Feb 18, 2006

Bagaimana hilangkan MARAH?

(untuk warga denmark dan seluruh warga dunia yg membencinya)

Kasihan umat islam sekarang..berdoa ntahapapanthah!(termasuk aku kadang2)

Ada yg mintak panjang umur…
Aku cadangkan lebih baik korang mintak jadi kura2 boleh hidup sampai 200 tahun!

Ada yg mintak nak makan banyak….aku kata, korang mintak je dari Allah jadi gajah, Gajah makan 1 tan seharí korang tahu?

Ada pulak yg mintak rumah besar…he he he
kau duduklah dalam zoo, rumah besar, makan free, hari2 org datang ‘ziarah’.

Nampaknya manusia tak sedar yg mereka ni nak jadi binatang..maaf, kalau ada yg tersinggung, kalau tak suka tak payah baca…aku bukan ustaz, memang korang boleh hujah@pertikai apa yg aku kata nih…

Ada pulak yg nak kahwin ramai2, tak salah..dalam islam paling ramaipun 4 jer…kalau nak betul2 ramai mintak je dengan Allah jadi ayam, sebab ayam punya bini unlimited !

Yang ni lain cerita pulak, belajar ugama supaya boleh terbang macam tok guru dia, aku ‘shor’ jadi burung terus…ada pulak yg nak jalan atas air, memang Hebat dapat jalan atas air macam labah2!...ada pulak yg doa nak menyelam lama2, aku kata lebih baik….argh tak payah sebutlah korang semua dah tahu binatang apa yang duduk dalam air…

Tapi semua yg di atas tu masih boleh di maafkan,,yang paling dahsyah, aku nak cerita hari ini…org yg doa supaya Allah turunkan Bala kat org kafir, doa LAKNATkan org kapir..mereka dah lah mati masuk neraka, korang pulak doa cam tuh…kasihan..kasihan…

Kalau korang nak tahu bila Nabi Nuh a.s mintak Allah turunkan bala?
Selepas 980 tahun buat daqwah…,
korang doa bala2 nih dah berapa lama daqwah kat org kapir tu?
Lepas Nabi Nuh doa, Allah makbulkan dengan janji akan datangkan banjir besar, jadi Allah perintahkan Nabi Nuh buat kapal besar..Nabi Nuh tanya camne nak buat kapal, pokok takde? Allah suruh tanam dulu..berapa lama pulak Allah bagi peluang kat org kapir ni untuk taubat korang pikir2kanlah…

Nabi Yunus a.s pulak,bila dia doa bala?Allah bagitahu buat daqwah lagi 40 hari , hari yg ke 40 Allah turunkan bala…

pendek cerita hari ke 39 nabi Nuh dah lari naik kapal takut kena bala…akhirnya Allah murka lalu Nabi Yunus dapat 4 kegelapan,
dicampak ke laut yg hitam pada malam yg gelap dan ditelan oleh dua ekor ikan(ikan makan ikan)…
pendek cerita lagi…
dah ikan tu muntahkan Nabi Yunus selepas 40 hari, Allah perintahkan pulak Nabi Yunus buat bikar@pasu@tempayan yg besar dan cantik..beberapa hari Nabi Yunus ambil masa siapkan pasu tu , maklumlah Allah suruh..bila Siap, bukan main cantik dan besar pasu tu…Lepas tu Allah perintahkan Nabi Yunus pecahkan pasu tu! Terkejut Nabi Yunus as…Allah buat perumpamaan lebih kurang..
adakah aku cipta org kapir itu untuk dibinasakan?…

Jadi korang semua…Adakah korang ingat Allah cipta org kapir tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Org kapir duduk neraka tingkat ke-3, org yg berpura2 islam duduk neraka bawah sekali!(naudzubillah)

Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir mati semua org islam berdosa tau! Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi jawab, tahukah kamu mereka akan kekal selamanya dalam neraka...

Aku jika sempat tengok ‘bersama-mu tv3’, kalau org islam susah, aku takde hal, tapi kalau org bukan islam hidup susah dan merempat, aku dan isteriku sama2menangis..kasihan, atas dunia dah macam tu, akhirat ? isk..isk…( mereka ‘perwira’ di medan derita-neraka-)

INGATLAH doa org yang terinaya adalah sangat makbul..walaupun seorang kapir….sekarang siapa yg terinaya:
kita org islam ke atau mereka org kapir?
mereka org bukan islam telah di zalimi oleh org islam kerana tak menyampaikan daqwah kepada mereka…sebab tu bila org islam perang dengan org kapir-org kapir menang-sebab mereka telah di zalimi-org islam tak daqwah mereka…

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan ada yg doa, “Ya Allah Laknatlah denmark, America, dll. Tapi bila perang Amarika-iraq, Amarika-afghanistan, Israel palestin, Serbia-bosnia..mana pergi 1000 malaikat yg tolong sahabat dalam perang badar? Mengapa Allah tak tolong org islam? Ingat dalam sejarah islam kemengan hanya apabila Allah bantu kita…ahli badar 313 org adalah mereka2 yg telah menunaikan hak daqwah pada org kapir selama 13 tahun kat mekah…so logic Allah bantu mereka…tapi hari nih kita nak berperang dengan denmark, dah berapa lama buat daqwah kat mereka..satu jam? Seminit?menangislah kawan..

