(Tazkirah dari dapur sambil minum jus kurma)
Hello semua!!!
Esok lusa dah nak raya, , banyak ke buat kuih raya?
Korang tentu ada banyak buah kurma yang tak habis di makan waktu berbuka bukan?
Ah ha! Aku nak bagi resepi sempena Hari raya yang penuh berkat…
Jus KURMA sebagai hidangan yang unik di pagi aidilfitri menggantikan air sirap..he he he.
Aku dah buat ni dan memang best dengan izin Allah, lagipun ada riwayat dari Aisyah r.a yang mengatakan Nabi minum air ‘hitam’ iaitu air yang di rendam bersama kurma..ok, direct to the point:
Bahan-bahannya:
- 2 kilo Buah kurma yang telah dibuang bijinya.
(try lah tanam bijinya kat belakang rumah korang..insyAllah tumbuh..)
- 3 kotak besar Susu lembu,(UHL) kalau ada susu kambing lagi bagus
- Air zam-zam secukup rasa…(kalu takde boleh juga guna air masak atau lebih baik air mineral)
Cara Nak buat.
Basuh tangan dan asingkan biji kurma dari kurma (kalau tadi tak buang lagi) lalu ambik isi kurma dan blender bersama susu kambing dan masukkan air zam-zam untuk mengurangkan manis dalam minuman kerana kerajaan Malaysia telah sarankan korang rakyat Malaysia yang prihatin untuk kurangkan pengambilan gula yang berlebihan, kurangkan manis dalam minuman dan tambahkan manis dalam senyuman, barulah tak kena kengcing manis-insyAllah…(tak lawak)
Sementra tunggu isteri korang menyiapkan Jus kurma itu (huh! Itupun nak suruh bini jugak ke? pemalas betul!),maka marilah kita dengar sedikit pesanan ringkas dari keretamayat…
Dipersilakan..
-----------
Terima kasih kepada pengerusi, ibu-ibu, persatuan ahli tingkap, persatuan masak memasak, persatuan so call Islamic, dan semua warga dapor yang sedang membuat kuih raya dan sementara mununggu waktu berbuka dengan jus kurma setengah jam lagi dari sekarang, aku nak ambil kesempatan untuk membebel macam mak nenek…
Minggu lepas. Air cond kereta aku dah tak sejuk, aku bawak pergi kedai untuk ‘sejukkan’ kereta aku.., lepas tu pomen kereta tu cakap aku kena tukar compressor sebab dah rosak, aku tanya kenapa?
Maka pomen tu cerita begitu begini bla bla bla dan aku tak bantahpun, sebab aku bukan pandai sangat bab bab automation ni!
Di tempat yang lain aku sedang menasihati kaum kerabat aku supaya mereka kembali dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’,
Mereka tanya kenapa mesti pulang dengan gaya ‘pulang ke pangkal jalan’?
Aku pun terangkan begitu begini, bla bla bla , lalu aku di bantah! di sanggah, di canggah, di perkotak katikkan, di perbudakkan, di perlecehkan, di kudakan dengan rakusnya oleh mereka yang tak pandai ugamapun, (samaler macam aku jugak..oh,) mungkin sebab tu mereka layak berbuat demikian, isk..isk..
Tapi apabila aku di sanggah, aku tak patut rasa ‘pelik’ walaupun si pembantah tu jahil ugama kerana jika kita rujuk ustaz dan kitab akan kisah Nabi- Nabi a.s yang berdakwah pada kaumnya juga telah disanggah, dicanggah, diperkotak katikkan, diperbudakkan, diperlecehkan, di kudakan oleh kaumnya, yang ternyata akan kebodohan dan kebangangan tentang next life!!!, selamba kaum Nabi2 tersebut mempertikaikan akan kerasulan para Nabi..oh!, Dah lah bodoh, masuk neraka pulak tu!!
Persoalannya, kenapa apabila perkara-perkara keduniaan kita tak berani nak sanggah, cth bila korang bercakap dengan doctor, dan doctor cakap korang kena makan ubat sekian-sekian, korang tak bantahpun…, tapi bila ustaz dan ulamak cakap sekian-sekian, Al-quran larang sekian-sekian, hadtih bagitahu sekian-sekian, lalu korang dengan bodoh dan bangangnya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, megcibir-cibir, bla bla bla bla..!
Bila aku cerita satu hadith, korang dengan selamba cakap 'tak pernah dengar'' pun(?)
Hello, korang muhadisthin ke sehingga layak berkata demikian?!, apakah kerana korang jahil maka aku pulak di salahkan dalam penyampaian dengan alasan:
“aku tak pernah dengar pun…”
Itulah antara sebab aku malas nak quote hadith banyak banyak sebab aku jahil “rawi” hadith..oh, aku ingat nak sampaikan walaupun satu ayat.., tapi ..itulah, korang dah bantah, nak buat camne…, isk..isk.., aku rasa baik korang rujuk ustaz sendiri, bergeraklah sedikit, siput babi pun pandai bergerak.., aku akui yang aku ni agak “zalim” sikit dalam bab penyampaian dengan trademark: “rujuk ustaz”.
