Oct 22, 2021

Parti Politik baru LAGI?

Parti Politik berpecah lagi, Maka akan muncul Parti baru dengan Janji-janji baru.

Apapun janji orang politik, kita rakyat buat relex sudah..

Sebab janji politik ni korang tolonglah janganlah percaya sangat.

Ingat tak Malaysia zaman UMNO memerintah dulu?

Masa tu Negara berada di kemuncak ekonomi, perubatan tip top, rakyat ramai yang senang, pelancong berbondong bondong, warga asing datang sebagai tenaga buruh, rakyat jual apapun laku. Pergi oversea mana mana negara jumpa rakyat Malaysia melancong.. Penjawat awam mewah dengan pelbagai kemudahan. Rujuk drama melayu zaman tu pukul 7 petang mesti ada kisah cinta anak Datuk kaya bisnes 39 billion bersama pekerja 250 ribu orang, zaman UMNO lah tu.

Tapi Umno tak perfect, ada orang melayu tak suka, orang PAS tak suka sebab Umno tak islamik, lalu bergabung dengan DAP, PKR juga tak suka UMNO sebab benci Tun Mahadir, dan bila Tun keluar UMNO bergabung dengan PKR dan DAP membentuk parti baru Bersatu, lalu muncullah JANJI POLITIK, MANEFESTO bagai, nak hapuskan tol, nak naikkan Brim, nak bagi PTPTN free, nak naikkan gaji, nak itu ini, dan paling terkesan saya masa tu, kerajaan janji nak turunkan harga kereta.

Maklumlah, kereta kancil saya sedang rosak sebelum PRU, maka teringin nak tukar baru. Tapi semua orang nasihat jangan beli sekarang, tunggu lepas pilihan raya, sebab pembakang dah janji nak turunkan harga jika menang, kerajaan pun sama janji nak turunkan harga kereta, masing masing dah tulis dalam manifesto.

Saya toleh kiri kanan,selmaba  iklan nak jual kereta dalam FB, ada orang nak beli RM6k, terus jual dan beli kereta Axia baru.

Eh? Kenapa kami beli jugak, walau waktu itu geng PH dan BN kata saya bodoh sebab tak tunggu Janji Politik.

Ehem ehem! Sebab saya dah terdesak nak pakai kereta, lagipun kami memang tak percaya janji orang politik.

Maka pendek cerita, akhirnya Umno kalah. Dalam hati.. alamak, rugi ke beli kereta waktu PRU?, jap lagi harga turun, macam mana?

Terus buka media sosial.. perghhh, ramai penyokong Pakatan Harapan update status konon udara dah makin segar, suasana nyaman dan terasa bersemangat seolah-olah Malaysia baru Merdeka.

Malaysia baru merdeka masa tu katanya? Adohai..

Siap pakai slogan Malaysia Baru yang entah apa maksudnya?, yang mana  tak sampai dua tahun, kerajaan baru Bersatu, DAP, PKR dan lain parti memerintah Malaysia tapi rakyat tiba tiba ramai mengaku menderita, ekonomi jatuh, orang hilang kerja, mahkamah yang tak adil, kes pukul ahli bomba tak selesai, dan lain lain, maka tak sampai sepenggal, hanya dua tahun, Pakatah Harapan tumbang bila Muhyidin dari Bersatu buat Pakatan Nasional, gabungan dengan UMNO, PAS, MCA, MIC, dan lain lain parti.

Alkisahnya, Bila PN rampas kuasa dari PH, Masa tu penyokong PH yang baru alami perasaan merdeka Malaysia baru terus membisu bab politik, wall mereka sibuk post tentang kucing, memancing, resepi masakan, jual barang online dan gosip artis.  Jika ditanya tentang parti kegemaran mereka, terus ayat klise muncul…

”Tak minat politik. Semua parti sama jee” (woha!)

Akhirnya semua tahu, tol tak mansuh, PTPTN tak free, gaji tak naik, Brim makin kurang, ekonomi jatuh menjunam dan kereta turun harga mendadak takde berlaku pun, namun andai kata jika benar lepas PRU akan datang kereta turun harga.

Saya beli lagi sebijik!

Woha!

Ps: Kejayaan hidup tak di ukur melalui berapa mahalnya kereta kita, tapi diukur melalui kebebasan kewangan serta kemampuan untuk pergi ke mana-mana distinasi yang terindah bersama orang yang kita sayang lalu mencipta kenangan yang hangat. Semoga Woha sampai syurga!

No comments:

Post a Comment