Nov 13, 2007

Bila nak pergi Haji?

(Kalau korang perasan sibuk dan sedang bersiap nak pergi Haji, sila baca tulisan yang di Bold-kan sahaja, jika korang nak baca gak, lantak korangler, dan itu cerita lain)

-----------
Cerita 1

Bila kau nak pergi Haji?

Tanya seorang pembentang sejadah pada aku.

Aku terus cakap:

“duit tak cukup”

(sambil terbayangkan duit satu sen dan 5 sen yang menghiasi beberapa sudut bilik tidurku..

“kenapa kau tak bukukan blog kau, dan (guna duit royalty untuk) pergi haji?

Aku tersengih dan tak jawab apa-apa, dah nak solat, baik aku bertawajjuh!!

Dan itu cerita lain.

----------------
Cerita 2

Cerita hari ini, ada dua orang pembaca blog keretamayat email aku suruh tulis tentang Haji, sorang lelaki sorang perempuan, (dua-dua belum kahwin). Dan merka dah nak pergi Haji. Mungkin ketika entry ini di tulis beliau sedang mengutip batu di padang Arafah, eh belum, mungkin sedang siapkan pakaian Ihram..

Oleh sebab aku belum pergi Haji lagi, maka aku ‘kureeeeng’ tahu dan tak beberapa mendalami makna Haji, maka maafkanlah aku yang jahil dan hina ini. Aku selalu begitu, berkira dengan ruangan Hard Disk dalam kepala, suka delete benda yang penting dan save perkara yang ntah apa apa, last sekali, solat aku jadi tak khusuk!


Dan itu cerita lain.

---------------
Cerita 3

Sesungguhnya bila korang pergi Haji maka ketahuilah, bahawa korang dah tiba di tempat yang mana teramatlah sangat mustajab akan doanya, di sana, Taubat Nabi Adam a.s di terima, maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, bertaubatlah dengan bertalu-talu.., dan jika teringat, sertailah nama aku dalam Taubatmu..

Sesungguhnya Taubat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Adam dan Taubatnya..

--------------
Cerita 4

Aku tengok satu dekomentari dalam TV, tentang satu fakta yang mengatakan perhimpunan manusia paling besar dalam dunia yang melibatkan ugama adalah perhimpunan hindu di sungai Ganga!

Jadi perhimpunan manusia di Padang Arafah jatuh nombor berapa?

Dan itu cerita lain.

--------------
Cerita 5

Di Tanah Suci pula pada hari ini di imbas ke masa lampau,, bermulalah cerita tentang Nabi Allah Ibrahim a.s, yang mana apabila korang tinggalkan anak bini selama 40 hari, semata mata untuk tunaikan rukun islam yang ke lima, ketahuilah bahawa Sesungguhnya.., Allah benar-benar telah menguji cinta Nabi Ibrahim dalam ketaatan seorang Nabi..

Sesungguhnya, Nabi Ibrahim a.s tidak di perintahkan untuk meninggalkan anak isteri begitu sahaja..
Tapi di tinggalkan di tempat yang tiada orang, di tengah padang pasir, dan di tempat yang tiada air..

Itupun setelah bertahun lamanya menunggu anak pertama lahir, namun dalam ketaatan kepada Allah, di tinggalkan juga sedang si anak masih menyusu..

Itupun bukan 40 hari, tapi 10 tahun lamanya..

Namun TAAT mengatasi segalanya..

Setelah 10 tahun berlalu, kepulangan Nabi Ibrahim a.s di sambut gembira anak dan isteri.., namun janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji..

Dan ujian TAAT telah bermula dan terus bemula...

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TAAT MELAKUKANNYA..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Taatlah akan segala peritah Allah dengan bertalu-talu..., Taatlah waktu solat jemaah, waktu haji dan Umrah..

Sesungguhnya Taat itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Ibrahim A.S dan ke'Taat'annya..


-------------
Cerita 6

Masa aku kecik, aku telah di ajar bermain Dam Haji, dan bercita cita (pada waktu tu) untuk jadi seperti pakcik aku yang merangkap Bilal tapi terer bermain Dam Haji dan kira otai kerana selalu menang dalam pertandingan Dam haji peringkat gerai di hujung kampong yang mana jika siapa yang kalah kena bayar minum air teh, dan jika beliau tak bertugas, akan teruskan permainan Dam Haji walaupun azam berkumandang.., arghhh, dah start mengumpat dan perasan bagus.

