Nov 14, 2022

Bebas atau Sunyi?

Ada sesetengah orang yang sengaja tak nak berkahwin…

Izinkan saya bertanya..

Jika kita pulang ke rumah, tiada yang menanti, makan tiada yang dekati.. tidur tiada yang temankan, lewat bangun tiada yang kejutkan, Pergi tidak ada yang peduli, hilang tiada yang tahu.. Susah tiada yang risaukan.. Senang tiada yang raikan…

Apakah pendapat anda tentang situasi ini?

Kebebasan atau kesunyian?

Alkisahnya, Nabi Adam telah dapat semua “kebebasan” itu di syurga, namun tetap seorang yang bebas di syurga itu merasa sunyi, seolah ada sesuatu yang tidak selesai di Syurga ini.

Maka diciptakan Hawa, peneman Adam paling setia, maka bermulalah kisah cinta pertama di syurga, tiada lagi kesunyian, namun dalam keasyikkan melayari bahang asmara, kecuaian berlaku, mereka dikeluarkan dari syurga dan terpisah.

Sekali lagi, “kebebasan” itu datang, namun kesunyian ternyata lebih gelap dari kebebasan…, dan terbukti bahawa Nabi Adam tidak pernah putus asa dengan Tuhan, lantas bersama air mata Taubat, Nabi Adam Kembali mencari Hawa, lautan api sanggup di renangi, hujan api sanggup di redah! yang mana Siti Hawa juga tidak putus asa dengan Tuhan, turut mencari Adam, melintang patah, membujur lalu..

Nabi Adam dan Siti Hawa faham: Tiada Nasib yang berubah bagi mereka yang putus asa..

Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Akhirnya mereka bertemu, dan bercinta lagi…, Alhamdulillah..

Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:

Adam Hawa bercinta di Syurga

Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia

Bertemu di dunia

Happy ending!

Woha!

(Update)

Ada sesetengah orang nak seks, nak berkahwin tapi tak nak anak..

Izinkan saya bertanya..

Jika kita berkahwin, lalu pulang ke rumah, tiada anak yang menanti, makan tiada anak yang dekati.. tidur tiada anak yang perlu di dodoikan. lewat bangun tiada anak yang kejutkan, Pergi tidak ada anak yang peduli, hilang tiada anak yang ambil tahu.. Susah tiada anak yang risaukan.. Senang tiada anak yang raikan…

Apakah pendapat anda tentang situasi ini?

Kebebasan atau kesunyian?

Alkisahnya, Dalam harapan baru Nabi Adam dan Siti Hawa yang semakin menua di dunia, mereka dikurnia anak kembar.

Episod cinta musim baru bermula, anak membesar dan lucu, keluarga sibuk dan meriah, tapi ujian datang lagi, ada anak yang baik, ada anak derhaka, ada anak cantik, ada anak hudoh, ada anak pemurah, ada anak dengki, hingga ada pertumpahan darah.

Ya, keganasan telah muncul dalam keluarga pertama Ummat manusia.

Maka perlukah anak Nabi adam, yang kecewa dengan perangai manusia lalu memilih jalan kesunyian sebagai erti“kebebasan”.

Tapi ternyata, hidup ini memang pentas ujian, anak cucu Nabi adam terus menerus mencipta bahagia sesama manusia di jalan yang penuh berliku..

Ini semua kerana ramai anak cucu Nabi adam yang faham: Tiada Nasib yang berubah bagi mereka yang putus asa..

Sungguh Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, hinggalah kaum itu sendiri yang mengubahnya!

Akhirnya kita semua bertemu, dan bercinta lagi…, Alhamdulillah..

Bak kata penyanyi Nasyid Inteam:

Pepohon cintaku kian merimbun

Semakin dicantas makin bertunas

Tidak mampu mendustai hatiku

Rasa cinta fitrah manusia

Siapalah aku menolak cinta

Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa

Hidup ini tidak akan sempurna

Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Adam Hawa bercinta di Syurga

Angkara iblis terpisah menderita

Kerana cinta mereka setia

Bertemu di dunia

Woha!

Ps: Jangan putus asa pada Allah, Saya doakan semua follower saya bertemu jodoh yang baik dan Woha sampai syurga, Amin.

No comments:

Post a Comment