Dec 29, 2006

Sudahkah anda berkorban?

(Di tulis dengan tenang pada permulaan karangan, tapi agak tergesa-gesa menyudahnya..0h!)

Pada suatu malam, di sebuah pondok buruk, di bawah bulan pernama, di tepi pokok bunga raya, kelihatan ada dua manusia berlainan jantina sedang bercerekarama..

Beliau adalah datok laksmana Hang Tuah dari Melaka dan puteri Tun Teja dari Pahang sedang memadu asmara..

Tun teja mengambil posisi duduk di ambang pintu, sementara Hang Tuah pula duduk di anak tangga...

Mereka berdua sedang berkiblatkan bulan dan asyik merenung terangnya bulan pernama yang berselindung di sebalik lambaian daun kelapa..

Lalu bertanyalah Tun Teja:
“Boleh tak Hang Tuah ceritakan pengalaman Tuah di majapahit?”

Hang Tuah berkata:
“Tuan puteri, kalau malam yang sebegini cantik dan indah kita habiskan dengan berbual-bual tentang pengalaman yang ngeri,.. kan tak seronok tuan puteri?"

Kata Tun Teja..
“Ya! Benar, malam yang sebegini cantik dan indah, sebenarnya seronok untuk orang yang berkasih sayang… tapi, apakah erti kasih sayang? Bolehkan Hang Tuah terangkan?"

Lalu berkatalah Hang Tuah pulak dengan machonya..
“Boleh Tuan puteri!! Boleh!! Tapi bukan dengan kata kata biasa..”

Maka, Hang Tuah mulai bergurindam tentang erti kasih sayang…

Hmmmmm..hmm.. hm..

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

hmm... hmm... hmm...

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Dah habis menanyi, Tun Tejapun berkata:
“Wah, bukan sahaja pendekar handal bermain senjata, tapi pandai juga bermain lidah.. Berkorban apa sahaja.., hmmm, Jadi itulah erti kasih sayang…..

End scane .

Petikan filem Hang Tuah (1955) lakonan P Ramlee.

…………………………..

****

Kata Hang Tuah, erti kasih sayang adalah pengorbanan
Tapi tanya aku pulak kepada korang semua.. apakah erti pengorbanan???
Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???

Hmmmm....

Berkorban adalah bermakna kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup..

Macam cerita di atas yang mana bila Hang Tuah menjadikan maksud hidupnya adalah berbakti kepada Sultan, maka beliau sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan Sultan walaupun terpaksa tipu Tun Teja dan bunuh sahabat baiknya Hang Jebat..

Begitu jugak tun Teja apabila menjadikan maksud hidupnya adalah membahagiakan hang Tuah, maka sanggup lari dari istana, berpisah dengan tunangnya Megat panji Alam dari terengganu dan sanggup pulak makan sirih jampi dari Hang Tuah!!!..huh!

Dan begitu jugak korang semua.. sebagai contoh:
Bila korang menjadikan maksud hidup korang adalah menjadi kaya, maka korang tentu sanggup buat apa sahaja untuk jadi kaya walaupun terpaksa tinggal solat jemaah atau langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk jadi kaya!!

Atau korang menjadikan maksud hidup korang adalah mengharumkan Nama Negara, maka dah tentu korang sanggup buat apa sahaja untuk mengharumkan Nama Negara walaupun terpaksa meninggalkan solat atau terpaksa melengah-lengakan solat atau terpaksa langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk mengharumkan Nama Negara!!

(aku dah start perasan bagus..oh!)

Dan bagi mereka yang menjadikan maksud hidup mereka adalah untuk memajukan ugama islam., maka:

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga jadi mayat kerana Allah?

Sanggupkah korang dan aku???

Sanggupkah???

Tepuk dada tanya iman..
Sebenarnya, isk..isk..., akupun masih tak faham akan apakah erti pengorbanan.., kerana dengan hanya aku tulis tentang penorbanan dan korang korbankan baki umur korang baca karangan aku tentang pengorbanan, kefahaman tentang erti pengorbanan tidak akan datang dan memang tak akan datang sekiranya hanya just cakap dan dengar sahaja, tulis dan baca sahaja, tak akan!!!, sudah tertib Allah!!!-hanya Allah yang boleh mengubah!!!

