Sep 11, 2006

Siapa insan Bertaqwa?

(Apa itu TAQWA part 2)

Aku dapati sejak kebelakangan ini (chewah..) ramai strangers / first time visitors datang site ni dan lately ada banyak hits yg referred from email.. ‘lawak tulang’...adakah site aku dah menjadi bahan forward mengforward? siapakah mamat dan minah2 fwd tersebut ?...

Kemudian aku search :"petua tercekik tulang… "

Hhmmm, sudah masuk forum dan di copy/paste pada blog masing2 dan hangat di perdebatkan! Ada pulak yg edit dan mengaku mak dia yg tercekik tulang…perlukah aku riak? Ajub dan takkabur..dan aku ada jumpa blog sebijik macam blog aku!!!

Takpe..takpe, nampaknya aku dah jadi malaysia idol ha ha ha!!! (saya seorang yang perasan)

Sebenarnya blog aku takde la ramai masuk pon...tak sampai seribu per day, tak ramai berbanding blog2 org lain...blog ustaz/ustazah.. dan aku mintak maaf pada mereka mereka yg ajak aku joint frenster dan yg seangkatan dengannya.. maaf, aku menolak lamaran korang… aku tak masuk mana2 group/geng/circle/etc so takde la network of ‘friends’
. .maafkan aku.

Baiklah sekarang , sempena bulan syaaban yang berkat ini, aku mengumumkan bahwa, tarikh berpuasa adalah jatuh …, ops, terbuat lawak mayat pulak(tak lawak), aku mengumumkan bahawa:

AKU INGIN MINTAK MAAF KEPADA MEREKA MEREKA YANG AJAK AKU JOINT SECARA MAYA AKAN PERKARA SEPERTI FRENSTE /MULTYPLY /CIRCLE FREIND /GROUP FORWARD/ REGISTER FORUM/ FREND FOREVER/ PAS ON LINE?UMNO ONLINE /UKHWAH FILLAH/ LESTARY KASTURY? ETC ETC ,AKU MENOLAK SECARA BAIK...

MAAFKAN AKU.

Ini adalah kerana aku tak mahu apabila idea atau pendapat aku yang salah, maka aku seolah olah mewakili kominiti tu, macam apabila satu orang islam buat salah, lalu orang kapir yang bodoh bangang menyalahkan ugama islam, menjadikan islam sebagai punca sasaran.. kasihan mereka kat orang kapir..

Maka akupun bergerak secara solo, (banyak sikit royalty aku dapat he he he), lagipun jika aku di kondem dan ada antara korang nak back-up aku, maka korang dari semua komuniti termasuk kolej komuniti boleh back-up aku tanpa segan dan silu dan tanpa was was!

.... atau korang juga bebas nak komen, nasihat, kutuk, laknat ,caci, maki, hina dan tegur kerana aku dalah insan terluka, terhina, terdina , aku hanya insan kamil..eh silap aku hanyalah insan biasa… darah yang merah, tahu hidung yang masin , ketiak yang masam dan air kencing berasid amino! Insan biasa..!!!

Aku juga tidak letak link dengan mana mana blogger supaya pembaca baru tidak segan untuk datang kerana aku nampak macam seorang individu,(kononnya) bukan wakil satu kempulan atau pertubuhan atau parti, dan aku masih pergi kepada blog kawan kawan2 melalui free counter, go stat.com, aku tahu korang yang ada blog ikhlas bertandang kerana walaupun korang link dengan aku, dan aku tak link dengan sape-sapepun, korang still datang menegur dan mengasihi aku... dengan ikhlas

Terima kasih buat sahabat!

sementara aku masih tak jadi mayat.

Dan terima kasih kepada mereka yg link dengan keretamayat…hakikatnya kita semua link dengan kubur..

Satu lagi terima kasih kepada pembaca-pembaca tetap yg banyak meberi teguran pada aku..

Dan tak lupa kepada pembaca senyap….

Ok, satu lagi..(berapa banyak 'satu lagi' daa!)

Maafkan aku kepada korang yang dah update kali ke x, tapi aku masih tak post entry baru…(perasan glamer)
Alasan seperti biasa, sibuk..,(perasan sibuk), isteri aku yang nak bersalin sebenarnya tapi aku pulak yang macam nak bersalin..oh!

Walaubagaimanapun, bebaru ni, aku mendapat pertanyaan yang buat aku terkejut dan terfikir..., pertanyaan dari salah seorang pembaca iaitu:

"Bila nak buat 'apa itu takwa' part 2 ?
Tak baik simpan ilmu.. nanti jadi mayat, Allah tanya, camne?"

Oh.. aku terlupa janji manisku dulu..maafkan aku kawan, maafkan aku wahai makhluk tuhan…

Aku terlupa iaitu pada Tuesday, March 28, 2006.. aku ada tulis pasal Taqwa.. dan post itu tergantung begitu sahaja, kerana aku berbaik sanggka, bahawa korang dah jumpa ustaz/ustazah…, tapi aku tahu korang juga perasan sibuk yang mana tak sempat nak jumpa ustaz/ustazah..oh…berburuk sanggka pulak aku ni..huh!

Sekarang, dari diri ini yang bukan ustaz, menyambung lagi isu tertunda pada waktu yang lain tapi di tempat yang sama…

ikutilah “apa itu Taqwa part 2”….

IMBAS KEMBALI!!!

Copy/paste dari kotak komen lagi…

“Assalamu'alaikum...
Aku nih pembaca blog keretamayat. So rasa nya ngko nih rajin dengar ceramah agaknya... anyway, tahniah sebab buat blog yg bermakna dan berguna untuk orang ramai. at least tak lah blog yg cakap " hari nih saya makan nasik minyak...sedap giler...skang mata dah mengantuk..so nak tido..."
aku ada soalan..Apakah makna dan takrif sebenar taqwa?, aku keliru dan masih samar2 dengan maksud sebenar taqwa, kenapa Allah menyebut wahai orag yg beriman, dan kadang-kadang, wahai org yg bertaqwa..

kenapa? Why? Tell me why?”

