Kita mulakan cerita kita dengan dentuman bunyi guruh, paluan petir, air hujan yang lebat dan gelap malam..
Di sini ada cerita tentang seorang bayi yang baru lahir bersama jeritan tangisan..
Sakitkah bayi itu?
Terkejutkah dia?
Atau mungkin sejuk?
Tak lama kemudian bayi itu tidur…
Hari hari yang mendatang bagi seorang bayi itu di penuhi tangisan, nak berak menangis,.. dah berak menangis,.. lapar menangis.., sejuk menangis.., di gigit nyamuk menangis.. boringpun menangis, dan terus menangis..
Kemudian bayi itu membesar menjadi kanak kanak dan budak budak..
Kanak-kanak yang menangis bila di ejek rakan sebaya..
Budak-budak yang menangis bila di marah orang dewasa..
Kanak-kanak yang menangis bila rasa tak selesa..
Budak-budak yang menangis bila serba tak kena..
Dalam gelap bilik tidur.. sebelum terlena, si anak kecil ini menangis..
Menangis kerana apa?
Mungkin..
Kerana tak dapat kasih sayang dari ibu bapa..
Kerana terpinggir akibat di pilih kasih dalam layanan dengan adik beradik yang lain
Kerana cikgu kat sekolah tak peduli..
Kerana kawan kawan sering menghina..
Kerana lahir sebagai anak seorang miskin
Kerana lahir sebagai seorang anak yatim..
Menjelang remaja..
Masih di kamar gelap itu..
Air mata terus tumpah kerana kecewa dalam cinta
Tertekan dalam silibus mata pelajaran..
Menangis kerana rupa paras..
Rasa diri tersisih yang amat…
Masuki alam pekerjaan..
Sebelum tidur, ada air mata yang berlinangan..
Menahan sebak bila di marah bos..
Kawan sekerja pulak pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasi..
Risau yang amat tentang masa depan..
VSS datang menambahkan sebak di dada..
Rungsing dengan keperluan dunia yang membebankan..
Di pintu gerbang perkahwinan, di kamar yang sepatutnya duduk berdua, tapi dia menangis keseorangan menyembam bantal..
jiwa terus menangis kerana mendapat pasangan yang salah..
Itupun setelah lama mencari pasangan
Itupun setelah lama mencipta angan-angan..
Pasangan derhaka membuatkan hidup di bayangi neraka..
Anak anak derhaka meyiksakan hari tua..
Nun di sebelah rumah, jiran dan masyarat sibuk mengata, mengumpat dan menfitnah..
Air mata terus tumpah..
Tapi sayang bukan di atas sejadah..
Sebaliknya di atas kain kapan dan batu nisan..
Ingin tidur buat selama-lamanya..
Saat akhir menghebus nafas, air mata mencurah bak tempayan pecah..
Hujan yang lebat.., malam yang gelap..
Menjadilah mayat seorang manusia yang sedih itu..
Di celah anak mata mayat itu, ada air mata kering di pipi..
Dan akhirnya.., di dalam kubur ini, tiada tidur lagi!!
Air mata masih mengalir menanggung azab kubur..
Tiada tidur lagi.., air mata darah mencurah curah di seluruh padang mahsyar..
Tiada tidur lagi…
Dan dalam Neraka, biarpun air mata nanah sekalipun.., untuk apa lagi korang menangis???
********
Demikian lah tadi sajak bosan dari encik keretamayat yang telah di karang sempena hari cuti cuti malaysia.. (sila beri tepokkan)Arghh, maafkan aku jika sajak aku di atas itu boring, aku takde idea nak menulis.. walaupun free gila, baiklah.. buat korang yang banyak masa macam aku, yang jauh lebih terer dan handal dari aku, aku nak berkongsi satu komen dari seorang pembaca blog kereta mayat, seorang gadis yang keliru dengan takdir, tuhan dan identitinya....
Harap korang dapat komen atau email aku untuk Bantu gadis malang ni insyAllah..
Copy paste komen pembaca..
Saudara hamka,
Saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu kepada saudara mengenai pengalaman saya sendiri sebagai seorang islam yang telah menjalankan lunas-lunas islam dan kini mempersoalkan apa yang diperkatakan oleh islam.
Semasa saya menetap di luar negara, saya hidup keseorangan hanya bertemankan kuasa Allah SWT dan berbekalkan sejadah yang menjadi tempat menangis dan bermunakahat.
Semasa kejauhan dari keluarga dan orang-orang yang tersayang, dan semasa saya merasakan yang islam itu bukan agama rasmi di negara tersebut dan amat susah untuk saya mencari ilmu agama, saya terasa amat dahagakan kasih sayang Allah dan agama islam sendiri. Saya cari dan saya amat dekat denganNya semasa saya diluar negeri.
Tapi kini saya sudah pulang. Saya pulang untuk menyambung nasib dibumi sendiri. Tatkala pulang saya merasakan keperitan kehidupan yang seringkali membawa kenangan keperitan dalam rumahtangga (ditinggalkan suami gay),percintaan saya dengan lelaki bukan islam yang telah berkawin dan amat menyayangi saya hingga kini, keadaan diri yang tak berapa cantik dan selalu ditipu lelaki islam dan keadaan diri yang agak tidak normal berbanding wanita lain dan lain lain..
Sekembali ketanah air dan mengenangkan segala tragedi yang menimpa membuatkan saya setiap malam menangis dan mempersoalkan Allah SWT apakah kataNya di dalam Al-quran itu yang MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMBERI, MAHA PENERIMA dan pelbagai MAHA lagi.
Saya memikirkan keadaan saya yang kurang dipedulikan oleh ibu bapa yang menganggap saya cacat dan tak sempurna (kecacatan saya adalah inheritage.. apakah patut saya dipandang hina kerana mereka sendiri yang membawakan kecacatan itu), adik-adik saya yang telah berkawin yang mereka bangga-banggakan sedangkan rumahtangga saya hangcur ditengah jalan kerana mengahwini lelaki gay yang menipu saya kononnya mahu berubah dan sayangkan saya, adik saya seorang lagi yang diagung-agungkan kerana mempunyai teman lelaki yang kaya dan mempunyai latarbelakang keluarga yang kaya..
Segala yang tuhan timpakan pada saya buat saya mempersoalkan keadaan ynag diperkatakan di dalam Alquran itu sendiri, setiap manusia dijadikan berpasang-pasang, dan sebagainya... dimana pasang saya?, saya telah berdoa seingat saya untuk berkahwin bahagia dari usia saya di bangku sekolah menengah dan kini saya awal 30an.. mana kebenaran kata-kata ini?
Saya tidak rasakan yang saya murtad, murtadkah saya kerana saya terasa ditipu dgn tuhan sendiri?, Murtadkah saya kerana saya mempersoalkan kataNya?,
Murtadkah saya kerana merasa kehidupan saya ini diwujudkan kerana semata-mata untuk menghadapai penderitaan.?. lately ini saya stop dari mengamalkan segala ajarannya, pada pandangan saya, kenapa perlu saya semayang dan menjadi hipocrit? saya kecewa degan Allah SWT dan itu adalah yang sebenarnya..
Dan betul kata saudara juga, saya perlu bercakap dan bertemu dengan seorang islam yang mampu memberikan saya hujah yang sempurna mengenai kenapa hal ini menimpa saya, kenapa apa yang diperkatakan ALlah itu tidak betul terjadi kepada saya, tapi di malaysia, mana ada ahli agama yg membantu memperbetulkan keadaan? mereka hanya akan menuding jari dan mengatakan saya yang tiada iman, saya pernah ada iman dan kini saya mencari-cari semula kekuatan iman yg pernah saya pegang dulu..
Saya buntu dan setiap malam saya akan menangis dan merasakan perlu untuk saya mengakhiri hidup ini, tiada guna dipanjangkan kehidupan yang tiada erti dan penuh penipuan dan kepalsuan.Saya menulis ini kepada saudara semata-mata untuk menampakkan pada saudara, apa jenis murtad saya ini? saya bukan mempersoalkan Tuhan semata-mata. mahu keluar agama,saya tidak pernah terpikir ada agama sesempurna islam, cumanya saya mempersoalkan kerana mahu memahami apakah sebenarnya kejadian saya dan apakah yang tuhan mahu dari kehidupan saya ini.. murtadkah saya saudara?
Bukan setakat kes lina joy sahaja yg perlu mendapat perhatian, lina joy salah kerana tidak mendapat channel yg sebenarnya, tapi bagaimana dengan mereka-mereka yang seperti saya, yang hidup dalam kekusutan setiap masa..saya hanya ada blog-blog saja yang saya ziarahi untuk mencari erti kehidupan, saya tidak memperkatakan AL-quran itu salah, saya cuma mempersoalkan sesetengah darinya..kenapa sesetangah kata Alquran itu kurang kebenarannya pada saya...Semoga keberkatan itu dapat tuhan berikan, AMIN
8:07 PM, April 23, 2007
Baiklah, sekarang aku yang bukan ah-li pakar motivasi, juga bukan ah-li nujum, ah-li cafĂ©, atau ah-li sihir akan cuba menjawab soalan… kena berlapang dada dan bersabar baca jawapan dari aku yang hina dan dina ini..
Pertama sekali, Sungguh sedih baca komen engkau.., Sangat sedih bunyinya ...nak menangis pun ada, tapi aku berlagak kool.., aku harap kau masih hidup.., jangan bunuh diri lagi.. aku tak nak bercakap dengan mayat bunuh diri..
Oh, rupanya dulu kau kuat ibadat, sekarang tidak lagi?
Aku rasa kau dah tahu jika aku cakap dalam ibadat kita kena ikhlas, boringkan nasihat cam gini??
Baiklah, Kamu ku kira seorang yang mengharapkan doa mu semuanya makbul.. tak salah, Cuma nampak macam kamu berkira dalam berdoa dan beribadat..
Siapa yang bagi cadangan kat ko tuhan tidak adil? (setan buka?)
