Jan 13, 2022

Tips Beli Rumah?

Macam macam soalan saya terima di inbox, atau orang tag, serta email.

Ada masa saya jawab, insyaAllah,

Terkini, ada orang tanya bab beli rumah? Ada tips tak?

Saya bukan ejen hartanah, tapi waktu bujang saya ada baca buku macam macam, maka timbul Ilham untuk saya beli kereta second hand sahaja, duit saya simpan dan beli rumah pertama waktu bujang, rumah teres second hand, lepas tu kahwin, dan tolong isteri beli end lot teres baru, kemudian anak ramai, malu duduk rumah isteri, maka saya beli rumah kembar,

Tapi waktu bina, tenggelam banjir, maka sempat tolak walaupun pemaju janji diskaun hebat dan jaminan bebas banjir 6 tahun sebab nak gali parit dalam, saya tetap tolak, minggu lepas selepas 7 tahun, Kawasan tu tenggelam banjir, Alhamdulilah, saya tolak tawaran pemaju tu.., dan akhirnya saya beli tanah mini, dan buat rumah mini banglo. Hidup ringkas sahaja..

Jadi nak bagi tips beli rumah takdelah pandai sangat, Cuma nasihat saya..

1. Jangan rancang beli rumah dikampung untuk bersara, umur kita belum tentu sampai tua, dan bila kita dah tua, ramai orang yang kita nak jumpa dah tiada, maka cari rumah dekat dengan tempat kerja.

2. Kenapa nak kena beli rumah dekat dengan tempat kerja?, sebab lima hari seminggu kita ke tempat kerja, maka jika rumah dekat, akan sangat menjimatkan masa, tol, dan minyak, yang paling mahal MASA.

3. Jika pasangan bekerja, pastikan isteri yang dekat dengan tempat kerja, kita yang lelaki jauh sikit takpe. Senang jer geng lelaki nak singgah mana mana tempat untuk solat jika rumah jauh.

4. Pastikan ada Kemudahan pengangkutan awam yang ada disekitar rumah. Kereta rosak ada kemudahan naik bas.

5. Jangan beli kereta mewah, simpan sebab Wang pendahuluan beli rumah adalah 10%, jika rumah harga RM250k, kena ada RM25K bayaran muka.

6. Jangan bagi kawan atau adik beradik pinjam duit, kita bukan bank, jangan juga jadi penjamin, nanti bank cari bila penamin lari, jangan buat pinjaman perbadi tolong kawan, sayangi diri sendiri, nak bagi pinjam, setakat mampu halal, itu ilmu fekahnya, jika kawan nak pinjam banyak, tolak dengan baik, sungguh lebih baik bergaduh tak bagi pinjam dari bergaduh tuntut hutang.

7. Ukur Kelayakkan pinjaman yang mampu. jangan ikut orang. Guna formula 200. Harga rumah /200 = ansuran bulanan (RM) , contoh rumah RM250,000 / 200 = RM1,250 sebulan.

8. Pastikan harga mampu kita beli, bukan rumah yang kita suka gila. Jangan terburu buru sebab murah atau ejen kata dah tinggal dua unit sahaja lagi. Atau percuma TV HD.

9. Tak perlu rumah dua dapur, Dry kitchen bukan budaya kita. Rumah kecik takpe, janji kemas bagi cantik dan tersusun.

10. Panas petang takpe, rumah saya panas petang sebab lebih murah, pagi rumah saya sejuk, petang, rumah sejuk jugak sebab saya dah tanam pokok depan rumah, woha!

11. Perlu di ingat, nak beli rumah bukan perlukan duit sahaja, tapi perlukan disiplin yang kuat, dalam menyimpan, maka jangan mudah tergoda nak pakai telephone mahal, baju mahal, kereta mewah, jangan!

12. Kita  bukannya beli rumah setiap hari, mungkin seklai seumur hidup, maka sekali beli biar puas hati dan tak perlu renovasi lagi, maka Cari iklan sepuluh rumah, lima tengok depan mata, pilih dua paling sesuai, dan buat solat istiqarah.

13. Sebelum solat istiqarah, Pastikan sejarah pemaju yang bersih untuk rumah baru, jangan mudah percaya janji manis kontarktor,  semak Lesen Pemaju serta permit iklan jualan.

14. Jangan duduk Kawasan yang bermasalah, atau banyak kes jenayah, siasat sejarah Kawasan isu semasa sebelum beli.

15. Rumah tepi sungai mungkin view cantik, tapi awas bencana banjir.

16. Rumah tepi laut juga view cantik, tapi barang akan banyak berkarat.

17. Jadi sila siasat goegrafi sebelum beli. Tanya AJK surau, pernah banjir tak? Ada hantu tak? Ada jenayah teruk tak? AJK Surau biasanya jujur.

18. Kenapa kena tanya semua?, sebab Hutang kita 35 tahun, waktu bencana, hutang kita tetap kena bayar.

19. Paling penting, beli rumah dekat dengan masjid atau surau, paling jauh pun 1km, tak penat sangat berjalan jika motor rosak, azanpun dengar, lagi dekat lagi bagus,

20. Kenapa dekat dengan surau atau masjid? Sebab kita kena pergi masjid hari hari sampai mati.

Okey, cukuplah 20 tips, jika ada lagi korang boleh tambah.

Woha!

Ps: Jemput semua datang bertahlil di rumah saya sewaktu saya telah arwah. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment