Nov 7, 2006

Apa itu Tasauf ?

(Jangan sesekali bertanya kepada aku akan soalan yang merepek…)

Nota: Aku mulakan dengan sebuah cerita dengan lebih kurang-aku tak ingat, oh tidak, aku teringat, tapi ingat- ingat lupa..harap maaf.

Pada suatu hari, datanglah seorang hambaAllah yang kapir kepada seorang Raja islam…
Lalu di tanyanya beberapa soalan..

Soalan-soalannya berbunyi begini:

“Tunjukkan aku di mana Allah?”

PANG!!!!

Lalu raja itu melempang pipi kanan si kapir tadi dengan menggunakan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri.

Raja bertanya pulak:
“Tunjukkan aku di mana sakit engkau?

Si kapir itu terpinga-pinga, (kenapa aku kena lempang?) sambil menunjukkan pipinya yang sakit…

Raja sanggah:
“Itu PIPI!! Aku suruh tunjuk ‘sakit’ kat mana, sakit yang kau dapat ‘rasa’ punnn, tak dapat di tunjuk, kau nak suruh aku tunjuk di mana Allah?, aku hanya dapat rasa Kewujudan Allah, tapi aku hambanya yang lemah, pasti tidak dapat tunjuk di mana Allah, kerana duduknya Allah tidak sama dengan duduknya makhluk…..

Soalan kedua pulak.

“Apa yang Allah sedang buat sekarang?”

PANG!!!!


Lalu raja itu melempang pipi kiri si kapir tadi dengan menggunakan tangan kiri yang di kawal oleh otak kanan si raja...

Kata Raja,
“Sekarang Allah sedang izinkan aku tampar pipi kirimu dengan tangan kiriku yang di kawal dengan otak kananku-hakikatnya , semua dari Allah…!!!”

Soalan ketiga pulak yang di tanya si kapir…

“Sebelum adanya Allah, apa yang ada?”

PANG!!!!

Lalu raja itu melempang kedua dua pipi si kapir tadi dengan menggunakan kedua-dua tangan …

Kata raja:
“aku tanya engkau pulak, tengok tangan aku betul- betul, selepas ibu jari, ada jari telunjuk, sebelum ibu jari ada jari apa?

Si kapir terpinga-pinga, tak dapat jawab dan otaknya masih berpikir soalan lain pulak yang nak di tanya…

Aku ringkaskan cerita ini, ada banyak lagi soalan yang si kapir itu tanya dan semuanya di jawab dengan pelempang…si kapir itu bertanya tentang takdir, tentang setan yang masuk neraka tak sakit sebab setan di buat dari api, namun oleh kerana semua soalan di akhiri dengan lempangan demi lempangan, biarlah mereka mereka yang suka bertanya soalan ugama yang pelik pelik itu di lempang kerana mereka bertanya bukan nak tahu, tapi nak tunjuk pandai dan nak berlagak bagus serta perasan bijak yang kononnya dapatlah di kelirukan orang islam dengan soalan soalan yang tak terjawab..

Apa yang aku nak cerita hari ni, akrian pada zaman inipun ada jugak orang islam yang suka tanya soalan yang pelik-pelik, dan oleh kerana aku selaku seorang yang sedang belajar ‘gaya pulang ke pangkal jalan’, maka wujudlah mereka mereka yang bertanya soalan-soalan ugama yang pelik-pelik…

Aku namakan mamat ni dengan ‘jo’…

Jo bertanya aku..macam macam soalan ugama, seperti: apa itu sunnah, bida’ah, mazhab, murtad dan lain lain, (kebanyakkannya aku dah tulis jawapan dalam blog) tapi bila semua jawapan di jawab, si jo ini mulai bertanya soalan yang pelik-pelik..

“Boleh tak Allah cipta dunia ini dengan begitu besar sehingga Allah sendiri tak mampu nak angkat..?”

Aku terkedu, apa punya spesis soalan mamat nih…rasa nak lempang sajer si jo ini..tapi korangpun tahu, bahawa aku ni penyabar orangnya, aku mintak masa tiga hari untuk jawab soalan si jo…

Akupun rujuk seorang guru yang mahir sifat 20, dan aku dapat jawapannya.

Jawapannya adalah;
“Wajib bagi Allah menciptakan dunia atau apa sahaja walaupun dengan begitu besar!!”
“Tapi mustahil bagi Allah menciptakan sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat bagi Nya..”
sebenarnya jawapan ini berpecah kepada tiga, iaitu “wajib” , “harus”, dan “mustahil”, tapi oleh sebab aku ni lupa, maka aku tulis jawapan setakat tu sajer…oh!.., aku tak belajar sifat 20, jadi memang aku jahil bab ini!

