Kereta abang mayat dah jual belum untuk pergi Haji?
Alkisahnya,
Sewaktu saya diuji dengan ujian kekurangan sedikit harta untuk menunaikan haji,
lepas kejadian kereta rosak waktu nak pergi jual…
Saya dah
plan nak buat pinjaman peribadi pada Bank…
Tapi Allah
Maha Kaya, tiba tiba Allah datangkan kepada saya peminjam dari syurga..
Siapakah
peminjam dari syurga? mereka yang datang menawarkan pinjaman tanpa riba dan
tanpa syarat malahan menghalalkan pinjaman jika berlaku kematian.. Allahuakbar
ramai peminjam dari syurga datang menyerah diri… saya terima dan campur
simpanan peribadi , serta duit jual barang kemas isteri, dan sumbangan adik
beradik, maka terus berjaya selesaikan bayaran tambang haji untuk dua orang…
RM32k… dan ada sedikit wang untuk belanja anak-anak sewaktu ketiadaan kami..
alhamdulillah.. syukur kepada Allah atas semua peluang dan kemudahan…
Masa
berganti, kereta belum terjual, tiba tiba datang pula tawaran macam dalam
gambar, ada yang sanggup beli kereta saya dengan harga RM23 ribu, tapi kereta
tak ambik, saya terus pakai, dan balik Haji baru bayar secara ansur ansur..
semoga Allah terima niat baik mereka..
Tapi saya
tak nak berhutang terlalu banyak,
Berkat doa
para pembaca yang mulia, satu hari, lepas kereta Ezora yang pecah OCH saya
baiki, dan bawa kepada Carsome, my tukar dan banyak Use car mereka nak ambil
sekitar RM 10 ribu sahaja yang mana saya berharap dapat menjual dengan harga
paling kurang satu tambang haji iaitu RM 15,900 lebih kurang.
Berkat doa
anda semua, alhamdulillah satu hari ada seorang pembeli datang dengan harga
yang lebih sedikit dari tambang itu.., maka Terjual lah kereta saya itu kepada
pembeli dari syurga yang sangat mudah urusan membeli, membayar, tukar nama, dan
kami pun berpisah meneruskan kehidupan masih masing.. saya doakan akak yang
beli kereta saya tu masuk syurga paling tinggi, Amin…
Ringkas
cerita, Dapat duit tu saya segara bayar hutang beberapa peminjam…
Terkini,
Buat masa ini saya tutup sebarang keinginan untuk mana mana pihak yang berhajat
memberikan pinjaman Haji.
Keperluan
setakat ini insya-Allah cukup walaupun susunannya masih ada dalam mod meminjam,
tapi saya tak risau sebab saya meminjam dengan ahli syurga. insyaallah..
Maka kepada
follower kereta mayat yang tawarkan pinjaman peribadi, saya minta maaf terpaksa
saya tolak dengan baik sebab kouta meminjam dah penuh, tapi kalau nak bagi
hadiah saya ambil!
Woha!
Semoga kita
semua dikurnia rezeki masuk syurga tanpa tertinggal seorang pun. Amin..
No comments:
Post a Comment