Sep 25, 2021

Rukun Negara dan agama?

Selamat Hari Malaysia…

(Bacaan yang bakal merubah masa depan anda-woha!)

Malaysia ada sistem pendidikan yang agak bagus!

Alkisahnya, Pelancong luar negara bila datang Malaysia, mereka puji rakyat kita bagus sebab sangat bersopan santun dan 90 peratus rakyat kita pandai cakap English!

Bermakna system pendidikan akhlak, dan BI kita bagus!

Orang arab bila dengar orang kita mengaji, kagum dengan kemahiran tajwid kita, lidah arab kata mereka! bermakna system pendidikan al quran, dan taranum kita bagus!

Bila ada pergaduhan politik, tukar kerejaan baru ni, rakyat kita tak suka berdemo, tak suka berperang, tak suka merusuh, walau hidup pelbagai bangsa tapi masih kekalkan keamanan, ini buatkan pelabur ramai suka datang melabur sebab negara yang aman.

Bermakna system pendidikan bab tolerensi kita sangat bagus! Cina india boleh buka kedai kawasan melayu tanpa diganggu, bagus!

Lepas tu sana sini, jumpa orang susah, tapi tahap bersyukur sangat tingggi, Bermakna system berdamai dengan tadkir yang di amalkan oleh rakyat kita adalah sangat bagus!

Pengemis, peminta sedekah juga senang cari makan sebab kadar dermawan rakyat sangat tinggi, Bermakna system berkongsi nikmat di kalangan orang kita sangat bagus!

Menangis orang luar jika tengok orang macam ustaz Ebit Lew atau lain lain NGO.

Lepas tu kereta, semua keluarga ada, jarang takde, dan banyak lebih dari dua bijik, kereta mewah pun berlambak atas jalan, bermakna system kebebasan rakyat kita bergerak dan bergaya sangat luas, rakyat boleh bergerak ke mana sahaja tanpa halangan, Bermakna system pendidikan geografi dan ekonomi kita sangat bagus!

Lagi? Kedai makan sedap dan mahal, kena beratur, rakyat kita suka beratur untuk makan di tempat yang rare! Bermakna system pendidikan kepuasan mengecap makanan di kalangan rakyat ,kita sangat bagus!

Rakyat kita juga ramai kakitangan kerajaaan, yang suka singgah gerai makan waktu pergi dan pulang dari kerja, ramai yang tapau, lalu peniaga bukan warga negara pun seronok meniaga di Malaysia, Bermakna system perkongsian ekonomi runcit kita sangat bagus!

Lepas tu Malaysia antara negara yang aktif di media sosial. Celebrity internet ramai. Tentera bawang pun cekap, Bermakna kelajuan dan capaian internet kita bagus!

Cuma, ada sikit masalah pada Pendidikan negara, sebab Polis cakap ramai orang kita kena tipu, kena scam, bermakna ada masalah dalam system pendidikan yang perlu kita focus agar kejadian ini tidak berulang. Ramai sangat kena scam, cikgu, doctor, pensyarah, prof pun boleh kena scam, apatah lagi rakyat biasa?

Kenapa ramai kena scam? sebab rambut sikat tepi ke?

Ada rakyat Malaysia percaya makcik mimpi. Percaya pada Ayah pin, percaya pada ajaran sesat.

Ada rakyat Malaysia percaya bumi ni rata? Orang tak pernah ke bulan, Serius!

Ada rakyat Malaysia percaya tahyul, tangkal, bomoh.

Ada rakyat Malaysia percaya pada manifesto dan janji ahli politik.

Ada rakyat Malaysia percaya pada skim cepat kaya,

Ada rakyat Malaysia percaya pada temberang ‘pakar’ motivasi.

Ada rakyat Malaysia percaya pada janji air liur, ceramah jual air liur.

Paling parah, Ada rakyat Malaysia anti vaksin tanpa ilmu dan percaya pada teori konspirasi, siap dari kalangan pendidik pun anti vaksin, adohai..

Maka pesan saya, jom kita semua balik kepada Rukun Negara.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, kita balik pada akidah yang betul, yakin yang betul, insyaAllah tak kena tipu. Banyakkan baca Tafsir Al quran, dan kitab Taklim, biar hati cerah sikit dengan Nur Al quran dan Nur Hadis.

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, kita sangka baiklah, jangan anggap Raja kita ni ejen dajjal ke, konspirasi ke, sungguh Taat Ulum Amri adalah perintah Allah. Jika kita tak nak taat kepada Ketua Negara, maka Syaitan akan jadi ketua kita, lalu mudahlah kita kena tipu. Tolong Banyakkan luang masa baca buku yang betul,dan ber kawan dengan kawan yang positif, semua itu akan bantu kita menjadi rasional.

KELUHURAN PERLEMBAGAAN, Kenalah follow, barulah kita tak terdedah pada Scammer yang akan ambil kesempatan bila kita tak tahu apa hak kita dalam perlembagaan, kena banyak membaca bahan berilmiah.

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, Sila patuh SOP, Fahami kehakiman, fahami sebab akibat, banyakkan baca berkenaan Sebab serta akibat dari kegalalan patuhi undang undang.

KESOPANAN DAN KESUSILAAN, ini penting yang mana semua rakyat Malaysia kena ada etika menulis, atau etika membawang, yang mana semua tu nak kena jaga hati dan perasaan sesame kita,yang mana kalau kita ni kurang membaca, maka kita miskin kosa kata, maka kita akan miskin dalam berkata-kata, hingga bila kita bercakap, orang tahu kita bodoh.

Eh? Semua bab Rukun Negara ada kaitan dengan membaca, Iqra Ayat pertama Al quran, hayatilah..

Selamat hari Malaysia. Selamat jadikan kira rakyat Malaysia sebagai Rakyat membaca.

Sungguh Membaca jambatan ilmu, tak membaca jambatan scammer!

Woha!

No comments:

Post a Comment