Si jo ini berpuas hati dengan jawapan aku, tapi bertanya pulak dengan soalan yang lain:

"Apa itu Tasauf?
Apa yang di maksudkan dengan Tasauf dan apa hakikatnya?

Sekali lagi aku rasa nak lemapang si jo ini, kerana aku memang tak tahu sangat ilmu tasauf, tapi aku tahu si jo ini tidak akan bersabar jika aku lempang dia,..oh! maka aku mintak masa 3 hari lagi untuk cari jawapan…

Alhamdulillah, seorang sahabat suruh aku rujuk kitab “aap beeti” karangan Maulana Zakaria, dan dengan izin Allah, aku jumpa jawapannya, tapi sebab kitab tu bukan aku punya, dan aku lupa pulak susunan ayat dalam kitab tu, aku tulis jawapan lebih kurang yang aku ingat tentang apakah yang di maksudkan dengan tasauf dan hakikatnya…

"Semua ajaran Tasauf adalah berkenaan memperbaiki dan membetulkan niat seseorang, tidak ada yang lain, permulaan tasauf adalah “segala amal di ukur daripada niat", dan pengakhiran tasauf adalah mencapat darjat ehsan iaitu beribadat seolah olah melihat Allah!!"

Si jo ni puas hati dengan jawapan aku, dan tanya pulak soalan lain, lalu aku melempang….

PANG!!!!

Begitulah bunyi meja di lempang oleh aku, jo terkejut..

“JO, aku bukan ustaz, kau tanya aku macam-macam soalan, apa motifnya?, kau anak amal atau kau nak uji ilmu aku? Senang macam ni, aku bagi kau satu soalan ‘dunia’, aku bagi masa pada kau tiga hari untuk jawab, jika kau gagal jawab soalan berkenaan ‘dunia’ ini, maka selagi itulah kau jangan tanya aku soalan ‘akhirat’!

Di pendekkan cerita, Jo bersetuju..

Soalan aku berbunyi begini…

“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”

Akrian, semenjak dari itu (setahun yang lalu) jo tidak bertanya lagi soalan yang pelik-pelik tentang ugama, he he he, aku memang bagi soalan yang ‘tak logic tapi betul’ pada jo…,

Kadang kadang aku perli si jo ni, ..

"Tak jumpa lagi binatang itu? Cuba kau rujuk Astro, TV3, selalu binatang tu muncul dalam TV…he he he"

Lalu aku bercakap seorang diri (dalam hati)
Jo..jo..kalau kau nak tanya soalan mengenai ugama, tanyalah untuk amal, bukan untuk uji ilmu orang atau nak tunjuk terer..sekarang, aku baru tanya satu soalan mengenai dunia, sampai sekarang kau tak leh jawab, hi hi hi…

Buat pembaca keretamayat, baiklah, aku mengaku bahawa jawapan untuk soalan ni memang tak logic dan agak merepek, tapi jika nak di bandingkan dengan soalan seperti “Allah tak mampu angkat”, itu jauh dari merepek..boleh jatuh sesat, sebenarnya si jo ni ada tanya lagi soalan seperti, Boleh tak Allah menjadi dua?, boleh tak Alllah bertukar jadi manusia?..tapi itulah, aku malas nak jawab dan malas nak rujuk ustaz sebab soalan tu tak boleh meningkatkan iman, takut-takut, boleh jadi syirik, baik buat macam sahabat RA:
“kami dengar dan kami taat”,

Dan hakikatnya, aku tak perlu jawab soalan si jo kerana dia masih tak dapat jawab soalan tentang binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja kat dunia ini….hihihi.

Teringat aku satu cerita bila ulamak arab ajak ulamak iraq bertanding soal jawab ugama, dan setiap tahun, ulamak iraq yang akan menang pertandingan itu kerana semua soalan dari ulamak arab dapat di jawab oleh ulamak iraq…

Maka pada tahun yang berikutnya, ulamak arab mengajak ulamak iraq bersoal-jawab tapi bukan lagi dengan lisan, tapi dengan bahasa isyarat..

Di pendekkan cerita, ulamak arab akan bagi 3 soalan dalam bahasa isyarat, dan mesti di jawab dengan bahasa isyarat jugak oleh ulamak iraq, maka rungsinglah ulama’ iraq kerana tiada pengalaman dalam bahasa isyarat..

