(kucing yang lapar mengiaw di luar rumah di waktu sahur, mengingatkan aku terhadap zakat yang belum di bayar)
Suatu petang di bulan Ramadhan, di halaman rumah jiran, kelihatan betapa gigihnya seekor ayam jantan mengejar ayam betina lalu ‘mengerjakan’ ayam betina itu dengan tabah, dan.. mungkin itu adalah buat kali terakhir kerana Raya dah dekat, last kopek kata orang muda, almaklumlah, banyak pulak makanan orang melayu yang berasaskan ayam, dan aku yang sedang berpuasa zahir dan batin, sedikit sebanyak apabila mendengar rintihan ayam betina itu, ‘perasaanku terganggu’..
Dan aku tahu, di hujung-hujung Ramadhan sebegini, ada antara korang yang mengalami situasi yang aku namakan sebagai “perasaanku terganggu”..
Namun, “Perasaanku terganggu” ini bukan hanya di sebabkan oleh factor seperti melihat ayam jantan ‘menduduki ‘ayam betina sahaja, tapi banyak lagi factor lain, biasanya “Perasaanku terganggu” ini akan sering dialami korang pada banyak waktu dan antara waktu yang popular adalah waktu nak berbuka puasa atau waktu nak bersahur misalnya…
Akibat dari sydrom “Perasaanku terganggu” ini, kurma yang di makan mulai terasa pahit atau kuih-muih yang di makan terasa masin (bercampur dengan air mata barangkali…)
Ini semua di sebabkan oleh dua perkara, iaitu:-Kehilangan dan Kesunyian.
“Perasaanku terganggu” kerana korang sedang kehilangan orang yang tersayang atau yang belum ada orang tersayang pula, “Perasaanku terganggu” kerana korang sedang kesunyian tiada orang yang tersayang…
Sedih bukan?
“Perasaanku terganggu”?
Betul tak?
Kadang kadang bila korang terlihat bulan yang sedang mengambang penuh, atau melihat matahari yang sedang tenggelam di ufuk timur, atau terlihat warna pelangi di ufuk jingga, semua itu akan membawa korang kepada suasana “Perasaanku terganggu”…
Mendengar lagu raya, juga buat korang menjadi “Perasaanku terganggu”…
Semalam, ketika lihat malam yang penuh dengan bintang di langit, “Perasaanku terganggu” juga, tapi aku tak pasti sangat, kenapa “Perasaanku terganggu”?
Adakah “Perasaanku terganggu” kerana ‘kehilangan’ atau kerana ‘kesunyian’?.., mungkin di sebabkan dosa aku yang lalu atau sebab rohani diri yang belum sempurna atau mungkin sebab takut Lallatul Qadar dah terlepas atau mungkin sebab isteri aku sedang berpantang lepas bersalin dan sekarang sedang jauh dimata dekat dikampong maknya lalu tinggal aku berbuka puasa sorang-sorang?
Tapi bagus jugak, bolehlah aku bukak puasa di masjid hari-hari, dapatlah jaga takbir pertama solat maghrib secara berjemaah dan kalau ada ustaz ulamak ajak beriktikaf, takde masalah ler insyAllah... jadi tak perlulah aku menangis sebab mak aku ada cakap, jika nak menangis, silalah menangis atas sejadah..
Mudah-mudahan…
Tapi, “Perasaanku terganggu” juga bila bukak email di bulan Ramdahan dan baca keluhan ramai antara korang yang sedang alami situasi “Perasaanku terganggu”..
“Perasaanku terganggu” kerana belum ada jodoh terutamanya,…
“Perasaanku terganggu” kerana belum ada orang tersayang dan sedang kesunyian tiada orang yang tersayang…
“Perasaanku terganggu”…kerana kelam kabut politik di Malaysia juga di luahkan pada aku..
Tak perlu aku copy/paste semua email, cukup aku bagitahu, bahawa bila raya dah dekat, tapi korang masih bersendirian dalam dunia yang fana ini, lalu apabila melihat orang lain bergembira menyambut syawal bersama pasangan masing masing, maka “Perasaanku terganggu” pun berlaku dan “Perasaanku terganggu” ini terus menerus memperbaharui kesedihan korang..oh!
Dan korang buat ke seratus kali, korang akhirnya mintak tolong aku yang hina dan tak pandai ini..
Cik Hamka, tolonglah saya, “Perasaanku terganggu” sangat, tolong!
Tolong cik Hamka, saya sunyi, sedih dan keseorangan, tiada orang nak sayang saya!
Aku dah banyak kali mengaku bahawa tak pandai langung nak jodohkan korang, itu semua adalah di luar bidang kerja keretamayat, maafkan aku..
Tapi apa lagi nak di kata? Nabi Adam dalam shurga pun turut alami “Perasaanku terganggu”, apatah lagi korang di Malaysia bumi bertuah ini,
Nabi Adam alami “Perasaanku terganggu” apabila tengok burung burung terbang dengan pasangan masing masing..
Akhirnya Nabi Adam a.s mintak dengan Allah agar dihilangkan “Perasaanku terganggu” dan akhirnya Allah cipta seorang wanita untuk di cintai dan dilindungi.., di ambil tulang rusuk yang dekat dengan paru paru untuk berkonsi hidup dan dekat dengan perut untuk berkongsi makan tetapi tersilap kongsi buah larangan lalu terhukum di buang daerah, dan jatuh ke lembah dunia… dan itu cerita lain..
