Aug 6, 2008

Dah lama masuk islam?

(10 perkara yang patut orang islam tahu sebelum naik kereta mayat.)

Asalamulaikum,

Aku dapati blog aku paling ramai yang masuk adalah pada hari isnin, dan hari bekerja yang lain, agak menurun hint pada hari minggu dan hari cuti umum yang lain, nampak benar korang suka curi-curi baca blog aku kat ofis, mungkin sebab internet free, atau mungkin sebab rumah korang takde line internet, atau mungkin korang tak de kerja atau apa sajalah, yang penting, kirim salam kat bos sporting korang masing masing, cakap kat bos, kereta mayat kirim salam..

Boleh?

Semua tahu sudah, dalam dunia pekerjaan, makan lama kita bekerja, maka makin banyaklah cuti yang bos korang bagi, ada yang 15 hari setahun dan ada yang 25 hari setahun dan ada yang cuti sampai 40 haripun ada, ini untuk mereka yang kerja pejabat ler, jika korang kerja sendiri, memang banyaklah cuti, apa-apapun, selamat bercuti ..

Cerita aku hari ini, ialah berkenaan kerja dalam dunia berugama, yang mana dalam berugama, takde cuti langsung.., sekali masuk islam, korang kena solat 5 waktu sampai jadi mayat, bila sakit dah dapat MC pun masih kena solat jugak walaupun korang kena sakit lumpuh.., lepas tu kena puasa sebulan ramadhan sampai jadi mayat dan sebagainya, takde cuti punya, kecuali perempuan yang keluar darah dari kemaluannya atau kes tertentu, itupun nak kena ganti balik puasa yang tinggal.., pendek kata, takde cutilah!!

Siapa yang cuti dari berugama lalu jadi mayat, maka masuk nerakalah dia..oh! dan dunia adalah tempat kita mengerjakan ugama, kerjakan solat dan sungguh sungguhlah berbuat baik sehingga orang kapirpun masuk islam dan kita akan cuti hanya bila jadi mayat, berehat di dalam kubur..

Bercuti dalam kubur sambil berehat rehat hanya termaktub untuk mereka yang beriman dan bertakwa, bolehlah layan pintu shurga puas puas sambil berlunjur…

Tapi jika korang jenis perasan cool selamba ingkar perintah Allah, maka ada banyak kerja pulak nak kena buat dalam kubur, takde cuti lagi buat selama-lamanya.. oh!

Allah ada gambarkan Ugama pada Nabi dalam Al quran adalah seperti orang yang sedang berenang, yang mana semua tahu sudah, dalam adab berenang, kita boleh speed atau buat apa sahaja pergerakkan, Cuma satu perkara jer kita tak boleh buat, iaitu cuti, atau bahasa yang mudah, berhenti berenang, kerana pasti akan terus tenggelam..

Itu satu hal, hal yang lain tentang dunia pekerjaan adalah, makin lama kita bekerja, maka makin besarlah peluang kita untuk naik pangkat atau naik gaji atau naik elaun dan naik tocang,

Pada waktu itu, kita menjadi pakar dalam bidang ilmu kerja masing masing dan mungkin cahaya hidup semakin menyinarkan dirinya lalu membuatkan kita akan dapat tawaran untuk bekerja di tempat lain dengan gaji yang lebih besar atau tocang yang lebih panjang!

Woha!

Tapi dalam cerita memeluk ugama islam, makin lama dalam ugama ini tidak menjamin kenaikkan pangkat dalam shurga, tidak menjamin kenaikkan elaun di shurga dan tidak menjamin masuk shurga lalu bebas memilih apa sahaja jenis tocang…

Tidak! Kerana dalam cerita ugama islam, ada orang yang baru masuk islam baru sehari, tapi sudah layak masuk shurga dan ada pula orang yang sudah 60 tahun masuk islam tapi nama sudah di ukir pada pintu neraka..

Kenapa jadi begitu?

Ok, aku malas nak cerita sebab korang semua dah lama masuk islam dan semua dah tahu kenapa ada orang baru masuk islam sehari sudah layak masuk shurga dan ada orang yang sudah 60 tahun masuk islam tapi nama sudah di ukir pada pintu neraka..

Cuma kali ni aku nak ajak korang semua yang free luar biasa lalu menghabiskan sisa umur di halaman keretamayat ini untuk membandingkan beberapa perkara berkaitan ugama islam yang mana sebagai seorang veteran dalam ugama islam, korang patut takde masalah lansung dalam seni ilmu perbadingan ini.

Kita mulakan dengan cerita tentang bagaimana Allah menciptakan manusia dengan kebolehan membuat perbandingan, kebolehan membezakan yang mana baik dan buruk serta kebolehan menambahbaikkan apa yang telah sedia ada.

Namun, Orang islam dewasa ini telah ramai di lihat semakin kurang berkobolehan dalam ilmu perbandingan yang mana mereka orang islam sering kelihatan rasa sempit dada dan selalu susah hati sebab:
“aku memakai kereta perdana V6, tapi hatiku sakit kerana di jalanan aku melihat kereta Mercedes E200”

Padahal semua tahu sudah patut mereka menggunakan perbandingan sebegini :
“aku sedih memakai kereta perdana V6, tapi hatiku lega kerana di jalanan aku melihat kereta mayat dahaitsu putih ”