Di pendekkan cerita lagi, seorang pengembala kambing dari iraq telah menawarkan diri sebagai wakil ulamak iraq dengan alasan: saya selalu menggunakan bahasa isyarat berdialog dengan kambing”

Untuk melogikkan cerita, mungkin masa yang terhad dan rupa si pengembala kambing iraq macam ulamak iraq, maka jadilah ia akan si pengembala kambing itu wakil ulamak iraq…

Aku yang malas ini pendekkan lagi cerita, ‘ulamak’ iraq itu telah berjaya menjawab ke tiga-tiga soalan ulamak arab….

Sekian…

IKLAN untuk encik JO:
“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”


Sambung balik…

MAka sungguh terkejut akan ulamak arab kerana semua soalan dapat di jawab dengan mudah oleh ulamak iraq, bertanyalah sahabat si ulamak arab tadi kepada ulamak arab, apakah sebenarnya yang telah berlaku..?

Lalu terang si ulamak arab.
Soalan pertama, aku buat isyarat dengan jari telunjuk, satu.! (Sedang jari lain semua di genggam) Yang bermaksud kalimah “La-illa-ha-illAllah”., tapi dia jawab dua, dengan di angkat jari telunjuk dan jari tengah, (Sedang jari lain semua di genggam) yang bermaksud, kalimah “La-illa-ha-illAllah” berkembar dengan kalimah “:Muhamadurrasullullah”

Dan itu adalah jawapan yang betul,!!!

Soalan kedua, aku genggam tangan dan buka hanya jari telunjuk dan jari tengah, lalu aku angkat tangan tinggi-tinggi, yang bermaksud “Allah jadikan langit dalam masa dua hari”, tapi si ulamak iraq ini jawab dengan buat isyarat empat jari ke bawah (jari ibu di gengam, jari lain di buka) yang bermaksud, “Allah jadikan bumi dalam masa empat hari…”

Dan itu adalah jawapan yang betul,!!!!!! Dahsyat!!!

Seolan terakhir, aku buat isyarat dengan jari telunjuk ke atas, (Sedang jari lain semua di genggam), lalu aku pusingkan tanganku membentuk satu bulatan yang besar, yang bermaksud, “siapakah Yang Berkuasa sekali di seluruh alam?”, lalu si ulamak iraq itu terus tumbuk meja dengan kuat sekali, dan itulah jawapannya, yang menunjukkan hanya “ALLAH yang berkuasa, makluk langsung tiada kuasa, Allah adalah pentadbir segala-galanya…”!!!

Dan itu memang jawapan yang betul,!!!!!! Dahsyatnya!!!!!!

Sekali lagi IKLAN untuk encik JO:
“Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”

Berbalik pada si ulamak iraq merangkap si pengembala kambing, bercerita pengalaman dia pulak…

soalan pertama, dia buat isyarat dengan jari telunjuk, satu. (Sedang jari lain semua di genggam) Yang bermaksud “dia nak beli kambing aku sekor”, lalu aku jawab dua, dengan di angkat jari telunjuk dan jari tengah, (Sedang jari lain semua di genggam) yang bermaksud, “nak beli dua ekorpun boleh..”

Dan jawapan itu adalah betul..

Soalan kedua, dia genggam tangan dan buka hanya jari telunjuk dan jari tengah, lalu dia angkat tangan tinggi-tinggi, yang bermaksud “kambing itu mestilah ada dua tanduk” lalu aku jawab dengan buat isyarat empat jari ke bawah (jari ibu di gengam, jari lain di buka) yang bermaksud, “kambing aku semua ada empat kaki!!!!”

Dan, Dia kata itu adalah jawapan yang betul,!!!

Seolan terakhir, dia buat isyarat dengan jari telunjuk ke atas, (Sedang jari lain semua di genggam), lalu dia pusingkan tangannya membentuk satu bulatan yang besar, yang bermaksud’ “aku nak beli seluruh kambing engkau” lalu aku terus jadi marah dan aku terus tumbuk meja dengan kuat sekali, dalam hati aku, mana boleh aku jual semua kambing, aku nak bela apa lepas ni?”

Dan kata ulamak arab, itu adalah jawapan yang betul,!!!

Arghhhh!!
Aku rasa lebih baik aku habiskan entry ini, sebab aku macam mengidam nak makan daging kambing pulak, lagipun ini adalah petua yang baik untuk keluarga yang bahagia hmmm..moral of the story is, walau apapun soalan dan bagaimana cara pun menjawab, yang bagi faham adalah Allah, orang kapir tanya macam2 soalan pada Nabi, pun masih tak faham sebab bertanya dengan niat yang salah, bertanyalah dengan ikhlas dalam apa jua situasipun, terutamanya bila melibatkan tauhid (ugama)!!!

