Apr 18, 2022

Jaga barang jaga Iman?

Ilmu sains adalah anugerah dari Allah untuk manusia selesaikan pebagai cabang masalah hidup.

Dan InsyaAllah ilmu sains, fizik, logik semua ni turut membantu meningkatkan Iman.

Teringat pesan ustaz waktu belajar agama muda-muda dahulu. “Jaga barang jaga Iman.”

Contoh pergi iktikaf masjid telefon jangan letak merata rata kalau hilang telefon nanti Iman Rosak kata ustaz… bila hilang terus buruk sangka pada geng masjid, maka ustaz suruh simpan telefon elok elok sebab jaga barang jaga Iman.

Nabi sendiri ajar ikat unta dan bertawakal… itulah maksud “jaga barang jaga Iman” sebab ikat unta itulah sains dan tawakal itu untuk jaga Iman.

Al faham ke idop?

Korang tahu tak bahawa si penipu berjaya tipu orang adalah sebab si tertipu tidak celik sains?

Ramai orang kena tipu beli produk mengarut dan mahal seperti filter water alkali konon boleh sembuh penyakit canser, gelang magnet konon boleh tolak aura jahat, ubat kuat konon boleh besarkan zakar, tali tangkal konon boleh bagi ilmu kebal , pil tajam minda konon boleh lulus UPSR, cicak tokek konon boleh ubat HIV, air jampi konon boleh jadi kaya, dan sebagainya yang mana, orang yang jual ambik kesempatan atas kebodohan pembeli dengan mereka-reka cerita karut yang tiada asas sains.

Ada pakar motivasi yang mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang ceramah motivasi saya yang mahal atau produk kismis saya yang juga mahal untuk menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, padahal ini adalah tipu, Allah buat otak kita berfungsi 100%, cedera sikit otak, boleh lumpuh satu badan, sila belajar bahasa English dan google benda ni jika mahu pandai..

Ada yang jahil sains kata manusia ke bulan tu tipu siap berhujah, kenapa sekali jer pergi ke bulan? Padahal dah enam kali orang ke bulan, korang jer tak tahu dan sekarang orang dah nak ke marikh, tapi korang masih percaya bumi ni rata dan satelit tu CGI, adohai…

Bab perubatan pun sama, tak nak guna sains, vaksin ada babi lah, hospital ajen dajjal lah, Who tuhan doctor, SOP tu ilmuniti, dan macam macam, sedangkan pakar perubatan A quran arwah Datok Harun Din pun tak tolak untuk pergi IJN rawat jantung.

Bila jahil sains, senanglah kena tipu dengan scammers, sebab orang tamak dan jahil sains, jenis tolak logic matematik, akan mudah masuk skim cepat kaya, percaya cari downline pyramid boleh jadi kaya, percaya goyang kaki boleh dapat duit? dan tak pernah serik kena tipu jer memanjang. Adohai..

Punca jadi begini sebab salah merujuk, ada ke bab bumi rata nak rujuk pada bomoh? bab vaksin nak rujuk Ustaz tak bertauliah? Atau selamba Rujuk laman web sampah atau web teori konspirasi atau video arrivals yang boleh dibuat oleh semua orang?!. Adohai..

Untuk atasi masalah ini, kita kena sedar diri bahawa kita tak tahu semua benda, dan perlu ada penasihat sains yang pakar dalam bidang masing masing. Rujuk ahli-nya: itu Allah firman dalam Al quran, kan?

Jadi.. Pemimpin mana mana Negara islam, selain perlu ada penasihat ugama, perlu juga ada penasihat sains, (jika pemimpin tu jahil bab sains), sama juga ustaz yang mengajar bab ugama, perlu ada penasihat sains supaya ustaz tak ceramah dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal. Contoh: ustaz cakap segitiga bermuda tu tempat jin, atau yahudi guna holly water dan tuang dalam sungai untuk buat lidah ummat islam tidak boleh mengucap, atau ustaz cakap dalam vaksin ada robot nak control manusia? dan lain lain fakta yang tak masuk akal. Boleh pulak ada yang percaya, adohai..

Sains ni jangan anggap tabung uji dan kemia sahaja, atau anggap sains tu sihir apake jadah?

Belajar kejuruteraan, matematik, menilai fakta, dan macam macam lagi ilmu dunia adalah sains, sebab itu ada istilah sains computer, sains memasak, sains rumah tangga dan lain lain.

Masyarakat kita memang ramai anti sains, terbukti apabila mereka suka baca berita sampah, tengok cerita tahyul dan sembang kosong, lalu percaya bumi ini rata, dalam vaksin ada robot, dan SOP itu adalah dajjal,

Maka selain kita mencegah mereka dari buat maksiat dan menyeru kepada amal ibadat, kita mesti mencegah kawan kawan kita agar tidak bodoh sains dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat, seperti scientific thinking.

Sesungguhnya, Benda sains, jika di layan dengan kejahilan akan jadi tahyul dan sihir.., tapi benda merepek dan tahyul jika di layan dengan sains, akan jadi common sense.

Akhir kata, ingat pesan paling common sense:

jaga barang jaga Iman.

Woha!

No comments:

Post a Comment