Aku termagu di depan program Microsoft Word yang terpapar ruang kosong berbingkai biru seolah-olah sebuah lukisan berwarna putih yang menunggu untuk di coretkan seribu maksud dan isi hati..
Aku ingin berlagak seperti ‘Isaac Mendez’ dalam drama ‘heroes’ kononnya..
Tapi sayangnya, hari ini ‘writer’s block’ telah berlaku (kot) kat diri ini,..kerana aku hakikatnya ada banyak benda nak ditulis tapi tak tahu bagaimana nak mulakan…,
Bolehkah ini dipanggil writer’s block’? Adakah aku seorang penulis yang layak mendapat writer’s block’?
Padahal, ini mungkin datang dari kemalasan, kerana aku tahu bila aku start menulis, ianya tentu akan menjadi karangan yang panjang berjela dan meleret-leret.., dan kerana ada jugak aku terfikir nak jimat masa nak tidur awal maka secara langsung idea jadi takde, ilham terus hilang di sebalik keyboard dan mouse..
Namun, dalam keadaan menghidapi writers block ini kononnya, aku tetap berdegil nak tulis sesuatu yang ringkas, sebab aku masih dalam keadaan separa rajin (atau separa malas…)
Bila aku baca komen komen korang yang baru pada entry-entry yang lama, sedikit sebanyak, aku jadi teruja dan bersyukur pada Allah…, ialah, dah korang puji aku itu ini, lambung aku tinggi-tinggi, cakap dapat jodoh dan dapat hidayat, cakap tak jadi nak murtad, tak jadi bunuh diri dan ada yang makin dekat dengan tuhan lalu terus galakkan aku menulis, lalu aku macam rajin nak menulis malam ini, tapi itulah.., korang kena doa aku sama agar maju dalam ugama, dan maaf, dua tiga hari ini, aku menghadapi writers block.. (alasan)
Apa aku nak tulis?
(Tuliskan tentang filem terakhir yang ditonton)
Ada suara berbentuk perintah dalam benak aku…, aku patuh dan jari jemari mulai menari di atas keyboard.., chewah!
*****
Filem terakhir yang aku tonton
Pada malam minggu yang lepas, kerana ada sedikit urusan, aku pulang ke rumah jam 1 pagi, isteri aku dengan rupa bangun tidur bukak pintu dan cuba memberi layanan yang sepatutnya…
Nak minum?
Tanya dia macam mat saleh yang selalu offer minum dengan ikhlas bila tetamu datang rumah..
“tak payahlah susah-susah, I baru minum kat kedai tadi”
Ayat biasa yang di ucapkan oleh tetamu melayu yang bermaksud:, ‘saya nak’!
Tapi itu hanya berlaku dalam minda melayu yang lain, aku pada malam itu secara spontan jawab:
“Milo kosong..”
Lafaz di ucapkan dengan penuh gaya laksana mat saleh yang tak pernah belajar adab malu..
Sedikit senyum gembira dari bibir bini aku, sebab senang sangat nak buat milo kosong kerana bini aku tahu kegemaran aku akan teh tarik kaw dan kecerewetan aku terhadap aroma teh tarik..
Aku sekali sekala, belajar minum air lain yang tak manis..,
Sedang bini aku bancuh milo kosong, aku bukak almari dapur, keluarkan satu bekas Tupperware yang berisi biskut kering, iaitu biskut jagung…
Aku duduk bersila depan TV, bukak TV3, ada cerita mat saleh..
Ada watak lelaki muda dan gaak hensem sedang bermusyuarat kat opis..
Tak lama kemudian, habis mesyuarat, dia dapat call dari seorang wanita yang tak beberapa cantik dan tanya dia ada kat mana?
Katanya masih kat New York.
Babak seterusnya, lelaki itu masih pegang telefon, sedang berborak dengan wanita dalam telefon, sambil di tangannya ada bunga warna biru dan lelaki itu berdiri di kawasan perkuburan..
Melalui petunjuk dari dalam telefon, lelaki itu kelihatan sedang menjejak kubur yang di petakan oleh wanita yang masih berkomunikasi melalui telefon..
Bini aku letak Milo kosong depan aku, bersama segelas minuman susu untuknya, aku rasa itu minuman untuk ibu-ibu yang mengandung..
Bukak tudung Tupperware dan kami masing-masing basahkan biskut jagung dalam gelas masing masing dan makan.. nyam nyam nyam..
Bini aku cuba berborak tapi aku angkat tangan yang bermaksud,
“kejap, abang sedang tengok babak ni,”
Bini aku faham perangai aku, lalu terus makan biskut jagung cicah susu untuk wanita mengandung..
Dari babak dalam TV tadi lelaki itu akhirnya tiba di kubur yang di maksudkan, duduk bersila sambil letak bunga biru atas kubur..
Dan wanita dalam telefon menangis berkata bahawa biru adalah warna yang perfect, dan bagitahu lelaki itu bahawa hari ini adalah hari jadi mayat dalam kubur itu..
Aku tak tahu siapa punya mayat dalam kubur, anak ke, bekas suami dia ke, siapa ke.. tapi wanita itu menangis dengan sungguh-sungguh dan suasana sunyi sepi..
“cakaplah sesuatu”
Kata wanita dalam telefon kepada lelaki yang bersila depan kubur..
Lelaki itu sambil buang daun-daun yang menutup kubur lalu bercerita..
