Aug 17, 2007

Pusara Lebuh Raya ?

( Bagaimana tidak mengantuk ketika memandu? )
Setiap dari kita ada tempoh hidup masing-masing, sampai masa jadi mayatlah kita,
Cuma bila berada di Negara yang sudah merdeka selama setengah abad ini, yang tiada pernah berlaku perperangan dan perebutan kuasa, maka jumlah kematian tetap ada tapi beralih kepada stastitik kemalangan jalan raya.

Mungkin suatu hari nanti, mayat korang dan aku akan berada tersepit di antara lori dan bas, antara bulldozer dan steamroll, antara ambulance dan kereta peronda. Siapa tahu?

Otak berkecai, tangan putus, serebrum bersepah, buah pinggang berterabur, gigi terkoyak, bulu kening tercabut, lidah terbelit, dan lubang pusat patah dua, nama korang masuk TV, nama aku keluar akhbar bla bla bla, siapa tahu? Jika itu takdir kita, apa lagi nak di kata?

Namun, Tak kisahpun bagaimana kita jadi mayat atau di manapun kita jadi mayat, segala dalam takdir Allah, yang penting hubungan dengan Allah betul dan mati dalam tanggapan dan sangkaan yang baik terhadap Allah, biarlah malaikat maut buat kerja dia, menjemput kita pulang even in the wrong place but in the right time.

Anda tidak mampu mengubahnya…!!!

Namun jangan pulak tak berusaha langsung menjaga keselamatan hanya kerana semua dalam takdir Allah…

Nabi Muhammad SAW suruh sangat kita semua menjaga keselamatan, sehingga ada hadith menyatakan, wang yang di belanjakan untuk keselamatan di kira sedekah…

Maka pakailah tali pinggan keledar, duduk di lorong yang betul, beri signal untuk memotong dan membelok, jangan hon di kawasan hospital, sila hon member kerana kita kenal dia, dan hon lembu walaupun kita tak kenal dia. Jangan memandu terlalu dekat, jangan buat oral seks dalam kereta ketika memandu, dah masuk waktu solat, singgahlah di masjid, 500 meter di hadapan.

Ingat! Safety first, adalah sunnah nabi!

****
Menurut laporan pihak berkuasa, kebanyakkan kemalangan terjadi akibat kecuain, dan kesilapan teknikal, maka sebelum memandu silalah check level air, check level minyak hitam, check signal depan belakang, lampu break, tayar angin, kelengkapan tool box dan sebagainya.
Time drive, awasi temperature engine, hayati gegeran stereng, dan peka terhadap bunyi-bunyi aneh, (slowkan sikit speaker) dan jangan lupa, minyak diisi secukupnya.

Satu lagi bila memandu, menempuh perjalanan jauh, biasa sangat kita dengar kemalangan berlaku akibat sipemandu drive dalam keadaan mengantuk.

Di sini aku nak kongsi tip-tip bagaimana tidak mengantuk ketika memandu:-

1. Bukak telinga dengar something interesting.
Jika hati korang bersih dan jernih, mendengar ayat suci al-quran di bacakan atau mendengar alunan zikir dari kaset, akan membangkikan semangat dan boleh buat air mata mengalir, tapi jika hati korang gelap (macam aku kadang-kadang), alamak panas kerusi tempat duduk dan makin mengantuk pulak jadinya.. oh!

Siapa yang duduk sebelah aku akan boring kerana aku jenis dengar semua siaran, kejap-kejap aku tukar, sinar Fm, lepas tu hot Fm, kemudian IKIM, Era, suria, Terenganu Fm, Pahang Fm, radio muzik, Manis Fm dan terasuk jugak radio tamil dan cina!!

Sebab aku jenis suka dengar topik perbualan diradio, bila lagu yang tak best berputar, aku jump sana, aku jump sini, dah mengantuk sangat, layan radio tamil ok jugak he he he..