Tapi jika korang betul betul rujuk ustaz dengan ikhlas, bukan nak cari salah aku, sebaliknya nak belajar baiki diri, maka..insyaAllah, banyak lagi ilmu Allah akan bagi sebelum korang jadi mayat…
Kat surau aku, bila aku bercerita direct tanpa rawi, lalu ada(lah) beberapa orang yang komplen dan suruh aku berhenti bercakap bab ugama dengan alasan:
“aku tak pernah dengar pun…”
Hello, kalau korang dah 13 tahun belajar hadith dari semua kitab dan cakap macam tu kat aku, aku akan respek dan mengaku salah, lalu cari balik ustaz yang aku ambil dari ‘telinga ke tulang” eh salah, dari “mulut ke telinga” untuk menjejak rawi hadith-insyaAllah, kalau ustaz tu masih ada dan boleh di hubungi, tapi jika korang just baca email forward hari-hari dan setakat belajar melalui blog atau internet, and then selamba sound:
“aku tak pernah dengar pun…”
Maka itu adalah salah korang yang jahil, (aku pun jahil gak), tapi takdelah nak suruh orang berhenti berdakwah just point yang dia cerita takde rawi atau korang tak pernah dengar, jangan jadi macam setan yang menghalang benda-benda yang baik, dan aku cukup ingat satu hadith ini lebih kurang maksud (juga tanpa rawi-maaf aku jahil)
Sesiapa yang sengaja create hadith, sediakanlah tempatnya di neraka.., aku faham tentang ni, dan aku tak pernah cipta hadith, aku merujuk kepada pengalaman dalam kuliah atau baca buku, atau ingat ingat lupa dan yang paling banyak aku ambik dari “mulut ke telinga”, maafkan aku kawan kerana atas sebab kejahilan ku dalam ilmu rawi ini, korang rasa tak selesa baca blog ini, maafkan aku…
Sebenarnya blog ini adalah sebuah Nota khas untuk aku, dan keluarga serta mereka yang bergelar sahabat..
Dulu, aku ada satu buku nota, yang aku tulis apa yang best tentang ugama atau idea idea serta ungkapan2 yang best atau hadith, biasa bila aku dengar ceramah atau baca buku, aku terus tulis dalam nota aku, dan aku tak catit rawi dan Nas…(di sini kesilapan bermula)
Satu hari anak pak taib baca dan dia suka lalu copy/paste(fotostat)
Nota itu juga di salin oleh rakan seopis, kawan2 dan ramai jugak..awal tahun ni, aku belajar tulis blog, lalu aku masukkan apa yang ada dalam nota tu dalam blog..maka menjadilah blog "Keretamayat"
Dan kini, aku baru tulis 20 % apa yang ada dalam nota tu(agaknya), so aku akan tulis lagi, sangat banyak ilham dan tamsil-tamsil yang best2 untuk aku tulis, tunggu masa sajer, insyAllah, aku akan tulis, korang doakanlah aku, kerana kadang2 aku MALASSSS sangat lalu perasan sibuk!!!, tapi bila korang nasihat aku berhenti tulis just sebab takde rawi dan takut menyesatkan orang, maka aku jadi macam kureeeeeeeeeng sikit dan terus angin satu badan!
Hello, Aku tak paksa korang baca blog aku, dan aku dah maklumkan bahwa blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz,ulama, sufi, kiai, bilal, imam, mufti, atau ahli fatwa kebangsaan, bagi mereka yang sudi membaca, silalah membaca dengan mendapat bimbingan ustaz dan ustazah yang berhampiran - dan pastikan mendapat bimbingan bukan untuk membenarkan segala pendapat aku, tapi untuk ambil mana2 yang baik sahaja..yang salah silalah betulkan, itupun jika sudi..oh!
Tambahan
Sabda Nabi tanpa rawi (kerana aku jahil) lebih kurang bermaksud:
**Jika orang kristian cerita tentang kitab mereka, janganlah kamu sanggah dan janganlah kamu benarkan, cakaplah: “Apa yang Allah tutunkan kami beriman kepadanya…”**
Huh, itu orang yahudi cerita tentang kitab mereka, Nabi larang kita canggah, tapi bila seorang jahil nasihat korang tanpa ‘rawi’ korang terus menolak, otak ada, akai ada, pergilah cari ilmu Allah yang luas, berjalanlah kamu di atas muka bumi Allah dan perhatikanlah akibatnya bagi mereka yang mendustakan ugama!!!
Tiba-tiba, ada suara menyampuk…
“cik hamka, kenapa jus kurma ni banyak habuk?”
Hek eleh, tapislah dulu sebelum minum, eh makcik tak puasa ke?
“kami ni cik hamka, orang perempuan, ada waktu Allah larang kami dari berpuasa, bla b la bla bla…(rujuk ustaz)”
Nota: makcik tu berhujaah tanpa rawi, ada siapa nak bantah?