Kefahaman tentang pengorbanan hanya akan dapat di fahamkan hanya apabila korang dan aku dan korang semua sanggup berkorban!!!

Sanggupkah???

End scane 2

------------------

Sebagai tambahan, walaupun aku masih tak paham, namun izinkan aku yang bukan ustaz ni nak tulis sikit tentang “apa itu pengorbanan untuk ugama," insyaAllah...

Satu hari dalam sejarah islam…

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)

Siti aisyah berkata lagi…
“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:
“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Stop sekejap…

Aku pada hari ini dalam sejarah islam, buah kurma bukanlah juadah berbuka puasa aku sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 5 biji yang aku makan selepas azan adalah intro untuk menketedarah (makan dengan sungguh sungguh) sebelum aku makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi, seperti nasi goreng kampong / nasi goreng bandar / nasi goreng cina / nasi gorang telor kembar / nasi goreng USA / nasi goreng ikan masin / nasi goreng biasa / nasi goreng telur mata kerbau / nasi goreng paprik / nasi goreng pataya / nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla etc etc..

Itu baru Nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee Pnom Phenh bla bla bla etc etc….oh!!

Sambung balik…

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde..
Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:
“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya siti fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan siti fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;
Seorang cium di perut..
Seorang cium di leher...

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Nota: kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!

Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama..

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan?

Kenapa nabi tiada wang untuk membeli makanan?,

Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello!!!
Korang semua yang aku muliakan.

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu.., sebelum baginda jadi Nabi SAW..

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku.., maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..

Begitu jugak pengorbanan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..

Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…

Pernah berkata Hazrat Abu hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;
“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."

Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain..isk!!!

Korang semua yang aku muliakan,

Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama..
Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam.., dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..

Asbab pengorbanan sahabat yang tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat..

Ada cerita seorang pengembala kambing yang sedang mengejar seekor serigala kerana mencuri kambingnya, lalu serigala itu berkata-kata!!!(aku tak ingat kata-kata serigala-maaf) Peliknya kata si pengembala itu kerana serigala boleh berkata-kata, dan serigala itu bagitahu ikutlah Nabi Muhammad, kamu akan berjaya…!(lagi pelik?)

Itu tak pelik lagi, kalau korang dengar cerita sahabat yang bernama Taming Dari RA seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa dajjal..

Lalu Dajjal bertanya:

“apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?

“apakah air sungai di tanah arab masih mengalir?

Apabila Taming RA benarkan kata kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air sungai tanah arab menjadi kering .., kemudian kata Dajjal, beruntunhlah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW..

Korang semua yang aku muliakan sekalian..

Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat…(buat dakwah)

Kadang kadang muncul shaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama.. dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)

Kenapa sampai jadi macam tu?

Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama..!!!

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!

Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yg di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yg bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk org, tapi dia berkata: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…, sejak hari pertama aku menyusu anakku, aku talah berniat untuk korban mereka untuk ugama dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!

Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka jauh lebih mulia dari diri aku yang hina ini!!!!

Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…, lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jema’ah nya..

Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW..

Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para tabi’in tak tahan menderita, kerana :kata sahabat RA pada waktu itu mereka selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya kerana lapar..oh!

Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas ugama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka.., tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kemabali kepada Allah..

Ketika baginda wafat, Siti fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:
“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”

Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:
“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”

Kemuadian, mengusap badan baginda dan berkata:
“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”

Dan hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak membuat pengorbanan ke atas ugama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat.., jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pulak yang telah menghalang dakwah!!!

Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah..

Dalam masjid orang boleh bergaduh, Dalam majlis ilmu boleh caci mencaci, dalam majlis membaca Al-quran masih ada unsur maksiat, menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah.., ada yang lari dari pangkuan Allah(murtad)

Semua ini adalah gara gara aku orang islam yang perasan sibuk berkorban untuk dunia.. ikat perut kerana dunia, berpeluh dan letih kerana dunia, dan menitiskan darah serta air mata kerana dunia..!!!

isk..isk...

Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk islam walaupun dah jadi warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak aku orang islam…oh!

Cuba bayangkan korang bila dah kebulur 3 hari tak makan, cari punya cari duit jumpaleh sekeping not RM50, korangpun berlari pergi kedai makan KFC, bila nak order, tuan kedai marah sebab duit yang korang bagi tu tak laku!!!, duit yang takde nilai, duit palsu!!

Tak pengsang korang??

