Jun 1, 2023

Dugaan Pergi Haji?

Nak pergi haji banyak dugaan nya… tadi saya beratur serah passport, ada group couple merayu sebab pasangan dapat, tapi sorang sorang batalkan niat haji sebab kos tak boleh kurang, terutama yang kena RM30ribu sorang.. sedih tengok pakcik makcik undur diri…

Kisah saya pula, juga tak sangka kos haji naik sampai RM30 ribu, mujur alhamdulillah dapat subsidi separuh, tapi suami isteri nak kena sediakan 32 ribu sebelum 31 Mac.

Maka saya yang ada seketul dua harta tapi sukar untuk dicairkan telah meminjam wang daripada beberapa pihak seperti adik beradik, kawan-kawan dan followers kereta mayat serta isteri jual gelang..

Alhamdulillah Tabung Haji telah terima wang itu maka tibalah giliran saya nak bayar hutang..

Alkisahnya minggu lepas lagi saya dah iklan nak jual kereta MPV dan adalah beberapa orang datang test tapi tak jadi beli.. sob sob..

Maka saya buat keputusan untuk jual kepada syarikat kereta terpakai, lalu hari ini saya dah janji selepas siap buat terapi anak syurga saya di hospital jam 2 petang, saya akan terus hantar kereta untuk dijual.

Kedai jual kereta saya dah call, mereka dah tunggu jam 4 petang, elok habis terapi, tiba-tiba tak hidup pula kereta MPV saya, aduhai..

Dugaan sungguh, dalam banyak banyak hari, si kereta MPV exora saya ni, hari nak jual dia meragam, ini kot yang orang kata kereta kita ni ada jiwa, dan“merajuk” bila tuan nak jual…

Aduhai..

Saya Call doktor yang buat terapi anak saya, minta tengok tengokkan kereta depan klinik, sementara saya cari doktor kereta.

Doktor cakap OK, terus saya call doktor seumur hidup kereta saya, abang Z, tapi dia juga sedang di uji..

Maknya sakit, dan dia balik kampung sudah dua minggu, abang Z minta maaf Hamka…

Saya pun call isteri datang ambik saya dan anak syurga maka kamipun pulang dengan sedikit kecewa sebab bukan semua yang kita rancang akan menjadi… semuanya ujian dari Allah

Lalu isteri memujuk saya dengan berkata…

*****

Sangka baik bang, kereta merajuk ada sebabnya…

Ingat tak ada hadis mengatakan bila manusia buat baik maka setiap makhluk akan menjadi saksi di akhirat yang mana batu, pokok, binatang, semuanya akan menjadi saksi amal baik.

Sehinggakan syaitan bila dengar orang azan dia akan tutup telinga sambil kentut dan menyorok dalam tandas kerana tak nak jadi saksi mendengar suara orang buat baik!

Sebab tu ada larangan masuk tandas ketika azan.

Jadi sangka baik boleh kot kat kereta abang ni yang tiba tiba merajuk tak nak hidup, sebab nak jadi saksi pergi ke masjid lagi sampai tarawih malam Al qadar? Dah sepuluh tahun dia bersama abang, kan?

“Tapi masalahnya sayang… kereta kita mati depan klinik tak hidup hidup.”

“Kita call lori suruh Towing kereta kita depan masjid negeri! Biar jadi saksi orang pergi tarawih”

“Kenapa tak Towing sampai Mekah terus”

Woha!

Buat lawak mesra islamik pulak akan isteri saya, huhuhu.. akhir kata, Doakan kami baik baik jer, harapan kami, sesiapapun nak merajuk, tolong lah mudah dipujuk!

 

No comments:

Post a Comment