Alkisahnya Semalam viral kisah seorang individu berbangsa cina telah hina Islam di FBnya, lalu ada individu-individu melayu islam pergi kutip dan paksa dia post video permohonan maaf di FB dia.
Ingat beberapa tahun lepas, kisah Guru di potong Kepala kerana Hina Islam… jika tak silap berlaku di Perancis..
Kisahnya begini, ada seorang guru Pendidikan moral dalam kelasnya telah tunjukkan kartun telanjang yang menghina Nabi orang islam, Cikgu tu tunjuk kartun tu depan murid murid konon kebebasan bersuara.
Pelajarpun lapor pada bapa mereka, dan salah sorang bapa pelajar tak setuju tindakan guru tunjuk gambar kartun bogel Nabi depan anak perempuannya, lalu si bapa luahkan kemarahan di Youtube dengan bagitahu nama guru dan lokasi sekolah dan minta polis ambik tindakan.
Polis ada panggil Guru itu dan siasatan telah dijalankan, namun tiada apa apa tindakan dikenakan kepada guru itu.
Seminggu kemudian, datang seorang Remaja Islam ke sekolah itu dan menunggu guru itu keluar. Remaja itu sempat bertanya kepada beberapa pelajar yang mana satu cikgu Pendidikan Moral?
Lepas di kenal pasti, remaja itu pun ikut cikgu tu yang sedang keluar dari pagar sekolah, dan telah menikam guru itu hingga mati dan telah memotong kepala guru itu.
Kemudian gambar kepala guru di sebarkan di Internet..
Terus Polis jejak IP internet, dan tahu lokasi pembunuh, terus polis serbu rumah remaja itu dan cuba menahan tapi remaja itu menyerang polis dengan pisau lalu Sembilan das tembakan kemudian, remaja itu mati ditempat kejadian, dari telefon milik remaja itu, ada gambar mayat guru tanpa kepala.
Kejadian ini terus menjadi tajuk hangat seluruh dunia.
Hingga ada orang kafir Tanya, Dalam islam orang hina Islam kena bunuh ke?
Ya, Dalam Islam, ada fatwa mengatakan sesiapa yang menghina Allah, harus dibunuh dan diperangi.
Tetapi, Dalam Islam juga ajar, proses melaksanakan hukuman mati, tidak terletak pada semua orang.
Al gojo perlu dilantik dengan mesyuarat, hakim juga perlu dilantik dari orang yang bijaksana, yang benar-benar layak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, lebih-lebih lagi hukuman bunuh.
Islam itu adil dan perlu terlihat adil, sepatutnya Guru itu perlu dihadap ke muka pengadilan. Perlu ada Hakim. Perlu kemukakan bukti dan saksi. Jika terbukti sangaja nak menimbulkan perang antara agama maka kena jatuhkan hukuman yang sesuai.
Okey, katakanlah terbukti tali barut anti islam nak lagakan kaum, dan perlu di jatuhkan hukuman bunuh, dan andai kata hakim putus hukuman pancung..
Dalam hukum islam, Pedangnyanya wajib tajam dan harus panjang. Algojo-nya terlatih. Dibuat di tempat yang bersih. Mayatnya tidak dihina dan ditanam dengan baik.
Jadi kepada bukan islam yang baca berita semacam ini, tolong jangan anggap perbuatan remaja itu mencerminkan ajaran islam ke seluruhnya.
Ada ke di negara islam, tangkap orang meragut, dan jam itu juga nampak orang islam terus potong tangan pencuri?
Tengah malam Tangkap artis berzina, tak payah bawa ke Pejabat Agama, terus buat hukuman sebat malam tu juga seratus sebatan? Ada ke?
Dengar orang murtad? Tanpa dakwah dia kembali kepada islam, terus penggal kepala? Ada ke Islam ajar macam tu?
Jika ada yang buat hukaman serta merta, itu bukan Islam yang adil, itu memang orang panggil ekstrimislah. Pengganas! rujuk kes pengganas dalam agama, Orang kafir pun mereka bunuh, orang islam yang tak setuju dengan mereka pun kena bunuh, Astarfirulalazim…
Padahal, Sistem mahkamah Islam, ada Ulama' dan Mujtahidin yang dah susun elok dah prosedur-prosedur undang-undang Islam. Nak kena mengajilah.
Orang kafir zaman sekarang tak boleh lagi pukul rata guna alasan 'tak faham Islam' atau ‘tak kenal islam’ atau, “mana ada islam baik?”.
Padahal bab kejahatan, memang ada segelintir orang islam pun yang jahat, orang kafirpun ada yang jahat, ada yang anti islam tembak orang sedang solat Jummat, ada yang bom orang islam pada 2011, hingga 70 mati, di Norway kalua tak silap kejadian tu..
Jadi jahat ni semua agama ada, sebab tu Nabi kami bagitahu orang islam yang jahat pun masuk neraka, sebab orang islam juga tak terlepas dari dosa. Hari hari Nabi kami ajar orang islam bertaubat melalui Istigfar dan solat taubat, sekarang bulan Ramadan, Nabi kami ajar bahawa Ramadan ini adalah bulan keampunan, dan ajak ummat sibukkan diri berpuasa sepanjang siang dan bertarawih sepanjang malam biar sampai penat dengan ibadat hingga tak larat buat dosa… nampak tak?
Akhir kata, pihak berkuasa kena cepat dan tegas bab 3R.. jangan atas alasan kebebasan bersuara, maka sensitivity tak di jaga, hingga nitizen mengecam di media sosial, takut ada yang menghasut lalu berlaku peristiwa tak sedap untuk di dendang..
Jadi semalam, bila ada seorang individu berbangsa cina telah
hina Islam di FBnya, lalu ada beberapa individu-individu melayu islam yang
berpuasa di siang hari dan bertarawih di malam hari pergi kutip dan paksa dia
post video permohonan maaf di FB dia. Elok jer nampak video tu suruh budak cina
tu minta maaf, takde adegan nak pukul atau potong kepala macam kat Perancis
tu..
Jadi..
Selamat datang ke Malaysia negara islam, yang mana Negara kelima paling Bahagia menurut kajian dari Mental State of the World., Negara pilihan utama untuk bersara bagi Rakyat jepun, dan Negara kerjaya 3D paling meriah dengan warga asing, dan Negara paling selamat di Asia mengikut kajian Amerika Syarikat dan Negara pilihan Dr Zakir Naik seorang pakar perbandingan agama untuk berhijrah ke Malaysia dengan hujjah, Negara ini aman dan Purata penduduk muslim di negara Malaysia mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain.
Woha!
Pihak berkuasa kena tegas & keras tangani kafir harbi laknatullah ni sblum ianya boleh cetuskan ssuatu yg diluar jangka..
ReplyDeleteThanks for cultivating a positive community around your blog. It's truly uplifting. Learn strategies to ace the Aviator game on our blog platform.
ReplyDelete