Feb 8, 2006

Apa itu sunnah?

Di nasihatkan korang membaca post : “Mengapa wujudnya Mazhab?” sebelum meneruskan pembacaan artikel ini bagi menambahkan ‘aroma’ kefahaman sunnah…(cheh!, gaya seorang blogger yg perasan blognya ramai org baca)

Di nasihatkan juga, oleh kerana penulis bukan ustaz, korang boleh masuk tandas dan tarik pam tandas:, apa2 yg korang tak berkenan…

Satu cerita benar…

Mamat kata: Engkau simpan janggut macam kambinglah brother….

Aku kata: hek eleh, mamat nih, kalau org simpan janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap pulak macam kambing!

Mamat kata: Apahal kau beserban, berjubah ni, tu budaya arab, pakai baju cam lain pun boleh…

Aku kata: kau tak paham hati aku, aku dah jatuh cinta ngan nabi,(Ya Allah berilah aku cinta pada Nabi) kau tengok anak muda sekarang, pasal minat dengan artis diorang, sanggup tiru, gantung CD kat tengkuk, ikat kain kat kepala, bertindik kat pusat, kat rumah pakai baju emak, kat luar pakai baju adik(org perempuan), warnakan rambut, bukan dapat duit pun!, tapi diorang dapat menambahkan cinta diorang pada artis kesayangan diorang, aku bukan nak cakap aku baik, tapi kalau ada hadith yg bagitahu pakai macam nabi takde pahalapun aku akan tetap pakai, sebab aku sayang kat nabi, apa yg nabi buat kalau boleh aku nak buat semuanya…tapi aku hanya mampu buat setakat nih, dan ditambah pulak ada hadith yg bagitahu kelebihan sunnah, makin ghairahlah aku nak amal, aku tahu kau pun sayang nabi gak, tapi kau minat gitu2 je, macam kau minat artis gitu2, kau tak beli kaset yg original, cukup dengar lagu kat radio, kau pun tak nak pakai cam artis yg kau minat, memang kau minat artis tu, tapi kau bukan peminat yg setia!

Mamat kata: Kau kalau nak mengajar aku ke sape, kena ada tauliah dulu…!

Aku kata: memang betul cakap kau, aku hanyakah di ibaratkan tukang kebun sekolah yg di beri kebenaran untuk mengajar murid2 di kelas pemulihan, lalu murid2 tu tak mahu belajar sebab aku hanya tukan kebun..kesian murid tu kerana akhirnya semuanya gagal dan jadi tukan kebun, ha ha ha…!(tukan kebun bukan satu kerja yg hina, ini hanya contoh)

Nota:

((( di sini ada dua kasihan, isk..isk…(menangis)

pertama, kasihan pada umat kerana aku yg bukan nabi@ustaz ni jumpa mereka, maka percakapan aku yg tak berhikmah/tak paindai/cakap lepas ini menyebabkan mereka makin jauh dari ugama, sepatutnya Nabi yg jumpa mereka isk..isk..barulah mereka dapat hidayat..isk..isk…

kedua: kasihan yg kedua adalah, Aku buat daqwah tanpa Nabi di sisi, bila aku kena marah, caci, hina, laknat, aku takde tempat nak ngadu….Nabi dah takde(sebak). Kat sini macam2 org hina mu ya Rasululullah, (kes terbaru, isu kartun)..isk..isk..aku rindu padamu ya Rasullulah…tapi takpe, aku ada Allah, hanya pada Allah aku mengadu..isk..iskk..)))

sambung balik:

mamat kata: kalau cam tu kenapa kau naik motor, kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke, kuda cam Nabi buat?

Aku kata: Hek eleh mamat nih, Nabi mana ada ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa naik unta dan kuda ha ha ha…

Lalu aku pun melompat ke atas motor RX-Z ku dan meninggalan mamat yg aku sayangi(aku dan mamat kawan baik)

Dari jauh lampu belakang RX-Z ku menghilang dari pandangan mamat…..dan kedengaran sayup2 suara aku membaca doa naik kenderaan….

SEKIAN…
Ada org tanya aku, apa bezanya sunnah dengan sunnat?

Aku kata(setakat yg aku belajar)

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…

Dalil:(aku malas sangat nak tulis hadith, takut salah)

Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama2nya,Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi Tanya malaikat kenapa tahan,? merekan kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali nabi halau mereka malaikat heret sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia (naduzubillah)…

Tak nak cakap banyak2, sahabat berjaya sebab ikut nabi 100%...kalu korang nak berjaya buatlah perkara yg sama oleh org yg telah berjaya barulah korang boleh berjaya…

Ingat!

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)

28 comments:

  1. Pembetulan: pahala bukan pala…
    Ada org tanya aku, apa bezanya sunnah dengan sunnat?
    Aku kata(setakat yg aku belajar)
    Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
    Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…

    Tambahan:
    Zaman Nabi musa as. Ada satu org pelawak yoyo namanya, kerjanya buat lawak, bila firaun sedih dengan kehebatan nabi Musa a.s maka pelawak ni telah buat lawak dengan mamakai pakaian macam nabi musa, bertongkat macam nabi musa, dan pakai janggut palsu tiru nabi Musa. Kemudia ajuk percakapan nabi musa(nabi Musa bercakap agak gagap kerana waktu kecil makan bara api), satu istana gelak dengan ‘lawak mayat’ mamat nih, sampai firaun pun ketawa sama…maka firaun dapat kekuatan untuk bunuh nabi Musa..pendek cerita bila firaun dan tenteranya musnah dalam laut, Allah telah selamtakan pelawak yoyo ni?, tanya nabi Musa pada Allah, kenapa selamatkan dia, dia bukan pengikutku? Allah berfirman (lebih kurang)”Aku tak akan menghancurkan org yg mengikut sunnh mu”, akhirnya pelawak yoyo dapt hidayat…
    Tengok org yang amal sunnah nabi walaupun dengan niat mempersendakan Allah bagi hidayat…macaman kalau korang buat betul2
    Biar betul, biar betul2
    Nanti tak payah nak di perbetul…
    Dah memang betul
    Baru betul…!

    ReplyDelete
  2. benarlah wahai tuan yang bijaksana..

    ReplyDelete
  3. baguslah kalu dah insaff...
    sebab kita akan jadi mayat besok-lusa...

    Tambahan:
    Sunnah terbahagi kepada 3:
    1- surah(penampilan)cth: janggut, serban, celak, minyak wangi dll.
    2- Sirrah (perjanan@cara hidup)cth: solat jemaah, kahwin, masuk tandas, makan, tidur dll.
    3- Sarirrah (pemikiran) cth: nabi menangis kenangkan umat...rungsing, risau, bimbang umat...
    apa fikir nabi?
    Nabi fikir macammana semua org dapat masuk syurga dan selamat dr azab api neraka, kita kena belajar benda2 nih, kita kena fikir macamana semua org lelaki dpt solat jemaah 5 waktu, semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak2 taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua lelaki taat peminmpin, semua perempaun solat awal waktu,
    wujud suasana ugama yg mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak2 jumpa kanak2 cakap kebesaran Allah
    Fikir macamana bayi yg paling akhir zamanpun dapat ucap kalimah Tauhid.
    boleh insyaAllah?

    ReplyDelete
  4. org ganu gak eh.. wahh caya la bro hamka.. sape ekk.. isk isk.. nak tau sangat

    [ macam la org kat ganu nie 1o org je.. isk isk ]

    ReplyDelete
  5. salam.
    menarik tajuk ini.
    teruskan menulis..

    ReplyDelete
  6. Tambahan:
    cerite hari esok.
    EHSAN : Mhafiz@hafizbar
    (bukan ehsan, copy/paste sebenarnya he he he)

    scene: pakcik siak masjid yg licin dagunya memainkan watak sbg C
    manakala pemuda berjanggut sbg watak D

    C: pakcik polik betul la tengok org2 muda zaman sekarang.
    D: apsal pakcik....apa yg diherankan?
    C: ramai yg dah simpan janggut.
    D: jadi apa masalahnnya
    C: diorang tu semua tiru2 fesyen org je.
    D: setahu saya pakcik la yg sebenarnya 'simpan' janggut. kami 'keluarkan'nya. cube tgk dagu pakcik tu.....dah lama sangat pakcik simpan janggut dalam tu. kalau pakcik bukak dan keluarkan, mesti panjang nye mengalahkan saya.
    C & D: (tersengih dan ketawa)

    moral cerite:
    jgn lah anda marah2 kalau org perli anda ke ape ke. cuba la bawa bertenang cam pemuda D kat atas. mmg aku angkat tangan la, tabik kat die.

    ReplyDelete
  7. pernah dengar lagu nie tek..
    untuk renungan,..