Huh! Begitu jugak bila aku dan korang jadi mayat kelak, yang kita usahakan hari hari adalah dunia-dunia-dunia!!!

Dunia yang takde nilai…Dunia yang kita korbankan ini takde nilaipun di sisi Allah.., kalau ada nilai setara dengan sayap nyamuk, pasti seteguk airpun orang kapir tak dapat.., Tak pengsang korang akhirat kelak??? Oh!!!

Orang islam hari ini tak buat pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat..., sebaliknya hanyut dan terleka dalam arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, setakat sokong islam baik tak payah..ummat ini bukan ummat penyokong, tapi pendokong!!!

Bila ceramah ugama, ada ustaz mintak duit dari ummat, kononnya nak majukan ugama, ummatpun bagi duit dan balik rumah goyang kaki, huh!!!

Allah tak mintak harta ummat islam sahaja, Allah dah kaya, tapi Allah mintak aku dan korang orang islam berkorban harta DAN diri!!!

DAN.. bukan... ATAU-(rujuk Al-quran)

Sebab tu masa Abu bakar RA nak ikut Nabi berhijrah ke madinah, beliau telah siapkan dua ekor unta dan kelengkapannya sekali lalu bagi sedekah kat nabi, tapi nabi SAW tolak, Sabda Nabi lebih kurang maksud:
"Aku akan gunakan harta dan diri aku sendiri untuk majukan ugama!!!"

Lalu Nabi SAW beli dengan hutang pada Abu bakar RA, kat madinah baru ganti.. , jadi korang para ustaz yang ceramah ugama just mintak duit je kat rakyat untuk majukan ugama, aku cadangkan kaji balik hadith dan Al-quran, aku mungkin salah.., sebab aku tak pandai, sebab aku memang bukan ustaz..oh!!!

Doakan aku yang sedang belajar berkorban harta DAN diri ini..isk..isk..

End scane 3

Mengakhiri post ini, sempana hari raya haji, biarlah aku ceritakan tentang Bapa Pengorbanan, manusia yang paling faham erti pengorbanan iaitu Nabi Ibrahim a.s..

Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s…

Pada mulanya baginda tidak tahu akan siapakah sebenarnya tuhan, mula-mula baginda sangka tuhan adalah bintang, tapi bila bintang hilang baginda sangka pulak bulan sebagai tuhan..

Kemudian, bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka baginda kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari.

Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit,

Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”
Begitu taksub sekali baginda dengan tuhan….

Sehinggalah akhirnya, Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebenar iaitu,
“Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”

Maka Sangat suka dan gembira Baginda Ibrahim atas perkara ini.. maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagai ‘khaililullah’(sahabat Allah)

Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pada malaikat untuk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah

Maka pada waktu nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat lalu diucapkan:
‘subhanallah!’
maka Sangat terkejut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut-sebut.

Alahai macam korang yang ada awek nama hamidah, bila pak imam sebut “sami Allah haliman hamidah”. masa nak iktidal. korang terus tak khuyuk solat sebab berdebar debar dengar nama imam sebut nama awek korang.. cis!

Arghh, sambung cerita:
Maka baginda mintak orang tu sebut sekali lagi tapi (malaikat) buat syarat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku.

Nabi Ibrahim a.s kata, boleh.. tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pada Allah begitu tinggi sekali, sehingga sanggup korbankan semua kambing just nak dengar nama kekasihnya di sebut-sebut, barulah malaikat tu bagitahu akan niat sebenarnya bahawa dia saje nak test power iman dan kecintaan baginda a.s kepada Allah.

Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, punyalah gembira akan baginda Ibrahim a.s sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yg bakal lahir.

Sekali bila lahir dapat anak lelaki, bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu tumpuannya pada anak telah melebihi tumpuan kepada Allah, maka pendek cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,

Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:
"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..

Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)

LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…

Baginda telah pulang dengan hati yg berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, batu seremban dan lain lain..

Dan pada waktu ini sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,

Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

(aku pun konfius akan benarkah cinta aku pada Allah melebihi cinta aku pada anak bini??? ..oh)

LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…

Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala2-galanya.

Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.

Korang semua yang aku muliakan,
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANG
TAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJA
TAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…

NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJA
TAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…

DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….

Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..

Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..

Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .

Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)

Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…

Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…

Jadi, korang semua, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pada hari raya korban, sunah tu!)