Begitu jugak dalam isu akhirat, masjid jadi kosong sebab orang islam yang dah solat bandingkan dirinya dengan orang yang tak solat lalu perasan bagus dan tak perlu lagi pergi masjid kononnya, yang nyanyi lagu dangdut bandingkan diri dengan pelacur, yang melacur bandingkan diri dengan perompak, perompak pulak bandingkan diri dengan pembunuh, dan pembunuh pulak bandingkan diri dengan firaun maka masing masing macam dah puas hati dengan iman masing masing, pembakang so call Islamic yang tak solat bandingkan dengan parti tak Islamic tapi solat tapi tak sah sebab parti tu kapir dan macam macam lagi cerita hampeh…

Ni semua berlaku pada korang yang dah lama masuk islam tapi gagal membuat perbandingan, patut Nabi dan Sahabat di jadikan perbandingan tapi korang nafikan, dengan buat alas an mereka Nabi, mereka sahabat, kami ummat akhir zaman, kami lemah dan tidak mampu meniru sahabat, kami hidup jauh dari Nabi, dan logic jika amalan kami lemah, mana mungkin kami boleh menyamai mereka..

Tapi bila di sebut tentang kejayaan sahabat Nabi, penaklukan ke atas tanah dan kerajaaan, kejayaan meluaskan sempadan, kecemerlangan menundukkan takhta dan harta, menguasai dunia dan darjat kehormatan, korang pun mulai meleleh air liur, bersemangat dan melompat, kata korang, kami juga orang islam, pengikut Rasul dan pewaris Nabi, penganti sahabat dan tabieen, lalu berjuang dengan sungguh-sungguh untuk mendapat harta dan takhta,..

Tapi, kita lupa bahawa pada zaman kegemilangan islam dahulu, masjid penuh dan hidup 24 jam, semua sahabat solat berjemaah di masjid 5 waktu, orang munafikpun solat jemaah, iktikaf dan dakwah face to face hari-hari, tahajjud dan berpuasa sunnat, berlapar kerana mengenyangkan orang lain dan selalu menangis untuk ummat, dan menjaga lidah tidak menjatuhkan maruah orang islam yang lain, dan sedia di nasihati bila bila masa..

So, di manakah kita wahai veteran islam yang dah lama masuk islam dan mungkin esok lusa nak jadi mayat?

Adakah kita mempunyai kebolehan dalam ilmu perbandingan? dan tahu tak akan apa perkara yang patut kita bandingkan? dan dapat tak kita menjelaskan perbezaan terhadap apa yang telah dibandingkan? dan apa yang patut di bandingkan? dan setakat mana perbandingan itu dapat d bandingakn dengan perbandingan perbandingan yang lain?

Untuk itu, aku akan senaraikan beberapa perkara yang patut orang islam tahu dalam ilmu perbandingan sebelum korang semua naik kereta mayat. Perkara ini amat penting dan aku tidak pelik jika ada orang islam yang umur dah cecah 60 tahun tapi tak tahu perkara ini, salah diri sendiri, kerana pintu ilmu sentiasa terbuka untuk mereka yang mencari, Allah turunkan ilmu dari langit seperti hujan yang mencurah, terpulang kepada korang nak tadah pakai bekas besar mana..

Tapi aku pelik jika ada ustaz ulamak yang tak tahu perkara ini lalu sesat dalam dakwah mereka, aku pelik jika ada pejuang islam yang perasan pendakwah agung tapi tak tahu tentang perkara ini, dan aku menyampah dengan mereka yang email aku dan argue aku tapi bila aku jawab balik rupa-rupanya korang tak faham tentang perkara ini..

Maka perkara ini adalah penting, terutama untuk korang orang islam yang dah lama hidup sebagai islam, dah banyak kuku dan bulu yang di potong dalam kehidupan berugama islam, maka fahamilah perkara ini betul betul dan teruskan perjuangan..

10 perkara tentang perbandingan yang patut orang islam tahu sebelum naik kereta mayat.

1) Tawakal atau hilang akal?
Apabila orang islam merancang sesuatu dan menunggu keputusan rancangan masing masing, mereka akan guna istilah “tawakal” yang bermaksud, aku berserah kepada Allah, atau aku manusia hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan, semua faham sudah.

Tetapi apabila orang yang tidak merancang atau tidak berikhtiar lalu menggunakan istilah “tawakal”, adakah sama tawakal mereka dengan tawakal orang yang beriman? Adakah sama tawakal orang islam dengan tawakal orang munafik?

Jadi, sekiranya korang tidak berusaha untuk menambah ilmu ugama, atau tidak buat usaha menambah iman atau tidak berusaha untuk memperbaharui iman, tapi dalam masa yang sama korang mengharap mati masuk shurga dengan bertawakal kepada Allah, kira itu masuk dalam katogori tawakal ke?

Itu bukan tawakal wahai pinggang mangkuk sekalian, itu namanya gamble, dan semua tahu sudah, judi itu haram di sisi islam!

Jadi tolong betulkan balik niat bertawakal masing-masing, Tawakal, bukan gamble!

2) Sunat atau sunnat?
Aku rasa ramai yang dapat bezakan maksud sunat untuk lelaki yang pra baligh, iaitu potong kerandut, dan keluarkan kepala zakar, manakala sunnat pula adalah amalan yang jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, seperti solat sebelum subuh atau selepas isyak atau puasa isnin khamis.

Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat bezakan antara sunnat dan sunnah?

