Sep 23, 2006

Apa maksud PUASA ?

( Di tulis oleh bukan ustaz- masih banyak ruang yang boleh di pertikai..oh!)

Di satu hari, di akhir bulan sya’ban, Nabi Muhammad SAW telah bersabda tentang bulan ramadhan kepada para sahabat baginda.., Nabi mempunyai sahabat seramai 124 ribu orang lebih kurang,,,

Maka aku yang baru nak belajar ‘jejak rasul’ juga ingin bercerita tentang puasa pada sahabat sahabatku yang sudi baca blog aku di akhir sya’ban ini…,
Aku mempunyai sahabat secara maya lebih kurang 200++ per day...(takde ler ramai..isk..)

Namun, Aku rasa tak perlu aku tulis detail tentang puasa kat sini.., korang semua dah tahu, cuma aku nak dedikasikan pesanan / tazkirah, dan ‘membebel macam mak nenek’ ini kepada seorang mualaf yang baru masuk islam 4 hari yang lepas… maka biarlah aku yang bukan ustaz .., sampaikan kat korang para mua’laf tentang PUASA secara ringkas dan pendek, jika korang nak detail, boleh rukuk ustaz dan kitab…insyaAllah…

Jadi kepada Mu’alaf yang baru masuk islam beberapa hari yang lepas, atau yang belum pernah berpuasa lagi, atau baru masuk islam tahun ni.., atau sape sapelah, yang bakal mualaf pun boleh baca…! insyaAllah!!

Sebelum itu perlu aku bagitahu akan teknik untuk belajar ugama..

Dalam apa-apa ilmu ugama yang korang nak belajar, korang mestilah belajar dan faham betul betul tiga perkara ini, iaitu:

- MAKSUD

- KELEBIHAN

- BAGAIMANA NAK DAPAT

Kalu korang rujuk post aku pasal solat dulu-dulu, aku ada tulis tentang ketiga tiga perkara ini..iaitu:
- MAKSUD SOLAT- (rujuk post, “apa maksud solat”?)

- KELEBIHAN SOLAT (rujuk ustaz dan kitab)

- BAGAIMANA NAK DAPAT (Rujus post “Kenapa solat tak khusuk?”)

Jadi tentang puasa, marilah kita belajar lebih kurang dari aku yang bukan ustaz ini, insyaAllah…
Jadi wahai mualaf sekalian, kita pecah-kecilkan bab pengertian puasa ini kepada tiga bahagian..

iaitu
- APA MAKSUD PUASA?

- APA KELEBIHAN PUASA?

- BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

----------------------

BAB SATU:
APA MAKSUD PUASA?

Korang tahu apa maksud puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menahan lapar dan dahaga…

Aku kata:
Tak puasapun boleh menahan lapar dan dahaga…, org sakit, org kerja kuat pun lapar dan dahaga gak…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah tidak makan dan minum dari subuh hingglah maghrib..

Aku kata:
Itu bukan maksud, itu cara nak berpuasa, aku tanya maksud puasa…

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah mencari keredaan Allah..

Aku kata:
Memanglah mencari keredaan Allah, solat pun begitu jugak termasuklah ibadat lain, semuanya cari keredaan Allah..aku tanya maksud puasa ini, untuk apa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah menghayati mangsa kebuluran dan kemiskinan

Aku kata:
Ada betul jugak jika kau cakap macam tu, tapi orang miskin pun kena puasa gak, dan orang miskin masih boleh bersetubuh dengan isteri, tapi puasa langsung tak boleh, apa maksud sebenarnya puasa?

Mualaf kata:
Maksud puasa adalah memberi rehat kepada perut setelah penat setahun bekerja…, badan jadi sihat bla bla bla etc etc

Aku kata:
Oh, ye ke? Ibadat lain pun untuk kesihatan jugak…tak payahlah nak cerita pasal kesihatan.., ini bukan halaman klinik..