Arghh, Aku nampaknya tak tahu nak tulis apa sebenarnya (tak tahu, tapi tulis juga-belasah sajelah)
senang cam ginilah, pendek cerita ,:
Ketahuilah olehmu bahawa, tiada orang yang jauh dari Allah lalu bahagia dalam hidup ini, tak ada..,
Allah ada cerita tapi aku lupa dalil lebih kurang maksud bahawa, janganlah kamu sangka orang kapir itu hidup bahagia,
maknanya semoa orang kapir sekarang ni sedang hidup dalam dunia sedih masing masing, setiap orang ada cerita sedih yang tersendiri.., tak kira mereka tu pelakon nombor satu ke, ratu cantik ke, jutawan bilionair ke, atau penyanyi tersohor, idola dunia sekalipun!!
Mereka semua sedang menderita hati dan perasaan, sebab tu mereka suka melancong kerana mereka hidup tertekan…, buat buat perasan sibuk, dalam majlis kematian pun masih mennayi..oh! aku tengoh banyak sekali kes kat negara orang kapir yang bunuh diri serta jadi gila dan buat perkara yang bukan-bukan kerana tak tahu maksud hidup! kasihanya mereka..
Apa kau ingat orang yang hutang kereta besar dan rumah besar itu bahagia?
Setan tipu ko hidup hidup… kawan.
Dan kepada orang islam yang tinggal larangan Allah, janganlah korang anggap mereka sedang bahagia kerana semua tu hipokrit!!
Mereka semua pura pura bahagia, menyembunyikan kesedihan di sebalik senyuman dan harta..
Ada kawan aku yang kaya dan nampak bahagia, bila slow talk dengan aku dan cerita bab anak, (dia mandul).. menangis beb..
Orang kapir kat opis lama aku seorang yang kaya ada bini cantik jelita, tapi bila bercerita bab ketaatan dalam rumahtangga.. menangis beb..!
Kalu kau tak caya cuba kau pergi slow talk cakap dengan adik beradik kau yang kau sangka depa bahagia.. wanita yang pakai emas, pakai baju seksi, bahagiakah mereka..? rumah besar pagar tinggi.. tenangkah hidup mereka?
Semua orang ada masalah hidup masing masing.., tinggal nak cerita ke tak sahaja.. betul!!malahan, di dunia ini ada yang jauh lebih menderita daripada engko ..
Engko ingat nasib yang menimpa kamu tu teruk sangat ke..?
Kamu pernah kena rogol dengan bapak sendiri?
Kamu pernah kena tipu oleh pakwa yang menjadikan kamu pelacur seumur hidup?
Pernah anak kamu di culik oleh pengemis dan tangan anak kamu di potong dan lukanya di bakar api lalu menjadi pengemis di Thailand?
Kamu pernah di rogol dua lubang serentak, dan lubang itu di letak bola golf? Pernah tak?
Moralnya adalah:
Ada orang yang lebih menderita dari ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari kau, tapi sedang menggadaikan iman dia.. oh..
Aku tahu sebagai seorang perempuan dah tentu kau suka bayangkan dunia ini penuh dengan pelangi, burung berkicau, taman bunga, air terjun, he he he, tapi ketahuilah bahawa kat shurga jer macam tu, di sudut dunia ini ada wanita yang di rogol beramai ramai dalam keadaan mengadung, dan perutnya dijadikan bahan judi jantina anak.., geros perut dan menang!!.., kemudian muka paras wanita itu hancur kerana mereka simbah asid di wajahnya.. akhir sekali mereka membakarnya..
Di mana tuhan?
Sekiranya ada anatara korang yang bertanya di mana tuhan? Kenapa tak tolong wanita itu?..
Tak payahlah korang tanya soalan camtu.. kerana kat shurga sahaja kau boleh lihat wajah Allah..
Tugas pertama untuk setiap manusia di dunia ini adalah ‘mencari’ Tuhan dengan menggunakan akal dan fikiran yang telah di berikan oleh Allah kepada setiap manusia yang mana ‘klu’ atau petunjuk kewujudan Allah ada pada setiap ciptaanNya bagi mereka yang mahu berfikir…
Dan Allah telah cipta hati yang mana jika manusia benarkan kehadiran Allah, maka Allah yang Maha Besar akan ‘bertandang’ ke dalam hati manusia lalu di angkat ke darjat kekasihNYA!Dan, Allah tidak perlu tunjuk ‘rupa’ Dia, atau ‘Zat’Nya untuk buktikan kewujudannya, kerana akal dan hati mampu menerima kehadiran dan kewujudan Allah…
Sekiranya korang ternampak seorang budak yang mati kelaparan lalu datang burung ereng pemakan mayat lalu meratah tubuh budak itu, dan korang bertanya, di manakah Tuhan?
Maka jawapannya, Allah tak perlu selamatkan budak itu dan bagi makanan atau pupuskan burung ereng untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!
Allah tidak perlu bertindak mengikut prasangka manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewudanNYA…
Para Nabi kerap di cabar oleh musuh, mereka buat syarat supaya Allah tunjukkan DIRI terlebih dahulu, barulah mereka akan ikut nabi-nabi.. namun Allah tidak perlu peduli dengan syarat syarat ciptaan manusia yang bodoh bangang untuk buktikan kewujudanNYA…tidak perlu..!!!
Hari ini, berjuta manusia yakin 100 % akan kewujudan Allah tanpa melihat Allah.. inilah IMAN.. dan inilah kehebatan Allah mencipta hati dan akal yang mampu merasai kewujudan Allah tanpa perlu melihat Allah!!
Hari ini ada kawan kawan aku (mari mengumpat..) yang buat syarat dengan Allah..oh
“kalau Allah bagi aku kaya, aku sedekahlah”
“kalau Allah bagi aku kereta, aku akan kerap ke masjid”
“kalau Allah jodohkan aku dengan lelaki yang solehah, aku akan jadi wanita beriman”
“kalau Allah menangkan aku dalam peraduan tu, aku akan pergi haji”
“kalau Allah bagi menang dalam pilihan raya dan Negara ini di perintah oleh parti aku, aku
akanmemakmurkan masjid”
“kalau Allah tunjuk diri Dia, baru aku masuk islam”
Oh.. pergi mampos dengan syarat syarat korang wahai manusia, Allah tak perlu di ‘ugut’ oleh korang… sebaliknya korang yang selalu di ‘ugut’ oleh Allah, Cuma korang( termasuk aku)jer yang tak perasan..oh..nauzubillah…
Sahabat..
Untuk apa perlu di ceritakan tentang nikmat yang kita dapat?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi nikmat..
Mereka terseyum tawar kerana tak dapat tumpang bahagia,
Malah mungkin berharap agar kamu kembali hilang akan nikmat itu…
Sahabat..
Untuk apa perlu di ceritakan tentang segala cerita duka lara?
Kepada orang yang tak dapat berkongsi derita..
Mereka pura pura sedih tapi mengelak untuk membantu,
Di belankangmu, mereka ketawa dan menghina kamu…
Aku rasa kamu ni ada sifat sombong..
Orang yang menderita di dunia adalah orang yang sombong kepada manusia..
Orang yang menderita di akhirat pula adalah orang yang sombong kepada Tuhan dan manusia..
Lalu Allah berfirman bahawa tidak akan di masukkan manusia yang sombong itu ke dalam shurga dan orang yang ada sombong walaupun sebesar zarah pasti akan masuk neraka!!!
Tapi kamu menafikan bahawa kamu bukan sombong orangnya..
Hakikatnya, dari sifat sombong yang kamu tidak sedar itu.. atau kamu ganti perkataan lain bagi sombong iaitu : HAK..
Maka apa yang kamu dapat adalah…
Sentiasa menyalahkan orang lain.. termasuk tuhan!
Berburuk sangka dengan orang lain .. termasuk tuhan!..
Berhentilah menyalahkan orang lain dalam kegagalan cita cita kamu..
Berhentilah berburuk sangka kepada orang lain dalam kegagalan perjuangan kamu..
Berhentilah berburuk sangka dan menyalahkan TUHAN dalam kegagalan hidup kamu..!!!
Berhentilah…
Orang yang paling tidak makbul doanya adalah orang yang menceritakan kepada orang lain bahawa dia dah letih berdoa tapi tidak makbul..
Lalu berburuk sangka dengan TUHAN..
Atau mulai ragu ragu dengan KUASA tuhan..
Dan akhirnya tidak percaya kewujudan TUHAN?.. Naduzubillah..
Kegagalan penduduk dalam Neraka adalah mereka yang gagal menterjamahkan perintah Allah kerana sifat sombong dalam diri…
Juga gagal berbaik sangka dengan kehendak Allah.. gagal menerima takdir sebagai yang terbaik..
Lalu menyalahkan ibu bapa, polis, sekolah, masyarakat, Menteri kerja raya, salahkan ibu mengandung atau kerjaaan dan akhir sekali, tergamak menyalahkan tuhan…?
Wahai cik adik..
Segala masaalahmu akan selesai bila korang berjaya MENGAKU BERSALAH..
Segala kegagalan dalam hidup di dunia ini adalah perbunca dari saya…
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN ADALAH AKU!!!!.
DAN..Sebagai seorang yang bersalah.., maka kenapa tidak terus bertaubat???
Mungkin kerana itulah di akhirat kelak.., manusia dengan sombongnya tidak mengaku bersalah, lalu Allah kunci mulut dan lidah lalu membenarkan kaki tangan dan seluruh anggota badan untuk berkata kata, untuk membuatkan korang MENGAKU BERSALAH..
Dan Azab Allah yang dahsyat di Neraka akhirnya membuatkan semua penduduk Neraka MENGAKU BERSALAH.. dan mintak izin kepada Allah untuk pulang ke dunia sebagai seorang yang bersalah dan berjanji akan membetulkan segala sangkaan dan kesalahan..
Untuk apa menangis di sana air mata darah dan nanah kerana di dunia inipun korang masih menyalahkan tuhan atas kegagalan korang.., huh! menangis konon..