Malahan ramai orang islam yang dah banyak cukur bulu dan potong kuku sepanjang berugama islam beranggapan bahawa sunnah dan sunat adalah sama, iaitu, jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, maka kerana kejahilan itu maka mereka yang dah 60 tahun berugama islampun masih selamba tinggalkan solat berjemaah kerana anggap perkara itu sunnat, selamba cukur janggut dan selamba hina orang yang berserban kerana anggap sunnah itu sunnat, tak buat tak apa…

Janganlah jadi mangkuk, di lambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai, dalam Hadith Nabi dah siap bagitahu awal-awal, bahawa beliau telah tinggalkan dua perkara yang jika korang semua tarmasuk aku berpegang padanya maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah, tak kan lah Sunnah di sini bermaksud Sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.., jadi sesat pula buat selamanyalah jika korang faham begitu..

Biar aku betulkan balik offset kefahaman korang akan perbezaan antara sunnah dan sunnat., insyAllah

Dalam mengertikan Sunnat, ia termasuk dalam hukum islam yang lima, iaitu wajib, makruh, haram, dan harus. Kesemuanya bergantung kepada waktu dan tempat. Kita semua sedia maklum bahwa sunnat adalah bermaksud, jika di buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan akan rugi tapi tidak pula mendatangkan dosa.

Adakah Sunnah bermaksud jika kita buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan tidak pula berdosa?. Bukan begitu kerana Sabda nabi S.A.W, bahawa baginda telah tinggalkan dua perkara kepada Ummatnya yang mana jika kita berpegang teguh maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Al-sunnah.

Bermakna di sini, Al quran dan Al sunnah adalah dua perkara yang di wariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada ummat dalam menjaga diri kita daripaa kesesatan.

Apakah itu Al quran?.
Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk kitab, dan Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun dahulu.

Apakah itu Al sunnah?
Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.

Jadi jika korang dah belajar ugama sebelum ini tentang hokum dalam islam yang terdiri daripada 5 hukum iaitu Hukum Wajib, Sunnat, harus, Makruh dan haram, lalu korang tak tahu nak letak sunnah kat hokum yang mana dan akhirnya korang letak sunnah dekat sunnat maka di situlah kesesatan bermula, sebab masa tu korang akan selamba tinggal sunnah sebab anggap sunnah itu sunnat, tak ke hampeh?

Padahal Sunnah ada dalam setiap hukum, ada sunnah yang Wajib, seperti solat berjemaah dan dakwah, ada sunnah yang sunnat seperti makan kurma, ada sunnah yang harus seperti bercakap dalam bahasa arab, dan ada sunnah yang haram, seperti kahwin sembilan serentak dan lain lain, dan inilah masanya korang kena mengaji ugama lagi, banyak yang korang tak faham, aku pun sama..

Pendek kata,

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat, Naudzubillah

3) Syukur atau Tersungkur?
Orang yang bersyukur dengan nikmat kaya bukan setakat cukup dengan ucap terima kasih pada Allah lalu simpan harta banyak-banyak dalam bank, itu ‘Bakhil’ namanya dan boleh masuk neraka sebab harta yang di beri Allah adalah amanah yang mana si kaya itu patut bahagi bahagikan nikmat itu pada orang miskin atau papa di sekeliling hidupnya, itu baru di namakan syukur nikmat…

Begitu jugak dengan nikmat iman, bukan setakat cukup dengan beribadat dan berzikir sahaja sambil ucap terima kasih pada Allah sebab jadi orang islam, , itu ‘Bakhil-iman’ namanya dan boleh masuk neraka sebab iman yang di beri Allah adalah amanah yang mana setiap orang islam itu patut bahagi bahagikan nikmat iman pada mereka yang belum dapat iman kerana tanpa iman, mereka akan masuk neraka selama-lamanya dan bila orang beriman buat dakwah, itu baru di namakan syukur atas nikmat iman…

Orang yang bersyukur akan di tambah nikmat iman, dan orang yang kufur, azabnya adalah pedih..

Sebab tu semua sahabat Nabi bila dapat iman terus kongsikan iman itu pada orang lain, iaitu buat dakwah, walaupun mereka terpaksa di pukul, di hina dan menjadi mayat…

Semoga aku dapat amal apa yang aku tulis, dan semoga aku tidak menjadi ”bakhil iman”…

4)Fardu kifayah dan tak payah
Straight to the point, Nabi waktu sakit, di papah pergi masjid, orang munafik zaman nabi selalu ponteng solat subuh berjemaah…, Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka patut kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
Jika semua orang kampong fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!!

Hari ni masjid kosong sebab korang berfikir macam orang munafik, orang lain kena buat tapi aku tak payah! Amboi mudahnya hidup, ini bukan tawakal tapi gamble!, maaf, aku tak kata korang munafik, aku sendiri banyak buat amalan munafik,..oh! tapi aku kata teknik berfikir korang tu macam orang munafik.., nak lepas sahaja!! huh!!

Fardu kifayah adalah: saya kena buat walaupun payah.

Boleh?

5) Janji Allah atau janji dunia?
Dah cerita kat entry yang lepas

6) Solat afdal atau bedal?
Ada hadith bagitahu bahawa solat yang afdal adalah pada waktu sepertiga malam, ya, betul, tapi bukan solat isyak kakak kakak dan bapak bapak sekalian, korang lengahkan solat isyak tinggal solat jemaah sampai dekat subuh dengan alasan nak solat di waktu yang afdal? Kenapa tak tutup masjid terus jika betul solat isyak dekat waktu subuh itu afdal, kenapa ada hadith yang menerangkan betapa manusia akan datang merangkak ke masjid jika tahu pahala solat isyak berjemaah?, dan kenapa ada hadith yang mencela orang yang melengahkan solat?