Aku kata:

Waalaikumusallam…
Aku bukannya pandai sangat, Cuma dlm keghairahan menulis bab2 ugama..aku bukan nak mengajar kat blog aku... aku nak belajar... belajar tulis perkara2 yg berkaitan dengan ugama..aku ghairah bercakap, menulis bab2 ugama sekarang nih...jadi korang semua yg baca blog aku adalah guru aku..
dan guru wajib tegur murid jika ada salah sana sini...
ajarlah aku.. tegurlah aku...
agar aku tak menangis di akhirat nanti...

berkenaan Taqwa...
jawapan akan aku berikan dlm bentuk soalan jugak,
dua soalan yg mana jika korang dapat jawab soalan nih maka korang akn tahu dan faham.: Apa itu Taqwa..insyaAllah…

Soalan pertama:
...JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK SHURGA KECUALI DIA ,
ORG ITU PASTI ADALAH _____________?(tak termasuk org kapir!)

Soalan kedua:…
DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,
MAKA ORG ITU SUDAH PASTI TENTULAH__________________?

Jadi siapa kah nama org di atas?,
kalau korang dah boleh jawab nampaknya korang dah paham apa itu taqwa.(insyaAllah)

Untuk mendapat jawapan tersebut, korang boleh rujuk ustaz2 yg berhampiran tempat anda

(aku nak kata,: pergilah masjid belajar ugama, kat blog tak cukup, aku pun sekali! he he he)

ps:(oklah aku nak gi makan nasik minyak nih, sedap giler…lepas ni aku nak tido, *bla bla bla besok baru aku update blog ha ha ha ha ah)

gitarletrik said...
jawapan:
1.orang yang melanggar perintah Allah

2.orang yang beriman kepada Allah

berapa markah?

ps: nampak macam senang, tapi..

Hamka said:
jawapan engkau tak tepat dengan maksud taqwa..he he jadi takde markah..salah kat dunia boleh bertaubat, salah kat akhirat, bukan tak de markah tapi masuk neraka (isk!)

ps:nampak macam senang, tapi..kena rujuk ustaz…:)

( tariff letrik dah turun ke? Kau tukar gitar Karen pulak..(?)

ustazah rock said
... Aaa haa,..
dah tahu jawapannya

TAKUT DAN HARAP
Ape pendapat En. Hamka.?

Hamka said...
macam betul, dah betul kot…tapi masih tak beberapa tepat..sikit lagi..sikiiit lagi…

ZulGTZ said...
Dari segi bahasa ertinya takut dan berserah diri.

Isi taqwa ada 4 sifat:
1.Tawadduk

2.Qonaah ( cukup dgn apa yg ada)

3.Warak

4.Yakin

Wallau’alam

Hamka said...
ZulGTZ .. Oic…panjang huraian tu..

linanilza said...
musykil.. musykil..adekah sya org yg kurang taqwa??
sbb tak berapa paham.. complicated.. harus ade sambungan "Apa itu TAQWA 2"

p/s : mulai saat ini, sy gunakan password utk memberi komen, bimbang dikatakan isteri bro Hamka.. muahahahhaha.. wa single lagi lorr!!

Hamka said
musykil.. musykil..?"Apa itu TAQWA 2?"

lihatlah pada sambutan peminat nanti, dan hasil kutipan jika berjaya memacah box office, maka saya akan buat lagi lagi apa itu taqwa3 , 4 , 5…(macam kahwin gak..hihihi)

ps: kahwinlah cepat2 cik adik oi…(amin) cari suami yg bertaqwa..

Anonymous said...
ORANG PAS CAKAP ORANG UMNO MASUK NERAKA,
ORANG UMNO CAKAP, ORANG PAS MASUK NERAKA.
SIAPAKAH SEBENARNYA MASUK NERAKA?

PARTI MANAKAH YANG LEBIH BERTAQWA?
MAAF, SAYA TAK LETAK NAMA...TAKUT ISA...

Hamka said...
Tidak bernama…

Antara mereka yg confirm masuk neraka adalah syaitan, firaun, Namrud, Abdullah bin Ubai, Abu lahab, Abu Jahal, batu dll..

Org PAS dan Umno..aku tak tahu..Hanya Allah yg tahu dan biarlah Allah yg buat keputusan….
Sesungguhnya: AKU TAK TAHU!
Tentang parti mana yg lebih bertaqwa, aku cadangkan kat engkau jawab dulu soalan di atas, faham betul2 tentang taqwa, barulah boleh letak hokum!

Ps: parti yg letak nama TAQWA…(kot..) he he he

linanilza said...
ingat satu petikan.. "Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan" bleh komen??

Hamka said:
"Cinta sesama insan suburkan dgn ketaqwaan"
Macamana aku nak terangkan?
Ringkasnya macam nilah lebih kurang Nabi bersabda: Org yg PALING mulia di sisi Allah adalah org yang paling bertaqwa..ada perkataan PALING, that’s mean there are have a range of “taqwa”…huh, speaking..! so, just think istilah untuk org yg PALING mulia…

Wallau’alam…(ada yg timbul, ada yg tengelam)

ontahsapo said...
siapakah yg benar2 bertaqwa?
dimana nak dapatkan taqwa yg sebenar?
apa itu taqwa yg sebenar?

masih mencari...