Take de bukan, he he he!!!, jadi apa kata
KITA MINUM DULU!!!!!
(jemput jemput minum air jus kurma rakan rakan ahli mesyuarat tingkap sekalian, sila-sila he he he)
Makcik tu kata :
Bijak..bijak…!
Ps: orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mayat, eh silap. Mengingati mati…Maaf hadith ini pun aku tak tahu rawi, oleh sebab ada hadith yang bagitahu(juga tak tahu rawi) sampaikanlah walaupun satu ayat maka aku nak kata satu ayat sejer ieitu: “mayat”.
Selamat Hari Raya Aidilfitri En Hamka...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin, saya ucapkan untuk Hamka sekeluarga.
ReplyDeleteAssalamualaikum wrth,
ReplyDeleteApa2 pun selamat menyambut Aidilfitri, semoga Allah swt mengurniakan kasih sayangNya atas sifatNya itu.
Terasa sedih aku atas apa yang berlaku atas luahan hati en Hamka..memang sungguh memeritkan apatah lagi pedihnya terasa apabila kita meluahkan dengan sepenuh hati atas seseorang tetapi ibarat bagi bunga pada monyet...
apa2 pun perjuangan mesti di teruskan...pedulikan apa orang kata kerana mereka itu tak tau kalau mereka tahu tidaklah meraka berperilaku sebegitu...ohhh
Sesungguhnya semua orang yang Islam itu ada satu saja tempatnya tuju kalaulah mereka tahu mereka tidak akan berperilaku sebegitu kerana mereka tahu hatinya ada satu jua...
aku pun nak kata tanpa perawi kerana aku jua sepertimu Hamka
" kalau syaitan boleh pergi dari hujung dunia ke hujung dunia dengan sekelip mata kenapa manusia tak boleh pula" ...ohhh kalau adalah mustahil pada sesiapa yang membaca ini maka cepat2lah kembali ke pangkal jalan..ohh siapakah yang jahil .... manusiakah atau syaitankah ????
mula sedar akan mati!
ReplyDelete(thanks Hamka)
aku ketakutan yg teramat!sedihnya...uwaaa...
bilakan ku dpt kekuatan... :(
En.Hamka,macam anonymous said,aku pun nak say gak bahawa aku pun sedih gak atas apa yg berlaku nih...x sangka ek...ni yang aku pun angin satu badan nih(rilek2 minum jus kurma dulu)....hmm..biasalah...buat benda baik pun org x puas ati..x tau la apa dia nak...bersabar2lah...Allah bersama orang2 yang sabar(hello,ni takde perawi,ni ayat Al-Quran)
ReplyDeletep/s:sangat berharap orang islam bersatu...jangan la dengki2 brader
-mi-
hangin punya pasal(astaghfirullah..ampunkan aku Ya Allah)lupa pula niat asal..nak wish...salam lebaran untuk semua...semoga berjaya posa 6
ReplyDelete-mi-
"orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"
ReplyDeletekalau tak silap ini kata-kata Al-Ghazali.
Eid Mubarak... Kullu 'amin wa antum bikhair.
mayat:
ReplyDeleteselamat hari raya. selamat jadi mayat.
SELAMAT HARI RAYA KEPADA KORANG SEMUA!!! PEMBACA SETIA DAN TAK SETIA AKAN BLOG KERETAMAYAT INI...
ReplyDeleteMALAM INI JUGA DI KENALI DENGAN MALAM "LAILATUL JAIZAH" IAITU MALAM ANUGERAH DI MANA SEBANYAK 30 JUTA 'SENARAI' AHLI NERAKA DI BEBASKAN..BERUNTNGLAH MERKA YANG TERUSKAN IBADAT MACAM BULAN RAMADAN GAK..ISH..ISH, TAKDE RAWI LAGI, AKU MEMANG JAHIL..ISK..ISK..
SELAMAT HARI RAYA!!
Harap dah minum jus kurma hamka akan ceria semula dan dapat meneruskan penulisan. Takpa tentang yang menyakat tu. Adatlah... Pakcik tetap akan maca (dan rujuk2 juga dgn ustaz jika perlu). Salam Aidilfitri, maaf zahir dan atin.
ReplyDeleteSelamat hari kemenangan, maaf zahir batin... semoga En. Hamka sekeluarga dan semua pembaca blog kereta mayat dan semua umat Islam senantiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.
ReplyDeletemmg sikap manusia,bile dia tkde buat usaha utk tarik org ke jln agama,maka dia akan menyusahkan org yg buat usaha untuk tarik org ke jalan agama.
ReplyDelete(fuh..terbelit sket ayat nih)
truskn usaha bro hamka..
-ahli salafi
selamat hari raya...maaf zahir batin
ReplyDeleteterkadang,
ReplyDeletemereka (termasuk aku)
berkata
hadis itu palsu
hadis itu lemah
lalu
harus bagaimana pak?
Assalamualaikum....
