Sep 18, 2007

Salahkah Lapar?

(Semoga aku sampai bila-bilapun tidak kena penyakit gastrik.., izinkan aku puasa penuh setiap tahun sampai jadi mayat..Amin..)

Aku menulis dalam keadaan lapar..

aku teringat zaman kecik dulu, jika ada orang yang tak posa, bila kena tangkap, hukuman yang dikenakan adalah naik kereta mayat pusing bandar.., tujuannya adalah untuk memalukan si pesalah..

ntah?! zaman la ni ada lagi ke?

Alang-alang dah naik kereta mayat, patut mereka kena nyanyi lagu ni:-

Tragedi Ramadhan...

Tak sanggup lagi aku
Mengenang DOSA lalu
KEJAHILAN menghantui diriku

Biarkan DOSA pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ULANG lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi RAMADHAN

(Korus)
Sesalan ku hanya untukmu TUHAN
Ampunilah segala dosa-dosaku
TELAH sengaja aku,
MENGENGKARI DiriMU
Bagiku Kau TEMPATKU MENGADU

OH, TUHANKU

Hanya satu ku pinta
KEAMPUNAN dariMu
Berilah peluang hidupku

Aku rela DIMALU
NAIK KERETA MAYAT
AKHIRAT SELAMAT SELAMANYA

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi RAMADHAN


(Ulang korus sampai masuk waktu imsak dan kawasan yang sewaktu dengannya!!)

Argghh!

Aku masih menulis dalam keadaan lapar..

Asid perutku telah lama keluar, merembes ke sini-sana, dan tidak bertemu dengan sebarang makhluk yang patut dicernakannya, lalu mengikis perutku menjadi semakin nipis, beberapa organ dalaman bergetar lalu mengeluarkan bunyi- seperti raksasa mengesot di ususku…

Aku mengerekot sambil melipatkan perutku ke dalam perut, pusatku hilang tenggelam dalam lipatan perut lebar berdinding nipis, dan dada yang berbulu jarang bersatu dengan betis yang juga berbulu jarang..

Aku rasa tentu perutku sedang bertanya: mana teh’ tarik dan nasik lemak daun pisang yang selalu muncul di waktu pagi? Mana nasi putih ikan patin bertempoyak dan ikan keli goreng yang selalu muncul di kala tengah hari? Mana keropok goreng? Mana sup ekor? Mana-mana?

Segala kenangan dulu telah menjadi tahik..,

Segala tahik telah menjadi kenangan dulu..

Inilah akibatnya aku yang tidak berlatih sebelum berjuang, aku tidak istiqamah berpuasa Isnin-Khamis sejak syawal tahun lepas lagi.., apa-apapun, semoga aku tidak akan mengidap gastrik sampai bila-bila, aku nak puasa, dan aku rela menjadi mayat akibat berpuasa..

Andai aku jadi mayat petang nanti, jangan pula korang tinggal solat tarawikh, takpe tanam mayat aku lambat sikit asal korang semua istiqamah terawikh sepanjang bulan ramdhan..

Lepas tarawikh, asyik makan more, jangan lupa pulak pada aku, kesian aku dikerumuni semut, dimakan ulat dan diberak lalat.., cacing melata bergerak di tujuh lubang, sedang perut kembong, bengkak membiru.. oh!!

Dalam keadaan lapar begini, aku teringat kepada Maria Tunku Sabri, eh silap, teringat aku pada makanan dan kenangan terindah..

Lalu aku berimaginasi.. sambil tergiang-ngiang lagu :

(jaaaalan, jalan-jalan, cari makan..)

Aku terbayangkan seorang lelaki separuh umur yang gemuk dan buncit sedang berlari lari anak ke arah kedai makan, seluar ketat biru gelap singkat dan berlipat ke lutut, kasut jazz merah dengan tali kasut yang memantulan cahaya oren terang, baju kemeja ketat dan singkat dengan kolar ditegakkan, pusat dalam jelas kelihatan, ada dua tahi lalat di bawah pusat, rambut pula basah berminyak dan ada campuran sikit warna jalur gemilang, di sebelah kiri tersikat rapi dan di sebelah kanan huru-hara dengan anting anting.. yang pastinya orang gemuk itu bukan aku.., sajer nak mengambarkan suasana melawat Malaysia. Heh!

Apa-apapun, aku bukan dilanda gasterik.., Cuma aku banyak berak menyebabkan perut kempis lalu kenangan pada makanan datang bertalu, menyambut rindu datang bertamu, aku gelisah..