Mualaf kata:
Aku tak tahu apa yang kau nak bagitahu Hamka, aku baru 4 hari masuk islam.., cuba cerita sikit apakah maksud puasa…?

Aku kata:
he he he, maafkan aku, tak perasan pulak yang kau baru 4 hari masuk islam..
Biarlah aku cerita straight to the point…(saya perasan pandai dan bijak)

Maksud PUASA adalah...
Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..

Mualaf Tanya?: Membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..?

Aku kata: Ya, membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..
Kerana itulah orang yang berpuasa tidak boleh makan dan minum macam malaikat yang tidak makan dan minum, dan juga, puasa ini bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja, tapi gunakan seluruh anggota untuk taat perintah Allah macam malaikat, yang mana:


  • Mata tak boleh tengok maksiat..
  • Telinga tak boleh dengar maksiat..
  • Mulut tak boleh cakap maksiat..
  • Otak tak boleh fikir maksiat..
  • Tangan tak boleh buat maksiat..
  • Kaki tak boleh berjalan ke arah maksiat..
  • hati tak boleh cinta maksiat..,

Pendek kata, kena 'puasa' segala galanya, bukan perut sahaja, tapi buat apa yang malaikat buat, iaitu sentisa beribadat dengan memperbanyakkan solat/sujud/zikir/membaca al-quran/tasbih/tahmid/tahlil dan lain-lain lagi yang sentiasa malaikat buat.

Sehinggakan bini atau isteri kita yang halal itu di haramkan bersetubuh pada waktu puasa kerana malaikat memang tak bersetubuh…!!!

Dan ada ulamak yang mengaharamkan kita pandang isteri kita yang halal itu dengan perasan ghairah, kerana untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri, nafsu shahwat dan nafsu makan sangat-sangat perlu di tekan!!!..(di tundukkan)

Jadi maksud puasa adalah membawa sifat ketaatan ‘macam’ malaikat dalam diri..
Bukan nak jadi malaikat atau 'dewa' macam kepercayaan ugama lain, just nak membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri.., kerana malaikat adalah setaat-taat makhluk..

(tapi oleh kerana kita manusia yang berhajat pada makan dan minum, dan Allah MAHA mengetahui, lalu Allah perintahkan kita belajar taat macam malaikat selama setengah hari sahaja, dan Allah tahu bahawa kita manusia adalah bersifat letih dan lemah tak macam malaikat, maka Allah benarkan orang berpuasa itu tidur..tapi kalau tidur terlalu banyak, jadi makruh pulak puasa tu…oh..)

BAB DUA: APA KELEBIHAN PUASA?

“Wahai korang semua, esok dah start puasa, siang korang memang wajib berpusa, tak puasa masuk neraka.. dan malam kena usaha sedaya upaya untuk solat tarawikh, lantaklah nak buat beberapa rakaat pun, yang penting kita buat supaya Allah suka kat kita..
Memang best bulan posa ni, sebab amalan sunnat di beri pahala macam amalan fardu.., dan amalan fardu di gandakan 70 kali ganda..

Bulan puasa juga di kenali dengan bulan ‘Sabar’ dah hadiah sabar adalah shurga, sebab tu korang kena sabar sampai jadi mayat, dah jadi mayat baru dapat shurga!!!
Lepas tu pulak, jika kita bagi org makan kat orang yang berbuka puasa, maka kita akan dapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala puasa org itu sedikitpun.., lantaklah nak bagi makan apa-apapun. biasa orang bagi kurmalah, murah dan senang di selenggarakan..

Bulan puasa juga di bahagi kepada tiga:
-10 hari pertama adalaj Rahmat.
-10 hari pertangahan adalah Keampunan..
-10 hari terakhir adalah kelepasan dari Api neraka!!!

Dan pada mereka yang jadi boss, jika pada bulan ini meringankan beban pekerjanya maka Allah selamatkan para boss itu dari api neraka..