Cuma... Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?

Tak salah cinta isteri dan anak-anak, Cuma tak boleh lebih dari 3 perkara..

Sebab tak sama 83 dan 38..

Allah berfirman dalam Al-quran lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara:

8 perkara itu adalah:

1-isteri

2-anak

3-saudara

4.kaum keluarga

5.harta

6.perniagaan

7.rumah

8.ibu bapa

dan 3 perkara pulak adalah:

1.Allah

2.Rasul

3.Berjuang jalan Allah..

dalam ayat ni Allah bagitahu jika lebihkan 8 perkara daripada 3 perkara, maka tunggulah azab Allah..oh..aku sangat perlu belajar ‘sembelih’ perasaan cinta pada anak isteri demi kerana Allah…

Nasihat aku:
Korang yang masih belajar jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih menganggur jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang masih bujang jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kahwin bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang yang tak ada anak-anak jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah beranak pinak bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…

Korang belum paham apa itu korban, jadi jangan berlagak pandai dan alim dan terus hukum orang lain masuk neraka!!!

Ramai orang datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong..
Sebab tak faham di antara menghayati mengorbanan Nabi Ibrahim dengan menghayati hadiah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s!!

(macamlah aku paham..oh)

Kalau korang nak dapat kebahagian dengan harta benda. Korang kena korbankan waktu bersama keluarga,

Dan kalau korang dan aku dan korang semua, nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…

korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah berkorban di jalan Allah.
Korbankanlah rangcangan TV kegemaran korang. dan datanglah berkorban di jalan Allah
Korbankanlah PS2 korang dan datanglah berkorban di jalan berkorban di jalan Allah
Korbankanlah waktu rehat korang dan datanglah berkorban di jalan Allah
Korbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah berkorban di jalan Allah
Korbankanlah hoby korang dan datanglah berkorban di jalan Allah
Korbankanlah masa lapang korang dan datanglah berkorban di jalan Allah
Termasuklah aku sekali….isk..isk….

Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!

End scane 4

---------

Penutup..

Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun…, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK..

Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun malam solat tahajjud misalnya…

Kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan…

Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,

Dan mereka walaupun tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan kali ganda, tapi mereka tetap buat mengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam maya pada!!!

Dan kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negeri china,,, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban..

Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi,

Aku belum menunaikan Hak Salam, Yang mana aku wajib bagi salam pada semua orang islam di jalanan, tapi aku kadang-kadang just hey! Hoi! ..oh!!
(Assalamualaikum!!!)

Aku juga belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib solat jemaah dan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh! ..Cis kepada diri sendiri!!

Dan lagi, Aku belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib Khatam Al-quran paling kurang 2 kali setahun tapi aku biarkan masa lapangku dengan baca komik dan baca blog ..oh!!

Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku wajib berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid???..huh!

Dan yang nyatanya, Aku belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana aku wajib ajak orang kapir masuk islam dan ajak orang islam amal ugama tapi aku msih bersenang lenang dalam hangatnya pelukkan isteri di kedinginan malam di musim tengkujuh ..oh!!!

TUNAIKAN HAK UGAMAPUN BELUM LAGI, APATAH LAGI KORBAN!!!!

(Biarkan hujan di musim tengkujuh ini membingitkan telinga kerana aku sedang belajar menangis tentang dosa dan hak ugama yang belum di tunaikan)

End scane 5

Ps: Sekiranya aku sudah jadi mayat, dan orang islam ketiadaan senjata, gunakanlah tulang tulangku untuk di jadikan senjata..(ikut wasiat Khatijah r.aha)

45 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Entahlah adalah korban sedikit agaknya itupun tak taulah apa nilaian disisi Allah. Allah beli jiwa, harta dan nyawa kita dengan syurga...korbanlah selagi ada nyawa...insyaallah.

Anonymous said...

slm 'alaik hamka.
syukran jaziilan 4 dis post. ana nk mntk izin u copy n paste mn2 ur posting u dshare with others yg mayb x naik kereta mayat ni n insyaAllah ana akn promok this car to others. plz...

Anonymous said...