Berbalik kepada main topik, aku cuma nak nasihat sikit lagi, janganlah tanya soalan yang pelik-pelik tentang ugama pada ustaz dan ulamak, apatah lagi orang yang bukan ustaz macam aku,

Periksa dulu niat sebelum bertanya iaitu : adakah bertanya kerana nak tahu?, atau bertanya untuk buat orang malu?, adakah bertanya kerana nak amal?, atau bertanya untuk cari alas an tak nak beramal?…

Jangan jadi macam kaum Yahudi yang bertanya macam macam soalan kepada Nabi Musa a.s apabila Allah memerintahkan mereka menyembelih Sapi betina, mereka orang orang yahudi itu bertanya tentang sapi itu besar mana?, warna apa?, warna muda ke warna tua , ada belang tak? Pernah membajak tak?. Dan macam macam lagi soalan …. sehingga mereka susah nak amal perintah Allah!

Dan ada Hadith Nabi yang melarang kita bertanya tentang ZAT ALLAH atau tentang ROH..dan lain lain,

Mengakhir post ini, aku bagi tahu jawapan yang si jo tu sedang cari: “Binatang apakah yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini?..”he he he, jawapan yang merepek, padan dengan muka engkau jo, binatang yang hanya ada empat ekor sahaja di dunia ini adalah:
Ninja Turtles !!!!cowa-bunga! (tak lawak)..

--------------

Hmmm, cik Hamka, nampaknya si jo dah tahu jawapan kerana cik Hanka dah bocorkan, nanti dia tanya lagi soalan yang pelik-pelik, cik Hamka nak buat apa pulak..?

He he he, aku ingat nak lempang sejer, tapi anak orang, mana boleh lempang sesuka hati..oh!
Aku ingat lepas ni jika si jo tanya aku akan soalan-soalan yang pelik-pelik. aku nak cabut satu perhiasan di bahagian senjata sulitku, lalu bagi pada si jo, dan suruh si jo ini luruskan bulu kemaluan aku yang kerinting tu, ha ha ha, bila dah lurus…baru aku jawab soalan engkau tuuuu!
HA HA HA!!!!
(ketawa macam orang jahat)

Ps: Jangan marah, nanti cepat tua, cepat mampos dan cepat jadi mayat.!!!

47 comments:

  1. cowa-bunga?? apa tu..

    ReplyDelete
  2. Kalau aqidah(ilmu tauhid) itu matlamat, syariat(ilmu feqah) itu perlaksanaan.

    maka akhlak (ilmu tasauf atau tarekat) itu jalan. jalan untuk menuju ALLAH.

    untuk dekat pada ALLAH, hati kena bersih.

    untuk itu perlu kepada zikir(ingat) ALLAH dalam semua hal.

    zikir itu perlu dipimpin atau diijazahkan oleh guru yang ada susur jalur (upline) dari nabi muhammad s.a.w.

    bukan dari sebarangan guru..

    barulah manis zikir itu serta ada kesannya pada hati..
    insyaallah...sedikit demi sedikit sifat2 terkeji akan berkurang(mazmumah) dan sifat terpuji (mahmudah) akan terhasil.

    ReplyDelete
  3. Binatang tu ada dalam tv je ke? Jo tak tengok tv kot, patut tak tahu.
    Tentu jo ada banyak masa (sebab tak duduk depan tv), bolehlah belajar Sifat 20. Tentu tak akan tanya soalan pelik-pelik lagi.

    ReplyDelete
  4. maniss
    cowa-bunga..

    kau boleh search dalam google,

    sebenarnya, aku tulis jawapan dalam warna hitam, sama dengan background, cuba kau left click mouse tu dan high light!!

    ----------
    Anonymous

    Tauhid/feqah/ tasauf / tarekat/zikir/upline/mazmumah/mahmudah

    Hmm, banyaknya info..terima kasih, tapi sayang takde nama.

    --------
    zabs

    he he he, benarlah pakcik.

    ps:dah hampir setahun aku tak jumpa jo, sejak aku kahwin, jo agak menghidari aku, jo, di mana engkau?…oh!
    pergi rantau abang ke?

    ReplyDelete
  5. ninja turles tu teenage mutant..so lambat mati....

    ReplyDelete
  6. aduhaiii..binatang ni ghopenyee..

    *pengsan* : P

    ReplyDelete
  7. hucs

    ada orang email aku cakap teenage mutant ninja turtles tu ada 5, satu perempuan, betul ke? Aku tak update pulak..oh!

    *pengsan*

    ---------
    maniss

    ha ha ha!

    ps: pengsan-ungkapan yang selalu di gunakan oleh bini aku bila hampir terkejut..

    ha!

    ReplyDelete
  8. maklumat yang baik bg aku yg jahil ini...

