Dec 25, 2021

Permintaan aneh dalam syurga?

Satu hari saya telah lewat ke masjid, dan belakang masjid ada dua tiga orang budak sekolah rendah sedang lepak main smartphone, saya bagi salam, dan tegur:

“InsyaAllah solat sama sama yer adik adik”

Mereka tidak pedulikan saya, sibuk main game, dan saya terus solat masbuk…

Habis solat, saya dapati mereka masih lepak belakang masjid main game online, maka saya pun dekati, dan minta izin nak bercakap hal agama.

Mereka izinkan, maka saya pun bercerita di syurga, kita boleh dapat apa sahaja yang kita nak!

Adik adik tahu tak? ada kisah Nabi cerita bahawa nanti ada orang masuk syurga nak bercucuk tanam, sedangkan di syurga tak perlu dah bercucuk tanam, tapi memang ada orang hobi dia bercucuk tanam, maka dia minta di syurga nak bercucuk tanam.

Allah akan beri apa sahaja, maka Allah berikan ahli syurga benih istimewa yang mana bila dia tanam pokok terus tumbuh membuahkan hasil sebesar gunung!

Waktu Nabi cerita, ada Orang Arab Badwi menyampuk:

“Cerita ni bukan pasal orang arab Badwi ni.., cerita ni tentu tentang orang arab ansar,  sebab orang ansar suka sangat bercucuk tanam! Bukan kami ni!”

Terus Nabi tergelak dengan sampukan spotan sahabat tadi.

Ha ha, Macam macam kan? perkara ahli syurga minta.., ni pakcik  nak Tanya korang, masuk syurga nanti korang nak apa?

Laju budak tu jawab, dan saya tergelak, geleng kepala dengar soalan budak budak zaman sekarang..

Pendek cerita, saya ajak mereka solat, dan Alhamdulillah mereka akhirnya solat berjemaah sama sama mereka..

Sementara mereka bersolat, saya nak Tanya, Korang nak tahu apa yang mereka nak di syurga?

 “Pakcik, dalam syurga nanti ada Wi Fi tak?”

Woha!

Itulah kisah budak budak zaman sekarang, pergi mana mana mesti nak Wi Fi, InsyaAllah dalam syurga, semua boleh dapat dik, Smarthone tak perlu cas, Wifi laju gila, semua itu mudah bagi Allah..

Akhir kata, Semoga adik adik semua dapat jaga solat berjemaah, walau pada mulanya niat demi gelombang Wifi yang sempurna di syurga.

Woha!

No comments:

Post a Comment