Sep 8, 2008

Kenapa Tersedak?

(Aku pernah dengar lagu nyanyian Nash ‘Pada Shurga di wajahmu’ tapi bila pulak nak buat lagu ‘Pada Neraka di wajahmu’?, tanya aku sambil tepuk belakang mereka yang tersedak!)

Sebagai manusia biasa, sudah tentu aku pernah jugaklah beberapa kali dalam hidup yang fana ini, mengalami gejala tersedak (Chocking) ketika makan,

Gejala yang mana ketika makanan sedang berada dalam mulut kita, dan sebelum kita nak telan semua makanan tu, iaitu antara kunyah dah telan, tiba tiba makanan itu tersumbat pulak antara lubang saluran pemisah udara dan lubang perut lantas sejurus itu juga, runtunan pengecutan rongga toraks berlaku secara automatic, lantas keluarlah satu tekanan dari perut yang menolak semua makanan dalam mulut ke ruang atmosphera dengan kelajuan yang pantas tak sempat nak kawal lagi..

Maka terus sahaja berhamburlah nasi-nasi yang sedang di kunyah dalam mulut aku ke pinggan kawan kawan aku yang sama sama sedang makan sambil mengadap antara satu sama lain…

“Uhuk! Uhuk!”

Maafkan aku sahabat, aku tak sengaja tersedak, (err ada ke orang sengaja (ter)sedak?)

Namun, walaubagai manapun, kawan kawan aku memang cool sangat!

Mereka jenis selamba gak macam aku, sedang yang lain tepuk belakang aku, yang duduk mengadap aku dengan selamba makan nasi dia yang dah bercampur akan ketersedarkan sisa makanan aku tadi , puas aku pujuk suruh order makanan lain dan aku nak belanja tapi mereka tetap cool, dan sempat pulak buat lawak dengan berkata “ takpe aku makan bekas sisa orang ‘alim’, darjat aku akan naik lepas ni, ha ha”

Aku pulak cakap: “engkau tu orang yang lebih tinggi darjat kerana sanggup membuang sombong makan sisa orang lain, aku yang tumpang berkat kamu, isk”

Pendek cerita, sudah dua kali bulan lepas sebelum puasa aku tersedak ketika makan yang mana akhirnya sisa sisa nasik aku jatuh ke dalam pinggan-pinggang kawan-kawan aku, dan sudah ada dua kawan aku yang memang sentiasa ‘cool’…

“Hidup sementara, apa sangat makan sisa orang lain?”
Kata lelaki 1 sambil meneruskan suapan..

“Makan sisa orang ‘alim’, adalah penawar penyakit hati..”
Kata lelaki 2 yang langsung tak terkesan dengan suasana

Aku kelu tak terkata dan rasa sedikit terharu sebab masih ada dalam dunia ini akan kawan-kawan yang jenis cool selamba cam gini..

“Ada orang sebut nama kau barangkali…”
Kata lelaki 3 sambil tepuk belakang aku.

“Orang sebut nama aku?”
Tanya aku pada soalan yang tidak perlupun kepada apa-apa jawapan..

*******

Ya, sinonimnya, bercerita tentang tersedak, orang melayu dulu-dulu percaya jika tersedak itu tandanya ada orang yang sedang sebut-sebut nama kita, memuji atau mengumpat tu tak diklasifikasikanler pulak....

Dan semua tahu sudah, itu hanyalah mitos orang melayu dulu-dulu, sama taraf macam larangan tak boleh duduk atas bantal nanti dapat bisul atau menyanyi di dapur akan dapat kahwin dengan datuk, (datok K misalnya), dan lain lain..

Namun, andai benarlah setiap kali orang puji kita atau kutuk kita maka tuan punya badan akan tersedak-sedak, aku rasa tentu Anuar Ibrahim, atau Paklah atau sekian-sekian Menteri yang sewaktu dengannya akan asyik tersedak-sedak bila tiba musim pilihanraya...

Apa-apapun, aku rasa bukan masyarat melayu sahaja yang ’percaya’ tersedak itu tandanya ada orang sebut nama kita, bukan.., sebab aku pernah tengok dalam satu siri kartun animasi jepun yang berjudul Naruto, watak Jiraiya selaku tok guru Naruto yang mahir dengan teknik seruan katak dari kampong Kanoha jugak ‘tersedak’ dalam satu babak apabila Naruto mengumpatnya…

Apa-apalah!

*******

Kita lupakan cerita tersedak dan mitosnya itu, sekarang sempena bulan Puasa yang mulia, aku akan tulis satu cerita benar yang confirm bukan mitos dan cerita ini telah berulang sejak zaman berzaman untuk sejarah masa hadapan!

Ini adalah cerita tentang satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa telah bersabda akan nabi Muhammad SAW yang bermakasud:

Hadith 1

“Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka...”

Wah! Ini berita yang SANGAT-SANGAT bagus, Cuma sedih sedikit pada diri sendiri, sebab aku yang hina ini sangat tak pasti akan kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam hadith di atas, siapa?.

Aku yang jahil banyak bab ugama dan tak tahu maksud Hadith ni, telah timbul soalan dari diri aku, iaitu sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup atau yang sudah jadi mayat?