Aku masih jahil ugama atau korang yang malas sebenarnya lalu buat alasan nak solat dekat waktu subuh, jika haid datang jam 10 malam tak kira berdosa ke sebab dah lepas satu fardu? Dah jika malaikat maut menjemputmu pulang jam 12 malam tak kira kau mati dalam keadaan hutang ke?, dan jika kereta mayat angkut korang jam 3 pagi kira cukup ke solat mayat empat takbir cover solat isyak yang kau lengah-lengahkan…

Tapi jika aku salah, bolehlah ustaz ulamak betulkan, sebab korang cakap ada hadith, dan aku tak berani tolak hadith yang korang bagitahu Nabi solat isyak pada waktu sepertiga malam..

Jadi, jika Nabi solat isyak waktu jam 3 pagi misalnya, maka siapakah yang jadi imam solat isyak berjemaah malam tu?, atau malam tu takde solat kat masjid, macam mana tu? sebab masa Nabi nak wafat lalu lambat datang solat subuh dah kecoh satu madinah, tak tahu siapa nak ganti jadi imam dan Abu Bakar siap pengsan lagi sebab sedih Nabi tak datang.., jadi betulkan aku jika salah.., aku masih belajar

Yang aku tahu solat afdal sepertiga malam adalah solat tahajjud, bukan solat isyak. Jadi kepada kawan kawan aku yang selama ini hidup dengan melengah-lengkan solat isyak, harap dapat beri perhatian, sebelum aku dating jemput korang dengan kereta mayat jam 12 malam tapi korang pulak belum solat isyak, tak ke naya? sebab ada Neraka untuk mereka yang melengah-lengahkan solat..

Semua tahu sudah..

7) Riak atau Syirik?
Jangan jadi hina seperti mamat ini…atau cerita lain, korang baru nak pergi masjid.. tiba-tiba member sound, apalah kau ni berlagak alim.., terus tak jadi pergi sebab rasa hina di kutuk member, ..memang kesian lah kat korang di kutuk member, tapi tak payah kesian jika korang tinggalkan amal kerana manusia…, atau kes lain, korang baru nak simpan janggut ikut sunnah, member kutuk korang macam kambing..lalu korang cukur janggut jadi licin macam babi sebab nak bahagikan kawan kawan…jangan macam tu kawan…korang tahu apa itu ikhlas? Ikhlas adalah:

Meninggalkan larangan Allah kerana Allah dan melaksanakan perintah Allah kerana Allah juga…jadi korang yang meninggalkan perintah Allah kerana member hina nak dikatogorikan sebagai apa!!! Itulah bodoh namanya…..

Orang yang bodoh adalah orang yang peduli dengan apa manusia kata…(rujuk kisah Luqman NurHakim dan anaknya)..

Maka di sini, apabila korang dah yakin apa yang korang buat itu betul…go on… terpaksalah korang guna setan sebagai symbol kebenaran iaitu dengan mempersetankan mereka..

Kesimpulan,

Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak.
Membuat amal kerana manusia itu adalah syirik.

8)…
9)…
10)…


Korang isi sendirilah akan ilmu perbandingan dan maksud perbandingan untuk point nombor 8 hingga 10 masing masing. sebab aku perasan sibuk dan lupa pulak apa yang nak di tulis,

Tapi aku mengaku, aku sendiri yang dah sebaya dengan superman dan ahli shurga , iaitu dah cecah 31 tahun, masih banyak ilmu ugama yang aku tak tahu, contohnya walaupun aku ni ibarat driver kereta mayat dan patut tahu tentang menguruskan mayat, tapi aku memang tak pandai nak baca talkin mayat di kubur, jadi tolong jangan upah aku baca talking untuk orang mati, aku tak pandai, untuk bakal mayat aku tahu, heh!

Satu lagi, lepas isyak korang jemput aku pergi majlis tahlil dan suruh aku jadi leader tahlil?, oh! aku memang tak pandai nak susun wirid ketika bertahlil, maaff!

Dan bila korang dah susun zikir, tiba part doa talil yang panjang tu, korang suruh aku pulak sebab aku pakai serban dan jubah, oi! pakcik tua, aku mana reti doa tahlil, korang yang lagi tua lah baca, apa pulak aku? tolong jangan suruh aku, aku tak pandai baca doa tahlil, lepas ni malas aku pergi tahlil jika korang desak aku conduct majlis tahlil,.. tapi jika korang nak suruh aku baca doa makan lepas tahlil, itu aku pandai!

Woha!

End.

Ps: Aku juga tak pandai Berzanji dan Marhaban, harap maklum.

37 comments:

  1. pantas dan berkesan sungguh, kalah serbuk pencuci lain.

    : )

    ReplyDelete
  2. hmm...xphm..mybe aku slow huhu
    akan di sambg bacaan lg utk lebih memahami..

    rukia

    ReplyDelete
  3. aku guna daia white apantah,mmg pantas..

    Respon aku :

    1) Jgn gamble dgn mati (jgn rasa diri serba cukup)

    2) apa kriteria yg perlu ada utk jadi ahli sunnahwaljamaah?

    3) "Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan yg sedikit".

    4) Fardhu kifayah & fardhu ain, mana lebih penting? (jwpnnya lebih kurang camni. Antara solat zuhur & solat asar, mana lebih penting?)

    5) Dunia itu hanyalah fatamorgana.

    6) Setuju! Solat fardhu xleh dilengahkan.

    7) Bersangka baik pd stiap mukmin.

    Jwpn utk isi tmpt kosong.....