AKU RINDU PADA TEH TARIK.

Di Malaysia ni, teh tarik yang paling aku suka adalah teh tarik di sebuah kedai dekat Masjid Sri Petaling, masjid tu pulak dekat dengan Bukit Jalil..

Walaupun teh tarik tu dibuat sekali harung dalam satu baldi besar, lebih dari dua kolah aku rasa, jika korang nak minum just tadah gelas dekat paip bawah, tapi rasa dan aroma dia susah aku nak terangkan.., ‘kaw’ dan manis yang seimbang, aku agak teh itu direndam dan dimasak hingga mendidih, kemudian dicampur sedikit garam dan sedikit halia, susu pulak susu kambing.., aku agak ajer, harga pulak RM 1 segelas besar..

Tapi itu semua dalam kenangan, kedai tu dah tutup dan sudah jadi tempat aktiviti Masjid Sri Petaling, aku tak tahu pulak kat mana mereka pindah..

Sekarang aku paling suka teh yang isteri aku buat.., I love u..

Pada tika ini, melihat air longkang yang berwarna merah-coklat keorenan tu pun rasa semacam.. hampeh!!

AKU RINDU NASI LEMAK.

Dari Kuantan menuju ke Kuala Lumpur, sebelum simpang Gambang, dekat Balai Polis Jaya Gading, di kiri jalan, ada sebuah restoran yang menjual nasi lemak daun pisang, 100% daun pisang,

Banyak kali gak aku makan kat situ, memang kedai tu ramai orang sampat tahap kena beratur kat dapur untuk dapatkan sebungkus nasik lemak.. macam-macam cerita aku dengar kononnya kedai itu letak pelaris lah apa lah lantak korang ler, aku tak kasyaf macam korang, dan teh tarik kedai ini pun sangat BEST!!! He he he..

Tapi pagi tadi melewati pergi kerja di hadapan kedai itu, kenangan pada sambal bilis merah berempah dan pelayan gedik di situ menggamit memori, oh! Bila kedai ini bukak lepas raya kelak, akan datang lagi satu ujian besar pada puasa enamku! Oh!!

AKU RINDU ROTI CANAI

Dari Batu berendam ke Bandar Melaka, sebelum tiba di kawasan perindustrian, atau sebelum tiba di infenion yang dulu di kenali sebagai siement, dekat jambatan mini (longkang) ada sebuah kedai menjual roti canai yang berlainan aroma dia, menu paling hits adalah roti canai tampal, telor kuning di goreng lembik tapi tidak meleleh.

Dan kedai tu memang ramai orang, sampai tahap beratur tunggu kerusi dan meja, yang menarik kedai tu takde tukang cuci pinggan mangkuk, semua piring dan cawan ditaruk kat belakang sampai bertimbun, mereka memang banyak stok gelas dan pinggan, bila kedai tutup baru mereka basuh pinggan, korang boleh bayangkan betapa sibuknya kerja kat situ..

Oh ye! Satu lagi, teh kat situpun sedap
: )

AKU RINDU NASI DAGANG

Dulu kedai ni masuk akhbar gara gara menjual kepala ikan dengan harga RM 48, dengar cerita kedai ni kena saman RM1000, dan dengar cerita juga seorang pelanggan sudi bayar saman tersebut demi cintanya kepada aura nasi dagang mokngoh, kedai ni terletak berhampiarn jambatan bengkok pertama di malayasia.yang mana di seberang sana akan terlihat masjid terapung
Kuala Ibai.

Ada member aku yang tak suka makan nasik dagang, tapi bila aku bawak makan kat situ terus pandangannya terhadap nasi dagang telah berubah paradigmanya. Nasi dagang telah menjadi asbab untuk beliau meneruskan kehidupan di muka bumi, mak aku pula selalu suruh aku beli rempah dari kedai itu, dan setiap hari raya mak aku akan masak dagang menggunakan rempah kedai itu..

Korang bayangkanlah betapa sedapnya nasi dagang kat rumah aku.., jemputlah datang beraya!
Dan mak aku juga terer gila buat teh tarik, kira mak aku ni tok guru otai kepada bini aku tu, dan aku adalah pula adalah pengadil handalan…

Mak, I love u!!

