(Menjelang Malam Kemeredekaan ke 50)
Ada orang nak berdebat, nak ber'gaduh'..
Seorang ahli pembakang yang telah hidup dengan aman di Negara Malaysia selama 50 tahun telah menjelaskan kepadaku,
"hukum mengundi adalah wajib, berdosa jika tidak mengundi kerana seandainya orang munafik jadi pemimpin akibat undi kosong kamu, maka kamu akan masuk neraka!!"
Aku kata:
baru baru ini ada satu pilihan raya kecil telah di adakan, tapi satu puak telah memboikot pilihan raya itu, pendek kata mereka semua tak pergi mengundi, adakah mereka semua sudah menjadi ahli neraka? dan bagaimanakah caranya mereka kena bertaubat?
Entry ini berakhir dengan soalan (penuh persoalan)
Lalu aku beredar, aku malas nak berdebat dan bergaduh, aku ingin menikmati kedamaian, keamanan dan kemerdekaan..
Aku ingin aman, aku ingin damai..
Aku ingin menuju damai abadi..
ps; Selamat menyambut Malam kemerdekaan..., selamat menjadi mayat yang 'merdeka"...
Kalau kamu betul dengan Allah, kamu akan diberi pemimpin yg baik untuk kamu.
ReplyDeleteKalau kamu tak betul dengan Allah, kamu akan diberi pemimpin yang menindas kamu.
Pemimpin yg baik itu kurniaan dan hadiah dari Allah.
Pemerintah itu pemberian dari Allah yg kita tidak nampak.
Oleh itu betulkan diri kamu dengan kehendak Allah untuk mendapat pemimpin yang betul.
Yg diatas tadi dari "Pendapat tabligh tentang politik" boleh dengar dari:
ReplyDeletehttp://nasbunnurain.multiply.com/music/item/196/Politik
kurang tepat ayat "pendapat tabligh tentang politik.."
ReplyDeletepatut guna hadith yang menjelaskan perkara politik itu, aku ada tulis dulu dalam entry, sahabat yang huraikan perkara komen 1 itu..
dan betul apa yang kau kata tu..
Sahabat di pimpin Nabi.
Tabieen di pimpin sahabat
tabi-tabien di pimpin tabeen..
begitulah cerita berulang untuk sejarah masa hadapan..
assalamualaikum
ReplyDeletekita smua adalah 1 ummat....
walau kita berbeza pmikiran dan pendapat tetapi, insya ALLAH masih berpegang ALLAH itu tuhan kita, Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH, Islam agama kita...
kita smua adalah 1 kumpulan/jemaah....
walau berbeza pmikiran dan pendapat, kita kena ada imam(ketua)
kita semua adalah hamba.....
walau kita berbeza pemikiran dan pendapat, kita tetap kena laksanakan tanggungjwb kita sbg khalifah yg brgelar hamba....
dan kita semua ada tanggungjwb...
kita adalah ummat-so mn tanggungjwb kita sbg 1 ummat..
kita adalah kumpulan-so mana tnggungjwb kita sbg anak buah dlm kumpulan/pmimpin dlm kumpulan....
kita adalah hamba....so mn tnggungjwb kita yg perlu dilaksanakan....
-saya tak mngundi lngsung dulu, tp bila dinasihati dan brbincang2 dgn kwn2 yg lbih arif, rs mnyesal timbul&mcm mn nak jwb dgn ALLAH nnti, sbb saya tak melaksanakan tanggungjwb saya sbg ummat ISLAM, kumpulan dan hamba...
p/s:smua ini dr pmikiran manusia...yg benar dan baik itu dtg dr ALLAH dan yg salah n xbaik adalah kesilapan saya sndiri
-terpenjara dlm hutan dunia....
wassalam
Salam.
ReplyDeletemaaf kalau soalan saya di artikel yg berlaian
En.Hamka saya baru baca artikel En.Hamka fasal sudahkan anda boikot. Saya ada pergi menghadiri satu program yang bernama ghazwul fikr. Erm kiranya saya ni baru mula menempuhi alam usrah ( etc ) dan masih kekurangan ilmu dan ingin bertanya dengan lebih lanjut.
Dalam program ini saya diberitahu tentang kenapa perlu boikot.apa jenis barangan yang perlu diboikot. Saya rasa En . hamka sudah sedia maklum. Di sini ada pertanyaan , wajarkah saya boikot? Buat masa ini saya cuba untuk boikot barangan yang boleh saya boikot .Ada juga barangan yang masih saya gunakan. Seperti no telefon saya . Memang ada yang menegur supaya saya guna no celxxx.
Saya ada terbaca artikel En.Hamka. dan ini sebahagian nya yang buat saya tertarik dan ingin bertanya dengan lebih lanjut :
Akupun mulai berpikir (sambil membebel..)
Kalaulah baikot yahudi itu berjaya kat Malaysia ni, cuba teka bangsa manakah yang paling ramai akan kena buang kerja kat Malaysia?, lepas tu apa jadi? Negara mana yang akan jatuh ekonomi dulu? Negara kapir atau Negara islam?
Teringat aku kisah Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang di pulau oleh orang kapir Mekah di lembah Abu mutalib selama 3 tahun, sehingga ada bayi bayi yang menjadi mayat bayi dalam ribaan ibu-ibu orang islam dek kerana menderita kelaparan..
