Isteri saya bakal kerugian RM23 ribu..,
Himpunan Nota-nota ugama untuk diri sendiri, dan soalan-soalan yang aku cuba jawab (secara umum, bukan secara personal) sebelum naik kereta mayat.
Jul 24, 2025
Bil TNB 22 ribu?
Isteri saya bakal kerugian RM23 ribu..,
Jul 16, 2025
Kereta Mayat Kena saman?
Tadi saya hadir ke Mahkamah Kuantan.
Pertama kali datang sini, besar dan selesa tempatnya, dari jauh nampak macam masjid sebab ada kubah
Saya ke sini sebab kecuaian tak memperbaharui cukai jalan dan insurans kereta yang saya bagi kat anak saya.
Sejak pakai road tax digital, dah tak perasan, ianya dah tamat tempoh. Salah saya.
Nak dijadikan cerita..
Anak pinjam kereta, nak ambik adik di Universiti, dijalanan
anak kena saman JPJ.
Dapat la dua saman, tamat insurans, juga tamat road tax.
Oleh kerana “kereta mayat” atas nama saya,
Jadi, saya yang tak drive pon kena saman sekali. Begitu lah undang undang bab ini bagi mereka yang belum mengetahui
Sungguh anak pun betul betul tak perasan, jika anak saya tahu bahawa cukai jalan dan insurans sudah tamat tempoh, dia langsung tidak akan memberanikan diri nak menggunakan kereta tu.
Nak buat macamana?, bukan semua tempat kita akan untung, ada tempat kita rugi, dan semua itu ladang pahala bagi mereka yang bersyukur dan bersabar.
Alkisahnya, Awal pagi kami dah sampai di mahkamah sekitar
jam 8 pagi.
“Kubur itu sama ada satu taman dari
taman-taman syurga, atau satu lubang dari lubang-lubang neraka.”
(HR. Tirmizi)
Siapa minum sekali, takkan dahaga selamanya.
Tapi…
Ada juga yang dihalau dari telaga. Siapa?
Mereka yang hidupnya membenci Nabi.
“Akan datang suatu kaum, aku kenal
mereka dan mereka kenalku, tapi mereka dihalau dariku.”
(HR. Bukhari & Muslim)
Yang dapat dengan tangan kanan — tersenyum bahagia.
Yang dapat dengan tangan kiri — menangis sampai perut terkorek.
Jangan lupa…
Ada tiga jenis mahkamah akhirat:
1️⃣
Mahkamah orang kafir — tentukan azabnya
2️⃣
Mahkamah dosa dengan Allah — peluang dapat rahmat
3️⃣
Mahkamah dosa sesama manusia — habis semua pahala dibayar
Paling pedih bila… Si mati syahid pun sangkut sebab hutang tak bayar.
Maka apatah lagi kita yang berdosa? Lepas tu jika ada hutang
kawan tak bayar akan sangkut kat sini.
Hentian Kelima: Mizan — Timbangan Amal
Dosa dan pahala ditimbang.
Ada dosa yang ringan tapi berat ditimbang.
Ada pahala yang sedikit tapi berat timbangannya. Semua
bergantung pada ikhlas dan niat.
Masa ni… barulah menyesal tak ikhlas sedekah, menyesal
bercakap lebih, menyesal buat content mengumpat , menyesal itu ini
Hentian Keenam: Sirat — Lulus Masuk Syurga, Gagal Masuk
Neraka
Semua orang akan lalu Titian Sirat.
Ada yang laju macam kilat.
Ada yang merangkak macam cacing.
Ada yang terjatuh — terus masuk neraka!
Semoga kita antara yang lulus masuk syurga tanpa hisab.
Belum cerita bab Nabi bagitahu bahawa ramai orang miskin
masuk syurga awal sebab orang kaya sedang dihisab hingga ada sahabat Nabi yang
kaya bermimpi beliau masuk syurga dalam keadaan merangkak kerana banyaknya
hisab.
Nabi juga cerita orang perempuan ramai masuk neraka sebab
tak bersyukur !
Eh? Dah lama saya menulis depan kamar mahkamah ini tapi nama
saya belum dipanggil, jam dah 12 tengah hari!
Tiba tiba perut lapar, terus telefon isteri minta hantar
makanan, isteri datang bawa roti bakar dan teh tarik, Alhamdulillah.
Tak lama masuklah waktu zohor terus saya, isteri dan anak
pergi cari surau, sangkaan kami surau penuh sebab ramai lagi orang sedang
tunggu giliran masuk kandang bersalah.
Tapi surau kosong, dan ada sorang brother tu sedang angkat
takbir rakaat pertama diruangan imam, saya dan anak terus ambil wudhu dan solat
bejemaah bersama brother tu, sedih juga punyalah ramai manusia kat luar, tapi
tiga orang jer yang sudi solat awal waktu sampai kami habis salam.
