Jan 16, 2008

Booster Iman ?

( Cerita lelaki dan wanita yang beriman akhir zaman, semoga Allah ampunkan dosa kita semua) Cerita 1. 

 Satu hari lepas solat subuh, sementara tunggu matahari naik, aku masih lepak di masjid (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya). 

 Tiba-tiba aku bersin sambil tutup mata, bersin dan bersin dan bersin.. Lebih dari 5 kali. Aku hemburkan segala hingus pada sapu tangan yang memang aku sedia bawa... 

 Minta maaf kepada semua ahli surau yang sedang beriktikaf sekalian di atas gangguan bunyi sebentar tadi. Aku mengalamai sindrom alahan pada perubahan suhu atau mungkin aku alami gajala Resdun. 

 Mana tahu?, tak lama kemudian seorang lelaki dalam lingkungan umur akhir 30-an tegur aku, rupa-rupanya beliau seorang doktor pakar yang bertugas di hospital Kerajaan. 

 Beliau terus menjalankan pemeriksan rawatan kepadaku secara langung dalam masjid dan setelah memeriksa nadi dan beberapa gejala di badanku beliau akhirnya bersetuju untuk bagi aku satu ubat yang mahal secara percuma bagi menyembuhkan alahanku itu. 

 Hari yang lain, di masjid juga, lepas solat isyak, beliau jumpa aku bagi aku satu ubat yang jenis sembur dalam hidung, Nasonex, mometasone furoate, Aqueous, Nasal Spray.. itulah yang tertera pada ubat tersebut. Aku dengan manjanya suruh beliau demo macam mana nak guna ubat tu, doktor itupun dengan kasih sayang telah pegang dagu aku, dongakkan dan picit ubat itu ke dalam lubang hidung.. Aku rasa di sayangi.., heh! 

 Moral of the strory is, bila kita pergi masjid, bukan sahaja masalah akhirat boleh selesai, masalah dunia kita juga Allah boleh selesaikan dengan berbagai-bagai cara, Maha suci Allah.. 

  Cerita 2. 

 Aku dan rakan-rakanku biasa pergi sarapan pagi selepas punch card, (check in guna internet-zaman dah maju). 

Dan untuk menjimatkan kos, kami gunakan sistem berkongsi kenderaan menuju sarapan. 

 Hari itu, tiba giliran kereta aku. Alamak?!, kereta aku bersepah!, sungguh bersepah, kesan dari hidup bersama tiga orang anak yang baru nak kenal saiz dunia, mainan, sampah, dan beberapa aksosri bergelimpangan di sana sini. 

 Aku bukak pintu dan dalam masa rakan-rakan cuba masuk ke dalam kereta, aku segara kemas mana yang patut, botol susu aku campak dalam bekas bawah kerusi, sampah aku pungut mana yang sempat dan cuba buat itu ini. 

 Tapi aku gagal kerana seluruh kerusi kereta telah di duduki oleh rakan-rakan. Dan mereka ’kutuk’ aku. Dan aku tahu kereta mereka adalah begitu bersih, dengan sport rim berkilat dan hidup bujang. Manalah sama nak banding kereta aku yang di kongsi bersama tiga anak kecil. Mereka buat lawak dengan kereta aku yang di anggap macam sampah. 

Dan dalam lawak serta gelak terkeluar ungkapan bahawa sebagai orang yang selalu ke masjid ( sekali lagi- akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya ) kena lah jaga kebersihan kerana kebersihan adalah sebahagian dari iman. Betul kata mereka -lalu aku bergurau dengan menyatakan bahawa kereta aku telah di ’patern’kan begini, siapa tiru aku akan saman, ha ha ha (cover line).. 

 Apa-apalah. Kemudian aku teringat zaman aku muda dan bujang dulu, zaman aku baru beli Motor RXZ. Hari hari basuh motor dan lap sini sana, malam simpan motor dalam rumah dan tak sanggup sedikitpun lihat kekotoran pada motor RXZ kesayanganku itu. Jika boleh aku nak pasang ubat nyamuk bawah motor waktu malam sebab tak nak bagi nyamuk hinggap kat motor... apa-apalah. 

 Nak jadi cerita ada kawan yang lebih dahulu menjadi lelaki beriman akhir zaman dari aku, seorang ahli masjid, solat jemaah lima waktu dan ada motor EX5 yang selalu kotor. Aku yang perasan bagus waktu tu sound mamat tu.., apa lah kau ni, hari-hari pergi masjid kononnya, tapi motor kotor, bukankah kebersihan adalah sebahagian dari iman?

 Lalu mamat tu jawab dengan selamba, satu rangkap perkataan yang aku ingat, hafal dan faham sehingga ke hari ini. Dan lafaz itulah yang aku ungkap pulak kat kawan-kawan aku yang ’kutuk’ kereta aku. 

 Lafaz itu berbunyi begini:- ”Alangkah baiknya jika kamu dapat membersihkan hati kamu sebagaimana kamu membersihkan kenderaan kesayangan kamu” 

Woha! 

  Cerita 3. 

 Di kedai makan, di sebuah meja, terdapat dua gelas teh tarik yang masih berbuih dan sedikit berasap terhidang atas meja. 

 Kelihatan dua lelaki yang cuba menyelamatkan dunia sedang berada di sana. Aku dan Mamat. Mamat juga adalah termasuk dalam golonngan lelaki beriman akhir zaman... 

 Kata Mamat:- ”aku pelik bila kau cerita tentang berbeza pendapat itu rahmat nampak macam kau dah paham tentang pentingnya kewujudan parti XYX atau ABC, namun kat tempat lain kau sindir mereka dan menolak pendapat mereka. Kenapa jadi begitu?” 

 Aku kata:- Kau kena paham hadith ni, yang di keluarkan oleh Bukhari dan Tirmizi, dan di riwayatkan oleh Nu’man bin Basyir r.a. Menurut hadith ini, lebih kurang maksud Nabi bersabda, ummat ini di ibaratkan mereka yang sedang berlayar di atas sebuah kapal, maka ada yang suka duduk bahagian atas, dan ada yang suka duduk bahagian bawah. Bagi aku (yang hina dan bukan ustaz), duduk atas dan duduk bawah adalah perbezaan pendapat., tiada masalah, masih di atas kapal yang sama. Masih belayar menuju tempat yang sama. 

 Namun tiba-tiba antara mereka ada yang berpendapat untuk buat lubang dapatkan air yang banyak dengan niat tak nak menyusahkan orang lain. Dan mungkin nak tolong orang lain. Maka, sekiranya orang yang berada di atas kapal tidak memegang tangan tangan orang yang nak tebuk kapal itu, (maksudnya di sini berdakwah pada mereka atau mencegah kemungkaran mereka). Maka, mereka semua akan karam. (demikan cerita hadtih itu lebih kurang) Jadi, habiskan teh tarik ni cepat-cepat, mari kita selamatkan dunia dengan mencagah parti XYZ dan parti ABC daripada tebuk lubang di sini sana.

 Woha!... 

  Cerita 4. 

 Aku baru nak bersiap untuk solat zohor, tiba tiba telefon berbunyi, ringtone ”another you-Cromok:- Ku angat ku dengar suara. 

 Suara wanita yang sedang tercungap kepenatan. Juga seorang wanita yang beriman di akhir zaman... 

  ”Abang hamka, Abang tahu tak siapa yang bunuh Saidina Hamzah?” 