“pada suatu hari ada seorang budak menggali lubang kubur di belakang rumah jirannya, lalu jiranya datang dan bertanya kenapa gali lubang kubur di sini?..
Budak itu menjawab, ikan emas kesayangan saya dah mati.
Jirannya berkata dengan lembut, oh, kasihannya, tapi lubang ini terlalu besar untuk seekor ikan emas.
Lalu budak itu menjawab, lubang ini besar kerana ikan itu berada dalam perut kucing bodoh kamu!”
Aku gelak dan isteri aku gelak, wanita dalam telefon cerita itu juga gelak, mamat dekat kubur itu jugak gelak, dan mungkin korang jugak ada yang tergelak..
Aku abaikan babak seterusnya dalam movie itu, lalu mula bercerita tentang dunia rumah tangga dengan isteriku..
Malam kian larut, biskut jagung menjadi saksi, sekali sekala isteri aku gelak dengan cerita-cerita aku..
*******
Pada malam minggu yang lepas, kerana ada sedikit urusan, aku pulang ke rumah jam 1 pagi, isteri aku dengan rupa bangun tidur bukak pintu dan cuba memberi layanan yang sepatutnya…
Nak minum?
Tanya dia macam mat saleh yang selalu offer minum dengan ikhlas bila tetamu datang rumah..
“tak payahlah susah-susah, I baru minum kat kedai tadi”
Ayat biasa yang di ucapkan oleh tetamu melayu yang bermaksud:, ‘saya nak’!
Tapi itu hanya berlaku dalam minda melayu yang lain, aku pada malam itu secara spontan jawab:
“Milo kosong..”
Lafaz di ucapkan dengan penuh gaya laksana mat saleh yang tak pernah belajar adab malu..
Sedikit senyum gembira dari bibir bini aku, sebab senang sangat nak buat milo kosong kerana bini aku tahu kegemaran aku akan teh tarik kaw dan kecerewetan aku terhadap aroma teh tarik..
Aku sekali sekala, belajar minum air lain yang tak manis..,
Sedang bini aku bancuh milo kosong, aku bukak almari dapur, keluarkan satu bekas Tupperware yang berisi biskut kering, iaitu biskut jagung…
Aku duduk bersila depan TV, bukak TV3, ada cerita mat saleh..
Ada watak lelaki muda dan gaak hensem sedang bermusyuarat kat opis..
Tak lama kemudian, habis mesyuarat, dia dapat call dari seorang wanita yang tak beberapa cantik dan tanya dia ada kat mana?
Katanya masih kat New York.
Babak seterusnya, lelaki itu masih pegang telefon, sedang berborak dengan wanita dalam telefon, sambil di tangannya ada bunga warna biru dan lelaki itu berdiri di kawasan perkuburan..
Melalui petunjuk dari dalam telefon, lelaki itu kelihatan sedang menjejak kubur yang di petakan oleh wanita yang masih berkomunikasi melalui telefon..
Bini aku letak Milo kosong depan aku, bersama segelas minuman susu untuknya, aku rasa itu minuman untuk ibu-ibu yang mengandung..
Bukak tudung Tupperware dan kami masing-masing basahkan biskut jagung dalam gelas masing masing dan makan.. nyam nyam nyam..
Bini aku cuba berborak tapi aku angkat tangan yang bermaksud,
“kejap, abang sedang tengok babak ni,”
Bini aku faham perangai aku, lalu terus makan biskut jagung cicah susu untuk wanita mengandung..
Dari babak dalam TV tadi lelaki itu akhirnya tiba di kubur yang di maksudkan, duduk bersila sambil letak bunga biru atas kubur..
Dan wanita dalam telefon menangis berkata bahawa biru adalah warna yang perfect, dan bagitahu lelaki itu bahawa hari ini adalah hari jadi mayat dalam kubur itu..
Aku tak tahu siapa punya mayat dalam kubur, anak ke, bekas suami dia ke, siapa ke.. tapi wanita itu menangis dengan sungguh-sungguh dan suasana sunyi sepi..
“cakaplah sesuatu”
Kata wanita dalam telefon kepada lelaki yang bersila depan kubur..
Lelaki itu sambil buang daun-daun yang menutup kubur lalu bercerita..
“pada suatu hari ada seorang budak menggali lubang kubur di belakang rumah jirannya, lalu jiranya datang dan bertanya kenapa gali lubang kubur di sini?..
Budak itu menjawab, ikan emas kesayangan saya dah mati.
Jirannya berkata dengan lembut, oh, kasihannya, tapi lubang ini terlalu besar untuk seekor ikan emas.
Lalu budak itu menjawab, lubang ini besar kerana ikan itu berada dalam perut kucing bodoh kamu!”
Aku gelak dan isteri aku gelak, wanita dalam telefon cerita itu juga gelak, mamat dekat kubur itu jugak gelak, dan mungkin korang jugak ada yang tergelak..
Aku abaikan babak seterusnya dalam movie itu, lalu mula bercerita tentang dunia rumah tangga dengan isteriku..
Malam kian larut, biskut jagung menjadi saksi, sekali sekala isteri aku gelak dengan cerita-cerita aku..
*******
Habis satu cerita tentang filem terakhir yang aku tonton, nak tulis apa lagi?
Tanya aku pada paparan Microsorf Word.
