Dec 23, 2023

Rumah ku syurga ku tak rumah korang?

Syurga tiada ibadat solat atau puasa, tapi di syurga orang selalu datang ziarah menziarahi..

Manakala “Rumahku syurgaku’, sifatnya mesra tetamu macam Syurga juga, yang mana Jika 40 hari berlalu dan tiada tetamu datang, maka keberkatan ‘rumahku syurgaku’ takut akan hilang, zaman sahabat, mereka bawa balik Ahli suffah (gelandangan) jadi tetamu, atau orang baru masuk islam, akan diajak jadi tetamu selama tiga hari sekaligus ajar agama, musafir juga dibawa balik ke rumah untuk dijadikan tetamu sambil belajar agama.

Kita di zaman ini, paling kurang, galakkan adik beradik datang ziarah, atau saudara mara datang ziarah, dan jangan lupa ajar anak bini, bab kemulian melayan tetamu.

Memang ada mujahadah bila tetamu datang, tapi bila kita ikhlas kerana Allah, demi menjaga silaturahim, banyak seronok sebenarnya bila terima tetamu, rasa sangat rumahku syurgaku…

Sungguh hak tetamu itu ada tiga, diberi makan, diberi tempat tidur, dan diberi jaminan keselamatan, insyaAllah nanti tetamu datang, Allah akan datangkan bersama rahmat, bersama rezeki berkat, dan bila tetamu pulang, maka Allah keluarkan dosa dosa dari rumah  kita, Alhamdulillah.

Ziarah menziarahi ni amalan ahli syurga, maka jauh lagilah rumah kita nak jadi Rumahku Syurgaku, jika setahun tak pernah ada yang nak datang ziarah,

Kenapa orang tak nak datang ziarah? Sebab kita tertunjuk perangai ahli neraka, seperti suka mengumpat, suka tengok keburukkan, berlagak, dan banyalah yang buruk buruk, maka siapalah nak ziarah ahli neraka? fikir fikirkanlah..

Maka mustahil Rumahku Syurgaku dapat terima tetamu jika ahli rumah berperangai ahli neraka, tanya diri sendiri, kita suka tak orang datang dan “menyusahkan” kita, maka jawapan ahli syurga lain berbanding jawapan ahli neraka, fikir fikirkanlah.

Saya nak kata rumah saya ni mesra tetamu, takdelah sangat, tapi tiap bulan ada jer tetamu datang siap tumpang bermalam, Alhamdulillah.. rasa seronok jer bila dapat tolong orang datang rumah, bagi makan sedap, bagi bilik selesa, atau bagi setakat yang kita mampu,

Semua tu tak berjaya jika pasangan dan anak tak bantu, maka syukur sangat bila tetamu datang, pasangan dan anak buat perangai ahli syurga, sedia khidmat dan ikram, Alahmdulillah…

Ingat tak kisah Sahabat menjamu tetamu di malam yang gelap, pura pura makan agar tetamu kenyang, anak isteri juga bantu agar tetamu kenyang, maka turun ayat, Alllah puji sifat tuan rumah yang sangat mesra tetamu.

Itulah Rumahku Syurgaku, yang mana seisi rumah, termasuk pasangan dan anak, sama sama menyenangkan tetamu.

Alhamdulillah..

Ada siapa siapa nak terima abang keretamayat jadi tetamu hujung minggu ni? Tak payah susah susah nak masak apa-apa, cukuplah kambing golek atau daging wanyu.

Woha!

No comments:

Post a Comment