Nov 16, 2022

Hadis Pilihan raya?

Bagaimana nak Memilih Pemimpin?

(bacaan yang bakal mengubah Negara)

Ok, selain pergi mengundi calon pilihan masing masing yang korang rasa paling terbaik, maka marilah kita rujuk satu kisah di zaman Nabi…

Alkisahnya, Pada suatu hari, Nabi Muhammad saw telah pulang ke rumah dengan kerut wajah yang berlainan sekali, seperti ada sesuatu yang cemas dan sangat penting untuk di beritakan, tanpa berkata sepatahpun pada isterinya, siti Aisyah r.a yang dapat merasakan sesuatu yang besar telah berlaku pada baginda, terus kelihatan Nabi Muhammad s.a.w bergegas mengambil wudhu dan segera ke masjid yang terletak bersebelahan rumah baginda.

Kemudian tanpa solat sunnat wudhu!, dan juga tanpa solat sunnat tahayatul masjid!!!, Nabi Muhammad s.a.w terus ke mimbar masjid untuk memberi khabar berita yang sangat penting kepada ummat, sangat penting sehingga baginda menangguhkan solat solat sunnat yang biasa Nabi buat!? Apa berita paling penting ini?

Aisyah pun merapatkan telinga ke dinding, sebab nak dengar suara Nabi..

Dari atas mimbar, Nabi bersabda:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu MENYURUH MANUSIA BERBUAT BAIK DAN MENCEGAH MEREKA DARI KEMUNGKARAN, jika tidak, Allah akan MELANTIK RAJA YANG ZALIM memerintah kamu, dan raja itu TIDAK AKAN MENGHORMATI ORANG tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, DOA ORANG ALIM PUN TIDAK AKAN DI TERIMA ALLAH, kamu meminta bantuan tapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!”

Kemudian, baginda terus turun dari mimba…

Jadi rujuk Hadis ini, selain korang mengundi untuk ubah pemimpin, maka jangan lupa, kerja dakwah, semua orang islam kena buat, dalam berkempen, jangan lupa akhlak Nabi, jangan bergaduh, jangan caci mencaci, jangan menfitnah..

JIka tinggalakn kerja Dakwah, maka pemimpin yang zalim akan datang memerintah..., perang dunia ke dua baru seratus tahun berlalu, jangan sampai perang dunia ke tuga tercetus, Nauzubillah...

Dalam Al quran, apabila ada perintah amal Maaruf (ajak kepada kebaikkan) maka di belakang ayat itu ada perkataan “Nahi mungkar” (dan mencegah mungkar), tafsir Ibnu Abbas RA akan maksud amal makruf yang Nabi Muhammad SAW buat adalah, mentauhidkan Allah dan mengajak mereka kepada Sunnah, manakala maksud Nahi mungkar adalah, mencegah manusia dari syirik,

maka dalam menyempurnakan kerja ini, Allah tulis ayat Al quran menggunakan perkataan “dan”, (wau) bukan “atau (au), yang mana maksud ayat Al quran bila ada “dan” maka semua kena buat, amal makruf dan cegah mungkar sekali..

Semua tahu sudah, mencegah mungkar dalam hati adalah selemah lemah iman, ada hadith bab ni, bermakna kita tak boleh kata orang yang kelihatan ntak mencegah mungkar itu tak mencegah, sebab mungkin mereka mencegah dalam hati, kita mana tahu hati orangkan?

Sedangkan dalam mengajak kepada kebaikkan, nabi tak cakap pulak ajak dalam hati dikira selemah-lemah iman, tapi Nabi suruh sampaikan walaupun sepotong ayat, nampak tak bezanya?

Maka dalam berkempen, marilah ajak kepada kebaikkan, dan apakah kebaikkan terbesar?

Rujuk firman Allah:

"sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." [Al-Ankabut 29:45]

Maka dari ayat ini, fahamlah bahawa solatlah yang mencegah keji dan mungkar, maka sekiranya saya mengajak kamu bersolat, maka pada masa yang sama saya juga sedang mencegah mungkar.. ni kira dua dalam satu.., maka marilah kita ajak orang ramai kepada solat berjemaah di masjid, insyaAllah bila masjid penuh macam zaman Sahabat, kita akan mendapat pemimpin yang berkahlak Rasulullah SAW.

Maka dalam berpolitik, jangan lupa ajak manusia kepada memakmurkan masjid Allah, jadikan manifesto subuh penuh macam solat berjemaah, insyaAllah dari rakyat yang menjaga solat, akan muncul Imam terbaik! Dan pemimpin terbaik!

Sesungguhnya, Kuality Solat kitalah yang mampu mencegah maksiat kita, dan kualiti solat koranglah yang mampu mencagah maksiat korang, begitu jugak para pemimpin dan pegawai yang makan rasuah, solat merekalah yang mampu mencegah mungkar mereka..

Kerana itu Nabi sangat tekankan bab solat awal waktu, berjemaaah, tempat azan di azankan, dan saf pertama, semua itu kualiti solat yang mampu mengubah manusia, dan mengubah pemimpin!

Akhir pesan dari Nabi:

Sekiranya manusia mengetahui ganjaran berada di SAF YANG PERTAMA dan tidak ada cara lain untuk memperolehi saf pertama kecuali dengan MENGUNDI, nescaya mereka MENGUNDI. (Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi, Jom mengundi setiap kali PRU lima tahun sekali, dan Jom “mengundi” setiap kali masuk waktu solat lima kali sehari.

Woha!

1 comment:

  1. Tak der cara khusus pemilihan pemimpin yg ditunjukkan dlm sejarah Islam.
    Nabi saw dipilih melalui wahyu.
    Saidina Abu Bakar r.a. dipilih melalui perbincangan Muhajirin-Ansar di Balai Bani Sa'idah.
    Saidina Umar r.a. ditunjuk Saidina Abu Bakar r.a. sebelum kewafatannya.
    Saidina Uthman r.a. dipilih oleh Syura lantikan Saidina Umar r.a.
    Saidina Ali r.a. mengambil tanggung jawab kepimpinan dlm keadaan bergolak selepas kewafatan Saidina Uthman r.a. atas desakan penduduk setempat.
    Saidina Muawiyah r.a. diangkat ketika Majlis Tahkim.
    Khalifah selepas itu diangkat secara monarki.
    Hari ini pula di kbnykn negara negara Islam pemimpin dipilih melalui pilihan raya.

    ReplyDelete