AKU RINDU KEROPOK LEKOR

Aku pernah makan kerepok yang bukan dari Terengganu, hampeh, banyak tulang, menangis anak aku makan.., aku tanya kenapa banyak tulang? Kata mereka, ada tulanglah best, zat tulang begitu-begini, walhal kerepok lekor kat terengganu takde letak tulangpun sampai terkenal seluruh Negara, terutamanya keropok losong, tapi aku sebagai rakyat terengganu yang tak dapat duit ehsan, tak pulak rasa best makan keropok losong, aku suka keropok pok de yang dekat kedai nasi dagang tu, belakang Masjid Raja Chendering, dan aku dapat tahu keropok tu di eksport ke seluruh Negara dengan bas ekspress, apa lagi nak di kata?

Hargapun murah, 50 sen sebatang, kalau kemaman, dah seringgit sebatang, kuantan, KL ? huh!

Mana duit ehsan aku?

AKU RINDU LAKSA

Kalau nak makan Laksa pinang pergilah ke pinang, kalau nak makan laksa kedah pergilah ke kedah, tapi dalam banyak banyak laksa, laksa apa paling tak best, dah tentulah laksamana, sebab banyak bulu! Hampeh, aku merepek, tak lawakpun, tapi apa jenis laksapun korang hidangkan, aku tetap suka kepada laksa terengganu juga!! Dan yang aku suka, kuah warna putih di makan bersulamkan belacan penyek.., perghhh, cicah cili boh. Dan sayur mayang merambu.., hirup sampai ke lantai!

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke laksa?

Ada satu hari tu di Kelantan, aku dan kawan aku pergi makan laksa, sekali nampak daging goreng bakar, berebut rebut kitaorang ambik letak dalam pinggan, bila dah gigit daging panggang tu, muka berubah!! Apa tak nya, rupa-rupanya kat Kelantan, mereka potong belacan nipis nipis dan panggang, nampak sebijik macam daging bakar, dah gigit belacan seketul, muka mula membiru dan hari biru, lidah menjadi huru hara dan terus hilang selera makan laksa, hampeh!!

Arghh! Makin lapar aku jadinya!

Hampeh betul!!

Barulah aku tahu pada waktu dan ketika ini, betapa peritnya mereka yang sedang menderita kelaparan..

Walaupun aku tak tahu di mana mereka, melalui komen dari korang, ada berita dan cerita-cerita bahawa isteri dan anak-anak kepada para pejuang ugama yang sedang bertugas di perbatasan, memperjuangkan ugama islam.. sedang hidup dalam kelaparan..

Mereka kata anak-anak pendakwah ini kelihatan terabai, hidup lapar dan menderita..

Dan kita sebagai jiran, apa peranan kita?
Biarkan mereka lapar dan kutuk suami mereka?

Oh, aku masih lagi menulis dalam keadaan lapar..

Bila lapar, ada semacam gegaran dari dalam perut, tangan dan pipi terasa kebas..

Aku baca komen korang tentang pendakwah yang zalim kerana mengabaikan anak bini dan biar mereka menderita kelaparan..

Aku tak tahu kat mana kejadian itu berlaku, sungguh kasihan pada anak dan bini pendakwah yang lapar itu, tolong laporkan kepada polis, jangan lapor kat blog aku..

Komen korang tentang lapar dan pendakwah itu muncul ke blog ini adalah kerana korang sangka aku ni wakil puak tabligh, apa lagi aku nak cakap..

Mungkin bila aku tulis tentang iktikaf dan dakwah pintu ke pintu, korang akan anggap aku wakil tabligh dan serang serta kutuk tabligh, padahal akulah yang lagho, tulis lagu, gubah lagu, dan membebel macam mak nenek..

sebagai contoh:
Aku pernah ikut satu geng usrah, dalam usrah mereka ada satu slot muzakarah buku buku ugama, lepas habis satu buku mereka beralih ke buku yang lain pula, walaupun belum dapat amal buku yang dulu tu, kemudian bila mereka mintak pendapat aku untuk muzakarah buku baru, aku bagi cadangan dengan tunjuk buku aku yang bertajuk “panduan hidup sunnah” karangan Ustaz Abdurahman Ahmad, tapi bila naqib tu belek belek buku tu, akhirya naqib tu tolak kerana buku tu dengan alasan, buku tu seolah-olah ajar pembaca jadi ‘orang tabligh’,! Huh! apa ke bodoh punya naqib, itu adalah sunnah nabi, takkan lah kerana orang yang kau tak suka tapi amal sunah nabi, atau kerana engkau anti tabligh maka kau tolak sunnah Nabi,? Bodoh betul!! Lepas tu mereka ambik buku lain, aku lupa tajuk tapi lebih kurang tajuk, “Negara islam . demokrasi dan politik islam”, cis! Aku blah dari geng usrah tu, buang masa aku jer, cis sekali lagi!