 Aku berfikir 2 saat dan menjawab; 

”Kalau tak silap aku, Hindon nama dia, kenapa?, kau kat mana?” 

"Aku sedang buat program khemah ibadat anjuran parti XXX, sedang explorace, berlari sambil cari jawapan tentang islam, jawapan dia bukan hindon, sebab klu dia lelaki..." 

 "Eh, lagi 2 minit nak Zohor, kau musafir ke?" 

Tanya aku.. "Tak, kami kat pantai XXX sahaja, ustaz pun ada. Lepas program ni, ada makan tengahari, lepas tu baru solat kot.." 

 Aku garu kepala sebelah tangan, 

  ”Kalau tak silap aku, yang lembing Saidina Hamzah r.a dalam perperangan Uhud adalah Washi.., eh tak baik kau melengah-lengahkan solat, nanti datang Haid ke apa?” 

”tooot”... 

 Panggilan tamat, Dunia dah nak kiamat... Wahai adik perempuanku, walau di mana kamu berada, kenang aku dalam doamu.. 

  Cerita 5 

 Kawan aku seorang penderma darah yang kerap, juga lelaki beriman akhir zaman dan sudah lebih 5 kali menderma darah telah mendapat tawaran percuma untuk suntikan imun Hepatatis B. 

Sebelum di suntik, darah beliau di ambil dan di analisa lalu di dapati imun yang di suntik ketika bayi dulu telah habis imunnya, maka beliau telah di suntik sebanyak 3 kali secara berperingkat untuk mengaktikan balik imun hepatatis B. 

 Jika Di Klinik Swasta, cas akan di kenakan RM 35 untuk setiap suntikan. Di Malayasia, imun untuk orang dewasa tidak di wajibkan oleh Kerajaan kecuali jika gelaja penyakit ini tersebar, namun jika anda bercadang ke luar Negara, eloklah ambil langlah pencegah awal. 

 Semua datang dari Allah, Yakinlah Allah segala-galanya. Orang yang tolak asbab adalah bodoh, dan orang yang yakin dengan asbab lagi-lagilah bodoh.(sebab syirik) Selamat maju jaya. Negara sihat, rakyat bersih. 

  Cerita 6 

 Apabila aku perkenalkan istilah ”iman-imun”, maka ada yang pertikaikan perkatan ini, kerana iman tidak boleh di imunkan, hanya iman malaikat yang imun iman, kata mereka... 

 Lalu aku teringat tentang unta yang boleh hidup 2 bulan tanpa air, tahu mana aku ambik fakta ini? Dari iklan ASTRO yang mengambarkan anak zaman sekarang jadi bijak kerana ibu-bapa mereka langgan ASTRO. 

 Jadi lepas ni, anak-anak anda akan jadi bijak hari ini kerana aku nak cerita sikit tentang imun. Aku akui, aku memang bodoh dalam banyak hal.. lalu aku call doktor dalam cerita pertama di atas. Berikut adalah fakta yang aku dapat tentang imun.. 

 Banyak imun yang di beri, akan jadikan kita kebal seumur hidup untuk penyakit seperti campak, rubella dan BCG (yang biasa aku dengar) , serta Parotitis (tak pernah aku dengar) dan lain-lain.. Untuk penyakit tetanus (aku baru dengar) boleh bertahan hanya beberapa tahun, dan jika suasana kritikal, perlu suntikan ulangan dalam periode waktu tertentu yang di panggil ‘booster’(aku baru tahu istilah ini) 

 Ada lagi nama penyakit yang aku baru dengar seperti pertusis yang imun hanya sementara untuk kanak-kanak, tapi untuk orang dewasa imun sampai mati.. Dan kaedah suntikan imunasisi yang berulang di panggil ‘booster’, aku pun baru tahu, mungkin lepas dah belajar ‘imun-iman’ kena belajar pulak ‘booster iman’ he he he.. 

 Oleh kerana terdapat kes pesakit yang telah di imunkan tetapi masih menghidapi penyakit, maka badan bertindak masih lagi mengkaji kaedah imun yang betul sesuai untuk sepanjang zaman… Nama jabatan yang mengatur booster untuk vaksin adalah The National Institutes of Health (NIH) dan di Bantu oleh CDC (aku tak catat shortform yang ni) Ok, Iman itu ada banyak cabangnya, paling tinggi adalah dakwah, dan paling rendah adalah alihkan kayu yang mengganggu di tengah jalan, dan malu itu cabang dari iman.. 

 Kalau iman korang belum ‘imun’, macam iman aku, kena banyak buat ‘booster’ iman.. He he he, tapi itu istilah sahaja, yang aku guna pakai dalam blog ini, lantak korangler nak setuju ke tak, aku memang bodoh dalam banyak hal.., tak pandai macam korang. Aku stop bab imun dengan persembahkan sebuah iklan: 

 Contoh Iklan baru, 

  ”Ayah, tahukan siapa yang menjumpai keadah imun?” 

 ”Siapa?” 

Tanya ayah budak itu sambil bonceng anak perempuanya itu ke belakang bahunya... pelakon adalah orang yang sama dalam iklan ASTRO., dan memagang watak lelaki beriman akhir zaman. 

  ”Edward Jenner ayah, pada tahun 1796, beliau telah memperkenalkan teknik vaksinasi iaitu dengan menyuntik bahan yang telah di ambil daripada jerawat cacar lembu dari tangan seorang pekerja ladang ternakan lalu di suntik ke dalam badan seorang budak yang bernama James Phipps, setelah mengalami gejala cacar lembu, kanak-kanak atau Jamer Phipps ini segera sembuh, kemudian sekali lagi badannya di suntik dengan cacar yang merbahaya dan di dapati bahawa Phipps tidak menujukkan sebarang tanda serangan penyakit tersebut..”

Wah pandainya anak ayah, belajar kat mana?. (Versi asal:- Astro!) Veris edit:-Blog keretamayat!

Delete scane: “Ayah, walaupun blog itu di anggap bodoh dan di benci orang ramai, tapi cukup ramai yang baca dan bagi komen, dari komen mereka saya dapat belajar banyak ilmu baru, ayah pun kena baca sama jika nak jadi bijak macam saya.. hihihi.. 

 Woha! 

  Cerita 7 

 Kakak aku bekerja sebagai pegawai farmasi, juga termasuk seorang wanita beriman akhir zaman, aku juga luangkan masa bercakap tentang imun dengan beliau semalam.. 

 Secara kesimpulannya, imun akan di berikan kepada setiap rakyat dan di wajibkan oleh kerajaan untuk mengelakkan penyakit berjangkit. Tapi sekiranya gelaja merebak yang terlalu kuat dan belum ada imun, maka kawasan yang terlibat akan di quarantine kan. 

 Aku rasa ada usaha parti XYZ untuk kuarantinkan Malaysia, supaya Rakyak kelak, dapat selamat dari penyakit iman. Tapi kenapa tak imunkan sahaja iman Rakyat Malaysia dengan cara renew iman dan seterusnya dunia ini tak perlu lagi di kuaratinkan?. 