    ReplyDelete
  9. haha..

    punyalah aku pikir..binatang apa ada empat ekor...

    aku ingat binatang tu ada ekor sebanyak empat...

    rupanya empat ekor saja...ninja turtles ada empat ekor..

    aku ingat cam musang naruto ada 9 ekor..

    ReplyDelete
  10. http://en.wikipedia.org/wiki/Cowabunga

    ReplyDelete
  11. boy

    terima kasih kerana menghargai!!

    "Kawagoopa"

    ----------
    dingin

    takut yang bersebab, takpe, yang aku angin, takut tak bersebab, "Cowabunga" betul!!

    ehehe

    -------
    muhammad fakhrul razi

    aku baru baca cerita naroto bab ekornya muncul empat...
    terima kasih bagi link pasal "cowa-bunga"!!

    ReplyDelete
  12. ``Lalu raja itu melempang pipi kiri si kapir tadi dengan menggunakan tangan kiri yang di kawal oleh otak kanan si raja..."

    cis2... ko tiru idea drp komen dlm site aku. semua yg komen dlm site aku sudah jadi copyright aku gak hahaha. ni yg aku rasa nak naikkan saman jadi RM4 juta ni kekeke :s

    ReplyDelete
  13. haha..ninja turtles ghupenyer...woh!aku rase en.jo tu patut guna teknik rebonding pula nanti...haha..

    ReplyDelete
  14. hafizbar

    saya berharap encik hafibar jangan saman saya, bagaimana saya nak memperjuangkan islam dan ikhwah saya jika tiada wang?

    Ps: he he he, dari muna pulak aku dapat jawapan tu?

    -----
    elcoyote

    rebonding? Nak warnakan pun boleh…he he he

    ReplyDelete
  15. kenapa aku begitu teruja nak tau makna cowa-bunga sampai sanggup menggoogle sehingga faham, lebih dari mencari makna tasauf?oh...

    ReplyDelete
  16. salam..

    ensem x jo tu?
    ek lupe lak..laki ke pompuan dia tu..
    hehe...

    kalo en hamka jmpa dia nnt..
    kemsalam eh..hehe

    =P...sayounara...

    ReplyDelete
  17. Hafizbar, tak payah samanlah. Nanti kami tak dapat baca cerita lain pula. Minta komisyen je. Hamka ni macam chef yang handallah.Dua masakan yang sama, tetapi satu dihias oleh chef dan yang satu lagi tukang masak biasa tak hias pun. Maka orang akan makan yang chef punyalah.

    ReplyDelete
  18. Hamka dah naik sheikh...

    Lama lagi ke "Tempoh Gencatan Senjata" ko dengan bini ko bro hamka?

    Kesian pulak...

    P/S: Baik ko cari bini sorang lagi buat spare..heheh

    ReplyDelete
  19. kakLuna

    begitu ke?

    Nota kaki: Aku orang tua lama, ninja turtles muncul ketika aku masih di bangku sekolah, sesekali bernostalgia…

    -------
    yuuki kagaku

    lelaki, dan sebaya, dulu dia ada cerita aweknya di pinang orang, sekarang dah lama tak jumpa…

    hensem? Ada awek, kira hensemlah…
    salam..

    -----
    zabs

    terima kasih kerana memuji masakan saya…
    semoha berkhasiat untuk semua..

    ---------
    akula

    he he he, genjatan senjata dah habis, ingat nak serang dari belakang, tapi islam larang kita serang dari belakang, lalu aku serang dari hadapan…., kadang kadang pihak bersekutu bagi jalan lain untuk serang..

    ReplyDelete
  20. serang dari belakang tu boleh perhalusi....

    ada yg boley ada yg tak bley..

    hamka lebih maklum..sekian..

    ReplyDelete
  21. takpe2... oleh kerana hamka adalah bekas anak murid aku (kekeke sape tak caya, tanya dia), aku tak jadi saman la.

    kira cincai aaaa.

    ReplyDelete
  22. we are conducting a survey regarding the decadence of aqidah among muslim: the study of apostasy phenomenon in Malaysia. plzz help us by answering the questionnaires at http://www.my3q. com/go.php? url=rx9888/ 64179
    thank you for your time and cooperation

    ReplyDelete
  23. Amboi hucs ko mcm tahu2 pulak....

    tapi hamka kalu ko pandai ko boleh serang dari belakang tapi yang dibenarkan... Yang tu lagi best!

    Nampaknya ko kena buat entry "Macamana Nak Menyerang"...

    Kurang pahla posa aku dok merapik di siang hari...

    P/S: Mlmni malam jumaatla!

