Dec 4, 2021

Nilai bangun pagi?

Semalam waktu memandu, saya cakap dengan anak-anak,

“Jika ayah bagi kamu RM10 ribu sorang nak tak?”

Semua cakap nak!

“Tapi dengan satu syarat..”

“Apa dia ayah?”

“Esok pagi kamu dah tak boleh bangun tidur, kamu mati esok pagi.., bangkit pagi tadi adalah yang terakhir”

“Alahai, tak nak lah…”

“Maka sedarlah anakku, bangun pagi esok, lebih bernilai dari RM10 ribu! Malahan jika ayah mampu bagi RM100 juta, dan tukar dengan bangun pagi esok, pasti tiada yang mahu.. kerana sesungguhnya rezeki bangun pagi esok adalah lebih bernilai dari RM100 juta.., kita semua sedang kaya dengan rezeki MASA.., maka hargailah masa bersama keluarga, hargailah masa bangkit dari tidur, sesungguhnya, hari ini telah berlalu separuh masa untuk buat usaha dekatkan diri dengan syurga, semoga esok pagi masih ada untuk kita buat usaha dan menjauhkan diri dari api neraka”

“Al Fatihah buat semua yang tersayang..”

“Semoga Woha sampai syurga”

Ps: Bulatan kosong dalam gambar tu, satu hari, kita akan menghiasnya, maka ambik gambar avatar tu pastikan wajah sendiri, jangan guna wajah kartun, atau binatang, atau artis barat, kecuali abang mayat, tengkorak X ray di benarkan-woha!

No comments:

Post a Comment