Apr 17, 2022

Beg paling mahal ke sekolah?

Alkisahnya hari ini saya lambat ambil anak balik dari sekolah. Saya sepatunya ambil lepas Zohor tapi kerana urusan kerja saya terpaksa ambil lepas asar dan terlajak dekat nak maghrib.

Waktu saya ambil anak saya. Kat sekolah takde seorangpun, dan saya lihat anak saya tunggu  bersama beg Smiggle dan bersama anak ada sepinggan mi goreng berserta wang kertas RM 10 sebanyak tujuh keping.

Saya pelik dari mana anak saya dapat beg smiggle? Mee goreng dan duit RM10?

katanya ada kawan beri…

Kawan mana baik hati sangat nak bagi beg smiggle secara percuma siap dengan mee goreng?

Anak saya tunjuk arah hutan dan saya dah tak sedap hati sebab tiba tiba tercium bau Kemenyang

Saya pun baca ayat kursi tiba-tiba duit RM

10 tadi bertukar menjadi daun-daun kering dan mi goreng tadi bertukar menjadi cacing dan lebih mengejutkan beg smiggle itu bertukar secara tiba tiba…

Sambung karangan ini tidak lebih dari 350 patah perkataan.

(Ini adalah contoh soalan sambung cerita untuk SPM 2022)

Woha!

Link beg sekolah

No comments:

Post a Comment