Dec 21, 2021

Banjir itu bala?

Tak salah jika kita anggap banjir yang melanda ini sebagai mesej peringatan dari Allah.. atau anggap ini ujian Allah.

Sebab semua yang berlaku adalah dari kehendak Allah.

Yang menjadi salah bila kita kaitkan dosa orang dan tuduh Allah nak azab mereka.

Lebih parah yang kata banjir ini akibat penjarakan saff solat masjid, sedangkan ia bukanlah maksiat.

Astarfirullah.. ujian yang berlaku semuanya adalah untuk angkat darjat.. ampun dosa.. dan tambah pahala... selagi hidup, semua ini adalah siri ujian masing masing..

Ujian juga untuk kita sama ada nak mengata atau nak bantu sama..

Sungguh hidup ini adalah ujian.. dan semua orang akan di uji..

Tak boleh bantu..  jangan nak mengata.. lebih baik diam! Dan alang alang berdiam, lebih baik berdoa!

Ya Allah.. berikan kami kesabaran dalam menempuh ujian ini..

Sekiranya beginilah caranya Engkau nak selamatkan kami dari azab api neraka yang membara dan sekiranya begilah caranya nak masukkan kami ke dalam syurga yang kekal abadi, maka kami redha dengan semua ketentuan.. didiklah hati kami untuk terus bersabar atas tiap kehilangan dan terus bersyukur atas baki nikmat..

Tiada daya upaya melainkan dengan Rahmat Mu.

Amin...

Semoga kita semua Woha sampai syurga..

1 comment:

  1. "ahli zahir" itu dimana2 pun membawa bahaya fitnah.. Dia ukur kedudukan hamba Allah dengan kezahiran semata2 secara muktamad.. Apa saja yg zahir.. Termasuk la ruang, keadaan, dsbgnya..bila dia muktamadkan kezahiran semata2 lalu dia pun menyerang@mengaitkan keadaan skrg dimana Ruang2 saf berjarak2..boleh jadi dia rasa Allah x mengerti ke,x tau ke, atau Allah letakkan jarak saf sebagai perkara pokok dalam agama ke.. Sampai sekarang dia terus menyerang.. Wallahuaklam x tau apa yg dia pegang dan fikir..lalu x heran lah bila dia pun ada menyerang keadaan dimana incharge masjid beri laluan utk saf depan@selalunya pemerintah@penguasa yg diberi laluan duduk saf depan, barangkali dia pegang sapa duduk saf depan depan wajib lebih mulia dr saf belakang ke,atau dia fikir Allah x kenal dan x tau hati budi dsbgnya orang yg duduk saf depan dan belakang ke.. Wallahuaklam..
    Bila berlaku banjir pula maka dia muktamadkan bahawa wajib banjir itu ialah bala..
    kecuali kalau banjir itu tenggelamkan rumah mak ayah dia.. Itu baru bukan wajib bala..itu ujian katanya..
    "Ahli zahir" ni gitu la..
    Barang yg x wajib dia wajibkan..

    Semoga Allah permudahkan urusan sedara mara kita mangsa2 banjir..
    Dan semoga Allah lindungi kita semua insyaAllah

    ReplyDelete