 Tamsilnya begini:- Jika korang duduk pantai timur, dan kemudian, anak korang dapat tawaran belajar di Kuala Lumpur, maka korang terus bimbang masa depan sebab kat KL yang korang faham banyak gejala maksiat, tempat hiburan banyak, kedai arak banyak, kedai jual nombor dan sebagainya. Lalu kita buat usaha untuk tukar Kerajaan dan bila kita menang, kita tutup segala macam tempat hiburan yang banyak itu, kedai arak kita tutp, kedai jual nombor dan sebagainya semua kita tutup. (jika menang, if… ) 

 Tapi kita terlupa yang anak kita ada penyakit iman dan belum di ’imunisasikan’ lagi. Sampai Kuala Lumpur anak kita akan buat sendiri amalan orang –orang yang rosak imannya. Seperti solat lengah-lengah, melancap dan sebagainya. 

 Maka moralnya di sini adalah. Kau nak tumbang Kerajaan ke, nak Kukuhkan Kerjaan ke, jangan lupa untuk buat usaha atas iman. 

Usaha jaga solat jemaah dan usaha hidupkan Sunnah Nabi, hudupkan Janggut Nabi dan akhlak Nabi.. Sebab bila anak kita dan di renew iman mereka, dan di imun iman mereka, jika dapat tawaran belajar kat USA pun masih solat jemaah, tak melancap dan sebagainya. Mungkin kelak berkat fikir risau, semua orang negro masuk islam, tak mustahil bukan? Dan akhirnya Amerika akan jadi negara islam. Simple. 

  Cerita 8. 

 Aku pernah tulis begini: Orang miskin selalu bercakap tentang harta orang kaya. Orang bodoh selalu bercakap tentang kelemahan orang pandai.. 

Ada orang mintak tolong aku tafsirkan.. Senang begini, kau pergi jer baca kat komen kereta mayat, akan ada komen orang-orang yang bodoh bercakap tentang kelemahan orang pandai.. 

 Mereka komen orang yang berdakwah akan kelemahan seperti janggut macam kambing, busuk macam najis, pakaian kotor macam pengemis, dan yang semakna dengannya, yang semua itu di tulis sebagai tujuan menghina.. 

 Jadi kes aku pulak, aku tidak bercakap kelemahan orang pandai, perut bungcit ke, dagu licin macam babi ke, misai panjang macam singa laut ke, aku tak akan komen sebodoh itu, tapi aku tulis tentang ’kesilapan’ orang pandai, cakap berapi-rapi tapi solat tak jaga, nak negara islam tapi tak nak ikut sunnah Nabi, nak kuasa nuklear tapi malas nak solat jemaah, boikot product orang kapir dan masa yang sama boikot janggut di dagu.. 

 Aku tak kira sama ada mereka ustaz atau ulamak, dan sama ada mereka sengaja atau tak sengaja aku tulis, sebab aku nampak..., perbuatan mereka ada yang bercanggah dengan Al Quaran dan Hadith.., aku boleh hindarkan diri dari jadi seperti mereka.. Orang tabligh yang bercerita tentang dunia dan politik dalam masjid pun aku sound, biasa aku cakap kat orang tabligh yang tersasul lalu yang rancak cakap tentang politik dengan lafaz.. ”six noble quality only, please...” 

 He he he.. Aku tak nak jadi orang yang taksub dan bodoh lalu telan semua statement walaupun terang lagi bersuluh semua itu bertetentangan dengan Sunnah hanya semata mata orang yang cakap itu bertaraf ustaz dan ulamak.. Allah dah bagi Akal dan Hati... Lagipun ini latihan juga kerana bila nak jadi mayat kelak, syaitan akan menjelma jadi orang pandai untuk murtadkan kita.., cuba bayangkan syaitan jelma jadi Tuan guru ke, jadi ulamak besar ke masa nak mati, tak ke haru?, jika kita main sebat sajer semua lafaz mereka, tak ke hampeh? tak ke kita boleh mati dalam keadaan kafir? Naduzibillah.. 

 Selamat berlatih. ; ) Tapi jika ada aku terkomen peribadi mereka pada entry yang lepas, sila bagitahu, aku nak delete, (kalau adalah)., mana tahu, sebab aku kadang kadang semborono menulis lalu terpengaruh dengan nafsu sendiri..oh! Dan seperti biasa, ramai yang suka bercakap tentang kelamahan aku, paham-paham sudah. 

  Cerita 9 

 Aku hantar anak aku pergi tadika. Seorang anak yang akan menjadi lelaki beriman akhir zaman..., insyAllah. Balik tadika aku tanya belajar apa dan ada perform solat tak..? 

 Jawab anak aku. Ayah, cikgu bila dengar azan tak pergi solatpun.. 

 Oh, dunia mereka lebih mencabar! , orang BN sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang PAS sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang Tabligh sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian, orang yahudi dan Nasrani juga sedang besarkan anak dengan fahaman sekian-sekian. Aku pula di sini sedang besarkan anak aku dengan fahaman sekian sekian.. Perang yang lebih besar dari sini sedang menanti mereka... Oh! 

  SEKIAN. Ps: syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia, tapi manusia selalu berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia... Ps2: Orang yang tak suka baca blog aku tapi hari-hari refresh dan bagi komen sampai cecah ratus-ratus adalah seorang yang.. errr, agak ’menghiburkan’, heh!

83 comments:

  1. pasal kau selalu ke masjid, ni aku bagi 4 adab di masjid..

    1) kam kana
    2) kam sonna
    3) kam bolna dunia ki baat
    4) kam karti jaana

    ReplyDelete
  2. Quote from bro Hamka's statement in this entry...

    [... aku tak akan komen sebodoh itu, tapi aku tulis tentang ’kesilapan’ orang pandai, cakap berapi-rapi tapi solat tak jaga, nak negara islam tapi tak nak ikut sunnah Nabi, nak kuasa nuklear tapi malas nak solat jemaah, boikot product orang kapir dan masa yang sama boikot janggut di dagu..]

    Sokong 100%

    p/s: Zaman dolu2 suka lagu dangdut Mas Idayu, Cinta 100%.. (tak confirm tajuknya...)

    ReplyDelete
  3. saya tak menafikan bahawa memang terdapat orang yang inginkan negara Islam tetapi cuai dalam amalannya seperti ke masjid dsbnya.

    Tetapi nisbah pecahan mereka dengan orang yang tidak mahu langsung dengan negara Islam kenalah diambil kira juga. Berapa ya ?

    :)

    Bagi saya pendapat yang mengatakan bahawa rupa seseorang pendakwah yang kelihatan pengotor, busuk, hapak dan sebagainya janganlah dikira sebagai pendapat yang negatif. Berprasangka Baiklah dalam hal ini. Mungkin Banyak betulnya daripada tidak betul. Cermin wujud di mana2.

    Sedangkan di universiti pun terdapat kod etika dalam berpakaian supaya kelihatan kemas, bersih dan berdisplin. Apatah lagi imej seseorang pendakwah di mata masyarakat pada hari ini. Anggaplah komen tersebut sebagai sesuatu komen yang POSITIF dan bukan menghina.



    Saya merasakan sangat gelihati dengan perkataan MELANCAP yang tertera dalam tulisan Hamka ni.

    (TIADA PERLU SAYA MINTA MAAF DALAM HAL INI di atas syor saya tentang MELANCAP ini KERNA BLOG INI BUKANNYA BLOG DAKWAH MAHUPUN BLOG ISLAMIK ATAU TABLIGH)

    Tidak keterlaluan jika Ingin saya menyatakan sesuatu di sini bahawa

    KEMUNGKINAN ENCIK HAMKA INI MEMPUNYAI BANYAK PENGALAMAN DALAM HAL MELANCAP INI.