    ReplyDelete
  24. Ustazahrock

    Merepek, atau tak setuju?
    hmmmm

    ---------
    Hucs

    Tahniah, dan terima kasih kerana berkongsi kebahagian anda,
    Hucs baru menimang cahaya mata jam 4 pagi tadi…
    Seorang pembantu ugama telah lahir…

    Semoga semua selamat dan sejahtera..

    ----------
    Hafizbar..

    Aku akan simpan perkataan “cincai” ini ..
    He he he..

    ----------
    Bintangsejuk

    Soalan mengenai zat Allah adalah di larang, yang penting niat, sebab tu aku taruk post ni dengan tajuk “tasauf”.., belajar membetulkan niat, tapi bila bercerita tentang “ehsan” ramai yang jadi sesat..

    Tak salah bertanya, yang salah bila niat bertanya yang tak betul..
    Buatlah macam sahabat Nabi SAW, :
    “Kami dengar dan kami taat..”
    Bukan
    Kami faham dulu baru kami taat….

    Walahu’lam.

    Maafkan aku jika engkau pedas…
    Dan demi waktu yang bergilir di sampingmu, maafkanlah diriku, sepenuh hatimu..

    ReplyDelete
  25. Akula

    Amboi..amboi…
    Tak baik kita cerita perihal dalam kain kepada orang ramai..kasihan pada yang bujang, kalau kau terer, aku ada email nak kongsi ngan engkau, soalan adik kita ni tak merepek, jadi sila jawab dengan tak merepek jugak…

    --------
    Copy/paste email

    assalamualaikum..sori menganggu...mungkin bro sibuk kot,tapi nak kacau gak..hal penting nih.disebabkan saya lelaki,maka stret to da point,masa bro belum kahwin,camna cara bro tahan diri dari inzalkan diri sendiri..kadang2 susah la nak kawal...hmm..camne ek..ada cara mantap?ada baca pendapat ustaz(dari internet,bukan tanya ustaz)kata boleh 'buat' kalo takut sampai berzina ngan orang lain...sampai tahap mana tu..atau...memang x boleh...sekarang kat oversea(x tau nak bahasa kan diri apa..aku,saya?....diri ni 20 tahun...bro 29 kan..hormat ke pakai aku...?)..mmg ingat kawen lg bagus..tapi(ada tapi tu)baru datang x sampai staun...blaja pun x stabil lgi...JPA pulak kasi kawin bila taun ke3....hmm...berilah daku kekuatan ya Allah

    -------------
    jawapan dari aku:

    waalaikumusallam..

    ada 6 cara untuk elakkan melancap

    1.: jangan ada couple, bila ada couple, kemudahan 'imagine' adalah tinggi, bahaya-dan orang couple bukan lagi buat dosa melancap, tapi biasanya buat pra-zina, bukan!!!, biasanya BERZINA TERUS!!!-naduzubillah., kena sebat 100 sebatan!

    2. Kahwin cepat, bini melancap untuk kita-takpe.

    3. berpuasa-sukar tapi berkesan.

    4, banyakkan beriktikaf!!!! (sangat bagus untukj student, study di masjid, tidur di masjid)

    5. Jangan bersendirian, dosa amat sukar di tahan bila di tempat sunyi..oh!

    6. beribadatlah hingga LETIH....berpeluh...

    pasal dosa menlancap, aku tak tahu, ..

    selamat belajar!!!

    ReplyDelete
  26. ADa hadith yang melarang bertanya sesuatu yang tidak perlu...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum...

    Ubat paling mujarab untuk nak elakkan melancap? Senang je, ko kawin je, InsyaAllah nikmat dia lebih dahsyat dari ko melancap sorang2...

    Aku nak tambah beberapa lagi tips nak elak melancap:

    1) Baca dan kaji Al Quran banyak2 sampai masa terisi dengan baik, baru takdak nak fikir benda2 mcmtu.

    2) Selalu perasan sibuk dengan kerja / ibadah sehingga lupa tentang perkara2 nafsu ni. PERINGATAN: Jangan sampai lepas kawin pun ko buat2 perasan sibuk dah..

    3) Selalu berada dalam keadaan berwuduk. Kalau nampak perempuan2 yg berpakaian seksi seksa, cepat2 pi amik wuduk.

    4) Kalau betul2 nak elak zina, aku rasa takpelah, tapi kadang2 sendiri yang cari "penyakit"... dok pi tengok benda2 tak elok (skrgni banyak sangat!) ataupun dok tengok pompuan2 seksi seksa, then guna alasan nak elak zina...


    Alhamdulillah time aku muda remaja (sekarangni pun muda lagi!) dulu tak penah terfikir nak buat benda2 camni...

    Ustaz aku penah ckp, orang2 yang melancap ni nanti bila dibangkitkan kelak, tangannya akan bengkak disebabkan oleh aktivitinya itu.