    8) Dah berjihad atau masih lg berehat? (abg hamka, ko kena kupas. haha)

    9) Pahala, Sehala atau Berhala. (lg task utk abg hamka)

    10) Pergi dgn jiwa yg tenang utk dijanjikan menang atau dtg dgn sewenang-wenang kononnya boleh bersenang lenang. (sukati ang la nk kupas or x..aku tgh kipas lipas)

    Kesimpulan : selagi ada peredaran bulan & matahari, perhatikanlah dlm diri, apa yg tlah diusahakan utk hari esok (akhirat).

    ReplyDelete
  4. insaf..insaf!

    err hamka,
    aku dari dulu tak reti jawab soalan yang berbentuk isi tempat kosong...

    [bos!! kereta mayat kirim salam!]

    ReplyDelete
  5. erk..memang duk baca kat opis pon..release release jap pas wat keje...

    --> boss kete mayat kem salam!!!woha!

    ReplyDelete
  6. "Boss! Kereta Mayat kirim salam!" Gulp!

    ReplyDelete
  7. pertama kali singgah..menarik dan saya telah bookmarks

    ReplyDelete
  8. Rukia

    Baca sambil angguk, akan memudahkan pemahaman..

    --------
    Kafur

    8) Dah berjihad atau masih lagi berehat?

    Aku ibarat kelkatu yang kepatahan sayap dalam menyelamatkan rakan rakan yang menuju api, semoga sayapku cepat tumbuh, kerana aku ingin menyelamatkan lagi kelkatu lain,

    Akulah “kelkatu-man”

    Woha!

    9) Pahala, Sehala atau Berhala.?

    Piala, pingat emas, atau wang sejuta? Untuk kau pulak.

    10) kipas susah mati.

    ----------
    faz

    ramai orang yang baca blog aku mengaku insaf, orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya mengekalkan keinsafan sampai jadi mayat.

    Selamat berjaya.

    -----------
    limaumaniss

    bos, jika ada pekerja yang mengaku sudah
    release tension, maka itulah kerja aku sekarang ni.

    (taip, taip, sambil mata melilau tengok bos takut datang dan jerkah, bos, kerja aku dah siapler..)

    :)

    ----------
    matchip2

    uhuk!

    (batuk)

    -------------
    Kujie

    Aku masih hidup ketika kau baca blog ini, tahniah!

    ReplyDelete
  9. 8) Zakat atau sebat
    Orang kaya kena bayar zakat. Kalau tak zakat, kira sebat duit orang miskin.

    9) Puasa atau puas
    Kalau tak puasa, makan la puas-puas.

    10) Nafkah zahir atau batin
    Zahir tu jasad. Kalau selak kain masih boleh nampak, itu kira zahir le. Batin tu roh. Makanan untuk roh adalah agama.

    ReplyDelete
  10. bro hamka, doa makan lepas tahlil itu saya pun tahu baca! ho ho.
    ....
    Seperti biasa peringatan yang cukup baik. syukran.

    Fardu kifarah solat di masjid itu adalah salah satu pendapat yang masyhur di dalam mazhab Syafie kalau tidak silap, ttp ia tidak bermakna satu orang yang tidak pergi ke masjid, solat solo di rumah. Atleast kena berjemaah dengan keluarga di rumah. (tidak arif akan huraian pendapat ini, saya kena belajar lagi)

    Semoga apa yang diingatkan di dalam entri ini semua orang dapat amalkan.

    wassalam

    ReplyDelete
  11. kursus blogger kat UTM? ntah...
    bagus gak..terkawal ckit citer2 blogger ni...mcm ko ok terkawal w/pun kdg2 meng"stim"kan...choiii..

    itu ler syukur alhamdulillah bangat udah nikah..boleh bunuh setan n sedekah tanpa "menunjuk2"..kan hamka..woha..

    harap2 kengkawan islam yg udah nikah tu kalo ber"sedekah" jgnlah me"nunjuk-nunjuk"...setan rase sekali tau beb...ish..susah payah nak bebini..habis harta,masan jiwa dikorbankan..tiba2 nak kongsi "sedap" ngan setan..apa ke bodoh "umat "itu...

    ReplyDelete
  12. maka ramai la ye pemimpin2 kita yang bodoh sbb termakan dgn kata2.. :)

    ReplyDelete
  13. heheh...bos i baik x main le jerkah2 ..erm...tanak tambah ke kat no 8,9 , 10 tuh en hamka?

    ReplyDelete
  14. Bos saya (hubby) sedang keluar(40 harije)..

    "dah lama masuk islam?"

    haa..bos pernah cerita time dia student dulu, asal nampakje gang yg berjubah n berjanggut datang, cepat2 dia lari ke gameroom. Last2, satu hari, terkepung, ..last2 dia plak ikut keluar 40 hari..Sejaktu dia rasa seolah-olah dia baru masuk Islam!

    sunat/sunnah

    Setahu saya, baca bismillah sebelum makan tu sunatje (tak baca tak dosa), tapi kalau tak baca bukanker nanti syaitan kongsi sama?

    Wahh.. untungnye org lelaki, simpan janggut, dah dpt ikut sunnah 24jam.. dpt pahala syahid pulaktu. Yg tak berjanggut patut risau kalau2 penampilan begitu menyerupai perempuan.. (pompuan tak bleh tiru lelaki dan sebaliknya)

    NOR

    ReplyDelete
  15. suke sgt entry nih,,,
    3me kasih bro hamka yg ensem(harap2 ensem la kan,,,,woha!=p)
    tp entry2 bro sumenye mmg best,pedas n penoh keinsafan
    saye ske rekomenkn blog nih kt mmbe2
    n alhamdulillah mereka sume tertarek ati(atau saje nk amek ati?wallahualam)
    akhir kate teroskanla menulis dan berdakwah sebelum jadi mayat,,,=)



    p/s:mmg mengikuti blog nih dr dlu dan sudah khatam sume entry tp br nih tergerak ati tok mengomen...uh lupe plak,kem slm kt ustazah rock k..assalamualaikum=)

    ReplyDelete
  16. "Dah lama masuk islam?"

    dari kecik masa lahir dah masuk islam. takut gak mati, kemudian bangkit bukan dikalangan orang islam, nauzubillah.

    sama2 lah usahakan atas iman amal kita supaya ALLAH terima iman amal kita.


    pasni letak entry camana nak kurangkan ketagih internet ni. kul 3.30 pagi tak tido lagi.

