Feb 15, 2022

Kenapa AJK masjid tak macam paderi?

Ada orang komen, kenapa AJK masjid tak duduk masjid 24 jam, macam Paderi atau sami? Barulah tabung masjid tak hilang?

Amboi… Paderi ni tak kahwin, Sami pun tak kahwin.

AJK masjid tu ada anak anak berderet, bini pun ada yang lebih dari satu..

Islam agama sempurna, semua orang boleh kahwin walaupun mufti ulamak, bilal, tok siak, imam, AJK masjid, semua disunnahkan berkahwin..

Paderi ikut Nabi Isa tak kahwin, dari sudut islam, agama zaman Nabi Isa tu belum sempurna, maka buat apa kita nak ikut agama yang tak sempurna.

Masjid ni bukan hak milik AJK masjid, hak milik semua orang islam untuk memakmurkan masjid, zaman nabi semua orang pergi masjid kecuali yang terang terang munafik.

Nabi penuh kerisauan bagitahu nak bakar rumah orang yang sengaja tak ke masjid, kenapa? Kerana memakmurkan masjid adalah sunnah Nabi yang besar! Nabi suruh bersaksi dengan keimaman orang ke masjid!

Sebab tu hari ni, jika saya bagitahu gereja kosong, tokong kosong, takde orang datang, apa perasaan korang? Nobody care sebab bukan agama kita.

Tapi tahu tak kornag masjid surau hari ni saf banyak yang kosong, subuh tak sampau satu saf? Apa perasaan korang?

Masih nobody care? Semua tu salah AJK masjid?

Selagi korang pisahkan perjalanan hidup dengan masjid, maka selagi itulah agama tak sempurna dalam diri kita, walaupun islam itu telah sempurna.

Bab duduk masjid 24 jam, waktu orang tabligh duduk masjid 40 hari, korang kecam abai anak bini, bila tabung masjid hilang, korang kecam kenapa orang islam tak duduk masjid macam paderi 24 jam duduk gereja.

Bila hati dah hitam. Semua benda nak kecam sampai lebam.

Woha!

No comments:

Post a Comment