Bila keluar berita Pfizer Minta Maaf dan ada sorang doctor
minta maaf..
Maka ramai anti vaksin PM saya share berita itu dan suruh
saya komen..
Alkisahnya, Saya bukan ejen Pfizer, Pfizer yang buat vaksin
pun bukannya tak ada buat salah.. sebab tu kena saman..
Tapi saya mengaku memang saya cucuk vaksin sebelum pergi
Haji hari tu.. bagi saya vaksin ni adalah makhluk yang tak boleh bagi manfaat
dan mudarat melainkan dengan izin Allah, maka selepas rujuk fatwa ulamak dan
doctor pakar saya cucuk sebagai ikhtiar dan tawakal, , dan Alhamdulillah, pergi
Haji hari tu sihat wal afiat takde kena apa apa sakit sampai sekarang, semua
dari Allah..
Terima kasih atas semua doa yang baik baik..
Baiklah, Bila dah ada yang share link doctor minta maaf dan
Pfizer minta maaf, saya pun klik komen, dan baca komen notizen, ramai orang
tanya balik, doctor baca tak isi berita tu? Sebab tajuk berita dalam dunia
wartawan memang “mengundang”
Ok.., Bila baca dengan tahap BI yang lemah, berita tu
bercerita tentang Pfizer minta maaf bukan sebab tersalah cucuk atau sebab kesan
sampingan, atau sebab tersalah kajian,
Tapi sebab 4 pekerja terlalu awal promosi vaksin tu sebelum
dapat lesen kesihatan..
Macam kes kita jual makanan cop logo Halal sebelum Jakim
luluskan, maka memang kena samanlah walau pun makanan kita itu halal.. dah
undang undang tetapkan begitu, kena followlah..
Maka Tindakan 4pekerja tu yang tak sabar sabar nak cerita
vaksin Pfizer berkesan lalu pos di media sosial sebelum mendapat kelulusan,
telah menerima "teguran" daripada Prescription Medicines Code of
Practice Authority (PMCPA) UK.
.
Pfizer pun berasa sangat kesal atas tindakan peribadi pekerjanya dan meminta maaf, adalah kena saman sikit..
Begitu lah cerita berita itu…
Wartawan pun ambik tajuk, Pfizer memohon maaf
Anti vaksin pun gembira dan DM serta ulas di post FB lama
saya suruh ulas.
Maka saya telah ulas berita itu, harap bergembiralah.
Woha!
Tajuk wartawan memang mengundang.... Hahaha...
ReplyDeleteTerima kasih atas pencerahan...
Woha!
ReplyDeleteSetuju..kadang2 tajuk berita di manipulasi..tajuk nya lain sampai ke wartawan jadi lain dan sangat mengundang
ReplyDeleteBrown Flesh Corpora Cavernosa with ED says: Assalamualaikum wbt. Yo Ham, hamba nak bli buku 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti, mana hamba nak cari? Hamba ke Korea Utara Mongolia Tanzania Vatican City St Kitts & Neve dan Easter Island haram tak jumpa. Kalu ada hamba nak beli cash cod sebab hamba org kaya (bawah sikit dari Daim & arwah Taib Mahmud) jadi hamba x reti benda2 on line internet nih. Sebagai orang terkaya no 4 di Semenanjung Tanah Melayu hamba old skool. Hidop basic je. 014 222 8062
ReplyDeletePercaya lagi tu? Kesiannn...
ReplyDelete