    Doa untuk aku bro, sejuk nih. Hidayat.

    ReplyDelete
  17. Apakah itu Al sunnah?
    Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seribu pahala mati syahid.


    seribu pahala syahid ke seratus pahala syahid? yang biasa aku dengar seratus pahala syahid. perbetulkan aku kalau aku silap.

    ReplyDelete
  18. azharjaafar

    nampaknya, bukan 10 sahaja, seratus barangkali yang kita tak tahu, atau lebih lagi..oh!

    ---------
    ainohikari

    Aku dah huraikan dalam banyak entry sebelum ini tentang hokum solat di rumah bersama keluarga, (nabi tak buat solat fardu berjemaah dengan isteri), rujukan awal “kenapa masjid kosong” dan baca sekali komen dari hafizbar.

    -------------
    najmussobah

    hihihi

    ---------
    INTAN

    Oh..

    ----------
    Limaumaniss

    Tajuk aku tu subjektif, boleh tambah sendiri, dan apa sahaja konfius di hati.

    -----------
    NOR

    Pemain bola yang handal, akan di hantar keluar Negara sebagai wakil..
    Suamimu memang pemain bola yang handal, sebab tu sedang keluar sebagai wakil, tahniah!

    Aku? Hanya pemain simpanan yang masih berlatih, doakan aku!

    ----------
    did0_kid0

    Aku tak hensem, serius.

    Ketiak aku masam,
    Tahi hidung aku masin
    Hempedu aku pahit
    Kahak aku pekat

    Tapi senyuman aku manis.

    Dan aku agak gemok, harap maklum.

    ---------
    atap_aje

    betul, seratus!

    Nanti aku edit.

    Terima kasih seribu kasih,

    ReplyDelete
  19. kat umah x der internet...kalo nk pasang internet, kena beli pc 1. tapi kalo pasang pun... ujung minggu blk kg...

    ReplyDelete
  20. aku x cukup duit!!! perabih internet opis ja...huhuhu :'(

    ReplyDelete
  21. salam..

    'wahai pinggang mangkuk sekalian..''
    'Janganlah jadi mangkuk, di lambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai,..'

    'Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat, Naudzubillah'

    'jika haid datang jam 10 malam tak kira berdosa ke sebab dah lepas satu fardu?'

    'jadi korang yang meninggalkan perintah Allah kerana member hina nak dikatogorikan sebagai apa!!!'

    tersebut diatas adalah kekata..uhuk ade ker? kata-kata hamka yg bikin saya panas ajak...

    hehe.. panas sebab simbahan perli
    huhu.. sentap sebab panahan keji
    wakawaka.. lawak guling-guling sebab tetiba suruh kena lead baca doa lepas tahlil.. pastu selamba baca doa makan yang ringkas ittew dan trus makan tanpa toleh kiri an kanan.. hihihi

    -erfan

    ReplyDelete
  22. ...ohh suami hamba pun sama mcm Hamka,kalau balik kampung, bila ada tahlil kat rumah jiran, maknya berpesan "ngkau pakai jubah macamtu, baik2 skit, takut nanti org suruh berdoa.." ..

    ReplyDelete
  23. memang, tak pandai nak buat perbandingan..apa2 pun, nak kongsi cerita yang baru didengar, takut terlupa..

    Sekalitu Amirul Mukminin, Umar(ra) menyewa seekor kuda. Semasa menunggang kuda, dia memakai selendang di bahu sambil berzikir dan membaca Al-Quran. Ketika melintas sepohon pokok kayu, tanpa disedarinya, selendang di bahunya tersangkut di dahan pohon tersebut. Dia meneruskan perjalanannya sehinggalah ada seorang yang terperasan lalu mengingatinya.
    Umar(ra) pun turun dari kudanya dan meminta orang itu menjagakan kuda untuknya sementara dia berjalankaki, berpatah balik ke belakang untuk mengambil selendangnya. Apabila Umar(ra) datang kembali, orang itu bertanya,
    "Wahai Amirul Mukminin, kenapa tidak menyuruh aku sahaja untu mengambil kembali selendangmu?"
    Jawab Umar(ra), "Ada apa padaku terhadapmu sehingga aku boleh menyuruhmu untuk keperluanku?"
    "Wahai Amirul Mukminin, saya hairan kenapa tuan berjalan kaki sahaja dan tidak menunggang kuda untuk berpatah balik?"
    "Kerana aku tidak membuat perjanjian dengan pemilik kuda itu untuk berpatah balik bagi mengambil selendang yang tersangkut. Wallahi! Jika seekor baghal terjatuh di Iraq (wilayah Islam ketika itu) kerana jalannya yang berlopak-lopak, nescaya Allah akan bertanya Umar (di Madinah)..kenapa kamu tidak menjaga jalan itu wahai Umar?"

    ..begitulah pemerintah umat Islam yang teguh menjaga amanah Allah dan rasul serta manusia di zaman kegemilangan Islam..