Nabi s.a.w pesan kat Khalid r.a selaku ‘pedang Allah’ agar sebelum berperang buat daqwah 3 hari dulu, kalau mereka tak nak suruh mereka bayar “macam zakat”..kalau tak nak jugak ,HA! Baru serang!!!

Wahai sahabatku..ingat, kita tidaklah sebaik Nabi Musa a.s dan mereka tidaklah sejahat firaum (mengaku tuhan)…tapi, Allah tetap perintahkan Nabi Musa berdaqwah dengan lemah lembut (hiqmah)pada firaun…

Aku tahu korang tengah marah, aku pun marah gak bila mereka lukis karekator Nabi sampai cam tuh…Tapi kalau nak marah, marahlah kerana Allah, bukan nafsu..

Marahlah cara Nabi kita marah…

Macamana?

Seorang sahabat bertanya pada Nabi, amalan apa yg paling baik?(lebih kurang maksud)
Jawapan dari Rasul s.a.w:
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH
JANGAN MARAH….
(Nabi ulang 3 kali)

“ORANG BERIMAN ADALAH BERSIFAT MENELAN MARAH”
(hadith)

Maknnya marah memang dah ada Cuma korang kena telan marah…!
TAPI bila korang telan marah sahaja korang akan dapat penyakit2 lain..(pulak…)
Org melayu ramai kes macam ni, bila marah, dia telan, siap senyum tu, tapi lama2@lama kelamaan datang penyakit baru iaitu AMUK!
Kes Hang Jebat!
Pasir Salak!
Sultan Mahmud mangkat di julang!
Bla la bla!

Jadi bila korang dah telan marah korang kena buat dua perkara lagi iaitu:
Maafkan dan bagi hadiah, amacam boleh?

Aku ulangi:

3 CARA MENCEGAH MARAH:

1.Telan Marah

2.Maafkan.

3.Bagi Hadiah.

Apa! Korang ingat aku reka semua ini, ada dalam hadith tau!

Cerita 1:

Bila Nabi lihat mayat Saidina Hamzah selaku bapa saudaranya di lapah2, anggota badan di potong2, jantung dikeluarkan, apa Nabi buat?
Nabi bercadang nak lapah 70 mayat org kapir macam tu juga….
Tapi Allah tegur… “maafkan lebih baik”.

(((Ha! Untuk org yg bergaduh, bila aku mintak maaf, tak nak maaf, bila aku cakap:
“lagikan Nabi ampunkan umat”, korang siap jawab;”
“Itu Nabi, nabi lain, taraf dia tinggi”
Woi manusia!, (aik? Marah nampak)Nabi yang takde dosapun nak lebih baik, nak maafkan, apatah lagi korang yang bergelumang dengan dosa!(termasuk aku), jadi:
maafkanlah aku wahai kawan,
maafkan aku wahai mahluk tuhan…
Arghh! Kalau semua kesalahan boleh di maafkan hanya dengan ucapan maaf,
APA GUNANYA BALAI POLIS?
Lantak engkau lah!, kau tak nak sory aku naik lorry…)))

Sambung balik, Apa Nabi buat?

1. Nabi Telan marah….(semua dari Allah)

2. Nabi maafkan Hindun yg buat kerja2 tuh?

3. Nabi bagi hadiah kepada hindun berupa doa hidayat…

Akhirnya Hindun masuk islam dan pembunuh Hamzah r.a. juga masuh islam.
Hindun yg pernah bersumpah tak nak masuk islam cakap:Bukan aku yg masuk islam tapi islam yg telah masuk ke dalam aku…

(Subha naAllah)

Cerita 2.

Nabi di baling batu di taif(rujuk:Apa itu hijrah?)
Apa Nabi buat.

1. Nabi telan marah(nabi menangis mengadu pada Allah, Nabi tak marah2)

2. Nabi maafkan org Taif(Malaikat offer nak datangkan bala-Nabi tolak)

3. Nabi bagi hadiah berupa doa hidayat…dan akhirnya anak org2 taif telah masuk islam dan mengetuai jemaah daqwah ke Asia..(satu org alim cakap sekiranya Nabi benarkan Malaikat hancurkan Taif, kita hari ni sembah pokok dan batu..)

Cerita 3.

Seorang sahabat kematian anaknya akibat hamba sahayanya dengan tidak sengaja telah tertumpah air panas. Lihat apa sahabat buat:

1. Sahabat telan marah(pada mulanya dia memang nak marah, tapi bila dia lihat hamba dia menangis dan berkata”maafkan hamba, tidak sengaja” maka dia tahu semua ini adalah dari Allah.

2. Sahabat maafkan Hambanya.

3. Sahabat bagi hadiah iaitu kebebasan…

Di beritakan Sejak sahabat2 Nabi amalkan hadith ini, bilangan hamba2 semakin berkurang dan akhirnya tiada terus….

Cerita 4.

