Feb 19, 2022

Ambil gambar sebelum makan? dah kenapa?

Sebelum makan saya ambik gambar.

Kawan tegur. Macam perempuan tiap kali makan nak kena update menu di instagram atau Facebook.

Saya cakap lepas makan waktu nak bayar bila kita cakap ambik sayur sikit, ikan sekor, ulam sikit takut tersilap info dan kedai bagi harga kurang dari apa yang kita makan. Dah jadi haram. Lagi jika kita lupa info apa apa tambahan budu ke, belacan ke..

Jadi senang waktu nak bayar tunjuk gambar. Tiada khilaf.

Orang nak belanja pun mudah.. bagi gambar jer dan dia tolong bayarkan.

Woha!

Kata kawan.. betul jugak, saya yang nak belanja tadi. Sent gambar senang nak kira nanti.

Sila kagum dari jauh.

No comments:

Post a Comment