Satu lagi time drive, biasa kalau ada orang di sebelah tak lah mengantuk sangat, dalam islam pun tak galakkan travel seorang diri, ada kawan berborak memang best, kejap jer dah sampai distinasi, semua isu boleh masuk tapi yang kapel jangan pulak buat oral seks, karang eksident jumpa mayat perempuan sedang mengonggong kemaluan lelaki tak ke haru? Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka!

Tapi jika sorang diri drive susah jugak, lebih baik berhentikan kereta dan tidur kejap, aku pernah parking tepi jalan jam 2 pagi tidur, tapi yang lecehnya asyik kena hon dan kena suluh kerana orang ingat aku sedang buat seks dalam kereta, nak tidurpun tak senang, maka jika nak tidur, cari parking yang meriah sikit takut orang buruk sangka, parking kat stesen minyak atau balai polis tumpang tidur, ok gak.

2. Jangan kahwin dengan orang jauh.

Nasihat ini aku tujukan kepada orang yang belum kahwin, tak payahlah cari pasangan jauh-jauh, nanti nak bagi komitment pada orang tua pun payah, katakan korang kena balik kampung 2 minggu sekali, nak pulak travel dari perlis sampailah ke sabah, atau dari kedah ke hulu terengganu, tak ke letih?, tak ke susah?, tak ke merbahaya?

Jangan pulak bilang aku tak pernah pesan, yang belum berkahwin, fikir fikirkan lah masalah ini.

Aku tahu masa bercinta semuanya indah..

"Adanya engkau di sisiku, hilanglah jarak dan waktu. "

Wah, wah wah! Asyiknya bercinta, sampai lupa segala-galanya..

Bila bersama yang tersayang, berapa lamapun rasa sekejap..
Berapa jauhpun rasa dekat..
Yang busuk tiba tiba menjadi wangi
Yang tidur ketika matahari terbit dan pandai merenung fajar sidik..
Yang malas menjadi rajin
Yang rajin menjadi malas
Yang kurus menjadi gemuk
Yang gemuk menjadi diri sendiri..

Bila berjauh terseksa merindu, sesaat bagai setahun kononnya…
Patutlah dalam neraka yang tak best, sehari bagai seribu tahun..
Patutlah dalam shurga yang best, seribu tahun bagai sehari..

Wah wah wah, meriahnya bercinta..
Semua lirik lagu cinta di hafal tanpa rayhal..
Tiba tiba Shahrukh khan menjadi mentor
Irama bolywood menjadi soundtrack
Dah minat colour pink, dan teddy bear
Dah tahu maksud tersirat di sebalik warna bunga kononnya..
Yang tak bersabun dan berbedak, sudah pandai mengaplikasikan sabun dan bedak..

Kini korang minum dalam mangkuk yang sama,
Jumpa tak cakap apa-apapun tak pe, tak boring..
Kalau tak jumpa, dapat tengok bumbung rumah pun ok..

Secaratiba-tiba perbelanjaan demi cinta menjadi murni dan mulia..
Novel cinta tebal menjadi bantal
Masa depan seolah olah cerah membara
Sama sama minum air hujan
Sama baham tanah..
Itu prinsip korang bersama..

Segala jenis pakainnya menjadi perhatian korang,
Pandangan sisi, depan dan atas (dan dalam) menjadi perpekstif yang mengujakan.
Mengukir nama di batu batu, di kayu kayu..


Tapi bila dah kahwin, time drive, mata mengantuk, hari raya pertama di rumah mertua, nak balik baraya di rumah sendiri petang tu nak pulak kena tempuh perjalanan 10 jam, masa dan duit akan habis di jalanan, sedang peluang untuk kemalangan semakin tinggi.