Kalau boleh kamu tentu nak darah kamu warna pink colour bukan..?
Tapi hakikatnya warna darahmu adalah merah!!!
Namun.. walaubagaimanapun, .
Duhai korang semua ahli neraka sekalian, .., andai atau jika kamu masih ada iman, maka selepas kamu menangis di azab dalam sekian tempoh, kamu akan di beri peluang untuk mengadap Allah..
Dan Allah akan tanya kepadamu; adakah kamu bersalah?
Kamu akhirnya mengaku bersalah..
Dan Allah perintahkan kamu senaraikan kesalahan kamu itu..
Maka kamu dengan takut takut dan hati hati menceritakan dosa kamu kepada Allah, itupun setelah kamu pilih dosa dosa yang kecil…
Lalu Allah bertanya lebih kurang maksud: itu saja kah dosa kamu?
Dan kamu masih tergamak menipu Allah, dasar ahli neraka betul.., kamu kata dosa kamu sikit tu sahaja..
Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, agar dosa yang kamu sebutkan tadi di ampunkan malahan dengan pemurahnya Allah menukar dosa itu kepada pahala..
Lalu kamu tergesa gesa nak bagitahu semua dosa kamu kepada Allah kerana tamak kepada pahala.. he he he..
Apa-apapun, kerana kamu dah mengaku bersalah, Allah tersenyum melihat kamu dan masukkan kamu ke dalam shurga yang abadi selamanya..
Itupun hanya kerana kamu masih ada iman..
Tapi jika kamu tiada iman.., maka kekallah kamu dalam neraka selama lamanya walaupun kamu mengaku bersalah…
Maka wahai sahabatku, sebelum jadi mayat.. mengakulah bersalah di hadapan Allah, hintunglah dosamu di hadapan Allah..
Menangislah kerna kejahilanmu yang gagal bersangka baik kepada Allah..
Dalam Al- Quran Allah berfiraman:-
...Mereka yang berburuk sangka kepada Allah akan di timpa keburukan dan beroleh kemurkaan Allah, dan di sediakan bagi mereka tempat yang buruk... (al fath-6)
Hadith kudsi Allah berfirman:-
Aku sentisa mengikut sangkaan dari hamba Ku terhadapKu” (bukhari Muslim)
Dan Nabi bersabda:-
Janganlah kamu mati dahulu sebelum berbaik sangka kepada Tuhan kamu (Ibnu majah)
Dan mengkit BUZNAMA ada meriwayatkan kalau tak silap dari abu hurairah:-
“tatkala Allah azza wa Jalla mmemerintahkan dua orang masuk nertaka, maka salah seorang daripadanya tercegat di tepi neraka, ia berpaling saraya berkata: demi Allah, sangkaanku terhapaMU adalah baik”., lalu Allah pun berfirman: Pulangkan dia, sebab Aku seperti sangkaannya terhadap Ku. Dosanya telah Ku ampuni..”
Sesungguhnya segala yang berlaku, telah berlaku, atau sedang berlaku dan akan berlaku, semuanya adalah dalam pentadbiran Allah..
Segalanya berjalan atas kehendak Allah..
Walaupun kamu di rogol setiap hari, berbaik sangkalah kepada Allah.., bukankah umur ummat akhir zaman ini pendek pendek belaka..?
Nasib baik umur ummat ni tak panjang umur macam ummat terdahulu..
Kalau tak jadi bohsia seribu tahun, huh apa jadi pada kemaluannya…?
Atau di rogol seribu tahun.. oh!
Maka dalam umur yang pendek-pendek.., dan dengan UJIAN DUKA LARA dari Allah, bukankah bagus umur pendek..
Kalau kau tak bunuh diripun akan jadi mayat juga..
Korang tahu kenapa Allah bertalu-talu bagi korang susah?
Adakah Allah nak korang ingat pada Dia dengan mintak di hilangkankesusahan?
Atau Allah nak korang bersabar dengan kesusahan sambil ingat Dia supaya darjat korangnaik?Dan jika korang tak mampu nak sabar, kenapa tak mintak ‘hati ygbersabar’…
Apabila Allah cinta padamu.. maka Sebuah darjat telah di siapkan dalam shurga untumu, tapi kamu kena selesai ujian yang lebih getir terlebih dahulu, kalau tak berjaya? Oh..
Nampaknya kena bukak cerita Nabi Ayub a.s, tapi better korang rujuk ustazlah…
Jadi..
Antara nikmat yang terbesar dalam hidup yang pernah di ungkapkan oleh seorang-sahabat Nabi:“HATI YANG SENTIASA BERSABAR”
Kerana itu kalau korang rujuk cerita sahabat Nabi S.A.W yakni:
Bila batu dihempap atas dada Bilal Ra,
Bila Khabbab RA di heret atas bara api
Bila Sumayyah di seksa
Bila Abu Bakar Ra di pukul..
Bila Nabi di baling batu
Apakah korang ingat Allah tak boleh halang org kapir?
Buat batu tu stop macam Neo dlm the matrix?
Kenapa Allah biarkan saje Nabi-Nya di baling batu dan Sahabat-sahabat RA diseksa..?
Tak lain tak bukan…Kerana Allah nak uji iman mereka…dengan perantaraan sabar!
ALLAH SANGAT SUKA DENGAN GOLONGAN YANG BERSABAR DENGAN MUSIBAH!!!!
Apa pesan Nabi pada Bilal, Khabab, sumayyah, kelarga Yasir dll?
Bersabarlah…sesengguhnya Allah bersama kita..
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar…
Dan..SABAR itu kepala kepada iman….
Sebab tu aku nak tanya korang, bila Allah datangkan kesusahan dalam hidup korang?
Ada korang mintak hati yg bersabar?
Tidak, sebaliknya korang menjerit-jerit terlolong sana sini dan sibuk salahkan org lain, salahkan kerajaan,salahkan polis, salahkan sekolah…akhirnya jiwa jadi menderita..tertekan, gila babi, lalubunuh diri!!! Nauzubillah…
Teringat cerita bila Nabi zakaria a.s di gergaji oleh orang kapir…NabiZakaria mengerang kesakitan..lalu Allah tegur, jika kamu mengeluh, kamu akan di buang daripada senarai kenabian..lalu Nabi Zakaria ‘senyap’menahan kesakitan di gergaji sampai jadi mayat..err..sampai mati…
Teringat pada Nabi s.aw waktu di baling batu kat Taif..malaikat offer nak terbalikkan bumi taif..Nabi kata biarlah…biarlah mereka..oh..sambil air mataNabi bergenang…
Teringat ketika Nabi musa sebelum menjadi Nabi, sedang jaga sekumpulan kambing, tiba-tiba sekor telah lari (macam Ahmad Albab daa).. Nabi musa kejar itu kambing, tapi itu kambing lari jugak..sampai satu tahap, kambing tu penat berlari dan badannya luka-luka kerana tergores sana-sini, begitu jugak Nabi Musa a.s yang luka-luka kerana kejar dia punya kambing, tapi bila dah dapat kambing itu, nabi Musa takdelah nak terajang ke atau nak lempang kambing tu.. sebab nyusahkan dia, tapi Nabi musa belai dan gosok dia, sambil berkata; kesian kau kambing, kenapa susah-susah begini?
Lalu mendukung kambing itu bawak pulang, maka pada ketika itu juga Allah berfirman kepada malaikat Jibrail .as untuk melantik Nabi musa sebagai Nabi kerana ada sifat sabar…subhanAllah…
Atau cerita nabi khaidir yg enggan menerima anak murid untuk belajar dengannya walaupun seorang Nabi kerana tidak mempunyai sifat sabar…
Oleh yang demikian, Kerana itulah antara Nikmat yg besar dalam hidup adalah memiliki hati yg sabar…
Korang tahu apa itu sabar?
Sabar terbahagi kepada dua:
Satu:
Sabar dalam mengerjakan amal kebaikkan
Dua:
Sabar menahan segala penderitaan..
Jadi maksud sabar dalam mengerjakan kebaikkan adalah:
TAAT SEGALA PERINTAH ALLAH SAMPAI MATI!!!
dan maksud sabar dalam menahan segala penderitaan..adalah :
TAHAN UJIAN ALLAH SAMPAI MATI!!! SAMAADA ALLAH HILANGKAN KESUSAHAN INI DENGAN BERKATKESABARAN SAYA, ATAU SAYA MATI MENAHAN UJIAN ALLAH!!!
Atau aku tambah lagi..SABAR SAMPAI SAYA JADI MAYAT!!!!
Korang lagi mahu Tanya Allah, apa dosa saya?
APA DOSA ENGKO?
DOSA ENGKO ADALAH TAK SABAR DENGAN UJIAN ALLAH SAMPAI JADI MAYAT!!!!!!
Bukankah mayat 'ada' untuk selesaikan segala penderitaan engko??
Dan kita semua beruntung sebab Allah suruh cari pertolongan denganSABAR dan SOLAT..cuba Allah suruh cari pertolongan dengan sabar dan PUASA atau sabar dan HAJI..jenuh kita nak dapatkan kesabaran itu….so adil sangat bila Allah suruh cari pertolongan dengan SABAR dan SOLAT..
Ni tak, bukannya nak cari sabar dengan solat, tak solat pulak, nak tempah neraka gamaknya.., solatlah cik adik oii, dah tak lama lagi nak jadi mayat.. tak lama dah.. tak sampai seratus tahun pun..
MORAL: bila susah, bersolatlah…dan mintak dengan Allah hati yg bersabar…Dan sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan kamu selepas kamu bersabar..
Adakah benar kamu sedang bersabar?
Adakah korang sedang bersabar?
Bersabar solat lima waktu kat masjid sampai korang jadi mayat…
Bersabar baca Al-quran sampai korang jadi mayat…
Bersabar berpuasa sebulan sekali pada tiap-tiap tahun sampai korang jadi mayat…
Bersabar dengan muka korang yang tak hensome sampai korang jadi mayat…
Bersabar buat dakwah sampai korang jadi mayat…
Bersabar dengan kesusahan yang akan sentiasa datang sampai korang jadi mayat…
Nasihat aku:-
Sahabat..
Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Sahabat..
kalau kau nak menangis, menangislah, kalau nak bersedih, bersedihlah kerana kita akan buat perkara ini(perintah Allah) dan tanggung beban ini (ujian Allah) sampai kita jadi mayat!!!!
Sahabat..
Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini..."
Tahukah korang bahawa Allah sangat suka satu keadaan yg mana bila ada org lalai pada Allah, maka Allah akan datangkan satu golongan untuk memberi peringatan, akan tetapi memang hakikat manusia tak suka di tegur..(termasuk aku kadang-kadang..oh..), lalu mereka yg ditegur ini menyusahkan utusan-utusan Allah ini, dengan mencaci, menghina, mengancam, mengugut, di baling batu dan sebagainya..
Tetapi apabila golongan ini sabar..maka Allah memandang dengan rahmat iaitu, Allah menyimpan ganjaran yang besar untuk si penyampai tadi dan Allah juga tidak mengzahirkan kemurkaannya kepada yang lalai, sebaliknya Allah simpan azab yg dahsyat di akhirat kelak dengan syarat si penyampai ini bersabar..
Maka mintak lah dengan Allah SIFAT SABAR…SABAR SAMPAI JADI MAYAT !!!
Penutup:
Bersukurlah dengan tahi lalat yang di cipta Allah untuk memudahkan cam identity korang bila jadi mayat kelak, dan lalat sendiri di cipta untuk memberitahu kepada polis atau ahli forensic tentang umur mayat, sebab lalat untuk mayat 3 hari berbeza dengan lalat untuk mayat seminggu.. argh, jadi mayat nanti baru tahu agaknya..tak percaya, 'tanya sama itu lat-lat ' arhhg, apa aku merepek ni?
Aku naka kata : Berhentilah dengar ceramah motovasi dari manusia.. walaupun nampak motivasi ni macam bagus, tapi bila terlalu banyak input dari otak dan akal manusia , maka semangat yang di hasilkan adalah sementara..
"semangat yang hilang.."
Baik korang cari motivasi melalui Al quran dan Sunnah nabi kerana semangatnya dari Allah dan akan kekal insyAllah..
"semangat perjuangan harmony"
Akhir kata sebelum aku berhenti menulis, janganlah bersedih dengan tulisan aku yang carca merba ini.., aku memang begitu.., aku tak boleh terima hakikat orang yang menyalahkan tuhan lalu meninggalkan ibadat.. nak mampos ke??
Sebagai penghibur duka lara aku gubah satu lagu untuk mu… terimalah!!
Lamunan Terhenti (lagu asal- aris aliwatan)
Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila melihat mayat oh! sahabat lama
Ku cuba selindungkan sebak kesedihan
Namun air mata ini tetap berlinangan
Ku lihat engkau mati dalam iman
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih terus ternoda bergulamang dosa
Ku singkap kenangan dulu
Sewaktu hidup denganmu
Kau selalu dakwah padaku
Ku tunduk sembunyikan wajah
Namun hakikatnya aku yang bersalah.
Mendusta niatmu..
Lalu kau beredar berbalas renungan
Dan dengan perlahan kau mengucap salam..
Kau pun berlalu dalam keredaan tuhan..
Tinggal aku sorang
Terhenti lamunan, bila ku di kejutkan,
Engkau di usung pergi.. oleh ramai orang
Dalam kesedihan ku mengikut pergi,
Masih sempat juga ku mengusung mayat engkau ke kuburan..
Ps: Sebelum jadi mayat, bersabarlah dan bersangka baik kepada Allah, yang penting mengaku bersalah, adakah korang rasa bersalah?
Adakah?
entry nih amat bermakna. x sangka betul2 berlaku bende ni kan.ape2 pun betul, sabar itu kepala iman.dont ever stop praying n beribadat coz apa yg kte nak x dtg 'segedebuk' depan mata.
ReplyDeletekun fayakun..
i'allah.sama2 ingt mengingati.
tq hamka
yes.
ReplyDelete2nd..ehehhe
(ada jugak org mcm sy ih ekeke)
panasnya 'mata' m'baca ape yg ditulis...
ReplyDeleteinsaf....
ReplyDeleteKpd sesape yg same spesies mcm cik adik kite nie, aku nak cite jgk kisah hidup ku dahulu...
ReplyDelete(lagu berbunyi gitar pun dimainkan)
Aku mase zaman aku jahil dulu, aku selalu mempersoalkan kewujudan Allah dlm hati aku... Aku slalu pk, btol ke Allah nie wujud? Btol ke agame Islam yg aku sedia plok sejak dari alam rahim lg adalah benar? Btolke NABI MUHAMMAD SAW 2 btol? Ke die reka2 cite? Sampai mcm 2 skali pkran aku... Ad sekali, aku ad terpk, mcm mane bentuk ALLAH SWT? Aku x dapat bayangkan... Sesungguhnye, Allah jdkan pkran manusie itu terbatas...
Tp...
Aku dlm hati aku, ad terdetik terpk, kehidupan aku lepas mati...
Aku pernah terpk ap akn jd mase depan aku nanti? Adkah aku akn jd sampah masyarakat? Aku hisap dadah? Aku minum arak? Aku berzina? Aku jd perogol? Aku jd fakir miskin? Aku takowt smue 2 terjadi dkat aku...
LAntaran tu, aku cube cari kebenaran... orang tue kutuk dulu penah ckap, klao kite sesat di dalam hutan rimba, kite carilah jalan yg ad cahaya walao sedikit pun... Begitu juge dgn kehidupan kite, klao kite sesat akal fikiran, iman kite hilang, kite carilah sinar iman kite yg hilang 2... Carilah sinar iman 2 berpandukan AL-QURAN & SUNNAH NABI SAW... Aku berani bersumpah dgn name ALLAH dan segala zat-NYE, klao kite ikot kedue peninggalan itu, nescaye selamat DUNIE & AKHIRAT...
Kepade yg masih tercari2 akan kebenaran, sinar iman, ingatlah ALLAH selalu... sesungguhnye, ALLAH 2 maha mengasihani... Die MAHA BESAR, Die MAHA MENGETAHUI... Die yg jdkan kite, mestilah die tau ap yg terbaik utk setiap hamba yg Die cipta...
Setiap manusie, ad kekurangan dan kelebihan... Btol kate Hamka, walao pun die bahagie mase hidup die di dunie nie, tp x smestinye die bahagie di akhirat kelak... Bersedihla kamu smue wahai sahabat2 ku yg terbace komen aku nie... bersedihla dgn keadaan umat Islam disekeliling kite... Terhanyut di buai arus hedonisme... Lemas dlm kekayaan, lemas dlm kesenangan...
AKu mengaku, dulu HATI AKU HAMPIR MURTAD!!!! Aku hampir rase nak klua dari agame ISlam yg suci nie... Tp, Allah masih sygkan aku... Die bg 'klu'/petunjuk dkat aku... AKu hampir sesat, tp die masih sygkan aku... Die datangkan aku sahabat yg berjaye gerakkan hati aku walao pun bkn secare teros meneros die terangkan, tapi melalui penulisan... Aku rase bersyukur...
Dan bile aku terpk balek, aku hampir rase mcm nak menangis... Aku betol2 rase, ALLAH 2 memang sygkan aku skrg... Klao x, knp die masih bg aku oksigen utk bernafas? Knp die masih bg aku rezeki utk sare hidup? Knp???? Ya Allah, sesungguhnye, aku memang seorang yg hina lg jahil... Aku telah melupakan Mu... Tp ENGKAU dtg kpd ku dgn penuh HALUS skali... Alhamdulillah... Bertaubatlah slagi nyawa dikandung badan........
Wassalam...
Owh,, klao korang nak layan kisah hidup aku yg bosan nie jgk, pasang la lagu Cromok - Another You skali... Huhu... Slamat membace wahai bakal ahli kubur smue...
ReplyDeleteBila kita memandang segalanya dari Allah yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menyebabkan hati tidak senang, yang menyusahkan hidup, pastinya akan damailah hati kita kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu deritanya hati kita tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebegini lebih lunak dan mudah untuk dekat padaNya.
ReplyDeletepengkomen ke 8.. wah.. masih lagi no sa.. tahniah buat diriku..
ReplyDeletetibe2 je terpk.. ujian bencana n disaster byk dikenakan kpd umat2 terdahulu.. diseksa, dipulau, degergaji, dan sebagainya.. tp.. bagaimana dgn ujian nikmat?
aku prnah terdgr ustz mane ntah quote kate2 sahabat yg lebih kurang, "aku sggup terima ujian bencana, tp aku tidak sanggup terima ujian nikmat!"
no wonder org2 wara' jauhkan kekayaan.. no wonder rasulallah sendiri pun miskin walopun bisnes untung berlipat gander... nk tunjuk kpd umat bahawa hidup bersederhana itu mmg bahagia..
mmg ujian nikmat satu ujian yg besar... nikmat dunia mmg sial.. tp yg sial itu la masih lagi ku tuju..
kekekeke mari kita panaskan balik komen kat sini:
ReplyDelete[quote]
ZAHARUDDIN: salam semua : Kaedah Islam dlm bab ni saya dah bgtau. Harus jual beli dgn semua agama dan kaum..selagi mana brgn yang dibeli halal dan ikut disiplin jual beli Islam. Adapun fatwa qaradawi boikot brbp brgn Yahudi..adalah sbgi usaha smntara utk tunjukkan kekuatan Islam, ia bukan haram pd setiap masa.
2007-04-26 5:25 PM
[/end quote]
Sumber: Ruangan Bicara
ala..ramainyer org dah komen..baru ingat nak jadi yg first skalipun blum baca..huhu..nantila baru baca..nak kena pi lecture..
ReplyDeleteCerita aku utk korang.