    ReplyDelete
  24. Salam bro

    Soalan x de kena mengena ngan entry kot.

    Ape pemahaman bro tentang tawadu'(rendah diri?rendah hati?)dan bagaimana bro apply dalam kehidupan seharian.Hal ini sy fikir cukup penting sebab kalau ada sebesar biji sawi pun sifat sombong x buleh ke syurga.isk2.

    -Mi-
    (lama x mengomen dalam blog ni..lamanyaaa)

    ReplyDelete
  25. HADIAH BUAT RAKAN-RAKAN DARI JAMAAH TABLIGH
    Wahai saudara ku,Ingin diri ini mengenangkan semula kisah Saidina Umar r.a. Suatu ketika dahulu
    sahabat-sahabatnya menjumpai beliau dalam keadaan menangis. Maka bertanyalah sahabat-sahabatnya mengapa beliau menangis. Saidana Umar r.a. pun memberitahu kezuhudan, keihklasan, susah payah yang di lalui oleh pendita Kristian. Beliau meneruskan, di dalam al-Quran ada golongan manusia yang hidup dengan amal-amal yang baik tetapi penghujungnya adalah menyedihkan kerana mereka berada di jalan yang salah. Itulah kerisauan, empati, kasih sayang, menjiwai dan tanggungjawab yang ada pada Umar r.a.
    Bukanlah niat di hati ini nak menyatakan Jamaah Tabligh sesat seperti pendita Kristian itu. Tetapi nak menyatakan bagaimana perasaan yang tersentuh di hati ini akan kesusahan, pengorbanan yang telah dilakukan oleh saudara Jamaah Tabligh ku. Sehingga ada di kalangan saudaraku yang tertinggal beberapa perkara yang amat penting dalam hidup mereka. Bukan mempersoalkan akidah dan ibadah kamu wahai saudaraku.
    Wahai saudaraku,Andaikata engkau yakin usaha baironi iaitu meluangkan masa untuk keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Usahankanlah juga untuk meluangkan masa duduk di dalam majlis ilmu,
    mentelaah kitab-kitab. Masa yang diambil dan tenaga yang dikorbankan tidaklah seberat usaha baironi mu itu. Ingatlah dalam diri kamu ada hak menuntut ilmu yang perlu
    ditunaikan.Wahai saudaraku,
    Andaikata engkau memperuntukkan masa membaca kitab Fadhail Amal itu, janganlah lupa disiplin dalam membaca hadis-hadis yang lemah dan kisah-kisah yang belum jelas kesahihannya. Janganlah sampai penyampaian mu itu sehingga meyakinkan masyarakat ianya semua sahih-sahih belaka. Jika engkau bersungguh-sungguh menganjurkan
    manusia untuk menghidupkan bacaan kitab Fadhail Amal di masjid-masjid dan di rumahrumah, bersungguh-sungguh jugalah menganjurkan manusia untuk membaca kitab-kitab lebih muktabar yang lain.
    Wahai saudarku,Andaikata engkau tidak bersetuju dengan ulama-ulama lain di masa ini, rujuklah ulama-ulama muktabar terdahulu melalui kitab-kitab yang mereka tinggalkan. Andaikata ada di
    antara rakan seperjuangan mu mengeluarkan sesuatu yang tidak pasti kesahihan dari
    mulutnya, tanyalah akan dia akan sumber dan rujukan kenyataannya itu. Janganlah
    engkau terus menyampaikan apa yang engkau sendiri tidak tahu dari mana asalnya.Selamatkanlah diri dan rakan-rakan mu dari bertaqlid begitu sahaja.Wahai saudaraku,
    Andaikata engkau mengajak manusia dan rakan-rakan mu untuk program-program seperti malam sabguzari, majlis fikir atas iman dan amal, keluar 3 hari, taklim masturat dan sebagainya. Jangan lupa untuk mengusahakan yang sama dalam program-program yang juga di anjurkan saudara-saudara Islam mu yang lain. Semoga usaha-usaha mu itu semata-mata kerana Allah bukan seolah-olah hanya untuk menegakkan jemaah mu sahaja. Supaya silaturrahim akan terbina.
    Wahai saudara ku,
    Jika perlecehan berlaku dikalangan rakan mu terhadap jemaah lain, ingatkanlah dia supaya berlaku adil dan bersifat terbuka
    Wahai saudaraku,
    Andaikata saranan ini sudah engkau lakukan, ku ucapkan tahniah! Semoga Allah memberi kekuatan bagi mu untuk meneruskan perjuangan mu itu. Andaikata saranan ini menyinggung hati mu, maafkanlah diri ini yang tidak pandai berbahasa. Andaikata ada salah dalam saranan ini kau nyatakanlah kesalahannya dan perbetulkanlah ia, jangan biarkan ia semakin melebar. Andaikata engkau suka akan saranan ini, saranan ini hanyalah dari seorang manusia biasa, perbaikilah ia semoga kelemahannya dikuatkan,
    kesalahannya diperbetulkan, kebaikannya dapat disebarkan……………

    ----------------------------------

    -Mi-(Sy copy paste saja.Dapat dari mana tak ingat.Mungkin ramai karkun yg join sini,so,bolehlah ambil mana patut.Kita bergerak sebagai satu UMMAH dengan berbilang JEMAAH(x menilai mana jemaah yg lagi bagus,masing2 saling bantu agama ALLAH dengan manhaj Rasulullah saw).Boleh ka lagu tu?)