Ni semua adalah gara gara terkeliru antara sunnah Nabi dan ‘orang tabligh’, mungkin ada ustaz tersalah cakap tabligh tu ‘sesat dalam cahaya’, maka orang kampong yang naïf dan orang Bandar yang advance mulai tolak amalan orang tabligh, walaupun hakikatnya itu adalah sunnah Nabi..

Sebagai contoh, aku pakai baju labuh ke paras lutut, (jubah ala kurta) maka adalah orang tua jahil yang berpakaian ala ala mahima ghandi tegur aku: “hoi, pakai baju Pakistan buat apa?”

Tengok, oleh kerana orang Pakistan membudayakan pakaian nabi dan menjadikan akan ia pakaian kebangsaan yang di namakan kurta, maka orang yang jahil sunnah akan hina kurta, salah sape? Tak kan nak salahkan mahina ghandi pulak.. ish ish ish..

Maka kesimpulannya, jika aku tulis sejarah Nabi SAW dan sahabat RA, atau sunnah Nabi dan sifat sahabat, atau tentang iktikaf serta dakwah pintu ke pintu, korang yang anti tabligh janganlah terus tolak dan menghina hanya kerana apa yang aku tulis tu dah terbiasa ‘orang tabligh’ selalu amal, jangan jadi macam orang kapir yang benci osama bin ladin lalu berburuk sangka dengan semua orang islam, jangan tiru perangai ‘bahan bakar api nereka’, karang tak sia sia neraka dicipta bila ramai orang masuk neraka..oh!

Kepada sesetengah ‘orang tabligh’ pulak, janganlah perasan blog ini karkun yang tulis, hanya kerana apa yang aku tulis selalu korang amal, lalu email aku suruh berhenti dakwah melalui blog kerana tertib tabligh hanya berdakwah melalui sunnah Nabi, bacalah dulu isi hati aku atau sekurang kurangya berbaik sangkalah dengan aku, kerana:-


AKU MEMANG TIDAK BERDAKWAH MELALUI BLOG!
INI BLOG PERIBADI,
Kalau tak suka, jangan baca, aku tak pernah pun suruh korang baca…

Dan kepada geng usrah, persatuan so call Islamic, dan lain-lain pertubuhan yang kutuk aku dan kutuk tabligh tapi tak tahu hujung pangkal, woi!

Bacalah dulu blog aku ni sampai habis, baru layak nak hantar komen, ini tidak, baru baca tajuk: “lelaki komunis terakhir” terus haramkan isi cerita, apa kes? Tengok dulu semua cerita baru boleh nak ulas cerita.. jangan caci tabligh kat blog ini kerana aku tak nak berdebat dengan orang yang yang tak faham cerita dan hampeh!!..

Aku harap korang paham, tentang apa yang aku tulis dan untuk apa aku di sini.., takpe korang tak setuju, yang penting korang paham, paham tak?

(arghh, lantaklah, bukan pentingpun..isk)

Kembali kepada topik, LAPAR..

Untuk mengelakkan korang terpinga-pinga,
Aku copy/paste balik komen dari pembaca blog ini dan aku edit sikit sebab panjang sangat..

Copy/paste.
Namun saya terpaksa mengatakan kepincangan dalam ‘perlaksanaan’ da’awah mereka sehingga menyebabkan berlakunya fitnah ke atas Jemaah Tabligh itu sendiri.

Antaranya ialah persoalan perlunya keluar atau ‘khuruj’ sehingga ke IPB selama 4 bulan, dan tanggungjawab karkun [aktivis JT] kepada keluarga masing-masing.

Pengabaian yang berlaku pada keluarga oleh sesetengah ahli JT semasa keluar berda’awah juga telah menimbulkan satu persepsi yang buruk oleh masyarakat kepada JT sendiri. Kebaikan dan keperluan da’awah tidak dapat dinafikan.

Namun masih terdapat beberapa aspek lain yang perlu diambil kira untuk melakukan da’awah. Keluarga adalah salah satu daripadanya. Yang mana satukah kewajipan? Jika dilihat dari dalil yang shahih. Sudah pasti keluarga. Namun masih ada lagi sesetengah [saya tidak kata keseluruhan] ahli JT yang tidak menyedari akan hakikat ini. Sesuatu yang dinafkan di jalan Allah itu adalah sesuatu yang baik bahkan dituntut. Namun keperluan kepada keluarga adalah lebih utama.