Dan itu cerita lain.

-------------
Cerita 7

Akrian, Di tanah Suci Kota Mekkah itu, telah ternukil cerita tentang manusia-manusia yang Redha, lihat betapa redhanya isteri Nabi Ibrahim a.s dalam ujian mencari air.., lihat betapa redhanya Nabi Ismail a.s dalam ujian di sembelih.. yang mana akhirnya muncullah peristiwa Safar dan Marwah, merejam syaitan, dan ibadah korban..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Redhalah akan segala kesusahan dan keperitan dengan bertalu-talu..., Redhalah dengan cuaca, rezeki, dan karenah manusia,

Sesungguhnya Redha itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Ismail dan Redhanya..

-----------------

Cerita 8

Ada orang tanya aku apa itu Dam Haji? Aku tak nak melawak bodoh, aku jawab serius, maksud Dam adalah denda tertinggal sesuatu amalan dalam Haji, sepeti bergurau senda antara pusat dan lutut pada waktu Ehram, dan Dam yang dikenakan adalah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Atau di bayar dengan nilai wang,

Sesungguhnya, Bergurau Senda antara pusat dan lutut itu salah, dan lebih salah lagi di waktu mengerjakan Haji.

Errr, bergurau senda antara pusat dan lutut pada waktu Ehram adalah di larang, dan juga pada waktu waktu yang lain, harap maklum!!


Dan itu cerita yang sungguh lain.

---------------
Cerita 9


Beribadat di Masjidil Haram di Mekkah bersamaan 100,000 kali ganda, bersolat di masjid Nabawi di Madinah bersamaan dengan 1000 kali ganda, dan bersolat di masjid al-Aqsa bersamaan dengan 500 kali ganda, maka jangan ponteng solat jemaah..

Sesungguhnya Solat Jemaah itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Kat Malaysiapun jika kita solat berjemaah dapat 25 kali ganda.

Apa lagi nak di kata?

Dan itu bukan cerita lain.

-------------
Cerita 10

Ayah aku pergi Haji dua kali, sekali secara solo, dan sekali lagi dengan mak aku. Aku harap sebelum jadi mayat, aku sempatlah tunaikan Haji, dan rela menjadi mayat ketika buat haji.., aku tahu Abu jahal dan Abu Lahab pun orang tanam kat Mekah, tapi takpelah, dah aku mati kat situ, tanam mayat aku kat situlah.., korang kirimlah 'surah-surah' yang patut, aku tak kesah..

Dan itu cerita lain kali.

-----------
Cerita 11

Ali R.A ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab:

“Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah tentu aku tidak akan mengucupnya”

Ini jelas menunjukkan bahawa para sahabat melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata..

Maka jika korang tengok ada yang berjalan ke Arafah dan tidak naik bas macam korang, maka ketahuilah mereka sedang ikut sunnah, atau apa sahaja amalan yang korang nampak kono dan sebagainya, jangan komplen dan kutuk..

Atau korang rasa meluat tengok ada orang yang menangis bagai nak rak dekat kubur Nabi, sedang korang cool sahaja, biarlah mereka menangis, korang tak tahu bagaimana cintanya mereka pada Nabi, dan jika teringat, sudilah kiranya sampaikan salamku dengan melafaz namaku di hadapan Kubur Nabi SAW, insyAllah aku akan datang menyusul segera..

Bila nak datang?
Sudah ada duit ke?

Hmmm...

Dan itu cerita lain.

--------------
Cerita 12

Ada dua orang sahabat aku, sorang pergi Haji selama 40 hari dan sorang lagi keluar tabligh 3 hari, yang balik Haji masih solat lengah-lengah, bermisai dan tidak berjanggut dan berpenampilan seperti Allayarham Saddam Hussin., tapi member aku yang balik tabligh ni pulak siap berserban dan berjubah, solat 5 waktu berjemaah dan berpenampilan seperti Osama Laden.

