(Sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu?)
Dalam suasana syaitan di lepaskan dari belenggu, serentak dengan nafsu makan yang di jamu sepanjang hari raya.., Aku juga seperti korang yang tidak di perantauan, makan sampai tahap menketedarah dan meranggah..
Sehari sebelum hari pertama raya lagi mak mertua aku sudah bakar Lemang dan masak Rendang, dan sudah tentu aku berbuka di penghabisan ramadhan dengan Lemang tersebut..
Hari raya pertama pulak, kakak ipar aku masak Nasi Dagang Pahang, masuk hari raya ke dua kakak sulung aku masak Nasik Minyak, kemudian, hari raya ketiga mak aku masak nasi lemak cinta daun pisang dan bila masuk raya ke empat, berkumpulah semua ahli keluarga lalu mak aku masak Nasi Dagang secara besar-besaran dan dah tentu sedap kerana al maklumlah, rempahnya di beli dari Mok Ngoh RM48 tu.., (Allah bagi sedap)
Hari raya ke enam pulak, sempena kepulangan anak bongsu lelaki yang baru pulang dari beraya di Perlis, mak aku masak lagi sekali Nasik Dagang…
Itu aku baru cerita bab makan sarapan pagi, belum lagi aksosori di sana sini..
Raya kali ini aku dapat jumpa dengan macam macam jenis kuih yang mengalami evolosi dan resformarsi, antaranya adalah kuih raya yang di bentuk strawberry dan di cicah coklat, kreatif betul orang melayu kini, aku rasa tahun depan mungkin ada kuih raya ISS atau kuih kapsul Soyuz TMA-10…
(Apa-apalah…)
Kali ini aku nak berkongsi satu babak hari raya, kisah benar namun aku adaptasikan serba sedikit supaya cerita lebih nampak reality dan yang paling penting, supaya aku kelihatan lebih hero…, he he he..
Kisah 4 tetamu yang mabuk kuih raya….
Pada Satu hari di Hari Raya, Ku lihat cahaya yang bersinar indah,
Langit pula cemerlang tak terkira, Tanda kuasa yang Maha Esa, Memberi nikmat pada manusia (kantoi, lirik lagu M nasir aku ciplak)
Dalam mabuk makan tapai yang bersulamkan air berkebonat serta mabuk kuih.., sedang mata di hiburkan dengan artis-artis yang mengajar bagaimana nak beraya, nak makan kuih apa, silalah jamu selera, pilihlah yang mana satu, pilihlah janganlah segan, sudilah rasa kuihku, mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong bla bla bla.. masih sempat pulak tetamu-tetamu yang perasan bagus kat rumah mak aku ini mengumpat si artis yang terpapar di kaca TV selang seminit..,
Mentang mentanglah perut kenyang dan syaitan sudah terlepas..
Lalu aku memasang telinga, Aku dengar dan tulis kat sini, (sambil makan 8 ulas tapai..)
Kata salah sorang dari tetamu:
“Artis Malaysia ni teruk betul, tak kahwin-kahwin, bercouple sana sini last-last clash, bila di tanya nak cari yang beriman kononnya…”
Kata sorang lagi, sedang mata terarah pada artis yang sedang menyanyi di kaca TV..
“Nak cari yang beriman camne? Bercinta dengan sesame artis, kalau nak yang beriman pergilah cari dekat pusat tarbiah PAS ke, dekat sekolah Pondok sungai Petani ke, atau cari DJ radio IKIM ke, dekat Bank islam ke, atau paling senang tiru Ina Mawi, kahwin dengan artis Nashid yang bertugas di sekolah ugama rakyat Pahang.., bercinta sekejap terus bertunang, dan kahwin..”
“Betul!”
Sampuk sekor lagi yang rintone hanphonenya bernada dering ‘Aduh Saliha’..
Aku capai air berkabonat, minum dan menyampuk..
“Lebih baik cari pesangan yang bertakwa,..”