Hamka said
Masih mencari jawapan?Atau menunggu jawapan?
Aku bagi klu sikit: jawapan kat atas hanya boleh di jawab oleh orang yg benar2 bertaqwa..(macam fatwa..selamba aku jer..boleh tolak sebab aku bukan ustaz..isk..)

Satu lagi: jawapan kat atas adalah berbentuk individu, bukan parti atau mana2 badan pertubuhan, kaum atau bangsa..ianya :individu..!

Ps: tak bermakna kau tak bertaqwa “ontahsapo”, aku pun tak tahu aku ni kat mana…kekadang aku rasa aku munafik…isk…Ya Allah, tolonglah aku!

Truth_Seeker said...
nih tergantung nih hamka... aku buat andaian sendri nanti nih...buleh sesat nih... lebih baik next posting ko kasi jawapan dan penerangan (macam biasa) ;-)
(nampak macam malas jumpa ustaz ke aku nih ? hahaha)

hamka said
Ha ha ha, baru 7 jam, ada banyak masa lagi..pergilah cari ustaz, ulama atau ahli fatwa kebangsaan….Korang semua memang best!

TarakNama said...
aduhhhh...nak terang pon susah nie....
tapi aku ada dengaq ceramah ustaz sharil long dia ada habaq apa itu taqwa...
tapi aku nie melayu mudah lupa jadi aku lupa laa tapi aku inagat tapi aku takut nak habaq sebab takut sesat laa pulak jadi hangpa tunggu sat aku balik dengaq balik ceramah dia dan jika aku teringat balik nak habaq kat sini aku mai habaq tapi jika hangpa nak dengaq betoi2 hangpa pie cari laa ustaz sendiri dan tanya dia paa itu taqwa...jangan buat jadi toukua sudah laaaa...........

Hamka said
Best..best… ustaz sharil long dah habaq apa itu taqwa?...cepatlah ‘ingat’, nanti kongsi sesama..
Aku tunggu kau taraknama..aku tunggu kau he he he

kakashi_sensei said...
AsSalam'alykm..
ape yg ak tautaqwa=takut kepada Allah
senang ek?
kalo takut n percaye kat Allah,sme bende jahat x kan kite buat hawa nafsu kite akan tunduk pada ape yg Nabi da perintahkn..
Nabi penah psan kat para shbt;btaqwalah kpd Allah..iringkn pbuatan jahat dgn pbuatan baik,moga2 pbuatan baek akan 'padampbuatan jahat..
kalo korang ade buat jahat lg,maknanye belum cukup 'pecaye'n 'takut' pada Allah ler tu..

p/s:ak nk ulas pnjg lagi tapi sbb nk final tpakse ak 'padam'kn hsrat ak tu..huhu~

Hamka said
Waalaikumusallamsebenarnya, aku amat berharap kau dapat jawab soalan di atas…aku rasa kau boleh..tapi sebab kau ada exam…kau score dulu..aku tunggu kau…

hasrulmuin said...
Assalamualaikum..
Apa itu Taqwa?Jawab dlm hati je laa... tepuk dada tanya iman
...mmm apa itu Iman?
Sila tunjuk ajar...

linanilza said...
aku tau..aku tau..aku tolong bro hamka jawab..

"apa itu iman?" = iman adalah mutiara, ia tak dapat dijual beli, ia tiada ditepian pantai..(raihan ckp)

hamka said
Waalaikumusallam

apa itu iman?
Tanpanya anda akan merana, menderita, menangis selama-lamanya…Itulah iman…

hitomi said...
apa itu taqwa???apa itu iman???sumonya ada dalam diri masing2...terpulang tuk kita menghurainya...betul ka tu ah??hehehehe...ntah la...

hamka said...
Selamba aku cakap:

TAK BETUL…Iman dan Taqwa bukan ‘dah’ ada dlm hati…Kena usha untuk ‘adakan’ dlm hati..Sebab iman boleh tercabut, rosak, di curi syaitan , hilang dan lain2..

Dan iman juga takde di tepi pantai, di warisi..iman perlu di USAHAKAN..
Usahakan iman sehingga sampai tahap taqwa…wallahua’lam

Ps: Kalau salah tolong jolokkan..hitomi..:)

taraknama said...
mmmm.memang best laa hang hamka...buat org suspen aja....nak mula tang mana haa...aku ada dengaq tape sharil long tuu 2,3 kali tapi nak jelas kat hangpa susah laa tak tau nak mula tangmana....mmm....hanpa pie tanya ustaz laa senag cerita
....taqwa....orang yg tunduk dah patuh arahan ALLAH swt...mmm betoi kaa hamka?

Hamka said...
Tadaknama, betullah apa yg kau kata tu..tapi..(huh, ada tapi lagi tu..)
Takpe nanti aku tulis jawapan dia panjang lebar…dengan bahasa yg mudah di fahami..insyaAllah…-----------

Akhie said
:)
nice topic..
TAQWA
Sebelum hamka bicara hal ini dlm bahasa yg mudah, ana cuma ambil petikan dari Al-Quran terjemahan:

Allah kata: "Alif, Laam, Miim; Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." [Al-Baqarah 1-3]

Perkataan TAWQA: iaitu memelihara diri dari siksaan Allah dengan mengikuti segala perintahNya, dan menjauhi segala laranganNya, dan tidak cukup diertikan dgn takut sahaja.

Perkataan IMAN: iaitu kepercayaan yg teguh yg disertai dgn ketundukan dan penyerahan jiwa. Tanda iman ialah mengerjakan apa yg dikehendaki oleh iman itu.

Dlm hadith: Iman itu bukan pada angan-angan(khayalan), bukan pada pakaian(zahir yg ditunjukan), tetapi iman itu suatu pegangan hati dan dibuktikan oleh amalan(perbuatan)..

Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!