Dan itu cerita lain.

-------------
Cerita 13

Aku dulu ada teringin mencari awek yang dah pergi Haji, tapi akhirnya jumpa awek yang pandai main Dam Haji saja!, takpe, dapat duit royalty nanti kita pergi Haji sama-sama ye sayang!

Dan itu cerita lain.

---------------
Cerita 14

Rasulullah telah berangkat ke Madinatul Munawwarah pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah bersama isteri dan sahabat-sahabatnya.

Rasulullah telah menyempurnakan amalan-amalan sunat Ihram, memakai ihram dan berniat ihram di Zulhulaifah, sekarang dikenali dengan nama Bir Ali, 10 km daripada Madinah dan Rasulullah sampai di Makkah pada 04 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari dalam perjalanan. Rasulullah berangkat ke Mina pada 08 Zulhijjah dan bermalam di situ.

Kemudian Rasulullah ke Arafah untuk berwukuf pada 09 Zulhijjah yang jatuhnya pada hari Jumaat dan merayakan hari raya Aidil Adha di sana.

Rasulullah S.A.W telah menyempurnakan semua rukun dan wajib haji hingga 13 Zulhijjah. Dan pada 14 Zulhijjah, Rasulullah S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah Al-Munawwarah.

Dan tidak lupa akan ajaran dari Nabi Muhammad SAW, penghulu segala Nabi yang telah mengajar ummatnya dengan akhlak yang baik..

Maka di mana sahaja penjuru Mekkah dan Madinah, atau di antaranya, Berakhlaklah dengan bertalu-talu...,

Sesungguhnya Ahlak itu penting, dan lebih penting lagi di waktu mengerjakan Haji.

Dan itu adalah cerita tentang Nabi Muhammad SAW dan akhlaknya..

----------------

Cerita 15

Abangku di kenali dengan Nama Hanafi, dan abangku yang seterusnya bernama Syafee, sempena tradisi empat Mazhab, maka ayahku ingin menamakan aku dengan Hambali, tapi mak aku telah memujuk ayahku agar aku bernama HAMKA,

Kamu tahu siapa Hamka?

(Wajah sebenar Hamka atau haji Abdul malik)


H.A.M.K.A adalah singkatan daripada Haji Abdul Malik Karim Amrullah lahir tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, Beliau adalah sastrawan Indonesia, sekaligus ulamak, dan aktivis politik.

Manakala Hamka yang tulis blog ini bukanlah seorang haji (lagi), malahan bukan pandaipun menulis, bukan ulamak dan tidak suka politik, BM dapat agreget 7 masa SPM dan mempunyai bulu kaki yang jarang, bulu kening yang tebal dan bulu ketiak yang lebat..., gambar di bawah, bolehlah di katakan lebih kurang rupa Hamka penulis Blog ini, (Are You Ready kids!!?)


Jadi nama Haji dalam singkatan Hamka adalah cerita yang lain.

---------------------
Cerita 16


Sebelum terlupa. di akhir kata, Bagi yang pergi Haji atau tidak, janganlah kita lupa akan pesanan nabi di waktu menunaikan haji wida, agar supaya semua ummatnya mengerjakan kerja Dakwah..

Dan antara tanda haji Mabrul, adalah dengan memperbanyakkan dakwah dan memberi makan..
Maka, bila kita semua pergi Haji kelak, gunakanlah masa lapang untuk Pergi berdakwah dari khemah ke khemah, jika tak pandai bahasa inglish, boleh pergi ke khemah orang indonesia, orang brunai, atau orang singapura, beribu ribu bilangan mereka.., mereka tak marah dan tidak akan halau (insyAllah), lagipun mereka telah datang menyerah diri pada Allah. Dan semua tahu bahawa maksud dakwah bukanlah untuk betulkan orang lain, tapi untuk betulkan diri sendiri jua, maka mudah-mudahan dengan perantaraan kerja dakwah ini, Allah terima Haji kita, Allah ampunkan dosa kita dan matikan kita sebagai orang mukmin yang sejati..

Amin...

-------------

Cerita 17

Haji naik Motor tak ada kena mengena dengan Aji No moto.