Seorang yang sebaya denganku pula berkata:
(sambil tangan mengopak kacang pistachio)
“kamu tahu apa itu takwa?”
“Takwa adalah takut kepada Allah..”
Jawab beliau sendiri sambil memasukkan beberapa kacang pistachio ke dalam poket..
“Orang bertakwa zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi selain dari manusia..”
Aisyah isteri Nabi kerana takutkan Allah, pernah berkata:
“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”
Ada jugak beliau berkata:-
“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”
Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:
“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”
“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh ibuku..,!!”
Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin shurga, lelaki paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah berkata:
“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan lembu..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang Mukmin..”
Pada suatu ketika, ketika Abu bakar R.A masuk ke kebun dan melihat seekor haiwan sedang duduk, beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:
“Betapa gembiranya hidupmu wahai binatang, kamu makan dan kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar seperti kamu..
Tiba-tiba Mr X yang sibuk bercerita itu kelihatan terpegun dari berbicara, mata mulai berkaca dan nampak sedih, barangkali beliau beremosi kerana tiada sifat takwa seperti sahabat Nabi atau beliau terlekat kacang pistachio? (wallahu’lam)
Lalu aku menyampuk, (sambil cicah strawberry dengan coklat)
"Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal tidak di hisab.., baiklah, aku nak tanya korang semua, sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu ingin jadi?”
“Aku nak jadi burung hud-hud”
Jawab brother yang ringtone hanphonenya bernada dering ‘Aduh Saliha’..
“Aku nak jadi labah-labah di gua hiraq”
Jawab mamat yang matanya masih melihat artis yang sedang menyanyi di kaca TV..
“Aku nak jadi anjing ashabul kahfi”
Jawab sekor lagi makhluk yang ikut sama cicah strawberry dengan coklat..
“Huh! Hamka, asyik tanya orang, sekiranya kamu di takdirkan menjadi binatang, haiwan apakah pilihan hati kamu pulak?”
Tanya rakan sebaya yang terlekat kacang pistachio tadi..
Aku habiskan strawberry dalam mulut, capat tapai dan makan, lender di daunnya juga aku hisap, basuh tangan, dan minum segelas air ber’gas’..
Lalu aku berkata:-
Korang pernah dengar tak kisah Nabi Musa a.s berdialog dengan Allah, dan salah satu soalan dari baginda adalah berbunyi begini lebih kurang:-
Wahai Allah, Seandainya semua makhluk ciptaanMu derhaka terdapapMu, iaitu JIbrail, Mikail dan semua malaikat derhaka padaMu, termasuk semua manusia dan jin, termasuk matahari dan alam, apakah yang Kamu akan buat wahai Allah?
Lalu Allah berfirman yang bermaksud;-
Aku akan lepaskan satu ekor binatang yang besar yang mana dengan satu suapan sahaja kesemua makhluk termasuk tujuh petala langit dan bumi habis di telannya.
Nabi Musa a.s bertanya lagi,
"Bolehkan aku melihat binatang itu?”
Allah menjawab,
“Kamu tidak akan sanggup melihatnya..”
Nabi Musa a.s kemudian bertanya lagi,
“di manakah binantang ini di simpan?
Allah menjawab,
“Aku pelihara binatang ini di antara padang-padang ternakkanKu..”
*****
Bermakana binatang ini ada banyak, sangat besar sehingga satu suapan sahaja, maka tujuh petala langit dan bumi termasuk semua makhluk, malaikat dan jin serta manusia habis di telannya..
*****
Aku telah lama kelakar, dan hari ini mereka mentertawakan aku, walaupun aku tidak berniat membuat lucu..
Salahkah jika aku di takdirkan menjadi binatang, lalu aku ingin menjadi haiwan besar yang menelan segala-galanya seperti cerita Nabi Musa a.s di atas..
Salahkah?