Seorang hamba Allah telah lakukan banyak kesalahan dan Hamba Allah ini hanya ada iman sebesar zarah.

1. Allah hilang Murka bila hamba ni bertaubat(walaupun dalam neraka)

2. Allah ampunkan dosa dia

3. Allah bagi hadiah iaitu shurga….(yg luasnya 10 X dunia! Punya besar)

Cerita 5(bukan hadith)

Isteri aku baru saje mandikan anak, sementara dia mengambil kelengkapan bayi aku bermain dengan anakku(bukan bergurau antara pusat dan lutut!).tiba2 anakku pancut air kencingnya ke muka aku! Mari kita lihat apa aku buat:

1. Aku telan marah(bukan telan air kencing hmmm ape ni rasa masin2..isk..)

2. Aku maafkan dia (alah…bebudak)

3. Aku bagi hadiah iaitu pampers dan susu dan dodoikan dia tidur dengan menyayi beberapa buah lagu…(kira hadiahlah sebab pampers dan susu aku beli kat Giant: peneraju harga terendah he3)

Karang tak setuju?

Korang tak nak bagi hadiah?

Kalau tak nak bagi hadiah janganlah marah! :)

Banyak lagilah cerita2 yg korang dan aku boleh ambil iktibar, kalau korang ingat masa Nabi dan para sahabat nak gi Haji tapi org kapir sekat tak bagi masuk dan buat perjanjian ‘hudaibiah’….lepas tu bila tanda tangan mereka org kapir tak nak tulis perkatatan Pesuruh Allah yg membuatkan sahabat meradang, tapi Nabi ‘kool’…lepas tu Nabi suruh sahabat patah balik, korang bayangkanlah jalan kaki dari johor bharu ke KL lepas tu kena patah balik, tapi nabi ‘kool’…bila Nabi botakkan kepala, barulah sahabat2 faham kesungguhan Nabi dan mereka2 yakni para sahabat telah mencukur rambut mereka sampai berdarah2 kerana menahan marah….telan marah…maafkan….dan perjajjian itu telah di anggap ‘hadiah’ oleh org kapir..macam berat sebelah, tapi Allah Maha Mengetahui…

Antara perjanjian itu adalah: Gencatan senjata.

Tidak boleh berperang, maka barulah org islam dapat bergaul bebas ngan org kapir,

Kalau kita tengok 13 tahun Nabi berdaqwah di mekah 313 org je yg ikut gi perang badar, lebih kurang 10 tahun kemudian Nabi bersama 10 ribu sahabat nak pergi haji…tapi lepas perjanjian tu beberapa tahun kemudian bilangan sahabat telah mencecah 124 ribu org…kenapa?

Kerana akhlak orang islam bagus-bagus, org kapir datang madinah terus terkesan…tapi hari ini, akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan…Org kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam org islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata2…

Org kapir takut org islam hampir pada mereka, takut kat badan org islam ada BOM!

Penutup..

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Umar yg nak bunuh Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Saidina Khalid yg membunuh 70 org islam dalam perang UHUD…

Ya Allah berilah Hidayat pada Hindun yg makan hati Saidina Hamzah…

Ya Allah berilah Hidayat pada Penduduk Taif yg baling batu pada Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Supian yg banyak menghina Nabi…

Ya Allah berilah Hidayat pada Denmark, Amerika..dll

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg tulis blog nih…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca blog nih…

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada org yg laknat mereka yg menghina Nabi

Ya Allah berilah Hidayat pada Seluruh umat

Kekalkanlah aku dalam hidayat..

Jadikan aku asbab hidayat

Amin…


Ps: Bertaubatlah sebelum menjadi mayat…kalau korang marah kat aku pasal tulis dalam blog ini, korang kena telan marah, lepas tu maafkan aku dan yg paling best:
KORANG KENALAH BAGI HADIAH HE HE HE...

44 comments:

  1. Ehsan: bukhari san
    dari:cekodoksedap.blogspot.

    terima kasih bukhari..sebab dah bagi izin, benar semua dari Allah...


    APABILA MEREKA GELABAH

    Buka paper hari nih tersenyum lebar saya apabila membaca yang Denmark bakal kerugian berjuta dolar sehari di 12 negara Islam dek kerana pemboikotan barangan buatan mereka. Hebat sungguh penangan boikot org islam ini.
    Lantas pembela-pembela agama bangun dan lantang menyatakan kemarahan mereka atas kehinaan keatas agama ini.Sana-sini berlaku tunjuk perasaan. Laman-laman web orang-orang Denmark teruk digodam.Wah, ada yang sampai merosakkan dan menghancurkan bangunan kedutaan negara itu. Hebat!
    Cuma yang mungkin kita terlupa ialah, semua keadaan adalah dalam kawalseliaan Allah. Kadang-kadang Allah jadikan sesuatu peristiwa itu untuk menilai diri kita sendiri. Zahirnya memanglah nampak seperti mereka yang menghina nabi, tapi hakikatnya ia bermula dari orang islam sendiri.
    Kalau mereka dengan biadap melukis wajah nabi ditambah dengan ciri-ciri terroris, bagaimana dengan kita? Berapa ramai dari kita yang merasa jijik dengan ciri-ciri wajah nabi di wajah kita? Berapa ramai yang dipagi hari mencukur janggut dengan anggapan dengan tidak berjanggut adalah lebih hensem dari berjanggut? Berapa ramai yang memperleceh solat berjemaah sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Bukankah itu juga penghinaan?
    Cuma. Kalaulah pemboikotan ini berjaya, mungkin ia bukan disebabkan kegerunan pada umat islam. Kegerunan yang mana Allah letak pada Panglima tentera Rom apabila berhadapan dengan sahabat2, ketakutan yang Allah campak kepada Maharaja Cina untuk membantu Kaisar memerang org islam dan kebimbangan yang diletakkan pada rahib2 nasrani semasa dikepung oleh Tentera umar di Baitul Muqaddis. Tepuk dada, tanya iman..