Dan itu cerita lain.

------------------------

Cerita 18

Ps dari Nabi:

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sekian..

ps: Manusia berkumpul ramai-ramai di padang Arafah pakai pakaian warna putih, lalu korangpun berkumpul ramai ramai di dataran Merdeka pakai pakaian warna kuning? Dan itu cerita lain...

25 comments:

  1. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku <---- tepat sekali al-quran dan sunnah untuk kejayaan diakhirat...

    dan hadis adalah sebagai sumber rujukan sahaja.

    ReplyDelete
  2. encik hamka bila ko nak belanja aku pegi haji ni..ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. uik??? korang 2 ni dah solat maghrib lom? sibuk citer pasal haji plak... huhuuu...

    ReplyDelete
  4. Pernah dengar yg orang yang meninggal dunia semasa berada di Makkah dan Madinah tidak disiksa dalam kubur dan tidak dihisab dan tidak diazab.

    Betul ke? Boleh explain tak?

    ReplyDelete
  5. Org yg meninggal dunia semasa berada di Mekah dan Madinah tu, orang yg sedang mengerjakan haji. Lupa simpan tadi. :D

    ReplyDelete
  6. AkuInsanKerdil

    dan hadis juga adalah sebagai sumber rujukan untuk kejayaan di akhirat...,
    tentang hadirh palsu, itu cerita lain.

    ----------
    nurzaiti

    kalu kau bini aku nombor 2, aku belanja kau,

    tapi itu cerita lain.

    -----------
    Anonymous

    Aku jahil lagi hina, tak pernah dengar hadith tu, kena Tanya ustaz dulu..oh!

    Dan itu cerita lain kali,

    ReplyDelete
  7. Aku pernah sampai.. dan aku tak pernah nak pulang.


    P/s:Jus buah campor dia super lazat@!~ 1 rial je.

    ReplyDelete
  8. Hamka.. pssssssssssssst..

    aku rasa ko ni mesti jenis
    alim-alim botol kicap.

    he.he.

    walaubagaimanapun... alim jugak tu..

    alim botol kicap tu ialah salah satu cabang species alim-alim rock-maggie...

    rock kapak jugak la tu...

    tp kalau ko jenis berpangkat...
    bila orang bagi rasuah kat ko...

    aku rasa ko ni jenis main SEBAT jugak ...tonggang jugak tu..

    sebabnya...

    dah ko ni jenis alim-alim botol kicap...

    aku cakap ni dari hati yang ikhlas.. serious wa tak tipu luuu...

    he..he...he..
    he..he..he.

    --
    mengikut penilaian aku la..

    ReplyDelete
  9. Aku ada satu pertanyaan...rujuk cerita 8;

    Member baik aku masa sekolah2 telah telepon...arakian dah bertahun-tahun tak dengar khabar & cerita dari dia, maka kami pun berborak sambil ketawa berdekah-dekah. Tiba2 aku teringat, ehhhh, aku nie dah jadi bini orang dan dia pula suami orang lain. Aku pun bagilah ingatan kat dia, " Kita nie tak elok borak2 cam nie. Dulu memang le kita member kamcing sebab kita satu sekolah,satu kelas, satu group study. Iyalah bak kata pepatah melayu - Dah macam adik beradik rapatnya. Tiba2 dia tanya "Kau percaya ke suara tu aurat wanita?Takkanlah kita berborak2 dlm talipon pun tak boleh? Kita bukannya bergurau senda antara pusat dan lutut..."
    Ha..macam mana tu...apa aku nak respons kat member aku?