Korban je la camana pun, ikut formula mcm en.hamka ckp tu efektif gak :) At-taubah, ayat 20 & 24..saya dah alami skit2, dlm proses gak..smoga kita suma dpt pelajaran drp kisah Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad..mcm2 blh dikorbankan zmn kita ni, umat akhir zaman, umat terbaik la katakan. Selamat!

hamka said...

hanisumayyah

insyaAllah, aku belajar korban.., doakan aku hani…

----
Anonymous 1

Boleh kau nak copy/paste Cuma jangan ambil keuntungan dunia(cam kau jual ke apa..)

-----
Anonymous 2

At-taubah, ayat 20 & 24..
Terima kasih

Anonymous said...

"Dan kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negeri china,,, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban.."

isk..isk..

salam aidiladha

Anonymous said...

salaam bro hamka..

huhuhu.. korban..
sy dah terkorban mase test jpj..
tak lepas...
huhu sedih..
ta[i takpe la..
takde rezeki..
lamenye nk update entry baru..
hehe tapi skang dh update..
ok la tu..
salaam aidiladha

hamka said...

mi

salam aidiladha

----------
budak_shams

salaam

maaf sebab lambat update..
terima kasih kerana menjadi pembaca setia, sekarang tinggal nak kena korban,

salaam aidiladha

Anonymous said...

salam...
salam aidil adha kpd sme owang.
kat sini xda sesape..masak sndri je..huhu
kullu sanah antum toyyibinn
ok doakn kte nye upcoming xm ok

-iman-

Anonymous said...

erksss... ingatkan komen2 pada hari raya. rupanya saya saja yang 'terkorban' dek agenda sendiri. korban.. korban.. no idea to explain in detail. uhuks! korban paling besar pada saya: buat perkara ALlah suka dan tinggalkan perkara yang Allah tak suka. en hamka dah tulis tentang ini. ayat saja lain. terima kasih!

Anonymous said...

thx atas entri ni...benar2 menyedarkan... erm nk tanya... erm bagaimanakah seorg wanita itu boleh berkorban utk ugamanya? mksd sy dlm post ni pengorbanan itu lebih kepada kaum lelaki... katakan kalau perempuan itu dah kahwin n ada anak2... bagaimana dye nk kluar berkorban utk ugamanya? sy kurang faham...harap boleh dijelaskn...

Anonymous said...

1st time singgah kesini.. entri2 yang mengusik hati halus. gud job :)

Anonymous said...

tiba² aku perasan sibuk. (oh ...)

ada message yang sampai ke hati. tapi tak ter terjemahkan ke perbuatan. (yang ini prob aku la) atau dengan bahasa terangnya, susah nak lakukan. mmg jelas lagi nyata iman rapuh giler. (tak yah dilit, tiup jer dah ilang). oh ...

suma kena balek kat hati egh.

mcm kita solat. kita niat. niat dlm hati dan kita terjemahkan ke perbuatan (iatu rukun solat).

hati kena slalu dibersihkan la egh. kena upgrade slalu. kenkadang layan jer mp3, iman leh scratch, makan nasi dua pinggan, jiwa trus rasa ngantuk (solat pun tertinggal/ bila dah kenyang solat plak slalu tak khusyuk) oh.

bila kebuluran plak, imejin plak .. nasi goreng pataya / nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla etc etc.. KFC/McD/SugarBun/PizzaHut ...oh!

kita bila susah jer salu ingat kat Dia. kalu cenggitu doa jer la kita idup susah selama idup supaya kita sentiasa ingat kat Dia. sebab bila kita tak susah, kita riak, kita alpa.(tak caya, tengok jer peel orang yang perasan kaya).

oh. jauh plak komen aku terbabas. (macam tak masuk topic la plak)

btw, trima kaseh bro, sebab "blogging" yang slalu "ingat-memperingati". (bahawa yang dekat tu mati).

(*keretamayat takder roda)

hamka said...

iman
salam...

aku masih hidup..
syukur kepada Allah bagi peluang..

-----
ZulGTZ

Benarlah wahai ustaz..

--------
Inqilaab

Sama –sama

----
marjan

korban seorang wanita adalah macam korban siti hajar di atas, merelakan di tinggalkan suami atas maksud ugama, sabar dan tidak mengeluh kepada jiran jiran..

membesarkan anak tanpa suami di sisi hanya semata mata untuk bagi peluang suami belajar ugama jauh jauh dan lama lama..

insyAllah..