Begitu jugak Dato Siti Nurhaliza yang alami “Perasaanku terganggu” lalu menanyi lagu yang berangkap “tak kan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian..” dan akhirnya hilang jugak “Perasaanku terganggu” beliau dengan kehadiran Dato K.
Jadi korang pulak, yang alami “Perasaanku terganggu” tak kala baca blog aku yang secara tak rasmi terselit kisah suka duka aku bersama isteri, apa lagi nak di kata? Tiada Datok X, atau Datin Y yang datang menjengah, sebaliknya hanya “Perasaanku terganggu” yang datang memperbaharui kesunyian…
Maafkan aku, lantaran dalam blog ini, cerita cerita aku yang buat korang alami “Perasaanku terganggu” adalah sengaja aku tulis demi galakkan korang kahwin supaya cepat hilang “Perasaanku terganggu” tu,
Tapi dalam kentetuan Yang Maha Berkuasa, korang pulak yang alami masalah susah nak jumpa jodoh, lantaran sudah habis ikhtiar dan doa kata korang… yang lelaki pulak bila tengok perempuan cantik, bukan setakat “Perasaanku terganggu” tetapi “kemaluan juga turut terganggu”..oh!
Jadi beginilah, buat kesekalian kalinya, terus ke tajuk utama, basic orang islam dalam menyelesaikan masalah adalah melalui amal, boring bukan? Tapi cuba baca dulu cerita tentang ‘kehilangan’ ini..
Diriwayatkan ada kisah seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ada anak tunggal bernama Salim jika tak silap, tapi si anak ini, telah hilang kerana di culik orang jahat..
Sedih, bimbang takut dan “Perasaanku terganggu”.., Isterinya menasihati agar beliau pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…
Pendek cerita, Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalaui perantaraan ‘Amal’, dan amal tersebut adalah seperti berikut:-
1.Sabar.
2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)
3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri : La Hau LaWaLA, hinga HilAzim. Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..
Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu dengan tidak berkeluh kesah, kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat sebarang dosa dan setiap masa baca zikir ‘menyerah diri’ sebanyak-banyaknya..
Pendek cerita, si anak dapat meloloskan diri dari pengjaht dan membawa pulang bersama harta rampasan yang banyak…
Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyAllah akan mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..
Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau orang tersayang, insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur dengan takwa, dan di ulit dengan zikir menyerah diri, maka Allah akan hilangkan segala bentuk “perasaan terganggu” korang, mudah-mudahan..
Dan bagi korang yang sedang “Perasaanku terganggu” kerana sedang ‘kehilangan’ seseorang yang belum dimiliki, juga insyAllah akan mudah seseorang yang belum dimiliki untuk pulang kerana siapa sahaja yang layak untuk pulang akan pulang ke pangkuanmu untuk hilangkan “Perasaanku terganggu”, siapa sahaja, tak semestinya Dato K atau Syed Muzafar...
InsyAllah, selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..
Dan satu lagi, jika korang yang sedang sabar, dan sedang menahan dosa serta sedang berzikir menyerah diri, bagi yang bujang belum kahwin, untuk cepatkan dapat jodoh, korang kena tunjuk betul-betul pada Allah yang korang ni adalah layak untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu, faham?
Korang kena zahirkan pada Allah bahawa yang korang ni, adalah telah layak untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu, bagaimana?
Ubah perangai!
Yang perempuan, jika sebelum ni tak pandai masak, malas kemas rumah, tak suka layan budak budak, tak pandai bercakap sopan dengan orang tua, dan tak pernah bagi makan pada kucing yang lapar di luar rumah, lepas tu tidur malam peluk teddy bear sambil layan radio dengar lagu jiwang, hmmm, memang tak layak nak jadi mak orang, maka macam mana Allah nak bagi suami kat kau? Tak kesian nanti suami dengan anak kau nanti dapat mak teruk cam gini?
Tapi korang cakap, lepas kahwin aku ubahlah perangai..
Tak payah tunggu lepas kahwin, ubah perangai sekarang, dah banyak aku dengar cerita kenapa member aku kahwin dengan wanita A yang tak cantik, sedangkan wanita B yang jelita suka kat dia, maka jawab lelaki X, wanita A lebih bersifat keibuan..
Apa lagi nak di kata?
Orang lelakipun sama, tak pergi solat berjemaah, tak pandai baca Al quran, suka tengok bahan lucah, malas solat tarawih, lepas tu ada hati nak jadi suami dan ayah kepada mangsa kedaaan, tak keseian ke kat anak bini nanti dapat suami tak jaga solat, rosak akhlak?
Dah! Bulan puasa begini, tak payahlah aku membebel..
Yang penting, jangan lupa bagi makan pada kucing, jangan pilih bulu, kucing kurap yang mengiaw di luar rumah jugak kena bagi makan, mudah-mudahan, apabila kita berkhidmat pada makhluk ciptaan Allah, maka terbukalah pintu takdir untuk kita dalam sejarah memberi manfaat kepada genarasi sendiri pula.., insyAllah..
Dan.. Bulan puasa dah nak habis, yang lelaki, eloklah pergi beriktikaf di masjid, aku tengok sejak kebelakangan ini, orang yang tidur di masjid, bukan setakat orang ‘tabligh’ sahaja, dah ada orang Pas dan orang Umno yang tidur dengan berniat iktikaf mencari lailatul qadar, alhamdulillah..
Baguslah, masing masing pakat tidur di masjid, lepas ni mungkin Nik Aziz, Pak lah dan Anwar Ibrahim akan adakan Iktikaf Perdana pulak, mana tahu?