Maka sebelum semua ini berlaku, kahwinlah dengan orang yang dekat, takdelah dekat sangat, kalau jauh pun setakat 2, 3 jam dah sampai, tak letih sangat, boleh solat jamak dan jimat masa boleh pulak buat jimak. He he

Aku nasihat sahaja dan juga berpesan kat anak-anak aku, jangan cari menantu ayah orang jauh-jauh, kalau korang cari besan dengan orang sabah misalnya, tak kasihan ke kat ayah dan bonda kelak bila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah, lepas tu drive lagi ke pedalaman sabah, kemudian, naik bot menyusuri sungai Sabah, lepas tu merentas desa di kaki gunung kinabalu, dalam jauh perjalanan, sempat pulak berkenalan dengan orang utan dan sempat juga memetik bunga reflesia dan periuk kera, baru sampai ke rumah besan.., lepas tu terpaksa guna bahasa isyarat sebab ayah tak pandai loghat sabah bah!, lepas tu.. lepas tu ! oh! Tak sanggup ayah nak gambarkan pengalaman di sakat orang utan dan di sumpit oleh tok batin kerana buat lawak mayat kat sana..oh!

Maka kahwinlah dengan orang dekat, paling jauhpun 2 marhalah, demi kebahagian di hari mendatang.

3. Naik pengangkutan awam

Boleh tidur dan releks dalam bas, tak payah letih-letih drive, tapi tengok juga driver bas tu, karang sedar-sedar dalam gaung..oh! atau dalam rumah mayat, susah jugak kan?..ish..ish..ish..

4. Berperang dengan suasana!!

Dalam tubuh manusia ada aktiviti yang boleh mencegah mengantuk, korang boleh bawa dua tiga biji cili api, time mengantuk makan, alamak berasap dan berdesuplah korang he he he.., aku jam 4 pagi drive singgah di Mc D Drive tru order ayam spicy super hot, bila makan dengan izin Allah, segarlah mata aku, tak segar kenapanya, pedas nak mampus!!..

Oi, cik hamka, Mc D tu yahudi, kenapa kau makan? , tahukah engkau, bla bla.. haram.. bla bla..

Woi, aku mengantuk, karang eksiden siapa nak cover insurance aku? Ini daruratlah mangkuk!!

5. Ingat api Neraka

Dekat kereta ada pemanas rokok, on kan, dan cucuk kat mana mana anggota badan!
Woha!

6.Mandi itu menyegarkan badan,

Letak baldi dan cebok di sebelah kiri, agak-agak dah mengantuk, jirus air di badan, segar insyAllah, alahai? kereta korang, siapa nak marah? bankpun tak marah asalkan korang jangan miss bayar installment. hihihi

7. Awas, lembu, tenuk dan tapir melintas.

Ni agak melencong, tapi nak nasihat sikit kat tuan punya lembu, jangan biarkan lembu korang menyusahkan pengguna jalan raya, korang bukannya bayar cukai jalan, suka hati jer biar lembu korang melintas, berdosa tau buat orang susah! Masuk neraka, dah berapa kali jabatan perbandaran tangkap korang punya lembu, tapi masih tak serik..

Aku cadangkan baik korang bagi lembu korang pakai baju yang boleh memantulan cahaya di waktu malam, yang warna hijau tu, lepas tu tulis perkataan, “ AWAS! SAYA LEMBU”, so, dari jauh lagi orang dah boleh nampak makhluk lembu, dan satu lagi, bagilah lembu korang pakai pampers!!

Hampeh!!

8. Menjadi Orang gila

Kadang kadang boleh juga kita bercakap seorang diri, atau anggap sedang berceramah, membebel sorang-sorang tentang isu semasa dan bagaimana nak selamatkan dunia, atau nak menyanyi, atau nak berzikir lantak korang ler, biarlah orang nak cakap korang gila ke apa?, yang penting korang selamat dalam perjalanan.
:)

9. Jangan terlalu advance.
Aku tahu korang ada otak yang boleh kawal 5 pergerakan badan serantak, tapi jika aku tumpang kereta kamu, jangan balas sms sambil drive!!

Hampeh!!

10. Cadangan kepada kerajaan Malaysia.

Oleh kerana setiap yang bergerak itu merbahaya, aku kena jugak beri cadangan kepada pihak berkuasa akan bagaimanakah cara terbaik menangani masalah kemalangan menjelang 2020, atau 2051.