ReplyDeleteUstaz aku du Universiti pernah ckp bg pasangan yg kapel lebih baik kahwin dr buat dosa. Ustaz tu ckp lg yakin la dgn rezeki ALLAH krn korang buat masjid.
Ye..aku amik langkah berani berkahwin pada usia yg sgt muda.kahwin pada umur 23 thn selepas bertunang selama setahun setengah. masa umur 20 thn aku jumpa pak mertua aku minta kahwin tp kena rejek sbb muda sgt masa tu. jd tunggu la 3 thn kemudian baru permintaan ditunaikan. tu pun ditanya mampu ke tak, sbb tak abis belaja lg. tp aku kelentong gak ckp mampu walaupun masa tu dlm bank ada beberapa ratus je. Masa bertunang tu mcm2 keje buat nak cari duit utk kahwin.Studi tak usah la citer.semua kelas aku tuang semata2 mengejar redhaNYA. Masa tu mmg susah.aku janji dgn keluarga perempuan minta tempoh setahun setengah untuk kumpul duit hantaran semua. Nak giler pun ada. masa tu la aku pertikai jgk pada ALLAH knp susahkan aku yg nak kahwin sedangkan aku menuju ke jalanNYA.tp ALhamdulillah berjaya gak kumpul RM 15 ribu hasil dr berniaga tp akibatnya banyak kelas kena tuang.
Setiap hari tunggang moto berulang alik sejauh lebih 100km antara Universiti dan mencari rezeki.
Pengajian kat U pun aku tangguhkan sb nak kahwin. Kwn2 dah abis pun belaja. tinggal aku gn bdk2 junior.
Sedih? mmg sedih tp bila lihat hasilnya aku puas hati.masa muda dah xde.kwn2 aku yg sebaya skrg tgh seronok enjoy masa muda dgn awek2 dpt dosa. tp aku enjoy masa muda dgn bini dan dpt pahala.
hehe...hamka, aku tak mau bg nama, pakai Anonymous sbb rasanya aku femes kot. haha...takut org kenal.
sayda
ReplyDeletesama sama, selamat belajar dengan berjaya..
semua dari Allah..
-----------
dingin
lama tak dengar berita dari ‘mayat’ yang dingin nie..
kekek
----------
zaha
tak faham…, takut salah faham, apa yang panas?
---------
budak shams
aku belajar kekalkan insaf, doakan aku budak..!
----------
midkazen
2, 3 bulan lepas.. Aku ada mimpi kubur nabi runtuh..
Dan aku bersama beberapa ulamak lain keluarkan mayat Nabi yang berbungkus..
Aku pegang kat kaki..
(huh, aku dengan ulamak lain, biar betul?)
Aku terharu kerana mayat nabi masih segar macam baru mati semalam..
Tapi sayang aku tak dapat lihat wajah nabi kerana berbungkus..
Lepas tu aku pergi uruskan mayat seorang budak yang tak reput berhampiran kubur nabi, di dahi mayat itu ada darah mengalir..
Kemudian ada mamat yang buat cerita menghina mayat Nabi..
Kemudian mamat tu kena belasah..
Aku pun terjaga..
Arghh, banyak sangat aku cerita dan tulis pasal mayat, sampai mimpi pun jumpa mayat..oh!
Tapi aku tak pernah mimpi jumpa hantu..
Semoga hantu takut kat aku he he he..
Remember, background music : Cromok – I’m not belong here and .Another You
--------
AsadulQalb
Itu yang terbaik!!
--------
neversun
aku pengkomen ke sedozen..
lain kali aku nak tulis tajuk: bagaimana menajdi miskin?, atau apa kelebihan menajdi miskin? He he he
--------
hafiz
kau dah baca komen ustaz jaa pasal boikot ni?
Aku copy sikit..
ustaz jaa said...
Perkara yang ingin saya komen ialah berkenaan posting saudara HAMKA yang lalu berkenaan dengan BOIKOT. saya juga tidak setuju bila saudara mengatakan Boikot bukan cara Rasulullah.
Bagi saya. kita perlu boikot barangan Yahudi dan Nasrani kerana itu adalah fatwa terbaru para ulamak2 Islam Dunia termasuk Dr. Yusoff Al-Qardhowi yang banyak ilmu dan pengalaman fiqh terkini.
Kedua kalau saudara mengingati kembali sejarah Hijrah Rasulullah S.A.W. ke madinah. Bila ada sahabat2 yang meminta utk tunjukkan kepada mereka pasar di madinah utk mereka berniaga. Telah di tunjukkan Pasar orang orang yahudi yang besar. Tapi Rasulullah tidak setuju utk sahabat2 berniaga sekali dengan Yahudi. lalu Rasulullah mencari tapak pasar yang berasingan untuk orang-orang Islam berniaga. Tidakkah ini telah menunjukkan sikap Rasulullah dengan orang2 yahudi?
Mungkin Saudara ada jawapannya. tapi harapan saya tolong rujuk dulu sebelum menulis apa yang kita fikirkan. KERANA AGAMA BUKAN BOLEH DI FIKIR DENGAN OTAK SEMATA-MATA mesti di bekalkan/diserta dengan wahyu. DAN WAHYU TIDAK SEMESTINYA SAMA DENGAN APA YANG KITA FIKRIKAN.
Lihat saja bila nabi Musa berdepan dengan ribuan ular ahli sihir yang menerpa ke arahnya. tiba-tiba datang wahyu minta lempar tongkat di tangannya. Kalau ikut otak kita. dah ada ular kat depan, Kat tangan ada tongkat, kita genggam kuat-kuat dan pukul ular-ular tu. tapi wahyu kata kena lempar.
Kan tak sama dengan otak fikir.
Ternyata bila turut Wahyu, Nabi Musa selamat kerana tongkat itu jadi ular yang lebih besar lagi dan menelan ualar2 kecil ahli sihir.
Wallahu a'lam
(dalam hati aku: tak habis habis lagi ?, mayat pun tau reput.. ish ish ish..)
-----------
fairy_tale
he he he, cuba lagi!!
---------
Anonymous
Orang tak kahwin lepas berzina dan inzal rasa bersalah dan sedih, jiwa tak tenang, gelisah dan carca merba, (merujuk kepada iman dalam diri yang baki..)
Orang yang dah kahwin lepas bersetubuh dan inzal, rasa sungguh nyaman dan selesa, nafas terasa segar dan nyaman, terasa seperti bayi yang baru di lahirkan, kulit terasa putih seperti telur baru di kupas.., rasa macam lepas berak yang lawas, oh,, tak tergambar dengan tulisan.. oh!
Cuti sekolah dah dekat.., siapa nak kahwin angkat tangan??
Member aku mencari madu, boleh hantar resume.., capat! Siapa cepat dia dapat
la tahzan ni versi indonesia best...!!
ReplyDelete*angkat tangan*
ReplyDeletenanti jemput la datang@!~
bapak jemput.
aku tak suka lagu tanya sama itu lat-lat, tapi aku suka "lamunan Terhenti" gubahan Encik Keretamayat.
ReplyDeleteTerima kasih..sungguh kreatif..akan ku curik letak di blog ku!
*angkat tangan nak kawen bukan nak bermadu*
ReplyDeleteHamka toknyang aku dulu kan, nenek aku ceta sabar bukan main...tak pernah sekali dia tgk ayah dia marah, sekali je nenek ceta, toknyang amik 2 lidi penyapu pukul tapak tangan..itu pon letak je lidi tu sikit kat tangan masa tuh nenek aku rebut nasi ngn adik dia...
pastu aku ingat toknyang aku baca kan aku syair nabi-nabi, seksa kubur, syurga neraka..dr satu kitab neh.Time tu nenek aku tgh cukur rambut dia aku akan mencangkung kutip rambut sambil dngr...
(Aku yang simpan skang. Sebab takot rosak nyang balut ngn kertas kalendar.)....
YaAllah nyaman nya aku duduk kg masa aku kecik dulu....
Kecik dulu ikot nenek aku pi surau dengar ceramah bagai...aku la yg banyak bertanya, tuhan mcm mana laa syurga macam mana la...5-6thn time tuh.
...
*Kalo la aku ni sebersih dulu hatinya....*
*Sigh*
ontahsapo
ReplyDeletesalam sahabat lama, aku tak baca lagi buku tu..oh!
------
Jiji, 24
*angkat tangan*
Jangan sampai ‘tali’ ketiak melambai sama he he he..
------
abu_harraz
Cepat, jadi orang pertama!
Siapa orang yang paling lambat sampai ke kubur?
Malaikat mungkar dan nakir!!
>=P~
ReplyDelete*Hari neh hari jumaat tau*ehem* bersih dah suma@!~*
salam wbt..
ReplyDeleteaku jatuh terduduk di tangga ke berapa ntah?
aku pun pernah lalu zaman2 gelap sebegini..(malas nak cerita..)
aku pun penah putus asa solat tunggang langgang dulu sebab terlampau banyak benda yang bagi aku menyusahkan idup..alhamdulillah Dia bagi kesempatan dalam kesempitan tu...aku fikir balik kalo dia tak lakar pola kehidupan begini padaku...ohh..sampai sudah aku hanyut dalam lautan "mayat hidup"..
lain kali bro hamkan banyakkan skit entry berbentuk motivasi begini ...heheh..haku suka gak benda2 yang berkaitan dengan pembangunan jiwa ni...appun thanks for entry yang bermakner buat ku ini...
"there is no failure in life..only lessons to be learned.."
salam wbt,,
dah balik lecture n dah hbs baca, alhamdulillah.. thanks a lot hamka for the very wonderful entry.. mmg bernas lagi padat n mantap n sgala2nyer..alhamdulillah.. syukur atas nikmat iman n islam yg telah dicampakkanNya ke dlm hati kita semua.. =)
ReplyDeleteDulu pun, aku tau islam should be the way of life, tp aku tak braper rasa nikmat islam tu, mayb sbb suasana n persekitaran kurang memberangsankan (oh!aku menyalahkan keadaan)..tapi, alhamdulillah, di bumi oz ni, skrg sy dpt rasa indahnyer menjadi seorang muslim n menjadikan islam tu sbg cara hidup kita.