Yelah! selepas korang dah penat berebut kerusi yang terhad kat parlimen tu, apa kata korang pakat pakat berebut ‘kerusi’ di bawah Arasy, banyak lagi yang kosong.., ada tujuh golongan yang layak duduk, dan salah satu adalah mereka yang hatinya terpaut kepada masjid..
Selamat berpaut!
Oh, ye, jika Dato-dato sekalian takut ‘kehilangan’ kerusi dan sedang alami “perasaanku terganggu”, boleh amal hadith di atas, iaitu sabar, kemudian tahan diri dari buat dosa, dan banyakkan zikir menyerah diri, maka insyAllah, segala bentuk “perasaan terganggu” Dato dato sekalian terubat.. amin.
Akhir kata, aku mintak maaf banyak banyak jika ada salah dan silap, atau terbuat korang alami “perasaan terganggu” di sana sini, atau mungkin ada entry aku yang buat kesedihan korang di perbaharui, maafkan aku, aku masih balajar, dan memang tak pandai, blog ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, dan terima kasih kerana ada antara korang yang sudi baiki nota ini kadang kadang, alhamdulillah…
End.
Ps: Selamat Hari Raya!Selamat beriktikaf, selamat mencari seribu bulan, dan selamat bagi makan pada kucing, fakir miskin apatah lagi?
sempatnya terganggu saat-saat akhir ramadhan..
ReplyDeletekalaulah terganggu: 'sempat ke aku berttaubat?' sebelum naik keremayat, kan best...
:)
ReplyDeletealhamdulillah... :) mmg sesuai utk aku posting nih... terima kasih..
ReplyDeleteaisey...sib baik ko ingatkan...aku lum byr zakat fitrah lg huhu
ReplyDeleteberiktikaf kat masjid???
ReplyDeleteteringin juga tapi tak tahu mak aku
bagi ker tak
mungkin mak aku bimbang macam mana aku nak sayur kot
tapi kat muar ni aku tak tahu masa masjid yang buka 24 jam macam 7-11
:D
Selamat hari raya hamka..lepas raya nanti sambung balik tengok blog ko nih..coz layar internet kat opis jer kat kanpung takdak..woha!
ReplyDelete(Maria-BPP)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteuik...ramai pengomen2 baru nampaknya...slamat hari raya...teruskan berdoa yg baik2 utk aku...hehe...
ReplyDeleteen hamka...nampaknya entry ni membuat perasaanku yg memang dah terganggu menjadi lebih terganggu...oh...tapi tak pe..aku paham perasaan2 orang2 yg perasaannye terganngu nih....
mudah mduahan ALLAH mmbuka dan mmbebaskan kita dari belenggu 'perasaan terganggu' ini...ameeen..
p/s: masa raya pertama, kedua dan ketiga ..llebih2 lagi lepas raya perasaaan aku akan menjadi lebih terganggu..percayalah!!!!oh...x sanngup nk hadapi ni...
piece...
wassalam...
salam aidilfitri...
perasaan terganggu???sesungguhnyer aku dlm situasi tersebut...bila baca part yng hamka soh ubah prangai, kasi mkn kat kucing tu(aku dah lama buat)...mudahan kucing2 tu doakan aku cepat dpt jodoh ngn laki yg bleh jd khalifah fmly! woha! :)
ReplyDeletejiddan84me..
ReplyDeleteaku rs hamka takleh bg contoh bg mkn kucing la sbb aku kenal 1 minah ni bela 30 ekor kucing...kucing pungut, kucing org buang, kucing dtg menyerah diri...tp 'perasaannya masih terganggu' lagi. agaknya kucing tu doakan jgn la tuan aku ni kawin cepat...kang dia dpt laki, lupa kat aku lak...woha!
haha.. jiddan84me.. macam2.. bagusnye iktikaf kat masjid, moga dapat barakah dariNYA dunia akhirat, amiinnn...
ReplyDeleteSetiap tahun "perasaanku terganggu" bila;
ReplyDeletePada 1 Ramadhan, orang berpusu-pusu memenuhkan masjid tapi pada 1 Syawal orang berpusu-pusu mengosongkan masjid.
*Semalam "perasaanku terganggu" bila anak aku yang 6 tahun kata dia tengok dua ekor cicak bergaduh dengan cara seekor menghempap yang lagi seekor.
Abdullahjones
ReplyDeleteDah dua kali kau seorang blogger yang terkenal datang ke blog aku sambil meninggalkan sebuah senyuman..
Terima kasih kerana sudi berkongsi senyum di sini, ada masa, aku akan pergi bersenyum pula di blog anda, insyALLAH.
:)
---------
Maryam Abu Ahmad
Tak terganggu ke nampak van keretamayat ronda ronda menjelang syawal?
---------
SuMaiYaH
Seorang lagi tersenyum di sini..
---------
Huzaifah
Sorang lagi..
----------
perasanku terganggu jua
:)
Aku pulak yang tersenyum.
---------
Amin007
Akupun tak tahu, cuba rujuk budak budak tabigh..
---------
(Maria-BPP)
Woha!
---------
Limaumaniss
Ni tentu kes calon menantu mak kau datang beraya, teke jer,
piece...
-----------
jiddan84me
bukan takat kucing sajer, ingat kisah pelacor yang bagi anjing minum, lantaran amal itu, Allah buka pintu hidayat, dan dia bertaubat, akhirnya dapat kahwin dengan orang soleh..
kan mudah tu.., jadi, boleh bagi makan juga pada catdog..