--------------
lindosh

selamat naik kereta mayat..
:)

---
akuokay

terima kasih jugak kerana sudi mengomen dan bagi sokongan kat aku yang selalu perasan sibuk jugak …ish..

(kenapa takde roda?)

Unknown said...

Assalamualaikum..

Semoga pengorbanan saudara mendapat keberkatan dari-Nya Yang Maha Kuasa

Anonymous said...

:'(

hamka said...

muin

sahabat lama, aku ingat kau dah jadi mayat dah he he he, terima kasih kerana sudi singgah sini dan selalu doa aku yang hina ini.., terima kasih..

----
abu harraz

:)

Anonymous said...

apa kena ustazah rock ni? cakap ngan aku ke?
tak paham plak aku......

by the way, hamka, doakan aku selamat sebab doa aku utk 3H yang sulung akan termakbul malam ini...Alhamdulillah

- aku harap dapat bergerak dgn penuh tertib dan istiqamah -

hamka said...

Pian..

ustazah rock tu tujukan nasihat yang pedas untuk aku!!!

isk..isk..iskk..

ps: aku tunggu cerita kau bila balik 3H nanti..

Anonymous said...

salam
wa... best ah
hamba suka giler baca tuan hamba punya blog
sampai guna ilmu yang ade dlm blog tuan hamba dalam usrah hamba
anyway just nak tanya,yg citer pasal nabi ibrahim kene berdakwah 7 tahun sambil tinggal anak isteri kat mekah tu tuan hamba amik kat mane?
saje tanye sebab selama ni time raya korban dengar citer same aje,tetiba tahun ni baca blog tuan hamba macam dengar citer baru.
just to be cautious..
jazakallah

hamka said...

salam..

aku mengaku aku jahil dalam bab rawi hadith dan sumber sejarah islamiah...

cerita ini aku dengar dari ustaz Amin dari tenggaroh johor, tambah takde, kurang lagi ada..

aku tulis apa yang aku dengar, dan berharap bila dah tulis dalam internet maka jika korang tahu detail lagi pasal rawi dan sebagainya silalah kongsi dengan aku...

Yang aku jumpa banyak cerita Nabi Ibrahim tinggalkan anak ketika menyusu dan sembelih ketika umur 10 tahun, dan pernah jengah sekali dalam umur anak yang aku tak tahu berapa, jadi bila aku dengar ustaz tu cakap 7 tahun, maka aku tulis 7 tahun..

bila baca blog ni kena banyak hati hati, dan aku selalu bagi nasihat agar di rujuk kepada ustaz, jika aku salah sila nyatakan kesalahanku dengan rawi.., insyAllah kita belajar sama-sama...

ps: aku seorang 'penyampai' yang bermasalh dalam bab rawi.., bantulah aku..oh!

Anonymous said...

Lagu P. Ramlee,

Berkorban apa saja....
Harta ataupun nyawa...
Itulah tandanya...
Sejati dan mulia....

Ohhhh...ooooo...

Akak S.

hamka said...

akupun nak menangis sama..isk

Anonymous said...

Well done!
[url=http://eboecsxm.com/lgsx/snrb.html]My homepage[/url] | [url=http://axtrkgqx.com/tish/jlnd.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Great work!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Nice site!
http://eboecsxm.com/lgsx/snrb.html | http://bwcwjtim.com/pnnd/zozg.html

Anonymous said...

minta maaf sedara hamka..
aku ada sesuatu ingin di komen sikit..
ayat yg kamu tulis "Allah tak mintak harta ummat islam sahaja, Allah dah kaya, tapi Allah mintak aku dan korang orang islam berkorban harta DAN diri!!!" macam x berapa kena lah..
aku suggest perbetulkan ayat "....tapi Allah perintahkan aku dan korang orang Islam berkorban harta DAN diri!!!"
..aku memang x pandai, tp rasanya Allah tak perlu mintak kpd sebarang makhluk kan?..
Anyway..aku doakan semoga ko sentiasa di dalam keredhaan Allah..teruskan usaha ko ini.. =)

hamka said...

kau adalah betul, terima kasih kerana menegur, ALLAH nak KITA KORBAN harta dan DIRI..

kau betul, aku salah, terima kasih sahabat..