(Tuliskan tentang anak-anak kamu)
Ada lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…
Aku patuh, buka folder My picture dan download gambar anak aku kat blog buat pertama kali, terpengaruh dengan bapa-bapa blogger yang lain yang suka taruk gambar anak kat blog..)
Cerita anak aku.
Tanya aku pada paparan Microsorf Word.
(Tuliskan tentang anak-anak kamu)
Ada lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…
Aku patuh, buka folder My picture dan download gambar anak aku kat blog buat pertama kali, terpengaruh dengan bapa-bapa blogger yang lain yang suka taruk gambar anak kat blog..)
Cerita anak aku.
Anak aku di ajar membezakan jantina dengan istilah “baby boy” untuk lelaki, dan “baby girl” untuk perempuan..
Dalam kereta minggu lepas, aku tanya anak aku, adik Najiha ‘baby’ apa?
“baby girl”
“pandai, abang Haikal?”
“baby boy!”
“Bagus, Abang Adha pula?”
“baby boy jugak”
“Bonda?”
“baby girl”
“Ayah?”
“Baby Boy!”
“salah, ayah bukan ‘baby boy’..”
Aku sanggah anak aku, dan anak aku dengan konfiusnya bertanya,.. ayah ‘baby girl’(perempuan) ke?
Tak, ayah ‘Baby Face’..
Dan aku gelak besar siang tadi bila isteri aku main-main teka jantina dengan anak anak, semua jawapan adalah betul tentang perbezaan jantina saudara mara, tapi bila masuk pengenalan jantina ayah dia, anak aku dengan konfident jawab…
‘Ayah adalah Baby Face!”
Woha! Anak-anak cepat belajar…
A child is like a blank canvas; Its up to the parents to create a masterpiece…, sebab tu kot ada yang sanggup iron anak dengan iron elektirk..oh!
******
Habis lagi satu cerita, nak tulis apa lagi?
Tanya aku pada paparan Microsorf Word pada muka surat 4.
(Tuliskan tentang kawan-kawan kamu)
Lagi-lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…
Cerita kawan aku.
Baru baru ini, aku dan rakan sepejabat ada lawatan ke Kuala Lumpur, pada mulanya nak sewa bas tapi sebab jumlah yang layak pergi hanya 6 orang, maka kawan aku bersedia gunakan kereta Avanza MPV nya sebagai kenderaan tak rasmi syarikat, claim kemudian..
Lalu timbul masalah, iaitu masing masing pakat pakat tak nak duduk seat paling belakang, tak selesa, rasa pening nak muntah dan macam-macam alasan lagi, akhirnya aku yang dah siap bawak bantal telah rela hati duduk seat paling belakang..
Kata aku:
Macam manapun korang tak suka duduk belakang, bila naik kereta mayat tetap kena duduk belakang jugak..
Woha! Semua ‘gelakkan’ suasana kematian masing masing!
Akhir kata, orang yang paling bijak adalah.., arghhh sambung sendiri.., malam dah makin larut.
Sekian cerita dari Writer’s block hari ni..
Ps: Entry macam ni pun boleh kah?
Tanya aku pada paparan Microsorf Word pada muka surat 4.
(Tuliskan tentang kawan-kawan kamu)
Lagi-lagi suara berbentuk perintah dalam benak aku…
Cerita kawan aku.
Baru baru ini, aku dan rakan sepejabat ada lawatan ke Kuala Lumpur, pada mulanya nak sewa bas tapi sebab jumlah yang layak pergi hanya 6 orang, maka kawan aku bersedia gunakan kereta Avanza MPV nya sebagai kenderaan tak rasmi syarikat, claim kemudian..
Lalu timbul masalah, iaitu masing masing pakat pakat tak nak duduk seat paling belakang, tak selesa, rasa pening nak muntah dan macam-macam alasan lagi, akhirnya aku yang dah siap bawak bantal telah rela hati duduk seat paling belakang..
Kata aku:
Macam manapun korang tak suka duduk belakang, bila naik kereta mayat tetap kena duduk belakang jugak..
Woha! Semua ‘gelakkan’ suasana kematian masing masing!
Akhir kata, orang yang paling bijak adalah.., arghhh sambung sendiri.., malam dah makin larut.
Sekian cerita dari Writer’s block hari ni..
Ps: Entry macam ni pun boleh kah?
comey ny ank br hamka..
ReplyDeleteadakah secomel bapa nye yg..
baby face tue hahhaaha :P...
mesti ler secomel ibunya kn..
iyerla.. comey sungguh najiha pakai tudung..
ReplyDeletehmmm.. mlm td laki aku tny aku (sblm tido, cam biasa, borak2 le sambil diselubungi kegelapan malam), boleh tak dia kawen lagi satu..?
aku menten coool sbb dah biasa ngan soalan tu.. buat pe nak melantun tak tentu pasal ye dak? dia bukan milik aku, tapi milik Tuhan..
biasanya aku jawab, `sukati abg laaa..' tapi kali ni aku jawab, `abg kan belum mumayyiz.. waktu maghrib masih main heli control @ kete control'.. pastu pjg la perbualan kitorg pasal hal belum mumayyiz ni.. tak sedar tertido kul bape..
aku jawab gitu sbb aku baru je baca entry may 14,2007.. thanx bro bagi aku idea `borak2 ada isi' sblm tido.. hehehe
saya paling enjoy baca entri kali nih..lawak......segar sket otak nak buat keja lepas nih..