Akhir peringatan, jom tengok apa Allah kata ttg TAQWA:
" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam"[Ali-Imran 3:102]

wallahu'alam
+ akhie +

Hamka said...

nice Comment (((Kata org alim: TAQWA itu umpama seseorang yg berjalan di atas duri.. hamka, sila tunjuk ajar dlm makna kata-kata ini.. maceh!)))

insyaAllah..

----------------------

JAWAPAN DARI SEORANG YANG BUKAN USTAZ…
(di jawab setelah 6 bulan masa beredar…oh..)

Taqwa adalah gabungan antara TAKUT dan HARAP…bermakna, jika di jawab soalan di atas..

Soalan pertama: JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK SHURGA KECUALI DIA ,ORG ITU PASTI ADALAH… AKU!!!!

Soalan kedua:…DAN JIKA SEMUA ORANG DALAM MALAYSIA NI MASUK NERAKA KECUALI DIA,MAKA ORG ITU SUDAH PASTI TENTULAH…AKU!!!!

Ulasan: Bermakna, jika korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk shurga, seorang sahaja masuk neraka..itu adalah AKU!!!!, bermakna ketakutan korang dan aku terhadap Allah adalah tinggi sekali!!!

Maka jika begini, korang dan aku telah mencapai tahap TAQWA!!!! (insyaAllah)

Dan..Sekiranya juga apabila korang dan aku rasakan betul betul dalam hati jika semua orang masuk Neraka, seorang sahaja masuk shurga..itu adalah AKU!!!!, bermakna harapan korang dan aku pada Allah adalah tinggi sekali dan inilah TAQWA!!!! (insyaAllah)

Nah, sekarang, mampukah kita jawab solan itu dengan jawapan “AKU”?!!!!!

(sila jawab dengan ikhlas…)

Untuk makluman, aku tak reka atau pandai pandai create statement ini, Saidina Umar R.A yang keluarkan kenyataan ini.. aku copy/paste sahaja…

Yang pasti saidina Umar al khatab RA telah mencapai tahap taqwa yang sebenarnya iaitu ketakutan dan harapan kepda Allah berada pada tahap TEPU…

Beliau yang memberitahu iaitu jika semua orang dalam dunia ini masuk shurga, dan seorang sahaja yang masuk neraka, akulah orangnya, kerana banyakkanya dosa ku…

Dan sekiranya semua orang dalam dunia ini masuk neraka, dan seorang sahaja yang masuk shurga, akulah orangnya, kerana aku berharap pada Allah!!!!

Tapi aku, yang hina dan dina ini, kadang kadang takut Allah, kadang kadang Harap Allah, dan banyak kali lupa Allah..!!!!!oh..

Aku belum bertaqwa lagi…isk..isk..isk…
Muhammad Hamka belum mencapai darjat taqwa lagi, ..isk..isk…

Satu cerita:
Satu hari seorang anak kepada sahabat nabi SAW di colek penjahat…, Nabi meemrintahkan agar si ayah kepada si anak yang di colek ini, supaya bertaqwa, bersabar, dan bertawakkal…

Di pendekkan cerita, si anak dpt lari dan bawa pulang beratus ratus kambing… Bila di tanya pada sahabat ini, apa yang di buat?
Dia berkata aku bertaqwa,bersabar dan bertawakkal..

Apa itu taqwa? Jawab sahabat ini lebih kurang maksud.. mengekang diri dari melakukan dosa, hatta dosa yang paling kecil pun…

Jadi korang semua dan aku sendiri, bila berlaku musibbah, apa kita buat?
Bersabar..boleh.

Bertawakkal..juga boleh..

Tapi bertaqwa? Boleh?

Bolehkan kita menahan diri dari dari berbuat dosa, terutamanya ketika bersunyi diri? Bolehkah? Tepuk dada Tanya iman….isk..isk…

Aku pernah rujuk seorang ustaz, tentang apa itu TAQWA…

Katanya: Taqwa adalah takut pada Allah, jika di rujuk pada ayat al-quran, hampir setiap perintah Allah, di sertai dengan perkataan Taqwa, bermakna jika kamu telah buat amalan yang paling hebat sekali dalam ugama, tapi kamu masih takut kepada Allah..

Takut Allah tolak amalan kamu kerana dosa dosa kamu yg lalu….

Aku menyampuk: oh, patutlah lepas solatpun kita kena istighfar ye ustaz, takut Allah tak terima kerana banyak salah sini sana dan takut dengan dosa dosa yang lepas..isk..isk..

Ustaz tu kata: bagus kamu ni..

OH! Aku di puji, dan korang selalu puji aku, setiap entry aku di puji, bini aku cakap aku suami mithali, mak aku cakap aku anak yang soleh, bekas awek cakap aku makin hensem, bos aku cakap aku pekerja contoh, dan korang cakap aku pandai berdakwah melalui blog… maka aku yang nak belajar taqwa ini harus/mesti/wajib tanamkan dalam diri perasan takut pada Allah kerana di puji makhluk!!!!!

“YA ALLAH JANGANLAH AZAB AKU KERANA RAMAINYA ORANG YANG PUJI AKU, KERANA HAKIKATNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI BAHAWA BATAPA BANYAKKNYA DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN, AMPUNKANLAH AKU, KERANA HANYA ENGKAU YANG DAPAT MENGAMPUNKAN AKU,
SEKIRANYA ENGKAU MENGAZAB AKU, AKU HANYALAH HAMBAMU, DAN HAMBAMU INI MENGETAHUI BAHAWA ENGKAU DALAH MAHA BIJKASANA, MAKA AMPUNKANLAH AKU, !!!!