Dari Abu Hurairah R.A katanya Rasulullah S.A.W bersabda:

‘Dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah [yakni untuk jihad atau ketaatan kepada Allah], dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin dan dinar yang kamu nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling agung pahalanya adalah dinar yang kamu nafkahkan untuk keluargamu’
[Riwayat Muslim]

dan Dari Abdullah Ibn Amr Ibn al-Ash R.A dia berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

Cukuplah dosa seseorang apabila dia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya’ [Hadith Shahih diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya]

Sudah jelas di sini akan kepentingan keluarga melebihi dari sesuatu yang lain. Tidak dapat tidak. Kepentingan keluarga mesti didahulukan.


Aku kata:-

Aku sekarang sedang lapar, bila lapar, otak aku jadi lembab , otak tak pandai berfikir, rasa ketagih kepada teh berjenama boh.., dan rasa kasihan benar pada anak-anak orang tabligh yang lapar..

Walaupun aku tulis BESAR-BESAR aku bukan orang tabligh, tapi jemaah tabligh tetap menjadi sasaran kutukan korang, padahal aku yang bersalah..

Bila aku tulis tentang iktikaf, dakwah pintu ke pintu, korang terus labelkan itu adalah amalan orang tabligh, padahal itu adalah sunnah Nabi, lalu kutuk tabligh bila aku silap tulis pasal perjuangan korang,

Bahaya bila korang fikir macam tu, takut nanti korang akan mengelak iktikaf dan dakwah pintu ke pintu hanya semata mata benci pada tabligh, padahal itu sunnah Nabi, maafkan aku jika buat korang rasa ‘saya tetap betul-semua orang adalah salah’ lalu hentam tabligh dan umno.., apa lagi nak di kata?

Aku suruh knarog bakluten aku, bakun bakluten tligbah dan unmo, kalau nak bakluten tligbah, bolg aku bakun tampet nya..

(huh dah silap taip, jari menggigil sebab lapar)

Jdai bilabrek kedapa ynag lepar tdai..

Sabeb aku lapar, aku copy paste kemon drai onarg lian tnatneg isu di aats,

Copy/paste

Kavalera Hexalera said...

Dari Abdullah Ibn Amr Ibn al-Ash R.A dia berkata Rasulullah S.A.W bersabda: Cukuplah dosa seseorang apabila dia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya’mensia-siakan tanggungan seperti dalam hadith diatas ialah kepada perkara yang berkaitan akhirat.

Seseorang yang tidak mendidik isterinya, anak-anaknya atau tanggungannya kepada akhirat dan tidak menyediakan mereka untuk agama Allah maka itulah yang dipanggil mensia siakan tanggungan.. bukan kalau tak beri makan...

Jika mensia siakan tanggungan itu maknanya keperluan duniawi sebuah rumahtangga, maka Nabi Ibrahim ialah seorang yang teruk kerana meninggalkan Hajar, Saidina Ali ialah seorang yang tak bertanggungjawab kerana membiarkan Fatimah kelaparan sehinggakan nak menjawab salam Rasulullah SAW pun tak larat... Bahkan Rasulullah SAW sendirilah yang paling teruk kerana membiarkan seluruh keluarganya dalam kesusahan, kepayahan, kemiskinan... kerana Islam.

Kita banyak sangat guna hadith dan ayat al-quran untuk menegakkan benang yang basah.. supaya betul dengan hati dan nafsu kita. Sedangkan dunia ini tiada harga walaupun pada harga sehelai kepak nyamuk..

Tahu tak rantai-taat orang Islam?
1. Allah
2. Rasul
3. Ibu / (Suami utk orang pempuan)
4. Bapa

Kalau lah kamu hilang segala galanya.. semata mata kerana Allah dan Rasulnya.. Adakah ianya kehilangan atau satu kebanggaan sepatutnya?WAllahualam.

*******
Ok, sapmai snii dluu, jagnan baynak bebedrat jkia tak baynak imlu, balun psaua slia jgaa ladih dan htai..

semalat beubrka psaua..!!!

Ps; tak biak melenugh lapar pdaa balun psaua…, oh!! Ini lah abikat drai aku ynag tak iukt sannuh beruhasr malam tdai, sgomea aku tadik jdai mayat dalam keadaan mengeluh! Oh!!