    ReplyDelete
  2. Ada pulak penceramah jempuatan sekali sekala best gak..tak payah buat makan2 pulak tuh:)

    terima kasih najwa aiman...
    blog: khayal....

    Semasa menulis Kawan Yang Bermusuh, aku cuma ada satu perkara saja dalam kepala - bahawa kartunis Denmark D.T. Devareaux tidak bersalah kerana menghina Rasulullah SAW. Bukankah sememangnya mereka itu musuh Islam dan atas sebab itu mereka digelar 'kaafirun'? Sekiranya mereka mati dalam keadaan kufur sedemikian, maka mereka akan ke neraka.

    Jadi, kenapa orang Islam sibuk melatah-latah sampai bakar bendera, terpekik terlolong mengutuk dia orang tu balik bila Devareaux lukis kartun macam tu? Selama ini adakah orang-orang Islam yang sama itu pernah cuba menyampaikan kalimat tauhid kepada orang-orang ini? Rasulullah SAW tak pernah marah sekampung manusia yang mencerca, mengeji bahkan melontarkan batu kepada baginda sampai berdarah-darah (sehingga kaki baginda terendam di dalam darah yang bertakung di dalam kasut baginda sendiri). Justeru Rasulullah SAW melarang Jibril daripada mengangkat bukit untuk dihempaskan ke atas penduduk kampung tersebut. Sebaliknya Rasulullah SAW mendoakan hidayat Allah ke atas penduduk kampung itu.

    Sebabnya? Sebab Rasulullah SAW tahu bahawa memang nature orang kafir menentang Islam. Mereka terputus (atau belum mendapat) hidayah Allah SWT. Memang kita wajib suarakan kepada dunia bahawa kita tidak menyetujui penghinaan sedemikian ditujukan kepada Islam, tetapi kita tidak harus melampau-lampau dalam hal ini. Ingatlah bahawa Rasulullah SAW berpesan bahawa setiap perbuatan haruslah bersederhana. Perbuatan yang melampau akan hanya mengembalikan persepsi buruk orang kafir ke atas Islam, sedangkan sudah memang sifat mereka hendak mencari keburukan Islam.

    Namun itu tidak sehina orang Islam yang menghina Islam. Orang beginilah seharusnya menerima reaksi yang hebat daripada dunia Islam, bukan Devareaux. Kerana itulah Islam memperuntukkan bahawa mengikut perundangan islam, orang kafir mempunyai hak kebebasan beragama, yang akan lupus apabila saja dia memeluk Islam. Orang Islam tidak ada hak kebebasan beragama. Ya, benar, orang Islam mempunyai hak individu yang kurang daripada orang kafir dalam sebuah negara Islam, dan itulah yang sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  3. baru je cdg nak bg komen, tetiba ternampak 'komen' yg familiar jek dpd penceramah jemputan yg tak dijamu makan tu... cis cis cis.... hehehehe..

    salamz....

    selalu kool dan ceria
    tapi mati jangan lupa

    ReplyDelete
  4. Sorry tak jemput makan ke ke ke

    nanti bila jadi mayat nanti..akan ada ulat2 yg makan kita..

    jemput2 cik ulat, makan2 jangan segan
    makan lidah, telinga, hidung sedap tu..ha mata ada lagi sebelah, sila makan..otak sarebrum pun sedap sila2 :)

    jangan marah nanti kena bagi hadiah ha ha ha!

    ReplyDelete
  5. "macam zakat"=jizyah kut..

    syukran atas entri n komen2 yg alhamdulillah terbuka sket fikiran ana.so kiranya kesimpulannya cara paling baik utk menangani masalah ini ialah dgn berdoa agar mereka diberi hidayah Allah?how about d boycott?

    ReplyDelete
  6. born 2 be daei

    benar, jizyah, aku tak ingat time tulis tu...

    about the boycott cik bukhari dah jawab dah...

