▼

Oct 20, 2026

Kenapa ada suami MANJA?

 

Suami sakit sikit jer tapi bila demam, depan isteri macam terpaling manja, kenapa?

Izinkan saya kongsi rahsia lelaki, cerita sini, habis sini sahaja.

Alkisahnya, kami lelaki ni di ajar untuk berperang setiap masa, di ajar pakai baju perisai, pakai helmet besi, bawa pedang tangan kanan, perisai tangan kiri. Hari hari berperang.

Berperang di sini adalah kesusahan waktu cari rezeki, macam macam kami hadap segala dugaan, segala cacian, segala kritikan.

Takpe, kami ada perisai, kami lawan segala pancaroba!

Bila balik rumah, kami disambut oleh anak dan isteri, waktu itu kami akan buka semua perisai.

Sebab tu kami terlihat penat, diam, dan berwajah puas.

Waktu tu, kami Tak mahu di ajak bercakap terus, terutama bab “perang”, kami mahu di peluk, mahu di ajak makan, sembang ringan ringan jer.
Kenapa?

Kerana kami sedang buka perisai kami sebab isteri yang baik, adalah tempat paling aman untuk kami buang semua perisai.

Tapi jangan jadi suami merana, kat rumah pun masih pakai perisai sebab terpaksa berperang dengan isteri.

Masuk rumah isteri dah membebel, terus cerita masalah rumah tangga, terus mengeluh, sangat tak bersyukur, maka suami akan diam dalam perisai yang belum di buka, kadang terpaksa berperang lagi lalu suami pun jerit dan isteri jerit, lepas tu suami keluar rumah, lepak mamak dengan kawan sambil buka semua perisai di sana… atau pergi memancing, buka perisai depan kolam… atau yang alim sikit, pergi masjid buka perisai di sana…

Kesiankan?

Sebab tu untung sangat bila suami dapat isteri yang baik, suami dapat buka perisai depan isteri, suami dapat berehat dalam kubu tanpa perlu risaukan pada mana mana perperangan, dan waktu itulah, jika suami demam, dia punya manja macam kanak-kanak, nak kena suap, nak kena dodoi…, sebab kami sudah tidak beperisai lagi bila berada di samping isteri dari syurga.

Woha!

Rujuk kisah sahabat..

ada seorang Wanita ni anaknya tiba tiba mati, tapi suaminya takde, suami pergi perang..

Maka dia pun dengan sabar dan tenang telah mandikan mayat anaknya dan kafankan, selesai kafan, tiba tiba suami balik..

Seorang isteri yang solahah terus sambut suami dengan senyuman, layan makan, buka perisai suami, lalu suami pulak dan tentu tanya hal anak, kenapa anak diam?

Isteri cakap, anak dalam keadaan tenang dan lepas makan, isteri yang sedang pakai baju paling cantik, terus ajak suami bersetubuh, maka bagi suami yang baru balik musafir, memang “air naik kepala” maka legalah suami melepaskan hajat, apatah lagi isteri layan macam malam pertama..

Selesai berjimak, suami dah kenyang zahir batin, baru Wanita itu bercerita.

“Bagaimana pendapatmu jika ada seseorang meminjamkan sesuatu, sampai masa, lalu dia meminta pinjaman semula, kita kena pulangkan semula tak?”

Suami menjawab, “Ya dia mesti pulangkannya.”

Isterinya pun bagitahu, Allah pinjamkan kita anak, tapi kini anak kita telah diambil oleh Allah.

Terkejut suami dapat tahu anak dah meninggal tapi isteri sempat ajak bersetubuh.

lalu suaminya pergi jumpa Nabi mengadu kelakuan isterinya..

Nabi memuji sifat sabar isterinya dan berdoa semoga hubungan suami isteri mereka berdua akan dikurniakan keberkatan..

Akhirnya, berkat hubungan intim malam itu bersama kesabaran, anak baru dilahirkan dan dapat pula sembilan anak yang semuanya menjadi ulama besar zaman itu.. nama Wanita ini adalah Ummu Sulaim, dan suaminya Abu Talhah

Moral of the story..


1. Anak, pasangan, semua ini hanya pinjaman, dan sabar sewaktu diambil akan diganti lebih baik di dunia, terutama di akhirat

2. Isteri terbaik, berhias untuk suami, bukan untuk kawan pejabat, orang luar, contohilah Ummu Sulaim yang masih berhias pada suami walau baru diuji kematian anaknya dan dia pula yang memujuk suaminya..

3. Paling penting, Biarkanlah suami membuka perisai dengan aman di rumah, jangan berperang dengan pintu syurga!

4. Hubungan intim itu penting, bincang dengan suami cara dan bagaimana nak inzal, sungguh suami ni bukan setakat nak buka baju perisai, semua baju dia dah tak nak pakai bila bersama dengan isteri yang baik. Hehehe.

5.Jika suami sakit walaupun demam panas biasa, suaplah dia makan.-woha!

Ps: Pesanan untuk lelaki dari syurga, lain kali kita bincang, pakai perisai siap siap yer?! Woha!


No comments:

Post a Comment