(kepada boss aku, jika kau baca blog aku ni, bagilah kami semua balik awal..nak tolong bini masak…kami pun nak ringangkan beban isteri kami sebab kami kat rumah adalah boss jugak..big boss lagi, kan bos kan?, boss nak masuk shurga tak?jangan berkira sangat boss, api neraka panas tau!, bulan ni bagilah bonus raya 1002 bulan, 1000 bulan akan Allah bagi pada malam lailatul qadar, lagi 2 bulan boss bagilah sebelum raya, ok tak cadangan aku? kalau tak keberatan, promotelah aku jadi assistance boss,he he he..)

Arghhh, sambung balik, ada unsur wahan kat situ..oh!, apa-apapun, better rujuk ustaz dan kitab ler..

BAB TIGA: BAGAIMANA NAK DAPAT HAKIKAT PUASA?

Untuk pengetahuan korang, ada dua cara untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..iaitu:

-Berpuasa.
-Beriktiqaf dalam masjid.

Berbalik kepada iktikaf, memang satu suruhan Allah dan harapan Nabi sendiri agar seluruh Ummatnya yang lelaki agar pada bulan puasa ini memperbanyakkalah iktikaf…

Apa itu iktikaf?
Iktikaf adalah berada dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk menjalinkan hubungan hati dengan zat Allah, juga bermaksud menyisihkan diri dari dunia lalu memeberi tumpuan kepada perkara perkara yang menyukakan Allah., dan ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan!!!!

Berbalik kepada maksud untuk membawa sifat ketaatan MALAIKAT dalam diri..,maka bila beriktikaf dalam masjid lama lama bersama sama dengan malaikat, sifat ketaatan MALAIKAT akan datang dalam diri kita..,

Kita sedia maklum iaitu apabila beriktikaf di masjid, maka kita tak akan atau tak boleh buat sebarang perkara dunia seperti, mengumpat, berangan kosong, tengok TV, baca majalah hiburan/sukan bercakap dengan muhrim, bersetubuh ngan isteri, dan lain lain yang melalaikan,

DAN.., untuk dapat hakikat puasa,
Maka, kita Kena bawa sifat ketika iktikaf di mana sahaja sewaktu berpuasa, tak kiraler, di rumah ke, di pejabat ke, di ladang ke, dalam lif ke, di pusat beli belah ke, kena bawa sifat berkitikaf ini, ke mana sahaja korang berada, maka sifat ketaatan malaikat akan dating dalam diri korang dan aku!!! dan INILAH HAKIKAT PUASA!!!

Dan untuk menambahkan lagi hakikat berpuasa, kita sedia maklum bahawa Nabi Muhammad saw sendiri beriktikaf 30 hari penuh bulan ramadhan dan memerintahkan sahabat beriktikaf bersama baginda pada 10 hari terakhir ramadhan..

--Tambahan…
OK, bila tiba time nak bukak puasa pulak, perbanyakkanlah doa akan DUA perkara.. sebab waktu nak berbukak puasa doa sangat makbul dan Nabi suruh doa DUA perkara ni..iaitu:

-Mintak masuk shurga!!!
-Mintak tak masuk Neraka!!!

Lepas tu masa berpuasa di siang hari, zikir yang paling baik adalah Kalimah Tauyibah dan istigfar..kena buat banyak banyak time puasa..