(hujan pun turun untuk menambahkan suasana kesedihan hati ini..oh)

Akhir kata:…
Orang yg bertaqwa adalah org yg lupa pada amalnya…
(rasa macam tak buat apa apapun, semuanya dengan izin Allah)

Orang yg bertaqwa adalah org yg tak pernah lupa pada dosanya… (terus takut bila terkenang dosanya walaupun yang dah lama…)

Dan para Nabi alahisalam adalah contoh sebaik baik taqwa kerana walaupun tiada dosa, masih takut kepada Allah!!!!!

--------------
Taqwa juga boleh di tafsirkan dengan lebih panjang lebar lagi, :
Dari 4 hufur yang membentuknya, :
iaitu TA, QAF, WAU, YA…

TA untuk Tawadduk
(merendah diri)

QAF untuk Qonaah
( cukup dgn apa yg ada)

WAU untuk Warak
(mengekang diri dari berbuat dosa)

YA untukYakin
(Tidak mengsyirikkan Allah)

Jadi sampai sini sahaja, aku pun tak pandai sangat… boleh rujuk ustaz lagi untuk detail explaination, so, korang dah ada KEINGINAN, kena buat PENGORBANAN, barulah HIDAYAT akan datang..insyaAllah!!!!

Mengakhiri post ini…terimalah sebuah lagu yg aku ciplak dari Raihan dan edit sana sini..ha ha ha!

c/o
Hidayat tak dapat diwarisi…
Dari seorang blogger yang ber-‘taqwa’

(ha ha ha, hope be and must be!!)
Ia tak dapat di ‘copy-paste’
Ia tiada dalam internet…


Walau apapun caranya jua
Engkau meng-up date blog hari2
Engkau meng-up date berjuta kali
Namun tak dapat jua dimiliki Jika tidak ada KEINGINAN…
Jika tidak ada PENGORBANAN…

(suara latar: walaupun korang takde keinginan dan pengorbanan untuk jadi mayat..korang tetap menjadi mayat-harap maklum!)

Ps: biasa wanita cakap nak cari suami yg beriman, tapi aku tak dengar lagilah wanita yg cakap nak cari suami yg bertaqwa, kenapa ekk?…oh! akhir kata, jadilah mayat orang yang bertaqwa!!!!

43 comments:

  1. Aku mohon minta2x dptla cari bini yang solehah! hehehehe.... amin....100x

    ReplyDelete
  2. Hamka,
    Kenyataan awal pasal orang mengkopi paste (termasuk greng)... biarkan..
    Sbb InsyaAllah, ia akan membesarkan subset penyampaian ke tempat yang lebih jauh.
    Network Distribution Zone namanya atau menambah points of sales.
    Kan dah tambah peminat.. hawhawhaw...

    ReplyDelete
  3. hr ni nak jadi pembaca senyap...tp tulis jugak komen..hehe

    ReplyDelete
  4. IKLAN :

    KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN,

    WAR-WARKANLAH BLOG INI KEPADA MEREKA-MEREKA DI SEKELILING ANDA KERANA INSYAALLAH DIA TAK AKAN MENGURANGKAN GANJARAN MANFAAT WALAU SEDIKITPUN DAN SEMOGA IA DAPAT MEMBAWA CAHAYA DALAM HATI KITA DAN MEREKA.

    INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  5. Aku rasa sayu sgt bila baca topic kali nie...

    ReplyDelete
  6. nak cari suami bertaqwa la... =D hehehe

    ReplyDelete
  7. tp aku kene la jd org bertaqwa utk mendapat suami bertaqwa kan... hmm chaiyok2!!

    ReplyDelete
  8. Sunan_Jati

    Amin.... amin....100x

    ------
    greng

    aku tak kisah org kopy/paste..tak kisah!!!!

    Malahan aku dah jadi making glamer..

    Undi aku and love me!!!!

    -----------
    zwitterion

    aku seorang yang senyap/pendiam…kata mertua aku..

    --------
    amethyst

    aku bukan lelaki yang bertaqwa, doakan aku agar jadi org yang bertaqwa…!!!
    amin!!

    ReplyDelete
  9. Phergh!!! I love u lah... (bukan cinta, kasih jer.. hehehe )
    XXX - pangkah untuk undi Hamka.

    Well, setelah ku renung memang bersepah kopipaste topik tercekik tulang Hamka tu merata di alam maya tapi yang tiru sebijik tu tak jumpa pulaks...

    ReplyDelete
  10. greng,

    nati aku email engkau..he he

    ----------
    sue

    love me! love me!

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ya Muhammad Hamka. Terima kasih lagi kerana berjaya menulis sambil berdakwah secara mendalam kepada kami semua dan juga tidak membosankan, berhikmah, BONUS tu.

    Aku hanya nak ucapkan semoga kau terus Istiqamah menulis, dan aku terus Istiqamah membaca.

    ReplyDelete
  12. salam 'alyk ya brader hamka

    wess..aku wat iklan sket sal blog ko kat frenster..muehehe..arap2 dpt gak dimanfaatkan oleh member2ku esp yg de kat jepang nih..ko ta kesahkan hamka?..pasni sure ko makin ninki(fofuler) ah..keskes
    keep a gud work~..aja2 fightin'!!
    (^.^)
    --->fazakkir! fainnazzikra tanfa'ul mukminin

    ReplyDelete
  13. fakhrul wazali

    maka aku tumpang doa air mata engkau dan kesedihan engkau…
    akhirat nanti jika di takdirkan (naduzubillah) aku ni masuk neraka lantaran dosa dosaku, maka kau doa lah kpd allah, Ya Allah ..hamka pernah jadi asbab hidayat untuk ku..semoga aku selamat!!!

    semua dari Allah..
    semoga Allah terus guna kita jadi asbab hidayat..