    Rasulullah dalam mengenangmu
    Kami susuli lembaran sirahmu
    Pahit getir pengorbananmu
    Membawa cahaya kebenaran

    Engkau taburkan pengorbananmu
    Untuk umatmu yang tercinta
    Biar terpaksa tempuh derita
    Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

    Tak terjangkau tinggi pekertimu
    Tidak tergambar indahnya akhlakmu
    Tidak terbalas segala jasamu
    Sesungguhnya engkau rasul mulia
    Tabahnya hatimu menempuh dugaan
    Mengajar erti kesabaran
    Menjulang panji kemenangan
    Terukir namamu di dalam Al-Quran

    Rasulullah kami umatmu
    Walau tak pernah melihat wajahmu
    Kami cuba mengingatimu
    Dan kami cuba mengamal sunnahmu

    Kami sambung perjuanganmu
    Walau kita tak pernah bersua
    Tapi kami tak pernah kecewa
    Allah dan rasul sebagai pembela

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. akhi, benarlah bagai dikata.

    tapi jangan sedey ya akhi, dunia ni pehjara, pembebasannya nye akhirat kelak. percayalah, rahmat allah pada hamba yang mentaati nye.

    barakallahhu minka ya kahi. barakallah.

    ReplyDelete
  10. budak shams

    nenek aku bilang ada 7 org sama kat dunia nih..he3

    Semakin kita mengenali makhluk, semakin jemu kita,
    Semakin kita mengenali Allah, semakin asyik kita....

    walau camne pun kecik tapak tangan,bila berdoa tangan kecik tu juga yg berhajat besar...

    ----------

    ustazah rock

    (pembetulan)bukan pernah dengar, tapi: ingat tak lagu ni?

    ketika isteriku mendodoikan anakku dengan lagu ini, di waktu malam yg hening dan gelapnya ruang kamar, aku menangis terharu kerana rindu pada Nabi Muhammad s.a.w

    -------------

    demonsinme

    tahukah akhi?
    nama org yg paling ramai sama kat dunia ni adalah:
    MUHAMMAD
    (sama nama aku dan 2 anakku)

    ReplyDelete
  11. :)

    Kekasih Allah itu..
    Allah letak namanya disebelahNya..
    sebagai penghibur hati baginda..
    sebagai pegiktirafan perjuangan baginda..
    sebagai tanda cintaNya pada baginda..
    Itulah kalimah agung..
    Lailahaillah Muhammadurrasulullah..
    (Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah)

    Kekasih Allah itu..
    sangat mencintai umatnya..
    inginkan kebaikan yg banyak utk mereka..
    sehingga Allah merakamkan dalam KalamNya:
    " Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman." [At-Taubah 9:128]

    masya Allah...


    + akhie +

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..

    just nak kongsi pendapat..

    1)jangan pandang rendah pd org yg hina kita tu sbb mungkin dia akan dapat hidayah Allah sbb hina kita..insyaAllah

    2)jadikan ia sbg kekuatan utk berdakwah sbb kita dapat pahala dgn kesabaran..insyaAllah

    3)sumtimes dorang ni bukan ape.bangkang2 kite cakap sbb nak escape je.malas nak jadi baik.. (bedasarkan pd pengalaman sendiri dizaman jahilliyah)

    wallahualam..semoga kita semua diberi kekuatan utk melaksanakan apa yg kita perkatakan.sesungguhnya,Allah bersama kita..

    ReplyDelete
  13. Ayuh teman!

    kita baca doa mohon cinta Allah dunia akhirat:

    " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

    Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

    Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

    Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.

    Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.

    Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".

    [Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]-petikan dari Berita Harian.

    ps:
    hamka, kuliyyah buat kat mana? kalau diizinkan Allah, ana nak join taman syurga tue.. kat mana?

    + akhie +

    ReplyDelete
  14. fikir nabi tu bukan sesuatu yg senang... smpe skg ni aku tak reti mcm mana nak fikir mcm tu... setiap kali nk fikir mcm tu, pasti ada gangguan yg melanda... lemah sungguhlah iman di dada hingga syaitan begitu mudah menggoda...

    ReplyDelete
  15. salam..

    heh, patutla cara kau tulis macam hafizbar.. member rupanya.. he he he

    ReplyDelete
  16. lalala bro hamka
    insya allah kalau magazine ade lebey ana berikan.. huhu

    ReplyDelete
  17. to husulmiun

    aku pun terkedu gak...he3

    -----------

    to +akhie+

    ayoh teman, kita aminkan doa itu bersama2....AMIN!