Aku ulangi:
-Perbanyakkan kalimah Toyyibah(dakwah)
-Perbanyakkan istigfar


Tapi ada satu perkara yang aku angin satu badan daa, yang berlaku pada bulan puasa.., lepas sahur pergi solat subuh, rasa seronot dan sejuk bijik mata bila tengok bilangan jemaah dah bertambah ramai,(saya perasan baik) rasa kiamat lambat lagi.., tapi bila pergi solat jemaah magrib, bilangan macam org solat subuh, kadang kadang takde orang!!, pada bulan-bulan sebelum puasa, inilah prime time untuk bilangan jemaah tertinggi, rupa rupanya diorang tukar shift sahaja.. YA Allah, ampunkan dosaku jika berburuk sangka…ampunkan aku..,

Baiklah aku berbaik sangka, korang semua dah sampai tahap kebulur yang menyebakan tak mampu lagi jalan kaki ke masjid untuk solat magrib berjemaah…kasihan kat aku dan korang..isk..isk…

Yang aku cerita tu kat tempat aku le ni, bukan kat tempat korang, aku tahu korang semua bagus bagus, sentiasa solat magrib berjemaah walaupun bulan posa!! Macm tu lah kawan, barulah jadi mat Islamic, Alhadulillah, lambat lagi nak kiamat rasanyar....tapi tak lama lagi akan jadi mayat!!

Ps: Beruntunglah orang yang bertakwa menjadi mayat pada bulan puasa…, dan menderitalah orang yang berlalu bulan ramdhan, tapi masih tidak mendapat keampunan Allah kerana gagal mendapat hakikat puasa..isk..isk..

(Ya Allah, tolonglah kami…)

33 comments:

  1. Alhamdulillah...
    "Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang2 terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" [Al-Baqarah:183]
    ..ahlan wasahlan yaa Ramadhan...
    selamat berpuasa kpd semua warga blog kereta mayat =)..

    ReplyDelete
  2. hm/ 13 may/ book..

    SELAMAT BERPAUSA!!!

    ps: warga blog kereta mayat? semua warga keretamayat dah jadi warga kubur...oh

    ReplyDelete
  3. HAKIKATNYE....
    AKU BARU TAHU APA ITU HAKIKAT PUASA (versi kereta mayat)
    MARILAH KITA MENYAMBUT RAMADHAN DENGAN BERAZAM UNTUK MENDAPATKAN HAKIKAT PUASA..
    Let's be UNBELIEVABLE!!! (it's achievable)

    ReplyDelete
  4. baru ku tahu hakikat puasa yang sebenar2nya.... melatih diri seperti malaikat... thanx bro hamka for the info! =)

    ReplyDelete
  5. "Mereka mengambil sedikit saja daripada waktu malam untuk tidur, pada waktu akhir malam pula (sahur) mereka selalu beristighfar kepada Allah, dan pada harta mereka (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin dan meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)."- (Surah adz- Dzariat, ayat 17 hingga 19).

    moga kita tergolong dalam golongan muttaqin..
    mulus carian al-Qadr...ahlan wasahlan ya ramadhan..mubarak bik
    salam Ramadhan 1427H (^.^)

    --->tenkiu brader 4 ur remind

    ReplyDelete
  6. salam...
    wah..wah..hebatlah yer kite ni waktu2 camni..(niat jgn riak.)..ye lah kite melatih diri macam malaikat yang amaaat2 taat kepada Allah..tp aan sedihlh akhi..time2 awal ramadhan ni mmg lh full mosque..bila dh nak keakhir bulan tu..mosque cm lesu balik..yelah cik tijah nak buat kuih raye x siap lg..langsir x tukar lagi..baju aiman x siap lg..even aiman tak kesah,emak dier susah hati le sesangat,takut x matching ngan abang dan kakak aiman yg lain..hehe..k..syukran..sesungguhnya penghayatan Ramadhan tu biar diselitkan dgn angan2 alangkah nikmatnya mati dalam ROH RAMADHAN menyelubungi segenap ruang hati..wassalam

    ReplyDelete
  7. hucs

    HAKIKATNYE....BARU TAHU HAKIKAT PUASA..
    TAPI HAKIKATNYA BELUM DAPAT HAKIKAT PUASA ..
    (aku ler ni..! isk...)

    ---------
    muhammad fakhrul razi

    Yay! selamat berpuasa... !!!!

