Sep 2, 2021

Surat paling sedih?

(kisah surat paling sedih saya terima selepas mesyuarat)

Dalam kehidupan seharian mereka yang beragama Islam, dalam membuat apa-apa keputusanpun seeloknya di buat dengan mesyuarat, Nabi dah ajar sahabat bermusyuarat, dalam quran ada surah khas tentang mesyuarat, yang ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan.

Bayangkan, di zaman wahyu belum berhenti, Malaikat Jibril masih ON sampaikan wahyu, Bila ada apa apa masalah dalam hidup, Nabi masih bermesyurat dengan sahabat, apatah lagi kita yang hidup di zaman wahyu dah tak ada, Malaikat Jibril dah ‘letak jawatan’ sampaikan wahyu, maka lagi lagi lah kita semua perlu kepada mesyuarat.

Kelebihan mesyuarat berdasarkan petikan hadis:

“Tidak akan menyesal orang yang istikharah. Tidak akan rugi orang yang bermusyawarah (HR Ath-Thabrani)

Alkisahnya, dalam mesyurat kami laki bini bersama anak anak, kebetulan waktu itu kami sedang bincang tentang hutang rumah tangga, seperti hutang rumah, hutang kereta, hutang yuran anak sekolah, hutang sewa homestay, hutang kedai buku sewa ruang, hutang dengan penerbit, hutang dengan adik beradik, dan lain lain.

Lepas habis cerita hutang, tiba masa giliran untuk tiap orang beri cadangan, jika ada apa apa nak beli ke? Ada buku nak baca ke? Ada masalah nak luah ke?

Sampai giliran anak, salah sorang berkata:

“Saya berhajat nak mesyuarat untuk beli pensil picit baru, tapi nampak ayah banyak hutang, tak jadilah, yang lama tu calar jer, bukan rosakpun”

Kami senyum tengok telatah anak anak kami, baguslah tak minta beli pensil baru, Nampak tak keberkatan dalam mesyuarat? He he.

Tak lama lepas mesyuarat, anak saya bagi surat berbungkus dengan Cleartape, agak tebal surat beliau dengan pesanan:

“Baca bila keluar rumah”

Kemudian, lepas tu bila saya ada urusan keluar rumah, dalam kereta, saya buka surat anak saya, sedih sungguh bila baca.

Walaupun 6 patah ayat, cukup buat hati saya terusik.

(Rujuk Gambar)

Oh anakku, patutlah ayah Nampak kamu korek duit tabung. Ayah sangka kamu nak beli pensil picit guna duit sendiri, rupanya kamu hadiahkan pada ayah duit belanja.

Mata masuk habuk.

Sob.

No comments:

Post a Comment