Jika ada ustaz yang tahu, boleh bagitahu aku, aku memang masih banyak yang jahil…

Soalan aku adalah, Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di bebaskan?
Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana? Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?

Atau,

Sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada aku dan korang yang masih hidup kerana antara kita memang dah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu neraka!. Naduzubillah!

Sebagai contoh sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:

Hadith 2:

“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”

Contoh dari Sabda Nabi yang lain,

Hadith 3:

“Seseorang yang meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”
(Kitab Qurratul Uyun)

Jadi aku yang jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada yang masih hidup, yang mana mungkin ada antara korang telah sengaja tak solat, maka nama dah tertulis dipintu neraka sedang korang masih belum jadi mayat lagi…, tapi tak semestinya anggapan aku betul..

Cuma mungkin setelah dirujuk kepada hadith Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a yang berbunyi,

Hadith 4:

“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.”
(Kitab Fadhilat amal)

Nampaknya memang nabi ada suruh kita banyakkan mintak selamat dari azab api neraka pada bulan Ramadhan dan mintak pulak adalah bagi pihak diri kita sendiri..

Maka aku berharap kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah kita: aku dan korang!

Walaupun, setelah segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah, maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua: aku dan korang!

Namun, ikut quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka sahaja setiap hari, sedangkan Ummat islam ada berbelion-belion atas muka bumi ini..!

Maka nak tak nak, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang mengatakan “Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara(dari empat perkara) YANG TIDAK BOLEH TIDAK KAMU PERLUKAN iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”

Maka kena bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, yang ada dalam perut bumi pula ada lagi berbilion trillions! …

Baiklah, pendek cerita, sebab dah banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Jadi kesimpulannya, kita memang kena ‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih, bertadarus Al Quran, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di bebaskan.., amin!

Nabi Muhammad SAW bersabda, Hadith 5:

“Allah akan menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada Rahmat Allah pada bulan ini”
(riwayat Ubadah bin Sommit RA):

Maka, tunggu apa lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Inilah bulan kita nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu di ganda-gandakan..

Maka kena cepat dan jangan ketinggalan untuk bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya berjanji untuk bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, Apa lagi nak di kata?

Dan ada satu lagi berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan..

Nabi bersabda: (sambungan Hadith 1)

“..Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.”

Wah!! ini SUDAH SUDAH SUDAH-SANGAT SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA!!! Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada 60 juta!! Ingat!! ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Jangan berlengah lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih tutup adalah pada 1 syawal..

InyaAllah….

*****
Penutup

Akhir kata, aku amat berharap, korang yang selalu puji blog aku ini cakap blog ni best, cakap bini aku best dapat aku yang best, cakap entry aku semua best, dan email aku hari hari dan sentiasa tinggalkan komen berbentuk pujian.. itu ini begitu begini! sedang semua dari Allah, aku tiada apa apa, tanpa kehendak Allah, aku nak tekan butang “Enter”pun tak mampu.., nak recall balik password keretamayat ni pun tak mampu..

Maka inilah masanya, aku berharap, korang yang cakap dah insaf baca blog ini, dah dapat hidayat baca blog ini, dan lain lain..

Maka aku amat berharap, korang lapangkanlah satu ruang dalam doa korang untuk letak nama aku, Hamka! doakan Hamka ini agar selamat dari masuk api neraka, andai Hamka namanya ada di pintu neraka kerana dosa-dosanya, maka masukkanlah dia dalam senarai 60 juta ahli neraka yang di bebaskan tahun ini! Selamatkanlah dia dari azab api neraka.., bla bla bla…

Begitu lebih kurang permohonan aku, boleh?!..

Dan ada hadith lagi, Hadith 6:

“Seorang Muslim yang berdoa kebaikan dan kebahagiaan saudara muslimnya, maka malaikat-malaikat di langit Allah akan berkata : Dan bagimu seperti itu juga”
(Kitab Malfuzat)

Pendek kata, bila korang doa kebaikkan untuk aku, hakikatnya korang jugak telah berdoa kebaikkan untuk diri sendiri..

Dan doa yang makbul di bulan puasa ini adalah waktu nak berbukak puasa, dan di waktu itulah sejuta ahli neraka akan di bebaskan, tolonglah doa untuk aku. Tolong!…

Boleh, insyAllah?!

: )



…….

Kata bini aku:
“Bang, kenapa asyik tersedak sahaja bukak puasa hari ni?”

“Ada orang sebut nama abang kot..”

Woha!

****

Ps: Seorang islam yang mencintai orang lain kerana Allah atau dicintai kerana Allah maka rasa ‘cinta dan sangka baik’ ini akan menjadi bekalannya di akhirat kelak. Maka, cinta pembaca blog keretamayat terhadap aku sangat di harapkan agar dapat menutup keaiban aku di akhirat kelak…:)!

57 comments:

  1. 2nd!

    kalau makan gelojoh pun boleh tersedak gak...cepat2 minum air

    makan sopan2...

    ReplyDelete
  2. err...

    maksud aku, makan dengan sopan...

    ReplyDelete
  3. rahmat utk entri kali ini:-
    rebutlah peluang sbyk yg boleh utk beribadah & jgn tngglkan doa dlm kehidupan seharian..

