Apr 14, 2022

Tik tok di Masjid?

Zaman dah berubah, saf hadapan saya tengok ramai orang muda, saf belakang pulak ramai orang tua, mungkin senang nak ke tandas, maklumlah solat tarawih ni panjang, mungkin ada yang tak tahan nak terkencing ke apa.

Alkisahnya, Saya solat di saf ketiga, sebab saya separuh muda, ehem ehem.

Saf depan semua dah di sapu oleh anak muda, dan tiba tiba Imam berhenti solat sebab batal, saya perasan sebab Imam keluar saf dan lalu sebelah saya.

Eh? Siapa nak naik jadi Imam? Karang anak muda saf depan bantai mufarakah semua?, habis pahala berjamah? saya harap makmum belakang Iman tu segera naik ganti Imam yang batal tu, sebab saya jika nak naik, jauh sangat, dan tekaan saya benar, makmum muda belakang Imam tu naik, dan sambung jadi Imam, Alhamdulillah Jemaah semua tak batal dan solat diteruskan seperti biasa. Dua puluh tujuh ganjaran pahala darab tujuh puluh dalam tangan insyaAllah.

Eh? Bila dengar bacaan Iman baru yang merdu, macam kenal? Baguslah muda muda mampu jadi Imam.

Moral of the story, jika nak duduk belakang imam, pastikan ilmu penuh di dada. Jika tiada ilmu, mampu main tik tok buat content nak kahwin dengan Imam jer lah.

Oh yer, Imam yang naik tadi anak lelaki pakcik, tak sia sia pakcik buat tik tok teka teki islamik dengan anak anak waktu PKP, jemput follow tik tok keretamayat semua.

tiktok.com/@hamkakeretamayat

Woha!


No comments:

Post a Comment