    (((Cuma. Kalaulah pemboikotan ini berjaya, mungkin ia bukan disebabkan kegerunan pada umat islam. Kegerunan yang mana Allah letak pada Panglima tentera Rom apabila berhadapan dengan sahabat2, ketakutan yang Allah campak kepada Maharaja Cina untuk membantu Kaisar memerang org islam dan kebimbangan yang diletakkan pada rahib2 nasrani semasa dikepung oleh Tentera umar di Baitul Muqaddis. Tepuk dada, tanya iman.. )))

    ReplyDelete
  7. sebenarnya ana x berapa faham dgn apa yg saudara bukhari nak sampaikan tu.pada ana,ana sokong pemboikotan ni sbb ia menunjukkan yang kita umat islam ni tak lemah.sama macam kita boikot barangan yg membantu ekonomi israel.byk fatwa yg menyatakan memboikot brg2 israel ni wajib.ana tak tau sama ada mereka yg lantang marah denmark ni (yang buat tunjuk perasaan) layak kita tegah atau tak sebab mungkin mereka sgt sayangkan nabi (macam kita juga).mereka yg membuat tunjuk perasaan ni pun bukan calang2 nampaknya.mengikut sunnah nabi juga (berjanggut, berserban).cara kita menunjukkan cara marah mungkin berbeza.tapi yg ana sgt marah ialah pada org islam yg tak rasa apa2 pun ttg perkara ni.i mean,rasa marah pun tak ada bila nabi kita diperlakukan begitu.semoga mereka ni,penunjuk perasaan,pemboikot mahupun pembuat bom juga kita semua,diberi hidayah dan taufiq Allah..(taufiq tu penting juga sbb kadang2 kita dah dapat hidayah tapi tak laksanakan pulak)

    sekadar pendapat..wallahualam

    ReplyDelete
  8. hurm.. kalau forward forward msg email tu macam mane?

    ReplyDelete
  9. satu entry yg best. best best.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Karkun....panjang bayan....!!!

    ReplyDelete
  11. salam..
    heheh.besh2 blog nih..
    fresh idea..padat dengan aksi2..
    insaf byk ak dibuat nye..
    smoga idea ko mnulis blog besh mcm ni sentiasa dilindungi Allah spaye x tersalah tulis..
    smoga stiap amalan kite diberi petunjuk
    smoga dipelihara Allah sent
    Jazakallah..

    ReplyDelete
  12. Born 2 br daei:
    Aku pun ‘agak’ sokong pembaikotan ini..Cuma bila berjaya nanti, maka akan timbul kegerunan pd org kapir bila melihat islam. Kegerunan ini boleh di timbulkan oleh mana2 negara bukan islam…berbeza dengan kegerunaan org kapir pada sahabat dulu…kehebatan yg tidak boleh ditiru oleh mana2 negara bukan islam…
    Satu hadith yg aku petik dari kitab fadhilat sedekah jilid 1…lebih kurang maksud: bukan org beriman jika tidak marah, tapi org beriman itu menelan marah”
    Marah..marahlah..tapi biarlah cara Nabi…Kita marah org yahudi hina Nabi,(bagus) lalu kita menetang Yahudi guna bukan cara Nabi(cara yahudi!)arghhh..nanti aku email kau, kita cerita panjang lebar..bukan nak berdebat…hidayat milik Allah…

    -----------
    budaj shams
    pasal sms, kau Tanya ustaz, la..aku no komen…
    tapi kalau aku terima sms forward..aku tak pernah forward. Biarlah sms itu berakhir di situ…
    kadang2 aku reply:
    “mesej anda berakhir di sini”

    ----------------
    bakal mayat…
    BEST untuk kau jugak…he3

    ----------------
    usenezant..
    Bukan bayan…hanya sekadar “cakap-cakap ugama”
    Kirim salam kat anak2 kau comel..cam anak aku gak, tapi anak aku semua lelaki..rezeki Allah…

    --------------------
    kakashi sensei.
    Teruskan doa anda..
    Amin….
    Ada masa lapang, emailah aku, boleh cerita panjang

    ReplyDelete
  13. sebenarnya, sumo tu dari bermula dari niat...walau apapun yg kita lakukan, kalo niat kita baik, maka baik la yg kita dapat...kalo niat kita jahat, maka jahat la yg kita dapat....do u agree with me???? ;)...wallahualam....

    ReplyDelete
  14. Satu pasangan khalwat berkata:
    "saya berniat baik, saya nak kahwin ngan dia"

    MORAL: Niat tak menghalalkan cara.

    he2 jangen mare...siapa hitomi, adik orga yhe killer whale?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...

    Meriah kari nampak!! aku sokong pasal 'Boikot2' barangan ni, cuma yg aku tak berapa berkenan ialah perbuatan segelintir umat Islam yg duk rusuhan, bakar itu, bakar ini! yg tak menggambarkan keperibadian umat Islam yg sebenar!! Hanya Allah Yg lebih mengetahui-nya!! Disebabkan aku dapat kawal keMARAHAN aku... apa kata en Hamka bagi hadiah!! boleh??

    ReplyDelete
  16. he he he en. spiderman...
    boleh jalan atas air tak?

    kalau boleh..baru aku bagi hadiah..

    berupa satu tepukkan GEMURUH!...he2

    thans, en hasrulmuin
    memang maariah carry...!