Selesai solat tiada orang lain pun pergi surau padahal dekat
jer bilik mahkamah tu dengan tempat wudhu, sangka baik! mereka semua adalah
musafir yang niat jamak takhir.
Elok lepas solat nama saya dan anak dipanggil pegawai
bertugas.
Nebes jugak sebab First time kami masuk kandang bersalah.
Biasa dapat tengok dalam Movie jer, He He He
Oh yer, Dress code kena check dulu, selipar tak dibenarkan,
baju kena berkolar, beg sandang tak boleh, telefon kena off dan sebagainya.
Sebelum tu, Pegawai register tanya juga, ada duit atau tidak
untuk nak bayar saman dan semua urusan bayaran adalah cashless, debit or credit
card sahaja.
Kalau tak ada duit, boleh masuk penjara.
Saya pula rupa rupanya dapat ujian baru sebab tersedar
bahawa saya sedang kehilangan kad debit, baru sedar pagi tadi sebab kak debit
tiada dalam dompet, jarang saya pakai kad debit sekarang ini sebab semua urusan
guna QR online jer, mujur isteri bagi pinjam kad debit beliau, ada satu ribu
dalam tu , harap cukup bayar saman abang dan anak. Katanya.
Ringkas cerita kami masuk kandang pesalah, dan mengaku
bersalah dengan yakin.
Masa proses nak jatuhi hukuman tu, laywer macam pelik sebab
tarikh saman sama dengan tarikh Road yang dah dihidupkan.
Sayapun cerita kisah betapa insaf diri sendiri apabila anak
cerita kena saman dan terus serta merta saya sambung Road tax dan insurans.
Akhirnya Kami kena denda RM200 seorang atas dua kesalahan,
Insurans tamat tempoh RM100 plus road tax RM100 setiap
orang.
Maknanya RM400 kena derma pada kerajaan yang akan gunakan
wang itu membangun negara. Amin…
Pendek cerita, singgah semua hentian dan selesai bayar
saman.
Keluar Mahkamah kami pergi makan nasi jam 4 petang. Lapar
beb…
Waktu makan isteri suruh imbas kembali bila kali terakhir
guna kad debit?
Dah kenyang baru saya teringat ambik duit minggu lepas dekat
bangunan SSM Kuantan, sebelah kedai makan ni sahaja pejabat SSM dan waktu tu
guna kad debit.
Saya pun masuk dalam bangunan SSM tanya pada Pak Guard ada
tak jumpa kad debit saya?
Pak Guard suruh tanya pada penyambut tetamu dalam SSM tu.
Sekali Penyambut tetamu tu tunjuk ada ramai jer orang
tertinggal kad debit, dan ternampak kad saya ada dalam simpanan beliau terus
saya bersyukur dalam hati.
Alhamdulillah.
Dapat Bayar hutang bini, tak perlu masuk mahkamah akhirat
bab hutang!
Woha!
Jun 9, 2025
Aku Tak gila tapi sakit?
(Rahsia tersembunyi dalam filem Keluang Man)
Waktu tonton keluang Man, Borhan ada cakap, lebih
kurang macam ni:
“Doktor, bila nak sembuh saya punya gila, sebab
saya nak solat, nak puasa, dan nak mandi wajib macam orang lain, tapi saya
gila.”
Maafkan saya jika salah skrip Borhan tu, tapi lebih
kurang begitu ayat Borhan, lalu doctor perempuan tu jawab:
“Borhan, awak tak gila, tapi sakit.”
Dan banyak kali dalam filem tu ulang ayat ni,
“Awak tak gila, tapi sakit”
“Awak tak gila, tapi sakit”
“Awak tak gila, tapi sakit”
Jadi saya rasa mesej tersembunyi dalam filem ini
adalah:
Aku Tak Gila, Tapi Sakit – Lalu Aku Tetap Kena
Solat
Rujuk hadis:
"Diangkat pena (tidak dicatat dosa) dari tiga
golongan: orang tidur sehingga dia bangun, anak kecil sehingga baligh, dan
orang gila sehingga dia sembuh."
(HR Abu Daud)
Jadi dalam kes Borhan, oleh sebab doctor dan sahkan
dia tak gila tapi sakit, maka Borhan boleh solat dan mandi wajib macam orang
lain.
Begitulah Islam meletakkan maqam solat.
Bukan pada sihatnya tubuh, tapi pada warasnya akal.
Maka janganlah kita rasa bangga bila "tak
wajib solat" sebab gila, dan jangan pula merasa ringan amanah bila sakit.
Sakit itu bukan tiket cuti dari solat. Tapi itu ujian, untuk naik darjat juga
sebagai penghapus dosa.
