Mentega Terbang Plot Twist, versi insaf, alternative universe…
Alkisahnya, satu hari Aisyah berborak dengan ayahnya,
tentang nasib arwah ibu di alam selepas mati, maka telah berkata kata akan
ayahnya Aisyah perihal isterinya merangkap ibu kepada Aisyah..
“Anak ku Aisyah, arwah Ibumu seorang yang sangat bertakwa,
sangat takut dengan hari pembelasan hingga pernah bercita cita hendak menjadi
rama rama”
“Apa itu takwa duhai ayah?, hingga ibu ingin menjadi Rama
Rama?”
“Anakku Aisyah, Takwa itu adalah Takut dan harap pada Allah
yang bukan di buat buat.. yang mana sewaktu kita nak gambarkan takut kepada
Allah, sampai satu tahap, kita sanggup jika tidak menjadi manusia kerana
takutnya hari penghisaban..”
“benar Ayah, saya teringat satu hadis, Aisyah isteri Nabi
kerana takutkan Allah, pernah berkata:
“Alangkah baik sekiranya aku sebatang pokok, maka aku akan
sibuk bertasbih dan bebas daripada sebarang penghisaban di akhirat nanti..”
“Benar anakku, Aysiah isteri Nabi, kerana takut pada Allah,
juga ada berkata:-
“Alangkah bagusnya jika saya seketul batu,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai daun,”
“Alangkah baiknya jika saya sehelai rumput,”
Hazrat Umar r.a kerana takutkan Allah pula, pernah berkata:
“Alangkah baiknya jika saya sehelai jerami,”
“Alangkah baiknya jika saya tidak di lahirkan oleh
ibuku..,!!”
Hazrat Abu Bakar r.a yang telah di jamin syurga, lelaki
paling afdal selepas para Nabi a.s, namun kerana takutkan Allah pula pernah
berkata:
“Alangkah baiknya jika aku sebatang pokok yang di tebang..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai rumput yang di makan
lembu..”
“Alangkah baiknya jika aku sehelai bulu di badan orang
Mukmin..”
Kata kata itu diungkap kerana tersangat takut dengan dosa
yang akan dihisab di hari akhirat hingga bercita cita menjadi apa apa sahaja
makhluk yang tidak perlu menempuh hari penghisaban!
Alkisahnya, Pada suatu ketika yang lain, ketika Abu bakar
R.A masuk ke kebun dan melihat seekor burung sedang duduk bertenggek di dahan
pokok, lantas beliau menghela nafas keluhan yang panjang lalu berkata:
“Betapa gembiranya hidupmu wahai burung, kamu makan dan kamu
minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan pokok-pokok, dan di akhirat nanti
tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Abu Bakar
seperti kamu.."
Nampaknya orang yang bertakwa pada zaman dahulu, kerana
takutkan Allah, sanggup menjadi binatang asal sahaja tidak di hisab..,
Tapi kita hari ni takutkan Allah ada rasa takut sampai tahap
nak jadi pokok, nak jadi daun atau jadi binatang? agar tidak di hisab di hari
kiamat?
Sebaliknya korang hari ni dah jadi binatang bukan sebab
takut pada Allah, tapi jadi binatang sebab tak takut pada Allah, apa yang
binatang buat, itulah yang korang buat, binatang cari rezeki, korangpun cari
rezeki-ok takde masalah, binatang berzina sana sini, korang pun berzina juga
macam binatang, dah start masalah, lepas tu binatang tak pergi masjid,
korangpun tak pergi masjid, binatang tak puasa, korangpun tak puasa, binatang
tak pedulikan ibu bapa, korangpun sama, lepas tu angan angan dapat kuasa macam
binatang, nak cegah mungkar macam spiderman, batman, keluangman dan cicakman..,
apa kejadah?!
Tak cukup lagi?, korang berdoa pulak nak jadi binatang,
mintak panjang umur macam kura kura, boleh hidup sampai 200 tahun!, lepas tu
doa nak rezeki banyak macam gajah, kalau boleh nak makan1 tan seharí macam
gajah, lepas tu doa nak rumah besar, pergilah duduk zoo, rumah besar, makan
free, ha ha!