-----------------------
perasaanku terganggu jua
Ha!
----------
Abdullah
Semoga dapat amal dan jaga niat, ikhlas, dan lain lain.. amin.
----------
azharjaafar
dan kerana kau ‘bergaduh dengan cara menhempap’ bini kau jugaklah, maka anak kau yang 6 tahun tu lahir, tak cerita macam tu?
oh-aku ada lecturer yang suka bebenar makan kat 9ekor kucing. dia mmg baik sgt..lembut,comel tapi dia baru aje kawen...hehe.
ReplyDeleteaku takde sgt 'perasaanku terganggu' (masih kanak2 lagi,belum masa lagi) cuma orang suka mganggu supaya 'perasaanku terganggu'.haha.
aku mmg stuju utk perbaiki sikap tue.jodoh dan rezeki masing2 itu setiap orang berbeza dan tak boleh nak expect semua orang sama. lagipun tu bukan main objektif kita (wpun boleh jadi one of sub-objektif- kawen/bteman utk mguatkan lagi ibadat kepada Allah!-bukan sekadar mgisi tempat kosong).yg penting redha Allah...
aku suka pada kesabaran. aku rasa mcm perasaan 'sabar' (yg belum aku kuasai 100% pun T_T.masih berlajar!). ianya seperti cahaya yang mgelilingi matahari. bukan sahaja myinari tetapi juga mbakar.
mcm cool deh jadik org sabar..
selamat hari raya
maaf zahir batin.
=)
aku macam tau kenapa perasaan hamka terganggu tu.. Ohh... Bila habis puasa zahir batin tu??
ReplyDelete:)
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin..
perasaanku trgagnggu..OH
terima kaseh bro..
peringatan yg baik.
*BDAK BARU BLAJAR*
to zackyah fimiyun :
ReplyDeletebaguslah kalau x de perasaan terganggu...rasa cam best je idup kan??
to en hamka : erm...tatau nak kata..tapi kurang lebih macam tu la...hahaha..
nm aku sweet little sis(S.L.S)..emm stlh aku bc bog en hamka ni psl "perasaanku terganggu" ni,mmg perasaanku terganggu ms ni.....bkn nk ckp en hamka wt perasaan aku t'ganggu tp,tu la klu iman tak kuat,mcm mn pn perasaan tu ttp t'ganggu gx kn...emm lgpn blog yg ni wt aku terkesan gx koz it reminds me to my late cats n my cat dats not belongs to me anymore koz it had been threw by my mother...
ReplyDeleteok,aku xkesah la en hamka nk reply blik ker x aku nyer comment ni koz aku cm nk luah kn perasaan aku jer yg sdg t'igt kn kucing2 aku tu.....
aku msh igt lg,2nd cat yg aku bela lu ms akhir2 hayat dier,aku wt xtau jer kt diertp dier...dier still dtg kt aku...nk mnje2 ngn aku..aku lak ms tu tmbh ngn pening pala,so aku wt xtau jer la...n last day i saw my late cat when i stand in front of my door at my house,my cat came to me,n try to touch my face,but i scolded my cat koz interupt me..after dat i asked its forgiveness koz i had scolded him juz because of dat.....n i still remember it was thursday,my cat had not come home to eat,i was weird koz always my cat will come home when i want to give him food koz he know when the time he should eat....but,not dat day..i'm call his name over n over n i ask my family didi they saw my cat koz he not return home yet....he not come home untill the midnight...at midninght i woke up(after crying because of my cat)i called its name again,again n again,but his not return home,its make me getting weird....then,igo sleep again n i talk to myself dat its will come home tomorrow morning..but,dat morning when i was sleep my mom woke me up,she said"k.cik bgn,mak nmpk miko..."aku pn trus bgn dri tdow ku itu....aku tnya mak aku mn miko nyer xdgr pn suara dier....mak aku pn ckp mak nmpk miko.......miko dh mati,kat sebelah umah......aku cm xp'cyer mak aku ckp cm tu,then aku ckp,"mak tipu la..xkn miko dh mati kot..."xkn la....hri tu bru jer miko dtg mnje2 ngn k.cik,xkn dh mati kot,ni msti kucing len kn...."
aku still xcayer ag mak aku ckp cm tu,ms tu hri jumaat,aku igt ag.....then,mak aku pn bwk aku p sebelah umah aku nk tnjk kt aku kucing aku yg dh xder tu....kt sebelah umah aku,aku tgk der sekor kucing ni terlantar ats tanah,kaku,bdn nyer keras,dikerumi lalat n mata nyer terbuntang kuar.....stlh aku amati muka kucing tu...yer,mmg sah tu kucing aku...tnpa aku sedari xsemena2 d c2 gx air mata ku jatuh membanjiri pipi ku...lantas,abh aku dtg tuk ambk kucing aku tu n nk tanam dier...aku dgn pnts menyekat niat abh aku tuk ambk kucing aku tu...aku g tau abh aku yg aku nk angkt sndri miko tuk terakhir kali nyer.....abh aku turuti ajer permintaan aku tu..then,dlm perjalan aku bwk miko aku tu,lantras aku teringat kan perangai nyer yg lam sehari duaq ni agk pelik la gx...then,bru la aku tau naper dier begitu pelik lam 2-3 hari yg lepas...dlm sehari2aku lalui dgn biasa tp,still t'igt kn dier...sllu nyer klu aku nk p sidai ken kt jemuran,dier msti ikut aku skali menyidai ken,dier kn menungg8u smpi la aku siap sidai ken tu...tp,stlh ketiadaan kucing aku tu,so xder la yg kn temankan aku sidai ken ag kt jemuran...k la,aku xmo cter psl kucing aku ag koz it make me sad n cry..smbgn cter ader ag,lau psl kucing2 aku yg len,tp aku xmo cter skunk ni koz xder mood.....len kli der ms aku cter ag k...
p/s:thx tuk en hamka koz sudi bc,klu nk reply,reply r aku xkesah pn ...
p/s:miko,i miss u soooooooo much....i miss u,but cant tell by words...just remember u always..i really really miss u miko.i wish u can hear my tear because of u...semoga miko bersemadi ngn aman di sana...
aku tengah sabar..sabar dengan diri sendiri dan orang lain..
