Nov 7, 2021

Kunci rumah semua ada?

KAMI NAK KUNCI BUKAN JANJI TAK PASTI

Al kisahnya, Bila beli rumah, waktu paling gembira, adalah waktu pemaju bagi kunci.

Rasa “sesuatu” sangat.

Pengalaman saya, beli rumah waktu bujang, yang mana Ketika kawan-kawan beli kereta satria, wira, iswara, atau honda, tapi saya beli rumah teres, dapat kunci, heaven sangat rasanya.

Jadi bila tengok berita hari ini, kisah orang beli rumah tapi tak siap, dijanji kunci tapi rumah masih terbengkalai, maka rasa kasihan, sebab ada yang duit bank dah potong, tapi kunci belum dapat.

Sakit hati sangat, bulanan dah bayar tapi rumah masih terbiar.

Saya doakan agar nasib mereka mendapat pembelaan dari semua pihak yang bertanggungjawab.

Namun cerita bab kunci, tadi saya ada nampak warga asing sedang buat rumah area kejiranan saya, sayapun tegur bagi salam.

Alhamdulillah, mereka orang islam, dari Bangladesh, borak sikit katanya duduk sini cari duit sahaja, semua wang hantar Bangladesh untuk beli rumah, nanti bila balik dah jadi orang kaya.

Bersemangat cara mereka bercerita, tapi tengok rumah kayu sementara yang mereka duduk, daif sangat, tapi mereka sanggup bersusah payah di Malaysia demi kebahagian hidup di Bangladesh.

Masa untuk berdakwah…

Sungguh semua orang nak memililki rumah idaman masing masing, macam warga Bangladesh juga yang inginkan rumah impian di Bangla sana, maka sanggup mereka bersusah payah di perantauan demi kebahagian masa depan.

Maka kerana keinginan peribadi semua manusia yang inginkan rumah, Lalu Tuhan telah menjanjikan Mahligai di syurga, yang mana tiap amalan baik manusia akan terus dibina Syurga yang indah, tiap zikir manusia akan ditumbuhi kebun kebun syurga, tiap akhlak terpuji, akan terus dibina pintu emas dan dinding berhias, semua itu adalah janji Allah.

Namun nak masuk sana, perlukan kunci.

Dan kunci itu ada di dunia.

Apa kunci Syurga?

Solat lima waktu, di awak waktu, dan di tempat azan di azakan, itulah sunah Nabi. Itulah Syurga punya kunci..

Dan Itulah janji Allah, akan bagi anak kunci syurga pada mereka yang jaga solat.

SUNGGUH SOLAT ADALAH KUNCI SYURGA DAN INI ADALAH JANJI YANG PASTI

Bayangkan di dunia dapat kunci rumah idaman pun rasa seronok.., maka kerana itulah Nabi dan Sahabat rasa sangat seronok dapat perintah Solat yang merupakan kunci syurga.

Alhamdulillah...

Tapi hari ini.., bila kita solat dengan rasa malas dan beban..., anak kunci syurga kot? patut kita rasa mewah dalam solat kerana janji Allah itu benar.

Nikmat mana lagi yang kita dustakan? Fikir fikirkanlah.

Semoga Woha sampai syurga!

No comments:

Post a Comment