    ReplyDelete
  17. takpelah,kat sini je.maaf,ana bukan marah pun dgn entri ni malah ana setuju.ana cuma bagi pendapat.memandangkan ramai ulama yang keluarkan fatwa bahawa boikot barang yahudi ni wajib kalau kita da alternatif lain (contoh:kfc,mcD,a&w,pizza hut alternatifnya merrybrown atau roti canai kedai mamak,shampoo pantene,head&shoulder,rejoice,sunsilk alternatifnya safi mahupun minyak sapi etc),jadi ana pun taknaklah keluarkan fatwa sendiri dah pasal boikot2 ni.yup,ana pun tak sokong rusuhan sampai mencedera2kan org ni walaupun yg merusuh itu bukanlah dari kalangan umat islam yg tak pegi masjid mahupun ahli 'besi hitam'.rusuhan secara aman takpe.cuma sedikit terkilanlah negara kita yg 'aman damai' ni tak pulak ambil apa2 langkah.kilang arak carlsberg milik syarikat denmark tu masih lagi menghasilkan bertong-tong arak setiap hari (walaupun patut dihentikan even isu karikatur ni tak timbul)..ooh malaysiaku.apa2 pun yang penting,individu muslim tu yang paling penting utk kita tekankan dahulu.kalau tak ade org yang minum arak di malaysia,takkan adelah kilang tu kan?kalau tak ade anak2 meLAYU yg buat maksiat,takkan timbullah masalah laman porno meLAYU yg diambil dr cctv kan?kalau semua org faham islam and amalkan ajarannya,insyaAllah ini takkan timbul.oh ya lagi satu yg pasal bom2 ni,pada pengetahuan ana melalui pembacaan mahupun penceritaan,tak boleh sebenarnya kita buat sbb ia melibatkan org awam.nabi pun dah pesan,jgn bunuh kanak2,org tua,perempuan mahupun pohon tamar dan bangunan.tapi kalau dekat palestin tu,rakyat palestin boleh lah buat serangan berani mati tu seperti yg diterangkan oleh sheikh ahmad yasin sbb ianya merupakan salah satu taktik berperang.kalau takat mamat dalam drama tu yg isteri pun tak disuruh tutup aurat,nak lakukan pengeboman,sah2lah tak boleh kan.maaf lari topik plak.

    wallahualam..

    p/s:bkn nak berdebat,sekadar memberi pendapat..sama2lah kita doa supaya kita diberi kekuatan utk laksanakan dan sampaikan apa yg kita tahu (read:daqwah)..semoga seluruh isi bumi ini mendapat hidayah dariNYA..amin

    ReplyDelete
  18. bagus bagus.. banyak input hari ini.. alhamdulilah..

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..best nya perbincangan ni..
    yg penting,,muslims must b cool n firm dlm situation semasa ni.. ohh..n bak tulisan tuan pny blog,, kita ni (muslim) ade tanggungjwb yg amatla besar,ie.utk B'DAKWAH.fuh,,bkan sng tu..tp biasala,,mane ade keja sng...ha,salah 1 cara bdakwah is dgn mnunjuk akhlak yg terpuji.org nampak cantik,br la org ikut.... cthnya mcm "telan,maaf,n hadiah" tu..br org tabik (respek)!

    nk kuar topik sket:
    mcm born2Bda'ie,aku pun terkilan gk ngn mesia,negaraku..
    mmg la kite runsing duk mesia,psl nama je ngara islam..tp 'ckp tak srupe bikin'..
    kilang2 arak cenggitu jgak,
    pusat 'istirehat' cenggitu jgak,
    hukum(udg2) yg dh dittpkan oleh Allah tak laksana jgk.
    aish..mcm nk lari dari mesia plak.

    tp aku blajo lg..tak cukup nk survive solo ke negara org.
    lgpun,mcm ngara org lain tu pun bagus sgt je..

    so,,ape yg aku buat..aku sbg org islam d mesia ni,berNIAT tak stuju ngn krajaan kite.tak stuju sekeras2nya (sekeras berlian) ats tindkn org2 yg memimpin ngara aku.,ustaz aku pn ade ckp,"mmg sbg sbh ngara islam,kita tak ptt cenggini.tp utk tahap awk,awak niat la yg awk tak sokong 'mereka' tu"..

    hoho..takut kene tangkap lak aku nanti.............

    btul ke ape yg aku pk ni?hmmm?

    ReplyDelete
  20. Born 2 be dae, budak shmas, no name…

    Malaysia Negara islam? Aku pergi pasar malam, takde pulak jumpa label pasar malam, tapi kalau kau Tanya budak2pun tahu itu pasal malam sebab ada amalan pasar malam;
    Apa amalan pasal malam? Ada org jual, ada org beli dan pada waktu magrib… tapi malam esoknya org dah tak panggil pasar malam lagi dah..sebab dah tak ada amalan pasar malam..tentang malaysia sesetengah tempat memang macam negara islam…sesetengah tempat memang macam semacam….tepuk dada tanya iman…
    BIG MORAL: marilah amal apa saje amalan islam yg aku dan korang tahu!
    Kata Hang TUAH:
    Kalau nak mengikut biar berakal
    Kalau nak menurut biar pintar…