ReplyDeleteaku 'pengkomen' terbaru..selama ni aku baca je blog ni..
ReplyDeletekali ni nak komen sebab entri ni memang kelakar + anak ko memang comel
aku doakan untuk diri aku sendiri supaya aku dapat kahwin cepat dan dapat lahirkan anak secomel itu...
-azz-
SpEkmATaKu
ReplyDeleteSemua anak adalah comel di mata ayah dan ibunya…
Merujuk kepada post aku yang bertajuk “cari menantu” dan merujuk kepada lelaki lelaki yang cuba menjadi menantu aku melalui email, nah, itulah gambar anakku..
: )
-------------
alongcute
anak aku teruja betul tengok jiran main heli remote, apa nak buat, ayah tak minat semua tu kononnya, (lagipun ayah bukannya banyak duit)
tapi sekali sekala, balik dari ambik anak aku sekolah, lalu tepi padang, sempat menjamu mata tengok pakcik pakcik main kapal terbang control.., tengok jelah..
sabarlah haikal…
-----------
hanny
: )
---------
-azz-
Kahwin dengan orang yang comel akan dapat anak yang comel, insyAllah..
Tapi ingat..
Tuhan tidak memandang rupamu, tapi di hatimu.., (menyanyilah pulak)
comeynya anak bro...:)
ReplyDeletecomel anak.. segala puji bg Allah..
ReplyDelete;)
aku teringat penah terbaca tulisan kau (tp tak hingat kt entry mana), blogger yang tulis pasal diary diri sendiri, adalah bodoh... (lebih kurang maksud laa). entry ni tak layak dicop sedemikian ke? maaf, tershashul skit, bro.
ReplyDeletebaby face?
ReplyDeleteheh! hehe
btw anak bro mmg cutest.jom berbesan nak? hehe
tp aku tak kawin lagi!
so,jd bakal menantu bleh la kot!
hehe.
sori ar..
wslm.
terlambatkah aku?
ReplyDeleteoh.
sesuci muka bayi.
entry "kosong" yang punya maksud.
pandai2lah cari maksud.
cuteee nyerrr... ;)
ReplyDeletenajieha
ReplyDeleteada orang kata, anak aku ikut rupa aku,
aku kata: wah! Bertuahlah anak aku! Bestlah dia, cerah masa depan..
He he he..
---------
Sir Wan
Benarlah, Allah yang bagi comel, tapi satu perkara yang aku nak mintak,
Jangan bayangkan rupa aku dan isteri aku macam gambar anak aku…
Nanti kamu kecewa..
(merendah dirilah pulak)
------------
irsha
maaflah jika ‘bodoh’ yang aku maksudakn buat kamu terasa..
tapi writers block boleh buat orang ‘bodoh’ bukan?
Tak percaya, boleh rujuk Secret Window Psycho Noir starring by Johnny Depp
----------------
Abu Muhammad
Bolh, tapi ken abaca syarat dekar entry: Cari menantu.
--------------------
Ansar @ Bungamelur
Daripada mayat yang ngeri, juga boleh sampaikan ‘maksud’…
----------
mim
kata aku pada isteriku, tolong bagi gambar anak kita banyak sikit, abang nak download, nak galakkan muda-mudi kahwin cepat…
: )
satu lagi,
ReplyDeletegambar bahu berbaju merah itu adalah aku punya bahu..
harap maklum.
Bro Hamka,
ReplyDeleteaku memang nak kahwin cepat since keinginan nak berumahtangga memang dah ada, nak ada zuriat yang comel macam ko...tapi soal jodoh ni susah banget nak diselesaikan...hanya yang mengalami saja yang tahu..
dan hanya Tuhan tempat mengadu...
(T-T)
hmmmm...subhanallah shomel no yr daughter....
ReplyDelete...muka wanita dewasa(istri2 kite) boleh jadi lebih shomel dari tu andai disulami keperibadian seluhur dan semanis akhlah wanita2(sahabiah) zaman Rasulullah SAW...
aku terbaca wanita berpurdah 70 kali lebih cantek tanpa berpurdah...
moga ALLAh bg hidayah pd istri2 kiter utk berpurdah...
(suaminye pulak jgn berseluar panjang terdedah pusat palk..) ape ke heeey nye...
RON
BRO HAM...
ReplyDeleteCAMANO AKU NAK MASUKKAN GAMBAR ANAK LELAKIKU KE DLM RUANG KOMEN NI...
MANA TAU KO KENAN UTK KENENKAN DGN NAJIHAH YG SHOMEL TUUUUUUU...
TP ANAK AKU BARU 1 TAHUN 7 BULAN....
RON
kehadapan incek.
ReplyDeleteini kali pertame-tame saye berkomen walau suda berkali-kali membaca disini.
tetapi gamba anak encik telah mendorong saye untok berkenal-kenalan dengan incek(kot-kot bule jadik calon menantu ker.)
tapi saye juge suke pekare-pekare yang incek utarekan di blog ini.
banyak bule dijadikan pencetus buah fikeran.
juge selamat berkenal-kenal.
sekian.
*oh ya. saye bukan saorang blogger tapi adelah part taimer myspacer. incek bule cek link jike berkelapangan.(saye tawu incek bisi selalu.)
ayahnya baby face.. kih kih tergelak aku seketika..