ReplyDeleteaku tengah usaha takwa...
dan aku bertawakkal padaNya..
*perasaanku memang terganggu!
perasaanku tak akan terganggu jika tiada yang mengganggu, percaya la :)
ReplyDelete"atau melihat matahari yang sedang tenggelam di ufuk timur..."
ReplyDeleteish..ish..(nangis) tanda-tanda akhir hari qiamat..
"Perasaan terganggu" bila pikir tentang takutnya bekalan tak cukup..ohh
-maon-
26 Ramadhan 1429H
Terganggu bila agaknya lailatulqadr ni nak muncul.. He he
ReplyDeleteAssalamualaikum w.b.t.
ReplyDeleteDengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terganggukah perasaan anda?
Adakah anda yakin bahawa Allah tahu apa yang ada dalam diri dan hati anda?
Allah Maha Pencipta telah menciptakan kita semua.
Maha Pencipta tahu akan ciptaanNya.
Kalu ada masalah dengan ciptaanNya, tentu dia akan beri jalan penyelesaiaannya.
Malah, Dia telah beri kita, yakni manusia, panduan penyelesaian ini sejak dulu lagi.
Macam blog ‘Kereta Mayat’ni, pencipta blog ni tahu apa yang dia mahu di dalam blog nya.
Bro Hamka dengan tulisan-tulisan dia, berkongsi pandangan untuk di ambil tauladan apa yang baik dan sempadankan apa yang tak baik.
Allah dengan sifat Maha PemurahNya Dia, telah beri pedoman dalam bentuk kalam-kalam Allah iaitu Al-Quran untuk segala hal (di ulangi segala hal) di dunia ini.
So, sama-samalah kita cari penyelesaiaan itu di dalam Al-Quran dan laksanakan ikut Sunnah Rasulullah.
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, 2:153 yang bermaksud;
[2:153] Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Allah perintah kita ni, kalu minta tolong tu, dengan Dia saja.
Nak cari jodoh ke, nak tambah jadi dua ke (utk lelaki saja), nak lulus periksa ke, nak anak ke, nak tambah anak ke dan lain-lain lagi la kehendak manusia ni.
TETAPI dengan syarat mesti sabar dan mesti solat.
Allah bersumpah “sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
Kalu Allah dah bersumpah untuk bersama kita yang sabar dan solat ni, tentu akan di makbulkan hajat kita tu……
Tapi dengan syarat tambahan lagi iaitu kita kena tolong Allah dulu, baru Allah tolong kita.
Kita refer ayat dalam posting bro Hamka yang lepas “Anak Zina?”.
Firman Allah dalam Surah Muhammad; 47:7 yang bermaksud,
[47:7] Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(P/s: Serta syarat-syarat tambahan yang lain yang beribu-ribu dalam Al-Quran tu, dan mampukah kita laksanakannya????)
Sekadar satu perkongsian.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Wassalam.
aku mengangguk kata2 Hamka..
ReplyDeleteUbah perangai!
zackyah fimiyun
ReplyDeleteok, selamat hari raya
=)
------------
kavkiskey
Tak! Kau tak tau!
----------
*BDAK BARU BLAJAR*
:)
------------
Limaumaniss
hahaha..
--------------
sweet little sis
pening kepala aku baca tulisan kau yang ala ala cakar kucing gitu…
tapi kau jangan bimbang, kucing kau tu mati tak masuk neraka punya, dan ketahuilah, bahawa Allah ciptakan kucing adalah untuk tambah pahala pada manusia dan juga tambah dosa, ujian...
ps: pernah solat tak khyusuk sebab time solat ada kucing basah (baru lepas jatuh longkang agaknya) jalan jalan depan saft, dalam hati, janganlah dia gesel kat badan aku..oh!
------------
faz
?!
------------
INTAN RH
Tapi perasaanku terganggu juga jika tiada yang mengganggu, percaya la :)
---------
maon
lepas "Perasaan terganggu", bila pikir tentang takutnya bekalan tak cukup.. maka apa lagi yang di tunggu?
-----------
bebaskann
Terganggu jugak hidup semalam sebab bekalan air terganggu..
------------
mmohdsha
Walaikumusalam w.b.t
-------------
Skar
Aku pula menggeleng-geleng kepala
Bila Nak Ubah perangai!?
mayat menggangu-ganggu perasaan ku..
ReplyDeleteada kala aku rasa curiga, adakala aku rasa tak percaya...Ohh..
bro hamka, ada YM tak? email saya YM tuan boleh?
memang tepat sekali la entry terbaru ni kpd ku..berapa lama dah 'perasaanku terganggu' utk punyai teman hidup ni x nak cakap la..smpai tahap dah rasa bosan sangat utk fikirkan pasal 'terganggu' ni..kiranya lantak la apa nak jadi pun..