(Dah mabuk kuih raya, merepek pulak di sini sana…oh)
Ps: Makan tapai bersulamkan air berkabonat adalah satu kesalahan, (kata orang tua)-boleh membawa kepada mayat katanya…(wallahu’lam)
assalamualikum, bro hamka.
ReplyDeleteselamat hari raya, maaf zahir & batin.
terus menulis, bro.
Assalamu'alaikum,
ReplyDeletetumpang lalu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin...
...nak cari lelaki yang bertakwa yakni yang takutkan Allah, kat mana??...
teruskanlah berdoa kan bro hamka?
salam aidilfitri hamka...
ReplyDeleteManusia tak perlu memilih... tanpa iman dan takwa pada Allah swt, manusia sudahpun menjadi binatang. malah mungkin lebih teruk dari binatang.
betul tak bro?
amir shah
ReplyDeletesalam kembali..
aku masih menulis, tiada tanda nak berhenti, Cuma flow menulis seminggu sekali..
---------
.annisa.
Kau cari sahaja di ‘awal waktu solat’..
Dan dari saf pertama masjid, akan muncul lelaki2 itu..
---------
Kavalera Hexalera
Masalahnya, jika kita jadi, spederman ke, batman ke, keluangman ke, cicakman ke, tetap kena hisab..
Dalam masyarakat manusia ada banyak binatang peliharaan..
Dalam masyarakat binatang tak ada banyak manusia(tarzan dan mogli)
awl entr cite psl nasi dagang..dh lm x mkn nasi dagang..yeah..kdg2 org xfhm mksd bertaqwa tu..mnarek kn klau smua org fhm..
ReplyDeleteselmat hari raya jugk..dh ari keberapa sudh..
Cerita best dari aku di USA (sambil minum milk shake aku bercerita..)
ReplyDeletewaktu naik flight dari Malaysia ke USA baru-baru ini, ader 2 orang hamba Allah Muslim white American. mereka ini baru balik dari menjelajah Malaysia selama 40 hari khabarnya padaku.. (ameen, aku nak jugak menjelajah mcm tuh -menjelajah cara Rasul.) Aku amat kagum dengan perilaku kedua-dua mereka ini yang dilihat berpakaian muslim identiti (jubah lah tuh.., sementara aku palak berkot sakan mengalahkan mat salleh..hehe!)
Dan setibanya kami di Taipei, tempat transit tuh, aku berbual2 lah dengan mereka sambil mereka cuba mencari tempat untuk bersolah. tanpa disangka-sangka mereka membentangkan sejadah di khalayak ramai dan mengajak aku bersolat (sungguh aku malu kerana aku yang sepatutnya ajak mereka...!)itulah kali pertama aku menunaikan solah dikhalayak ramai di airport taipei. Allahuakbar..
pabila sahaja flight dah nak gerak kami pun berangkat masuk ke dalam balik. waktu itu aku lihat seorang daripada mereka telah menukar pakaian dari jubah kepada pakaian ala-ala american.. (hmm, aku fikir mungkin persediaan nak check out kat airport USA kot.. maklumla USA..). Tapi yang brutalnya, sorang dari mereka yang janggutnya cukup manis dipandang masih pakai jubah kurta dan kopiah. cool habis gua cakap lu..
sampai kat airport Los Angeles, aku masih mengintai diorang (haha..) maksud aku tingkah laku diorangla.. waktu kat immigration aku agak terkejut seyh... pabila aku lihat mamat yang dah tukar pakaian tuh berpeluh ketiak menjawab mcm2 soklan dari pegawai kat situ. tambah lagi, beg die kene bukak plak..(aku rase terkedu gak, sepatutnya die senanglah keluar, sebb pegawai tu xtahu yang die tuh muslim kalau lihat dari pakaiannya..)tapi part yang bestnya, mamat yang pakai jubah and cool je tuh xkene ape2 plak. beg pun xkene bukak, pastu jalan senang je (die cepat pda aku plak tu mase check out...huh!).
aku cam kagum habisla.. straight aku gi jumpe die n tanye die,
"eh, xkan pakai mcm ni xkene ape2 kot!" "ape yang tuan amal nih..?"
die dengan spontan menjawab..
