(Beberapa fakta yang aku dapat apabila berborak dengan orang pandai)
Aku sedang buat kerja..
Sedang duduk depan komputer dan tekan apa yang patut, dah akhir tahun, banyak benda pula yang aku nak kena buat..
Di sekeliling aku pula ada orang yang tak buat kerja atau dah tak ada kerja, mungkin dah akhir tahun, kerja dah habis agaknya.. lalu mereka menhabiskan sisa sisa 2007 dengan sibuk berborak.., mungkin jugak mereka pakat-pakat tunda kerja ke tahun depan..
Mereka masih muda dan sibuk bercakap tentang harta orang lain, seperti kereta besar, sport rim, stereng racing, rumah besar, baju berjenama, gadjet canggih dan semua itu adalah tentang perkara yang mahal-mahal belaka..
Sesekali aku yang dah tua ini menyampuk..
"Orang yang miskin adalah mereka yang suka bercakap tentang harta orang kaya”
Mereka tersentak. Ketawa dengan kata-kata aku yang di anggap lawak, (aku serius sebenarnya) para pemuda harapan nusa itu enggan mengaku miskin lalu mengubah topik perbualan kepada dunia politik tahah air, dan isu-isu semasa.., bila dan cakap isu yan sedemikiain akhirnya mulalah mengumpat di sini sana..
Orang tu tak betul, yang ni salah.., bla bla bla..
Aku yang bosan menyampuk..
"Orang yang bodoh adalah mereka yang suka bercakap tentang kesilapan orang pandai”
Mereka tidak marahkan aku, mereka memahami aku, menghormati aku, (sebab aku tua kot.., oh)
Akhirnya aku ajar mereka bagaimana nak jadi orang yang pandai...
- Orang yang pandai adalah mereka yang bercakap tentang ilmu..
- Orang yang biasa adalah mereka yang bercakap tentang peristiwa..
- Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain..
- Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri...
Sekian...
Ps: Pergi edit blog masing masing!
----------------
jan 2 2008
TERPAKSA AKU EDIT DAN TAMBAH ENTRY INI...
(Nota untuk Orang Slow..)
Orang bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham, kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas. Cis!
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, jelas, sebelum itu bukankah aku dah cerita kisah orang muda yang sedang mengumpat, kenapa tak faham?
Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka, itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..
Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh..,tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.
Jangan jadi slow…
Ps: aku pun slow gak, (tapi korang lagi slow), aku malas nak tulis nota untuk orang slow lagi lepas ni, korang lah yang akan menentukannya..oh!
amboi...
ReplyDeletependek entry ko kali ni? tak pernah2 macam ni sblum ni?
yang ni entry bidan-terjun melepaskan geram style terbaru ker ?
:D
tak baik ko berburuk sangka manusia sekeliling ko tu..
ko dah lah tua. sumbang pulak tu.
nanti dia orang panggil ko kera sumbang versi tua pulak. kan ke susah.
:))))))))
hurm, lepas nie kena tulis entri yg berilmiah. hehe.
ReplyDeletecara nak jadi orang paling pandai takde lak...huhu
ReplyDeleteNak kena edit nih..tapi taktau nak edit..delete je lah ye...
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteBanyak orang tahu macam mana nak hidup, tapi sikit orang tahu macam mana nak mati..
Cara nak hidup: Dapatkan itu,ini,begitu,begini (dunia dan kesenangan walaupun ia nampak agama tetapi habis dikala hidup)
cara nak mati: bersedia menghadapi 1001 kemungkinan dan halangan yang memeritkan dimana di kala ini hanya amalan yang betul2 diterima oleh ALLAH yang datang menyelamat, dan itulah yang perlu kita semua cari.
Ok.. Nak cari amalan yang betul2 diterima oleh ALLAH hanyalah melalui pemahaman agama yang suci yang diberi oleh ALLAH jua..melalui pengorbanan di jalan ALLAH
~Come close to listen, go far to understand~ IMAM FAROUQ HUSSEIN, Baton Rouge, Louisiana, USA. Quoted from Ijtima' Houston, Texas, USA 2007.
insyaALLAH, persediaan untuk MATI bukan benda yang voleh buat main2..insyaALLAH..