    ReplyDelete
  10. 2 tahun yg lepas,member saya baru balik dari haji bersama2 suaminya. Dia dan suaminya telah cuba untuk berjalan kaki ke Pdg Arafah supaya dpt amalkan sunnah.Sepanjang perjalanan ke Arafah, dia & suami saling berdakwah antara satu sama lain utk menaikkan jazbah. Sedang dia khusyuk bercerita kebesaran Allah kpd suaminya, tiba2 dtg seekor unta yg m'celah. Masya Allah, terperanjatlah sgt wanita itu. Maklumlah, org m'sia nie manalah biasa dgn unta. Jadi takutlah sgt kawan saya tu. Maka, automatically, dia terus berdakwah kpd unta itu. Dia pun berkata kpd unta itu. Sesungguhnya kamu ini hanyalah seekor unta yg tiada dpt memberi mudarat apa2 pun kpd aku. Allah jugalah yg berkuasa menciptakan kamu. Tiba2 unta itu menangis menghemburkan airmata. Kawan saya pun teruskan berdakwah. Unta itu semakin lebat airmatanya. Akibat simpati melihat si unta yg menangis itu, dia telah mengesat airmata si-unta itu dgn kain telekungnya. Masya ALlah, unta pun faham dakwah - k'besaran Allah. Apa lagi manusia.Maka banyakkanlah dakwah kamu jika kamu di pilih utk menunaikan Haji. Dan doakanlah juga kami2 ini yg masih belum berpeluang utk ke sana.Agar kami juga dpt pergi menyusulmu tak lama lagi.

    ReplyDelete
  11. 1) Saya rasa amal di masjid nabawi akan dilipatkaliganda 50,000 kali ganda dan amal di masjid Al-Aqsa 25,000 kali ganda.

    Wallahualam.

    2) Yg cerita sahabat r.a. cium batu Hajarul Aswad tu betul ke Ali r.a.?

    ReplyDelete
  12. salam saudara Hamka.
    Anak-anak saya (berusia 4 dan 3)peminat setia anda...'are u ready kids?'

    Tahniah & keep up the good job.

    ReplyDelete
  13. Salam bro...

    aku baru nak berjinak2 dgn ko punye blog ni,sbnrnye dah lame, tapi aku hanya menjadi pemerhati jarak jauh..oh..(aku tiru ngko)
    besh arrr...
    anyway, aku nk mintak izin kopi n paste konye almt blog ni kat frenster bior ramai yg tahu dan ramai la yg bace blog ko ni (xpasal2 tolong promote..oh..)

    pape pun bro...aku sokong giler ngan ape yg ko buat & aku tabek springg...

    ReplyDelete
  14. saya baru cek tadi..yg saya jumpa..cerita tu berkenaan Umar r.a. dan bukan Ali r.a.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  15. langkah pertama, buka akaun tabung haji...

    ReplyDelete
  16. Hari2 aku kesian tengok mat salleh kat youtube hina-hina Islam..

    Kesian ek mereka tak tahu.. (setiap kali aku tengok mereka aku selalu teringat tentang seksa neraka yang Hamka tulis dalm post2 terdahulu).. memang menyeramkan..

    ReplyDelete
  17. salam perjuangan.

    Pakcik Hamka, kenapa susah sangat saya cari hartikel "Bagaimana Meningkatkan Iman" itu.

    Berjanggut juga saya check dari satu bulan ke satu bulan dari artikel tahun 2006. Last-last sekali saya terpaksa menggoogle baru la jumpa.

    Apa kata pakcik buat ruangan search. hehe, cadangan saya je..kalau tak mahu buat takpe.

    Buat anonymous yang melabel pakcik alim-alim botol kicap tu...cakap siang pandang2,cakap mlm raba2.
    Mana boleh sesedap hati jer melabel orang lain. Wah,wah...pakcik dah ada bekup sekarang ni :P

    ReplyDelete
  18. jiji

    jus kurma di blender bersama susu kambing dan air zam-zam..

    boleh lepas hajat nak minum teh’ tarik kat sana..

    woha!

    ----------
    Anonymous

    alim-alim botol kicap?.

    alim rock-maggie...?

    rock kapak ?

    Apa ni? kau jangan buruk sangka, cuba kau rasuah aku tengok, dah tentu boleh aku pergi haji cepat sikit.!(apa-apalah)

    ha!

    --------------
    CT_Musykil

    Sebagai isteri solehah, kau kena mintak izin dulu suami kau untuk bercakap dan berborak dengan kawan lama, lagi bagus biar suami kau pantau perbualan korang, tak lah setan jadi orang tengah..

    Sebab bila kau usul soalan setelah berborak sambil ketawa berdekah-dekah.