ReplyDeletetumpang lalu yer, bro hamka..
dingin: pendapat hm laa, kalau kita ada satu ilmu tu, sampai2kan laa.. if kdg2 ternmpk hadis yg palsu, or hadis yg lemah yg disampaikan, tegurlah. but dgn cara yg baik, bkn dgn niat nk 'mhentam' org, or bkn dgn cara mcm nk cari gaduh (sorry, hm tak kata yg dingin mcm tuh). lagi elok, kalau tegur 'diam'2, eg: email kn ke.. utk elakkn org yg kita tegur mdpt malu, or kalau la org yg ditegur tu br nk berjinak2 dgn agama, pastu bila wat smtg, terus kene hentam, maybe dia dh tk berminat dah lps tu. tgk la manfaat or mudarat lagi besar.
pasal hadis lemah/palsu ni, mmg susah nk ckp la. tak blh nk terus tunding jari n marah2 org yg sampaikn. semlm pun, masa khutbah raya, imam kt sini sebut satu hadis yg kiteorg baru je tau hadis lemah.. tp xde pulak tiba2 ade org bangun n announce tu hadis lemah.. nnti apa lak kaa org yg baru je convert yg ada kt situ..
tu je.. sama2 kita mnuntut ilmu akhirat.. insyaAllah..
to interested: semoga Allah bg kekuatan.. hari tu baru dpt tahu ada seorg classmate interested utk revert to Islam.. happy smp tak terkata.... alhamdulillah..
ps: kurma dh habis.. 2 kg of kurma?? nk kasi brp org minum nih?? nnti blk msia blh beli kurma byk2 n buat jus kurma =)
thanks HM!
ReplyDeletekekuatan yg sgt diperlukan kini..
salam..
ReplyDeletegarang n berbisa ar en hamka kali ni..ape bole buat,kite bukan bole puaskan ati sume org..
Selamat Hari Raya
Maap Zahir Batin
Jus kurma nih seswai tak makan ngn almond london? hehe
**cik siti
“aku tak pernah dengar pun…”
ReplyDeletebodoh sombong namanye ni.imho kalo btol x nah dgr cari la inisiatif sendiri.wat research ka tanye org ka.pastu leh sama2 mmperbetolkan mana2 yg x sure tu.
tapi care jawab gini sape dok panah.en. hamka khepok je pale org gini hahaha
selamat hari raya dari aku yg anonymous.maap kalu trkasor bahase
Salam 'Eidul Fitr untuk tuan kereta dan kalian tetamu kereta ini,
ReplyDeletemohon maaf pada kalian, mohon ampun pada yang Maha Pengampun atas salah bicara keyboard aku. Sedang lidah lagi tergigit sakit, inikan plak jari yang bersimpul 10. :)
Semoga apa pengajaran pada bulan Ramadhan kita dapat sama-sama belajar untuk memperbaiki diri masing-masing.
InsyaAllah kalian semua orang berbudi baik belaka. Kalau ditanya orang dipenjara, mereka pun tak nak berbuat jahat, semua nak berbuat baik.
Mari la kita sesama membimbing sesama kita. Paling berat adalah untuk membimbing diri sendiri. Sebab tu Nabi SAW membina akhlak diri agar sahabat2 mudah mengikutinya.
Ada satu kisah ingin aku kongsi dikala sedang orang bergembira di hari raya, sedangkan aku di opis bekerja... huhuhu...
Ceritanya begini,
Di suatu masa yang lampau. Terdapat seorang ibu bersama anak lelakinya yang amat disayanginya. Mereka tinggal dipinggiran lembah. Mereka hidup sederhana tapi ibu itu sangat mentaati Allah dan RasulNya.
Anak lelakinya telah diberi pelajaran agama dan dunia dengan gigihnya. Tika anak itu sakit, ibunya ubatkan. Tika anaknya sedih, ibunya gembirakan. Segalanya ibu itu berkorban demi anak lelakinya. Anaknya itu sangat taat dan sayang pada ibunya. Anak itu rajin belajar dan bekerja.
Apabila anak itu dewasa, ibu sangat bersyukur kerana Allah telah berikan kesenangan kepada anaknya. Anaknya menjadi orang berada tetapi sayangnya tetap utuh pada ibunya.
Maka anak itu pun berkahwin dengan seorang wanita yang jelita. Mereka pun tinggal bersama ibu yang sudah tua itu dalam keadaan sederhana. Lama-kelamaan isteri lelaki itu tidak suka tinggal bersama dengan mak mertuanya kerana rasa tak selesa dan rasa terkongkong. Isteri itu cemburu kepasa suaminya yang sangat sayang pada ibunya.
Anak lelaki itu sangat sayang ibunya, maka berbincang la dengan ibunya. Ibunya yang baik itu benarkan untuk mereka tinggal berasingan tapi ibu itu berkehendak anaknya selalu jenguknya di rumah. Demi kebahagiaan anak lelakinya, ibu itu sanggup tinggal berjauhan.