    ----------
    amethyst

    SEMUA DARI ALLAH..aku hanya seorang posmen...

    ----------
    Anonymous

    (((moga kita tergolong dalam golongan muttaqin..)))
    Amin...!

    Yay! salam Ramadhan !

    -------------
    aan

    salam...
    oh..baru aku ingat, aku tak beli lagi baju raya untuk anak aku...terima kasih kerana mengingati..
    esok gajikan?!! he he he

    ReplyDelete
  8. saudara Hamka, selamat berpuasa dan selamat beramal..

    nota: selamat dapat orang baru dalam keluarga, moga semua sehat-sehat, insya-Allah

    ReplyDelete
  9. Selamat berpuasa/beramal dan selamat dari azab api-neraka!!

    ReplyDelete
  10. dari kawan hucs -

    nak tambah sikit .. puasa itu 24 jam, bukan dari subuh ke maghrib saja. dari subuh ke maghrib, hanya bab makan dan syahwat .. tapi bab puasa lain tetap jalan .. puasa mulut, puasa mata .. dan puasa lain-lain.

    .. itulah formula melaksanakan puasa ..

    ReplyDelete
  11. betul tu..!!
    sebab tu aku nak pesan kat diri sendiri...
    1. berpuasa di siang hari dan

    2. BERIKTIKAF di malam hari!!!

    itu adalah dua cara untuk mendapatkan/mendatangkan sifat ketaatan macam malaikat..insyaAllah

    ReplyDelete
  12. nanti aku tolong promotekan ko kat Prof!! huahuahuahu

    ReplyDelete
  13. Semoga kita sama-sama dapat MENGHAYATI ibadah puasa ini dengan sebenar-benar PENGHAYATAN...Insya'Allah..

    10 hari pertama: Surau penuh...
    10 hari kedua: Separuh penuh...
    10 hari terakhir: Bazar & kompleks membeli belah penuh..!

    ReplyDelete
  14. mencelah...

    10 hari pertama - kerahmatan: maka ramailah orang dapat rahmat. rahmat senang sket allah nak bagi Sebab tu penuh surau2..

    10 hari yang kedua - keampunan: maka susah sket la nak dapat keampunan berbanding kerahmatan...sebab tu analoginye...kuranglah jugak orang kat surauuuuu......

    10 hari yang ke tiga - pembebasan dari apai neraka - maka....walaupun ramai dapat keampunan, masih kurang yang bebas dari api neraka...so..sebab tu la tinggal beberapa kerat je... - aku nak!! aku nak yang nih!! - tapi kalau setakat skang ni......? takottt :(

    p/s - hamka..aku suka ko cakap pasal tukar shift tu..hehehe..kita harap orang buat over time lah daripada tukau shift.

    ReplyDelete
  15. di bulan yg penuh keberkatan ni, sama2 lah kita merebut peluang..

    ReplyDelete
  16. Hamka,

    Aku dapat mesej di bawah dari sorang sahabat. Aku tak penah dengar pun doa sedemikian dan aku tengok kau tak minta maaf pun dengan orang-orang sekitar blog kau. Adakah kau dan aku sama-sama tak tau?


    "Do'a Malaikat jibril Menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
    * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
    * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
    * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
    Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.karenanya melalui pesan ini saya memohon maaf jika slama ini saya memiliki kesalahan,baik yang tidak disengaja maupun yang di sengaja,semoga kita dapat menjalani semuanya dengan khusyuk,amin"

    ReplyDelete
  17. Brother Hamka, tumpang lalu....

    kadir rahman, i'll copy what i just read this morning here, ok?