    ReplyDelete
  28. Anonymous

    Terima kasih, kalau rajin, boleh taruk dalil dan Nas..

    -----------
    coldstarz_12
    Waalaikumusallam

    Memang Quran dan Sunnah adalah segala-galanya…
    Berpeganglah maka kau tidak akan sesat…

    Post yang akan dating aku nak tulis pasal ni. InsyaAllah-aku tak janji..

    -------------
    akula

    Waalaikumusallam

    Ha ha ha, betul tu, kena PERASAN SIBUK..
    Baru boleh elakkan melancap..

    Ps: jangan “kentut” dalam Neraka…

    ReplyDelete
  29. ``cincai" hahaha hanya di apply kan utk perkara yg sudah berlaku kekeke.

    next time, tak apply dah muhahaha. so, ko kene kreditkan sape2 saje yg ko ceduk idea. nanti karang, tak cukup rawi, akan hilang ke`sohih'an nya :s

    karang mesti ada orang lain kata:
    ``cewah hafizbar nak glemer je lebih"

    aku jawab:
    hehehe kalau takde hamka pon, aku dah glemer -- kekeke aku seorang perasan :s

    aku cakap bende ni, pasal ada kene mengene ngan adab penulisan. PERIOD.

    ReplyDelete
  30. O NANI!!...O NANI!!!
    JANGAN JANGAN JANGAN!!!

    apa2hal..semuanya bermuola dari dajjal 4 segi..muahahaha..
    kapel, tak kapel, imaginasi, cara hidup...semua dari dajjal 4 segi...

    -itulah tipsnye-

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. zikir itu perlu dipimpin atau diijazahkan oleh guru yang ada susur jalur (upline) dari nabi muhammad s.a.w.


    mendalam dan halusi juga pengajian anonymous ni :)

    ReplyDelete
  33. Hahaha... penuh tersirat entri kau yang tersurat ini hamka..

    Aku teringat ceramah seorang ustaz celebriti pasal seorang jemaah yang bertanya, tapi ini bukan Tasawuf tapi bab lain...Air mani kalau cukup 2 kolah boleh tak dibuat berwuduk....? Ust itu menjawap, kau kumpul 2 kolah dulu baru datang bertanya.... . Itulah... bertanya untuk main-main bukan kerana nak berilmu....!

    'cowa bunga' itu haiwan atau buga hamka..? hehehe

    ReplyDelete
  34. hafizbar

    aku tak tiru engkau, kerana otak kanan dan otak kiri adalah umum..
    walaupun kau baru guna istilah “sedekah tangan kanan, otak kananpun tak tahu”
    dan aku rasa best, tapi aku tak tiru engkau, aku teeeeeeeeer dapai ilham untuk tulis kisah raja tu sahaja..(alasan)

    pasal karangan bahasa Malaysia tu pun aku tak tiru, Cuma dapt ilham dan tulis dalam bentuk yang lain..

    yang aku tiru adalah istilah “persatuan masak-memasak” dan istilah istilah “perasan”.ke ke ke..

    Aku tak nafikan bila aku baca blog engkao baru aku tergerak nak tulis blog macam engkau, tapi kini dah hampir setahun…, aku telah menjadi ‘hamka’….tidak hafizbar.

    Namun, aku ucapkan terimakasih kat kau kerana selalu ‘iklhas’ mengajar aku tentang adab menulis, terima kasih..dan menegur aku tentang ‘ugama’…terima kasih..

    Kira cincai ok…

    -----------
    hucs

    Rumah aku ada 2 TV, 2 DVD, satu computer dan 3 calculator… , baru2 ni member sedekah “ASTRO” selama 2 bulan FREE..oh..

    Banyaknya “dajjal”..

    Belum campur h/p canggih yang ada macam2..oh!

    -----
    Sesorang bertanya:

    kenal altantuya?

    ------------
    al-fakir

    aku tak faham…. Boleh terang sikit (serius)

    --------
    blackpurple

    Air mani dua kolah..he he he,
    Suci lagi menyucikan kah?

    Itu belum aku tanya di manakah titik inzal seorang perempuan?, huh

    He he he
    'cowa bunga' !!!