ReplyDeletecerita pasal kanak2.. cni aku nk cerita pasal adik aku, ahmad namenye. 6thn umurnye.
ReplyDelete2hari lps mase tgh wat homework, die tetiba tye pada aku:
"kakak, knp org tua (adult) cakap saya-awak?"
aku pun jawab, "sbb ia adalah sopan, baik kalo guna saya-awak"
adik aku tye lagi, "erm.. kalo gni : Nah, Nah, jom kite kuar minum2.." (ajuk ahmad ala2 conversation mak ayah aku)..
aku geli hati dengar wonders yg ade kat kpl otak adik aku tu..
aku pun jawab laa.. ye laa .. tu baik, mesra.. (sbb guna nama) huhuhhu
ade one time tu ahmad tye mak ayah aku mse dlm kete pegi mane ntah..
"mak, pokok tumbuh dengan adenye biji kan? haa.. cuba teka .. pokok kelapa tumbuh gune ape??"
mak aku kate, naseb mak aku skola.. so, mak aku jawab, "buah kelapa tu biji kelapa laa... pokok kelapa tumbuh dgn adenye buah kelapa"..
rupanya ahmad budget biji pokok mesti kecik mcm bijik pokok2 laen.. xsangka buah kelapa tu biji kelapa.. hahaha
ahmad jugak pernah fed up kat mak aku.. dia ckp.. "bile ahmad nk besar ni.. nk jd abang? ahmad da penat jadi budak, xleh wat itu ini.. ahmad da penat makan byk, tp xbesar2"..
die sedih gle.. die even tye aku.. "kakak, ble ahmad nk jd abang nii??"
erkk.. naseb mak aku boleh pujuk..mak aku cakap..
"kalo ahmad besar dgn cepat, nnt da xleh tido ngan mak, peluk cium mak..da xblh sayang2 mak.. ahmad pernah tgk abang sayang2, peluk2 mak? tido ngn mak?"
lps tu baru mood die ok balik.. haha.. budak2.. full of wonders..
ade skali tu .. ahmad tye kat ayah aku.."ayah, mahal x cincin? ahmad nk beli satu, nk kasi kat yaya.."
isk, ptt la nk besar cam abg.. nk kawen cam abang rupanya..
ahmad pernah tye pada aku.."kakak, cuba teka, sape yg patut bagi bunga kat sape?".. haha..
lps pada tu, mane2 bunga yg dia ada, akan dia bg kat kakak2nya.. haha.. budget gentleman la tu..woha~
p/s: harap najiha tu diasuh utk mempunyai hati yg lbh comel dr wajahnya.. hehe
ohya, td ptg aku g tgk mayat. kebumikan di pasir mas, klate.. bertolak pg td dari KL... spupu aku pulang ke rahmatullah, passed away of cancer.. meninggalkan seorg isteri dan 8 org anak.. plg kecik 7thn and plg besar xkawen lg (20an).. smoga rohnya dicucuri Rahmat Allah dan ditabahkan hati utk familynya.. alfatihah..
salam bro,
ReplyDeletedah baca entry tu,dh paham n dh bersedia!
;)
comelnye ank bro hamka..
ReplyDeleteentry lawak bersahaja..best..
you got me at 'baby face'... hehe...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteWriter's block pun sikit punya panjang tulis..
Tunjuk sikit muka kamu bang!
:D
azz
ReplyDeleteSalah satu sebab kenapa manusia selalu bersedih mengikut ugama, adalah terlupa untuk menafikan diri akan usahanya sepanjang hari adalah semata mata ehsan Allah, dan terlupa menerima keburukkan yang menimpa dirinya adalah kehendak Allah…
Dan penafian tentang usaha serta penerimaan keburukkan itu hendaklah di buat di sepertiga malam..
Cakap memang senang!
Akupun tak mampu nak amal..oh!
---------
RON
Bukan senang nak suruh perempuan tudung segi tiga bertukar kepada purdah, sepayah suruh lelaki yang tak simpan janggut, menyimpan janggutnya..
Oh!
Ps: kau bukak blog sendiri dan taruk gambar anak kau, lalu link kat sini, satu dunia boleh berbesan dengan engkau
Ha ha!
-----------
acit
kehadapan incek acit.
Kawan kawan blog aku yang mesra adalah yang selalu bagi komen.
Mereka yang selalu bagi komen akan selalu aku ingat.
Jadi itulah sahaja caranya berkawan dengan aku.
Lain dari itu, aku tak bagi komitment.
Orang yang sanggup sahaja akan sudi berkawan dengan aku. Sebab aku sangat susah nak bagi komitment, aku susah nak balas kad raya, susah nak balas kad hari lahir, namun.., Sekarang ini aku juga ada ‘kawan sepanjang zaman’, selalu email dan sms, rahsianya adalah, mereka tak kisah aku tak hubungi mereka, mereka tak kisah aku lambat reply, dan kadang kadang mereka juga bizy, tapi bila mereka datang nak berkawan, aku akan layan.
Macam biasa-biasa…
Yang belanja aku teh tarik, mungkin aku akan ingat lebih sikit, he he.
----------
jejerZ
Dahi luas, muka banyak parut jerawat, sejemput janggut, gigi agak jongang, dan seluar bersaiz 35, boroi, serta berbulu kaki jarang,
tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..