ReplyDeleteAmal,takwa,usaha,sabar,bagi kucing makan etc etc...
Amal ibadat aku mmg belum sampai tahap geng2 tabligh lagi,tp aku tengok membe2 aku yg lagi jahil agama tu pun dah lama kawen..
takwa? ntah la.. aku nak solat secara khusyuk pun susah sbb asyik 'perasaanku terganggu' je.. tp at least aku solat la gak..kan..? nak kata solat full tu x la.. tp aku rasa sepanjang umur baligh aku ni aku mmg susah la nak tinggal semayang..(tp ada gak la tertinggal sekali-sekala,ini korang pun selalu gak ni, x yah tipu la..)
hmm,malas nak tulis panjang2 la.. mmg nampak cam 'loser' je kan aku ni..
=====================
ReplyDeleteamin007,
cube ko pegi Masjid al-Hikmah, dekat jln temenggong ataupon masjid Sg Abong.
Kat al-hikmah tu insyaAllah sahur ada org jamu. Lg best klu ko yg jamu org. =)
usaha? tension la..
ReplyDeletesabar? ye la tgh sabar la ni..kalau x sabar dah lama aku bunuh diri dgn tahap tension ni..
tp hari raya dtg lagi..hmm..
bila la hidup aku nak berubah ni.. asyik sama je x de perubahan.. kalau dah naik keretamayat tu lain cerita la..
risau aku,org lain ada gak anak yg soleh utk doakan diri mereka bila duduk dlm alam kubur tu.. tp aku ni sapa la yg nak tolong doakan..
alamak! aku sendiri pun jrg berdoa utk arwah bapa ku la..cuma sekadar bacaan doa umum lepas solat tu je..baca yasin pun sekali-sekala je..eh,camne la aku nak didik bakal anak ku nanti..
alamak! malas la nak tulis panjang2.. nampak cam 'loser' lagi..chow..!!
sori bro hamka n pembaca yg lain..tika dan saat ini jiwa dan perasaanku memang AMAT terganggu ..
ReplyDeleteto sweet little sis (SLS),
ReplyDeleteaku pun baru kehilangan kucing tersayang,.aku dah hantar ke veterinar, tp doktor ckp kucing aku x dpt diselamatkan lg,..mmg sedih,..rase mcm nk nangis dpn doktor,tp sebagai lelaki macho dan lelaki beriman akhir zaman aku menangis dlm perut jer,..
jgn risau k,..sorang alim beritahu aku,haiwan tidak akn dihisab,..bila mati ia cuma jadi debu sahaja,kecuali haiwan2 yg bantu agama Allah swt contohnya anjing ashabul kahfi Allah sw akan muliakan dgn masukkn dlm syurga dan ditukarkan menjadi seorang pemuda yg tampan.
waallahualam
hehehe to bro hamka,sowi klu xfhm tulisan aku ni...aku mmg cm ni tyme2 pala xbetul tulisan pun dpt effect gx..siot tol..emmmm
ReplyDeleteaku igt nk cter ag psl kucing2 aku ygt len tp....emm nnti2 la aku cter kt kowg ek...
anyway,selamat hari raya aidilfitri..=)
p/s: bro hamka xleh bc ag ek tulisan aku ni....??
huhuhu
xper2 aku xkesah pn...yg penting sumer owg bhgia..
piece-sweet little sis-
*insafdah*
ReplyDeleteoohh..ptt la Allah x kurniakan aku anak..perangai aku masih cam budak2..Ya Allah berilah aku petunjuk supaya aku dpt berubah-Amin-
:hamka,tlg ajar aku nak berubah supaya Allah dpt lihat yg aku layak jadi mak:perasaanku terganggu krn hal ni lah..
Salam saudara hamka,
ReplyDeletekalau JIWA KACAU mcmana pulak?
Salam
nmsidique
waaaaa... entry2 yg very2 tacing... ngeh ngeh ngeh... perasaanku terganggu dan juga mengganggu... hua hua hua...
ReplyDeleteatap_aje
ReplyDeleteAku tak ada YM, aku jarang on line depan PC dan aku hanya berurusan dengan email, (setakat ini)
Harap maklum.
----------
jiwakacau
kau dah berapa lama hidup? Sampai beranggapan orang lainpun ada gak kantoi solat macam kau..
jika kau ada fikir macam ni, kau akan jadi selesa dengan dosa dan aku dah start ceramah.., nanti aku jadi perasan bagus!
Kau kena ubah tanggapan yang salah tu tentang solat, dalam dunia ni ada ramai lagi orang yang aku jumpa sejak kecik tak pernah tinggal solat, yang ramai tak kyusuk tu memang ada..
Ubah perangai!
-----------
ibn_abdillah
Alhamdulillah..
----------
amr
masa aku bujang dan belum ada anak, aku ada bela kucing, sekarang aku bela anak anak aku ajer.. pandang kiri pandang kanan, atas bawah, penuh dengan anak-anak!
La ni, Tak sempat nak bela kucing dah, dan memang tak nak bela dah, yang ada sekarangpun 4, 5 ekor kucing terbiar yang lepak belakang rumah tunggu aku buat pahala dan takut takut gak aku pulak yang terbuat dosa..oh!
-------
sweet little sis
Aku paham, tapi kesian nenek aku jika baca tulisan kau, tentu dia akan kecewa dengan kemajuan dunia yang di katakan semakin maju..