Seorang sahabat pernah bertanya:
"Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku tak mampu
berdiri?"
Nabi menjawab:
"Solatlah sambil duduk. Jika tak mampu,
berbaring. Jika tak mampu juga, dengan isyarat mata. Jika itu pun tak mampu,
maka niatkan dalam hati."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Itulah rahmat Islam. Solat bukan beban, tapi jalan
pulang. Walau dengan hanya berkedip kelopak mata, asal niatnya benar, itu sudah
cukup jadi jambatan ke syurga.
Maka ada babak dalam filem ini, waktu Borhan hilang
di Rumah sakit, dia tulis poster:
“Anna pergi Qiamulai”
Alhamdulilah, Borhan pergi solat tahajjud di
Masjid, bermakna dia tak gila tapi sakit, maka ingatlah kawan jika hari ini
kamu sedih, tertekan, murung, tubuhmu lesu, fikiranmu berserabut, dan kamu
kata:
"Aku tak gila, tapi aku sakit..."
Maka ketahuilah, kamu masih waras. Masih ada
peluang. Masih ada tanggungjawab. Maka jangan tinggal solat.
Sakit kamu itu bukan murka Allah. Kadang itu ubat
segala peyakit jiwa. InsyaAllah!
Sungguh jangan tunggu gila baru mahu tinggalkan
solat,
dan jangan tunggu jadi mayat baru sedar betapa
besar harga solat dua rakaat.
Akhir kata:
Aku tak gila… tapi aku sakit.
Dan kerana itu… aku tetap kena solat.
Kita enjoy!
Woha!
May 1, 2025
Apa ada pada Khabib?
Apr 29, 2025
Harga Ebook berbeza ikut Jemaah Haji?
Tahniah penerbangan Haji pertama ke tanah suci!
Dalam kapal terbang tiada internet, 7 jam tu lama, selain mengaji dan berzikir, jemput baca pengalaman abang keretamayat bersama liku liku si luka kecil seaktu di tanah suci.
Ada kisah abang kena tipu dengan pemandu teksi, ada kisah abang kena kejar peminta sedekah, ada kisah abang jumpa wali Allah, ada kisah bilik berkat, ada kisah kesilapan di Madinah yang minta tolong sangat Korang jangan buat, malu nanti.. dan banyak lagi.
Abang tulis tiga Part, Sebelum, Semasa, Selepas.. yang mungkin tiada dalam mana mana ceramah Haji.., yang mana abang share kisah Haji Nabi dan sesuaikan dengan Haji dari Tabung Haji
Almaklumlah Ada sunnah Nabi yang tak dapat kita buat atas kekangan keadaan tapi insyaAllah dengan ilmu yang betul, ada ruang boleh kita lalsanakan
Dalam kapal terbang ke Mekah 8 jam tiada internet..
Jemput baca dalam kapal terbang nanti!
Woha!
Selamat membaca kisah Haji seronok!
Woha!
Apr 14, 2025
Orang islam ada hari yang malang?
Orang islam dan BAD DAY.(hari yang malang)
Alkisahnya, waktu memandu hantar anak pulang ke asrama, saya
dilanda sakit gigi yang amat sangat, tak pernah seumur hidup rasa sakit gigi
sesakit ni, seolah ada kuman berduri sedang korek gigi dan menari, mujur Puan
bini ada gantikan memandu, saya tukar kerusi, dan lawan kesakitan gigi tanpa
memandu.
Sakit tak hilang, saya rebahkan kerusi, baru rasa kurang
sikit, agaknya kuman dalam gigi saya ni tak boleh berdiri yang mana bila baring
tu, rasa kurang sikit sakitnya, kuman tak boleh manari sambil baring.
Baru nak selesa, sakit tu datang lagi, rasa macam kuman tu
berenang renang kat tempat sakit, telinga pulak rasa berdesing, Aduh.
Terus saya google klinik gigi near me, dari Tol Gambang,
lepas isyak, banyak kedai tutup, nampak satu kedai gigi di Jaya gading Kuantan
belum tutup.
Terus cari parking, dan berdoa agar tiada pesakit lain, agar
dapat hilangkan sakit gigi ini dengan segera.
Alhamdulillah doa makbul, memang kosong klinik tu, semua
orang masih beraya kot. Nak tutup dah kedai maka saya jadi pengujung terakhir.
Saya terus jumpa doctor, tapi kata doktor, tak boleh buat
rawatan akar sebab gigi dah rosak ke dalam sangat, kena cabut, tampalanpun tak
boleh dan tetap kena cabut.
Saya pulak berdebar, sebab dah 48 tahun hidup! Belum pernah
cabut gigi! Dengar cerita sakitanya lain macam.