---------------
valsa nine
panjang cerita ahmad…
nanti najiha besar, najiha baca dan ajak ayah jalan jalan rumah kakak valsa nine..
------------
Abu Muhammad
Tapi kau kena tunggu giliran, sebab dah berderet yang email.
: )
-------------------
aisya khadeeja
best untuk kau jugak
------------
alan zed
macam ‘shin chan’ bukan??
------------
blackpurple @ jowopinter
(((Tunjuk sikit muka kamu bang?)))
Macam pernah dengar ayat ni, tapi di mana ye?
Oh ye, ungkapan ini selalu di guna oleh pak imam kat surau..
“Tunjuk muka kay surau sikit, baru boleh ngorat anak aku..”
He he he
Ps: aku ulangi- Dahi luas, muka banyak parut jerawat, sejemput janggut, gigi agak jongang, dan seluar bersaiz 35, boroi, serta berbulu kaki jarang,
tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..
Bro Hamka,
ReplyDeleteTQ sebab memberi komen balas pada komen aku. Komen balas ko terhadap komen aku sangat mendalam coz aku kena membaca 2-3kali. Betul tak komen ko bermaksud :
1) Tiada daya untuk aku buat kebaikan/ ibadat melainkan dengan kehendak Allah semata-mata.
2) Tiada perkara keburukan yang akan menimpa aku melainkan ianya atas kehendak Allah jua
Tentang sepertiga malam : aku buat hampir setiap hari (melainkan kalau uzur atau outstation atau penat banget disiang hari).
subhannallah...
ReplyDelete'ayah.. ayah.. bila ayah nak dapat adik lagi?...
'najiha tak kisah..'
gulp!
kata aku pada isteriku, tolong bagi gambar anak kita banyak sikit, abang nak download, nak galakkan muda-mudi kahwin cepat…
: )
that is a good idea..
amalkan agama bila berkeluarga adalah sangat bermakna,
hati-hati yang selalu mendoa, merintih dan meredha pada Allah..
pasangan yang belajar-belajar berkasih sayang kerana Allah..
susah payah kerana Allah..
kerana pengorbanan 3 watak utama, suami , isteri dan anak..
Nabi Ibrahim a.s, Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s
Maka Allah SWT telah rakam kan di dalam Al-Quran bahawa pengiktirafan mengamalkan agama dengan susah payah telah pasti ada balasan yang baik..
sebaik-baik balasan dari Allah SWT ialah keredhanNya.. Amin
-bakal barsayap dua terbang merendah di padang pasir yang berdebu-debu... uhuk! batuk skit-
-Adam
tidak salah dan terlalu kalo aku katakan ko telah dikurniakan oleh ALLAH salah satu sifat mahmudah yg mungkin ko tak perasan......walaupun melalui tulisan tanpa bertentang mata...
ReplyDeletesusahku nak terangkan...tapi dpt lah ku rase sikit2...
tahniah!!
(ENTAH!!! APA AKU CAKAP HAH???? lah kalo ko paham ke tak paham ke jgn ambil pening ...pedulikan jerrrrr)...heheheh
salam sayang buat najihah (bro, mana gambar anak hang 2 orang lagi...???)
RON
Assalamualaikum...
ReplyDelete'BABY FACE'...
Mu khoyal ke mkar.....
Jangan maroh na...
Gurau je...
Kui..kui...kui..40x....
azz
ReplyDeleteyup!
--------
Adam
Selamat bersayap dua!
--------
RON
Aku nak post, tapi internet slow, dan blogger asyor error bila update, nanti aku try lagi.
kalau ingin tahu buah yang manis..
ReplyDeletelihat pada dedaun yang lebar dan hijau..
kalau ingin tahu daun yang pahit..
cari pada akar kekayu yang panjang dan keras..
kalau ingin tahu akar yang keras..
carilah pada tanah yang hitam di lembah antara bukit-bukit dan gunung-gunung.
senang kan, kita asyik makan buah yang manis..
pada wajah najiha yang manis, kita lupa pada -hamka dan isteri yang sudah ada pahit 'special request'
senang kan, kita faham hubungan suami isteri bakal hadir cahaya mata, kita lupa pada -hamka dan isteri sudah melalui gelap malam sendirian pada takaza yang datang demi kebaikan ummat..
siapa tak rindu pada kesayangan hati..?
siapa tak terusik pilu pada tangis anak menanti-nanti..?
siapa tak kunjung resah pada kurang percaya pada reziki secupak..?
walhal laluan inilah yang menabah hati untuk lebih beriman dan beramal
agar kehidupan akhirat adalah lebih utama dan lebih selama-lamanya.
-Abu
sUBHANALLAH....
ReplyDeleteBRO HAMKA, KODAH BACA ABU NYER KOMEN.....
PEHHHH......BERGENANG AIR MATA KU BEB!!!!
Tahniah ABU, tuan dikurniakan ALLAH sifat mahmudah itu.....
aku akan copy dan paste dlm folder khas aku....
RON
bro ham,,,
ReplyDeleteko biasa bukak komputer bile??????
saje jer nak tau....
mana tau tibe2 aku mau sesuatu jawapan segera...mana tau...tak penting pun...
tuan dulu ex-UiTM ke? lahir 1975 or 1976...
kampung aku kat Felda Bukit Bading,dan Felda Jerangau....
last aku balik seminggu slps nikah...
tp my parent live at kuantan
ron
bro,
ReplyDeleteapa nama anak2 u?
brape laki2 dan girl?
mesti penat kan menjaga..ALLAH je tau
aku tak dpt bayangkan mcm mana mak aku jaga 11 org anak dan mertua kau jaga 8 org anak...