    (pun prnh mkn tersedak, siap ada nasi kuar dari idung nasib baik bkn dr tlinga..hehe)

    faz, mkn sopan2 dan mkn dgn sopan xsama ke? ;-)

    ReplyDelete
  4. Asyik tersedak je? Jangan-jangan malaikat maut yang sebut nama kau.

    Kalau betul, apa yang ada kat bank, bawah bantal, dalam lemari... belanja untuk agama. Untuk anak bini, tinggalkan sikit-sikit udah la. Pandai-pandai la diorang nak hidup. Kau dah nak mati ni. Bekal masih kurang.

    Itu pun kalau betul...

    Kalau tak? Simpan la dulu. Masa masih panjang.

    *panjang angan-angan.

    ReplyDelete
  5. nak kena doa nama hamka ke nama betul ko? hamka tu nama betul ke?

    ReplyDelete
  6. makan slow2 jgn bagi tersedak.
    letak jg nm sy dalam doa mu :)

    ReplyDelete
  7. best2..
    rebut2 jgn xrebut
    biasa habis taraweeh pukul 10.30pm
    tp sbb tgu ayah join tadarus jadik 11.30pm plak..prut da bekeroncong lagu mcm2..
    ketidaksabaran pulak meningkat.
    ditambah nyamuk yg semakin liar gigit..
    adeh mlm ni nak p ke x taraweeh ek..

    *nak kawin ngn bri hamka leh*

    ReplyDelete
  8. baru kt cni..=)
    thanx a lot..aku dlu xpnh phm bc hadis..
    g sek agama ms kecik2 dlu hafal bulat2 je..
    hamka ni ustaz eh?

    ReplyDelete
  9. semua harapan yg hamka luahkan tu jugak adalah harapan aku dan kita semua...maka dengan itu marilah kita sama2 berdoa kepada ALLAH dan menggiatkan lagi bacaan doa2 kita di waktu2 yg mustajab doanya...(bulan posa ni asek ckp pasal doa je..di alam maya mahupon alam realitiku...hmm)..tambah pulak lani musim ujan..setahu aku yg kurang ilmu ni pulak waktu hujan dan waktu angin bertiup adalah antara waktu2 yg mustajab doa (btolkan kalau salah)..

    ada cerita sikit...tadi ada orang puji dalam sindir kat aku...pastu bila aku ckp " oh TUHAN beginila nasib hambaMU yg malang"..sbb aku kene sindir (padahal ayat2 tu ayat2 yg cuba memuji..erk..aku rasa la..) then org tu marah pulak aku..katanya kalau nk rendah diri pon jgn la sampai intimidate urself..appreciate apa yg ALLAH bg kat kita...hmm....sekadar berkongsi sbb ada kene mengene dgn doa jugak nih...

    hehe...sekian...

    giatkan doa masa tahujud kita malam nie...

    piece..

    wassalam.....

    ReplyDelete
  10. bukak puase; banyak tempat; laen mase= banyak kali?
    berjuta x banyak kali x banyak tempat? = *_*

    ReplyDelete
  11. I've mentioned your name a few times in my doa....as a way of thanking you for giving me ideas to use in my class. May Allah bless you and your family...and may you be the chosen ones to do the work of da'awah to the end of your life.Ameen.

    ReplyDelete
  12. Saya selalu menyebut nama Hamka apabila teringat sesuatu mengenai isi kandungan di dalam blog ini..

    Contoh: "Macam Hamka cakap kat blog dia..bla bla bla...", cakap saya sorang-sorang.

    p/s: Marilah kita bersama-sama buat keputusan sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  13. Saya juga selalu meyebut nm hamka, guna segala contoh2 isi kandungan blog nie selagi boleh di‘relate’kan dgn topik.

    Contoh: “mcm sy ada terbaca satu blog kereta mayat, dia kata bla.. bla.. bla… best tau, baik korang pegi check blog tuh”.. cakap sy ngan kawan2.

    P/s : biar terSEDAK drpd terDESAK!

    ReplyDelete
  14. *insafdah*

    hamka,mak aku ckp kalau kita mkn yg pedas pastu tsedak maknanya ada org tgh umpat kita..
    kalau masa mkn yg manis2 ada org dok puji kita..

    masa ko tsedak tu ko mkn apa ek?

    tp aku respek la ngan kwn ko 2 org tu..

    apa2 pun aku doakn ko dan semua pembaca blog ko diampuni dosa2..amin

    ReplyDelete
  15. Kata bini aku:
    “Bang, kenapa asyik tersedak sahaja bukak puasa hari ni?”

    “Ada orang sebut nama abang kot..”

    Woha!

    ayat ini membawa kepada syirik...( walaupun tujuannya sekadar gurauan berkasih)

    ReplyDelete
  16. Kata bini aku:
    “Bang, kenapa asyik tersedak sahaja bukak puasa hari ni?”

    “Ada orang sebut nama abang kot..”