    "Akhir² ini memang lazim kita mendengar atau bahkan mendapat ucapan bermaaf-maafan sebelum ramadhan

    Hal ini menjadi pertanyaan tentang dalil hadits yg mendukung amal ini.
    Ada satu hadits yg sering diketengahkan mereka, tapi tidak diketahui derajat dan kedudukannya di sisi para ulama hadits. Bunyinya adalah : Ketika Rasullullah sedang berhotbah pada suatu Sholat Jum'at (dalam
    bulan Sya'ban), beliau mengatakan Aamin sampai tiga kali, dan para
    sahabat begitu mendengar Rasullullah mengatakan Aamin, terkejut dan spontan mereka ikut mengatakan Aamin. Tapi para sahabat bingung, kenapa Rasullullah berkata Aamin sampai tiga kali.
    Ketika selesai sholat jum'at, para sahabat bertanya kepada
    Rasullullah, kemudian beliau menjelaskan: "ketika aku sedang
    berhotbah, datanglah Malaikat Jibril dan berbisik, hai Rasullullah aamin-kan do'a ku ini," jawab Rasullullah.
    Do'a Malaikat Zibril itu adalah sbb:
    "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum
    memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
    Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika
    masih ada);
    Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
    Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
    Maka Rasullahpun mengatakan Aamin sebanyak 3 kali. Dapat kita
    bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
    Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.
    Tentunya do'a tersebut akan didengar oleh Allah swt.

    Begitu tulisan dan yg sering kita dengar dari mimbar-mimbar ceramah
    dan kita baca. Tapi apakah hadits ini benar, karena si penulis maupun
    penceramah tidak pernah mencantumkan sekalipun periwayat maupun sanad hadits di atas.

    Berikut saya nukilkan hadits yg sah (shohih) dari Nabi shollallahu
    `alaihi wasalam yg senada, tapi beda isinya. Lengkap hadist :
    "Artinya : Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, "Amin, amin, amin".
    Para sahabat bertanya. "Kenapa engkau berkata 'Amin, amin, amin, Ya Rasulullah?" Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata :
    'Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun
    dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!' maka kukatakan,
    'Amin',kemudian Jibril berkata lagi, 'Celaka seseorang yang masuk
    bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni
    dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.
    Kemudian Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata lagi. 'Celaka
    seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi justru tidak memasukkan dia ke surga dan katakanlah amin!' maka kukatakan, 'Amin". [Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 dishahihkannya dan disetujui
    oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh
    Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No. 500 dari Jabir bin Abdillah)]

    Semoga dengan adanya hadits ini bisa menjadi koreksi bagi kita.

    "Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran dan limpahkan kepada kami (nikmat) mengikutinya (kebenaran tersebut)
    dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan, dan limpahkanlah kepada kami (nikmat) menjauhinya"


    here's d link: http://www.mail-archive.com/assunnah@yahoogroups.com/msg11246.html

    Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  18. hm..
    you are aboslutely right...
    that hadith is the correct one...

    aku pun terconfuse dgn comment kadir rahman...

    sesungguhnya keaslian hadith perlu di jaga..
    sama2lah kita tegur menegur, ingat mengingatkan...

    ReplyDelete
  19. greng cuma ingin mengucapkan

    SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA YANG BERADA DI SINI...

    ReplyDelete
  20. 5 online user..

    aku belum masuk kerja lagi, cuti bersalin, he he he, esok baru masuk, tapi sekarang aku sedang siapkan satu entry baru, di tulis tanpa setan disisi, lepas aku post, baru akan jawab komen dan email korang, insyaallah!!

    ReplyDelete
  21. hangjebat

    betul ke tak? Baik kau tanya mambai…he he

    --------
    linanilza

    kena bayar duit ke? Atau dapat duit, he he heh!

    ps: prof hamka..

    -----------
    blackpurple

    hari raya, masjid penuh balik, lepas tu kubur penuh, lepas tu balik raya, ramai orang jadi mayat di jalam raya, berhati hatilah di jalan raya…

    -----
    hucs

    memang bagus bile overtime, aku jom sajer, jom beriktikaf,

    ps: baguskau punya tafsir tentang 10 hari tu.., terasa jugak aku, isk..