Merujuk kepada berita semasa hari ini seperti kisah guru pukul pelajar, guru lempang pelajar, yang mana semuanya di laksanakan demi menjadikan pelajar itu berguna dan lebih berkualiti, dan jika di lihat generasi tua hari ini yang lebih berkualiti daripada generasi sekarang dari segi moral dan akhlak, dan bila di titih, semuanya datang dari berkat nenek moyang yang sedia merotan dengan alasan mendidik, maka sudah sampai masanya sekolah memandu juga mengguna-pakai kaedah menghukum kesalahan yang di lakukan oleh pelajarnya.

Sebelum ini tak pernah aku dengar pelajar sekolah memandu yang buat silap di rotan oleh guru besar sekolah memandu.

Dan kekerapan kecuaian pengguna jalan raya adalah mungkin akibat terlalu di manjakan oleh sekolah memandu, guru yang ajar korang memandu dulu hanya tegur dengan lembut, al maklumlah korang yang bayar gaji mereka.

Sebab tulah mereka ni keras kepala dan tidak gemar mengamalkan ilmu yang dipelajari, kena tambah pulak elaun polis buat kerja masa untuk speed trap, road block dan sebagainya. Tu belum masuk kos papan tanda di sekitar masjid gambar tengkorak jatuh motor tak ikat tali helmet, belum lagi kos bayar iklan waktu perdana just nak suruh korang amal balik apa yang dah belajar, nak suruh korang berhenti di lampu merah. kan dah rugi perbelanjaan Negara?.

Oleh kerana kemalangan jalan raya termasuk dalam musuh Negara, maka benda yang penting ini kena masuk dalam silibus pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, kena buat exam untuk semua ini dan menjadi syarat lulus SPM bermula tahun depan.

Jadi dari kecik lagi generasi di Malaysia telah di ajar tentang adab dan kesopanan di jalan raya, cikgu boleh lempang pelajar yang langgar lampu merah, boleh ketuk dengan penyapu pelajar yang memotong di garisan bekembar, boleh suruh pelajar pakai kain batik jika memandu perlahan di laluan memotong, walaupun dalam track simulation, masukkan semua silibus, hapuskan semua sekolah memandu swasta, biar government control benda penting ni, sangat penting, berapa ramai lagi yang akan terkorban. Berapa banyak lagi pusara di lebuh raya?

Guru yang memukul murid dan bapak yang pukul anak ni sebenarnya ok, kata lukman nur hakim, anak tidak dapat tidak perlu dirotani seperti mana kebun perlu diairi, dan ada jugak hadith yang bagitahu Allah merahmati rumah yang mengantung tali cambuk atau rotan demi mengajar anak menjadi manusia.

Tapi itu untuk anak sahajalah, dan juga “ANAK” murid di sekolah memandu, ajar mereka sikit tentang etika masa masih kecik, dan jika perlu pukul, silalah pukul mereka, jangan bila dah remaja dan dewasa baru nak pukul, kan dah melawan balik, “kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul sazali, sazali tak akan jadi begini bapak tau?! Sekarang sazali sudah menjadi ketua samseng di singapura bla bla bla, (rujuk filem anakku sazali)
Sayang anak, tangan-tangankan,

IsyAllah bila kita laksanakan kaedah ini, semoga semuanya berjalan lancar, generasi kelak dah tak payah pimpin tangan untuk melintas dan tiada lagi budak-budak menjadi mayat di jalanan..,
Biarlah ekamatra dan lagunya ‘pusara lebuh raya’ menjadi sajarah, asal tiada lagi mayat yang bergelimpangan di sini sana, nanti bila berlaku tragedy, dah tak payah kita buang masa bergaduh tuduh sana tuduh sini,...

Tapi ini cadangan untuk yang belum dapat lesen lagilah, kita semua yang dah ada lesen tak perlulah kensel pulak, he he he..