    Woha!

    ayat ini membawa kepada syirik...( walaupun tujuannya sekadar gurauan berkasih)

    Tang part ni aku bebetul nak tau.. klu bg tau satu perkara akan lebih berkesan klu disertakan huraian, fakta dan contoh..

    dalam kehidupan aku ini dipenuhi dgn gurauan ketogori berkasih mahupun tidak dan adalah beberapa gurauan ketogori lain. aku takut dlm sedar tak sedar bergurau bleh membawa kepada syirik plak.. diharap encik/puan/cik anonymous jelaskan.. jgn buat pihak len tertnya2..

    apapon abang hamka (ehemm2..)dapat ilmu baru ari neh :)

    ReplyDelete
  17. Assalamu'alaikum..

    huhu.. mmg MAHA PEMURAH TUHAN kita..
    isk..isk..isk..

    ReplyDelete
  18. Ya Allah ya tuhanku ampunilah segala dosa hamba mu ini, ibu bapaku, suamiku, adik beradik ku dan semua penghuni didunia ini yang beriman..Itu diantara doa saya setiap kali berbuka puasa dan selesai solat..so,hamka and korang sumer yang beriman termasuk skali lar dalam doaku...
    (Maria-BPP)

    ReplyDelete
  19. Kafur dan Faz

    Aku pengkomen ke 20!

    -----------
    azharjaafar

    Kalau tak? nak Simpan? tapi takde benda nak simpan..

    ps: malaikat maut datang ziarah kita banyak kali setiap hari!...
    tapi takdeleh nak bercakap ke apa, just tengok-tengok medan kerja dia, sebab tak lama lagi dia akan ambil nyawa kita jugak
    dan ada yang mati dalam keadaan tersedak...! nauzubillah

    ------------
    intan

    : )

    -------------
    *nak kawin ngn bri hamka leh*

    kau kena buat surat permohanan dan sertakan resume serta gambar saiz A3 paper dan satu video format FLV, lepas tu buat salinan hantar kepada isteri aku, emak mertua aku, mak aku, dan mak engkau..

    boleh?

    -------------
    limaumaniss

    apibila angin bertiup kencang, maka orang ramai dan kanak-kanak di madinah mula berlari lari ke masjid untuk melihat apa yang Nabi akan buat apabila angin kencang..
    dan nabi rupanya bersolat hajat mintak di jauhkan bala..., begitu jugak bila bulan gerhana..

    ------------
    Nor

    From you link, I trace your blog and read some entry, 3 day in Taklim masturat?, and then I've mentioned your name to my wife, may be one day, my wife can learn from you something about Deen in your house, and me for that time, asleep at nearest surau

    ------
    maon

    kenapa kau bercakap seorang diri? cakaplah dengan bayang bayang atau pokok atau kucing..

    ---------
    capoeira

    dan jangan tersedak makan serdak kuih raya!

    ----------
    *insafdah*

    aku makan ikan masak masam manis pedas dan berpetai, camne tu?

    --------------
    Anonymous yang kata aku syirik

    dah lama tak tulis nota untuk orang slow:

    1. dialog aku dan bini aku belum berlaku sebab ketika entry di tulis belum masuk waktu berbuka..
    2. Sepanjang ramadhan aku belum tersedak, aku tahu sudah walaupun ada yang sebut nama aku.
    3. Aku sepetutnya tulis tentang percaya 'tersedak itu ada orang sebut' adalah syirik, tapi sebab aku tahu semua pembaca blog yang aku kenal tidak slow, mak aku tak perlu tulis.
    4. Andai betul aku tersedak, dan betul bini aku tanya, jawapan aku ada tulis perkataan "kot"..,
    5. Maksud 'kot' adalah.. argh malas aku tulis nota untuk orang slow di bulan ramdahan, semoga Allah ampunkan dosa kita semua.

    Terima kasih kerana menegur, ada salah tegurlah lagi, dan ingat! ketika tulis ni aku tak marah, malahan sedang tersenyum.

    : )

    Aku sayang kamu.

    ------------
    nurul huda

    aku pula dapat orang baru
    : )

    -----------
    Lady of Heart

    wailakumusallam

    Dan ada lagi fahdilat yang mengejutkan di pagi raya untuk mereka yang bersolat raya, aku dah tulis dah dalam bulan posa 2 tahun lepas..

    ------------
    (Maria-BPP)

    Apa salahnya doa khusus untuk aku, nabipun dia khusus untuk Umar Al khatab, kahlid, Abu mutalib , dan lain lain,

    jangan malas!

    he he

    ReplyDelete
  20. Lupa nak cakap.

    Hari isnin, malam selasa, jam 9malam, iseri aku masuk wad bedah kerana anak aku ada masalah jantung lemah..

    dah 3 kali isteri aku beranak normal dan dapat anak yang sihat, kini ujian dah datang..

    special request!

    dan akhirnya isteri aku selamat, dan aku dapat anak lelaki lagi, cuma kena tahan sebab jantung yang lemah dan kurangnya kandungan gula dalam darah.

    semoga Allah ampunkan dosa aku, isteri aku dan kita semua

    amin,..

    Ps: masih di wad hospital.., itu yang lambat reply email dan komen korang..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..syukur.. selamat juga..

    Najiha dapat adik...

    Semoga baby terus sihat..Rezeki Ramadhan...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikm...
    Saje utk berkongsi bersama apa yang pernah aku baca waktu doa yang paling mustajab adalah doa ketika waktu makan..(kalu salh betul aku.