Hamka, sejak akak naik kereta mayat ini, akak dah jatuh cinta dan selalu rindu-rinduan nak naik kereta mayat ni. Akak masih sibuk walau hari ni 1 jan tahun baru, masih pergi kerja. Baru lapik perut untuk meneruskan kerja-kerja 2007 yang perlu diselesaikan sebelum 11 jan 2008 ni, dikesempatan ini akak nak ucapkan selamat memandu kereta mayat dan akak nak bagitau kalau mati akak tak nak naik kereta mayat sebab akak nak naik kereta jenazah (untuk mayat orang Islam).
ReplyDeleteMasih Mencari waktu...
ala..bro hamka..takkan tak pernah dengar online diary kut..
ReplyDeletebro pun banyak gak citer pasal diri sendiri...cuba kira berapa kali ada perkataan 'aku' sejak entry 2006...huhuhu
peace bro ..
penyakit sesetengah manusia tu kadangkala memanglah terlalu terperasan diri tu sangattt bagoosssss dgn cara tidak direct (walaupun acapkali menafikannya)...
ReplyDeletekewujudan sifat ujub, takbur, tiada-boleh menerima pandangan orang lain, cuma pandangan diri sendiri dan jemaah sendiri jer betul ni dah lama menyerang manusia2 spt ini.
Biasala.... penyakit pendakwah picisan dan non-partisan ni kadang2 cam tu laa...
suka pandang serong pada orang lain.
wujudnya blog spt ini adalah disebabkan kekalahan mereka apabila berhadapan dengan manusia2 yang bijak dan berpengetahuan yang dalam dalam keseluruhan bidang agama Islam(bukannya pengetahuan agama Islam yang hanya memberatkan satu-satu aspek shj).
Realitinya begitulaa di luar.
Akibat kesakitan hati kalah berdebat, maka terhasillah blog spt ini yang menceritakan segala isi-hati dan memukul-balas lawan dengan cara tidak-direct.
Walaubagaiamanpun, Byk juga kebaikan blog ini. Memang tidak dapat dinafikan.
Syabass!!!!
Tiada salahnya dan Teruskan menulis.
Biar pembaca yang menilaikannya
(Biarpun penulis gagal menilai diri sendiri)
Harap Maaf jika saya benar.
Hamka, aku rase ko patut berhenti tulis blog, ni macam dah bawa fitnah kat sesetenah pihak.
ReplyDeleteTu lah ko, tak ikut sunnah sangat, kan dah dapat kegagalan tu.. padan muka!
mengenai hasil-karya blog kamu di bawah tu Hamka, ada terdapat perkataan seperti
ReplyDelete1. Orang BN gila seks
2. Orang PAS gila seks
kenapa tiba2 tang Tabligh tu, saudara Hamka tak letak perkara yang sama? segan ker ? Nak menjaga kesucian nama jemaah kesayangan ker ?
Bagi saya gila seks tu adalah suatu penyakit. dan contoh walaupun gurauan yang melabelkan ke atas kedua2 parti itu saya rasa, tiadalah begitu sedap didengar
Pada realitinya, adalah tidak mustahil, ahli-ahli tabligh peringkat bawahan dan menengah pun terlibat dengan kegiatan gila seks tersebut.
Tiadalah salahnya jika saya bertanya sekiranya saudara Hamka tahu bahawa terdapat sesetengah ahli jemaah tabligh yang mengamalkan perlakuan seks sumbang atau abnormal yang amat tidak senonoh seperti melakukan hubungan sejenis sesama sendiri iaitu HOMOSEXUAL ?
Bukannya apa. sekadar menyedarkan bahawa manusia tiadalah lepas daripada kesalahan masing2.
Peace no harm Bro.
Jom la kita taubat sebab tinggalkan
ReplyDeletemaksud asal kita dihantar sebagai
umat Muhammad SAW.
Hari2 beri masa dan jumpa umat untuk
ajak kepada Allah.
Bangun malam dan doa hidayat untuk
diri sendiri serta seluruh manusia.
koi ni orang pahang.
ReplyDeletekeknya ngapa awok buait gitu hangka?
hangka, tak baek awok ngata dan hina orang lain.
koi nasihat awok jer...
orang lain mboh maroh kalau awok ngata gituu...
tobait la hangka..
dari 1 komen ke 1 komen..x pasai2 x puas ati kat hamka.duli la dia nak tulis ape pun,korg rajin nak pi baca blog dia tu pastu x puas hati x pasai2 lak ape kes.ni blog dia,duli le dia nak tulis ape pun.cet! ilmu baik,amek.ilmu x baik(buruk cam bangkai mayat),xyah la amek.
