Mar 11, 2023

Pick up Line terpanjang?

Jika kita pandai Sains, faham fizik, maka kita mungkin tak berapa enjoy tengok filem Tamil babak berlawan atau filem Sains Fiksyen sebab nampak benar membohong nya…

Alkisahnya satu hari Puan bini nak bagi pick up line..

”Abang, semalam saya kira bintang dilangit, tapi hari ni tak cukup satu, tahu tak kenapa?”

“kenapa sayang?”

“Sebab satu lagi dah turun ke bumi, menjadi bintang hati saya”

“Tapi sayang, jika bintang yang awak lihat semalam tak ada hari ini, bermakna itu bukan bintang, itu adalah satelit, ataupun planet, kerana bintang akan sentiasa kekal di lokasinya, yang bergerak adalah planet dan satelit, planet biasanya bergerak dengan lintasan elips,dan  planet memang kelihatan seperti bintang jika dilihat dari bumi tapi tidak berkelip seperti bintang, kerana jaraknya lebih dekat dengan bumi”

Isteri gelak dengar jawapan serius saya…

Giliran saya pula bagi pick up line..

“Sayang, awak tahu apa persamaan awak dengan bintang?”

“Apa dia?”

“Seperti hukum fizik sains, bintang yang kekal dilokasinya buat kan orang sesat dijalanan tahu jalan pulang, bintang menjadi kompas Arab kiblat dan bintang menjadi kompas hidup agar tidak sesat begitulah awak yang selalu memimpin saya pulang ke bilik tidur”

“ini semua poyo!”

WOHA!

No comments:

Post a Comment