ALLAH kurniakan seseorg ibu dgn kurniaan yg "ajaib"
TAHNIAH!!!!!
pada ibu-ibu Muslim sedunia..dan moga ibu2 non-muslim dpt hidayah krn pengorbanan mereka termasuklah Jennifer Lopez yg baru benarkan media rakam si manis kembarnyeee...
moga dia dpt hidayah gak(aku suke die just dia mcm Ziana Zain jer)...hehehe
RON
bro,,
ReplyDeletepembetulan pd yat dlm komen terdahulu...
perkataan "kau" pada ayat....""....dan mertua "kau" jaga 8 org anak"
tukarkan pd ...aku...
sekian TQ
(seronok plak aku ber"chat" kt blog ko bro...dulu kat dzoelhakim aku slalu org pertama gak tp die dah slow entry..entah y...)..ko ade singgah blog tu??
RON
motor ko masih ade lg??
ReplyDeleteRON
ron,
ReplyDeleteaku bukan ex u.
aku tak masuk u..
belajar tak tinggi...
aku lahir 1977
anak 3 orang
2 baby boy, satu baby girl dan ayah dia baby face
he he
2 lelaki, 1 perempuan..
haikal, Adha dan Najina..
bin Hamka
aku jarang singgah blog orang dan sudah tinggal komen kat blog orang.
aku tak bukak blog hari minggu,
aku tak bukak blog waktu malam, kadang-kadang.
aku selalu update blog pagi hari.
dan aku dah jual motor Rxz aku.
sekarang aku pakai motor Ex5.
hari ini aku cuti, ada hal, dan aku tak akan update blog dalam dua tiga hari ini.
harap maklum.
ada masa, boleh cerita detail tentang kau dalam email.
:)
wasalam
pembetulan:
ReplyDeleteaku jarang singgah blog orang dan 'sudah' tinggal komen kat blog orang
'sudah' ganti dnegan 'susah'.
aku SUSAH tinggal komen kat blog orang lain.
harap maklum.
err, satu lagi, abu tu adakah abu harraz yang aku kenal?
ReplyDelete...Bayangkan seorang lelaki yang berdahi luas,..
ReplyDelete(dahi luas seluas pandangan yang membenarkan antara logic akal dan penasaran rasa beragama)
muka banyak parut jerawat,...
(parut jerawat separas pada dahulu angan-angan panjang terputus pada realiti terikatan bahawa kacak bukan segalanya)
hidung kemik,...
(hela nafas yang pendek-pendek adalah hati-hati yang selalu ingin menjuarai tumpuan usaha, namun batasan fizikal membuat sedar rasa diri)
sejemput janggut,...
(kehormatan lelaki pada kelibat air wuduk yang singgah pada janggut dan manisnya pandang mata bila air tersisa masih lagi membasahi)
gigi sedikit jongang,...
(tersebut pada kalimah yang dikeluarkan pada tiap nafas yang keluar tiada menghalang utuhnya La iLaha Illah kerana asalkan lidah tiada yang jongang)
dan seluar bersaiz 35,...
(selalu exersice nanti boleh jadi saiz 33..Woha boleh ker?)
perut boroi,..
(kurangkan manisan... pada titik perut 7 ke atas (hati,peparu, mulut,hidung,mata,telinga dan akal)dan pada titik perut 7 ke bawah (nafsu lebihan makan,nafsu lebihan minum, nafsu jimak,nafsu lebihan jimak, nafsu...,nafsu... dan nafsu....) terkalahkah kepala atas pada kepala bawah pada perut? jawapnya YA! )
serta berbulu kaki jarang,...
(berbulu pada kaki satu tanda subur bagi lelaki kalu bulu jarang-jarang tapi anak rapat rapat macam hamka.. itulah namanya rezeki...Woha!)
Tolong jangan lupa sifat itu 10 minit sebelum kita di takdirkan bertentang mata..,
(bagi lelaki memandang wanita, pandanglah pada mata kirinya kerana disitulah letak cantik dan ayu cintanya)
(bagi wanita memandang lelaki, pandanglah pada mata kanannya kerana disitulah upaya akal dan cekal kata-katanya)
jika jumpa hamka jgn lupa lihat mata kirinya, ada tanda tahi lalatkah? hingga kritis sekali bait kata, noda pada akal telah jadi bual bicara dalam blog, tapi ramai yang suker kan.. kan? ahak!
supaya kamu tak salah orang..,
(salahkan ku salahkan dirimu...lalalala
atau tak salah mayat…
... larikkk jumpa mayat tanpa kepala!...wawawawa adegan yang tidak mungkin kita lihat tapi benar-benar berlaku apabila ramai antara kita tidak menunaikan solat!
-Abu Adam dan Sarah = RON
salama'laik......
ReplyDeletecutenyer najiha,
adha n haikal pun dah besor....
rindunyer kat korang semer.....
masih ingat kat mak pahx?
ada umur,kt juper g.....
hu hu hu....
Salam utk semua, guaner gamok boh? Rohok dok lening?
ReplyDeleteBRO HAMKA....