Lepas tu pulak belajar ilmu hitam supaya boleh terbang macam
burung, boleh berjalan atas air macam labah labah, atau boleh menyelam lama
lama macam katak!
Semua nak jadi binatang!
Tapi kat akhirat tengok kambing A yang tanduk kambing B di
bangkitkan dan Allah perintah kambing B yang di tanduk supaya tanduk balik
kambing A, lepas tu bila biantang dah bayar hutang, maka binatang jadi tanah
buat selamanya.., maka waktu tu korang sebagai manusia A yang ‘tanduk’ manusia
B juga di bangkitkan, tapi korang bukan
kena hisab macam kambing tadi, korang kena azab kaw kawa punya, ada yang
selama-lamanya, masa tu baru mintak nak jadi binatang balik, sebab nak jadi
tanah macam kambing tadi, mana boleh beb!
Kalau nak jadi binatang, jadilah binatang kerana takutkan
Allah, bukan kerana tak takut pada Allah, macam Saidina Abu Bakar Ra yang takut
pada Allah sehingga sanggup jika beliau hanya menjadi seekor burung..
Ini bukan soal tak bersyukur,Syukur itu bab fatwa, tapi ini
soal takwa.. takut yang bukan di buat buat…
Al faham ke idop?
******
Panjang Aisyah borak dengan ayahnya, hujung cerita, Aisyah
ziarah kubur ibunya, dan melihat seekor Rama Rama terbang hinggap di nisan
arwah ibunya… maka berbisiklah Aisyah…
“Betapa gembiranya hidupmu wahai Rama Rama, kamu makan dan
kamu minum, kamu ke sana ke mari di bawah naungan bunga bunga, dan di akhirat
nanti tiada sebarang penghisabanpun ke atasmu. Alangkah baiknya jika Aisyah
seperti kamu.."
Air mata takwa pun mengalir deras dari pipi Aisyah, Rama
Rama terbang dan skrin pun gelap, keluar tulisan, “A Film by Hamka Keretamayat”
di ikuti lagu Rama Rama nyanyian Ella..
Seumpama rama-rama Terbang bebas di udara tanpa ada halangan
Aman damai, suka-suka, Riang ria tanpa ada rasa duka,
sengketa
Rama-rama….ohhh.. yeah yeahhhh… Are you enjoys!
Woha!
Tp ada juga yg silap2 sang kancil pun boleh pening tengok perangainya..
ReplyDeletePernah jumpa x yg mcm gini..
Dia g tengok wayang elok je boleh,ok je..
=tp org lain ambik vaksin tiba2 x ok,haram2 dajjal2kan pulak..
Tengok wayang ok,ikhtiar ambik vaksin x ok?sifir apa yg dia pakai?astaghfirullahalazim..
-"berhibur tengok wayang itu ada perinciannya kat mana yg ianya boleh jadi x ok dan kat mana yg ianya boleh jadi ok walaupun ianya berbentuk hiburan.."
=tapi bila bab masjid mengaji kuat(ni mengaji ni bukan berhibur)tiba2 xda pulak perinciannya kat mana ianya boleh jadi x ok dan kat mana ianya boleh jadi ok..terus x ok je pulak.
lahaula wala quwata illa billah hil aliyil azim.
-yg lagi ngeri..
"Masih terdapat kebaikan didalam hiburan tengok wayang,Ada wayang yg ceritanya baik,bukan semuanya buruk,x boleh bermudah2 terus nak hukumkan haram,sila rujuk/ikut je guideline/fatwa ulamak mazhab ahlusunnah tentangnya..
=lepas elok dia tengok wayang,dia melihat mazhab ahlusunnah yg seperti selalunya iaitu mencerah2kan, menerang2kan, memperinci2kan,
mempertahan2kan kat org ramai tentang mana jalan yg haq dan mana yg batil itu bukan sebagai 1 kebaikan@sebagai sedang berdakwah..dia lihat/gambarkan ianya sbg sedang bergaduh..
nauzubillahiminzalik..
Apa2 pun semoga kita semua baik2 je akhirnya insyaAllah..