    P/S: Mari kita bersama-sama berdoa untuk Bro Hamka agar anaknya yang baru lahir sihat dan selamat...
    Amin.

    ReplyDelete
  23. salam...
    aku baru kali pertama membaca di sini.
    banyak yg aku nak tegur. kamu tahu banyak mitos dr org tua2... tp, kamu sendiri buat mitos di sini!

    mana ada org alim makan sampai tersedak!
    orang salim adalah.
    kawan kamu tu dah taksub dgn kamu kerna tak berilmu atau pun kawan kamu tu sedang kelaparan...
    tak tahulah aku...
    mana ajaran mengatakan makan sisa org alim boleh berkat?
    atau kamu yg buat cerita sendiri...
    tak tahulah aku.
    hanya org gelojoh je yg makan sampai tersedak!
    makan tak menyebut nama ALLAH!
    kalau sebut pun tak tau ALLAH tu kat mana, siapa...
    main sebut je kerna islam minal nas.

    kamu ni boleh menyesatkan org lain ni!
    bahaya dakyah kamu ni!
    mana ajaran membolehkan sebut nama kamu semasa berdoa?
    kenapa nak org berdoa untuk kamu?
    apa kamu dah tiada kudrat, irodat untuk berdoa sendiri?
    kan setiap kali dalam solat ada doa untuk sekelian muslimin dan muslimat. nak ruang khas untuk kamu pulak?
    tak melampau kalau gunakan perkataan 'tamak' utk ini.
    kamu takut masuk neraka...
    kalu takut azab...
    banyakkan ibadat!
    perbetulkan amalan!
    bukan buka laman blog macam ini dan sesat kan org lain dgn mitos kamu.
    nak aku doakan kamu?
    heh,.
    wasalam.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. ampunilah dosa sheikh siti dan aku, berilah hidayat kepada sheikh siti dan aku. Oh..

    ReplyDelete
  26. Selamat berpuasa dan bersahur.

    "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

    Orang berlumba biasanya laju. Tiada yang perlahan. Ikan lumba-lumba pun laju. Kereta lumba laju, orang lumba lari pun laju.

    Malanglah bagi orang yang perlahan. Rugi. Orang lain dah berlari tujuh pusingan, dia masih lagi berjalan. Ataupun mungkin tak berjalan langsung.

    Sibuk memerhati orang yang berlari dengan pandangan yang aneh lagi menghairankan.

    Dia melihat orang yang berlari itu berpeluh, keletihan, kesedihan dan menyusahkan diri sendiri.

    Sedangkan mereka sebenarnya seolah-olah sedang makan buah merah.

    Janganlah kita menjadi orang yang perlahan dengan menyusahkan orang yang sedang berlumba.

    Menghalang laluan perlumbaan dan juga menyebabkan orang lain menjadi perlahan...

    p/s: Bulan puasa ini marilah kita berlumba-lumba buat amal ibadat sunat dan amal sunnah secara istiqomah.

    p/s2:Syaitan sudah buat keputusan untuk goda anak Adam sampai dia jadi mayat dan sampai hari Kiamat. Kita bila lagi mahu buat keputusan?

    -maon-

    ReplyDelete
  27. hamka:
    (COMMENT AKU PLNG PNJNG KOT NIE)

    hamka,sebab ko kat hospital..aku jawabkan..

    syeikh siti,
    1-sebab hamka minta nama dia didoakan?adesss,
    tahu tak macamman khalifah umar masuk islam?
    kalo xtahu cari k..
    aku bukan nak bg free2x..
    aku nak ko berpikir..
    huhuhu.....

    2-sebut nama ALLAH tp ALLAH kat manapun xtahu...
    (biasa soklan nie ahchong yg tnyer aku)
    yang nie sila rujuk kisah UMAR dinasihat ALI ktika hendak membunuh seorng pemuda..

    3-islam dari dalil..betull,
    tp syeikh siti, bukan semua boleh bincang maslaah ini..kita semua MUKALLID,
    ko paham per tue hadith marfuk,maukuf,maktuk,makbul,dhoiff
    dan setiap dr nie ada cbng..arghh.
    malas aku nak explain pnjng2x,ko bukan paham..

    4-hamka boleh menyesatkan?
    (perkataan WAHABI)
    ko la yang betull,kuang2x..
    pe2xpun dia tetap mengajak kita beramal dan berdoa,
    paham isi yg tersirat
    kang aku kater bodoh marah..
    jangan mare

    5-cik siti,
    yang baca entry hamka kebnyakkan mereka yg kureng paham ilmu agama..so,benda2x nie dah cukup untuk dorang..jangan la syadid sangat..dan hamka ini bukannyer ustad or ulama k...


    PS;kalo ko pmpn slaah tue guna syeikh kat depan..
    nak tahu yg betul?
    bukak buku nawhu sorof..