Maka mereka pun tinggal di rumah yang mewah. Namun anak lelaki itu tetap selalu menjenguk ibunya selalu. Isterinya masih tak puas hati. Isterinya cemburu. Anak lelki itu lama-kelamaan makin jarang menjenguk ibunya atas desakan isterinya.
Sampai satu tahap isteri beliau mahu kasih sayangnya itu sepenuh pada isterinya. Lelaki itu telah keliru kerana dia sayang pada ibunya pada masa yang sama dia juga menyayangi isterinya. Isterinya bertekad akan meninggalkan beliau kalau beliau tidak melakukan apa yang dihajati isterinya.
Dari menjenguk sebulan sekali ibunya, akhirnya menjadi 5-6 bulan sekali menjenguk ibunya. Ibunya tetap bersyukur anaknya tetap menjenguknya walaupun dalam tempoh masa yang lama. Itu pun isterinya masih tidak puas hati. Maka suatu hari, isterinya bertindak diluar jangkaan iaitu mahu beliau membawa kepala ibunya tanda cinta dan sayangnya beliau pada isterinya.
Lelaki itu kusut dan tertekan kerana dia menyayangi keduanya. Beliau keliru. Lalu beliau mengambil keputusan untuk berbincang dan menceritakan hal yang sebenar pada ibunya. Ibu sedikit pun tidak terkejut dan merelakan anaknya memenggal kepalanya demi kebahagian anaknya. Anak lelaki itu pun dengan berat hati memenggal kepala ibunya untuk dipersembahkan pada isterinya.
Dalam perjalanan dengan menaiki kuda menyulusuri hutan dan padang pasir. Tetiba kuda itu terjatuh dan lelaki itu turut terhumban ke tanah. Kepala ibu itu pun terkeluar dari karung yang ada pada badan kuda. Dengan izin Allah, ibunya dapat bercakap dan menanyakan bahawa anaknya itu ada cedera atau sakit ketika terhumban dari kuda. Betapa sayangnya ibu itu pada anaknya. Anaknya itu menangis tidak henti-henti menyesal atas perbuatannya. Namun tiada jalan untuk mengundur. Lelaki itu pun terus menuju untuk berjumpa isterinya dengan sejuta penyesalan.
Tamat sudah cerita yang sedikit panjang ini.
Bayangkan kalian, begitu tingginya kasih sayang seorang ibu pada anaknya, namun tahukah kalian kasih sayang Allah pada hambaNya adalah lebih 60 kali ganda dari kasih sayang ibu itu pada anaknya.
Sayangilah Allah wahai aku dan kalian. Doakan semoga kita sama-sama dapat menyayangi Allah.
*Sayangi jua kereya mayat kerna tanpa kereta mayat, maka susah-letih lah org ramai nak hantar mayat aku dan kalian nanti ke kubur, kesian... Penggali kubur sayang pada cangkul tumpul, walaupun tumpul masih dpt berkhidmat pada mayat.
kekeke ``persatuan masak-memasak"
ReplyDeleteNi bukan lawak, tapi mmg aku betul2 curious ni - masa Aisyah r.a. buat jus kurma (ikut resepi yg kau ajar ni), dia blender guna apa? Tumbuk je ke? Seklai lagi, ni bukan lawak, aku mmg betul2 nak tau.
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeletesalam eidulfitri pd hamka n semua pembaca n pengomen..termasuk aku..hahah..
mohon maaf atas segala salah & silap..
anyway nak ucap terima kasih pd blog ni..blog yg sungguh terkesan dihati..semoga lebih ramai org yg mcm Hamka..
walopon kekadang ade gak beberapa coretan yg x brape aku setuju..
coz, 'our level of knowledge' & 'level of understanding' adalah berbeza..
tp secara overall, lebih byk coretan yg menyebabkan aku insaf..mekasih..
lastly, jgn hangin 1 badan dong..may Allah bless us..
smileeeeeeeeeeeee..................
**Jika orang kristian cerita tentang kitab mereka, janganlah kamu sanggah dan janganlah kamu benarkan, cakaplah: “Apa yang Allah tutunkan kami beriman kepadanya…”**
ReplyDeleteMaksud kau turunkan kan.. ?
Jus kurma kalau campur tongkat ali , dua kali ganda khasiatnya agaknya ekk...hehehe
zabs
ReplyDeletepakcik, maaf batin eloklah di pinta pada isteri kerana ada harinya yang kita malas lalu inzal tanpa mengizalkan isteri...oh!
---------------
Farah Azmi
Selamat hari kemenangan, selamat naik keretamayat..kupohon juga korang semua senantiasa di bawah lindungan rahmat-Nya.
-----------
ahli salafi
inmsyAllah, terima kasih ats sokongan padu, he he he..biar makan ikan bilis, jangan jadi iblis.!
--------------
seifu
selamat hari raya enam!
--------------
dingin
hadis palsu wajib di jauhi
hadis lemah masih boleh di guna pakai tetapi tertakluk pada terma dan syarat
serius!