(habis salah eja.., maafkan aku)

24 comments:

  1. Greng was ere... Salam Ramadhan buat semua...

    ReplyDelete
  2. silap betol aku baca entry ko time gini... nak berbuka lambat lg,dugaan... dugaan... teh tarik? nasik lemak? roti canai? laksa? arrrgggghhhh!!!!! slamat menahan lapar dan dahaga....

    ReplyDelete
  3. Hadith al-Bukhari dan Muslim,

    “Sesungguhnya syaitan itu bergerak di dalam diri anak Adam melalui saluran darah. Maka sempitkanlah perjalanannya dengan berlapar”.

    ReplyDelete
  4. banyak betul mengidamnye. meleleh air liur aku baca. hehe.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. oit jangan mengumpat... kurang pahala pose takpe... tapi kalau puasa tak diterima Allah .... rugi besar tu....

    ReplyDelete
  7. greng

    Salam Ramadhan juga buat kamu
    : )

    ----------
    HazuraHamzah

    Ini bukan dugaan, tapi betul-betul!!
    (bujang lapok)

    ----------
    saiful

    Patutlah aku malas berhujah, syitan dah tak dapat bergerak..

    ---------
    alan zed

    he he ..

    ---------
    biskut mayat

    gunalah bahasa yang bersopan sikit, jangan bagi malu pada orang kapir bila baca..

    ------------
    ahakss

    oh!!

    ReplyDelete
  8. hamka, ejaan yang salah bagi perkataan, namun betul huruf awal dan akhir. itu satu kajian yg pernah di buat oleh pakar bahasa inggeris di UK. tapi aku rasa sesuai utk bahasa inggeris je kot, sebab bila buat cam tu dalam bahasa melayu..lain jadiknye.....hehehe.

    sekadar pendapat....

    ReplyDelete
  9. Dari Abu Hurairah r.a., katanya" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa lupa semasa ia sedang berpuasa, lalu ia makan dan minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sebenarnya ALLAH jualah yang telah memberi makan dan minum kepadanya."

    (Riwayat Muslim)

    ..........
    Mana tahu dengan izin ALLAH terlupa makan nasi lemak daging goreng(belacan) ^_^

    ReplyDelete
  10. abu_harraz

    Oh! Ye ke?

    Tnahk you, nxet tmie, I neevr do aiagn, Temira kisah, lian klai tak baut dah, tpai hrai ini lapar paluk.
    Oh!

    ---------
    ainohikari

    Kalaulah kau tahu betepa azabnya aku bila makan daging panggang tu (belacan), nak muntah tak boleh, nak telan tak daya.., awek ramai kat depan, terpaksalah berlakon, tunduk, ambik sudu, letak tepi mulut, lidah alihkan sikit sikit baki belacan tu dan letak dalam sudu, buat selamba, agak line clear, ludah sikit sikit.., dan yang terlekat lagi di celah gigi, tu terpaksalah makan jugak..oh!

    Moral: hati hati melihat kepengan kepingan ‘daging bakar’ jika makan laksa di kelantan..

    ReplyDelete
  11. akupun tak taulah dari mana depa nie sumer bg gelaran 'tabligh'...yg aku tau tabligh tu ertinya menyampaikan/sampaikan....mungkin dari situ kot...sampaikan ilmu walaupun satu ayat.

    habis tu ustaz2 yg bagi tazkirah/ceramah kat masjid tu kenapa tak digelar 'tabligh'...bukankah mereka juga menyampaikan ilmu kpd org awam???....

    copy/paste dr satu blog :

    Orang Tabligh,
    Ntah sape la yg bagi nama,
    Sedangkan kita sumer kan sama,
    Umat Nabi SAW semuanye,
    Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
    Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
    x kan la keje ustaz dan ulama saja,
    Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

    (menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayu
    murtad di Malaysia)
    ........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
    untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama
    menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.
    Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidak
    dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah
    Syariah yang membenarkan.)

    Orang Tabligh,
    Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
    Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
    Yg td segar bugar dah tido terlentang,
    Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
    Heh..betul la kata orang,
    Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

    Orang Tabligh,
    Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
    Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
    Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
    Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
    Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
    Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
    Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

    Orang Tabligh,
    Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
    Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
    Dari ustaz sampai le kutu,
    Sume nak ditemu,
    Nak diajak pd Allah yg satu.