    ReplyDelete
  28. huhu..dalam banyak2 komen nih, komen syeikh siti la paling terkesan aku bace, kekeke.. syeikh dgn syeikhah pon tak reti beza, ade hati nak komen dan sesatkan org..aduuhh.. kesiannyer.. hihi

    ReplyDelete
  29. opsss...sori..aku luper.. astaghfirullah.. sepatotnye bulan2 Ramadhan yg mulia nih doakan ummat, bukan ketawakan ummat, tapi ko betol2 lawak la syeikh siti..ekekeke.. opss..adeih.. moga ALLAH ampunkan dosa syeikh siti, aku, dan seluruh ummat..amin3 :D

    ReplyDelete
  30. Eh, rupanya aku ada tertinggal komen,

    ----------
    kavkiskey

    Hamka adalah nama betul aku dalam IC..,
    :)
    err, nama kau tu nama betul ke?

    -------------
    Anonymous baru kt cni..=)

    Aku bukan ustaz, manusia biasa dan belum pandai banyak ilmu ugama, terutama bab tajwid..oh!

    ----------
    faz
    Begitulah hendaknya..

    -------------
    Anonymous Tanya pasal doa paling makbul

    Errr. Ianya ada termaktub dalam lawak budak sekolah, iaitu doa makan paling makbul sebab makanan dah ada depan mata.., wallhu’lam.

    ---------
    sheikh siti

    komen siti adalah ujian di bulan puasa, kena sabar dan sangka baik, dann kena simpati dan doakan nama sheikh siti dalam doa (jika teringat..)

    lagipun dia cakap dia budak baru kat sini, kira Ok ler..

    ---------
    maon

    kisah arnab dan kura kura yang berlumba,
    demikian lepas arnab kalah, maka arnab ajak lawan lagi sekali, dan kali ni arnab menang sebab dah tak tidur dah..
    sekian.
    Tapi kura kura tak puas hati pulak, kura kura ajak arnab lawan berlari dalm air dan akhirnya kura kura menang,

    Sekian
    Selamat berpuasa dan bersahur dan bertarawih dan..

    -----------
    @LiYaNNuaR

    Salam!

    ------------
    Anonymous yang tegur cik siti

    Kalu boleh, letaklah nama...

    ------------
    Abdullah

    Sabar, kurus pahala puasa kau nanti, tapi jika bukak kitab arab cerita Nabi , takde sebenarnya nama siti dalam bahasa arab, korang perasan tak? Tapi bila di melayukan tiba tiba jer ada sti asiyah, siti Fatimah, siti kahatijah dan lain lain.., dari mana datangnya ‘siti’ ni?

    Ps: soalan aku takde kena mengena dengan komen cik siti
    : )

    ReplyDelete
  31. salam...
    emmm... ramai pengikut kamu di sini nampaknya...
    taksub dgn kamu...
    hingga nama sheikh siti pun mereka yg jahil ni pertikaikan...
    heh,.lawak la polak...
    ini dah jd blog lawak...

    aku jwb sikit lah...
    simple plan for complicated people.

    umar masuk islam kerna apa?
    heee... dia masuk islam kerna ketentuan NYA mmg begitu.
    heee..

    islam minal nas bukan bermaksud islam kerna 'dalil'..
    rujuk kamus.

    heee...
    aku masukkan nama ALLAH pasal kalu benar makan dgn ASMA'NYA.. tak mungkin tersedak..
    hehe...
    kalu aku nak persoalkan ttg pengenalan Hamka dgn tuhannya...
    aku tanya, mcm mana rupa ALLAH?

    tak faham karangan kamu2 ni...
    amarah menguasai diri di atas teguran.


    cukuplah ni... aku dah tau tahap mereka2 kat sini...
    lebih2 nanti... sesat pulak mereka2 kat sini yg baru nak mencari...

    nasihat aku... nak mencari... biarlah betul tempatnya...
    terbukti mursyidnya...
    bukan yg bawak jalan2 pusing2...
    last...
    heheee...

    fahamlah yg tersurat dan tersirat dr al-quran dan hadis..
    bukan ambil bulat2...
    lu pikirlah sendryyy...
    aku pun tak dtg sini lg dah...

    sejahtera di atas sifat,
    wasalam.

    p/s:aku ni lelaki.
    heh,. dan hamka ni kenal aku.
    heh,. gelak last.

    ReplyDelete
  32. salam...
    dah boleh bukak dh blog hamka.Krajaan x sekat lg la.Igt kot bos dah block trus.hehe, akibat membaca blog hamka di opis.

    woha!

    ReplyDelete
  33. amboi siap kene blok lagi tuh...

    to en hamka..maka btolla apa yg aku ckp tu kan..waktu doa mustajab antaranya waktu angin bertiup...erm...skrag ni hampir waktu buka puasa...aku nk doa lagi..

    "ya ALLAH, berilah rahmat MU kepada kami...berikan kami hidayahMU dan jgn KAU palingkan kami dari hidayahMU setelah kau beri hidayah pada kami....

    ya ALLAH berikan la apa yg terbaik buat aku, en Hamka dan pembaca2 blognya, ampunilah dosa2 kami dan keluarga kami, berkatilah kami dan jauhilah kami dari menzalimi diri kami sendiri...jadikan la kami manusia yg bermanfaat, yg berguna kepada agama serta memberi manfaat kepada manusia2 yg lain...ameen...

    ok ...nk buka posa dah..nk doa sambil menadah tangan lak ni...so kene la berenti menaip....

    ya ALLAH...makbulkan la doaku...ameen...


    wassalam..

    piece...