---------
hm
tak payah balik malaysia nak minum kurma, kau singgah sajer kat mekah, minum jus kurma berlarutkan air zam-zam sambil buat umrah, pergh, susu qibas lagi tu! he he hew!
-----------
interested
jangan berhenti selagi belum jumpa kebenaran, selamat mencari gaya 'pulang ke pangkal jalan'...dont judge the car by the cover! even keretamayat!
---------
cik siti
jus kurma ni jika di cicah dengan srawberi..huh, pergh...tak terkata tahi lalat di bawah bibir..!
--------------------
@ku TeT@p @ku D@n sEl@m@ny@ @ku
alhamdulillah dan tahniah jika engkau dpt mengekalkan keinsafan sampai jadi mayat!
ps: berikan aku waktu untuk meng-email..insyaAllah.
--------------
Anonymous
he he he,
mari belajar bahasa terengganu
khepok bermaksud mengetuk kepala dengan pukulan ala-ala kepala ular senduk..
khepok juga bermaksud keropok...
keropok pula adalah isi ikan yang ..arghh, selamat hari raya !!
---------------
Penggali Kubur
kau bekerja di opis pada hari raya?
oh, aku lupa, penggali kubur bekerja 24 jam on call, terutamanya musim perayaan..
alhamdulillah..
---------------
hafizbar
kekekke, hanya jauhari mengenal manikam!
maaf, terguna istilah tanpa mintak izin, rasa best pulak bila joint ``persatuan masak-memasak"
----------
Najwa Aiman
menurut riwayat, siti aisyah tak blender, tapi just rendam sehingga kurma itu larut sendiri..walau'alam.
ps; bazar ramadhan dah lepas, kau nak meniaga ke? he he he
------
syawwal
waalaikumuslam
((('our level of knowledge' & 'level of understanding' adalah berbeza.. )))
itulah aku cakap, korang bercakap bahasa muda, aku bercakap bahasa tua, bahasa muda nafsu gelora, bahasa tua nasihat di dada..chewaaaaahhhh, masuk, jangan tak masuk..he heh!
smileeeeeeeeeeeee...
-------------
blackpurple
ya! Maksud aku "turunkan"..terima kasih black..
Jus kurma kalau campur tongkat ali , dengan izin Allah tak payah lagi mintak maaf batin kat isteri he he, mintak maaf zahir sajer..
pembaca dan pengomen sekalian (utk lelaki sahaja)
ReplyDeleteJANGAN SEKALI2 INZAL TANPA ISTERI INZAL. ITU KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN. ITU BUKAN ISLAM.
kalau dah terlanjur..seperti saranan hamka, mintak maaf batin banyak2 kat isteri..hehe
intersted,
i REALY REALY REALY HOPE YOU HAVE SOMEONE TO TURN TO BESIDES THESE PEOPLE IN THIS BLOG.
Jangan DIY. ISLAM tak boleh DIY.
Carik guru/alim/knowledgables (kalau belum ada , kalau dah ada, bagus)
Kami akan sentiasa mendoakan kau agar diberi kekuatan...(SBEELUM JADI MAYAT)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteoh ye lupa nak komen pasal entry ni..komen pasal pengomen pulak tadi...
ReplyDeletehamka bersabarlah..jgn "hangin hahu hahan"
itu semua ujian picisan je....
tak syok la takde ujian...nanti mengantuk dan lalai serta leka - macam jalan kat hiway..
kami akan terus menyokong kau (di alam cyber ini lah...tak kan nak bawak sepanduk gi umoh mung!)
aku pun kadang2 menghadapi dilemma yang sama dalam usaha cuba menyampaikan sepotong ayat ini...
kepada yang masih belum puas hati...suka hati lah, jangan makan hati atau amik hati.
tambahkan perawi hadith utk mana2 hadith yang ada dalam ni yang hamka tak dapat nak quote. betulkan mana2 yang salah..
SAMA2 bersatu ingat mengingatkan...
ada usaha agama kat blog macam ni pun tak nak cuba 'support'..
kang aku 'suppark' kang....oops..bukan, aku suruh hafizbar lah..dia ganah skek....
-bukan ahli salafi-
dua komen kat atas aku delete sbb tersalah....heheh..ampun maaf zahir, batin dan cyber.
Tapi kes aku, isteri aku kena mintak maaf batin kat aku banyak-banyak..oh!
ReplyDeleteps: pembaca baru jangan salah sangka, isteri aku masih dalam pantang...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteAku ingin re-quote apa yang ustaz aku cakap kat aku masa aku blaja hadith dulu:
Kalau sesiapa sahaja nak quote apa2 yang di"claim" sebagai HADITH, maka mesti cukup sifatnya. Antaranya adalah mesti ada sanadnya, mesti ada rawinya.
Ini untuk mengelakkan sesiapa sahaja bebas bercakap dan kemukakan hujah lalu diclaim sebagai hadith sedangkan ia bukanlah hadith.