"oh, saya cuma amal apa yang Rasul ajar tentang adab2 perjalanan.. awak ader bace doa tak waktu dalam flight?..."
(Huhu, aku terkesima beb!! lalu sampai je uni aku nih, aku terus bukak buku yang aku beli mase kat malaysia dulu tentang adab2 perjalanan...)
aku berdoa agar Allah memilihku untuk mengamalkan sunnah RasulNya 24/7.. ameen. sebab hanya cara hidup sunnah je ada kejayaan( kejayaan kat airport..huhu..)care hidup lain semua xade kejayaan..gagal disisi Allah (gagal kat airport???!)
~salam aidilfitri, maaf zahir dan batin~
annisa..curik entry sket...
ReplyDeletewan mohd faiz, kattaipei airport kan ada bilik solat yang besar dan selesa, siap karpet dan kiblat lagi
artis nak cari yg beriman utk mendidik kot? sangka baik. :)
ReplyDeleteAbu Harraz
ReplyDeleteOh.. kami xlame kat taipei airport waktu tuh.. dalam 10 minit je..
tak sempat nak cari nyer.. tapi kat mane ek..?
Bila berdepan dengan dugaan, manusia hilang akal… jadi gila. Mula menyalahkan keadaan. Tapi sebenarnya yang berlagak, manusia itu sendiri. Maka, dengan segala kemanjaan dan kebendaan yang maha mewah melenyapkan nilai-nilai abstrak kemanusian manusia itu sendiri.
ReplyDeleteYa Allah, Perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian itu sebagai (tempat) istirahat untukku dari setiap kejelekan dan murka Mu ( Amin ya Allah ya Robbal Allamin) "
"GOD,He always listen to you, He always see you, He always know you, Always guarding and protecting you, Always managing and giving "nikmat" to you. Why are you not to love Him. Why are you not afraid of the God who decides your fate and destiny?"
saje je menyelit..... dan selamat hari raya buat en.hamka dan semua user disini...
cik noha
ReplyDeleteselamat hari raya enam..
aku tinggal 6 hari jer lagi..
selamat!
----------
Wan Mohd Faiz
Ada cerita sorang pakcik ambik wudhu guna singki dalam kapal terbang..
Siap angkat kaki masuk dalam singki..
Lalu pramugari sound:
“Tak boleh basih kaki guna singki..”
Selamba pakcik tu Tanya:
“Awak cuci muka berapa kali sehari?”
3 kali (jawab pramugari cantik itu)
Ini bermakna, kaki saya lebih bersih dari muka awak sebab saya basuh 5 kali sehari..
Moral:
Semoga pakcik dan pramugari tu masuk shurga akhirnya..
Sekian..
----------
alan zed
ya! Dengar lagu ziana zain.., memang ada sebut..
----------
AkuInsanKerdil
( Amin ya Allah ya Robbal Allamin) "
kenapa aku masuk hari ni kaler hijau pulak..aku silap masuk ke mata aku fusing wal fening ni?
ReplyDeletebetol ke mata yg memandang ni?dah tukar backround ek
ReplyDeleteaha lah...bro hamka dah cat kaler baru ler...ok gak sekali sekala nak tukor baru...tapi time nak highlight tu kena guna kaler merah ke...oren tak sesuailah...boleh bro?
ReplyDeleteapa boleh buat? aku kena rasuah teh tarik dan kain pelekat, suruh tukar colour hijau..
ReplyDeletesape nak aku tukar background biru? sila bagi topi, payung dan duit kopi..
satu lagi, belanja aku minum teh tarik..
boleh dato'?
kaler tak penting... yg penting isinyer...