ReplyDeletep/s utk hamka:trskan menulis.:)
wohhaa..
ReplyDeletesemakin panass nmpknya ruangan komentar blog kereta mayat ni dek serangan pendekar2 ntah mana2 datang yg cukup lancang dan tajam keyboard nya sampai isu fizikal pun boleh dijadikan modal?
perghh..asal aku lak yang terasa pedih dan sengal?
(aku anynomous sebab aku bacol..aku bukan pendekar mcm korg..)
papepun, amek la yg jernih dan buang yg keruh.,.
kutuk-mengutuk, provokasi, takde sudahnya..sungguh x matang..
Mr. Google juga yang tersenyum simpul menghitung untung..
mungkin kita semua kena rujuk balik adab menegur dan bermuzakarah..
marilah kita sama2 beristighfar..
dan marilah kita sama2 membangun bersama Islam ke arah ummah yang cemerlang,gemilang dan terbilang!
di dunia, dan akhirat terutamanya..
dear insyirah,
ReplyDeletelerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...
kan blog ni, blog umum? dan dibroadcast untuk para pembaca secara umum?
dan ada pulak ruangan untuk komen.
sebab tulah dibolehkan komen apa saja.
Kalau malu, tak tahan kena komen, TAK PAYAH LER BUAT BLOG!!!. Dan tak yah publish kepada umum!
simpan jer la idea dalam kepala otak atau
tulis jer atas diary-buruk Lepas tu gantung kat dahi suruh anak-bini kat rumah baca!!!!
orang yg tak dikenali takyah baca dan tak boleh komen.
senang criiitaaaa........!!!!
woohaaa!!!!
kah..kah.kah..
ReplyDeleteyang aku tak tahan tu, komen posting sebelum ini
SALAH SANGKA, SALAH SIAPA?
power2 komen diaorang kat bahagian akhir.
ada tukang komen cakap yang empunya blog ni seorang yang gila2 bahaser.
kah..kah..
*geleng-geleng*
ReplyDeletenorma-yuzie
ReplyDeleteamboi...
panjang komen ko kali ni? tak pernah2 macam ni sblum ni??
:D
---------
alan zed
sekali sekala tulis merepek tak apa,..
-----------
Anonymous
cara nak jadi orang paling pandai adalah dengan mengingati mayat..
---------
waterlily
Hah! delete sajer, habis cerita he he he
------
Wan Mohd Faiz
insyaALLAH..
----------
Masih Mencari waktu...
Akak, sejak akak naik kereta mayat ini, saya juga dah jatuh cinta dan selalu rindu-rinduan komen akak, saya juga perasan sibuk.., duduk seat belakang kereta mayat, baru tahu apa itu sibuk..oh
----------
Anonymous
online diary ?
aku maksudkan kepada mereka yang berkenaan sahaja, kau tak
:)
peace anoy
----------
Face-Reality
Bagus juga ada orang yang macam kau, dah selalu sangat akukena puji, bolah riak aku di buatnya..
Terima kasih..
----------
Jerangkung pasir
Tahun lepas aku dah berhenti tulis blog, sekarang aku tulis untuk tahun baru.
--------------
Tentang_Qiamat
Ok, aku tulis:-
1. Orang BN gila seks
2. Orang PAS gila seks
3. Orang Tabligh Gila seks..
Peace to harm car.
-----------
azharjaafar
doa aku, Aku nak taubat..
---------
orang pahang
tobait dah aku..
---------
insyirah
kerana ada pembaca macam kau lah buat blog aku jadi top, terima kasih..
---------
aku yang perasan sangat bagus
*isigfar*..
--------
Hamba-Allah-biasa
Komen jer ler, aku tak sampai hati nak delete komen korang..
:)
----------
azmi
aku memang seorang yang gila-gila bahaser.
----------
jiji
*anguk-angguk*
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNext!!