Sahabat zaman dulu (Imam Bukhari misalnya) kalau nak kumpul hadith, mereka tak ambil direct apa yang diberi. mereka solat hajat dahulu, lihat dahulu samada orang itu thiqah atau tidak. Kita sekarang, apa sahaja yang dengar kita terus forward dan sebarkan bahawa itu adalah Hadith tanpa usul periksa. Alasannya: "Alah, kawan aku yang alim gile tu bagi" atau "Tok Guru aku bagi" atau "Aku dengar dari mulut dia tu haa"....
Aku cuba sampai satu perkara yang aku tahu. Bukan nak menghalang usaha murni ko Hamka, just nak bagitahu yang kalau kita nak quote something yang kita claim sebagai Hadith, biarlah ada bukti bahawa ia adala betul2 hadith "kuat". Dibimbangi kita tergolong dalam golongan yang bersubahat menyebarkan hadith palsu / lemah.
Satu lagi, aku rasa tak boleh kata "aku dah bagi hadith, korang carilah sendiri siapa rawinya". Setiap hujahan yang kita buat, maka kita bertanggungjawab ke atasnya. Bila kita berhujah mengatakan sesuatu itu sebagai hadith, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan bukti2 dan fakta2 tepat...
Apa pun aku tetap salute usaha gigih ko nak bagi kesedaran kepada semua dengan cara tersendiri. Cuma apa salahnya kita sama2 berlapang dada menerima teguran dan nasihat. Anggaplah ia sebagai pematang dan pemaju, bukan penjatuh dan pengganggu...
Wallahu a'lam
engkaula (akula),
ReplyDeletemanis sungguh gaya bahasamu
tabik spring dari aku...
sejuk hati membaca teguran dan peringatan dari mu..
terima kasih walaupun ko tujukan kat hamka... :)
mari kita sama2 berlapang dada dan bukan berpandang dada.
he he he
ReplyDeleteMarah ke?
Betulah apa yang kau dan ustaz kau cakap tu,
TAPI….
(ada tapi tu)
Ustaz kau cakap :
Kalau sesiapa sahaja nak quote apa2 yang di"claim" sebagai HADITH, maka mesti cukup sifatnya. Antaranya adalah mesti ada sanadnya, mesti ada rawinya.
Aku nak Tanya pulak, mana sanad dan rawi apa yang ustaz kau cakap.
Satu lagi, macamana pulak orang yang di suruh sampaikan walau satu ayat?
Satu ayat? Nak taruk dalilpun perlu 15 ayat..
Adakah makcik yang tak posa di atas berdosa bila bagitau dia tak boleh puasa tanpa dalil dan Nas..
Tentu kau cakap:
Itu hadith biasa, semua org tahu,
Eh siapa yang buat hadith ni biasa, hahith ni tak biasa?
Tak lain tak bukan kejahilan sendirilah yang buat hadith tu biasa dan tak biasa..
TAPI….
(ada tapi tu)
Betulah apa yang kau dan ustaz kau cakap tu,
dan, aku mengaku bersalah. Dan tolong sape2pun jangan ikut jejak aku, ikutlah jejak ‘rasul’…
ps: sebenarnya nak tulis panjang hujah bab ni, tapi sebab takde dalil dan Nas, maka sampai sini dulu..oh!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBro Hamka, aku mintak maaf kalau ko terasa atau marah. Aku cuma nak bagitau apa yang ustaz aku cakap...
Cuma pendapat aku la ni (yang jahil), kalau seorang makcik bagitahu kat orang yang dia tak boleh puasa sebab datang bulan, maka dia tak perlu bagi sanad atau rawi sebab apa yang dia bagitahu tu bukannya dia declare sebagai Hadith.
Maksud ustaz aku, kalau sapa2 yang nak sampaikan sesuatu yang didakwanya HADITH, maka dia mesti sebutkan sekali Sanadnya (kalau tak boleh bahasa arab, maka terjemahannya dalam bahasa Melayu) dan mesti dikuatkan dengan siapa pula rawi nya. Siapa yang sampaikan, siapa yang amik dari Rasulullah...
HADITH adalah kata2 Rasulullah. Maka bila kita dakwa sesuatu ungkapan atau kata2 itu sebagai HADITH, maka kita kena buktikannya. Sama jugak macam kalau quote Al-Quran. Mesti ada surah mana, ayat mana.
Berkenaan yang hadith "sampaikanlah olehku walaupun satu ayat" itu, yang penting bukannya "Satu Ayat". Maksud Rasulullah di situ adalah apa sahaja yang didengari dari Baginda, haruslah disampaikan. Hatta kalau satu ayat pun baginda sebut, mesti disampaikan.
Tapi persoalannya, dalam keadaan Rasulullah dah lama wafat dan kata2 baginda hanya disampaikan dari mulut ke mulut, maka perlulah kita berhati2 nak quote apa2 yang didakwa sebagai HADITH. Pastikan betul2 dulu. Sebab skrg terlalu ramai yang menambah2 dan mengurang2 apa yang Rasulullah sebut. Sebab itulah ulama'2 menganjurkan kita siasat betul2 dulu sebelum gunakan ia untuk berhujah.
