(Pengumuman Penting Dan harap Maklum.)
Hari ini dah ada orang tanya aku apa hukumnya bergurau pada 1 hb April..., eh!?, kau nak bergurau lantak engkauler hari apa-apapun, yang penting jangan lupa pergi surau..
Ingat gurau, ingat surau..ok?
lalu ada yang melarang bergurau pada hari ini kerana pada hari ini,... bla bla bla.., (sila rujuk email forward.)
Baiklah, korang nak tahu apa yang berlaku pada 1 April?, Korang betul nak tahu..?
Biar aku ceritakan..
Mulai 1 April, syiling satu sen tidak akan digunakan lagi bagi urusan apa jua pembayaran, sebaliknya semua bayaran akan digenapkan melalui mekanisme penggenapan kepada lima sen terdekat.
Menerusi mekanisme tersebut, jumlah keseluruhan pembayaran yang berakhir dengan satu, dua, enam dan tujuh sen akan diturunkan kepada lima sen terdekat, manakala pembayaran yang berakhir dengan tiga, empat, lapan dan sembilan sen, akan dinaikkan kepada lima sen terdekat.
Maka, kepada semua wanita yang nak berkahwin dan juga kepada Kadi yang nak menikahkan orang selepas 1 april,
Sila jangan terkejut jika Maskahwin korang yang di letakkan pada angka sen-sen sekian-sekian, tiba tiba di bundarkan oleh pengantin lelaki melalui system mekanisme penggenapan lima sen yang terdekat.
Woha!
****
Ps: tolong jangan buat lawak april fools akan perkara yang berkaitan dengan ugama.
lagi perkara yg terjadi, 1 april 2008 lebih kurang jam 2.30 pagi, seniwati yusni kembali kerahmatullah.. maka jadi mayat la ia...
ReplyDeleteya Allah, selamatkanlah aku dan member2 yg baca blog ni semasa menghadapi sakaratulmaut kami.. amiiiinnn
"Ingat gurau, ingat surau.."
ReplyDeleteekekeke..
eh, 1sen da xlaku ar?
ahahahahaha
ReplyDeleteTadi lepas maghrib kat masjid aku ada kuliah. Ustaz tu tanya hari ni berapa haribulan? Ramai2 jawab 1 April.
ReplyDeleteLepas tu ustaz tanya pulak hari ni berapa haribulan hijrah? 100 lelaki baligh yang duduk dalam kuliah jadi senyap...
Ustaz tu pesan kita kena tahu tarikh dalam kalendar Islam.
eik..? da xde lime sen ek encik..?
ReplyDeleteXD bro azharjaafar. nice story! saya stuju! kene tau gak kalendar islam.
Ps: classmates sy pon tk sambut april fool. hummm pade yg sambut april fool dkt mesia tu.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......
aku suka sambut 1 April.. sbb tu birthday bini aku.. haha..
ReplyDeletealongcute
ReplyDeleteSemua artis akan mati, kehidupan hanyalah lakonan, ikutlah ‘skrip’ bila berlakon..
---------
Sir Wan
Wang itu masih di guna pakai, Cuma dekat kaunter pembayaran, akan di bundarkan..
------------
Ansar @ Bungamelur
Ha!
----------
azharjaafar
dan aku nak Tanya balik ustaz tu, tarik lahir dia dalam kelendar islam tahu tak?
Heh!
-----------
Feerhan
Lima sen ada, 1 sen jer yang di bundarkan, jadi, jika nak buat hantaran, boleh guna nilai, RM5555.55.., tapi jika kau buat, RM1111.11 itu akn di bundarkan kepada RM1111.10, harap maklum..
1 April.. Birthday kawanku.. =)
ReplyDeleteOwh..
Mempromosikan "Jimat Belanja, Senang Kira" rupanya..
Kalu mas kahwen dah ditetapkan RM 9,999.99, maka kalu dibundarkan??
Jadi RM10,000.00??
Woha!!
[Err.. Maaf.. Menjadi pencuri trademark Bro Hamka nampaknya..]
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteem.. kita selalu nmpak duwet 1 sen penuh kat dlm tabung2 sumbangan ikhlas xspecially kat kaunter2 byrn shoping complex.Agaknya apa nasib duwet2 tu ek?
ReplyDeletedik, duit tu masih ada, masih boleh di guna pakai, masih laku, cuma dalam jual beli sahaja di bundarkan...
ReplyDeletecerita lain, ramai gak orang perempuan suka guna nombor sama untuk 'tuah' dalam maskhwin..
jadi sekarang nombor yang tinggal adalah..
RM55.55
RM555.55
RM5555.55
RM55555.55
jadi yang releven, RM5555.55, kira murah dah maskahwin budak sekarang, ialah tak kan nak taruk RM55555.55, tak gitu?
woha!
Hamka...
ReplyDeleteRM55.55
RM555.55
RM5555.55
RM55555.55
Kenape nak pilih no yg menarik?...
sape yg nak kawin ni?...
nombor ke manusia?...
Kenape ye cam ni?... org lain pun same... (termasuklah diri sendiri ni)
Kita jadi t'lalu obsess dgn nombor... Nombor ape pun... tetap gak jadi mayat.. hehe..
So.. takyah mempunyai sifat 'kenomboran'...
eh.. ade ke perkataan cam tu?...
Wah.. =)
Nombor 5555 tu, aku sajer menyakat budak budak ni, yang.. abang tak de niat nak kahwin lain
ReplyDelete(kata aku pada isteri aku)
heh!
ooo.. cenggitu.
ReplyDelete555 (buku utang 555??)
hutangku pade Allah??
haaaadehh.. uhuk3.
hahahahaha......
ReplyDeletelawak lah ko ni hamka...
kalo aku jdi bini ko....
aku cium2 bibir ko dan gigit manja lidah ko tu dan tarik2 idung ko dan hem bus nafas ke dlm lubang idung ko....
lov u kerana ALLAH....muah
thanx coz jadi asbab release kan tension aku...
from ron
apa yang kau tulis tu, bini aku dah buat dah, err, tiada idea lain ke yang lebih kreatif
ReplyDeletehe he he