    ReplyDelete
  26. minta Jakim or BAR Council anjur forum "Dah Lama Peluk Islam?"

    haha,boleh xgitu abg hamka?

    honestly aku rasa forum yg ari tu,patut diteruskan...tapi perlu ada pemerhatian dari para ulama untk memperjelaskan & mnjwb sgala isu yg brbangkit.

    umat islam hari ini takut pd byg2 sendiri.

    fikirkanlah knapa isu itu boleh timbul.Apa permasalahannya? Kaji & muhasabah stiap diri. klau kita dh jalankan kerja2 dakwah pd mrk & ikut sgala apa yg nabi buat, pasti xakn timbul hal2 sbgini rupa..

    jgn cepat melatah, akuilah kesilapan sendiri.

    ReplyDelete
  27. bes entry ko kali ni...
    pedas..

    ReplyDelete
  28. erfan

    Eh, aku makan toleh kiri kanan apa? Takut lauk habis.. he he

    --------------
    nenek ke_bayan

    air kaki Sadina Umar jauh lebih dari aku yang hina.. oh..

    ---------
    -Mi-

    Aku ada banyak kali gak tulis isu ni dalam blog, cuba baca entry yang ada tajuk sombong dan ikhlas.

    Semoga dapat membantu.

    Tentang nasihat untuk orang tabligh pula, itu adalah cerita tentang kemanisan iman dan sunnah Nabi, orang yang dah dapat kemanisan iman, memang luar biasa mujahadahnya, akupun belum dapat..oh!, dan ilmu kena belajar dan dakwah juga kena buat, dalam tabligh ada slot khas untuk Bab ilmu, boleh rujuk wikipedia.

    Cuma ramai yang bodoh dalam ilmu tapi keluar tabligh buat orang berilmu tapi tak buat tabligh pandang hina pada sunnah Nabi yang ulung ini.

    Aku rasa orang tabligh tak bersatu dengan jemaah lain sebab musuh mereka berbeza dan distinasi mereka berbeza.

    Wallahu’lam,

    Aku bukan orang ’tabligh’, dan masih belajar dakwah cara Nabi dan masih belajar kemanisan iman..

    Wallahu’lam

    ---------
    Kafur

    : )

    Sokong!

    ReplyDelete
  29. tahlil arwah, talkin si mati tu semua bida'ah..

    ReplyDelete
  30. Assalamulaikum,

    dah tak nak panggil pak cik dah...sebab baru tahu en. hamka ni remaja lagi rupernyer...

    terima kasih clarifykan sunnah dan sunnat..saya ni memang kategori mangkuk ayun sikit...sebelum ni ingat sunnah dan sunnat tu benda yang sama...ohh...sebelum ni perasan dah cukup ilmu..

    hamka nak tanya ni...nabi berjanggut..tapi misai tu memang nabi cukur yer...sebab aku perasan ramai karkun yg ada janggut tapi tak ber misai..lagi satu, saya ni bukan ler keturunan yang ada jambang...hihi...macam mana nak suburkan tumbuh jambang...huhu

    ReplyDelete
  31. ENCIK JAMBAN

    Pandainya.

    -----
    van qif

    salam

    nak panggil pakcik pun takpe, rasa dekat sikit dengan kubur..

    dan memang sunnah Nabi pendekkan misaim dan panjangkan janggut.

    Dan maaf, aku takde petua nak lebatkan bulu..?

    ReplyDelete
  32. ...jangan jadi hina seperti mamat ini…atau cerita lain, korang baru nak pergi masjid.. tiba-tiba member sound, apalah kau ni berlagak alim.., terus tak jadi pergi sebab rasa hina di kutuk member, ..memang kesian lah kat korang di kutuk member, tapi tak payah kesian jika korang tinggalkan amal kerana manusia…, atau kes lain, korang baru nak simpan janggut ikut sunnah, member kutuk korang macam kambing..lalu korang cukur janggut jadi licin macam babi sebab nak bahagikan kawan kawan…jangan macam tu kawan…

    macam sama je ayat kat atas ni ngan ayat kat bawah ni

    ...walaupun aku ni ibarat driver kereta mayat dan patut tahu tentang menguruskan mayat, tapi aku memang tak pandai nak baca talkin mayat di kubur, jadi tolong jangan upah aku baca talking untuk orang mati, aku tak pandai, untuk bakal mayat aku tahu, heh!

    Satu lagi, lepas isyak korang jemput aku pergi majlis tahlil dan suruh aku jadi leader tahlil?, oh! aku memang tak pandai nak susun wirid ketika bertahlil, maaff!

    Dan bila korang dah susun zikir, tiba part doa talil yang panjang tu, korang suruh aku pulak sebab aku pakai serban dan jubah, oi! pakcik tua, aku mana reti doa tahlil, korang yang lagi tua lah baca, apa pulak aku? tolong jangan suruh aku, aku tak pandai baca doa tahlil, lepas ni malas aku pergi tahlil jika korang desak aku conduct majlis tahlil,.. tapi jika korang nak suruh aku baca doa makan lepas tahlil, itu aku pandai!

    ReplyDelete
  33. aku rasa kau tak 'slow'..

    cuba baca balik dan faham.

    he he

    ReplyDelete
  34. hahaha bro ni sy yang sent email ari tu hahaha..lum sempat nak wat la bro..tak dpt chance ahahahaa

    ReplyDelete
  35. mula2 tgok jer...mcm boring nak bace...
    biler bace bez lak...
    betul2 dpt hilangkan boring aq yg mencecah tahap nak suicide....uhhh

    ReplyDelete
  36. http://keretamayat.blogspot.com/2008/08/bagaimana-hilangkan-boring.html

    cuba baca tu pulak

    ReplyDelete