Allah bersama orang2 yang mencariNya..
Allah knows best..
Tidak dikatakan beriman seseorang itu melainkan setelah diuji..ryte?
I LOVE ISLAM!!
now i realise dt i'm d 1st..
ReplyDeletehuhu..
pe2 je la kan~
Nurzaiti, aku ad letak name adek pmpuan aku yg baru lahir same dgn name ko... hehehe... (KITA SERUPA~~)...
ReplyDeleteIsh, best jgk mimpi jumpe NABI nie.. Tp biasenye, orang karkoon je selalu jumpe... Maksud aku, org yg wat keje2 agame ni... Para da'i... Sahabat2 ku semue, jomlah kite ajak kawan kpd kawan kepada bapak kawan kepada mak kwan kpd datuk kawan kepada nenek kawan ke MASJID...
Klao kite nak elakkan gejala murtad nie, kite berpesan-pesanlah kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran... Itulah misi kite smue wahai mukmin sekalian... Mahukah korang masowk ke syurga tanpa dihisab? Merentas titian sirat selaju seperti kilat?? Sesungguhnye, Allah SWT telah menjual syurga kepada kite smue, tapi untuk membeli syurga yg kite angani sejak dari dulu, kite kenelah membuat usehe tingkatkan amal ibadat kite. Tingkatkan iman kite... TIngkatkan ketaqwaan kite kepada Rabb kite yg MAHA MENGASIHANI... Setiap orang bertanggungjawab berdakwah iaitu dgn menegakkan syiar Islam yg telah di amanahkan kpd kite smue... Wahai ummat Islam smue, berhentilah mensie-siekan mase kamu smue didepan TV yg melekakan kamu dan melalaikan kamu... Berhentilah kamu menonton rancangan AKEDEMI FANTASIAL... Menyesal la kite smue krn menghabiskan usie kite yg semakin hampir kepada MAUT!!! Ingatlah, setiap perbuatan yg kite lakukan diperhatikan oleh Allah SWT... Mane tau suatu hari, kite akan diekori MALAIKAT MAUT??
Sedarlah...
Taubatlah...
Menangislah dan bersedihlah selagi kite ad mase mase utk keluarkan air mate...
assalamu'alaikum
ReplyDeletelama btul tkmengomen dlm ni.
alhamdulillah,entry kali kena ngn bnde yg tgh dicari.
....mnta izin cilop isi dlm ni..
p/s:ade sorg kwn lame skanni ada mslh IMAN jgk. ya Allah, risau btul nih.
midkazen...hehe..ko letak setelah tengok name aku ke hape..takpe...nama aku dulu atok aku yang bubuh...
ReplyDeletebro hamka mimpi g kubur nabi...wuih..bukan senang tu..muga bro dan family sentiasa dalam rahmahNya..
errr...aku penah mimpi jumpa Haron Din (2 bulan lepas +-)..err..Haron Din sambut aku di pintu masjid..sampai skarang aku blur..heheh..
Assamalualaikum...
ReplyDeleteMengalir air mata aku baca email saudari tu (biar aku namakan dia sebagai Mrs X)Mengalir air mata aku sebab sedih dan gembira....
Aku gembira sebab beliau masih lagi yakin akan adanya Allah, yakin akan kebenaran Al Quran, cuma mungkin dek tekanan perasaan, jadi mcmtu. Apa pun, at least base beliau masih ada. apa yang perlu beliau buat adalah perkukuhkan kembali binaan di atas base tersebut...
Aku sedih pulak kerana Mrs X sebenarnya tak sedar bahawa dia adalah orang yang paling bertuah sebenarnya. SEBAB APA PULAK AKU CAKAP MCMTU???
Kepada Mrs X,
Anda bertuah sebenarnya. Andalah antara orang yang paling bertuah.Cuma mata dan pandangan anda telah dikabui syaitan yang membuatkan anda lihat benda ni dari sudut lain...
Aku nak bawak satu cerita ringkas: Seorang anak berusia 3 thn yang keluar jalan2 ngan ibunya, tiba2 trpandang eskrem. Dia mintak dengan ibunya. Tapi tiba2 ibunya tak bagi. Puas dia pujuk ibu dia sebab dia dah lama tak makan eskrem tapi ibunya tak bagi jugak. ketika tu anak tu fikir "mesti ibu aku dah tak sayang aku..ke mana perginya kasih sayang seorang ibu???"
Si anak tak tahu yang dia sebenarnya ada penyakit lelah dan kencing manis. Dia rasa dia sihat. Tapi ibunya tahu dia sakit. So itulah sebabnya ibu dia tak bagi. Ibu dia tak bagi tu sebab terlalu sayangkan anak dia....
Pada pandangan si anak, ibunya telah berlaku kejam dengan tak bagi dia makan eskrem. dia tak tahu yang dia ada penyakit tu. Even kalau ibu dia bagitahu pun, dia pasti takkan mengerti sbb umur dia terlalu muda!
Dalam hidup ini, tak semua benda yang kita rasa elok tu baik untuk kita. Kita ni ilmu terbatas.Tak mungkin kita boleh capai taraf ilmu Allah. Allah sebagai Pencipta, tahu segala yang terbaik buat kita. Allah ada sebut dalam Al Quran yang lebih kurang bermaksud "Ada perkara yang kamu suka tetapi sebenarnya ia adalah keburukan buat kamu. Ada perkara yang kamu benci tetapi sebenarnya ia adalah kebaikan buat kamu"
Ramai yang menyangka, dalam hidup ni kalau dapat duit banyak, hidup senang lenang, dapat suami ensem gile, dapat istri cantik, boleh main tiap2 hari, maka itu adalah yang terbaik. Itu yang kita kena dapat. Kalau tak dapat kita merungut.
Tapi kita pernah terfikir tak, sebenarnya orang2 yang banyak dapat rahmat Allah di dunia ni, sebenarnya dia dapat ujian yang lebih banyak!
Daripada Sahabat2 Rasulullah yang dijanjikan Syurga, Abd Rahman bin Auf r.a. masuk last sekali. Dikatakan, beliau akan masuk secara mengensot. Kenapa? Kerana di kalangan Sahabat, beliau yang paling kaya. Beliau yang paling banyak dapat rahmat Allah. Maka Allah akan kira satu persatu ke mana kita gunakan rahmatNya tu...
Kepada Mrs X, aku nak bagi tips untuk rasa happy:
Ko kena sentiasa berfikiran positif.Jangan Su'u dzan (bersanka buruk) dengan Allah. Allah bagi ko kecacatan di dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko kecantikan lebih dari orang lain di akhirat kelak. Allah bagi ko suami yang gaydi dunia, mungkin kerana Allah nak bagi ko suami yang tampan dan gagah perkasa di akhirat. Allah bagi ko muka yang tak berapa cantik di sini, mungkin nanti ko akan jadi ketua bidadari syurga yang jelita lagi menawan!
Yang penting, ko kena redha dengan apa yang Allah bagi. Ko yakin kan Allah Maha Mengetahui? So mungkin sekarang ko nampak seolah2 Allah tak kasih, tak sayang ko tapi sebenarnya Allah nak bagi ko benda yang lebih baik di akhirat!
Kalau ko rasa ko terseksa hidup di dunia dan ko nak salahkan Allah, ko yang rugi sebab kalau ko buat camtu, kat akhirat nanti ko takkan dapat apa2. Tapi kalau ko redha dan terima apa yang Allah bagi, InsyaAllah kat akhirat ko dapat lebih dari yang orang lain dapat. Kalau ko sabar untuk tempoh dlm 60thn hidup di dunia, insyaAllah ko akan dapat ihsan Allah di akhirat yang kekal abadi!
Sebabtulah aku ccakap ko ni bertuah.Allah buka ko peluang untuk ko dapat rahmat di akhirat dengan tak bagi terlalu banyak kenikmatan di dunia yang sekejap ni. berapa ramai orang di luar sana yang kaya, ada suami ensem, cantik dan tak cacat, tapi mengabaikan nikmat yang Allah bagi. Nanti di akhirat diaorang dah tak dapat apa2! Diaorang senang kejap je tapi Allah nak bagi ko senang selama-lamanya nanti!
APA YANG PERLU KO BUAT ADALAH REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH, YAKIN BAHAWA ALLAH MAHA MENGETAHUI...
Lain kali kalau ada sesiapa kutuk ko, kalau ada sesiapa kata ko cacat, kalau ko tensen dengan suami ko, ko terus mengadu kat Allah. Ko cuba lah buat. Mengadu macam budak kecik mengadu kat mak dia. Ko anggap ko tak berdaya betul2 so ko mengadu sungguh2 kat Allah.. Allah mungkin takkan jadikan ko cantik, Allah mungkin takkan jadikan ko tak cacat (Allah boleh buat kalau Dia nak), tapi sekurang2nya hati ko akan tenang, InsyaAllah. Ko akan jadi lebih kuat sebab ko yakin kalau ada apa2 pun, ko ada tempat mengadu...Rasulullah buat cara camni lah, sebabtu baginda boleh solat sampai bengkak kaki!
Selamat Berjaya
To Hamka: Sori terpanjang sket komen dlm blog ko kali ni. Apa yg aku bagitau kat atas sbnrnya baru terjadi kat aku 2-3 hari lepas.
Aku mengharap hasyafah dapat bertemu hasyafah tapi tak dapat2 sampai berhari2. Aku hampir putus asa, rasa nak marah pun ada. Tapi rupanya Allah takdirkan mlm td baru dapat. Nikmat dia lebih, dapat ambik sunat mlm jumaat lagi! Betapa hebatnya nikmat Allah!!
P/S: Aku sangat2 setuju dengan statement ko nih "Orang yang dah kahwin lepas bersetubuh dan inzal, rasa sungguh nyaman dan selesa, nafas terasa segar dan nyaman, terasa seperti bayi yang baru di lahirkan, kulit terasa putih seperti telur baru di kupas.., rasa macam lepas berak yang lawas, oh,, tak tergambar dengan tulisan.. oh!"