    Apalah kiranya jika Encik Hamka bercerita fasal PENGALAMAN encik dalam AKTIVITI MELANCAP INI SUPAYA MINAT PEMBACA TERHADAP entry encik ini akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

    Mungkin Hamka amat kreatif dan sangat berpengelaman dalam hal melancap ini sehingga terlewat mengerjakan solat fardhu. Persilakan. dan anggap sebagai cadangan sahaja.

    dan pasal PS2.
    Janganlah Hamka menyatakan bahawa terdapat ramai orang yang tidak suka baca blog encik Hamka. Sesungguhnya terlalu ramai. termasuk diri saya.

    Bagaimanapula orang yang tidak suka membaca blog encik Hamka tiba2 dapat memberi pandangan sehingga blog saudara memperolehi 190 HITS KOMEN.

    Kadang-kadang statement saudara Hamka amat aneh dan pelik. dan kadang-kadang pula amat contradict.

    Kemungkinan saudara Hamka tersilap ambil dos ataupun mungkin terlebih.


    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  4. udah-udah la tu Azmi... buat la blog sendiri. Nampak gaya terer juga menulis tu berjela-jela... Moga-moga ada la orang baca blog ko tu...

    komen ntah apa2... penulis tulis melancap dalam skop lain dia pi tulis guna nak tikam penulis lak... macam ahli politik ah...

    ReplyDelete
  5. dear onani opps sory anonymous,

    maaf saya tersilap eja.

    Kenapa saudara/i menegur saya supaya membuat blog sendiri ? Seolah2 seperti menghalau saya.

    Saya agak 'terasa'.

    Saya adalah peminat setia blog ini sejak ia mula established dalam 3 tahun lepas (tak silap saya la).

    kerna...mungkin saya sedar bahawa saya pasti akan jadi mayat nanti.

    Untuk membuktikan kesetiaan saya pada blog ini, maka saya berjanji, jika saya mempunyai masa lapang, saya akan mengkomen jika ia menarik perhatian saya.

    Kenapa saudara/i marah dengan syor pelancapan tersebut ? sedangkan kita semua sudah tahu bahawa blog ini bukannya blog dakwah, blog nasihat, mahupun blog tabligh.

    kan blog ini hanya sebagai blog berfikir.

    Blog ini mengajak manusia berfikir dan oleh itu saya turut terfikir kemungkinan encik Hamka boleh mengajak manusia2 lain berfikir bagaimana untuk meluaskan kreativiti dalam arena lancap melancap ini. Kalau tidak, beliau tidak akan offer dan promote perkataan tersebut utk membolehkan orang lain berfikir secara public.
    tentang melancap tersebut.
    ...
    ...
    ...

    dan kita juga tahu bahawa yang empunya blog ini sudah beberapa kali menyatakan bahawa beliau bukan seorang yang pandai (baca berulangkali tulisan entry terkini)

    Jadi tidak salahkan ?

    Tolonglah kalau boleh jangan halau saya.

    ReplyDelete
  6. ko nak melancap bersama2 ke azmi?

    ReplyDelete
  7. Anony,

    Mungkin saudara/i boleh bertanya dengan si-Hamka.

    Beliau amat arif tentang melancap ini.

    Aku percaya kau sangat "dekat" dihatinya.

    ReplyDelete
  8. bravoooo Hamka...

    USA nak di islamkan????????

    yeah...cool...

    Tapi yang aku nampak bukanker Malaysia nak di-USAkan ???

    mimpi ker dude ???


    ko tak nampak ker ada planet Hollywood kat Kuala Lumpur..
    disco sana sini bersepah-sepah merata2 kat kolumpo ni..???
    kelab homoseks artis, penyamun dan baaanyaakkk lagi....

    TIBA2 USA nak diIslamkan ???

    oooppsss soryy baru aku sedar..

    HAMKA ORANG KAMPUNG...!!!!
    orang keropok lekor losong...
    SENYUMM SOKMOOOOOOO

    apa dia tahu??????

    sorry dude! aku bagi pendapat jer... mana yang betul tu betul la.. yang salah tu...sorry ek..

    WALAUBAGAIMANAPUN ITU MUNGKIN CITA2 ATAU FANTASI KAU SAJA..

    SYABAS SEBAB MEMPUNYAI CITA2 YANG TINGGI.

    BUKAN SENANG NAK DAPAT DREAMER MACAM KO NI HAMKA!!!

    YEAH BABY... YOU ARE SOOOO COOOLLLL

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Begini rupanya perangai sebenar seseorang yang SELALU MENGAJAK ORANG LAIN BERFIKIR dan YANG EMPUNYA BLOG KERETA MAYAT.

    Yang peliknya tiada pula kawan-kawan HAMKA yang kelihatan sebelumnya sangat alim menegah perlakuan tersebut jika aku terkena 'serangan' tersebut

    saya berasa sungguh ANEH dan agak hairan.

    BEGINILAH PERANGAI DAN BUDI-BICARA SESEORANG YANG BERNAMA HAMKA.

    syabas. Saya tidak marah pun..
    bahkan seolah2 wujud satu dimensi baru dalam blog ini.

    Sebelum ini, rakan2 Hamka (mungkin Hamka sendiri) berasa terpukul dan jelek dengan tulisan bahasa Inggeris daripada seseorang yang bernama MAZEN dan berharap ada pihak dari kalangannya yang back-up beliau.

    Sebenarnya setelah aku sendiri membaca tulisan Mazen tersebut, tidak nampak pun apa-apa perkataan carut dan lucah.

    Cuma makian dan kata-nista yang bermaksud BODOH

    dan ADALAH tidak bersalahan dengan apa yang HAMKA gambarkan dirinya yang sememangnya seorang yang BODOH.

    kemungkinan rakan-rakan HAMKA perlu mempelajari Bahasa Inggeris maklumlah mereka perlu pergi ke US untuk berdakwah.

    Jangan lupa bahasa yang digunakan itu adalah juga bahasa Pasar yang betul-betul menggambarkan si-empunya blog ini and the gangs.


    =)

    takper Hamka create lagi nick yang sebegitu rupa. begitulah gambaran diri engkau selama ini.

    ReplyDelete
  11. aku simpati pada engkau wahai En.Azmi... selalu bersangka buruk pada Hamka.,
    semoga engkau mendapat hidayat dari Allah.,,

    ReplyDelete
  12. azin dear,

    kenapa bersimpati dengan saya. bersimpatilah dengan rakan2 Hamka yang terus terang menggunakan nick yang mengecam saya.

    =)

    kesatlah airmatamu...itu.

    tentang berprasangka buruk, janganlah bermain2 dengan perkataan itu kerna kelak ia akan memakan diri sendiri.

    Bukankah hamka juga berprasangka buruk dengan para pengkomennya selama ini termasuk aku ?

    juga antara dua parti politik yang sentiasa berlaga antara satu sama lain?

    kenapa berprasangka buruk dengan aku pula?

    sedangkan aku hanya peminat setia blog yang mengajak manusia berfikir ini.

    oh!

    =)

    ReplyDelete
  13. saya bukan hamka, mahupun adik badik hamka, mahupun rakan sekelas hamka.

    saya ialah rakan lancap azmi bin onani.

    takde kena mengena dgn hamka.

    cuma pembaca setia blog. itu saje.
    tima kasih.

    nak ke tak nak ni azmi?? masih tak jawab....aduih...tgh bergelora ni nak melancap sama ngko yang handal dan kreatif melancap..

