"Assalamualaikum en HAMKA... cuma nak bertanya pendapat
mengenai sesetengah golongan yang mengaku berjumpa dengan Ahlil Bait (keturunan
Rasulullah) dan mendakwa golongan Ahli Bait ni akan membantu mereka diakhirat
kelak. terima kasih"
*****
Waalaikumusalam…
Bab membantu kita di akhirat, rujuk hadis kisah Rabi'ah bin
Ka’b r.a berkata:
“Aku menginap bersama Nabi SAW dan membantu beliau untuk
menyiapkan air wudunya dan keperluan lainnya. Kemudian, Rasulullah bersabda,
‘Mintalah sesuatu kepadaku.’
Aku menjawab,
‘Aku mohon agar dapat menemanimu di syurga.’
Lalu, Nabi SAW bersabda,
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
(HR Ahmad, Muslim, An Nasai, dan Abu Daud).
Bermakna dari hadis ini, seorang sahabat yang menyenangkan
Nabi sehingga mendapat tawaran apa sahaja, kerana doa Nabi yang makbul, telah
memilih Syurga, namun Nabi tetap pesan,:
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
‘Bantulah aku untuk dirimu dengan memperbanyak sujud’
Bermakna diri sendiri kena ada usaha ke Syurga, kena banyak
solat sunat, tambahan pada solat wajib, banyakan sujyd, maka mudahlah Nabi
membantu kita ke Syurga. InsyaAllah..
Al faham ke idop?
Moral of the story: Ada kabel kuat tapi jika diri sendiri
takde qualiti, tak payah lah berangan.
Woha!
Kita kelompok ahlusunnahwaljamaah insyaAllah semua mmg tau apa perbezaan kita dgn jabariah dan muktazilah tentang ikhtiar dan usaha manusia..
ReplyDeleteyg membezakan kita ahlusunnah dgn jabariah ialah,mereka iktikad semuanya dari Allah, manusia x ada ikhtiar dan usaha..
beza kita dgn muktazilah pula ialah,mereka iktikad semuanya dari Allah,manusia mempunyai ikhtiar dan usaha,ikhtiar dan usaha manusia dapat memberi bekas..
Dan yg membezakan kita ahlusunnah dgn 2 kelompok diatas pula ialah..kita beriktikad
Semua dari Allah,manusia ada ikhtiar dan usaha,ikhtiar dan usaha manusia tidak memberi bekas..
sbb tu kita semua ahlusunnah biasanya wat rilex je sudah pada apa yg org lain usahakan/ikhtiarkan yg x menyalahi syarak..
cuba la cari kalangan Ahlusunnah yg x buat rilex kelam kabut susah hati "pertikai" bab "cable" ni waktu kisah ni viral hari tu..insyaAllah x ada,kalau ada pun mungkin isu lain tapi bukan "mempertikai" sesuatu yg x salahi syarak..perkara tu x salahi syarak pun tu..bukan buat perkara mungkar/ haram pun..
lagi2 pula sama2 dah tau dgn iktikad yg sama iaitu apa saja yg manusia ikhtiar dan usahakan tak dapat memberi bekas..
iktikad ini juga insyaAllah sekaligus dapat mententeramkan hati dari hasad dengki tentang apa yg org lain buat/ikhtiar dan usahakan yg x menyalahi syarak..
Mudah2an kita semua baik2 je akhirnya insyaAllah..
*qodoriah/muktazilah
ReplyDeleteAhlusunnah=
ReplyDeleteUsaha dan ikhtiar itu wajib..namun Allah jualah yg memberi bekas/ menentukannya..
Jadi kita ni wat rilek2 je la kat perbuatan/usaha sedara2 kita yg x salahi syarak insyaAllah..