-----------
*insafdah*
nak jadi mak, pertama: jangan merajuk, boleh baca entry bab merajuk..
karang ada yang lompat batu blah batu bertangkup
---------
nmsidique
Kacau dalam bahasa terengganu bermaksud, mengacau sebatian ke dalam larutan, macam bancuh kopi atau milo..
jadi, Aku tak pandai bab JIWA KACAU, tapi bab KACAU ASAM JAWA, tahulah sikit.. heh!
---------
@LiYaNNuaR
boleh jugak hilangkan perasaanku terganggu tu dengan cara berkawan dengan kucing yang sentiasa berzikir..
dan lagu baru XPDC yang bertajuk ‘Curahan rasa’, patut di tukar kepada tajuk : Perasaanku Terganggu.!
ibn_abdillah menulis
ReplyDelete=====================
amin007,
cube ko pegi Masjid al-Hikmah, dekat jln temenggong ataupon masjid Sg Abong.
Kat al-hikmah tu insyaAllah sahur ada org jamu. Lg best klu ko yg jamu org. =)
=====================
ooo, yer ker. tak tahu pulak aku. tapi jauh pulak nak pergi. aku tinggal kat tanjung agas. tak apa laa. kalau diizinkan Allah, tahun depan aku akan bagi orang makan sahur
sedih nyer aku bc psl cite kucing mati.. aku sbnrnyer takut ngn kucing, tp xpe lps ni aku berubah, aku akn bg mkn kt kucing2 kt umah aku tu. bile nk sidai baju kt ampaian blkg, pny la byk kucing kt situ. mcm2 kaler. da mcm harimau kecik lak aku tgk..paling aku x suka die gesel2 kt kaki..arghh.plak tu kadang2 bile tgh masak, die sibuk gak nk masak.. aku ckp kucing tepi laa, kang terkena minyak panas ni..sekor dua xpe. ni 6 ekor..
ReplyDeleteperasaan ku tak terganggu ketika ini.. tp lps lihat ofis mate ku bc blog ni, aku pun teringin nk bc slps sekian lama x bca. tp perasaan ku juga ikut terganggu bercampur rasa sedih. adoyaiii
esok raya kawan2...usahlah menambah kegangguan kepada perasaan kita yg dah memang terganggu nih...slamat berbahagia d hari raya semua...maafkan daku setulus hatimu..
ReplyDeletep/s: terganggukah perasaanku besok..?
piece...
to en hamka..
slamat beraya dgn ahli2 famly dan ahli famly yg baru...
wassalam... :)
salam..
ReplyDeletekala ramadhan melabuhkan tirai..
sarat impian yang diazamkan belum tercapai
berat menolak rasa hiba betapa kalahnya diri ini dengan kehidupan yang sementara..
peritnya gagah dahulu mengintai syawal.. memang gembira memang terhiba namun pelepasan beramai-ramai banduan penjara ramadhan kelak bakal bermaharajalela..
sesuka hati die sahaja mengurang iman dan menghalang amal..
perasaanku terganggu kala benar lailatul qadar pada malam-malam akhir.. kiranya langit merah sabtu 26 ramadhan menjadi tanda, telahku sebut seluruh nama ummat malaysia, indonesia dan orang-orang islam sedunia, bangkitlah..
islahkan diri
islahkan keluarga
islahkan ummat islam seluruhnya
-amin Ya Rabbal 'alamin
-ibn Iskandar
nhanania
ReplyDeletesiapakah gerangan rakan ofis mate mu itu, kirim salam pada dia..
-----------
limaumaniss
bayangkan aku duduk atas kerusi, dan di sisi kami ada anak anak, kiri, kanan, belakng dan seorang lagi atas ribaan isteri aku, kemudian aku berkata:
”Kami, di www dot keretamayat dot blospot dot com mengucapkan”
(lalu di sambut serentak oleh keluarga aku)
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
(disusuli lagu raya)
Selamat Hari Raya
Kepada Suami juga isteri
Setahun hanya sekali
Mari kita pakat beli itu ini!
Di masa bulan Ramdan
Kita tak sabar tengok anak bulan
Pabila syawal menjelang
Kita raya lebih lebih dari orang
Budak budak mendapat duit baru warna-warni
Hasil meronda setahun sekali
Sungguh hebat pemandangan di Hari Raya ini
Budak budak pakat bakar bunga api
Marilah buat hutang
Sungguh mudah tak perlu tandatangan
Mintak mak leher di kalong
Ayah mintak mahu bayar hutang Along
Selamat Hari Raya
Kepada Suami juga isteri
Setahun hanya sekali
Menghabiskan duit beli itu ini
Di masa bulan Ramdan
Kita selalu pergi Rumah Tuhan
Pabila syawal menjelang
Jangan lupa pula niat puasa enam
Maafkanlah jika ada terlanjur umpat orang
Di harap supaya jangan di simpan
Doakanlah semoga aku selalu murah rezeki
Tahun depan boleh raya sakan lagi
Dam dum dum, Macam mercun
Pingang mangkuk terbang berduyung duyung
Jiranpun tumpang menonton
Sungguh meriah hari raya ini tahun
Selamat Hari Raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Andai kita belum mati tahun depan
Woha!
----------
-ibn Iskandar
-amin Ya Rabbal 'alamin
firstly SALAM EID MUBARAK 1249H to bro hamka n family...