ReplyDeleteaku tak nak jadik binatang... amin....
ya ya
ReplyDelete(angguk)
sedang minum kopi angguk..
kopi jantan dah ada, kopi betina bila pulak bang?
kenapa warna background kali ini agak sophistikatik?
ReplyDeleteapa2 pun. harap semua masuk syurga.
P/S: Kat Univesity2 in USA sakarang nih, sedang berlangsungnya terrorism awareness project bertajuk "Islamo-fascism awareness week" (22-26 Oct 2007). Minta doa pada Allah supaya menurunkan rahmat dan hidayat kepada semua manusia.
Allah ampunkanlah saya dan semua.
Hmmm,
ReplyDeleteHamka sdg dlm 'lilac moods'? Walau apa pun warnanya, yg pasti ramai yg dtg mencari isinya.
Wan Mohd Faiz,
Dlm Islamo-Fascism awareness week tu, apa program yg dia org buat? Hebat btul ujian org2 Islam di Amerika. Sabarlah...Allah bersama-sama org yg bersabar.
Salam Lebaran to Hamka.. Wow...nice blog, cite yg besh n bleh dibuat pngajaran ..InsyaAllah..
ReplyDeleteCiri2 org bertakwa
ReplyDeleteTakutkan Allah walaupun tidak dilihat orang
Mulk [12] Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Qaf [33] (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang
Al-Baqarah [2] Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. [3] Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada merekaAli Imran [134] Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan amarahnya, dan orang yang memanfaatkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihani orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Az-Zariyat [15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. [16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. [17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. [18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [19] Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).
Qaf [31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). [32] (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);[33] (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat
nak jadi binatang ternak tak..?
ReplyDeletebahkan lebih dari binatang ternak pun boleh.
dan boleh tau balasan yg dijanjikan di akhirat nanti untuk yg jadi binatang2 ternak ni.
rujuk 7:179
Syurga nan indah.. adalah impianku.
ReplyDeletePernah sekali seorang ahli syurga dikejutkan dengan perubahan mendadak keadaan syurganya iaitu bertambah sangat cantik, memukau, nyaman, tenteram dan mempersonakan..
Lalu penghuni syurga itu pun bertanya...
"wahai malaikat, kenapa syurgaku ini mengalami perubahan sebegini?"
Lalu berkatalah sang malaikat..
"Sebenarnya air dari tubuh pemilik syurga diatasmu telah jatuh ke atas syurgamu, dimana dia beroleh syurga itu yang lebih baik darimu ini hanyalah kerana dia mempunyai satu lebihan tasbih daripadamu ketika di dunia"
UmmuSarah
---------
Islamo-fascism awareness week tuh, diornang buat speech, tayangan video tentang kekejaman yang dilakukan Islamla kononnya, palestin dan Israel, penghinaan terhadap Rasul SAW dan umat Islam secara amnya.
~Hasbunallahu wani'mal wakil~
salam aidilfitri,
ReplyDeletesje nk mengomel...
sy ske blog ni..
but b4 diz,just silent reader..
tp ble bro hamka tukar background
dari hitam ke biru..
rasa mcm tk feel la..
rasa mcm dh tk naik kereta mayat..
tapi naik kapal terbang...hehe
tk pn naik feri..
urm,tp feri pn tngelam ari tu..
bleh gak jd mayat;p
Wan Mohd Faiz
ReplyDeleteJaga diri, tak mustahil bagi Allah untuk memberi
rahmat dan hidayat kepada semua manusia.
:)
----------
UmmuSarah
Sekali sekala tukar cat kereta mayat, apa salahnya, yang penting kain kapan warna putih..
-------
shakirah
wow! Nice komen!
--------
pau
kau nak warna apa? 100 pembaca dah email aku suruh tukar colour, dan ada yang belanja aku minum teh’ tarik..
lagipun ramai orang tua yang rabun baca blog aku ni, kau orang muda, bagilah mereka merasai warna warna kehidupan..