Tapi selepas kemanangan islam, Nabi SAW tak pernah pulak baikot yahudi ke kepir ke..
Yang peliknya, umat islam hari ni macam pakat pakat baikot dengan sunnah Nabi, dah tak nak berserban berjanggut, tak hensem, baikot dakwah rumah ke rumah, dah tak nak dakwah cara nabi, tapi nak dakwah cara yahudi, dakwah pakai lagu, internet, komik, game, parti dan apa apalah, (blog?..oh!)
Aku pernah di petikaikan kerana jenama H/P aku berjenama kapir, aku kata dalam islam jika korang beli barang dengan orang kapir, duit tu mereka nak beli babi ke, nak beli colok sembahyang ke, nak beli senjata ke, tak kena mengena dengan aku.., tak kan lah aku nak kena semak keuntungan si kapir tu belanja kat mana? Melampau betul…
Orang islam di ajar bersangka baik, tapi korang bersangka buruk pulak, dengan sunnah Nabipun nak baikot apa kes?!!
Saya memang kekurangan ilmu. Maaf jika pertanyaan ini macam hanya soalan sampah.
Didalam program yang saya hadiri itu ada diutarakan sepotong ayat dari surat at-taubah 9:14.
Boleh En Hamka terangkan tentang ayat ini dan aplikasikan wajarkah boikot barangan mereka dan perlukah saya memboikot dengan tegasnya produk-produk amerika dan israel ?
Disini saya sertakan antara fakta yang diberikan semasa saya menghadiri program tersebut ( sebahagiannya sahaja ) :
Konsensus para ulama’ yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi ( yang memerangi umat islam ) menyatakan haram hukumnya bagi setiap muslim membeli barang-barang dan produk-produk amerika syarikat dan israel, baik berupa produk-produk menuman , gas bumi dan sejenisnya, Produk makanan, pakaian , elektronik dan sebagainya. Barang siapa yang melakukan transaksi bererti membela dan menolong orang-orang kafir , membantu mereka mezalimi saudara2 kaum muslimin dia telah melakukan kesalahan dan dosa besar.
Diharap En Hamka boleh kongsikan sedikit ilmu untuk kefahaman saya.
Tq.
org2 islam diajar bersangka baik kerana bila org kafir pandang akhlak org2 islam mereka akan terbuka hatinya untuk mencari kebenaran....
ReplyDeletekafir harbi ( yang memerangi umat islam ) <--- golongan ini memang lah kita tidak boleh membeli barangannya... dan produk kat pasaran tu skrg milik kafir harbi ke?
kalau salah sila betulkan....
Salam KM,
ReplyDeleteDah dekat nak PRU ke? Dah mula keluar Fatwa tentang mengundi pulak!
terpenjara dlm hutan dunia
ReplyDeleteSepanjang aku hidup di malaysia, aku tak pernah miss mengundi..
Dan aku tidak terlibat dengan undi rosak..
Apa-apapun, undi aku adalah rahsia..
------------
Anonymous dan AkuInsanKerdil
Bab boikot, sampai bila-bilapun aku tak layak keluar fatwa…
Cuba kau baca komen yang ratus-ratus tu, ada PRO DAN KONTRA..
Dam aku rasa ada pembaca yang link jawapan dari ustaz bog lain
Iaitu boilkot hanya berjalan sementara just untuk tunjukkan kesepaduan umat islam..
Bukan nak jatuhkan kafir..
Wallu’lam..
Hukum dan fatwa- sangat kena hati hati, jangan melihat dalam ‘ruangan’ tapi cuba lihat dari suut ‘lapangan’…
-----------
Zabs
Itulah, dah dekat kot, kat opis aku dah rancak bincang bab ini, itu yang aku menyelit sambil bergaya kat sini he he he..
bismillah
ReplyDeleteramai betul orang yang menggunakan anonymous sampai tktahu cmne nk mereply diorg (walaupun tak diminta^^).
....
Ingin perbetulkan tntg kefahaman berprasangka baik. Sunnah Nabi ialah berprasangka baik terhadap benda2 yg kita memang tidak tahu dan tidak mampu untuk menyelidikinya( dan pnjg lagi huraiannye).
Bagi hal boikot, ulama dunia sendiri sudah kuarkan hukum akan larangan membeli barangan kafir, jadi sudah tidak ada istilah berprasangka baik lg di situ. Jika kita tidak ikuti, kita boleh dianggap seolah-olah berprasangka buruk dengan ulama pula disebabkan mengeluarkan fatwa yang tidak patut diikuti.
Kisah Nabi yg tidak pernah memboikot golongan kafir itu tidak boleh dijadikan rujukan. (tp bukan bermksd sunnah Nabi salah ye, cuma kena faham cara2 menistinbatkn hukum itu)
p/s: hrp perbetulkan jika salah
jazakallahhukhaer
pasal bab boikot nie...sila baca dlm website ustaz nie...
ReplyDeletehttp://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=572&Itemid=72
Sebut pasal mengundi aku teringat kisah Nabi Yunus..orang ramai mengundi untuk tentukan sape yang nak kene buang ke laut...so..sape yang kene undi kene campak la dalam laut...
ReplyDeleteBaca pendapat dari Ustaz Zainuddin lebih bagus,
ReplyDeletecuba baca dan cuba fikir..
:)