ReplyDeletebg y xkawen lagi aku memahami perasaan mu..
kdg2 bile angin kus2 dtg ader gak terpikir psl nie haha..
tp xelok pikir slalu..
tp btol bab kata br hamka..
kite kena YAKIN n btol2 percaya kat ALLAH..kdg2 jodoh tu dtg awl n lambat tu kerja ALLAH..hanya DIA jek ya tahu bila time kite btol2 bersedia berjumpa ngn si dia..
bagi ku kita kena bercinta dgn ALLAH dulu..jika dh menjadi kekasih ALLAH insyALLAH..mesti ALLAH akan kasi y terbaik buat kita..tak kira la 2thn lagi or 10thn lagi..aslkn jodoh y mmpu bwk kita ke syurga..bab jodoh nia kdg2 usah kita pikir terlebih sgt..nnt akn mengundang 'perasaan terganggu'..tp xsalah utk berfikir jus jgn berlebih2..
kdg2 kita rase kite dh bersedia tp sbnry tidak..sbb itu doa paling afdal ialah 'robbana atina fidunnia hasanah...''mksd nya kurnia kn la apa yg bagus untuk ku d dunia n akhirat'
klu jumpa skrg buat tambah dosa buat ape sbb ALLAH rasa kita xbersedia lagi..
biar ALLAH tentukan apa y terbaik utk kita kerana hny dia y tahu perkara2 y ghaib..kdg2 sbb kite meminta jodoh awal n ALLAH makbulkn rupa2 ny ia tidak baik utk kita..nauzubillah..when d time is rite for us then ALLAH will send some1 to us..jus YAKIN n percaya QADA n QADAR Allah insyaAllah =P..
wallu'aqlam
oh...dah bayang...tapi x kenal muka..erm...bape ramai anak pon tak tau..hehe..terima kasih atas ucapan...moga berbahagia hingga naik kereta mayat...hehe
ReplyDeleteraya kedua dah...terganggu atau tidak? walluhua'lam...
oh...dah bayang...tapi x kenal muka..erm...bape ramai anak pon tak tau..hehe..terima kasih atas ucapan...moga berbahagia hingga naik kereta mayat...hehe
ReplyDeleteraya kedua dah...terganggu atau tidak? walluhua'lam...
Saudara Hamka,
ReplyDeleteBoleh bagi pandangan sikit tak? I ada bela banyak kucing kat rumah. La ni dah tak larat pulak nak menjaga. Apa kata kalau I buang daerah je kucing-kucing tu kat pasar2 ikan ke, kedai2 makan ke. Orait tak?
Sy suka kucing tp sy takut jd camni la..takut 1 ari sy xtjaga depa n tpaksa buang kt pasar lak. So last2 sy xjd bela langsung dgn alasan umah atas awan, xproper bela kucing. Wpun kucing ni org kt jd debu di akhirat nanti tp sy rs ia blh jd penyebab kita dpt more pahala or dosa. Anyway, sy tau itu cuma alasan sy sj sbb die hard fans masih blh bela 30ekor, yg dok flat 5 tingkt pun ada bela gak wpun kucing pnah jatuh flat tp msh survived...yg sy nampak org2 gini syg kucing tahap maksima mcm family sendiri n responsible blh trained kucing liar berak atas pasir mahal beli kt petstore. Kucing mak sy kt kampung xpandai makan friskees, ndak makan ikan gaul dgn nasi jer..then their habits berak kt umah jiran sampai xbtegur dah la kawan tu dgn kami. Each time abah sy buang kucing kt pasar, nanti ada la org buang kucing kt umah mak. So mcm xleh elak, umah mak sentiasa ada kucing. Nsb baik kalo branak byk pun jarang idup smuanya jd xpnuh la umah dgn kucing. Penuh dgn kubur kucing je huhu
ReplyDeletesebenarnye jiwa ni mmg tgh terganggu.tapi bile bc posting ni perasaan terganggu 2 beransur2hilang.
ReplyDeleteYa Allah berikanlah kekuatan kepada aku untuk menghadapi perasaan terganggu ini kerana mencari redha-Mu. T_T
terganggukah perasaanku?...hehe..
ReplyDeletejwb..jgn x jwb...
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSelamat hari raya hamka...dah sebulan aku x baca blog engkau...baru hari ni tahu kau masih berpuasa zahir dan batin...hihihi...Taniah dapat baby baru..semoga Allah murahkan rezeki hamka sekeluarga...ohh aku memang benar mengalami "perasaan ku terganggu" bukan sebab nak kahwin tetapi pikir kerja pejabat yg bertimbun dan dah dekat hujung tahun ni...oh..
adioss amigoss
SpEkmATaKu
ReplyDeleteKorang buat baik, mati masuk shurga ada banyaklah jodoh akhirnya..
Tapi jika kau kahwin ramai macam ayam pun, tapi mati masuk neraka, maka tak dapatlah lagi nikmat bersetubuh buat selama-lamanya..
=P..
----------
limaumaniss
macam macam..
----------
Anonymous
Kalau dah tak larat nak menjaga. buang kat tempat yang betul tu kira ok ler..
----------
Senah
Tak semestinya bagi makan pada kucing, bagi makan pada anjingpun boleh, baca kisah pelacur yang bagi anjing munum air
Errr, aku tahu sorang blogger lelaki yang kacak dan belum kahiwn tapi suka pada kucing
www.dunia-vovin.com
--------------
xtauapenakdikater
:)
-----------
mYwaY - i am a human..
heh!
----------------
van qif
Wailakumusallam…
Alahai, hidup laksana seribu tahun, banyak masa lagi, jangan "perasaan ku terganggu" , tapi mati dah eosk, ha! Yang tu elok adioss amigos!