ReplyDeletekire kalo tulis blog citer pasal diri sendiri paling bodo la ek
ReplyDeletehahahaha..!!!
truskan hamka....aku suka blog ko nie n mereka2 yg komen ko neh....=)
ReplyDeletemenginsafi kekurangan diri tu bkn muhasabah ke so better la citer psl diri sendiri kot2 ter'sedar' n insaf...
ReplyDeleten
ReplyDeleteaku gelak awal. 0.5 saat dari gelak engkau, dan terlajak 5 saat gelak dari waktu kau berhenti..
woha!
--------
Anonymous
Aku suka engkau
Pandai!:)
-----------
Zufi
Aku suka kau jugak,
Bijak:)
jan 2 2008
ReplyDeleteTERPAKSA AKU EDIT DAN TAMBAH ENTRY INI...
(Nota untuk Orang Slow..)
Orang bijak tak mudah marah bila dengar ayat berbunyi “bodoh”, aku tak kata kat korang sorang, dan biasanya orang pandai bila dengar 4 rangkap terakhir yang aku quote kat atas akan tersenyum faham, kalau nak komplen, mungkin mereka yang pandai itu akan tambah lagi kepada perkara paling pandai atau perkara yang buat kita jadi paling-paling-paling bodoh, maka tolong jangan jadi bodoh, tolong.., tapi sebab kau tak faham dengan ayat yang ringkas maka aku terpaksa tulis makna ayat di atas. Cis!
Orang yang bodoh adalah mereka yang bercakap tentang orang lain.., bermaksud, mengumpat dan yang sewaktu dengannya.., tak payah nak melenting, itu maksud aku, jelas, sebelum itu bukankah aku dah cerita kisah orang muda yang sedang mengumpat, kenapa tak faham?
Manakala maksud, “Orang yang paling bodoh adalah mereka yang bercakap tentang diri sendiri”... , adalah orang yang memuji diri sendiri, mengumpat berdosa dan memuji diri masuk neraka, itu maksud aku, tapi jika kau tulis tentang diri sendiri namun terselit ilmu yang baik, maka kau jadi bijak, atau kau just cerita kisah kau dan peristiwa, maka kau jadi orang yang biasa sahaja.., dan andai kau cakap tentang orang lain, yang penuh dengan ilmu, kau akan jadi bijak jugak, tapi jika kau cerita hanya peristiwa orang lain, kau jadi biasa balik..
Maka janganlah perasan bodoh, kasihan, korang tu muda lagi..
Akhir kata, mereka yang tulis diari on line dan paksa orang baca, itu bodoh..,tapi mereka yang tulis tanpa mintak orang lain baca, menulis untuk diri sendiri, itu kira biasa sahaja.
Jangan jadi slow…
Ps: aku pun slow gak, (tapi korang lagi slow), aku malas nak tulis nota untuk orang slow lagi lepas ni, korang lah yang akan menentukannya..oh!
orang slow memang menyusahkan..
ReplyDeletekepada mereka yang tak paham, baik bertanya, bukan argue..
ReplyDeleteargye hanya untuk orang yang paham..
ps: aku pun banyak cekadak punya slow he he he
klu x tulis utk diri sndiri bkan utk org lain baca,npa mesti kt blog??pastu gitau siap2 plak yg blog ni dibuat utk diri sndiri bkan utk org lain msuk baca??that's stupido..nikn blog..sgt2 mustahil org lain x kn 'terbaca'atau 'termasuk'?? ni dh menipu smbil riak namanya..klu btul utk diri,tulis ja la kt diari ka..komputer peribadi ka..buku 555 ka..npa dlm blog??so memang ada niat jgak la nk org lain baca..x nk ngaku diri bodoh,tu yg kata biasa ja.sorry klu ada yg terasa.my opinion ja.jgn simpan dlm ati.peace!!
ReplyDeleteSekarang ni banayk blog picisan dengan cerita2 peribadi saja, tanpa perbincangan ilmiah yang mendalam.
ReplyDeletesiapa yang kutuk, aku tak simpan dalam hati, aku simpan dalalm ruang komen.., malas nak delete : )
ReplyDeletesalam...hamka...t0l0ng siasat pasal s0rang hamba allah ini...aku risau dia menyesatkan ramai umat islam kita...
ReplyDeletesiasat apa ni?
ReplyDeletecara nak jadi orang paling pandai takde lak...huhu. ;)
ReplyDelete