Penutup:-

Sebelum mengakhiri karangan, aku ada cerita nak kongsi..,

Dekat jalan Berserah, kuantan, tempat yang banyak traffic light, bila dah hijau aku budget kereta depan aku dah start jalan,aku turun hand break, tekan minyak perlahan, sekali nampak ‘seorang awek’ yang aku kenal sedang drive di sebelah, dia sudah lama control ayu dan menahan senyum mengharap aku juga melihatnya. Dan sekali bila aku melihat dia, dia bukan setakat senyum tapi siap lambai lagi, aku pula siap kenyit mata dan buat ‘V’ peace, (dalam hati aku bertanya: apa kau buat kat sini, kau nak pergi mana?)..

Gedegang!

Keretaku bertemu bontot dengan kereta depan, bumper dia calar sikit, tapi aku punya lampu pecah dan bonnet depan terjungkit. Jalan mulai sesak dan kenderaan di laporkan merangkak-rangkak, banyak dosa aku..oh! kifarah ni isk..!

Tuan kereta yang aku langgar itu keluar, seorang lelaki sebaya aku, tak hensem dan dalam kereta beliau penuh dengan ahli kelurga, ada orang tua dan budak budak.

Oleh kerana tidak mahu jalan raya yang dikongsi bersama menjadi sesak, aku ajak dia ketepikan kereta ke bahu jalan bersama dan kita bincang kat sana. Beliau angguk tanda setuju. tapi oleh kerana kereta beliau betul-betul di depan traffic-light maka mamat tu kena ‘U’ turn dulu dan aku yang di belakang terus ke tepi tunggu mamat tu..
Tapi dah lama tunggu, mamat yang aku langgar bontot itu belum jugak datang-datang,

"Berapa lamakah lagi? terpaksa aku menanti, sehingga teguhnya penderian di hati.. "

Oh, terseksanya aku menunggu kamu datang wahai jejaka misteri..

Di dalam jaga aku tercari-cari, di dalam tidur aku termimpi-mimpi,
Siapakah lelaki misteri yang aku langgar bontotnya itu..

Aku sudi membayar RM 100 atas kesilapan ku itu..

Dah dekat asar, akhirnya aku blahh, dan sekiranya sesiapa yang pernah kena langgar bontot pada hari ‘sekian-sekian’(sila nyatakan) di waktu sekian-sekian,(sila nyatakan) Masih ingatkah kamu terhadap seorang jejaka kacak yang tersenyum manis mintak maaf dan betapa kasihannya aku menungu kamu di bahu jalan macam orang gila, kejap kejap tengok jam, kejap kejap tengok jalan, tapi kamu tak kunjung tiba juga..

Aku takut akhirat kelak, aku kena jumpa kamu pulak untuk mintak maaf..

Aku harap kau tak U turn kembali ke pangkuanku kerana kamu maafkan aku, small matter, bukan kerana sesat atau kamu sibuk buat kamu tak dapat datang jumpa aku, aku berdosa padamu maka maafkanlah aku.., atau ketika kamu U turn tiba tiba kamu eksident pulak sebab break mengejut kat lampu hijau lalu jadi mayat tanpa sempat aku mintak maaf! Oh!

Maafkan aku, melanggar bontot keretamu, aku takut akhirat kelak kamu akan dakwa aku, hokum aku, buat aku masuk neraka, oh!! Oh!!

Maka aku mintak supaya Allah bagi ilham kat engkau untuk ampunkan dosa aku, aku mengaku bersalah, aku sendiri habis RM 300 repair kereta aku, aku memang banyak dosa, dan untuk itu, maka aku juga MAAFKAN siapa-siapa yang pernah buat salah kat aku, aku tak nak berjumpa korang di padang masyar kelak sebagai orang yang berdosa..

(Itulah! Cuai sangat..oh!)

Maafkan aku, melanggar bontot car mu,
Berat rasa hatiku, bayar gantirugi..

Dan demi waktu,
Yang bergilir di sampingmu
Maafkanlah diriku
Sepenuh hatimu…
(ungu)
Sekian dengan air mata..

P/s: NAFSU akan kalah pada AKAL, AKAL akan kalah pada MABUK, MABUK akan kalah pada TIDUR, TIDUR akan kalah pada FIKIR RISAU UMMAT.