HazuraHamzah said...

im back!

hamka said...

he he he.., terima kasih, selamat datang lagi, buatlah macam blog sendiri

Anonymous said...

aku ada cdgn la saudara hamka....
sepatutnya,hak al-quran tu kau letakkan satu standard yg tinggi...bukannya hanya khatam quran 2 kali dlm setahun....al-quran,kitab petunjuk suci, kau hanya letakkan mengkhatamkannya 2 kali setahun???ini bermakna,dlm 6 bulan,ko hanya membaca 30 juzuk???satu bulan=5juz.....1juz utk 6 hari......ko habiskan 1juz dlm masa enam hari????apa kau buat...itu baru membaca quran...menengok makna,mentadabbur..bila pulak???

cdgn aku la...bacala quran 1 juz sehari.....barula betul menunaikan hak quran....

hamka said...

He he he, 1 jusz sehari,?
Hebat, aku yang hina dan banyak dosa ini tak mampu..oh! doakanlah aku..

Ps: 2 kali setahun bukan aku yang cadangkan, tapi ramai ulamak yang buat ketetapan MINIMA banyak tu.., aku copy/paste sahaje, kau boleh belek kitab tafsir al-quran dan kitab fadhilat quran dari ulamak2 besar, kebanyakkan berpendapat sebegitu..

Terima kasih..

Anonymous said...

aku xnak tambah banyak sebab aku hanyalah kaum hawa yang selalu dianggap lemah,yang selalu berkorban dan dikorbankan..Tapi harus dingatkan pengorbanan itu bukanlah untuk diwar-warkan ke seluruh pelusuk alam..
Biarlah rahsia..
Tapi bermakna untuk agama dan keluaraga sesama Islam...
ALLAHUAKBAR...

Anonymous said...

mek da!

Anonymous said...

saya da bace blog hamka ni, mmg byk sgt pengajaran...
sy nk bgtu sikit, sy ni ade bf, tapi dulu di apnh ringan2 ngn gf die, tapi dgn sy mmg sy da warning awal2 yg sy x kn bnrkn die wat x senonoh ngn sy..
masalahnyer, sy rse cm sedey kalau t'bce cite org yang pnh ringn2 ngn couple dorang n wat sy t'ingat ngn bf sy...
kdg2 wat sy x mau terima dia, sbb nyer sy pnh bce yg bakal ank2 akn wat bnda yg sama kite pnh wat, dan sy xmau ank sy wat bnda mcm dia pnh wat..
hal ni kdg2 wat sy xmau terime dia..nth la...sy pn bkn la nak kata baik sgt, tapi bab2 maksiat ni mmg sy tegas sgt..
yg jd masalahnya, rase nk kawin ngn die tp risau klu ank2 pnh wat cm die...
cmner nie?

hamka said...

iamn tak boleh di warisi, bapak baik tak boleh jadikan anak baik.., bapak jahat tak boleh jadikan anak jahat..

Saidina Umar dulu bunuh anak, tapi bila dah masuk islamm, elok jer..

yang penting, TAUBAT!

ps: jangan tulis shortword, pakcik tak bebarapa faham

tya said...

belum saya berkorban...

hamka said...

sama ada berkorban, atau terkorban

musafir hina said...

salah korban nti jd karbon hasil pembakaran..haha..

Anonymous said...

Ahmad

Trimas bro..entry yang sangat2 berguna untuk orang2 yang baru mendalami ilmu islam yg noob mcm aku..dari ayat pertama hingga terakhir aku baca habis..terharu giler baca pengorbanan Nabi dan para sahabat..sanggup berlapar demi agama..kita kalau jumpa peminta sedekah,siap pikir nak bagi ke tak! entah2 berlakon susah! duh!! aku tuh!! salam ramadhan Hamka..aku suka entry ko baik yg lama ataupun sekarang! tq boh!

hamka said...

6 tahun kemudian..., Oh!

Unknown said...

hamka nak tahu lebih lanjut psl doa terakhir boleh x?

hamka said...

maksud kau?

Pinoy Tambayan said...

I was recommended this blog by my cousin.I am not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my difficulty.You are incredible!
Pinoy Channel| Pinoy Tambayan| Pinoy Tv| Pinoy Tv Replay| Pinoy Ako| Pinoy Lambingan| Pinoy Teleserye| Zee tv

Pinoy Lambingan said...

Pinoy Lambingans
This official site Pinoy Lambingans provides you with all the content created by Pinoy Lambingan. The Pinoy Lambingans is a place to get away from all the boring TV shows.