    ReplyDelete
  35. blackpurple,
    yg dimaksudkan mendalam dan halusi tu.. kenyataan anonymous ni bukan sebarangan tapi bersandarkan dari ilmu yang dipelajari.. renungkan kembali apa yg dikatakan anonymous..
    zikir itu perlu dipimpin atau "diijazahkan" oleh guru yang ada "susur jalur" (upline) dari nabi muhammad s.a.w.
    anonymous lebih mengetahui
    Wallahu'alam

    ReplyDelete
  36. hik2... bro hamka. ninja turtles 5 ekor suda... 4 ekor jantan tu. n kalo follow series yg baru nih ade plak 1 betina (sori ak x follow, tp ade la) kalo follow zaman 80's - 90's ye la 4. pastu jd 5.

    neway to jo, ak nk ckp taubat laa b4 jadi sesat. iskk... terkejut gak die bleh tanye soklan cmtu. kalo die non muslim, ak paham, sebab tu mmg 1 ujian besar utk muslimin akhir zaman. ak penah gak pk yg bukan2 zaman kanak2 dlu tapi x laa tahap yg mempertikaikan kuase allah n zat allah (boleh x allah jadi 2? huh?!)

    bagi ak laa (ak jahil, maaf) allah boleh buat ape saje yg dikehendaki. setakat jadi 2 tu, kalo die nak jadi 10 ke hatta 100 pun ak akan ckp "kalo itu yg dikehendaki". tapi tu dah melanggar zat die, 1, tunggal, berdiri dgn sendiri (yg tanye b4 allah ade ape) maybe sbb ak ske pk yg pelik2 maka ak dimatangkan cepat skit kot dr akak ak (maka ak bleh pk dgn tahap kewarasan yg lebey skit n ak pun dh x pertikai zat allah, kuase allah, ak bersyukur) so ak assume jo nih blom lg sampai ke tahap kematangan yg diperlukan. hik2...

    bertanye sebab nk test power tu mmg laa x baik. tp ilmu dunia bleh laa lg diterime (nk tunjuk terer, sukati ko laa) tp ilmu agama, hal2 ghaib nehh xleh dibuat main2. nk test org terer ke x pun jgn ditanye hal2 yg bleh bawak ke syirik (zat allah). kalo nk test hukum hakam tu xpe laa gak (pastikan ilmu sendiri cukup kalo nk tunjuk terer, so same2 blaja ape yg kurang)

    ReplyDelete
  37. oh, sudah ada ninja tuttles perempuan...

    nampaknya soalan tu dah tak releven lagi..oh!

    ReplyDelete
  38. Salam saudara Hamka..
    baru2 ni saya ada menonton video diskusi tentang ugama oleh Dr zakir Naik, fouder IRC.
    seorang hindu ada mengutarakan soalan yang sama, iaitu bolehkah Allah bertukar menjadi manusia, menjadi 2 dan sebagainya.
    jawapan yang diberikan adalah berdasarkan Surah Al-Ikhlas sebagai "touchstone"... Allah Maha berkuasa atas segala2nya, Dia berkuasa untuk menjadi apa saja yg diinginiNya, TETAPI ia adalah bertentangan dengan zat dan sifat Allah itu sendiri. Maka Allah tidak akan berubah bentuk. Kesimpulannya, segala persoalan yang melibatkan zat Allah, bolehlah dijawab dengan menjadikan surah Al-Ikhlas sebagai panduan..

    ReplyDelete
  39. act, soalan yang encik jo tanya tu merupakan soalan yang tidak valid. disebabkan ketidak'valid'an, maka bolehklah dibuat x tahu jeh, sebab x menguntungkan pon jawab.


    penah gak ada makhlok tanya,

    " boleh x Allah cipta laluan yang sangat kecil sehingga Allah sendiri x bley masuk?"

    sy x lempang beliau ah tapi, sbb sy tau soklan x valid, so soal balik, besar mana laluan yang ko nak???

    mujarab jugak lah... so,soalan x valid, usah dilayan... jgn gadaikan iman semata- mata untuk soalan yang x valid.

    [ btol ke pe yg sy tulis nih?]

    ReplyDelete
  40. klakar la entry ni.. haha.. tp bnyak ilmu yg saya dapat.. tima kasih

    ReplyDelete
  41. salam hamka. 80% respon mengenai ninja...cowabunga...ada 5 la,ada 4 la...suatu pendekatan harus diambil untuk megelak yang lalai dari melalaikan...aku kesini mencari "apa itu tassauf" dari perspektif seoarang hamka yang katanya gemar berfalsafaf tentang mati...tajuk entri jgn sampai mengecewakan seseorang kerana isinya...

    ReplyDelete
  42. kecewa?, ya. blog adalah tempat melepaskan kecewa, bukan mengubat kecewa..

    :)

    ReplyDelete
  43. jo sengaja bagi soalan tu supaya saudara hamka dpt mencari jwpn...
    sebelum itu saudara hamka tidak tahu kan apa itu tasawuf tp selepas jo
    bagi soalan saudara hamka dah tahu kan...

    ReplyDelete