    ps: conter untuk Negara?
    Aku rasa go.stat pun ada, macam inike?

    http://monster.gostats.com/countries.xml?id=12738
    Last reset: 2006-05-16 10:51:08

    This visitor stat logs what country your website it being accessed from. You can always log into www.gostats.com and see where your page is being veiwed from, and it will help you to reach your target audience.

    keretamayat.blogspot.com
    Country Count
    Malaysia 14490 (65.73%)

    Japan 1251 (5.67%)

    Australia 1029 (4.67%)

    United Kingdom 987 (4.48%)

    United States 931 (4.22%)

    Singapore 895 (4.06%)

    New Zealand 680 (3.08%)

    Egypt 350 (1.59%)

    Germany 273 (1.24%)

    Ireland 200 (0.91%)

    Albania 142 (0.64%)

    India 141 (0.64%)

    Jordan 135 (0.61%)

    Indonesia 103 (0.47%)

    Netherlands 97 (0.44%)

    Brunei Darussalam 63 (0.29%)

    United Arab Emirates 48 (0.22%)

    Korea, Republic of 44 (0.20%)

    Thailand 17 (0.08%)

    Bangladesh 15 (0.07%)

    Hong Kong 15 (0.07%)

    Mexico 15 (0.07%)

    Denmark 12 (0.05%)

    Brazil 11 (0.05%)

    Saudi Arabia 8 (0.04%)

    Canada 7 (0.03%)

    Morocco 7 (0.03%)

    China 6 (0.03%)

    France 6 (0.03%)

    Qatar 6 (0.03%)

    Iran, Islamic Republic of 5 (0.02%)

    Turkey 5 (0.02%)

    South Africa 4 (0.02%)

    Argentina 3 (0.01%)

    Estonia 3 (0.01%)

    Kuwait 3 (0.01%)

    Pakistan 3 (0.01%)

    Sweden 3 (0.01%)

    Taiwan, Province of China 3 (0.01%)

    Italy 2 (0.01%)

    Lithuania 2 (0.01%)

    Norway 2 (0.01%)

    Oman 2 (0.01%)

    Spain 2 (0.01%)

    Syrian Arab Republic 2 (0.01%)

    Tanzania, United Republic of 2 (0.01%)

    Ukraine 2 (0.01%)

    Venezuela 2 (0.01%)

    Yemen 2 (0.01%)

    Belgium 1 (0.00%)

    Chile 1 (0.00%)

    Czech Republic 1 (0.00%)

    Finland 1 (0.00%)

    Greenland 1 (0.00%)

    Poland 1 (0.00%)

    Portugal 1 (0.00%)

    Sri Lanka 1 (0.00%)

    Sudan 1 (0.00%)

    ReplyDelete
  14. amanitium

    Waalaikumusallam..

    Amin..ya rabbil, alamin…

    Terima aksih wahi pembaca tetap…

    ---------
    Anonymous
    (^.^)
    He he he, bagusler…
    Aku suka pepatah jepun nih..

    “mereka mengakui kewujudan aku”
    (naroto dari kampong kanoha)

    Terima kasih kat org jepun yang mengakui kewujudan aku…
    Patutlah sekarang ranking jepun no 2, selepas Malaysia, sebelum ni Australia, UK, dan US..berebut tempat ke dua…
    Tahniah!!!

    Bercita cita jadi “great teacher Hamka(onizuka)” GTH

    ReplyDelete
  15. hamka,
    email yang aku cc kat ngko tu sbb nak bagitau/mintak laluan utk iklankan blog ngko.
    ko stoojoo ke, tak stoojoo ke, aku dah anto dah...cuma nak kasik tau je aku dah buat IKLAN (takde komisyen ke? bukankah royalti mu itu tinggi kerana bergerak secara solo)

    p/s - sumpah aku tak pernah mintak nak cari suami beriman or bertqawa...
    (cuba melawak)

    ReplyDelete
  16. hamka:
    aku ade jugak. jumpa blog yang copy paste entri aku. bulat-bulat. aku simpan kenangan itu dalam lubang hidung aku. bagi mengembang kan diameter beliau.

    hamka:
    waaa. kau dah popular sekarang. tapi jangan lupa. nanti bila kau jadi mayat. kau sorang-sorang juga. dan hari ni tak semesti nya secerah semalam.

    sekian saja tazkirah aku. dengan ini aku melantik kau menjadi guru aku juga. kerna aku dah menulis untuk kau. haha. tegur aku jika ada salah dan silap.

    ReplyDelete
  17. sedapnya kata2 lagu raihan versi bro hamka...boleh saya amik main ngan gitar? hehehehe....

    ReplyDelete
  18. "Aku bagi klu sikit: jawapan kat atas hanya boleh di jawab oleh orang yg benar2 bertaqwa..(macam fatwa..selamba aku jer..boleh tolak sebab aku bukan ustaz..isk..)"

    aku copy kata2 ko hamka...haha nampaknya fatwa ko terpaksa ditolak sbb sebelum aku baca jwpn sebenar aku dah fikir dlm hati yg jwpnnya "AKU"...aku cuma 'menembak' hahaha...mustahil aku ni benar2 bertaqwa... huhu...tp aku berdoa pd Allah agar menjadikan aku,encik hamka dan sume pembaca tergolong dlm golongan org2 bertaqwa...ameen... tp doa saje tanpa usaha takde guna gak...dok gitu?
    .................................

    klmh taqwa diambal dr "wiqayah" iaitu memelihara...
    memelihara hubungan yg baik dgn Allah...
    memelihara perintahNya...
    memelihara laranganNya...

    pernah ditanyakan org kpd shbt Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah r.a. apa erti taqwa? beliau berkata:"pernakah kamu bertemu jalan yg banyak duri dan bagaimana tindaknmu waktu itu?" Org itu menjawab:"Apabila aku melihat duri aku mengelak ke tmpt yg tidak ada durinya atau aku langkahi atau aku mundur." Abu Hurairah menjawab:"itulah taqwa"
    (Riwayat dari Ibnu Abid Dunya)

    bak kata Prof. Dr Hamka (penulis tafsir al-azhar, bkn encik hamka penulis blog keretamayat ye) taqwa jgn selalu diertikan takut kerana takut itu hanya sebhgn kecil dr taqwa.dlm taqwa terkandung rasa cinta,kasih,harap,tawakkal,cemas,ridha,sabar dsb...bahkan dlm taqwa terdpt juga berani!