    ReplyDelete
  14. aku baru baca balik..ko dah fitnah hamka....dia tak ajak ko melancap..yang ajak ni aku la..mende la lu azmi bin onani.

    jgn risau brader...
    aku tak berprasangka buruk sebab aku tak nak pulak nanti bila ko makan tahik, aku pun kena makan jugak..

    ReplyDelete
  15. orang yang di atas,

    semekum...

    kalau kau Hamka pun...
    takkan nak mengaku...

    betul tak ???

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. fuuhh.. aku pun respek korang nih..

    lagi3..

    i like this..

    ReplyDelete
  19. Orang PAS jahil! malas nak jaga ibadat. negara Islam jer lebih! tapi tak jaga sembahyang!!!

    Orang Umno macam keluarga aku pun lagi teruk! keduniaan! keduniaan! langsung tak jaga sembahyang!!!

    tapi masyaAllah syeikhh.....aku aper kurangnya.....
    he..he.he.
    aku pun tak boleh harap jugak....
    gimmick jer lebih...
    kih! kih! kih!

    ReplyDelete
  20. ah!

    terlambat..

    komen yg ke 20..

    haha!

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. [... aku tak akan komen sebodoh itu, tapi aku tulis tentang ’kesilapan’ orang pandai, cakap berapi-rapi tapi solat tak jaga, nak negara islam tapi tak nak ikut sunnah Nabi, nak kuasa nuklear tapi malas nak solat jemaah, boikot product orang kapir dan masa yang sama boikot janggut di dagu..]

    Setuju. Ada sebilangan dr mereka.

    [ Mereka komen orang yang berdakwah akan kelemahan seperti janggut macam kambing, busuk macam najis, pakaian kotor macam pengemis, dan yang semakna dengannya, yang semua itu di tulis sebagai tujuan menghina..]

    Mungkin kita juga boleh bersangka baik dengan mengambil teguran ini bukan 'menghina' tetapi 'menegur'dan diambil secara positif.

    Allahua'lam.

    ReplyDelete
  23. hye guyss...

    sometimes i dunno.. this blog is sooooooo funny to me...

    haha...

    Hamka look like a cartoon actually.

    Probably He is nowww soooooo saaddd...

    oh dear...
    that's not kewlllll...

    =(

    ReplyDelete
  24. hahaha...azmi..azmi...

    aku raser lah ko nie musti ahli pengikut parti xxx yang bengang...woi..nak berkempen g lah tempat lain woi...kau ingat dengan berkempen kat sini parti ko tu boleh menang ke? nak negara Islam..perangai ko tu x mencerminkan parti ko yang so called Islamic tu..piiraahhh...

    dah puas ke hati ko dapat kutuk orang kat sini???(mcm selalu pemimpin parti xxx buat)

    apa! belum? tak pa..tak pa..silalah buat kutukan ko lagi..sepuas hati ko...puaskan nafsu ko tu kat sini..aku tau ko tertekan sbb nk dekat pilihanraya ni...hehehehehe

    parti ko kan suke mengutuk orang-ko belajar dari parti ko kan?

    p/s: kadang-kadang seronok layan n baca komen budak-budak macam azmi nie-so emotional..huhuhu

    ReplyDelete
  25. ansar@bungamelur gi ler update u punya blog hehe

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  28. dear my dear zufi,

    insyaAllah aku update nanti..

    lama tak update blog sendirik..

    nyibuk kat blog org je kan?

    ReplyDelete
  29. Allah Ta'ala Maha Mengetahui. Allah tahu bukan perkara2 yang nampak je..Yang ghaib pun Allah Ta'ala tahu jugak.Bukan setakat komen2 dalam blog ni, tapi blog2 seluruh dunia Allah Ta'ala tahu. Yang dah mengomen...yang sedang mengomen...dan yang akan mengomen.

    p/s: Dan pengetahuan Allah SWT bukan setakat komen2 je, SEMUA Allah tahu. "Sudah Akhir Zaman"? Mungkin.. Allah SWT je yang lebih mengetahui

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  31. hamka..

    ko dah kene doa taraf sahabat..

    amiin..

    beruntunglah kau hamka..

    para sahabat nabi s.a.w itu syurga balasan bg mereka..

    ReplyDelete
  32. Bakalmayat, ansar@bungamelur dan lain-lain
    ...................

    Tuan yang dimuliakan,

    Hebatnya Allah swt nie Dia tahu apa didalam hati-hati semua makhluknya..

    Dan Allah swt jualah yang mengerakkan hati manusia ke arah kebaikan,..

    Jika Allah swt mahu Dia boleh tukarkan semua orang kafir menjadi beriman sekelip mata,begitulah hebatnya Allah swt..

    Tapi Allah swt nak muliakan kita dengan kerja agama..disuruhnya kita keluar berdakwah mengajak manusia kepada kalimah yang satu,yang boleh menyelamatkan kita di dunia dan akhirat iaitu 'Tiada Tuhan selain Allah swt',Dia lah yang berkuasa,.Dia lah yang memberi manafaat..Allah lah pentadbir.. selain Allah semua makhluk yang ditadbir..

    Mari kita doakan hidayat untuk saudara-saudara kita ini,..tinggalkan perdebatan yang sia-sia ini..insya Allah

    p/s: doakan hidayat utk aku jg =)

    ReplyDelete
  33. Aamiiiin

    ansar @ bungamelur

    kome ni laki ke pompuan?

    ReplyDelete
  34. dah..dah ..dah.. SILA BERHENTI!


    nak maghrib ni. stop. kita ke masjid. aku nak jadi IMAM BESAR NI...
    BERJEMAAH!!!

    Maaf Hamka..
    aku cuma tiru ayat awak sahaja...
    jangan marah yer...sebab tak ada copyright-act.

    ReplyDelete
  35. Hamka,

    lama tak baca blog ko.

    ustazahrock ko mana Hamka ?
    Tertinggal kat Hard-rock Cafe ker ?
    he..he.he.

    sorry Hamka.. aku gurau..

    ko ingat lagi tak orang yang cakap ko tu alim2 kicap tapi suka makan mee-maggi campur kicap-arqam?

    sorri tak tau pulak ko tu Tabligh
    aku ingat ko Al-Rufaqa Al-Arqam.

    Dulu jiran aku dulu tu Pendakwah Al-Arqam.

    Serious cara dia cakap tu ayat dia sebijik cam ko.. pahtu suka makan maggi kari taruk sayur.

    Tak cukup masin lagi, dia taruk kicap cap al-arqam.
    tapi sian dia mata dia buta-sebelah.

    bila baca blog ko terus aku ingat dia. yang ahli arqam tu.

    nostalgia beb!

    sorri..
    update blog cepat!

    ReplyDelete
  36. hi everybody,

    u r so funny!

    ReplyDelete
  37. salam..

    terasa letih plak baca komen yang sangat mencarut...

    seorang yang mengumpat kejahatan org lain, sehingga sebelum mati, Allah akan jadikan umpatan itu sebagai dosa yang die kena buat..
    so yang perasan baik, caci dan maki, semuanya akan kembali kepada kalian,
    istigfar banyak2 k..
    jangan latah2 k..
    baca boleh..
    gelak boleh..
    reverse saikilogi boleh..
    but don't attacking anyone faults..

    go hamka!

    ReplyDelete
  38. "Orang yang tak suka baca blog aku tapi hari-hari refresh dan bagi komen sampai cecah ratus-ratus adalah seorang yang.. errr, agak ’menghiburkan’, heh!"