    Orang Tabligh,
    Jalan bawak periuk belanga,
    Dipandang org takat sebelah mata,
    Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
    Walaupun kekadang pedih gak telinga,
    Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
    Dituduh dusta, dipanggil gila,
    Itu Nabi, apatah lagi kita,
    Yg banyak salah,yg banyak dosa,
    Takpe2, Allah kan ada,
    Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

    Orang Tabligh,
    Kekadang buat silap...adat la manusia,
    Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
    Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
    Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
    Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

    Orang Tabligh,
    Ada kat mana2,
    Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
    Dari petani, engineer, sampai la Raja,
    Pelbagai adat, perangai beza2,
    Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
    Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
    Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

    Orang Tabligh,
    Nak hidupkan sunnah Nabi,
    Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
    Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
    Kekadang tu kena gak perli,
    "Kita skang kan di zaman IT"
    "Tak main la sunnah2 nih!"
    Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
    Kang menyesal esok, sapa yg rugi?
    Kan diri sendiri..

    Orang Tabligh,
    Manusia biasa, ada hati,
    Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
    Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
    Kalau nak ikutkan hati, mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
    Or ajak anak main lari2,
    Or layan PS2 sampai pagi,
    Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
    Kena korban lagi dan lagi,
    Yela..hidup ni kan cuma sekali,
    Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

    Orang Tabligh,
    Malam2 doa hidayat,
    Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
    Supaya di akhirat suk semua selamat,
    Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
    Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
    N tak mau plak jumpe masyarakat,
    Just bz buat ibadat,
    Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

    Orang Tabligh,
    "Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
    Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
    Sape saja yg bawak kebenaran,
    Tak kisah la orang Arab ke bukan,
    Sume kena bagi sokongan,
    Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
    Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
    So x jadik masalah la kan?

    Orang Tabligh,
    Ajak keluar 3 hari,
    "I can't go..sorry!"
    Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
    Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
    Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
    "Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
    Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
    Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
    Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
    Kes2 camni mmg byk terjadi,
    Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
    Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),""no prob.,anytime kami
    ready!"
    Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
    Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
    Wife mana la yg tak happy,
    Heh..ni la realiti,
    Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
    Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
    Ya Allah selamatkan lah kami!

    Orang Tabligh,
    Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
    Atau nak berlagak mcm dah tera,
    Tak jugak nak kafirkan sape2,
    Atau sibuk2 pergi mintak derma,
    Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
    Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
    Nak selamatkan manusia kesemuanya,
    Dari kena masuk neraka,
    Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
    Itu saja...

    Orang tabligh,
    Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..
    pakai selipar jepun sahaje...
    Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....
    passport penuh cop many countries..
    Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
    nak tanya nafkah batin?
    Balik dari keluar, macam pengantin baru...
    sama seperti balik dari fardhu haji........ ..
    Sayangkan bini tingal-tinggalkan. ..
    sayangkan anak...rotan digantungkan. .....sunnah nabi...
    bukan untuk mendera...speed limit sahaja...
    kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
    Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori
    tersebut, tak naik bahteralah jadiknye...
    Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
    Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
    tak buat dakwahlah Nabi....tak sampailah Islam ke M'sia ni...

    Orang Tabligh,
    Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
    itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
    You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and
    ignorance of their followers.
    Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar
    received the first kalimat terus buat dakwah...if he waits tunggu complete
    ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
    Global politic & economy with no borders & chauvinism,
    M'sian, New Yorkers & Palestinians
    duduk makan satu talam in Nizamuddin.. ...

    (tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

    ReplyDelete
  12. part tabligh kena pikiaq camni...

    makan nasik cicah budu sambai petai,
    jgn jadik buta perut takdak akai..

    sendri pikiaq la...

    ReplyDelete
  13. Saya nak mencelah part tabligh nie.

    Kalau pun suami2 nak keluar tinggalkan isteri...prosesnya tak semudah itu. Contohnya, seorang suami mesti bertafakut (interview) dengan ahli panel (syurah2). Dalam interview tu, depa akan pastikan suami itu layak untuk keluar ie..istiqamah buat usaha tempatan, track record khuruj di tahun2 yang lepas, keadaan/persetujuan isteri yg akan ditinggalkan, bekalan yang ditinggalkan utk ahli keluarga etc.
    Kesimpulannya, tidaklah semudah itu untuk seorang suami dapat keluar 40H/4 Bulan. Insya Allah, jika kita tiada kekuatan utk melakukannya, janganlah kita memandang rendah mereka yang tlh korbankan diri, masa & keluarga utk buat usaha agama.

    ReplyDelete
  14. Anonymous

    Kumpulan ‘tabligh’ dah ada, kumpulan ‘amanah’, ‘fatonah’ dan ‘siddik’ belum ada..

    Errr, Kumpulan manakah yang patut dapat gelaran tu?