    ReplyDelete
  21. cool explanation and reminder. by the way, kat mana nak letak hadiah ni? sbb tadi dah termarah mula2 baca tadi..hehehe...tapi lepas tu dah hilang marah sbb jadik rasional dan berpikir. kesimpulannya kena bagi ke tak hadiah ni??? (cam tak ikhlas je nak bagi)

    tapi kena la marah pasal denmark tu.tak boleh tak marah. cuma cara nak tahan marah. reaction mesti practical, sincere, wise and berhemah. bukan ikut nafsu.
    rasa marah itu kena ada. kalau x something wrong inside

    bab doa org kafir laknat tu..aku rasa nabi tak pernah larang, cuma nabi tak buat. disitulah letakknya kelebihan dan keistimewaan seorang nabi , rasul dan kekasih Allah. Umar nak maki org kapir depan nabi, nabi bagi nasihat je, tapi tak pulak sound umar, larang umar...tapi later2 umar blajar la sendiri cam ner nak behave...so, mungkin kita ada buat benda makruh, tapi sebaiknya kurangkan or elakkan lah

    memang la aku tak bedakwah kat denmark, but adakah itu menghalalkan diorang buat gitu pada nabi? cukupkah dgn alasan itu?
    in this case, dah lah tak berdakwah, kata 'okey' plak kat org kutuk nabi...
    kena perhalusi perkara ni, jgn sampai tersilap kata dan ayat dgn buat generalization

    cuba carik lagi kisah2 pasal penghinaan nabi (sbb aku ada dgr tazlirah pasal ni baru2 ni cuma x tau sumber)
    byk yg dibunuh dan dihukum kerana menghina nabi.

    kita dah takde peluang nak protect jasad nabi, mcm sahabat2 masa perang dulu2. Adakah kita kena berlembut dgn mereka? Kita cuma perlu jaga nama nabi je...

    Cuma cara menyalur/mengawal kemarahan itu penting sbb matlamat tak menghalalkan cara.

    hucs : tunggu hadiah

    ReplyDelete
  22. Sebenar-beNARnya aku tujukan "bagaimana hilangkan marah" bukan untuk org yg marah pada mereka yg hina Nabi samata2...tapi aku tujukan kat aku sendiridan korang tentang hal2 lain! Contoh:
    -isteri masak tak sedap.
    -bos tak naik pangkat.
    -kawan2 pinjam barang tak pulang2
    -jiran sebelah melalak karoeke
    -musuh lama kawin ngan awek idola
    -anak buat perangai nak tengok mawi world
    -ipar duai tumpang rumah berbulan2
    -pinjam H/P berjam2
    -jiran parking kereta dia depan rumah
    dan seribu sebelas ratus lagi..

    INI SEMUA NAK KENA BAGI HADIAH NIH..TAPI SEBAB AKU TAK MARAH MAKA TAK PAYAHLAH AKU BAGI HADIAH HE HE HE

    cth beberapa cerita yg korang boleh nangis pasal telan marah/maaf/bagi hadiah:
    -Nabi dengan Umar
    -Nabi dengan org tua yahudi di hujung kampung
    -Nabi dengan pemuda yg di upah ludah oleh abu jahal.
    nabi dengan seorang makcik yg nak berpindah rumah kerana benci ngan Nabi.
    -Nabi dan tetamu yg buang najis dalam rumahnya.
    -Nabi dan org badwi yg kencing dalam masjid.
    -Nabi dan org yahudi yg tampar wajah nabi sehingga berbirat.
    -Nabi dengan Khalid.
    -Nabi dengan pembunuh Hamzah.
    -Nabi dengan Hindun
    -Nabi dengan anak abu jahal.
    -dll
    aku tak sempat nak tulis cerita ni semua, aku tulis tajuk jer, memang menangislah kalau korang hayati..nak tahu detail cerita ni pergi cari ustaz..aku bukan ustaz...wasalam

    ps: aku dah bagi hadiah kat kau hucs:
    ((( Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca blog nih… )))
    hadiah berupa doa hidayat...

    ReplyDelete
  23. ((( Ya Allah berilah Hidayat pada org yg baca blog nih… )))
    hadiah berupa doa hidayat..

    since aku pon baca blog nie jg, so aku pon dapat hadiah jugak la kan...TQ....hehehehhehehe....

    siapa hitomi????

    ReplyDelete
  24. Ada sekali seorang hamba mintak doa dengan Nabi supaya masuk shurga. Nabi jawab(lebih kurang maksud): bantulah doaku dengan banyak ‘bersujud’…

    Jadi aku nasihatkan kat adik hitomi yg di muliakan oleh Allah, supaya bantulah doa hidayat ku dengan BANYAKKAN BERSUJUD…. Amin….:)

    Ps: siapa hitomi? Pendekar terhandal blue dream?

    ReplyDelete
  25. erm.. tanye skit.. orang pempuan boleh bersiul?? erm.. dengar ade org cakap kalau bersiul setan beranak laa.. kalau bersiul tempah tiket ke neraka laa.. so mcm mane nie? boleh pakai ke?