    Aku jugak rasa begitu. Sungguh terhibur. (hebat BM ku)

    tapi duet 20sen takdelagi nak bagi.

    =)


    Aku derma darah 4x dah, darah ku jenis O. Siap nak darah carik aku. derma ikhlas ni.

    ReplyDelete
  39. salam...

    saudara hamka, nak tanya

    skim graduan pelajar yg menganggur ada lagi ke?mcm mn nak dftar....saya xde keja ni....

    itu je...sory, out of topic

    p/s:jaga diri

    -terpenjara dalam hutan dunia

    p/s:saya copy komen saya kembali dr entry akhi hamka yg sbelumnya, mngkin akhi hamka tak nmpak, sbb byk komen, xpe2...moga kali ni akhi hamka nampak......

    -tq-
    wassalam

    ReplyDelete
  40. buat apa laa tanya si hamka tu.
    dia bukannya tau.
    ntah2 kelentong jer.

    mungkin boleh pegi sendiri ker Universiti yang terdekat dan tanya mana2 bahagian yg berkenaan atau ke laman web yang berkenaan.

    USE GOOGLE to search.

    Sorry just provoke kau hamka. Manalah tau kot-kot terbukak hati kau nak tolong jawab (itupun kalau kau tau)

    ReplyDelete
  41. Hati-hati ketika menulis di sini.
    Takutlah kepada Allah. Jangan kita
    mencari dan membuka aib saudara Islam.

    Jika benar aib yang kita kata, maka ia akan jadi MENGUMPAT. Kita pun dah maklum dosa mengumpat.

    Jika aib yang kita kata mengenai seseorang tu tak benar dan andaian kita semata-mata, maka ia akan jadi dosa FITNAH.

    Dosa kepada Allah kita boleh minta ampun dari Nya. Dosa sesama manusia, kita kena minta ampun secara personal.

    Usaha Tabligh adalah usaha yang telah dibuat oleh para Nabi. Jangan lah kita mengeji usaha ini semata-mata kita benci atas kelemahan Orang Tabligh. Ini akan membahayakan kedudukan iman kita.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  42. Azharjaafar,

    si hamka tidak pernah mengaku dia mewakili TABLIGH.

    sebaliknya dia hanya seseorang yang mengajak berfikir.

    SILA BACA BETUL2 JIKA ANDA SESEORANG YANG MEMPUNYAI OTAK YANG BAGUS DAN WARAS

    perdebatan sudahpun tamat. dan aku pun sudah tahu tahap hamka itu di mana. dan aku juga sudah tiada berminat untuk meneruskannya lagi.

    KENAPA ADA LAGI ?

    ReplyDelete
  43. Azmi,
    Aku hanya menyampaikan nasihat
    kerana agama itu nasihat. Kalau kau
    tak suka, terpulang. Nasihat tu aku
    tujukan untuk diri aku dan orang yang suka dinasihat.

    dan.. aku memang

    SEORANG YANG MEMPUNYAI OTAK YANG BAGUS DAN WARAS.

    Itulah pemberian Allah kepada aku.

    ReplyDelete
  44. Simpan saja nasihat kau itu kepada kaum keluarga kau yang terdekat kerna mereka lebih memerlukan.

    dan kalau kau nak tau, aku emangnya tiada berminat untuk menghina jemaah kau itu.

    Jagalah anak buah kau itu baik2.

    SEKIAN.

    ReplyDelete
  45. bismillah,

    Secara jujurnya saya dah boleh agak entri yang ini akan menjawab beberapa komen dalam entri yang lepas, tapi takpelah..saya tak mau masuk campur. itu hal bro hamka dengan mereka yang berkenaan.

    Saya suka dengan salah-satu prinsip yang dipegang oleh bro hamka. (sama ada ia betul-betul dipegang atau tidak. tidak kisahlah), yakni tidak membuang sifat baik yang ada dalam diri apabila dikutuk, dicaci dan dihina oleh orang lain.

    Namun setakat ini, sepanjang keluar ke jalan Allah mengikut acuan jemaah tabligh MMI (maulana muhammad ilyas) saya belum lagi hadapi pengalaman seperti bro hamka, alhamdulillah.

    .....
    Kisah-kisah dalam entri kali agak menarik dan boleh diambil iktibar.

    jazakAllahhukhaer
    .....

    note:
    1. mengapa ditulis 'kuar jalan Allah mengikut acuan jemaah tabligh MMI' ?

    jawab: sebabnya bukanlah jemaah tabligh MMI sahaja yang lakukan 'kuar jalan Allah'. jemaah-jemaah Islam lain pun sedang lakukannya cuma berlainan method.
    sesungguhnya setiap apa yang dilakukan untuk agama Allah ketika keluar adalah dianggap KUAR JALAN ALLAH.

    2. mengapa jemaah tabligh acuan MMI ?

    jawab: semua jemaah Islam sedang melakukan dakwah dan tabligh, maka semua boleh dianggap jemaah tabligh.

    ReplyDelete
  46. baik ko tutup je blog ni hamka..dah ada 73 golongan kat sini..he he he..

    ReplyDelete
  47. assalamualaikum.

    Selepas aku post entry ini semalam, lepas subuh pagi tadi baru aku bukak..

    baca komen entry lama yang masih belum habis lagi di komen korang, tapi aku mungkin tak jawab kot.

    (tengoklah)

    kemudian baca komen entry baru...

    nasihat aku, kalau boleh pakai nikckname yang baik-baik. semua orang islam kat sini..

    kepada cik azmi, marah benar anda pada saya sehingga sangka saya sanggup menyamar jadi orang lain untuk jawab komen anda.

    Hanya Allah yang tahu...

    Orang beriman sifanya menelan marah, saya juga sedang belajar..

    kepada orang tabligh, jangan membela aku, akhirnya mereka akan kutuk tabligh pulak, dan cerita ni jadi panjang, dah 1400 tahun kutukan ini bermula..

    Orang Umnopun tak payah bela aku.

    Komen benda yang berfaedah, seperti "ingin tahu", "ingin faham", "tambah ilmu". dan cerita-cerita yang boleh meningkatkan iman..

    kepada yang nak beajar Skim Latihan Graduan.

    aku tahu belah pantai timur sahaja..

    Kalau kat Terengganu, boleh call TATI.

    Kalau kat Pahang, boleh belajar kat PHDC, jika kau ambik corse "instrument Control and technology Process", mungkin kau boleh jumpa aku.

    kalau kau serius, just email me.

    keretamayat@gmail.com

    Wasalam

    ReplyDelete
  48. EH, SILAP..

    PSDC.., BUKAN PHDC

    :)

    ReplyDelete
  49. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  50. rakan xxx azmi bin onani, aku malu bc komen ko sbenanye (walaupun niat ko nak sakat azmi)...

    Kesiannye sape yg tak paham maksud tabligh tu. Sekarang ni kelas bhs arab merata2 di Malaysia. Sape nak blajar dlm kelas 2 boleh bayar dgn murah pun ad... Especially utk org mcm orang ABC XYZ.

    Agaknyela, ad bijih timah kat celah mate die kot. Tu sebab org da xplain bnyk kali tak nampak2...

    ReplyDelete
  51. dulu aku bukak open comment kerana blog ini di baca oleh orang yang pandai sahaja, maksud aku pandai respond...

    sekarang aku terpaksa letak moderation comment.