ReplyDeleteAKU DAH MCM KENAI SAPE ABU TU...
BERDASARKAN BAIT2 KATA PUITIS SEORG DUKUN PALSU....HAHAHHA...
TAPI XTAU LAH KALO KO KENAI GAK....
AKU DAH AGAK DR DULU LAGI TAPI TAK PERNAH LAK MAMAT TU GUNA ID ABU...
APA2 PUN DIA NAK KAWIN MEI NI DOAKAN DIE...
BRO, KO BG TIP DPT ANAK RAPAT2 KAT ABU...COZ DIE PUN BULU KAKI JARANG CAM KO...WOHA....(DH PANDAI SKRG ABU GUNA WOHA!!!!MOTIF!!!!)
Abu Adam dan Sarah
ReplyDeleteAku ada tahi lalat di mata kanan,
Dan best kau punya tafsir, boleh aku tulis bab ni lain kali, he he
---------
mak pah
ada umur, jumpalah kamu dengan anak saudaramu, belajarlah rajin rajin dik..
-----------
Skafobia
Dok rohok pung..
---------------
Anonymous
Eh, Abu yang mana ni?
salam..
ReplyDelete..ketika cinta bertasbih
..mendekat pada kekasih
..mendapat ujian yang pasti lebih
..walau ujian yang tak kurang pedih
..tetap terus tidak bersedih
..yelah, kita kan hamba dan ummat yang terpilih..
..siap sedia untuk berlatih
..contohi sirah, surah dan siasah
..tetapi kita selalu nak contoh siasah, walhal sirah dan surah kita lupa dan buat tak endah..
ok, untuk yang bakal-bakal pencari masjid..
bila air dah penuh dan meleleh hingga ke telinga, cari masjid, nak buat masjid?
Hamka, ko boleh tak buat entry
Tajuk "jika aku seorang wanita yang ingin bernikah, so ko bleh lah bagi cadangan apa ciri-ciri lelaki yang perlu waita utamakan"
mungkin hasil daripada cadangan wife ko sekali k -
..tinggi-tingi si matahari
..anak kerbau mati tertambat..Woha!
-sarah
aku dah tulis dalam entry:
ReplyDelete"cari menantu".
harap maklum
dari RON...
ReplyDeleteAIk!!!!! bilang lo sibuk bangggat minggu ini dong.....
ku pikirin lo ngak akan reply lagi komengan kami...
1 more thing.... aku ni RON tulen... aku dapati ada somebody yg gune my ID (siap budak tu,aku jumpe aku tenyeh dahi die yg luas tu...ahaks...bukan ko).... contoh ID yg die slalu guna RON, abu adam n sarah dan pernah gune sailesaloma...terbaru sarah....
aku kenai mamat tu...kenai sangat... takdee ape2 cume aku khuatir die gune ID aku utk benda2 yg membuatkan aku rase nak baling jer testis kat dahi die yg luas tu..(k utk die..." ko suke kan norish gune name hem.."dingsh sang)
dari
ReplyDeleteRON ke?
motif? tak baik cakap "baling jer testis kat dahi die yg luas tu.."
kalu najiha bace mung tulis cenggini, harus la die tak nak kawan dengan adam, sebab ayah adam banyak testis dan adam kot-kot banyak testis jugak! Woha!
:0
hmmmm
ReplyDeletepada :0 thanx 4 remind me....
ni kes terlajak kata lah ni...
anyway TAHNIAH pd org yg byk testis krn subur mubur
RON
hehe..lawak..baca entry kali ni..comeinye najiha..huhu..nk anak jugek..
ReplyDeletesalam
ReplyDelete:)
:o
Bagus, Abang Adha pula
pandai, abang Haikal?
“Baby Boy!”
“salah, ayah bukan ‘baby boy’..”
Tapi kan, bila I tengok wajah I dalam cermin..
I dapati, wajah I memang macam perempuan…
I tengok lagi, ha ah!, ialah, betul betul macam perempuan..
ayah ‘baby girl’(perempuan) ke?
apasal pulak tiba tiba aku jadi lembut, geli aku!
-sedih taw i bace u nyer comment, i pun lembut jugak! jangan hina-hina golongan lembut-lembut tapi masih gak dalam usaha untuk baiki iman dan amal.. sedih taww..uhuk!
-ade kawan i pun dah kawen, beranak pinak ala2 subur mubur gittew!
-Udin
kepada udin.
ReplyDeletemaafkan aku.
You write very well.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebro. muvi tu cite brad pitt eyh? penah tgk cite tu tp lupe plak cite ape n sape blakon. n klu x slp yg kubur tu kubur mak ppn tu.
ReplyDeletewahahahaha... dunia2. hafal aje bnde2 cmtu (dh penah tgk 2-3x gak kot cite tu)
comel la najiha. hehe... (geram tgk budak2 comel tp xreti jaga budak pn. bl blk kg kazen asik nangis je kalau sy ade. takut kot. haha)
bukan, movie tu tajuk dia "A Lot Like Love"
ReplyDeletepelakon lelaki:Ashton kutcher
masyaAllah!
ReplyDeletecomel giler makhluk ciptaan Allah nie
seronoknya. haih kalau kahwin tu secantik seindah macam hamka cerita ni. nak tukar doa dari lambat kahwin nak cepat kahwin la. aha
ReplyDelete