    " Kita nie tak elok borak2 cam nie. Dulu memang le kita member kamcing sebab kita satu sekolah,satu kelas, satu group study. Iyalah bak kata pepatah melayu - Dah macam adik beradik rapatnya.

    Lalu ‘shaitan’ akan berkata:

    "Kau percaya ke suara tu aurat wanita?Takkanlah kita berborak2 dlm talipon pun tak boleh? Kita bukannya bergurau senda antara pusat dan lutut..."

    Maka kau kena lekas lekas lawan shaitan tu, kau kena bertaubat, dan cakap kat dia kau nak bertaubat, Nabi ajar kita lepas buat benda baik masih kena bertaubat takut ada cacat cela, inikan pulak jika kita menghampiri perbualan ke arah bergurau senda antara pusat dan lutut..."

    Ksu tu bini orang, hak mikik orang, nak borak lebih –lebih (sambil ketawa berdekah-dekah) sila mintak izin suami, “

    Jika suami dah izinpun, bila Allah tak suka, kena taubat, tubat NASUHA!!!

    ‘syaitan’ tu pun tentu tak suka jika bila dia takde kat rumah, orang laki lain (hamka keretamayat yang manis mulut misalnya) call bini dia, dengan alasan,alahai bukanya bergurau antara pusat dan lutut. Main main dada sajer (hampeh)

    Atau:

    Maaf.no yang anda dail, sedang sibuk, sila tinggalkan pesanan.

    Sekian:

    Ps: bergurau antara pusat dan lutut adalah untuk diri sendiri, untuk orang lain nak bergurau dari hujung rambut ke hujung kuku kaki pun tak boleh, apatah lagi bini orang.

    -----------
    UmmuSarah

    Aku tiba-tiba bersemangat bila dengar cerita kau..

    Kawan aku ada cerita (kawan kepada kawan)

    Sedang dia buat dakwah, tiba –tiba lembu datang bagi salam..

    Terkejut berok kawan (kawan kepada kawan)aku tu!!

    Lepas tu doa sekali lagi supaya lembu tu bagi salam balik..

    Dan lembu tu pun bagilah salam..

    Bila cerita kat ustaz, ustaz dengan berkerut kening dan menitis air mata berkata:

    Alangkah baiknya jika doa mustajab itu di gunakan untuk hidayat kepada ummat, walaupun untuk seorang ummat…

    Sekian.

    -----------
    airbiru

    Ada yang kata saidina Ali, dan ada yang kata saidina Umar, yang pasti, dua dua cium .

    -----------
    masih mencari
    .
    Anak-anak saya juga (berusia 4 dan 3)peminat setia ‘saya’...'are u ready kids?'
    He he he..
    Setiap hari jam 5 petang.

    -----------
    aku&laptop

    nak copy/paste takde masalah, Cuma jika kau buat sesuatu yang dapatkan duit dengan perantaraan blog aku ni, kau kena bagi aku 99 percent keuntungan, aku nak pergi haji cepat sikit,
    boleh?!

    He he

    ----------
    alan zed

    dah bukak dah, tunggu langkah kedua,
    err, kau nak no akuan tabung haji aku ke?

    Ha!

    --------
    Wan Mohd Faiz

    Mereka akan ‘tuntut’ dengan kita suatu hari nanti..

    So, what should I do?

    ---------
    mia_sarah

    takpelah, bila kau cari satu demi satu, kau akan jumpa pulak tajuk lain, dengan itu ilmu kau akan bertambah, tak begitu?

    Ilmu ni kena usaha sikit, tak boleh suap sahaja, (kan dah kena marah)

    He he he, terima kasih sudi backup pakcik,

    Ps: dah meningkat iman kamu?

    ReplyDelete
  19. aku paling suka last sentence..org kumpul kt arafah pakai ihram putih2..ko sebok2 kumpul pakai baju kuning......

    apa barang...

    ReplyDelete
  20. Saudara Hamka,
    Semoga Allah Menambahkan kamu petunjuk dan ilmu,Berapa ramai org yang kurang ilmunya tapi lancang lidahnya(dan tulisannya) dalam agama.Setiap apa yang kita bicarakan akan di soal di hadapan Allah(50;18).Betapa banyak apa yang anda tulis tidak benar,sedangkan anda tidak memiliki ilmu yang mendalam dalam agama.Dalam Ilmu Musthalah Hadis,jika sesuatu hadis itu tidak di ketahui akan kesahihan nya,maka tidak boleh diriwayatkan,jika diriwayatkan juga akan termasuk berdusta di atas nama Rasulullah.