Wallahu a'lam
Ciaous
Wassalam...
Nasihat utk diri akak n cik adik manis sayang n semua yg sudi baca,
ReplyDeleteAkak ni x pandai nak bagi nasihat. Yang penting cik adik intan payung manis sayang kene yakin bahawa segala apa sahaja yang akan menimpa kita pasti akan berlaku. Senang, susah, sihat, sakit, kaya, miskin, tua, muda etc.
Sememangnya Allah s.w.t telah menetapkan 5 perkara pada setiap hambanya; ajal, amal(baik atau buruk), tempat kebumi, umur dan rezeki. Bukanlah dia seorang mukmin sejati sehinggalah dia yakin ketentuan, baik dan buruk semua dari Allah s.w.t. Menurut satu hadith Allah s.w.t juga telah menetapkan takdir keseluruhan makhluk 50 ribu tahun sebelum Allah s.w.t jadikan langit dan bumi. Dan ketika saat itu, arash Allah s.w.t berada di atas air.
Dunia ini hanyalah sementara sahaja. Apa2 yang kita nampak hari ini semuanya akan musnah satu hari nanti. Jadikanlah akhirat sebagai goal hidup ini, dunia ni xde nilai walaupun sebelah kepak nyamuk. Kalau ada nilai, orang kafir takkan dapat minum air walaupon seteguk air. Allah s.w.t menginginkan akhirat untuk kita semua tapi hari ini kita semua kejar dunia bagai nak rak, pagi petang siang malam kejar dunia tapi apa yang kita dapat semuanya kita tinggalkan. Ada 3 benda akan ikut manusia ke kubur masa dia mati. 2 akan tinggalkan dia dan hanya satu sahaja akan menemaninya dalam kubur. 2 benda tu adalah kaum kerabat dan harta. Cuma amalan kita akan ikut kita ke kubur.
Jadi, bersegeralah kita menuju rahmat dan kasih sayang Allah. Allah s.w.t ada 100 rahmat, hanya 1 rahmat sahaja Allah turunkan kat dunia ni skarang, dan 99 rahmat lagi Allah s.w.t simpan di akhirat. Maha Pemurah kan Allah s.w.t kita?
Ayuh, mari kita berusaha taat segala perintahNya n tinggalkan laranganNya n yakin bahawa segalanya daripadaNya. Yakinlah dgn qada' dan qadar Allah s.w.t. Berharaplah kepada Allah jangan berhenti berharap... Allah s.w.t suka kepada hambaNya yang suka berharap kepadaNya, di akhirat esok ada ganjaran yang lebih baik dan kekal. InsyaAllah...
Daripada cik akak yang perasan cantik jelita tapi hodoh dan hina di sisi manusia...
'hamka' dgn entri ni, memang sesuai.
ReplyDeleteName HAMKA mungkin singkatan bg,
ReplyDeleteH=Hamba
A=Allah
M=Maha
K=Kuasa
A=Alam
hehe, dalame aku pk pe maksud die... Xkan la HarmCar kot... hehe
Oo, name ko wahai cik Zaiti diambil selepas ternampak nick name ko le... AKu cadangkan... Pastu parents aku stuju... Diorang kate "sedap di dengar"... kekeke...
sapa2 yang cakap x boleh bg nasihat berunsur keagamaan melalui blog(penulisan maya)aku mmg x puas hati...tgk ni...dgn asbab blok ni mungkin boleh merubah hati seorang yg hampir murtad kembali kepada fitrah...aku rasa insyaAllah akan terbukak hati kau cik adik..tgklah..kemain ramai org g sayangkan kau...sayangkan ukhwah fillah...sayangkan saudaranya...
ReplyDelete"Allah tidak akan uji hambanya melainkan dia sanggup menghadapinya"
aku rasa terpanggil untuk sama-sama menulis. memang aku tak pandai menulis memang aku tak pandai berbicara memang aku tak pandai untuk meluahkannya. Tetapi percayalah Mrs. X (aku guna nama sama seperti Ustaz rock), ALLAH MAHA KUASA, ALLAH MAHA AGONG.. seperti mana yang dikatakan oleh ustaz rock tu kau merupakan orang yang bertuah kerana pada musibah ini kalau kita berfikiran positif maka ALLAH akan bukakan jalan-jalan yang tak pernah kita duga. Syaratnya kita kena penuh yakin dengan KEBESARANNYA.
ReplyDeleteAku ingat lagi ketika aku di timpa musibah dahulu sampai susut teruk badan aku waktu tu memang tiada tempat lagi nak mengadu Hanya mengadu dengan ALLAH. sedikit demi sedikit Mrs. X kau akan dapat merasakan nya. Segalanya tidak dapat selesai dengan serta merta. Sedikit demi sedikit. Kadang -kadang untuk pengetahuan kau aku lebih suka ketika aku dalam kesusahan sebab ianya akan lebih mendekatkan aku dengan ALLAH.ketika aku senang sedikit maka aku mula lalai.
Mrs. X, Cuba rujuk pejabat Agama untuk mendapatkan khidmat nasihat dari orang-orang yang selalu berhadapan dengan perbagai masalah dalam islam ini. Aku mencadangkan kau buat sembahyang hajat,istiharah, tahajut mengadulah dengan ALLAH. Mungkin kau tak akan akan dapat apa yang yang kau hajatkan sebab kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk kita dan hanya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kau, aku dan semua sahabat-sahabat sekelian. Redha... insya allah kau akan dapat kebenarannya.
Sorrylah sebab ayat aku berterabur...dulu BM nyaris -nyaris fail. Cuma harapan ku kau dapat menerima maksud yang aku cuba sampaikan.
encik midkazen..
ReplyDeletetu bukan nickname aku..tu nama sebenar aku..hehehe..keremsalam kat parents dan adik ko ye...tahniah dapat sorang lagi "pembantu ugama"...
mrs X(aku pn nak ikut ustat rock) ni aku nak copy paste sket bagi mrs X baca..
‘takdir telah menetapkannya begitu’.
Kenyataan ini tidak adil, terutama pada dirinya sendiri. Mana boleh berputus asa sebelum mencuba!
Jangan terlalu cepat pasrah dan mengatakan ianya adalah takdir buatnya.
Sedangkan Allah telah pun berkata Dia tidak akan mengubah nasib hamba-hambaNya, hanya hamba-hambaNya yang boleh mengubah nasib mereka.
Bangkitlah, cuba buat yang terbaik untuk kita. Setiap hari kita sentiasa berada di persimpangan, antara kemampuan dan di luar kemampuan kita. Yang mana satu pilihanya, kitalah yang memilih dan menentukan.
Sekali langkah kita tersadung, bukan bermakna kita sudah tidak mampu bangun berdiri lagi.
Tetapi membuatkan kita lebih berhati-hati, belajar dari kesilapan dan berazam agar tidak tersadung lagi.
Cuba lakukan yang terbaik , diiringi dengan doa dan kemudian serahkan segalanya kepada Allah..
Sentisalah positifkan diri dan pemikiran kita.
InsyaAllah Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berusaha.
Kenali diri kita supaya kita tahu di mana kelebihan dan kekurangan diri kita.
Kelebihan pada diri kita bukanlah untuk dibangga-banggakan.
Kekurangan pada diri kita bukanlah disebabkan ketidakadilan Allah.
Tetapi untuk mengajar kita erti usaha, ketabahan dan keyakinan kita terhadapNya.
‘Bersyukur dengan apa yang ada’.
Ya, sememangnya kita kena bersyukur terhadap segala kurniaanNya.
Jadi, tunjukkan rasa syukur kita dengan cara kita ingin menjadi hambaNya yang terbaik disisiNya.
“Ya Allah ya tuhanku, kepadaMu aku mengadu keletihan tenagaku, kekurangan helahku, kehinaanku di hadapan manusia. Wahai tuhan yang maha penyayang lagi belas kasihan. Engkaulah tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah tuhanku. Kepada siapalah lagi hendak aku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh yang membenciku atau musuh yang engkau telah beri kuasa mengatasiku, sekiranya tiada kemarahan engkau keatas ku tiadalah aku peduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan dengannya urusan dunia dan akhirat menjadi baik. Aku berlindung denganmu dari turunnya keatasku kemurkaan mu, bagimu jua tempat kembali, hingga tercapai keredhaanMu. Tiada daya dan upaya kecuali denganMu ya Tuhan. "
(HR Bukhari)
ps:sejak bila aku mengkomen panjang ni..wuih..sori bro hamka..menyemak aje aku kat sini..hahhaa...
saya dari zimbabwe. saya duduk di pedalaman hutan. takde air, api, letrik, malah internet pon takde.
ReplyDeletesaya ada kawan, dia kristian. nak suh dia baca blog, takde internet plak. camne ek? atau nak biar dia je, mati dlm kristian?
camne niiiiiii???? takde internet... tolonggggggg kawan saya tu cepat. hmmm mungkin blog2 ni boleh di save dlm pen drive. pastu baca kat rumah.
tapi... kawan saya tu, takdeeeee komputer. camne niiiiiiii?? makan pon seminggu 3 kali. minuman air bersih pon jarang2 dapat.
mana keadilan dalam dunia ni?? mana? mana? dia takde komputer, takde internet, dan takde ape2. pastu ada kawan saya kat melosia, cadangkan utk dia baca blog supaya dapat di islamkan.
kesiannnn dia.
saya dari kutub utara. saya duduk dalam igloo. air, api, letrik, malah internet pon ade.
