Dec 2, 2021

Di sana Rancak?

Sewaktu PDPR, anak tiba tiba bertanya pada Ayah,

“Ayah, apa maksudnya “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”

Si ayah terdiam. Tiba tiba Di riak wajahnya ada tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila anaknya bertanya soalan peribahasa tersebut.

Si ayah terus memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun dari anak bini yang berani membuka mulut.

Masing masing terpaku melihat si ayah terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, si ayah membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, anak anak tidak berani menatap matanya yang tajam. Terus mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata ayah mereka gugur.

Dalam hati si ayah teringat apalah yang bermian di fikiran ADUN-ADUN Melaka yang tiba tiba lompat parti?

Sebab mereka semua dan ada Jawatan. Elaun jadi ADUN pun sedap. Next PRU tak lama dah jika nak tukar jawatan?

Sekarang ADUN-ADUN tersebut dah terciduk, tak lagi jadi ADUN. Dan salah seorang daripadanya, kemungkinan besar takkan lagi jadi ADUN sampai bila-bila sebab khianat parti.

Rakyat dah cerdik, Pengkhianat dalam perjuangan dengan lompat-lompat parti kini dah dihukum oleh rakyat. Bagi seorang pemimpin, Prinsip adalah paling asas, tapi jika prinsip dah kelaut, macam mana nak diharap pada katak ni? Akhirnya Memusnahkan karier sendiri jer.

“Ayah, orang tanya ni, apa maksudnya “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran?”

Si anak dengan beraninya menghentikan lamunan si ayah, dengan terkejutnya si ayah melompat dan menjerit.

“Di sana Rancak Di sini rancak,  mana mana rancak, berdosa!”

Woha!

Ps: Sekian Certot.

No comments:

Post a Comment