    Tapi aku tak sempat nak delete komen yang bosan, leceh sebab banyak sangat.mana yang sempat aku delete ler, sebab lepas delete, blog akan naik menu utama, aku kena bukak balik komen lepas tu nak kena cari pulak satu satu.., aku pulak yang bosan.

    Jadi yang tak delete tu bukan makna aku suka.

    tengoklah kalau aku rajin.

    :)

    ReplyDelete
  52. Hi, nama saya Maon. Kawan-kawan saya memanggil saya dengan nama Maon. Selamat berkenalan.

    Bila tengok tajuk "Sudah akhir zaman?" terasa ingin berpuisi pulak..

    Sila baca dengan nada yang berirama hendaknya...

    Sudah akhir zaman?
    Nama saya ada jugak zaman,
    Ada zaman dahulu,
    Ada zaman dahulu kala,
    Ada zaman dinosor,

    Sudah akhir zaman?
    Zaman itu nama saya jugak,
    Ada zaman para nabi,
    Ada zaman para sahabat,
    Ada zaman salafus soleh,

    Sudah akhir zaman?
    Tak pernah orang panggil saya zaman,
    Ada zaman jahilliah,
    Ada zaman kebangkitan,
    Ada zaman peperangan,

    Sudah akhir zaman?
    Kari ayam sangat sedap zaman sekarang,
    Ada zaman ortodok,
    Ada zaman antara zaman,
    Ada zaman sekarang,

    Sudah akhir zaman?
    Zaman sudah akhir?
    Akhir zaman sudah?
    Kari dal sangat sedap zaman ini???

    Sudah akhir zaman?
    Bila akhir zaman?
    Apa akhir zaman?
    Mengapa akhir zaman?

    Wahai zaman,
    Ingatlah wahai zaman,
    Zaman pasti pergi,
    Kerana, sudah akhir zaman?

    Wahai zaman,
    Zaman ini, orang minat makan nasi lemak daun pisang,
    Zaman ini, orang minat makan nasi lemak tak berdaun pisang,
    Kerana, sudah akhir zaman?

    Wahai zaman,
    Zaman ini, zaman itu,
    Zaman di sana, zaman di sini,
    Zaman begitu, zaman begini,
    Adakah kerana, sudah akhir zaman?

    Wahai zaman,
    Sebagai penutup zaman,
    Tutuplah dirimu dengan zaman yang aman,
    Kerana zaman di sana amat dahsyat lagi menakutkan...

    Sekian untuk kali ini.

    Sekian terima kasih.

    -maon-

    ReplyDelete
  53. pasal kau selalu ke masjid, ni aku bagi 4 adab di masjid ditambah 1.
    (4+1)
    khas utk brader hamka jer.

    1) kam kana
    2) kam sonna
    3) kam bolna dunia ki baat
    4) kam karti jaana
    5) HUMKO HUMISE CHURA LO

    =)

    ReplyDelete
  54. to en. maon, puisi anda sgt berirama. sy suke sama ini puisi :) good job en. maon.

    ReplyDelete
  55. hmm, sesetengah kelucuan yg dibuat oleh para pengunjung disini agak keterlaluan bg sy. perkara yg dibangkitkan di blog ini berunsur ilmiah, jd sbg seorg manusia yg waras akalnya, sy krg gemar jika certain pemerhati m'beri komen yg krg bernas. malah bersifat 'keanak2an'. maaf ye semua.

    kpd en. hamka, teruskan berkongsi ilmu n pngalaman yg ade dgn kami. sbb, menuntut ilmu itu x semestinya formal, tp harus dituntut dimana saja. terima kasih sbb sudi membaca komen sy. permisi. wslm.

    ReplyDelete
  56. Midkazen

    Banyak lagi nak kena belajar, AMANAH, FATANAH, SIDDIQ..

    Boleh ajar aku?

    ----------
    maon

    Aku nak lirik lagu “peristiwa Akhir Zaman”

    Kau ada?

    --------------
    Neutral

    Kau faham tak yang empat tu?

    -----------
    emm

    :)

    ReplyDelete
  57. En Hamka,

    Harap u delete sahaja komen-komen dari orang yang keterlaluan mencarut. Ia hanya merosakkan minda dan hati orang lain yang membacanya.

    Kepada azmi dan orang-orang yang seangkatan dengannya. Nasihat saya ialah perbaiki bahasamu kerana ia mencerminkan rupa kedua orang tuamu. Anda menulis seperti dalam keadaan "tak sedar diri". Muhasabahlah diri....

    ReplyDelete
  58. Semoga orang yang faham akan tabligh itu, laksanakan kesemua skop tabligh sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, bukan hanya part-part yang tertentu.

    amin.
    ......
    note: ajak orang buat amal tapi dalam masa yang sama sokong orang buat kemungkaran. Orang ini boleh dipanggil orang jenis apa ye ?

    atau

    ajak orang buat amal tapi dalam masa yang sama biarkan (seolah-olah redha) kemungkaran berlaku di depan mata, orang ini juga boleh dipanggil orang jenis apa ye.

    diriwayatkan drpd Hazrat Anas r.a. bhw sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, "Lailahaillallah sentiasa memberi manfaat kpd penyebutnya dan menolak azab dan bencana drpd mereka selama mana mereka tidak meringan-ringankan haknya."
    Para sahabat bertanya,"Apakah yg dimksdkn dgn meringan-ringankan hakNya, ? "
    Nabi s.a.w. menjawab, "apabila perbuatan-perbuatan maksiat kepada Allah s.w.t. berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah. "
    (kitab at-Targhib, hadith riwayat al-Asbahani)

    jazakAllahhukhaer

    ReplyDelete
  59. Semoga orang yang faham akan tabligh itu, laksanakan kesemua skop tabligh sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw, bukan hanya part-part yang tertentu.

    amin.
    ......
    note: ajak orang buat amal tapi dalam masa yang sama sokong orang buat kemungkaran. Orang ini boleh dipanggil orang jenis apa ye ?

    atau

    ajak orang buat amal tapi dalam masa yang sama biarkan (seolah-olah redha) kemungkaran berlaku di depan mata, orang ini juga boleh dipanggil orang jenis apa ye.

    diriwayatkan drpd Hazrat Anas r.a. bhw sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, "Lailahaillallah sentiasa memberi manfaat kpd penyebutnya dan menolak azab dan bencana drpd mereka selama mana mereka tidak meringan-ringankan haknya."
    Para sahabat bertanya,"Apakah yg dimksdkn dgn meringan-ringankan hakNya, ? "
    Nabi s.a.w. menjawab, "apabila perbuatan-perbuatan maksiat kepada Allah s.w.t. berterang-terangan dan maksiat itu tidak dicegah dan tidak diubah. "
    (kitab at-Targhib, hadith riwayat al-Asbahani)

    jazakAllahhukhaer

    ReplyDelete
  60. Btol tu Hamka, moh aku bg sikit input2 utk sesape yg ad bijih timah kat mate die...

    Sifat-sifat para nabi dan rasul Allah SWT :
    1. Siddiq / siddik / sidiq / sidik
    Siddiq bererti benar melalui perkataan dan perbuatan. Jadi mustahil jika seorang Nabi dan Rasul adalah seorang pembohong yang suka berbohong.

    2. Amanah / Amanat
    Amanah ertinya dapat dipercayai. Jadi mustahil jika seorang Nabi dan Rasul adalah seorang pengkhianat yang suka khianat.