    ReplyDelete
  34. syeikh siti...
    aku xder marahpun masa bg comment..
    kenpaa la aku perlu mara sedangkan aku hanya menolong hamka yg dihospital,bongekk..

    1-islam minal nas..
    nas boleh jadi 2,
    manusia bley dalilpun bley..
    so,islam dari dalil la...
    aku xtau la plak kalo salah sebab aku pahaam arab..

    2-aku bukan pengikut dia dan aku dah bias jumper orng macam ko nieh,adesss....

    3-syeikh siti,lowhh...nama siti biasanya tuk perempuan..tue la pasal orng pikir ko nieh pmpn..
    kalo pempuan bley kawin ngan aku,muahahah

    4-pengikut yg taksub?
    aku bg alasan semuanya bukan alasan bodo2x..
    tp ko yg br jerk blaja sedikit ilmu dah rasa macam besoww dan nak sesat2xkan org..wahabi2x..
    syeikh ibnu tamiyah xajar macam tue la.

    5-ko bukan nak masuk sinikan,its ok..terpulang pada individu,
    lagipun lok la ko baca quran d buku sekolah erkk..huhuhuh

    ReplyDelete
  35. Tahniah sebab dapat anak baru. No empat ha.. InsyaAllah masih ada peluang untuk potong aku.

    Aku sangat2 tak berkenan dengan pengkomen bernama sheikh siti. Dari gaya tulisan macam orang tarikat yang selalu aku terjumpa masa buat ziarah. Tarikat ada banyak jenis. Kebanyakannya ok tapi spesis sheikh siti agak ko. Baru belajar sikit dah rasa kenal Allah dan kita ni bodo2 belaka.

    ReplyDelete
  36. Salam semua.....
    Buruk benar gaya sheikh siti ni bercakap.. macam sombong jek gayanye.. ego lak tu... aku nak membaca pun tak minat... macam bagus jek... macam ni ke nak mengajak orang beriman ke jalan Allah??? isk isk isk... Anyway selamat berpuasa dan berbuka kepada semua warga muslimin dan muslimat...

    ReplyDelete
  37. mak aku selalu gak pesan dulu..

    jgn jadi tin kosong... bila diketuk bunyi kuat.. tapi kat dalam takde apa2.

    untuk sheikh siti tolong jgn jadi tin kosong.. pung pang pung pang.. rupa2 nya kosong. paling teruk tak sedar pon diri tu kosong..tak de apa2.. kan takut.

    ReplyDelete
  38. tahniah hamka dpt umat baru,
    & takziah sheikh siti atas komen yg haru biru...

    sheikh siti, betul ke org alim mkn xakan tersedak? siapa yg menjanjikan yg dia mkn xakan tersedak? klau Allah kata jd, maka terjadilah!

    knapa nk mempertikaikn org yg mkn tersedak itu xingt pd Allah? Ketahuilah, sesungguhnya Allah itu dekat, lg dekat dr urat leher kita sendiri.

    sheikh siti kata, pengomen di sini taksub pd hamka. so, sheikh siti pula taksub pd mrk yg alim...knapa perlu taksub? taat sudahla. Jgn taksub & jgn buat tanpa ilmu. Dlm surah al-israa' ayt 36 pun Allah kata jgn buat tanpa ilmu..

    sheikh siti kata lg, xboleh berdoa utk org lain. so, maknanya xbolehla kita buat solat hajat.cthnya klau ada kes budak ilang. ramaikan yg dtg utk solat hajat. so dia berdoa utk sapa tu?

    sheikh siti pun pasti rajin solat jumaat. knapa imam d akhir khutbah mendoakan utk penduduk palestin, kashmir, selatan thai & sbgnya klau kita xbleh berdoa utk org lain?

    moga sheikh siti,saya & kita semua menggunakan pendengaran, penglihatan & hati dgn sebaiknya agar kita bersyukur.

    ReplyDelete
  39. haha..aku pon tak marah mase komen nih, aku cume gelak bace komen syeikh siti yg klakor tuh, hihi..

    sepatotnye ikot resmi padi makin berisi makin tunduk, tapi syeikh siti ni ikot resmi ape tah, makin berisi makin mendongak, siap tuding org tuh sesat org nih sesat, mcm dia plak TUHAN..(ekceli perasan berisi,kekeke)

    kesiannn...
    sabaw jer la ade ummat mcm ni..same2 doakan..huhu

    ReplyDelete
  40. satu lg aku lupe nk cakap.. kalo ayat ganu, syeikh siti ni org cakap "KOYA BEH"..haha..

    dah jantan letak ler name jantan, watper nk tukor2 jantina laks..uhuk2..

    ReplyDelete
  41. *isafdah*

    ko tgk kotak komen ni pun kau dah tau kan...
    ada yg kutuk ada yg puji dan ada plak yg doakn ko...

    bes la jadi cam ko,ramai org sebut2

    hrp2 bila ko jadi mayat nnt dptlah kami kumpul ramai2 ziarah ko ye hamka...

    satu aku puji ko..cam ne pedas pun org komen ko..ko cool je jwp kan.
    cam huby aku jgk tu..aku pok pek2 dia angguk je..(angguk paham atau angguk sambil lena aku pun x tau)

    ko sabar la ye hamka..besa la tu,x semua org suka ngan kita.

    hehehe

    ReplyDelete
  42. sheikh siti

    salam...

    kau kenal aku?