    ---------------
    born to be Daie

    1)aku tak nak pandang rendah pd org yg hina aku tu sbb mungkin dia sekarang sudah dapat hidayah Allah sbb hina aku..Alhamdulillah

    2) aku jadikan ia sbg kekuatan ,semoga Allah bg pahala dan kesabaran..insyaAllah

    3)oh, engkau pun ada zaman jahiliyah, ramainya kawan2 aku ada zaman jahiliyah...termasuk aku he3

    wallahualam..semoga kita semua diberi kekuatan utk melaksanakan apa yg kita perkatakan.sesungguhnya,Allah bersama kita..(benar aku setuju, terimak sih bebanyak2.)

    --------------
    najwa aiman,

    aku ada satu pendapat yg best pasal syaitan yg mana2 kadang dia bantu kita untuk ibadat pulak (ini pengalaman ni), tapi kena panjang lebar sikit..lain kalilah he3

    copy/paste kau punya pujangga madah:
    Macam nak cair
    Tahi telinga aku
    Mendengarkan bicara
    Yang setinggi angkasa
    Sedangkan kaki
    Terendam dalam tahi

    aku kata:Org yang tahi telinganya cair biasanya berwarna kekuningan dan berbau busuk, biasanya di kenali sebagai sindrom telinga bernanah, terjadi akibat mandi dengan cara yang tidak betul seperti terjun sungai dalam keadaan mengiring...walupun tujuan asalnya baik iaitu membersihkan tahi dikaki, tapi akhirnya menggangu kenteteraman awam akibat air bertakung ditelinganya...(Doctor Hamka)

    ---------
    amar,
    terima kasih pada amar, hafizbar dan kawan2 lain kerana sudi berkawan ngan aku yg bakal jadi mayat ni...

    -------
    pelajar shams

    bagi..jangan tak bagi...he3
    kalau tak menyusahkan.

    ReplyDelete
  18. Ehsan: Hafizbar
    Sumber: hafizbar

    copy/paste sebenatnya he he he

    (cerita betul 1)
    scene: satu hari di masjid, ade seorang ustaz mendengar sorang ustaz lain memberi ceramah.

    ustaz A: kita mestilah sentiasa berpewatakan kemas, supaya orang di sekeliling kita tidak berasa janggal dengan kita. lagi pon merupakan satu suruhan dalam Islam utk kita kemas kan diri. setiap hari hendaklah kita pastikan dagu kita bersih dan licin daripada sebarang helaian2 janggut. kita akan tampak kemas dan menarik. sekiranya tidak, kite tidak ubah seperti kambing di tepian jalan.

    orang ramai (pendengar ceramah): hehehehe

    ustaz B (pendengar ceramah gak): buleh saya menambah sedikit?

    ustaz A: silakan2

    ustaz B (pendengar ceramah gak): kalau orang yg ada janggut tapi tiada misai kita buleh ibaratkan sbg kambing. kalau ada misai takde janggut macam kucing. kalau tiada janggut dan juga tiada misai, tau tak macam ape? macam BABI.

    orang ramai (pendengar ceramah): bwahahahahaha kekekekeke hihihihihi wkakakakakkaa

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah...dptla adik tau ape itu sunnah...sedang buat projek ni...terima kasih.assalamualaikum.

    ReplyDelete
  20. Al- quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk kalam/tulisan..

    Sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia/perbuatan..

    Dan nabi Muhammad SAW adalah al-quran bergerak..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum ...
    helo,en.hamka, so far aku nak komen skit je,kesilapan ini mungkin kecil tapi, aku yang sentiasa mencari kesilapan orang ini, pun nak menegur juga, bukannya nak menunjuk pandai tapi...apakan daya...aku nak komen jugak!
    sebenarnya post kali ini ok, dan aku rasa tak perlu nak tegur tapi, aku tak berkenan ngan penggunaan ayat ko kat hujung talian tu...dan maafkan aku keran telah terlewat beberapa bulan untuk memberi komentar ini, kerana baru arini aku berpeluang membaca post ko edisi bulan ni...