    ReplyDelete
  26. Siulan kedamaian nanti kepulangan...
    Saat di tunggu hampir lupus
    Tenang ku rindukan, bayangan semalam…

    Seminit kita berlagu dalam impianku
    Dengan ingatan tulus insane
    Kita mahluk tuhan, kita dijadikan….

    He he he
    Ps: aku tak tahu wahai budak shams…
    cuba Tanya ustaz, lepas tu bagi tahu aku, ok?sama2 belajar
    (isteri aku cakap aku berdengkur dan bersiul ketika tidur..apa hukumnya?)

    ReplyDelete
  27. :)

    tak mampu nak marah sebab sedih yang teramat sangat..
    hanya doa sebagai penghibur hati..
    AlQuran sebagai teman sejati..

    + akhie +

    ReplyDelete
  28. benarlah akhie, akupun sedih gak..isk..isk...

    --------------
    mana ustazah rock tak hantar lagu lagi nih.....?

    takpelah aku nyanyi sendirilah...

    aku tujukan santau ini kepada mereka yang membenci dan berhasad dengki kepada aku dengan ucapan " kenang daku dalam 'laknat'mu "

    Makin lama kukunyah
    Makin tawar
    Macam manis perasa gula getah
    Bunyi tajuk sikitlah punya besar
    Isinya kosong bercampur sifar

    Mana benar baik mana pula tidak
    Baik bodoh atau jahat bijak
    Sudah pipi kanan kena sepak
    Kepala kasi orang pijak

    Dalam diam diam
    Senyuman menyulamkan dendam
    Nasi yang engkau sajikan
    Penuhi tulang ikan

    Ayatmu ayat sekerat
    Ayatmu tak cukup sifat
    Ayatmu boleh buat orang sesat

    Laukku dah cukup masin
    Laukku cukup masin
    Tak perlu engkau tambah garam

    ps: terimakasih tam spider he he

    ReplyDelete
  29. ye insya allah.. nanti ana akan tanye ustaz.. bro hamka n pembaca blog nie semua.. doakan ana dalam spm 2006 nie ye.. ana ambik 12 subjek kesemuanya.. doakan kejayaan ana.. tp insya allah.. ana akan ttp buka blog nie slalu.. sbb blog nie bg input yg bagus buat ana.. syukran jazilan..

    ReplyDelete
  30. bagusla bro hamka nie bukan saja pandai memberi penerangan/hujan malahan pandai mengubah dan mencipta lirik lagu...cayalah...

    ReplyDelete
  31. budak shams
    Aku doakan agar kau berjaya SPM 2006(aku guna ‘aku-kau’ supaya nampak muda sikit he he …aku ni dah lewat 20-an, bebarapa tahun lagi menjengah umur ahli syurga…)
    Belajar rajin2, kalu aku reply lambat jangan gelisah…kalu ada hal personal just email ok….

    AMIN

    ------------
    ustazah rock,

    suka-suka kau saje..
    argh aku tujukan jugaklah santau tu untuk kau..

    LAUKKU DAH CUKUP MASIN(bunyi cam riak dan ajub serta takbur sikit...ke ke ke)

    ReplyDelete
  32. ana nak celah sikit lah, sejak akhir akhir ni banyak lak hadith tersebar di laman web, tak tau man sahih dan mana maudu', ada pulak tu ada yang ugut kalau tak sebar tengok sendiri apa akan berlaku, secara logik ada hadith yang tak berkenan di hati (mungkin palsu kot) tapi tak berani nak sahkan palsu, kapada pembaca sekelian berhati hati lah menelaah hadith di laman web,jangan pakai redah dan terus ebar jer, musuh islam bukan yahudi sahaja, islam dalaman pun banyak serupa yahudi. Wallahu alam. apa kata pak hamka ?

    ReplyDelete
  33. bila masuk bab "email berantai", pakcik memang delete terus.

    dan pakcik paling tak suka email forward dan mengforwarkan email.

    pakcik juga pernat tulis dan mengutuk perbuatan golongan ni dalam entry-tapi lupa pulak tajuk entry, nak baca kena bertapa lebih sikitler nampaknya..

    heh!

    ReplyDelete
  34. Salam En Hamka,

    terima kasih untuk entry. mmg amat berguna buat saya yg mmg kuat MARAH...akan cuba dipraktikan..

    ReplyDelete
  35. Fuck Off..pandaila ko...ckp xserupa bikin...bohong semua ni

    ReplyDelete
  36. salam hamka

    boleh saya share kat FB..

    ReplyDelete
  37. salam hamka

    boleh saya share kat FB..

    ReplyDelete
  38. salam hamka

    boleh saya share kat FB..

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. kenapa kau delete pulak? mahazain tak bacalah blog aku

    ReplyDelete
  41. en hamka...mekasih entry ni walopon dh lame kurun ako baru bace...sebak la wehh....ya ALLAH..berilah ako hidayah..dan jg penulis blog ni..dan juge umat islam....aaaminnn....

    ReplyDelete
  42. Betul la. Makan dalam weh baca bnde ni. Thanks kt kengkawan la meng-suggest blog ni. Baru nmpk salah nye, walaupun klu tgok zahirnya cm betul kan.

    ReplyDelete