Dan kalau kita berhujah pun maka kita kena sebutkan dari siapa yang kita dengar (perawi, bukannya dari Pak Mat Kedai Kopi) supaya yang mendengar boleh menilai kekuatan hadith yang didakwa.
Kita hidup dalam masyarakat yang banyak mengubah perkara2 Agama mengikut hawa nafsu jadi kenalah lebih berhati2....
Harap ko mengerti. Aku bukan nak sound ko. Tapi aku nak sampaikan "satu ayat" berkenaan ilmu hadith yang aku dengar dari ustaz aku. Kalau salah dia maka salahlah aku jadi maafkanlah aku....
Keep up the good work
korang korang..
ReplyDeletekeep up korang nye good work..
-aku yang tetap nak mencelah-
kau BETUL, aku salah..
ReplyDeletemaafkan aku,
aku akui kesalahanku..
ps: kau sebenarnya telah memeriahkan blog ini, Keep up the good work !!
Assalamualaikum
ReplyDeleteBro, sekali lagi aku nak katakan, aku bukan cari silap sapa2. Bukan nak malukan sapa2. Malu aku depan Allah kalau aku berniat nak malukan sapa2 sedangkan Allah tahu banyak dosa dan kelemahan aku, Allah hijabkan dari pandangan orang lain...
Aku nak bagitau kat semua. Bukan kat ko sorang (jangan perasan ye...hehe). Tu pun apa yang ustaz aku cakap. Bukan aku yang cakap.
Aku tetap respek gaya dan iltizam ko menulis dan cuba menyadarkan orang ramai tentang kepentingan Amal Fardhi. Ko memang Da Bomb!
wa'alaikumusallam...
ReplyDeleteterima kasih sayang.
i love u!!!
Keep up the good work !!
(cantik tertarik menarik....)
Hamka,
ReplyDeleteBini aku dah merajuk ko panggil aku sayang...
Terpaksalah aku menginzalkan diri sendiri dan juga isteri tercinta semalam untuk merawat rajuknya.....
he he he..
ReplyDeleteLove me!
love ME!!!
hadith xde perawi mmg laa laju je org sanggah. tapi kalo bende baik watpe nak pertikaikan x kire laa mane pun sumbernye. selagi bende tu baik, xyah laa nk persoalkan. kalo bende yg x baik ditegur laju je nk sanggah "dalil mane yg ckp cmtu?", bende baik disuruh pun "dalil mane?"... ape laa nak jadi... (peringatan utk diri sndr yg jahil lg hina nehh...)
ReplyDeletep/s - kalo hadith yg berkaitan dgn isu sensitif ke amalan pelik2 ke yg bleh rosakkan akhlak ke ape ke, sile dptkn nasihat org yg bertauliah, sbb skg ade hadith2 palsu (serta yg diragui) yg kononnye amal. semoga kite sume x sesat. amin
aku setuju!!!
ReplyDeletehe he he
Assalamualaikum suma..
ReplyDeleteTimaseh atas usaha En.Hamka buat blog ni, usaha dakwah alam cyber yg baik :) Alhamdulillah..member sy yg rekomen. Tepuk utk suma!
Walaupun topik "perawi hadith" ni dah lama ada (sy tgk dari raya posa 2006), nak jugak sy tambah skit dari apa yg sy tau.."Hadith" ni bahasa Arab, maknanya dlm bahasa Melayu ialah "Perkataan". Dan perkataan yg plg baik ialah Al-Quran :) surah mana, ayat mana, korang blh cari punya, skang ada teknologi Al-Quran digital, CONFIRM dapat cari..jeng jeng jeng..bagi korang suspen..
Ok, point utama sy ialah, klu ada apa2 selisih pendapat, rujukla Al-Quran blk. Kita pun tau, ada ayat muhkamat & mutasyabihat, so sape2 yg tak sure (temasukla aku yg tetiba tulis ni) blh la tanya yg sure..Zaman skarang kitab terjemahan dah ada,tak jadi masalah nak iqra/membaca kan?hee.. Buat En.Hamka & korang yg slalu hadapi cacian/makian/bantahan keras dan yg sewaktu dgn nya dari org2 bodoh sombong, renungkanlah Al-Imran, ayat 20. Semoga kita suma istiqamah. Wassalam :)
P/S: penah dgr hadith ni? "Kutinggalkan 2 pusaka(perkara), selama kamu berpegang kpd kedua-duanya, tidaklah kamu tersesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasul(Sunnah Muhammad)". Agak2 klu aku tak bgtau perawi dia, korang stil rasa valid tak hadith ni?jeng jeng lagi..
Terima kasih kerena memahami...
ReplyDeletelast komen tahun 2006... huhu..
ReplyDeleteni nak tambah komen jugak...
kurma sejenis buah-buahan kan?
bukan ke buah tak boleh di makan bersama susu?
~maaf kalau salah, sekadar bertanya~
yang ni aku tak tahu, cer citer, cer citer
ReplyDelete