    ReplyDelete
  21. Salam
    Anonymous..
    'Betapa banyak apa yang anda tulis tidak benar'...
    Boleh tak bagitau yang mana? Sebab saya pun nak tau dan belajar sebab saya masih dalam pencarian Nur Nya yang suci. Saya yakin Saudara Hamka tiada walau sezarah menghendaki/berniat mengelirukan/menimbulkan kekeliruan mana-mana individu malah beliau telah memberi amaran kepada semua pengunjung blog ini untuk merujuk kepada yang arif seperti saudara???
    Kepada Saudara Hamka teruskan dengan usahamu dengan caramu yang tersendiri kerana Allah jualah Yang Maha Mengetahui.
    Isu lain, Malaysia nak keluar 'kereta Islam'???? Any comment pemandu kereta mayat????

    ReplyDelete
  22. Kereta mayat?? Bagusle ingat mati. Kat tempat aku dipanggil kereta jenazah. Sama la tu... Salam perkenalan. Senang2 singgah blog aku
    azharjaafar313.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Ralat.
    Penulis blog kereta mayat memberi amaran kepada pengunjung blog supaya merujuk kepada Al Quran dan Hadis.... statement 'rujuk kepada yang arif' tu saya yang tulis, bukannya saudara Hamka. Harap maaf.

    ReplyDelete
  24. ASSALAMUALAIKUM

    DEAR ANONYMOUS..

    WEI, HMM... INI BUKAN TULISAN AGAMA KERANA HAMKA BUKAN SEORANG USTAZ

    HAMKA= PEMANDU AMBULANS
    USTAZ DAN ULAMA'= DOKTOR PAKAR

    JADI KALAU KO SAKIT JUMPA DOKTOR PAKAR, HAMKA BOLEH BAWAKKAN. (AKU PUN BOLEH BAWAKKAN, INSYAALLAH)

    KALAU HAMKA KATA KAU ADA PENYAKIT USUS BERNANAH bodohLAH KALAU KO PERCAYA SEBAB DIA BUKAN DOKTOR.

    TAPI KALAU HAMKA KATA ,"JOM JUMPA DOKTOR, AKU TENGOK KO DAH BATUK-BATUK KELUAR NANAH NI, MEH AKU TOLONG BAWAKKAN".

    MAKA bodohLAH KALAU KO TOLAK.

    MORAL: bodoh ITU ADALAH AKU. DAN HARAP AKU, KO DAN HAMKA SERTA SEMUA UMMAT MASUK SYURGA.

    NOTA: PERKATAAN bodoh DITULIS DALAM HURUF KECIL KERANA UNTUK MENUNJUKKAN TIADANYA UNSUR SAKASTIK DISITU.

    (BOSANNYA AKU)

    ReplyDelete
  25. nummerzwei

    Kuning itu bersih?
    (tajuk post baru)

    ---------------
    Anonymous

    Jika kamu tahu aku salah, maka wajiblah tegur aku dan bagitahu kat mana aku salah..
    Tolong, jangan biarkan aku masuk neraka…

    (kalau terlalu mengaibkan, boleh email saya di keremayat@gmail.com)

    ----------
    masih mencari

    'kereta Islam?

    Nanti dalam filem transformer part two aku takut puak-puak Decepticons akan menyamar jadi kereta islam pulak, tak ke haru?

    Maka terpaksalah aku suruh puak-puak Autobots menyamar jadi kereta mayat.

    Krong krek, kruk krek, (bunyi robot Transform)

    ---------
    azharjaafar

    Salam perkenalan, aku akan baca blog engkau, ada input bagus, aku copy boleh? Terutama bab dalil dan Nas.

    Aku kureng bab tu.

    -------------
    GALLAGERS

    Aku bukan pemandu kereta Ambulans, aku pemandu kereta mayat..

    (sangaja mengacau orang bosan)

    ReplyDelete