Belajarlah Fikir risau atas ummat ini, nescaya kamu tidak akan mengantuk lagi!!(akupun!!)insyAllah…!!, dan bolehlah drive dengan baik di sepanjang perjalanan dunia dan akhirat.

SELAMAT MEMANDU!

30 comments:

  1. bila sebut hari akhirat,bergetar hati ini.
    ko tau tak ape itu hari akhirat!!!?takut siot!belaja jadi pemaaf n memaafkan org lain.oh!

    ReplyDelete
  2. yaumul mahsyar - sangat mengerikan..aku teringat masa ada orang tanya ustaz aku, tak malu ke kita bertelanjang di yaumul mahsyar..semua orang tengok? ustaz aku kata : "masa tu mana ada masa nak pandang sesiapa..semua orang hanya kisahkan diri mereka sendiri..nafsi-nafsi"..kita sekarang kalau pakai baju tebalik dah gelabah orang tengok..kau bayangkan kalau masa di yaumul mahsyar kita sampai ke tahap dah tak pedulik orang sekeliling tlanjang bogel..tak ke dasyat yang amat keadaan tu...ohhh.."

    ps: sapa ada suggestion buku bacaan tentang kedasyatan hari kiamat, bagi kat aku..

    ReplyDelete
  3. hamka,
    best apa kawin org jauh dan lain latar belakang...
    saling melengkapi, mempelajari adab2 baru dan berbeza pemikiran. sangat manis dan lambaaattt nak jemu..(kalau berfikrian positif la..) dah tu pulak bagi yg takde kampung, dapat kampung ..hehhe.

    ko mesti try hamka....lebuh raya pantai timur nak sampai ke KT dah tak lama lagi....



    nurzaiti

    1. tanbihul ghafilin - terjemahan syeh ahmad semait
    2. bimbingan mukmin
    3. huru hara hari kiamat - ibn qayyim

    ReplyDelete
  4. oh ye..ustazah rock..tumpang lalu...biarkan hamka pijak semut tu..bagi mati sekali sekala...

    ReplyDelete
  5. 5. Ingat api Naraka
    http://nasbunnurain.multiply.com/music/item/132/Syurga_dan_Neraka

    ReplyDelete
  6. abu harraz,

    thanks for the info..bimbingan mukmin tu siapa pengarang nya?

    ReplyDelete
  7. insap

    maafkan aku sekali!!

    ---------
    nurzaiti

    kau beli tafsir al quran, baca makna dia, banyak cerita pasal akhirat..

    abu_harraz

    Nasihat aku untuk orang yang belum kahwin, yang dah kahwin, mari kita bincang kelebihan kahwin jauh.

    1. jika bergaduh, bini tak de can nak balik rumah mertua.
    2. jika kaya, saudara mara tak tahu, tak habih harta.
    3. boleh mintak cuti lama-lama, bos faham, selamat dari on call.
    4. boleh singgah di tempat tempat manerik di seluruh malayasia, ambik gambar
    5. kalau bini kau duduk kelantan, on the way boleh beli keropok kat kampong aku, dan boleh jual harga double tapi still murah banding kat KL, dah untung duit poket.
    6. jauh perjalanan leyas pengalaman.
    7. bila balik rumah mertua, kau berstatus musafir, 3 hari boleh solat jamak, banyak masa boleh banyak berjimak
    8. dan banyak lagi!

    Woha!

    ReplyDelete
  8. Belajarlah Fikir risau atas ummat ini
    ape maksudnye tu?

    ReplyDelete
  9. shuet,

    fikir risau atas ummat tu maksud nya..memikirkan cara/kaedah bagaimana nak ajak semua orang agar amal ajaran AQ dan amal sunnah Nabi SAW dengan betul dan istiqomah..(lebih kurang la kot..) kalau nak tau lebih sila tanya ustaz berhampiran...he he he..