    -------------
    HazuraHamzah

    Sedang pikiaq la ni, nak makan apa bukaq posa...

    ------------
    UmmuSarah

    Pandainya cik sarah nie..
    Jemputlah mai ke rumah hujung minggu ni, ada program wanita, insyAllah.

    ReplyDelete
  15. banyak tempat favorite nampaknyer.... terliur plaks ha

    ReplyDelete
  16. Al Akhul Muslim:

    Forgive me for this intrusion to this discussion.

    Dedicated to Little Nurin
    from a father of none

    On this day that I saw your dried tears,
    I pledge my vows and lifted my spears,
    and let loose a war cry so all could hear,
    I paint my eyes black and pay homage to the devil’s lair,
    and wage my soul to barter this unjust despair,
    I ask him unto me he would give the hideous of stare,
    so that I find this son of an unholy night mare,
    and hunt him down with out any care,
    once he lays under my anger snare,
    I will gnaw his heart bare,
    while life still dangles in sinful hair,
    and I will drink his blood in cups of pair,
    then I will pluck each and every one of his beastly hair,
    and make a lace out of that bastard stare,
    so all bestial man be aware,
    this world shall never be his damned soul's lair.

    ReplyDelete
  17. Hi,
    saya bersekolah di terengganu. setiap tingkatan di sekolah saya dinamakan dengan sifat2 nabi.

    - siddiq
    - amanah
    - fatonah
    - tabligh

    saya berada dalam tingkatan 3 tabligh. cuba kawan2 teka, apakah nama sekolah saya?

    sapa dapat jawab dengan betul, maka saya belanja kuih tahi itik. sedapp wooo...

    ReplyDelete
  18. Mak Su

    Mak su boleh kongsi tempat makan yang menarik, jika ada.
    He he he

    --------
    demonsinme

    rakyat sedang berkongsi derita..
    dengan air mata doa, ku iringkan bersama…

    Siapakah lagi yang dapat memberi keselamatan dan keamanan?

    ----------
    3 Tabligh

    Aku rasa sekolah kau dekat kemaman, betul tak?

    Aku dulu pernah gi jalan kemaman, tiba-tiba ternampak bendera warna hijau gelap dan ada bulatan kuning di tengah, dan tertulis ayat: TABLIGH..

    Huh! Sejak bila tabligh ada bendera?

    Tak kan tabligh ikut masuk pilihanraya?

    Tabligh nak ikut sunnah, kenapa perlu masuk pilihanraya?

    Tapi hatiku lega bila nampak lagi 3 bendera yang sama, dan terulis perkataan, “siddik”, amanah, dan fatonah.., hampeh!

    Sekolah kebangsaan kuala kemaman, betul?

    ReplyDelete
  19. dulu aku ade baca satu buku pasal tanda2 hari kiamat...

    zina berleluasa,pembunuhan kejam,artis dibangga2kan,muzik tumbuh subur...adalah antara tanda2 yg dah diketahui umum.

    tapi yg buat aku tak blh lupa ialah akan berlakunya 3 gempa bumi:

    1.di timur kemudian
    2.di barat dan terakhir
    3.di tanah arab

    sekrg bahagian timur dah berlaku gempa infact masih berterusan bergoyang on & off...berapa lama?Allah saje yg tahu.

    dan jgn lupa menjadi mayat itu adalah kiamat kecil yg lebih dekat waktu berlakunya drp urat leher sendiri.

    ReplyDelete
  20. SK Kuala Kemaman

    hmmm... ada dua kesalahan
    1. bukan SK, tapi SMK
    2. bukan kuala kemaman, tapi...

    hihi jawab sendiri

    ReplyDelete
  21. aku lapar, (tak berdaya nak jawab teka-teki)

    ps: baik kau balik.. pergi tolong mak kau masak, bagi aku makan..

    faham?

    (jangan marah.hehehe)

    ReplyDelete
  22. Saya maon. Maon mengucapkan selamat berbuka puasa dan bersahur.

    Dalam banyak-banyak makanan tersebut, saya suka makan nasi lemak daun pisang itu.

    Dan apabila saya berada di rantau orang ini, saya teringat pulak makanan yang paling sedap semasa bulan puasa di tempat saya...iaitu..bubur pedas...

    Oleh itu, marilah kita makan pedas dan cili giling.

    Dan jangan lupa bayar zakat. Supaya hidup berkat dan selamat.

    -maon-

    ReplyDelete
  23. selamat bayar zakat, terima kasih tong ingat..

    ReplyDelete