin salah, tapi jika aku tak tulis nanti tiada orang yang tahu apa salah aku maka aku tidak akan di perbetulkan sampai bila-bila, atau mungkin aku betul lalu aku tulis yang mana aku rasa betul dan mungkin korang yang salah akhirnya di perbetulkan oleh aku yang betul? - tertakluk pada mana mana yang betul

    Dan ‘hukuman’ aku tertakluk kepada watak dalam entry, sebab bila aku ajak kahwin mereka nak delay, tapi tak pulak marah aku call atau sajer call aku sebab kesepian, bila aku ajak taubat, tak nak, maka ‘hukuman’ aku tu hanya tertakluk kepada watak dalam entry

    Harap maaf.

    Salam,

    Ps: Dari orang yang sudah muak dengan pujian.

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum,

    Aku setuju ngan cik anonymous kat atas, memang tak sesuai rasanya bukan muhrim bercakap kat telefon, tambahan plak atas alasan kesepian..kalu sebab kerja pejabat ok ler kot..

    may be bagi sesetengah org rasa x de salahnya...mmm...wallahulam

    ReplyDelete
  46. eh, aku juga setuju dengan kau ler..

    ReplyDelete
  47. doa tu xberapa nak jelas. pakai kanta pon xjuga jelas.
    so sila besar kan skit ye ustaz rock!
    saya ada maslah rabun ni.

    ReplyDelete
  48. kau beli kitab fadahil amal, kat sana ada tulis..

    : )

    atau kau search dalam internet tempat lain..

    ps: usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  49. salam..psl surah al-asr..kwn ak ckp utk mengingatkn kte tntg mase..supaya kte sentisa mengisi masa dgn benda bfaedah..
    walluhu' lam..
    salam...

    ReplyDelete
  50. huhu~ jahilnye sy xtau tasbih tu tp slalu surah al asr tu bace gak la kalau '...tutup majlis dgn tasbih kifarah dan suratul asr' nsb baik jumpe entry ni. b4 ni asik la terlupa nak google tasbih tu (sedih)

    anyway kdg2 agak confuse bila org bace tasbih kifarah n suratul asr (utk tutup majlis) n al fatihah (buka majlis) sy tengok jap je dorg tadah tgn pastu dah turun. sy gak terkial2 baca (baru separuh baca org dah turun tgn) ade rahsia yg sy xtau ke? (shortcut? hehe...) jz curious

    ReplyDelete
  51. mungkin size memory dia besar kot, tu yang cepat tu..

    ReplyDelete
  52. -neena

    tak kan la dah buat perkara dosa,seterus-terusnye nak buat perkara dosa gak..bile dah buat dosa n kite sedar,cepat2lah bertaubat.. tak de istilah mane boleh campur ibadat gan dosa..bile dah buat dosa,memang la kena ade ibadah,coz nak tebus dosa..


    aku pun tak tau nak terang cam ne..
    yang aku tau,tak boleh biarkan dosa belenggu diri lama2.. bile dosa terus cepat2 kutip pahala lain plak..mungkin ustazah tu yg dah tersalah tafsir hukum..
    aku penah tercakap gan laki,siap guna suara manje,tapi memang tak sengaja coz mase tu tengah gurau gan kawan baik aku(girl),tetiba si mamat ni masuk campur..aku tahu dosa n takkan aku nak buat xtau,so aku larikan diri..

    same je la gan lepas dosa,buat ibadah..

    ReplyDelete
  53. Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

    At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”

    Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

    dari http://mendidik.blogspot.com/2007/10/tasbih-kaffarah.html

    ReplyDelete
  54. good info, dan biasa jika hadith sebegini akan ada komen Nabi, mungin aku dan kau belum jumpa lagi dalil dari komen Nabi.

    ReplyDelete
  55. Insyaalah kalau jumpa artikel lain saya akan tampalkan kat sini...

    ReplyDelete
  56. At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.

    ReplyDelete
  57. ok hamka Fy dah baca entri penuh pengisian ni.. terima kasih ya... teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  58. berjuang!

    "merahmu bara semangat waja"..

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum

    Biasanya kat skolah saya, habis majlis akan disuruh "kita tutup majlis kita dengan tasbih kaffarah dan suratulAsr"

    dua2 skali ar,
    terbaik entry ni!!
    bukan calang2 orang boleh faham kegunaan tasbih tu..

    terbaik!!

    ReplyDelete
  60. akhiri komen dgn TK

    ReplyDelete