ReplyDeletesaya ada kawan, dia muslim. nak suh dia datang dakwah sini, tapi dia xnak plak. camne ek? atau nak biar je saya, mati dlm kristian?
camne niiiiiii???? takde orang dakwah saya... tolonggggggg saya cepat. hmmm mungkin pendakwah2 boleh dihantar ke sini. pastu bole datang rumah.
tapi... saya ni, banyak cinta dunia . camne niiiiiiii?? makan sehari 10 kali. minuman air bersih, air jus, air 100plus semua dapat.
mana keadilan dalam dunia ni?? mana? mana? saya takde akhirat dalam hati, takde petunjuk, dan takde cahaya. pastu ada kawan saya kat melosia, cadangkan utk dia datang sini supaya dapat islamkan saya.
kesiannnn saya.
owh,
ReplyDeletelupa memberitahu saudara berita terbaru saya,
saya agak sibuk hingga jarang online dan update blog
kerna saya udah punyai isteri yang sah
hehehe
sibuk update lain pulak.
Mrs X,
ReplyDeletemak aku cakap, "jangan nangis walau sekejam mana sekalipun dunia menzalimi kita."
aku cakap, "sesungguhnya Allah swt itu maha pengasih lagi maha penyayang."
Al Itiroof
Ilaahi lastu lilfirdausi ahlan
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi
Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali
Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka
gabriel mugabe ni dulu2 duk kat papua new guinea kan? ahakss...teka je..
ReplyDeleteeh macamane ko tau?? bocor rahsia aku...ahakz lolz!
ReplyDeleteeh soklan tu aku x patut jawab sbb aku bukan gabriel mugabe, aku gabriel mugabe2....
ReplyDeletep/s: notice that gabriel mugabe is not gabriel mugabe2...
a slight difference in both names leads to different people though
Jibril(gabriel)... ko kate ko xde internet dkat umah ko, tapi camne ko boleh komen dlm blog van mayat nie? Owh... Aku tau! Ko sewa pc kat cyber cafe... Hahahaha(gelak cam setan)...
ReplyDeletehmm.. Aku rasa kalau hamka relatekan dengan sifat syukur mesti lagi best. sebab kes Ms X nih.. puncanya dari sebab tak reti nak bersyukur.
ReplyDeleteContoh tak reti nak bersyukur: Ada orang hadiahkan pen kat ko, pastu ko gunakan pen tu untuk gali lubang belakang rumah.
Haa tu la tanda orang tak reti nak bersyukur. Kita kena syukur dengan semua yang ada pada kita. Good or bad.
Bila satu orang itu tidak syukur, Allah akan tarik daripadanya nikmat Islam. Bila dia sudah tak ada nikmat agama, dia akan mula jauh dari amal ibadat dan kewajipan, bila dah jauh dari amal ibadat, Allah akan tarik rahmat dan keberkatan, bila dah takde rahmat dan keberkatan dalam hidup, orang akan mula mencaci maki satu sama lain, bila dah mencaci maki satu sama lain maka jauhlah orang itu dari pandangan Allah, bila Allah berpaling daripada orang itu.... nauzubillah.. tinggal satu step saja lagi sebelum jadi laknatullah.
Allahualam.
gabriel mugabe2,
ReplyDeleteni kenapa tibe2 ada nombor2 lak ni?
satu cadangan dari aku.kadang2 environment yg byk menyesakkan nafas kita.apa kata kalo ko berhijrah.tinggalkan manusia2 hipokrit di sekeliling ko.bukanlah ini cadangan yg bagus utk lari dari masalah tapi jauh lebih baik dari membunuh diri
ReplyDeleteanonymous @ syaitan
gabriel mugabe,
ReplyDeletehm...saje suke2 nk pakai nama ni gak...
AKHI MUKMIN:
ReplyDeleteJazakallah hu khiaran kathiraa.
Ana memang tengah bersedih la ni, post ini sedikit sebanyak menenangkan.
Kalau tak keberatan, emel kan ana contact number akhi di afriendlikenoother@gmail.com.
Petua mudah utk pelihara iman - "pandang kpd manusia yg lebih malang dan byk kekurangannya dari kita..usah terlalu sibuk nak membandingkan diri sendiri dgn manusia yg byk kelebihannya dari diri kita"
ReplyDeleteSemoga Allah meredhai usaha sedara Hamka dgn menulis bahan-bahan kesedaran sebegini..ameen.
great entry
ReplyDeleteMintak maaf..
ReplyDeleteAku tak dapat nak respond semua, sedang isi LHDN.. oh!
Nota:
Aku nak saudara midkazen email aku, ada benda penting nak cakap..
Tahniah kepada cik dingin kerana sudah dapat bantal golek ada kaki
Tahniah jugak kat abu_harraz yang Berjaya menjejaki papua new guinea he he he..
Dan aku suka komen dari gabriel mugabe2 woe, woha!!!
buat demonsinme untuk waktu dan tika ni, kau email sahaja aku jika ada apa-apa, buat masa ini.. ok?!
Ok, aku nak e filling sekarang, bagi laluan ok?!
Chow!
salam :)
ReplyDeletehamka, terima kasih atas nasihat ini.. ianya untuk diri ana supaya mensyukuri dan merendah diri pada yang Maha Esa..
terima kasih Mrs X atas email ini..
bertanya pada orang yang benar akan bisa membawa kita kepada petunjuk Ilahi..
Izinkan ana berkongsi doa dalam Al- Quran.. doa supaya diberi kesabaran sehingga kewafatan, doa yang dibaca oleh ahli sihir firaun yang memeluk ISLAM ..
" Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu). "[Al- A'raaf 7:126]
Mrs X yang dirahmati Allah..
Doa moga dikukuhkan keimanan:
"(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Ali- Imran 3:8]
Mrs X yang disayangi..
Marilah bersama memahami isi kandungan Al-Quran dengan sebenar-benarnya..
Bacalah Al Quran itu beserta terjemahan supaya kita memahami maknanya..
Janganlah meletakkan kepentingan nafsu mengatasi perintah Allah s.w.t..
Ingatilah firman Allah yang terakhir ini:
" Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. [Thoha 20:131-132]
Moga bersama mendapat rahmatNya..
+ akhie +
bertanya kepada orang yang benar? aku tak pandai dan tolong doa aku..
ReplyDeletemiss X, maafkan aku terkasar bahasa.. isk..isk..
Mrs. X, Kalau kita tak suka, benci, menyampah, putus asa dan lain-lain lagi prasangka buruk ngan Allah. Allah tetap tidak luak dengan segala sifat-sifat kesempurnaanNya. Tapi sebaliknya kita tanpa Allah.
ReplyDeleteDatangnya rahmat, bala dan ujian Allah pada kita kerana Allah suka kita sentiasa mengadu padaNya sampai masa kita jadi mayat. Lagi banyak kita mengadu lagi Allah suka. Janganlah membenci Allah atau diri sendiri sehingga ada rasa nak bunuh diri.
We got the test before the lesson. Usahakanlah untuk lulus ujian supaya dapat belajar dari kesilapan.
Wahai Mrs. X, ilmu tentang Allah adalah sebaik-baik bekal dalam permulaan usaha kita. Kerana sepanjang perjalanan, banyak lagi rintangan yang akan dilalui walaupun kita berhati-hati. Namun kita tidak akan terlepas dari rahmat, bala dan ujian itu.
Orang yg membunuh diri itu akan selamanya di neraka melakukan perbuatan itu berulang kali. Kenapa? Tak Percaya?
semoga semua bahagia..
ReplyDeleteApakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "Kami telah beriman",
ReplyDeletesedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang
yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Alaa... menggelaba la seh...dia ingat dia sorang aje ada masalah, susah? Baru hidup tunggang langgang skit, dah pandai kata macam-macam kat Tuhan.
ReplyDeleteKalau dah tak suka sangat kat Tuhan, and kalau dah berani & hebat sangat; pegi m*t# aje. Then, kat akhirat nanti biar kita tengok sapa hebat. Atau tak payah tunggu lama sampai kiamat, kita try tengok dulu masa mati, azab ke tak. Lepas tu, kita tengok pulak hidup dalam kubur, azab atau tidak. Tapi, at that time, sori la, there will be no turning back. This life is one way journey.
Also, dah bagus sangat ke nak persoal The Holy Book. Belaja tinggi sangat kat oversea sampai dah banyak sangat ilmu di dada. That Holy Book had survived for thousands of years without having single letter nor word that need to have any repairs or improvements.
And all of sudden, there is you to doubt on the Holly Book. Ahh...x larat nak berleter panjang, cakap banyak pun tak guna kalau orang yg memang suka menyalahkan orang lain termasuk Tuhan sendiri...
Ini nasihat aku;
1. Pergi belajar semula akidah ahli sunnah wal jamaah; ketahui jenis-jenis tauhid; fahami tentang taqdir dan ikhtiari dalam hidup manusia.
2. You are the one who decide on your life, not others, not your parents, family, gay husband (kalau dah sedar diri tu gay, x payah la kawen ngan pompuan, nyusahkan orang aje) etc.
3. There is no other God than Allah. He create this vast universe and stars. This tiny earth is nothing compared to the entire universe, it's nothing. And this contemporary life is too short compared to the infinity afterlife.
4. I think this site have more than enough for you http://www.islam.gov.my.
5. Be positive. You really are thinking like a looser. Think and act like a winner. Loser always see problems in every solution but winner sees solutions for every problem.
6. Kenali kekurangan kelebihan dan terima diri dgn seadanya. Dunia ini luas...macam2 God dah bagi kita.
7. Huh... lots of things to be said...dah x larat.
salam..kali pertama membaca blog mu, aku sudah jatuh cinta.. penulisan yang bersahaja tetapi ada makna dan memberi makna..
ReplyDeleteazm
apabila ada yang cinta pada aku, maka mudah-mudahan, aibku tertutup di akhirat kelak
ReplyDeleteSalam hamka..
ReplyDeleteKbetulan ni pla posting 1st sy trbaca kt sini..
Cuma nk tau, apa prkmbangan pengirim emel tu skrg? Ok dah ke?Harap dpt respon di shoutbox di blog sy..Syukrn
aku tak tahu apa yang berlaku padanya, dia menghilangkan diri..
ReplyDeletewallahulam.
alhamdulilah..terima kasih atas info yang sangat2 bermanafaat.
ReplyDelete