    ---------
    zwitterion

    sama sama, mengejar impian, impian ilyana, eh silap impian hamka!

    --------
    kadir rahman

    Maafkan aku wahai sahaat…, ilmu ni luas, aku dengar hadith tu lain sikit, tapi moral untuk mintak maaf tu sangat bagus!
    Terima kasih!!!

    ---------
    hm

    aku baca dalam fahhilat ramadan pun gitu jugak, terima kasih atas susah payah anada, semuga Allah menggajari dnegan selayaknya..!

    'Amin',

    ---------
    greng

    SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA !!!

    ReplyDelete
  22. salam

    puas a ku bila lama tak tahu bahawa solat dan puasa ini perintah Allah.

    puas a ku bila lama tak tahu bahawa perintah Allah ini ada maksud, kelebihan dan cara untuk mendapatkan.

    puas a ku bila lama tak tahu bahawa maksud puasa yang aku buat ialah untuk tiru-tiru ketaatan malaikat.

    puas a ku bila lama tak tahu taat dalam solat perlu diterjemahkan ke luar solat.

    puas a ku bila lama tak tahu Nabi saw hingga akhir nafas baginda pun minta dipapah ke masjid untuk tunai solat SECARA BERJEMAAH..

    puas a ku bila lama tak ingat dan buat-buat lupa bahawa rumah aku layak kena bakar sahaja bilamana aku dengar azan tapi tak pergi solat kat masjid.., bukan aku tak solat, tapi kat umah aje.. isk..isk

    Ya Allah.. apakah doa yang perlu daku minta pada Mu agar hatiku puas bila dapat tunaikan segala perintah Mu mengikut cara yang telah dilakukan oleh kekasih Mu..

    .. Ya Allah, lapar sungguh kami dengan kasih sayang Baginda NabiMu
    .. Ya Allah, dahaga sungguh kami dengan kebaikan akhlak Baginda NabiMu..
    .. kapan bila kami akan 'berbuka' dengan kebaikan Islam.. ~nas

    ReplyDelete
  23. Amin....

    semua orang kena buat usaha atas iman!!!

    ReplyDelete
  24. PuteriKecil

    Assalamualaikum...

    hehe... tertinggal bas selama setahun.. ni pngalaman aku masa posa kat ipta la.. dah la tu .. d rantau orang ag... x penah aku buat selama ni.. aku redha..

    *** REHLA ***
    aku teringin sangat nak join aktiviti ni.. mulanya aku terpilih.. tp memandangkan aku jahil.. aku x nak jadi ahli..(bebalnya aku)..
    salah satu sebab, kena bebas dari cinta manusia y x sejenis..(couple)
    ok.. aku faham.. n ngaku aku salah...(jahilnya..)
    tapi y aku keberatan tu.. dari apa y aku tengok dan tahu dari kawan2 yang join..
    mereka cuma d benarkan bawa sepasang pakaian lengkap dan pakaian y sedia terpaiai di badan untuk tempoh 3 hari 2 malam..
    aik???
    n aku seram sejuk bila deeengar cakap x leh mandi.. aik??? ker x sempat mandi aku pn x pasti...
    aduhai.. cancell nak join.. aku ni x leh x mandi dalam tempoh 1/2 hari sekali.. per pendapat Hamka???

    **** Tolong Komen ****

    ReplyDelete
  25. kalau dah pelik punya syarat, tak yah joint..

    : )

    ReplyDelete
  26. terima kasih sebab kongsikan di blog ini...

    ReplyDelete
  27. hm.. you are aboslutely right... that hadith is the correct one... aku pun terconfuse dgn comment kadir rahman... sesungguhnya keaslian hadith perlu di jaga.. sama2lah kita tegur menegur, ingat mengingatkan...

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum,inshaallah..nak copy skit..

    ReplyDelete
  29. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan lupa baca doa berbuka puasa sebelum menjamah ^^

    ReplyDelete