    --imbas kembali--
    kedua: kasihan yg kedua adalah, Aku buat daqwah tanpa Nabi di sisi, bila aku kena marah, caci, hina, laknat, aku takde tempat nak ngadu….Nabi dah takde(sebak). Kat sini macam2 org hina mu ya Rasululullah, (kes terbaru, isu kartun)..isk..isk..aku rindu padamu ya Rasullulah…tapi takpe, aku ada Allah, hanya pada Allah aku mengadu..isk..iskk..)
    ...
    sebenarnya tak de salah pun cuma, dulu aku pernah kena tegur bila aku guna penggunaan ayat...
    "tapi tak pe AKU ADA ALLAH"dulu pernah aku kena perli/sindir tahap gaban ngan ... bila aku dia tanya aku ada sapa kat dunia ni, aku kata aku takde sape-2, aku cuma ada Allah, then dia tanya,Sejak bila lak ko ada Allah...?bukankah DIA yang menciptakan ko...?Dia yang ada ko...!ko mana ada DIA...!!kalu ko buat dosa then Dia marah kat ko, then ko rasa ko akan ada Dia lagi kah...?so far, aku rasa aku faham maksud ayat ko..cuma aku ni kan orang yang busy body - anggaplah aku yang budus ini tak pernah buat statement tu kay? aku cuma nak share rasa bengang yang aku terima aritu je...!bak kata kawan aku yang sindir aku aritu, penyalahgunaan huruf atau ejaan adalah tak sama ngan penyalahgunaan ayat...dan itonasi...
    ko kan org ganu...
    rumput makang' kambing
    (penekanan pada perkataan makang' dan tambah sabdu skit)
    sama je maksudnya ngan rumput yang dimakan kambing-biarlah org dari negeri lain tak paham, tapi aku mau ko memahaminya...huhuhu
    maafkan aku membuat komen ini-ini sekadar komen dan pendapat aku sj,jgn terasa ati k...
    wassalam

    ReplyDelete
  22. Aku kejam sikit sebab tak kenal kau dan kawan engkau..

    Aku nak cakap yang kawan kawan kau tu bodoh!
    Kenapa kawan2 kau bodoh, sebab takde Allah,
    Aku tak bodoh sebab aku ada Allah!
    Kaupun tak bodoh sebab ada Allah

    Orang kapir dan setan sajer yang tak de Allah..oh, ruginya mereka

    Aku hanya ada ALLAH!
    Cukuplah ALLAh bersamaku!!

    Zaman Nabi Musa, bila Nabi musa di kejar oleh firaun, Nabii musa cakap:
    Jangan bimbang, “aku” ada Allah..

    Tapi bila Abu bakar R.a di kejar oleh musuh bersama Nabi SAW
    Nabi bersabda lebih kurang maksud:
    Jangan bimbang: “kita” ada Allah..

    Kaum Nabi Musa tak ada Allah bersama mereka kerana mereka hanya ummat yang ikut ibadat sajer…

    Ummat Nabi ummat the best ummat , nabi guna istilah “kita’ kerana kita berdakwah macam Nabi berdakwah..

    SO! AKU MEMANG ADA ALLAH!
    AKU BUAT DOSA CAMNE PUN, AKU TETAP ADA ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG,

    KAWAN KAWAN ENGKAU YANG TAKDE ALLAH TU, aku mohon simpati sajer, kesiannya..oh!

    ReplyDelete
  23. En.Hamka,

    alamak...baru jumpa la post nih...

    saya ada hantar email pasal kena lawan (lawan cakap je) dengan kawan masa on the way ke k.l..

    saya tak baca post yg ni, patut la tak reti nak jawab bila dia tanya:

    1-kenapa nak simpan janggut panjang-panjang?dia pun ada janggut jugak tapi trim pendek, adakah ini bukan sunnah nabi?
    2-kenapa nak pakai jubah?pakai baju melayu,kemeja,baju kot atau t-shirt takleh ke?

    Takyah lah reply email tu kot (kalau reply pun ok jugak, kalau ada masa...).Jawapan semua ada kat sini rupanya.saya je yang tak carik.

    Maaf sebab penuhkan inbox email...

    ReplyDelete
  24. saudara..bila cinta kena ikut semua..tinggalkanlah kata2 merapumu wlupun ia kelakar krn Nabi saw yg mulia tak suka cara percakapan yg merapu (terlalu byk yg sia-sia dan berunsur lucah) semoga perjuangan diterima Allah swt..

    sertakan sumber cerita2 krn itu adab dlm menyampaikan kisah2 dari para Nabi yg mulia

    dlm sunnah ada kejayaan insyaAllah..
    maaf zahir batin

    ReplyDelete