    ReplyDelete
  10. Kitab Bimbingan Mukmin (Judul asal dalam bahasa Arab - Mau'izhatul Mu'minin min Ihya' Ulumiddin)

    Ihya' Ulumuddin - karangan Imam Abu Hamid al-Qhazali

    ReplyDelete
  11. nurzaiti dan shuet

    ya ya, rujuk pada ustaz., tau takpe..

    rujuk kalimah terakhir baginda menjelang kewafatannya..

    --------
    ainohikari

    ya, ya kitab ihya, bagus tu..

    -----
    F-Tia

    :)

    ReplyDelete
  12. Ko rupanya yang langgar belakang keta aku haritu!

    ReplyDelete
  13. salam...

    semalam baru balik khuruj. Disebabkan aku ni student, maka tertib aku bukan 3 hari heheheh.. (ke patut nangis?).

    Neway, kami drive 450km lebih dari mohala ke destinasi. Berenti kat satu kawasan dulu sebab bertolak Jumaat malam, dah tak larat nak drive, so tidor kat masjid kat situ dulu.

    Esoknya lepas sarap Arab (read: ala-qadar), kami bertolak lagi 150km. Sampai destinasi, jaulah dan amal sebaiknya, iktikaf semalam esoknya lepas zuhur dah kembali.

    Walaupun kejap, tapi rasa macam bersemangat balik, alhamdulillah.

    Nak2 lagi dalam jemaah kami, sorang malaya, sorang Indon, dua orang mat salleh local dan sorang Afghan. Mat salleh dengan slang localnya, Indon dengan english Indonnya dan Melayu dengan Manglishnya... nampak unik!

    Doakan kami kat sini yang lemah moga bertambah tak lemah...

    Apapun betul tu... bila pi jauh2 ni kena alert sentiasa. Amir sab kata moga tak syahid dalam kereta (?)... errr... heheheh...

    p/s: dari perantauan yang jauh..

    ReplyDelete
  14. Ooooo.....sejak kejadian di bukit gantang tu, aku agak berasa takut nak naik bas, tapi apa kan daya, 2 jela yang aku mampu setakat ni. terfikir andai nya mati dalam bas harap2 badan aku x la sampai hancur hhuuuu......Lindungi la aku TUHAN.

    ReplyDelete
  15. masalahnya, x ramai yg nak risau fikir umat. tul tak cik hamka ?

    ReplyDelete
  16. kene cari anak buluh betung arr ginih.
    tak pon omputeh ker? raye je balik kat umah kite sbb depa tak raye kwang3

    ReplyDelete
  17. Ustaz Rock

    Alangkah bagusnya jika benar engkau yang ku langgar,
    Kerana engkau pemaaf orangnya..

    -----------
    Anonymous

    Mendengar karkuzahri anda sangat baik, ada masa boleh email,

    --------
    STEFENO

    Aku rasa orang kapir takut masuk islam sebab ‘pemandu’ nya ramai yang gila..oh!
    Kau nak naik kereta mewah jika orang gila drive..?

    Gila dunia, gila meroyan..

    ----------
    alan zed

    termasuk aku!! Oh!

    ----------
    ija harun

    kau kahwin jer anak yatim, itu salah satu cara Bantu mereka, bagi mak mertua kepada mereka.. hihihi

    ReplyDelete
  18. Ula....
    Hai brother hamka n everybody...
    Brother hamka ana nak komen kit sal kawin orang jauh atau pun dekat ni.Ni semua cerita benar bukan rekaan semata-mata..

    Berdasarkan pengalaman, dulu masa belajar ana ada kenal mamat ni ana memang sukalah tapi masalahnya rumah nya jauh dari rumah ana. Ditambah pulak bapa ana xberapa suka anak dia kawin orang jauh2. Sebab nak jadi anak mithali ana lupakan mamat ni walaupun hanya Allah yang tahu perasaan ana masa tu dan ana bertunanglah dengan budak satu kampung ana. Tapi kita hanya merancang Allah jualah yang lebih mengetahuinya. Ana putus tunang pulak dengan mamat ni..
    Ana redha dengan apa yang berlaku cuma yang pasti kita sebagai hamba hanya mampu merancang berusaha dan bertawakal yang selebihnya terserahlah kepada Allah..