    3. Fathonah / Fathanah / Fatonah
    Fathonah adalah cerdas, pandai atau pintar. Jadi mustahil jika seorang NAbi dan Rasul adalah seorang yang bodoh dan tidak tau apa-apa.

    4. Tabligh / Tablik / Tablig
    Tabligh adalah menyampaikan wahyu atau risalah dari Allah SWT kepada orang lain. Jadi mustahil jika seorang Nabi dan Rasul menyembunyikan dan merahsiakan wahyu / risalah Allah SWT.

    Aku pasti kebanyakkan abg2 kita yg bertaik mate bijih timah ni pernah blaja fasal sifat2 Rasul ni...Suatu mase dahulu kale...

    ReplyDelete
  61. Amin... InsyaAllah...

    Pd hemat aku, org ni dikenali sebagai org yg berpura2 dlm beragama(mungkin aku?? Na'uzubillah...)

    ReplyDelete
  62. aku bkn seperti engkau sangkakn
    pura2 di dlm berjuang
    aku tdk pandai menyulam rahsia
    juga tak pndai ku brmadah pujangga
    jika ada benci di hati
    oh katakanlah padaku
    relaku terima
    walau kutukan
    asalkan akidah terjaga
    kerana tidak sanggup lagi
    mempermainkan dustur ILLAHI
    hakikat hati tak terluka
    walau zahirnya ada yg ketawa
    TUHAN
    ku mohonkan ampunan
    keterlanjuran yg berulang-kali
    TEMAN
    kita patrikan di sini
    berakhir sebuah lamunan duniawi
    terima syukur taufik ILLAHI

    ReplyDelete
  63. aku pernah mendengar satu ustaz BUZNAMA berkata..ambillah ilmu yan gbaik walaupun dari seorang munafik.." apa yang aku boleh terjemahkan adalah..ambik le segala kebaikan yang ada dalam blog ni ..kalau ada kejahatan/kelemahan tu takyah la ikut..tu pun nak kena bagitau ka? haiya...sudah tua pun mau gado-gado..baik pegi jaga kambing untuk tarbiyah diri dengan sifat sabar...(jaga kambing pekerjaan semua nabi apa...he he he..)

    ReplyDelete
  64. jaga kambing bukan kerja para Nabi a.s...

    Kerja para Nabi a.s. ialah dakwah.

    ReplyDelete
  65. terima kasih kawan-kawan, dan terima kasih yang email panjang berjela..

    sayang korang kat aku

    :)

    ps: cintailah aku kerana Allah, nescaya aibku dan aibmu akan tertutup di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  66. alamak komen saya terkeluar dua kali, maaf bro hamka.
    ...
    syukran jazilan bro midkazen atas sedikit input itu.
    ...
    semoga Allah teguhkan diri kita di jalanNya

    ReplyDelete
  67. aku pown sokong....
    minat sgt bace blog neyh....

    ReplyDelete
  68. terima kasih.., dan aku masih tak delete komen yang kurang sopan sebab perasan sibuk.., tapi best jugak baca sambil gelak gelak, inilah pengelaman..

    : )

    ReplyDelete
  69. abaikan mereka En Hamka, mereka terlalu cemburu dengan ilmu engkau :)

    ReplyDelete
  70. pening kepala aku, bila korang tulis ntah ape2...mana2 yg ok kita ambil aje laa...n mana2 yg tak ok,kita bg la pandangan yg positif...jgn lak kita mencarut sama...malu laa, kat budak2 yg baca komen kita macam tuu...

    ReplyDelete
  71. pening kepala aku, bila korang tulis ntah ape2...mana2 yg ok kita ambil aje laa...n mana2 yg tak ok,kita bg la pandangan yg positif...jgn lak kita mencarut sama...malu laa, kat budak2 yg baca komen kita macam tuu...

    ReplyDelete
  72. hamka, six noble tu ape ye?

    ReplyDelete
  73. 6 noble quality atau 6 sifat yang unggul pada sahabat.

    1) tauhid
    2) ibadat
    3) ilmu
    4) akhlak
    5) Niat
    6) Dakwah

    ReplyDelete
  74. macam2 hal... jangan la bergaduh.. apa yang baik kita ikut .. yang buruk jangan ikut.. penulis blog ni pun bukan maksum .. ada la kesilapan... kita juga sama. tegurlah cara berhemah.. inikah akhlak islam?

    ReplyDelete
  75. Si Topeng Cokelat12:17 AM, May 10, 2010

    Ohh, manusia apabila geramnya dicemuh,nafsu amarhnya nai, ditambah-tambah pula dgn syaitan2 tak habis2 hasut kat telinga.. Tu la mcm 2 jadiknyer..
    Kesian saudara Hamka blog da bpe kurun org msh nak komen,jadik bg smiley pun ckup jela,ye x? Heheh.. Umm.. Yg kam kana, kam sonna, kam bolna dunia ki baat dgn kam karti jaana 2 ape ye? (=.=")
    Sibuk nak tau.. Eheheh..

    ReplyDelete
  76. the hot issue was in 2008...hehe..2 years sudah..

    ReplyDelete
  77. sejarah tu.., ambik iktibar..

    ReplyDelete
  78. Hamka , teruskan perjuangan di hujung jari , di medan siber =)

    Dakwah itu banyak caranya , cuma penyampaian hamka mungkin agak berbeza , dan lebih mudah untuk kita fahami .

    jadi faham sendirilah :)

    ReplyDelete
  79. Panas La kat Sini Kena Ek?

    Kalau bertengkar, apa kita dapat? Kalau kita tak sependapat, Perang yang kita dapat?

    Kalau tak caya, cuba tgk kenapa perang bole berlaku pada zaman lepas.

    Jadi saranan saya kepada pertengkaran yang telah berlaku supaya tidak berterusan sehingga berlaku letupan di komputer org yang membaca blog ni :D

    Apa yang di tulis Hamka ada kurang ada juga yang baik. Dia cuma menyampaikan apa yang tersirat. Bukan seperti orang yang selalu mencelah dalam penulisan orang.

    Kamu tak kreatif jika difikirkan asyik nak bangkang saja. Saya amat suka melihat pandangan orang lain. Kerana saya dapat mencari idea baru untuk masa depan.

    Sekiranya orang yang bijak itu tidak mengambil pandangan orang yang tidak seberapa sebijak dia, dia ialah seorang yang bongkak lagi sombong dan neraka lah jawabnya bagi org yg bongkak. (Allah Maha Bijaksana)

    Jadi sekiranya anda hanya mahu bangkang apa yang ditulis, lebih baik anda menjadi atlit bola sepak negara, tidakpun anda menjadi nelayan alami apa yang berlaku padanya. Tetapi jika anda nelayan, cuba jadi seorang tabligh alami apa meraka rasai semasa dakwah.

    Seandainya Aku Masih Ada Waktu.

    ReplyDelete
  80. yang jeles ada kat sini, yg dengki ada, yg jahil pun ada, tp yg aku tak boleh tahan tu, yg slow pun ada! ini blog hamka! dah tu suka hati dialah dia nak tulis apapun! yg kau gatal2 baca buat apa? dia bukan paksa kau dgn M16 dia pun!

    ReplyDelete
  81. Tablighi ki nubuwat, Makhluk kuch hi nehi hey. Allah subsey bada hey, smoga Allah letakkan kita dbawah panji2 sahabah. Go hamka, go for maqomi, jgn tinggalkan mcmana ko tak tinggalkan blogg ko ok. Allah maafi umat karo. Ameen

    ReplyDelete