    ReplyDelete
  19. hucs

    SEBENARNYA, AKU TULIS PASAL EMAIL FORWARD ATAU COPY/PASTE, BUKAN AKU MARAH.. AKU DAPT JUGAK SAHAM JIKA BENDA BAIK..
    AKU CUMA NAK INFO ATAU SAMPAIKAN BERITA…
    just berita!!!
    AKU TAK MARAH, MALAH AKU GALAKKAN LAGI..
    TERIMA KASIH,
    KORANG DAH JADI PENGAJA..K!
    NANTI BILA AKU JADI MAYAT, AKU HARAP KORANG LAGI LAGILAH DPT FORWARD APA YANG BAIK DARI AKU..
    SEMOGA ALLAH SELAMATKAN AKU DAN KORANG DARI API NERAKA..
    AMIN!!!!

    Ps: terima kasih Mr. hucs…

    ---------
    BooK

    Aku harap bila aku jadi mayat kelak, aku lagi glamer dengan kebaikkan, teruskan doa aku sampai korang jadi mayat…

    Kalu nak buat tahlil untuk aku, pun bagus gak! He he he

    Ps: aku jadi guru engkau? Aku tak layak..jadi member seperguruan boleh kot.. he he

    -------
    13may

    Boleh, aku pun rindu nak main gitar, tapi aku tak pandai tune tali..boleh ajar tak?

    -------
    nurul huda

    aku popular?
    Takde hadiah ke?
    Takpe, doa, galakkan, cerita baik terutanya ketika aku jadi mayat kelak, adalah hadiah untuk aku,,,alhamdulillah..

    Ps; boleh juga baca yassin untuk aku yg masih hidup dan tujukan yassin tu untuk roh aku supaya dapt hidup di sisi Allah!!!

    --------
    seifu

    maksud aku, walaupun dah tahu jawannya adalah ‘aku’..
    tapi benarkah dlm hati itu ‘aku?’

    benarkah jawannya adalah ‘aku!?”

    dan terima ksih atas perkongsian anda dari arwah hamka tu, teryanta aku memang jahil bab2 ugama

    terima ksih sifu…

    ReplyDelete
  20. aik hamka?
    aku pun tak kata ko marah ler..
    mcm ada silap paham..biasa lah khilaf bloggers..hehe

    pakai CAPS lock nampak...macam ada unsur marah alam cyber la plaks..

    hucs: tak marah kat semut sebab makan makanan yang tertumpah..dah makanan dia..cam ner nak marah..lain la kalau dia ketip kaki aku...

    ReplyDelete
  21. aku tak marah..huruf besar untuk, KORANG SEMUA..

    ps tu untuk engkau, he he he

    ps: ha, ps inilah untuk engkau, 'terima aksih'...

    he he he

    ReplyDelete
  22. blog sebijik mcm blog ko tu kat ne? aku tingin gak nk buat lintasan hormat sambil jenguk2... pls.... pls....

    ReplyDelete
  23. YA AKH:

    Lamer nor aku tak menyelerakkan blog ente ni nah amik ko hadiah dari ana...

    like Adam in paradise,
    with the things marked with nice,
    where deeds still blanket the unknown vice,
    where pleasures comes with no price,
    where no worries one would come to realise,

    man would live in the truest of lies.

    like Adam under the forbideen tree,
    when the snake snoop with a sinister glee,
    in moments when bliss is just about to flee,
    with trials which a bosom would ask as fees,
    when light is seen like what the blind sees,

    man would lay on a bed of bees.

    ReplyDelete
  24. fakhrul wazali

    wah.. siap ada dialog lagi, biar betul..

    --------
    Najwa Aiman

    Aku bagitahu melalui email sahajalah, aku bersangka baik…,
    Err emaillah aku kat gmail, sebab aku tak save lagi email korang kat gmail…oh!

    -------
    demonsinme

    ya, sahabat, dah lama kau tak jengok keretamayat ni..
    engkau adalah antara pengkomen terawal datang ke blog aku…
    ada lagi antara yang terawal datang sini dan sudah menghilang, mungkin dah jadi mayat kot…
    antaranya: engkau, borntobedae, hasrulmuin, budak shams, dll…

    terima kasih sahabat…

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum...

    Aku;Pembaca Senyap... yg selama ini memerhatikan bait-bait perkataan yg engkau tulis wahai Hamka..

    Dan setakat ini aku menyetujui apa yg engkau perkatakan... dengan gaya engkau yg bersahaja (namun bermasej) ni... aku suke (tak bley puji lelebey nanti kau riak! ;p)

    Sebenarnye, waktu aku baca ttg soalan Engau mengenai TAQWA tu... aku terpikir dah jawapan kedua2 nye adalah 'AKU'. Tapi walaupun itu jawapan aku tapi aku tak yakin langsung aku mampu jadi seperti 'AKU' tu..hehehe (berdoa le Allah sentiasa guide aku kearah kebaikan dan menjauhi kejahatan...)