    Yang pasti jadilah kita orang-orang yang bersabar di jalan raya kerana berbagai-bagai ragam manusia yang ada kat atas jalan raya tu...So sabo jelah....


    'Hamba takut ya Allah...
    Matikanlah aku dalam keadaan yang baik ya ALLAH...
    Dan janganlah aku tergolong dalam golongan yang berpusara di dilebuh raya....
    Amin....'

    Sesungguhnya hidupku dan matiku kerana ALLAH........

    Sesungguhnya aku masih insan yang kerdil namun aku bukan serangga yang masih punya hati dan mata..

    ReplyDelete
  19. 5. Ingat api Naraka

    Dekat kereta ada pemanas rokok, on kan, dan cucuk kat mana mana anggota badan!
    Woha!

    cara!!!hohoho

    ReplyDelete
  20. Al Akhul Muslim:

    Forgive me to have dared to ask of this -

    would you grace me with a visit to my humble place, and honor me with your thoughts.

    Share with all if there are wisdom to gain.

    Blame me if its a nonsense trouble to start, and treat me as if I am a sour tart.

    Again, forgive me for the leisure that I asked you to part.

    Because I am a man who is certainly not smart.

    Thank You.

    ReplyDelete
  21. ieda

    walau camne jauhpun pasangan hidup korang, masih ok, boleh sms, chat, dan email,
    tapi bila pasangan korang dah jadi mayat..
    kubur depan rumahpun dah tak boleh sms dah.. isk..isk..

    --------
    yang.mati.akal

    ada orang email, katanya Mr bean dah buat petua ni masa mengantuk,

    (apa-apalah)

    ----------
    demonsinme

    Aku baru tengok Transformer, dan bro bay mengecewakan aku..
    Hampeh..

    What I've Done..

    ReplyDelete
  22. hai assalammualaikum sume....
    saya org bru kat sini.baru lepas baca "pusara lebuh raya".tapikan kalau dah jodoh nak buat cam manekan........Allah dah tentukan kau dgn dia,sipulan dgn sipulan.mane boleh pilih sesuka ati...
    (merdeka!!!.. semangatlah pulak..)

    ReplyDelete
  23. salam. bukan bagus ke kahwin dgn org jauh..sunnah nabi kn suruh kte kawn dgn org jauh?

    ReplyDelete
  24. salam hamka,

    aku ada soalan ni, ada satu post ko tulis pasal kasih Allah kepada hambaNya adalah 70kali lebih daripada kasih seorang ibu kepada anaknya, aku nak tahu sumber cerita tu dari mana untuk aku buat rujukan...thanks ;)

    ReplyDelete
  25. bagus juga kahwin dengan orang jauh, terutama mereka yang berpoligami, jadi takdelah berlaku sangat perang saudara..

    Nabi tak larang kita kahwin orang dekat, aku cakap dari segi kos masa dan duit untuk travel.

    untuk bini pertama, ok orang dekat, untuk bini ke dua, orang jauhpun tak pe, he he he..

    tapi "dekat di hati"

    -----------
    nurzaiti

    dalam entry aku bertajuk " kenapa orang masuk neraka, dalam ruangkan komen ada kot orang tulis dalil, aku lupa, cuba kau pergi check..

    ReplyDelete
  26. hamka..
    usah risau, bukan kerajaan pejam mata pasal kes2 kemalangan ni..dh ade dh badan berkanun baru utk bertindak. MIROS skrang tgh berusaha gigih membuat penyelidikan utk mempertingkatkan keselamatan jalan raya kat msia nih, cuma ramai je yg tak sedar lagi..kokurikulum sekolah memandu pun sedang digubal utk pemandu2 kereta, lori dan bas. nanti kat sekolah rendah akan ade subjek baru tentang keselamatan jalan raya. for details:

    www.miros.gov.my

    ReplyDelete
  27. sungguh terharu membaca blog ni..moga akan selalu di updatekan agar dpt sdikit memberi ilmu padaku..insya-allah..

    ReplyDelete