    Tapi aku tak kenal kau?

    Kawan aku yang bernama siti semuanya perempuan..

    Kalau kenal dan betul betul Nak tegur aku secara ikhlas, emaillah aku..

    : )

    -----------
    jiddan84me

    Tapi ada pembaca yang kata blog aku kena block kat opis sebab ada ayat lucah, itu yang aku tak dapat tolong, moralnya, guna internet rumah..

    ---------------
    limaumaniss

    dan ada Sunnah doa yang tak angkat tangan, macam doa bersetubuh, masuk tandas dan lain lain..

    piece...

    ---------
    Anonymous

    Kalau kau nak jawab bagi pihak aku, eloklah guna Pasword atau nickname supaya orang tak sangka aku berlakon jadi anonymous, ini banyak berlaku dalam entry yang hangat hangat, orang pun tuduh aku klon diri sendiri.., buat orang salah tuduhpun tak baik..

    ----------
    azharjaafar

    Aku memang ada hajat nak potong kau bro, tapi tengok keadaan anak aku sekarang, aku kena ikiut nasihat doctor yang suruh aku jarakkan anak demi kesihatan…

    -----------
    akuaktuari

    Aku nak doakan dia, tapi dia tak bagi nama betul.., takpelah, aku doa guna nama sheikh siti sajerlah!

    ---------
    nurul huda

    mak aku pulak pesan, bila tidur tutup lampu, jimat letrik..
    heh! Takde kena mengena..

    ---------
    Kafur

    Aku akui, banyak yang salah dalam komen dia, tapi dia tak berniat nak belajar disini, maka tak payahlah aku tulis, lagipun aku memang malas... dan kau dah tulis dah
    :)

    ----------
    Abdullah

    Sabar, bulan puasa menuntut kesabaran, (bulan lainpun begitu), kau cerita pasal padi yang berisi, aku rasa laparlah pulak.., lain kali jangan bagi perumpaan dalam bentuk makanan, takut makruh, he he

    ReplyDelete
  43. *isafdah*

    eh, ada pulak komen baru masuk..

    aku memang harapler, bila aku jadi mayat korang masih doakan aku..

    tapi, takde makan-makan macam tahlil..

    kirim salam kat suami kau..

    ReplyDelete
  44. Lirik lagu Alleycat "Ku nanti mu di pintu syurga..." sering di lawakkan oleh pak Ustaz dalam ceramah....

    ReplyDelete
  45. hoho..aku tengah sabo la ni Hamka, kalu x sabo.. dah lame pecah ranap monitor aku bace komen syeikh siti ni,hehe.. :D

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. hahaha lawak aku bc entry DEMI...
    Anonymous tue akula yg jawabkan..
    bukan xnak buh nama..
    tp sebab mals nak log in blog aku nieh..

    DEMI kianlah kisahnya...
    DAPAT hamka?

    ReplyDelete
  48. Tanya tentang zat Allah ni Nabi saw tak suruh, Nabi saw suruh kita pikir akan kebesaran Allah melalui makhluk2Nya..

    Imam Malik kata, istiwa Allah itu maklum mazkur (diketahui Allah sebut dalam al-Quran), bertanya tentangnya bidaah..

    Kalau tanya tentang Allah tu istiwa ke tak dah bidaah, tanya rupa Allah tu macam mana lagi-lagi la bidaah..

    ReplyDelete
  49. “Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka...”

    hadit riwayat maner nieh?
    leh ko bagi?
    aku xbias dgr or terlupa kot coz makan semut arab tp ko bg la perawi dan riwayat hadith nie..

    ReplyDelete
  50. Abikhsan

    Ada banyak lagi lagu yang sering di lawakkan, kau kena rajin sikit lagi dengar ceramah
    He he

    ----------
    Abdullah

    Jangan naik syeikh…

    ----------
    perokoksoleh

    tapi. Kenapa kau komen bukan kat entry demi?

    Demi apa kau buat begini?

    -----------
    zuhairirani

    pandai!

    ----------
    atap_aje

    begitulah..

    -------------
    perokoksoleh

    kau bukak kitab Fahdhilat ramdahan karangan Muhadthisin Mulana zakaria. M/s berapa tu aku tak ingat, kat situ ada tulis..

    orang lain pun boleh rujuk

    ReplyDelete
  51. SALAM BRO HAMKA. TNY SKET EH..
    HADITH 1,2,3 AND 5 TU HADITHNYA DARJAT APA YA???

    SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA :)

    ReplyDelete
  52. takdak makan-makan time tahlil pasai pa encik hamka? :)

    siti itu arab pasar yang pada asalnya diambil dari perkataan sayyidah, sama juga seperti sidi diambil dari perkataan sayyid

    siti itu puan/cik manakala sidi itu tuan/encik

    ReplyDelete
  53. salam...
    kita kena doa hidayah untuk syeikh siti..kesian dier...
    budak baru belajar...
    mg allah bagi dia hidayat...
    ameen...

    ReplyDelete