    Apapun. aku sendiri pun jumpe blog engkau ni dari org lain yg me'rekemen' kan blog ni utk dibaca wat santapan jiwa... Dan memang aku suka dengan kesedapan dan kelazatan tulisan engkau masakkan ni... terima kasih.

    ReplyDelete
  26. p/s :Aku yg senyap ni nak tambah lagi...

    Maksud 'aku tak yakin langsung' tu sebab aku rasa tak sampai ke tahap tu lagi... (paling baik/paling jahat)
    Mungkin aku ditengah2 kot (tak mungkin terlalau baik, tapi tak sejahat mana kot)..hmm takut apa yg aku tulis ni akan dipertikaikan plak... ini pendapat peribadi aku la... ekk!

    ReplyDelete
  27. aku dia

    doa aku mekanik..., doa aku!!!

    -------
    enasher

    hmm, alhamdulillah, sekarang pembaca senyap dah muncul, bagus! bagus! wahai pembaca pembaca senyap sekalian, datanglah dan perkenalkan diri.. hamka nak tahu siapa kamu?

    terima ksih pembaca senyap!!!

    ps: nikmatilah aku seadanya...

    ReplyDelete
  28. salamz..
    salah sorang lagi pembaca senyap muncul..

    sebenarnye bnyk perasan gak copypaste nie..kat forum..kat koleksi lawak..waduh²
    kt friendster pon ade yg siap bg lagi...
    smbil dpt renungah dpt lawak jugak..

    acely aku penah dgr lagu hijjaz...AKU HANYA UMAR..
    dan itu sbb lah aku pon dpt gak jwb kedua²soklan yg di aju...hehe

    ReplyDelete
  29. he he he, tau takpe...

    terima kasih wahai pembaca senyap...

    datnglah lagi:)

    sekarang, aku sedang tulis post baru...sebelum tengah malam aku post, insyaallah..

    ReplyDelete
  30. salam...
    best lah en hamka punye post ni..k,daa..

    ReplyDelete
  31. jadilah kamu orang yang baik.
    orang baik ade 3 sifatnye(dengar mase ceramah kat surau,ada banyak lg tp ni je ustaz tu ckp)
    bila ada disukai,bila tiada dirindui dan bila mati ditangisi
    p/s:baru nak mengomen,sebelum ni pembaca senyap je..huhu

    ReplyDelete
  32. he he he, tahu takpe!
    terima kasih....

    (HAMKA)

    ReplyDelete
  33. Hamka...
    Bersyukurlah kepada Allah kerana telah berikan kepada kau satu keistimewaan yang dapat memberikan kami ruang untuk kami berfikir tentang diri kita sendiri. Kami tidak dapat nak comment apa yang kau terangkan tu betul atau salah... sebabnya kita masih lagi lemah...
    Apa yang kita harapkan adalah perlindungan dari Allah.

    "YA ALLAH AKU CUKUP TAKUT SEKIRANYA KAU TIDAK MAHU LAGI MEMBERI PERLINDUNGAN DAN MEMBERI PETUNJUK KEPADA KU LAGI."


    ps : Aku dapat jawab dua soalan tu... ianya tak semena mena keluar dari mulutku ini tanpa perasaan yang cukup tulus dan ikhlas dari dalam hati ini...
    ITU PUN ATAS KEHENDAKNYA YANG MAHA BERKUASA...

    ReplyDelete
  34. Aku insan biasa..

    korang bagaikan bunga sahara..
    Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
    Oh.. panas dan kering
    Tiada apa nak ku bangga

    Kau pastikan layu disampingku
    Oh...Sakura..

    Hanya Allah layak di puji..
    Bersama Allah Gurun Sahara
    Akan menjadi hutan rimba

    ps: pinjam lagu mega..

    ReplyDelete
  35. encik hamka yg bijaksana,

    penat lah meng'refresh', tunggu2 entry baru. refresh punya refresh, kecewa giler biler xder. encik hamka add-on lah satu newsletter punyer option kat blog ni, so tiap kali ada update, hantar newsletter kat sesape yg mengkehendaki seperti aku ni..
    please...huhuhu...

    -aku yg lemah tanpa ilmu2 baru-

    ReplyDelete
  36. kau bagi email kat aku, nanti aku cakap bila nak post he eh he

    terima kasih...

    aku sedang karang satu post baru..silah refresh

    ReplyDelete
  37. Aku ingat jawapannye ORANG MALAYSIA!!! huhu... cam lambat jek respon.. al Maklum.. baru terjumpa blog bro.. tergelak dalam keinsafan ana membaca blog bro..Alhamdulillah, hiburan terarah..erm kecuali part yang pasal alam rumahtangga.. takkan nak cerita.. malu para isteri

    ReplyDelete
  38. ya, mungkin masuk tahun baru, aku akan mulai tua dalam pertimbangan

    :)

    ReplyDelete
  39. see nice new site -

    [url=http://trailfire.com/lewismorrison] phentermine hcl [/url]

    http://trailfire.com/lewismorrison
    [url=http://trailfire.com/lewismorrison] phentermine on line without prescription [/url]

    ReplyDelete
  40. take a look at our interesting site -

    [url=http://www.young-dro.com/profiles/blogs/buy-cheap-tramadol-tramadol-1] order tramadol online [/url]

    http://www.young-dro.com/profiles/blogs/buy-cheap-tramadol-tramadol-1
    [url=http://www.young-dro.com/profiles/blogs/buy-cheap-tramadol-tramadol-1] tramadol 100 mg no prescription [/url]

    ReplyDelete
  41. look nice interesting site -

    [url=http://trailfire.com/adipex] adipex 37 5 [/url]

    http://trailfire.com/adipex
    [url=http://trailfire.com/adipex] adipex without perscription [/url]

    ReplyDelete