Untuk rekod, masa bujang pernah sakit gigi tapi tak sesakit
ini, saya pilih rawatan akar, sebab gigi masih kekal Cuma tak rasa sakit, kos
zaman tu, 25 tahun dahulu, RM300 sahaja.
Sekarang, tak boleh buat rawatan akar, dan oleh denyutan
dalam gigi semakin kuat, saya sedia juga di cabut.
Kata doctor, bukan malam ni, kena makan ubat antibotik dulu,
lima hari baru boleh cabut.
Apa? Lima hari baru boleh cabut? Sakit sangat ni doctor.Kenapa tak boleh cabut
terus doctor?
Sebab, jika sedang sakit, ubat bius tak berfungsi dengan
baik, waktu cabut awak akan rasa sakit dua kali ganda? Nak!
Ok Ok, saya percaya kata pakar, sebab Al quran suruh rujuk
pakar,
Maka sayapun balik rumah dengan gigi masih berdenyut..
doctor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Saya baca Alfatihah dah hembus
pada ubat, terus telan dan tidur.
Esoknya Alhamdulillah rasa dah kurang, lepas tu hilang, dan
lepas tu datang pun sekejap sekejap sahaja.
Lima hari kemudian, iaitu hari ini.
Puan Isteri terpaksa balik kampung nak jaga ayahnya yang
sakit, anak anak ikut sekali. Tinggal saya seorang diri nak berperang dengan
klinik gigi.
Lepas solat Jumaat, saya menyerah diri pada doctor, siap
pesan, jangan salah cabut gigi doctor?, ya, ya saya tahu, kata doctor.
Doktor cakap, tahan yer saya nak suntik ubat bius.
Alamak, panjangnya jarum, srap.., cucuk, sakit, tapi boleh
tahan.
Sekali lagi yer, Srapppp, cucuk, sakit, tapi boleh tahan,
tangan tak genggam apa apa, sebab dalam minda saya dah pesan, sakit gigi tu
lagi sakit dari cucuk bius ni, dan sakit neraka lagi sakit dari semua ni.
Lepas tu doctor tu ambik player, jururawat pegang kepala,
dia Tarik gigi tu, kiri kanan, kiri kanan, dan akhirnya, gigipun tercabut. Tak
sakit pun.
Kemudian doctor Letak kapas gauze, dan pesan Gigit kapas tu
selama satu jam – Jangan terus buang, bagi masa darah beku terbentuk.
Kalau masih berdarah, tukar dengan kapas baru (doktor bagi
lebih) dan gigit lagi 30 minit.
Jangan kumur kuat, jangan ludah kuat, dan jangan sedut (guna
straw atau hisap rokok) untuk 24 jam sebab boleh ganggu darah beku.
Sila Makan makanan lembut dan sejuk (macam bubur, sup suam,
aiskrim) sebelah yang tak kena cabut.
Tidur nanti kepala tinggi sikit malam ni – letak bantal
lebih supaya darah tak mengalir ke tempat cabutan dan kurangkan bengkak.
Kalau sakit, boleh makan ubat tahan sakit yang doktor bagi.
Kalau lebih 24 jam darah masih keluar banyak, atau sakit
makin teruk, elok terus jumpa doktor gigi semula.
Begitulah lebih kurang.
Lepas tu kena bayar RM200, oh sebab tak pernah cabut gigi,
terkejut jugak kosnya sampai RM200.
Tapi takpe, rezeki doctor tu.
Maka balik rumah, alamak, gigi takde, isteri takde, siapa
nak masak?
Singgah kedai, beli bubur ayam.
Penjual tu cakap kat pekerja dia, bungkus pakcik tu satu.
Pakcik? Saya toleh belakang takde siapa siapa,
Sayalah pakcik tu.
Cabut gigi memang auto jadi tua ek?
Woha!
(Padahal memang dah tua pun)
Balik kepada tajuk di atas, Orang islam dan BAD DAY.(hari
yang malang), sebenarnya tiada istilah Hari malang untuk mana mana manusiapun.
Yang ada adalah hari ujian kecil di celah nikmat hidup yang
banyak.
Syukurlah gigi sakit boleh cabut klinik swasta, syukurlah
ada duit boleh bayar rawatan gigi, syujrlah ada pakar perubatan cipta bius,
syukurlah ada orang jual makanan panggil pakcik, kalau tak dah kena masak
sendiri. Syukurlah ada kereta axia boleh kesana sini. Syukur ada rumah boleh
berteduh, Syukur ada Allah yang akan membalas segala kesakitan dan kesabaran
dengan pahala berganda.
Nikmat mana lagi yang kita dustakan.
Okey, nak kena buat gigi palsu pulak lepas ni, kos dari
RM200 ke RM800 katanya, ada sesiapa nak order tanjak untuk jamuan raya?
Woha!